You are on page 1of 2

RUMAH HIJAU

Rumah hijau, atau rumah kaca ialah satu bangunan yang


diperbuat daripada kaca atau plastik yang membolehkan
penanaman yang terlindung dan terkawal. Haba dari cahaya
matahari yang menembusi strukturnya yang lutsinar
memanaskan tumbuh-tumbuhan dan tanah di dalamnya. Selain
itu, udara di dalamnya turut dipanaskan dan kekal tanpa boleh
terlepas keluar daripada bangunan ini.
Bangunan ini dibina dalam pelbagai bentuk dan peranan. Dalam
industri asa tani, misalnya, ia dibina dengan saiz yang besar dan
dilengkapi pelabagai peralatan moden bagi mengawal dan
menggalakkan pertumbuhan tanaman di dalamnya. Kaca atau
plastik yang digunakan pula bekerja sebagai bahan perantaraan
yang membenarkan perpindahan (atau "pembebasan") sinaran
pada frekuensi tertentu. Kesannya ialah, tenaga yang masuk
"dijerat" di dalamnya untuk memanaskan tanaman, dan tidak
boleh keluar bebas daripada rumah hijau ini.
Rumah hijau sering juga digunakan dalam industri seni taman dan
juga untuk tujuan penyelidikan.

KESAN RUMAH HIJAU


Kesan rumah hijau ialah pemanasan yang berlaku apabila
kepekatan gas-gas rumah hijau di dalam sesuatu ruang tertutup
meningkat dan menyekat haba daripada mudah terbebas. Kesan
ini tidak tertakluk pada pemanasan global sahaja, tetapi juga di
dalam mana-mana ruang.

Proses kesan rumah hijau


Kesan rumah hijau berlaku semasa komposisi gas-gas rumah hijau
seperti, karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida
meningkat melebihi tahap normal. Apabila komposisinya
meningkat, molekul-molekul gas ini yang bersifat penyimpan

haba, akan memerangkap haba lalu melambatkan proses


pembebasan haba.

Kesan rumah hijau global


Kesan rumah hijau global berlaku apabila,
sinaran inframerah matahari yang memasuki
ruang atmosfera bumi tidak terpantul secukupnya secara normal
disebabkan kesan rumah hijau. Ini akan menyebabkan
pemanasan global secara berperingkat, dan kawasan yang
mengalami pencemaran teruk akan mengalami kesan itu dengan
lebih teruk lagi. Implikasi daripada pemanasan global akan
menyebabkan lapisan ais di kedua-dua kutub bumi akan
mengalami pencairan dan menyebabkan peningkatan aras laut.

Punca kesan rumah hijau


Kesan rumah hijau berpunca sama ada secara semulajadi atau
buatan manusia. Secara semulajadi, kesan rumah hijau berpunca
daripada letusan gunung berapi yang membebaskan gas-gas
sulfur, dan karbon. Selain itu pembakaran hutan akibat petir juga
memberi kesan. Secara buatan manusia, kesan rumah hijau
kebanyakan berpunca daripada pembebasan bahan pencemar
udara, seperti asap daripada kenderaan dan kilang. Penggunaan
penyembur aerosol, sesetengah peti sejuk dan penghawa dingin
yang membebaskan CFC juga menyumbang kepada kesan
pemanasan global ini.

Kaedah mengurangkan kesan


Antara kaedah untuk mengurangkan kesan rumah hijau ini ialah
melalui penjimatan tenaga. Jikalau manusia dapat mengurangkan
penggunaan kenderaan dengan banyak menggunakan
pengangkutan awam, pembebasan gas rumah hijau dapat
dikurangkan .

You might also like