You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP

JENGKA 5
26500 MARAN No. Tel : 09-4671817
PAHANG DARUL MAKMUR No. Fax : 09-4671817
KOD SEKOLAH CBA9110 e-Mel : 1gov/cba9110

Ruj. Kami : CBA9110. 100-13/3/1(13)


Tarikh : 22 NOVEMBER 2018

PN. NORAZIAH BT. JELANI


PN. NORA ASYIKIN BT. ISMAIL

Tuan/puan,

PELANTIKAN SEBAGAI FASILITATOR “PROGRAM KEM SMART SOLAT” ANJURAN KAWASAN RUKUN
TETANGGA (KRT) JENGKA 5

Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Jengka 5 bersama badan-
badan lain di dalam kawasan rukun tetangga Jengka 5 akan mengadakan Program “Kem Smart Solat”
untuk murid-murid Tahun 5 dan Tahun 6, SK LKTP Jengka 5.

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah bersetuju melantik tuan/puan sebagai FASILITATOR
untuk kem ini.

4. Pihak sekolah berharap agar tuan/puan dapat menyumbangkan tenaga bagi menjayakan
program yang akan dijalankan seperti maklumat berikut:
Tarikh : 24 November 2018
Hari : Sabtu
Masa : 7.30 pagi – 5.30 petang
Tempat : Masjid Jengka 5

5. Segala kerjasama dan sumbangan yang diberikan terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

SUHAIMI BIN ABDUL RAHIM @ NORDIN


Guru Besar
SK LKTP Jengka 5.

You might also like