You are on page 1of 3

Hutan tropika

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Hutan tropika termasuklah hutan hujan malar hijau di garis lintang khatulistiwa dan
hutan monsun tropika. Di hutan khatulistiwa pokok-pokok biasanya menggugurkan
daunnya sedikit-sedikit ataupun menggugurkan daunnya mengikut musim tetapi
kebanyakan daripada pokok itu mempunyai daunnya hampir seluruh masa dan sebab
itu hutan ini kelihatan malar hijau. Di hutan monsun pokok-pokok ialah jenis daun-luruh
yang menggugurkan daunnya pada musim kemarau dan tidak mengeluarkan daun baru
sehingga musim hujan tiba.
Isu sumber hutan tropika begitu mendapat perhatian di kalangan warga dunia terutama
sekali dari negara-negara maju. Kebetulan pula sumber hutan ini tidak kedapatan di
negara mereka, sebaliknya di negara bekas jajahan mereka iaitu negara sedang
membangun. Kritikan dari negara maju begitu terasa terutama sekali dari kerajaan
mereka dan pertubuhan yang terdapat di negara-negara tersebut.

BANGUNAN BERLIAN SURUHANJAYA TENAGA MALAYSIA :


BANGUNAN MESRA ALAM DI PUTRAJAYA
Tahukah anda di Putrajaya terdapat sebuah bangunan mesra alam yang menerima
pengiktarafan sebagai bangunan paling mesra alam di ASEAN? Pejabat Suruhanjaya
Tenaga Malaysia yang diberi nama Bangunan Berlian menerima anugerah tertinggi
platinum kerana menggunakan teknologi hijau yang mesra alam. Ianya direka oleh
firma arkitek NR Architech dan siap dibina pada tahun 2009. Sebanyak 10 peratus
keperluan tenaga pejabat ini dihasilkan menggunakan panel solar yang terletak
pada bahagian bumbung. Sebanyak 80 peratus keperluan air pula diperolehi dengan
mengumpul air hujan. Pada bahagian lobi bangunan pula terdapat taman hijau yang
membekalkan oksigen. Selain daripada itu atrium pada bahagian tengah bangunan
memberikan pencahayaan semula jadi kedalam ruang pejabat. Penggunaan tenaga
elektrik untuk lampu dan penyejukan dapat dijimatkan. Totally awesome. Diharap
banyak lagi pejabat di Malaysia dapat menggunakan konsep mesra alam seperti
Bangunan Berlian ini.

Industri Binaan Malaysia


Ciri Bangunan Hijau Mesra Alam. Ramai yang tak tahu apakah bangunan hijau
atau teknologi hijau pada bangunan atau apakah bangunan mesra alam. Di
Amerika mereka ada Majlis Bangunan Hijau AS yang mengawasi dan memberi sijil
kelayakan kepada bangunan bangunan yang menepati ciri ciri bangunan Hijau.Di
Malaysia terdapat sebuah bangunan yang mendapat sijil bangunan hijau dari
Majlis tersebut. Bangunan yang dimaksudkan ialah bangunan Shell di Putrajaya.
Pengarah Architects 61 Sdn. Bhd., Jeffrey Ling yang merekabentuk dan mengurus
pembinaan Wisma Shell berkata daripada rekaan seni bina sehingga memasuki
proses pembinaan, semua yang dilakukan bersifat mesra alam. Hakikatnya,
pembinaan ini adalah satu pencapaian yang menggabungkan bukan sahaja tahap
perancangan seni bina dan reka bentuk tetapi juga bantuan teknologi maklumat
turut menjadi faktor kejayaan pelaksanaan bangunan hijau ini.
Ciri bangunan Hijau Wisma Shell
-tapak yang mampan,
-Penggunaan air secara cekap,
-Guna tenaga dan persekitaran,
-Penggunaan bahan dan sumber,
-Kualiti persekitaran dalaman dan
-Reka bentuk inovatif.

REKA BENTUK BANGUNAN MESRA ALAM ::


Perangkaan kayu
Perangkaan kayu tidak memerlukan penggunaan kayu kayan seperti pembinaan
konvensional dan turut membentuk panel pengedapan luaran (SIPS), yang
memerangkap haba serta penyaman udara daripada terus bebas keluar.
Pencahayaan bebas kimia
Pencahayaan LED (Light Emitting Diode) adalah satu semikonduktor yang
memancarkan cahaya apabila arus elektrik digunakan. Satu kelebihan besar; ianya
tidak mengandungi bahan kimia berbahaya seperti bahan-bahan pencahayaan
yang lain. Sebagai contoh, kalimantang padat mengandungi merkuri mentol
pencahayaan yang mampu mengancam lapisan ozon.
Cermin penghadang haba
Pemancaran rendah (Low Emittance), daripada tingkap, pintu serta cermin
bumbung memberikan pencahayaan semulajadi serta menghalang UV daripada
matahari yang memanaskan rumah, kadang kala turut merugikan penyamanan
udara.
Pemanasan dan penyejukkan geohaba
Selain daripada menggunakan relau tradisional yang memanas serta menyejuk
dan menghasilkan karbon monoksida ketika proses tersebut, pam geohaba
dipenuhi dengan air serta glycol dan bergantung pada bumi sebagai penukar
haba. Pada musim sejuk, system ini menghantar udara panas ke dalam bilik; dan
ketika musim panas ianya membawa udara sejuk.

You might also like