You are on page 1of 11

TAJUK TUGASAN:

UJIAN

NAMA : MUHAMMAD FAKRUHAYAT BIN AB RASHID


UJIAN

1. Jelaskan lima (5) isu ruangan yang berkait rapat dengan pembangunan lestari.

[10 Markah]

2. Huraikan konsep infrastruktur data spatial (SDI) dan kepentingannya dalam penyelesaian

salah satu isu ruangan di atas. [15 Markah]

3. Merujuk kepada SATU permasalahan alam sekitar, huraikan secara terperinci bagaimana

sistem maklumat geografi (GIS) membantu dalam pengurusan dan penganalisaan data bagi

menyelesaikan masalah berkenaan.

[25 Markah]

PERHATIAN

 Jawab semua soalan

 Masa yang diberikan adalah bermula jam 12tgh hingga 11 mlm

 Boleh tulis jawapan dalam bentuk isi penting

 Setiap perenggan 1 isi

 Jawapan perlulah menunjukkan kematangan dan merujuk sumber ilmiah yang boleh diyakini

 DILARANG copy & paste jika tertangkap akan di berikan markah 0

***selamat maju jaya****


1. Jelaskan lima (5) isu ruangan yang berkait rapat dengan pembangunan lestari.

[10 Markah]

Pembangunan lestari bermaksud pembangunan yang memenuhi keperluan masa kini tanpa

menjejaskan keupayaan generasi yang akandatang untuk memenuhi keperluan mereka.

Pembangunan lestari penting dalam usaha pembangunan ekonomi, masyarakat dan kesaksamaan

agihan pendapatan dan juga pembangunan lestari ini penting untuk menangani masalah alam

sekitar bagi menjamin alam sekitar yang sejahtera, serta mengelakkan bencana alam berlaku

disebabkan oleh aktiviti manusia. Terdapat beberapa isu ruangan yang berkait rapat dengan

pembangunan lestari antaranya ialah isu pencemaran, kepupusan sumber, degradasi alam sekitar,

peningkatan sisa, kemiskinan dan sebagainya lagi. Isu pencemaran seperti pencemaran udara atau

air iaitu air sungai banyak mempengaruhi isu ruangan dalam pembangunan lestari kerana kualiti air

yang bersih merupakan salah satu matlamat di dalam SDGs. Terdapat 51 sungai dalam kategori yang

tercemar seperti sungai Juru di Pulau Pinang dan sungai Buloh di Selangor. Maka, untuk mengatasi

dan menangani isu ruangan kriteria penting perlu diambi seperti kecekapan tenaga, kualiti

persekitaran dalaman, perancangan dan pengurusan tapak lestari, bahan dan sumber, kecekapan air

serta inovasi.

Isu ruangan yang kedua adalah kepupusan sumber yang menjejaskan alam sekitar. Aktiviti

pembangunan yang berlaku telah mengubah landskap bumi iaitu semakin sedikit tumbuh-tumbuhan

semula jadi yang tersisa disebabkan oleh aktiviti pembangunan yang kerap berlaku disebabkan oleh

permintaan terhadap perumahan, industri, tapak kilang, dan bandar. Hal ini telah menimbulkan

banyak kesan negatif seperti vahaya kepada alam sekitar dan merosakkan kualiti hidupan manusia

dan flora dan fauna. Pembangunan konkrit yang giat dibangunkan telah meningkatkan suhu bumi

dan persekitaran yang menjejaskan kualiti manusia dan alam sekitar. Maka, kawasan hijau perlulah

diwartakan dan sentiasa dijaga agar menjamin kehidupan seharian yang lebih baik.
Isu ruangan yang ketiga adalah kemiskinan. Kemiskinan dan alam sekitar amat berkait rapat antara

satu sama lain selain daripada pencemaran yang disebabkan oleh sektor penjana ekonomi seperti

kilang dan sebagainya. Kemiskinan telah mendorong kepada degradasi alam sekitar. Hal ini demikian

kerana penerokaan sumber alam sekitar secara berhemah amat penting untuk tujuan pembasmian

kemiskinan dan kebanyakan kos ekonomi untuk degradasi alam sekitar adalah terhadap golongan
miskin yang tidak berupaya untuk menyediakan sumber pendapatan dan pekerjaan alternative.

Gambar rajah 1: Hubung kait antara pertumbuhan, alam sekitar dan kemiskinan.

Sumber: Md. Elias & Chamhuri (2008)


Isu ruangan yang keempat adalah kualiti persekitaran dalaman yang melibatkan penyediaan

ruang dan kualiti udara yang baik dalam pembangunan yang lestari.Hal ini untuk tujuan

menyediakan ruang hidup yang mampu meningkatkan kesihatan penduduk dengan cara

menghapuskan bahan pencemar dan dapat meningkatkan kualiti udara.

Isu ruangan yang kelima adalah peningkatan sisa dan peningkatan suhu. Pembangunan

industry dan pembangunan konkrit yang dibina telah menyebabkan banyak sisa diruangan yang

mencemarkan alam sekitar dan bangunan konkrit pula telah menyebabkan suhu meningkat kerana

pembangunan rapat yang dibangunkan. Oleh itu, pelan landskap yang efektif perlu dibina bagi usaha

tahan kemarau, dan tumbuh-tumbuhan asli perlu dijaga agar dapat menjaga kelestarian alam

sekitar. Inisiatif dalam inovasi juga penting dalam usaha untuk mewujudkan pembangunan yang

lestari.

Gambar rajah 2: Elemen dalam pembangunan lestari.


Sumber: Munasinghe (2008).

2. Huraikan konsep infrastruktur data spatial (SDI) dan kepentingannya dalam penyelesaian

salah satu isu ruangan di atas. [15 Markah]

Konsep SDI dikatakan bersifat dinamik adalah kerana ia dapat dikemas kini atau diperluaskan

dengan perubahan teknologi atau keperluan pengguna atau memasukkan persekitaran baru.

Komponen utama dalam SDI ialah orang, data, rangkaian akses, dasar dan piawaian. Infrastruktur

Data Spatial (SDI) merupakan data spatial yang sangat penting dalam menentukan cara data spatial

digunakan sepanjang organisasi dan negara di seluruh dunia. Dengan membenarkan perkongsian

data secara menyeluruh telah dapat menjimatkan sumber, masa dan usaha pengguna untuk

mendapatkan dataset baru bagi mengelakkan duplikasi perbelanjaan yang berkaitan

penyelenggaraan data. SDI adalahsatu pendekatan yang bertujuan untuk mewujudkan persekitaran

di mana semua pihak yang berkepentingan boleh bekerjasamaantara satu samalain serta

berinteraksi dengan teknologi bagi mencapai matlamat masing-masing dengan lebih baik. SDI juga

lebih daripada data, pengukuran dan pemetaan yang menyediakan persekitaran untuk

menggunakan, mengurus dan menghasilkan data geografi. SDI ini mampu mengekang masalah

organisasi yang memerlukan lebih banyak data, organisasi yang memerlukan data di luar bidang

kuasa mereka, dan lain-lain masalah lagi. Kejayaan SDI pula dipengaruhi oleh beberapa perkara

antaranya ialah kesedaran GIS dan SDI, kerjasama antara pelbagai pihak berkepentingan, akses

kumpulan data, pengetahuan mengenai jenis, lokasi, kualiti dan banyak lagi.

Kepentingan SDI dalam penyelesaian terhadap isu ruangan adalah antaranya ialah dapat

memudahkan dan menyelaraskan pertukaran dan perkongsian data spatial antara pihak

berkepentingan dalam komuniti data spatial. Sebagai contohnya, negara dunia seperti US, United
Kingdom, Kanada dan sebagainya menggunakan data maklumat geospatial yang sedia ada sebagai

alat sokongan keputusan, isu penting sosial, alam sekitar dan ekonomi penting ditangani dengan

cara yang lebih baik kerana ketersediaan data yang berkualiti dan tepat pada masanya.

Selain itu, kepentingan SDI dapat membantu menyelesaikan isu berkenaan alam sekitar

seperti masalah pencemaran air, udara, atau banjir dan lain-lain secara lestari adalah dengan

pangkalan data yang memudahkan integrasi data spatial dan data atribut yang diperlukan untuk

menjalankan analisis spatial bagi menjelaskan kesan guna tanah terhadap kualiti alam sekitar seperti

air.

Di samping itu, kepentingan SDI dapat membantu memberikan maklumat penting tentang

sumber dan boleh membuat perancangan dan pengurusan sumber lebih mudah. Hal ini secara tidak

langsung membantu pembuat keputusan untuk mengambil langkah denganlebih efisien bagi

mengelakkan masalah kepada alam sekitardan secara tidak langsung dapat mengelak daripada

berlaku masalah dalam isu ruangan.

Kepentingan yang seterusnya adalah dapat membenarkan perkongsian data yang sangat

berguna bagi menjimatkan sumber, masa, dan usaha pengguna untuk memperoleh dataset yang

baru. Hal ini secara tidak langsung membantu menyelesaikan masalah dalam ruangan.

Kepentingan yang seterusnya juga adalah dapat mengelakkan duplikasi perbelanjaan yang

berkaitan dengan pembinaan atau penyelenggaraan data serta integrasi data. Hal ini dapat

membantu juga dari segi menjimatkan masa kerana pembuat keputusan atau pengguna hanya perlu

mencari data di pengkalandata sahaja.


3. Merujuk kepada SATU permasalahan alam sekitar, huraikan secara terperinci bagaimana

sistem maklumat geografi (GIS) membantu dalam pengurusan dan penganalisaan data bagi

menyelesaikan masalah berkenaan.

[25 Markah]

Permasalahan alam sekitar perlu dititiberatkan dalam usaha untuk mewujudkan pembangunan yang

lestari. Masalah alam sekitar yang timbul seperti banjir, kemarau, kebakaran hutan, pencemaran dan

sebagainya banyak dipengaruhi oleh aktiviti manusia seperti urbanisasi yang tidak efisien,

perindustrian, pembalakkan tidak terkawal dan banyak lagi. Maka, peranan penggunaan GIS dan SDI

amat penting dalam membantu untuk menilai data besar bagi landskap kawasan dengan mudah.

Selain itu dapat membantu pembuat keputusan untuk memahami secara visual kesan sesuatu projek

terhadap alam sekitar. Sistem Maklumat Geografi (GIS) dapat menyediakan pelbagai fungsi iaitu

menginput, menyimpan, mengurus, mengolah, mengolah, menganalisis, dan memaparkan segala

maklumat yang ada rujukan geografi. Data GIS juga banyak dipengaruhi oleh gelombang pasif dan

aktif bagi mendaptkan gambaran di permukaan bumi. Gelombang pasif dapat mengesan tenaga

gelombang mikro yang dipancarkan secara semulajadi dalam bidang pandangannya sahaja seperti

suhu, dan kelembapan objek di permukaan. Gelombang mikro pasif banyak digunakan dalam bidang

meteorologi, hidrologi, dan lain-lain lagi. Manakala gelombang aktif menghasilkan sumber radiasi

gelombang mikro yang sendiri untuk menerangi sasaran yang terbahagi kepada dua kategori iaitu

imej dan bukan imej. Kebanyakkan gelombang aktif jenis bukan imej iaitu altimeters digunakan oleh

pesawat untuk menentukan ketinggian dan satelit untuk pemetaan topografi dan ketinggian
permukaan laut. Dengan adanya gelombang aktif dan pasif ini membantu dalam GIS untuk

menyelesaikan masalah ruangan yang berlaku.

GIS juga suatu alat yang dapat membantu dalam mewujudkan sisitem maklumat bandar

yang lebih efisien termasuk perancangan, pengurusan, dan pengawalan terhadap masalah alam

sekitar yang berlaku. Banyak masalah isu ruangan seperti pencemaranair, udara,dan banjir

disebabkan oleh aktiviti manusia. Penggunaan GIS ini amat membantu dalam penyelesaian terhadap

masalahalam sekitar atau masalah isu ruangan. GIS dapat membantu menyelesaikan isu berkenaan

alam sekitar seperti masalah pencemaran air, udara, atau banjir dan lain-lain secara lestari adalah

dengan pangkalan data yang memudahkan integrasi data spatial dan data atribut yang diperlukan

untuk menjalankan analisis spatial bagi menjelaskan kesan guna tanah terhadap kualiti alam sekitar

seperti air.

Selain itu, GIS juga dapat membantu memberikan maklumat penting tentang sumber dan

boleh membuat perancangan dan pengurusan sumber dengan lebih mudah. GIS menawarkan

keupayaan dalam mengumpul, penganalisaan, kefahaman maklumat, dan pengurusan alam sekitar.

Sebagai contohnya, GIS mampu mengumpul maklumat berkaitan tentang tanih-tanih,hutan, atau

sungai yang menunjukkan pelbagai cirinya. Hal ini dapat membantu dalam penilaian kesan terhadap

alam sekitar sesuai digunakan untuk pembinaan sesuatu projek pembangunan bagi menjaga alam

sekitar daripada rosak.

Selain itu juga boleh membolehkan dalam pemetaan secara automatik yang dapat

mengetahui maklumat berkenaan aset fizikal atau sumber. Hal ini secara tidak langsung dapat

menjaga kelestarian alam sekitar dan dapat menyelesaikan masalah ruangan yang berlaku.

Dalam pada itu, GIS dapat memantau risiko persekitaran dengan cara mengurus kawasan

tadahan air, dan dataran banjir. GIS juga dapat mengenalpasti pencemaran yang berlaku dan dapat
mengenalpasti peletakan kawasan toksid dan berbahaya yang dapat membantu menyelesaikan

masalah isu ruangan seperti pencemaran dan sebagainya.

GIs juga dapat membantu dalam memantau perubahan guna tanah dengan cara dapat

menilai kesan pemukiman bandar terhadap aa sekitar. Ha ini membolehkan pembuat keputusan

mengabil langkah dengan cara yang baik tanpa menjejaskan alam sekitar.

Penggunaan GIS dapat membantu dalam penyelesaian masalah dunia benar seperti masalah

kepada isu ruangan yang disebabkan oleh aktiviti manusia yang tidak efisien dan tidak terkawal. GIS

dapat memacu dalam membuat keputusan yang lebih baik. GIS dapat membantu dalam mengetahui

perubahan alam sekitar seperti gunatanah hutan bagi sesuatu kawasan dari semasa ke semasa.

RUJUKAN:

Md. Elias, H., & Chamhuri, S. (2008). Linking rural poverty and environment: Governance and

sustainable development policies (pp. 20–39). Bangi: Institut Alam Sekitar dan

Pembangunan.

Munasinghe, M. (2008). The sustainomics trans_diciplinary metaframework for making development

more sustainable: Application to energy issues. International Journal of Sustainable

Development, 4, 6–54.

You might also like