You are on page 1of 4

Kesan Rumah Hijau : Greenhouse Effect

Cikgu HailmiSabtu, Ogos 17, 2013

Kesan Rumah Hijau


Kesan rumah hijau ialah pemanasan yang berlaku apabila kepekatan gas-gas
rumah hijau (karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida) di dalam
sesuatu ruang tertutup meningkat dan menyekat haba daripada mudah terbebas.
Kesan ini tidak tertakluk pada pemanasan global sahaja, tetapi juga di dalam mana-
mana ruang.

Proses Kesan Rumah Hijau


Kesan rumah hijau berlaku apabila komposisi gas-gas rumah hijau seperti, karbon
dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida meningkat melebihi tahap normal.
Apabila komposisinya meningkat, molekul-molekul gas ini yang bersifat penyimpan
haba, akan memerangkap haba lalu melambatkan proses pembebasan haba.

Proses Kesan Rumah Hijau


Kesan rumah hijau berlaku apabila komposisi gas-gas rumah hijau seperti, karbon
dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida meningkat melebihi tahap normal.
Apabila komposisinya meningkat, molekul-molekul gas ini yang bersifat penyimpan
haba, akan memerangkap haba lalu melambatkan proses pembebasan haba.
1.menyebabkan pencairan ais di kutub dan kawasan pergunungan
2. mengakibatkan kenaikan suhu dunia/ global
3. berlakunya kenaikan aras laut
4. daratan yang rendah ditenggelami air / pulau ditenggelami air
5. peluasan kawasan gurun
6. penurunan hasil pertanian/ penternakan kerana kurang fotosintesis
7. kandungan gas oksida dalam udara meningkat
8. menyebabkan berlakunya perubahan iklim dunia.

Kesan Rumah Hijau Kepada Dunia


Kesan rumah hijau global berlaku apabila, sinaran inframerah matahari yang memasuki
ruang atmosfera bumi tidak terpantul secukupnya secara normal disebabkan kesan rumah
hijau. Ini akan menyebabkan pemanasan global secara berperingkat, dan kawasan yang
mengalami pencemaran teruk akan mengalami kesan itu dengan lebih teruk lagi. Implikasi
daripada pemanasan global akan menyebabkan lapisan ais di kedua-dua kutub bumi akan
mengalami pencairan dan menyebabkan peningkatan aras laut. 

(a)    Banjir akibat pencairan ais di kutub utara dan kutub selatan


(b)   Kemarau di kawasan tertentu dan kawasan gurun menjadi bertambah luas.
c)    Menjejaskan pergerakan tenaga dan bahan-bahan dalam rantai makanan kerana
tumbuhan tertentu (pengeluar) mati.

Punca Kesan Rumah Hijau


Kesan rumah hijau berpunca sama ada secara semulajadi atau buatan manusia. Secara
semulajadi, kesan rumah hijau berpunca daripada letusan gunung berapi yang
membebaskan gas-gas sulfur, dan karbon. Selain itu pembakaran hutan akibat petir juga
memberi kesan juga. Secara buatan manusia, kesan rumah hijau kebanyakan berpunca
daripada pembebasan bahan pencemaran udara, seperti asap daripada kenderaan dan
kilang. Penggunaan penyembur aerosol, sesetengah peti sejuk dan penghawa dingin yang
membebaskan CFC juga menyumbang kepada kesan pemanasan global ini.

1. banyak berlaku pembakaran terbuka/ pembakaran hutan


2. banyak asap dari kereta atau kenderaan
3. banyak asap dari kilang
4. pembakaran bahan api fosil berlebihan
5. kurang pokok / tumbuhan hijau / penerokaan hutan berlebihan
6. penggunaan petrol berplumbum yang banyak
7. Pembebasan bahan CFC dari alat hawa dingin yang banyak.
8. Ujian senjata nuklear yang berlebihan.

Kaedah Mengurangkan Kesan Rumah Hijau


Antara langkah untuk mengurangkan kesan rumah hijau ini ialah melalui
penjimatan tenaga. Jikalau manusia dapat mengurangkan penggunaan kenderaan
dengan banyak menggunakan pengangkutan awam, pembebasan gas rumah hijau
dapat dikurangkan.
1. menanam pokok / menambah kawasan hijau/ menghijaukan bumi.
2. mengenakan denda/ menguatkuasakan undang-undang kepada pihak
mencemarkan alam sekitar.
3. mengadakan kempen alam sekitar / pendidikan alam sekitar.
4. kenderaan menggunakan petrol tanpa plumbum
5. memasang alat penapis asap kilang
6. menjalankan pembakaran menggunakan incinerator
7. berkongsi kereta
8. menjalankan proses kitar semula bahan buangan/ terpakai
9. menjalankan R&D

You might also like