You are on page 1of 2

BAB 9: PEMANASAN GLOBAL

A) Punca Pemanasan Global


Pemanasan global merupakan satu fenomena pemerangkapan gas yang dikenal sebagai gas rumah hijau. Gas-gas ini menghalang
dan memerangkap haba bumi daripada terbebas keluar ke angkasa. Sifat gas rumah hijau ialah membenarkan bahangan matahari
menembusinya tetapi menghalang pembebasan semula bahangan bumi ke atmosfera. Contoh gas rumah hijau ialah karbon
dioksida, karbon monoksida, kloroflorokarbon, metana dan nitrogen oksida.
Aktiviti Manusia yang Menyebabkan Pemanasan Global
Pembebasan asap oleh aktiviti Perindustrian  Pembakaran bahan api fosil seperti gas dan arang batu bagi menggerakkan
dan kenderaan mesin dan jentera telah mengeluarkan banyak gas rumah hijau, terutamanya
gas karbon dioksida.
 Contoh industri yang banyak membakar bahan api fosil ialah industri
pengeluaran simen, pengeluaran kain, pengeluaran makanan, serta industri
pengeluaran bahan- bahan binaan.
 Penggunaan kenderaan yang menggunakan minyak sebagai bahan bakar
utama bagi menggerakkan enjin kenderaan, khususnya minyak tanpa
plumbum telah banyak membebaskan gas karbon dioksida dan gas karbon
monoksida. Kereta api stim yang menggunakan batu arang sebagai bahan
bakar turut membebaskan gas pencemar ke atmosfera.
 Semakin banyak gas karbon dioksida dihasilkan, semakin banyak haba yang
terperangkap oleh lapisan gas lalu meningkatkan suhu udara secara global.
PERTANIAN DAN PENTERNAKAN  Aktiviti pertanian menggunakan racun serangga dan baja kimia secara
berlebihan. Hal ini menyebabkan banyak gas rumah hijau telah dikeluarkan,
terutamanya gas metana.
 Kegiatan penternakan juga menyebabkan berlakunya pemanasan global. Hasil
buangan najis haiwan ternakan seperti kambing dan lembu telah
menghasilkan dan membebaskan banyak gas metana ke angkasa.
 Contohnya, penternakan lembu di India dan Brazil (penternak utama dan
kedua di dunia) telah menghasilkan banyak gas metana.

PEMBAKARAN HUTAN  Kegiatan pembakaran hutan secara besar-besaran dan berleluasa untuk
membersihkan kawasan hutan bagi menjalankan aktiviti pertanian,
petempatan atau jaringan pengangkutan dan perhubungan telah
menyumbang kepada pemanasan global.
 Pembakaran hutan
 Contohnya, pembakaran hutan di Sumatera Selatan dan Riau, Indonesia.

Faktor Semula Jadi yang Menyebabkan Pemanasan Global


LETUSAN GUNUNG BERAPI  Letupan gunung berapi banyak mengeluarkan asap dan debu yang
mengandungi banyak gas rumah hijau.
 Contohnya, gas karbon dioksida, gas karbon monoksida, gas sulfur dioksida
dan sebagainya telah menyumbang kepada berlakunya pemanasan global.
Contoh gunung berapi yang pernah meletus ialah Gunung Tambore di
Sumbawa dan Gunung Krakatoa di Selat Sunda.

PENERIMAAN PANCARAN MATAHARI YANG


BERLEBIHAN

KEBAKARAN HUTAN SEMULA JADI telah menyebabkan lebihan karbon dioksida terjadi

You might also like