You are on page 1of 17

GEOGRAFI

TINGKATAN 2
Bab 9
PEMANASAN GLOBAL

By: Cikgu Fatin

Nota pkpb-2020
KONSEP PEMANASAN GLOBAL
Panas matahari : diserap oleh bumi
: dipantul ke atmosfera
: dipantul kembali oleh bumi
: dipantul oleh gas rumah kaca
MACAM MANA KEJADIAN GLOBAL
WARMING NI??

Dipantul oleh bumi


dan atmosfera

Radiasi haba keluar dari atmosfera

Kebanyakan haba
diserap oleh bumi
Gas rumah hijau:
Karbon dioksida
Karbon monoksida
Haba yang diserap bumi Kluorofluorokarbon(Cfc)
dipantulkan kembali Metana, nitrogen, oksida
oleh gas rumah kaca
Apakah yang anda faham dengan
maksud pemanasan global?
Pemanasan global merupakan satu fenomena
pemerangkapan gas yang dikenali sebagai gas
rumah hijau yang mana kumpulan gas
ini menghalang dan memerangkap haba
bumi daripada terbebas keluar ke angkasa. Sifat
kumpulan gas ini ialah membenarkan bahangan
matahari menembusinya tetapi menghalang
pembebasan semula bahangan bumi ke
atmosfera. Contoh gas rumah hijau ialah karbon
dioksida, karbon monoksida, kloroflorokarbon
(CFC), metana, nitrogen oksida dan lain-lain.
Punca/faktor
Pemanasan
Global
1. Aktiviti manusia
2. Semulajadi
AKTIVITI MANUSIA

Aktiviti perindustrian

Pembakaran bahan api fosil dan


arang batu untuk menggerakkan
mesin/jentera

Mengeluarkan banyak gas rumah


hijau yang memerangkap haba

Contoh:Karbon dioksida
Pengangkutan

Penggunaan kenderaan bermotor masa


kini memudahkan pergerakan

Menggunakan minyak sebagai bahan


bakar utama terutama minyak tanpa
plumbum

Membebaskan gas karbon dioksida dan


monoksida
Pembakaran hutan

Pembakaran hutan besar-besaran untuk


membersihkan hutan untuk dijadikan
sebagai kawasan pertanian.

Asap pembakaran terbebas keangkasa


mengandungi banyak gas karbon dioksida

Menyebabkan kandungan gas karbon


dioksida dan oksigen tidak seimbang dan
menyebabkan pemanasan global
Pertanian dan penternakan

Aktiviti pertanian menggunakan racun


serangga dan baja kimia berlebihan

Penggunaan bahan tersebut membebaskan


gas rumah hijau.

Penternakan menyebabkan pemanasan


global daripada pembuangan najis haiwan
ternakan yang membebaskan gas rumah
hijau

Contoh :gas methane


AKTIVITI SEMULAJADI

Letusan gunung berapi

mengeluarkan banyak asap dan debu


yang mengandungi gas rumah hijau

Seperti : Karbon dioksida, monoksida


sulfur dioksida

p/s :gunung berapi yang mash Meletus


ialah GUnung Krakatao di Selat Sunda
Apakah kesan pemanasan
global?
Peningkatan suhu secara global sudah tentu
akan mencairkan litupan salji dan glasier di
kawasan-kawasan pergunungan dan kedua-
dua kutub.

Kenaikan air laut akibat pencairan ais


berupaya memberi impak yang dasyat seperti
kejadian banjir besar terhadap negara-
negara kepulauan contohnya Fiji dan Maldives
serta negara-negara pada ketinggian yang
rendah contohnya Belanda dan Bangladesh.

Akibat pencairan ais yang menyebabkan


kejadian banjir besar ini akan mengakibatkan
kemusnahan bukan sahaja nyawa manusia dan
harta benda akan musnah tetapi bekalan
makanan seperti tanah-tanah pertanian yang
subur akan turut termusnah.
Suhu bumi yang tinggi menyebabkan
tanah-tanah yang subur menjadi
tandus dan tidak sesuai bagi aktiviti
pertanian.

Pokok-pokok tanaman juga tidak dapat


hidup dengan subur seterusnya
mengurangkan hasil pertanian.

Walaupun hanya berlaku perubahan


kecil pada suhu, taburan hujan dan
sinaran matahari,ia boleh
menyebabkan hasil pertanian terjejas
teruk, sekaligus mengancam bekalan
makanan dunia.
Kekeringan sumber air permukaan bumi atau
kemarau menyebabkan proses sejatan tidak
mempunyai wap-wap air untuk membentuk awan
yang tebal bagi menurunkan hujan.

Kadar hujan berkurangan, udara menjadi kering


dan persekitaran menjadi panas. Dalam keadaan
udara kering ia memudahkan terbentuknya
jerebu iaitu partikulat-partikulat terampai.

Pemanasan global mengakibatkan peningkatan


suhu di Lautan Pasifik. Hal ini mengubah pola
tiupan angin lazim dari darat ke laut akibat
perbezaan tekanan yang hebat. (El Nino)

Kesannya angin kencang bertiup ke barat


Pasifik menyebabkan cuaca panas dan angin
lembab pula bertiup ke timur Pasifik
menyebabkan kejadian ribut, banjir dan taufan.
Apakah langkah-langkah yang harus dilakukan
untuk mengurangkan masalah pemanasan global??

You might also like