You are on page 1of 3

Bab 9 : Pemanasan Global

9.1MAKSUD PEMANASAN GLOBAL

Ø Peningkatan suhu atmosfera bumi secara berterusan akibat daripada kesan rumah hijau yang
melibatkan pertambahan gas karbon dioksida(CO2), kluorofluorokarbon(CFC) dan bahan-bahan
pencemar yang lain

Ø Sebahagian pancaran matahari terbebas ke angkasa, sebahagian pancaran matahari akan


dipantulkan semula oleh bumi dan atmosfera, sebahagian besar haba daripada pancaran matahari
diserap oleh bumi dan bertindak memanaskan bumi, sebahaguan haba diserap dan disebarkan ke
semua arah oleh molekul gas rumah hijau yang meningkatkan lagi pemanasan bumi.

9.2 FAKTOR-FAKTOR PEMANASAN GLOBAL

1. FAKTOR AKTIVITI MANUSIA

Ø Aktiviti pertanian yang menggunakan racun serangga, baja kimia secara berlebihan

Ø Penyahhutanan secara besar-besaran bagi menjalankan pertanian, petempatan dan


perindustrian.

Ø Pembebasan asap oleh kenderaan bermotor dan aktiviti perindustrian yang menggunakan bahan
api fosil sebagai bahan bakar utama.

Ø Pembakaran terbuka

2. FAKTOR SEMULA JADI

Ø Letusan gunung berapi yang mengeluarkan asap dan debu

Ø Penerimaan pancaran matahari yang berlebihan

Ø Kebakaran hutan secara semula jadi

AKTIVITI JENIS GAS


 Pembakaran terbuka  Karbon dioksida
 Penjanaan tenaga elektrik terma  Karbon dioksida
 Pengangkutan  Karbon dioksida, karbon monoksida
 Perindustrian  Karbon dioksida, nitrogen
dioksida(NO2), CFC
 Pertanian  Metana(CH4), nitrus oksida(N2O)
 Letusan gunung berapi  Karbon dioksida, karbon monoksida,
sulfur dioksida(SO2)
9.3 KESAN-KESAN PEMANASAN GLOBAL

1. Peningkatan Aras Laut

Ø Punca: Pencairan ais di kutub, peningkatan suhu air laut

Ø Kesan: Mengakibatkan banjir besar dan hakisan, menenggelamkan kawasan daratan,


memusnahkan harta benda dan mengancam nyawa, menjejaskan sumber bekalan makanan dan air
bersih

Ø Contoh: Pencairan lapisan ais di Greenland

2. Kemerosotan Sumber Makanan

Ø Punca: air laut menjadi lebih panas dan mengganggu ekosistem marin, banjir memusnahkan
kawasan pertanian, tanah menjadi tandus dan tidak sesuai untuk pertanian

Ø Kesan: Mengancam sumber makanan dunia

Ø Contoh: Gelombang panas di Rusia pada 2010-2011 memusnahkan penuaian bijirin dan member
kesan kepada Negara-negara di Afrika Utara.

3. Gangguan Cuaca

Ø Kesan: Mengakibatkan banjir, rebut, ombak besar dan taufan, Taburan hujan tidak menentu,
Kemusnahan flora dan fauna, Terdapat kawasan yang mengalami kemarau yang teruk, Udara
menjadi kering dan jerebu mudah terbentuk

Ø Contoh: Kejadian banjir besar dan terburuk di Pakistan yang menjejaskan 20 juta penduduk 2010.
4. Masalah Kesihatan

Ø Kesan: Kehilangan nyawa, gelombang haba berisiko menyebabkan strok haba dan dehidasi,
meningkatkan risiko pelbagai penyakit berkaitan naba seperti katarak dan kanser kulit

Ø Contoh: Kematian 135 orang India pada April 2016 akibat strok haba yang dikaitkan dengan cuaca
panas melampau.

9.4 LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN KESAN PEMANASAN GLOBAL

Ø Amalan 5R: Menanam pokok, berkongsi kenderaan, menggunakan pengangkutan awam, amalan
kitar semula, kempen bebas plastic

Ø Kerjasama Antarabangsa: Protokol Kyoto 1997(perjanjian antarabangsa untuk mengambil langkah


yang perlu bagi mengurangkan pencemaran udara dan kesan rumah hijau), Panel Antara Kerajaan
tentang Perubahan Cuaca(IPCC), Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu tentang Alam Sekitar dan
Pembangunan(UNCED)/ Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro, bRazil pada 1992, Kerangka
Konvesyen tentang Perubahan Cuaca(UNFCCC), Persidangan Perubahan Iklim di Paris, Perancis dari
30 November hingga 11 Disember 2015 untuk bersama komuniti antarabangsa bagi menangani isu
perubahan iklim.

Ø Penggunaan Tenaga Mesra Alam: Bahan api fosil: petroleum, gas asli dan arang batu perlu diganti
dengan tenaga mesra alam :tenaga suria, angin dan ombak agar alam sekitar kekal dipelihara.

Ø Pendidikan Alam Sekitar: Pendidikan alam sekitar boleh diserap di peringkat sekolah. Komuniti

Ø Penguatkuasaan Undang-undang: Akta Perlombongan Petroleum 1966, Akta kerajaan tempatan


1976, Akta perhutanan 1984, Akta pengangkutan jalan(pindaan) 2012, Akta kualiti alam
sekeliling(pindaan) 2012

Ø Tip Mengurangkan Pemanasan Global: 1. Amalan 5R, 2. Meminimumkan penggunaan penyaman


udara, 3. Menanam pokok di sekitar rumah, 4. Mnanggalkan plag daripada soket apabila tidak
digunakan, 5.Menggunakan pengangkutan awam, 6. Menggunakan barangan elektrik jimat tenaga.

You might also like