You are on page 1of 6

Faktor Faktor Kekurangan Penggunaan Bumbung Hijau di Kuala Lumpur dan Tahap Kesedaran Penggunaannya di Kalangan Kumpulan Perekabentuk

1. Pengenalan Menurut Y.Bhg. Dato Mohd. Fadzil Bin Haji Mohd. Khir, Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, kejadian kemerosotan alam sekitar telah diperakukan oleh Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC), yang meramalkan bahawa menjelang tahun 2100 suhu global secara purata akan meningkat di antara 1oC hingga 4oC; precipitation global akan meningkat lebih tinggi, terutamanya di kawasan tanah tinggi semasa musim salji; dan paras air laut dijangka meningkat di antara 20-140cm (20-55 inci). Fakta ini terbukti bila mana fenomena perubahan iklim global ini telah menyebabkan fenomena cuaca yang melampau, termasuk suhu kedinginan dan kepanasan yang extreme, peningkatan frekuensi kejadian kemarau yang kritikal, banjir besar, ribut taufan, dan juga tsunami. Di Malaysia, pembebasan gas rumah hijau (GHG) telah meningkat sebanyak 55% pada tahun 2000 berbanding dengan tahun 1994. Ini bermakna pembebasan CO2 per kapita bagi Malaysia adalah sebanyak 7.1 ton per kapita lebih tinggi daripada purata pembebasan CO2 bagi negara-negara di Asia Pasifik, iaitu sebanyak 2.6 ton per kapita. Nilai ini adalah sangat tinggi dan harus dikurangkan sekiranya Malaysia ingin mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Kerajaan iaitu 40% pengurangan intensiti per kapita GDP menjelang tahun 2020. Seperti mana yang kita semua sedia maklum, aktiviti pembangunan merupakan sektor terbesar dalam penjanaan GHG. Oleh itu, inisiatif-initiatif menghijaukan Bandar memainkan peranan penting di dalam agenda pembangunan mampan dan perubahan iklim. Penyusutan kualiti alam sekitar disebabkan kesan pemanasan global dan pelepasan gas rumah hijau merupakan isu yang semakin meruncing. Kawasan lapang penting bagi mengurangkan suhu persekitaran dan meningkatkan kualiti udara dengan pembebasan gas oksigen. Pembinaan bumbung hijau merupakan sebahagian daripada usaha menangani perubahan cuaca dan mengurangkan kesan Urban Heat Island. Selain itu, ia juga merupakan salah satu usaha ke arah Green Building Index (GBI) yang mengalakkan bangunan untuk direkabentuk dan dibina secara mampan dari aspek penjimatan tenaga, air, mewujudkan persekitaran dalam bangunan yang sihat, kemudahsampaian serta lokasi yang strategik dan penggunaan sumber atau bahan yang mesra alam dan kitar semula.

Bumbung hijau didefinisikan sebagai taman yang terletak di atas bumbung sesebuah bangunan (Wikipedia.org,2009). Bumbung hijau memberi manfaat dari aspek senihias dan senibina, membekal makanan segar, membantu mengawal suhu dengan pembebasan Gas Rumah Hijau yang rendah, manfaat hidrologi, habitat bagi hidupan liar serta ruang untuk 1| Page

melakukan aktiviti rekreasi dan sosial. Bumbung hijau merupakan salah satu elemen teknologi hijau ke arah pencapaian Dasar Teknologi Hijau Negara, KETTHA, 2009. Pada masa kini, konsep bumbung hijau merupakan satu fenomena baru dan tidak begitu meluas penggunaannya di Malaysia. Ini mungkin disebabkan oleh kekurangan pengetahuan di kalangan sebahagian kumpulan perekabentuk mengenai bumbung hijau dan kekurangan promosi untuk mereka bentuk bumbung. Ramai arkitek landskap hari ini tidak benar-benar tahu tentang bumbung hijau dan mereka tidak boleh mencadangkan bumbung hijau ke dalam reka bentuk mereka. Sehubungan dengan itu, kajian ini akan mengkaji faktor faktor kekurangan penggunaan bumbung hijau di kuala lumpur dan tahap kesedaran penggunaannya di kalangan kumpulan perekabentuk.

2. Kepentingan Kajian Pembinaan bumbung hijau merupakan sebahagian daripada usaha menangani perubahan cuaca dan mengurangkan kesan Urban Heat Island. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor faktor kekurangan penggunaan bumbung hijau di kuala lumpur dan tahap kesedaran penggunaannya di kalangan kumpulan perekabentuk. Ianya bertujuan untuk menggalak dan mempromosikan pengaplikasian bumbung hijau pada bangunan dikalangan kumpulan perekabentuk dan masyarakat. Di samping itu, hasil daripada kajian ini diharapkan dapat membantu pihak kerajaan dari segi penglibatan secara meluas pihak industri hijau bagi menangani isu perubahan cuaca secara mendadak ini disamping usaha pihak kerajaan untuk memperhalusi polisi berkaitan teknologi hijau.

3. Pernyataan Masalah Pada masa kini, konsep bumbung hijau merupakan satu fenomena baru dan tidak begitu meluas penggunaannya di Malaysia. Ini mungkin disebabkan oleh kekurangan pengetahuan di kalangan sebahagian kumpulan perekabentuk mengenai bumbung hijau dan kekurangan promosi untuk mereka bentuk bumbung. Ramai arkitek landskap hari ini tidak benar-benar tahu tentang bumbung hijau dan mereka tidak boleh mencadangkan bumbung hijau ke dalam reka bentuk mereka. Sehubungan dengan itu, kajian ini akan mengkaji faktor faktor kekurangan penggunaan bumbung hijau di kuala lumpur dan tahap kesedaran penggunaannya di kalangan kumpulan perekabentuk.

2| Page

4. Objektif Objektif kajian ini adalah untuk:

1. Mengkaji faktor faktor kekurangan penggunaan bumbung hijau di Kuala Lumpur

2. Mengukur tahap kesedaran penggunaan bumbung hijau di kalangan kumpulan


perekabentuk.

5. Skop Kajian Pada masa kini, konsep bumbung hijau tidak begitu meluas penggunaannya di Malaysia. Ini mungkin disebabkan oleh kekurangan pengetahuan di kalangan sebahagian kumpulan perekabentuk mengenai bumbung hijau dan kekurangan promosi untuk mereka bentuk bumbung. Sehubungan dengan itu, kajian ini akan menilai faktor faktor kekurangan penggunaan bumbung hijau di Kuala Lumpur dan mengukur tahap kesedaran penggunaan bumbung hijau di kalangan kumpulan perekabentuk. Soal selidik akan diedarkan kepada green roof player yang terdiri daripada kumpulan perekabentuk, landskap arkitek dan kontraktor landskap. Hasil daripada data yang diperoleh akan dianalisa menggunakan perisian SPSS.

6. Kajian Ilmiah 6.1 Alam Sekitar Pembinaan bumbung hijau merupakan sebahagian daripada usaha menangani perubahan cuaca dan mengurangkan kesan Urban Heat Island. Selain itu, ia juga merupakan salah satu usaha ke arah Green Building Index (GBI) yang mengalakkan bangunan untuk direkabentuk dan dibina secara mampan dari aspek penjimatan tenaga, air, mewujudkan persekitaran dalam bangunan yang sihat, kemudahsampaian serta lokasi yang strategik dan penggunaan sumber atau bahan yang mesra alam dan kitar semula. Permukaan bumbung, dinding dan lantai yang berturap bertindak memantulkan bunyi berbanding menyerap bunyi. Pembinaan pelbagai lapisan lantai dan penanaman pokok di bumbung hijau membantu menyerap bunyi. Kajian di Jerman mendapati pembinaan taman atas bumbung di Lapangan Terbang Frankfrut yang mempunyai ketebalan lapisan lantai 10cm mampu mengurangkan bunyi transmission ke dalam bangunan sebanyak lima (5) decibel (Hong Kong Architectural Services Department, 2007).

3| Page

Permukaan berturap seperti jalan, lantai dan bumbung tidak menyerap larian air hujan di mana keadaan ini menjadi punca kepada fenomena banjir kilat. Penanaman pokok di bumbung hijau mampu membantu memperlahankan kadar larian air hujan (delay storm water run-off) sekaligus mengurangkan kejadian banjir kilat. Selain itu, air hujan boleh disimpan atau disalurkan kepada tanaman pokok dan kawasan tadahan melalui cara rain water harvesting untuk kegunaan penyiraman pokok dan pembersihan taman atas bumbung dan menggalakkan penggunaan hujan secara ekonomik. Pembinaan bumbung hijau mewujudkan sistem ekologi di atas bumbung melalui pembinaan lapisan tanah untuk tanaman dan penanaman pokok selain membentuk habitat yang mampu membekalkan sumber makanan, air dan sarang khususnya kepada hidupan seperti burung serta serangga.

6.2 Ekonomi Proses pengembangan dan pengecutan bumbung akibat terdedah kepada ancaman cuaca menyebabkan struktur sesebuah bangunan menjadi lemah, mudah retak, merekah dan pecah. Bumbung hijau berfungsi sebagai penebat kepada bumbung bangunan daripada ancaman cuaca (panas dan sejuk) sekaligus memanjangkan jangka hayat bumbung bangunan dan mengurangkan kos kitaran jangka hayat bangunan (buildings life cycle cost) (Hong Kong Architectural Services Department, 2007). Penanaman pokok atau tumbuhan hijau di taman atas bumbung bertindak sebagai penebat dengan memerangkap haba kepada sesebuah bangunan daripada sinaran; dan tenaga yang efisyen dengan memerangkap lapisan udara yang mampu menyejukkan pemukaan bangunan dan mengalakkan pengunaan tenaga secara efisyen. Kajian oleh National University of Singapore (Nyuk, 2002) di bangunan komersial 5 tingkat menunjukkan penjimatan tenaga bersih tahunan (net annual energy savings) adalah dalam lingkungan 15%. Bumbung hijau mewujudkan peluang kepada penghuni bangunan untuk bercucuk tanam memandangkan ruang penanaman yang sangat terhad di kawasan bandar berdensiti tinggi. Di samping itu, membolehkan penghuni mendapatkan sumber makanan segar sekaligus memberi manfaat nilai ekonomi melalui penjimatan kos makanan dan potensi menaikkan nilai hartanah. Di bawah Bajet RMKe-10, kerajaan telah mengumumkan beberapa insentif bagi menggalakan lebih banyak bangunan memperolehi sijil indeks penerapan hijau ke atas bangunan mesra alam, Green Building Index (GBI). Oleh itu, dengan pembinaan taman atas bumbung yang mengaplikasikan GBI semasa pembinaan, kos pembinaan bangunan dapat dikurangkan.

6.3 Ameniti dan estetik Bumbung hijau berfungsi sebagai ruang alternatif untuk melakukan aktiviti rekreasi pasif di samping sebagai tempat untuk mengalakkan interaksi sosial antara penduduk/penghuni setempat di dalam merealisasikan gagasan 1Malaysia. 4| Page

Pembinaan taman atas bumbung melalui penanaman pokok membantu meningkatkan kualiti, nilai estetik dan visual sesebuah bangunan dan bandar secara amnya. Bumbung hijau memainkan peranan sebagai perintang api kebakaran melalui pembinaan lapisan medium tanah untuk tanaman yang mempunyai ciri lembab serta basah yang membantu memperlahankan rebakan api kebakaran. Walau bagaimanapun, perlu diambilkira bahawa tumbuh-tumbuhan yang kering mampu memberi risiko dan mempercepatkan rebakan api kebakaran.

7. Methodology

Latarbelakang kajian

Kajian Ilmiah

Soal Selidik

Pengumpulan data

Analisis Data

Perbincangan

Kesimpulan Carta Alir Metodologi 8. Hasil Jangkaan Hasil jangkaan daripada kajian ini adalah: 1. Dapat menilai faktor faktor kekurangan penggunaan bumbung hijau di kuala lumpur

5| Page

2. Dapat mengukur tahap kesedaran penggunaan bumbung hijau di kalangan kumpulan perekabentuk

6| Page

You might also like