You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN METHODIST

JALAN SUNGAI DAUN


14300 NIBONG TEBAL
SEBERANG PERAI SELATAN, PULAU PINANG
Tel / Faks : 04 593 1392 E-mel : pbb4012@jpnpp.edu.my

______________________________________________________________________
Ruj. Kami : Bil.( )dlm.SKM.800-4/4.
Tarikh : November 2019.

Kepada :-
Penolong Kanan KoKurikulum seperti berikut :-
1. SK Keledang Jaya.
2. SK Sungai Kechil.
3. SK Sungai Bakap.
4. SJKT Nibong Tebal.

Melalui :-
Guru Besar sekolah yang berkenaan.

Tuan,

PERTANDINGAN BOLA SEPAK JEMPUTAN


11TKB (PEMBANGUNAN) / 9-SEPASUKAN / 5 PENJURU
PIALA YANG DIPERTUA PIBG SK METHODIST 2019
_________________________________________________

Dengan hormatnya, Unit KoKurikulum sekolah ini akan mengadakan pertandingan di atas pada
ketetapan seperti berikut :-
Tarikh : 13 NOVEMBER 2019 (RABU).
Masa : 8.00 pagi hingga 2.00 petang.
Tempat : Padang Sekolah.

2. Sehubungan ini, pihak sekolah dengan rasa sukacita dan berbesar hati menjemput
pasukan bola sepak sekolah tuan untuk menyertai pertandingan tersebut.

3. Untuk pertanyaan lanjut, pihak tuan boleh menghubungi Cikgu Salinder Singh
(Penolong Kanan Kokurikulum SK Methodist) di talian 019 425 8018.

Segala perhatian dan kerjasama pihak tuan adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan
terima kasih.

Sekian, terima kasih.

” BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Saya yang menjalankan amanah,

(MOHD NIZAR BIN ZAINUL)


Guru Besar
SEKOLAH KEBANGSAAN METHODIST
JALAN SUNGAI DAUN
14300 NIBONG TEBAL
SEBERANG PERAI SELATAN, PULAU PINANG
Tel / Faks : 04 593 1392 E-mel : pbb4012@jpnpp.edu.my

______________________________________________________________________

PERTANDINGAN BOLA SEPAK JEMPUTAN


11TKB (PEMBANGUNAN) / 9-SEPASUKAN / 5 PENJURU
PIALA YANG DIPERTUA PIBG SK METHODIST 2019
Rabu, 13 November 2019 - 8.00 pg hingga 2.00 ptg - Padang Sekolah

NOTA UNTUK PENGURUS PASUKAN

1. Undian pasukan untuk perlawanan akan dijalankan pada jam 8.00 pagi. Perlawanan
pertama akan dimulakan pada jam 8.30 pagi.

2. Format pertandingan – Liga Satu Pusingan Dalam Kumpulan. Pasukan yang mendapat
kemenangan yang terbanyak akan diistiharkan sebagai Johan. Pasukan yang mendapat
kemenangan yang kedua terbanyak akan diistiharkan sebagai Naib Johan. Tidak ada
perlawanan akhir.

3. Kelayakan pemain. Pertandingan ini hanya boleh disertai oleh murid-murid sekolah
berkenaan yang sedang belajar di dalam Tahun 5, Tahun 4 dan Tahun 3 pada tahun
semasa 2019.

4. Bilangan pemain. Setiap pasukan mengandungi 12 pemain (9 pemain padang dan


3 pemain simpanan). Penggantian pemain secara Rolling Substitution.

5. Masa perlawanan – 10 minit / 1 minit / 10 minit. Setiap perlawanan mesti ada


pemenang. Jika seri, pertandingan sepakan penalti Sudden-Death (1 lawan 1) akan
dijalankan bagi mendapatkan pemenang.

6. Pengadil perlawanan adalah terdiri daripada GURU dari pasukan sekolah yang
berkecuali dengan perlawanan tersebut. Sila sediakan wisel sendiri.

7. Setiap pasukan akan dibekalkan dengan air minuman (2 kotak X 500ml).

8. Pasukan yang disebut awal di dalam jadual perlawanan merupakan pasukan tuan
rumah. Jika berlaku persamaan jersi, pasukan tuan rumah dikehendaki menukar jersi.
Dalam situasi ini, pemakaian bip adalah dibenarkan.

9. Tidak ada OFFSIDE.

10. Hadiah. Pasukan yang menjadi Johan akan menerima sebuah Piala Pusingan dan 2 biji
bola sepak. Pasukan yang menjadi Naib Johan akan menerima sebiji bola sepak.
SEKOLAH KEBANGSAAN METHODIST
JALAN SUNGAI DAUN
14300 NIBONG TEBAL
SEBERANG PERAI SELATAN, PULAU PINANG
Tel / Faks : 04 593 1392 E-mel : pbb4012@jpnpp.edu.my

______________________________________________________________________

PERTANDINGAN BOLA SEPAK JEMPUTAN


11TKB (PEMBANGUNAN) / 9-SEPASUKAN / 5 PENJURU
PIALA YANG DIPERTUA PIBG SK METHODIST 2019
Rabu, 13 November 2019 - 8.00 pg hingga 2.00 ptg - Padang Sekolah

PASUKAN BERTANDING

JADUAL PERLAWANAN

NO. MASA PASUKAN PENGADIL KEPUTUSAN

1 8.30 PG 1 LWN 2 5

2 8.55 PG 3 LWN 4 1

3 9.20 PG 5 LWN 1 2

4 9.45 PG 2 LWN 3 4

5 10.10 PG 4 LWN 5 3

6 10.35 PG 1 LWN 3 5

7 11.00 PG 2 LWN 4 1

8 11.25 PG 3 LWN 5 2

9 11.50 PG 4 LWN 1 3

10 12.15 TGH 5 LWN 2 4

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH


SEKOLAH KEBANGSAAN METHODIST
JALAN SUNGAI DAUN
14300 NIBONG TEBAL
SEBERANG PERAI SELATAN, PULAU PINANG
Tel / Faks : 04 593 1392 E-mel : pbb4012@jpnpp.edu.my

______________________________________________________________________

PERTANDINGAN BOLA SEPAK JEMPUTAN 9-SEPASUKAN


PIALA YANG DIPERTUA PIBG SK METHODIST 2020
Sabtu, 11 Januari 2020 - 8.00 pg hingga 2.00 ptg - Padang SK Methodist

PASUKAN BERTANDING

JADUAL PERLAWANAN
NO. MASA PASUKAN PENGADIL KEPUTUSAN

1 8.30 PG 1 LWN 2 4

2 8.55 PG 3 LWN 4 1

REHAT (10 minit)

3 9.30 PG 3 LWN 1 2

4 9.55 PG 4 LWN 2 3

REHAT (10 minit)

5 10.30 PG 1 LWN 4 2

6 10.55 PG 2 LWN 3 4

REHAT (10 minit)

7 11.30 PG J LWN NJ

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH

You might also like