You are on page 1of 14

Pemanasan global

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Pemanasan global berkaitan dengan peningkatan suhu dunia .Suhu bumi telah
meningkat dua darjah dan kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu.Kajian
mendapati kawasan Artik lebih pantas menjadi panas berbanding kawasan lain .
Perubahan iklim biasanya berlaku dalam tempoh 10,000 tahun tetapi kini perubahan
iklim berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja, jarak hanya 2 generasi sahaja.

Suhu bumi meningkat sejak tahun-tahun 90an.Kajian mendapati iklim panas melampau
di Perancis , iklim lebih panas di rantau Siberia dan pencairan "permafrost (lapisan tanah
yang kekal beku di rantau paling sejuk) terutamanya di rantau Artik. Ahli sains
meramalkan keseluruhan ais laut di Artik akan cair pada musim panas 2099. Litupan ais
Greenland dan Antartika Barat akan mencair . Paras laut akan meningkat kira-kira 7
meter secara mendadak.

Isi kandungan
[sorok]
 1 Faktor pemanasan global
 2 Pelepasan karbon dioksida
 3 Kesan pemanasan global di Malaysia
 4 Tenaga alternatif

 5 Rujukan

Faktor pemanasan global


Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Cuaca (IPCC) ditubuhkan pada 1988 oleh
Pertubuhan Meteorologi Sedunia serta Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB). Kegiatan terasnya adalah menyemak dan menilai maklumat saintifik,
teknikal dan sosio-ekonomi yang terkini. Saintis alam sekitar telah ditempatkan
dipelbagai lokasi strategik dan mengumpulkan laporan ilkim dan cuaca seluruh dunia
secara sistermatik. Dapatan daripada kajian ini amat memeranjatkan terutama berhubung
tentang faktor pemanasan global dan kesan jangka pendek dan panjang daripadanya.

 Laporan 1 (1990) dan Laporan 2 (1995) IPCC menunjukkan banyak


ketidakpastian iklim dunia dan bersifat negatif . Pemanasan global ini akan
menjejaskan manusia atau tamadunnya.
 Laporan ketiga (2001) berkisar kepada "Menangani Perubahan Iklim.
 Laporan Penilaian Keempat tentang (Perubahan Iklim 2007) .
Kajian mendapati 98 % punca pemanasan global ialah pelepasan karbon dioksida akibat
pembakaran bahan bakar fosil yang telah dilakukan sejak abad ke-18. . Perubahan
penggunaan tanah menyumbang 30 peratus pelepasan karbon dioksida. Kesan rumah
hijau lebih hebat dan iklim dunia akan berubah secara mendadak, tanpa dapat dibendung
lagi.

Pelepasan karbon dioksida


Impak pelepasan karbon dioksida tidak difahami ramai kerana gas tersebut tidak berbau
dan bukan toksik.Konsentrasi karbon dioksida di atmosfera telah meningkat daripada
kira-kira 280 bahagian sejuta (ppm) dicatat di kurun ke-18 (sebelum era revolusi
perindustrian) kepada 379 ppm pada tahun 2005.

Menjelang 2099 kadarnya meningkat kepada 700 ppm jika cara hidup sekarang
berterusan. Secara bandingan , planet lain seperti Marikh, suhunya kira-kira 400 darjah
celcius dan 90 peratus daripada atmosferanya adalah karbon dioksida. Hampir tiada
kehidupan di Marikh dan bumi akan menjadi seperti itu.

IPCC mendesak seluruh kerajaan dan penduduk dunia menstabilkan tahap karbon
dioksida di atmosfera kepada paras yang boleh diuruskan iaitu 450 ppm. Bagi
menghapuskan konsentrasi karbon dioksida di dalam atmosfera, ia mengambil masa
antara 200 atau 300 tahun . Walau apapun tindakan pemulihan dilakukan , untuk kembali
pulih amat sedikit.

Mulai abad ke-18 majoriti warga dunia menggunakan bahan bakar fosil daripada sumber
asas air atau kayu . Dunia ada banyak alternatif tetapi kita tidak menggunakannya secara
bijak , berkesan dan menyeluruh. Kita terlalu bergantung kepada bahan bakar fosil.
Negara sedang membangun seperti India dan China tidak setuju dengan pengurangan
pengggunaan bahan bakar fosil. 2 bilion penduduk di India dan China menggunakan
bahan bakar fosil secara keterlaluan.

Kesan pemanasan global di Malaysia


Sumber ekosistem yang ada telah digunakan ke paras maksimum dengan penangkapan
ikan berlebihan dan pemupusan kawasan besar hutan. Enam bilion penduduk dunia kini
menggunakan sumber asli bumi secara berlebihan dan tidak terkawal . Jika pemanasan
global berterusan , manusia dan tamdunnya akan pupus sebagaimana pupusnya dinosaur.

Ramalan saintis menunjukkan peningkatan 7.0 meter paras laut, kawasan rendah seperti
Kuala Muda (Kedah) dan Kelantan akan ditenggelami air. Keadaan monsun akan
bertukar sama sekali kerana kita akan menerima lebih banyak hujan sewaktu monsun
timur laut, yang bermakna lebih banyak kejadian banjir.

Kesedaran rakyat Malaysia dan amnya masyarakat dunia sukar ditingkatkan. Hanya 3 /10
rakyat Malaysia yang prihatin kepada isu-isu alam sekitar. Kejadian Tsunami 2004 dan
banjir besar di Johor adalah pengajaran terbaik .Mendidik bukanlah untuk membuat
mereka cemas tetapi meminta mereka bertindak secara betul dan tepat.

Tenaga alternatif
Tenaga alternatif seperti tenaga nuklear dan solar sebagai alternatif yang berdaya maju.
Malaysia perlu meneroka dan mempelajari sendiri tenaga nuklear sebagaimana Korea dan
Jepun. Malaysia menerima 300 hingga 400 watt satu meter persegi cahaya matahari.

Rujukan
 Melati Mohd Ariff - Pemanasan Global: Menangani "Amarah Alam" :
Bernama.com

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Pemanasan_global"


Kategori: Pemanasan global
 

 
ASTRONOMI   -   KANDUNGAN   -   SIMULASI LANGIT   -   PAUTAN
 

Pemanasan global
Sistem Suria Dalaman
 
Utarid dan Zuhrah
Secara umumnya suhu purata Bumi tidak begitu stabil, malah berubah mengikut masa, seperti yang telah
  dibuktikan melalui analisis lapisan geologi. Planet kita adalah beberapa puluh darjah lebih sejuk pada 20 000
Utarid tahun yang lepas, iaitu pada puncak zaman salji glasier. Perubahan suhu ini sebenarnya amat perlahan, suhu
Zuhrah berubah sebanyak 0.2 darjah dari tahun 1000 sehingga hujung kurun ke-19.
 
Bumi
 
Fakta yang merisaukan komuniti antarabangsa ialah betapa cepatnya suhu berubah sekarang ini, kecepatan
tmosfera dan Magnetosfera perubahan yang tidak pernah berlaku di zaman dahulu. Sejak hujung kurun ke-19, lebih kurang dalam seratu
r dalaman dan plet tektonik tahun saja, suhu purata telah naik 0.6 darjah. Simulasi komputer pula menunjukkan bahawa pemanasan akan
Pemanasan global menjadi lebih cepat dan suhu purata boleh meningkat sebanyak 1.4 hingga 5.8 darjah pada hujung kurun ke-21
  Fenomena ini kita panggil pemanasan global.
Bulan
 
Bulan Kesan rumah hijau
 
Marikh
 
Marikh Variasi suhu atmosfera secara umumnya berkaitan dengan beberapa faktor seperti perubahan aktiviti Matahari
Air di permukaan Marikh atau kelajuan putaran Bumi. Tetapi, kebanyakan pakar-pakar sains percaya bahawa pemanasan global adalah
  disebabkan, terutamanya, oleh kesan rumah hijau. Kesan ini terjadi apabila sebahagian besar tenaga dari Matahar
Appendiks yang sampai kepermukaan Bumi tidak dipantulkan semula keluar ke angkasa lepas, malah diserapi oleh atmosfer
 
kita.
Ciri-ciri fizikal
Ciri-ciri orbit
Seperti yang telah kita dapati, menurut hukum Wien, sifat sinaran dari satu objek bergantung kepada suhunya
Matahari yang mempunya suhu permukaan 6000 darjah, bersinar terutamamya didalam gelombang tampak
dimana tenaganya masuk secara mudahnya ke atmosfera kita. Tetapi, disebabkan suhu Bumi jauh lebih rendah
dari suhu Matahari, planet kita mengeluarkan kembali tenaga ini dalam bentuk sinaran inframerah. Gas-ga
tertentu seperti karbon-dioksida, methane dan nitrogen oksida, yang juga lutsinar dalam gelombang tampak
adalah legap dalam sinaran inframerah. Ciri-ciri mereka ini menghalang tenaga dari keluar semula keangkasa
lepas. Mereka menyerap tenaga tersebut menjadikan atmosfera kita panas. Sebahagian besar tenaga solar in
diserap oleh atmosfera bawahan,seperti yang terjadi keatas planet Zuhrah.

Besar kemungkinan kesan rumah hijau dan pemanasan global ini, yang mencepat sejak kurun ke-19, berpunca dar
kesan aktiviti manusia keatas alam sekitar. Kebanyakan gas yang mempunyai ciri-ciri kesan rumah hijau telah
dilepaskan ke atmosfera melalui aktiviti-aktiviti moden yang menggunakan fossil fuel di dalam industri dan
kenderaan. Ia juga boleh disebabkan oleh aktiviti agrikultur tertentu seperti ternakan lembu. Kita jangka bahaw
gas karbon-dioksida telah dinaikkan sebanyak 30 peratus sejak bermulanya era industri, iaitu satu sumbangan
besar yang memburukkan kesan rumah hijau.

Sejak 150 tahun yang lepas, glasier di banjaran gunung Alps, seperti glasier Aletsch di Switzerland, telah hilang separuh
jisimnya. Kredit : O. Esslinger

Sejak 150 tahun yang lepas, glasier di banjaran gunung Alps, seperti glasier Aletsch di Switzerland, telah hilang
separuh jisimnya. Kredit: O. Esslinger

Kesan dari pemanasan global

Seperti yang telah ditunjukkan, pemanasan global menyebabkan glasier mencair dan tahap air laut meningka
sebanyak beberapa puluh sentimeter. Ketebalan ais di kutub juga menjadi kurang. Sejak kurun ke-21, fenomena in
meningkat semakin cepat, dimana kesannya kelihatan semakin ketara, terutamanya peningkatan tahap air laut dan
perubahan cuaca secara ekstrim yang melibatkan kemarau dan kitaran presipitasi yang dahsyat.

Kesan ini dapat dirasai oleh manusia dengan kekerapan banjir, kemarau panjang, kekurangan air minuman
sebaran penyakit malaria, kekurangan zon tepi laut atau kekurangan bilangan pulau. Dalam jangkamasa yang
panjang, dengan pencairan ais di Greenland yang menyebabkan tahap air laut naik sebanyak 6 meter, kita dapa
meramalkan kehilangan sebahagian besar zon tepi laut dunia.

Dihadapkan dengan ancaman tersebut dan keperluan usaha untuk menangani masalah ini, komuniti antarabangs
didapati agak segan. Protokol Kyoto telah dirundingkan dalam tahun 1997 bertujuan untuk memaksa negar
industri untuk mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengurangkan pencemaran udara yan
memburukkan kesan rumah hijau. Hasil dari keputusan Russia untuk menyertai protokol ini, usaha ini ada
peluang untuk membawa hasil. Tetapi, tanpa penyertaan Amerika Syarikat, yang buat masa ini merupakan
pencemar udara terbesar di dunia, hasil usahan dari protokol ini agak terhad. Disebabkan perjanjian ini tidak
begitu ambitious, kami percaya ia tidak begitu mampu untuk melambatkan pemanasan global dengan berkesan
Oleh yang demikian, bencana yang amat dahsyat masih mengancam.

© Zalia & Olivier Esslinger 2003-2008

Penggunaan untuk tujuan pendidikan adalah dibenarkan jika laman web ini dimaklumkan.

 
 

 
 

Sumber Berita : Utusan Malaysia, 2007-01-29, Posted on February-15-2007 12:31 pm

Pemanasan global
Posted on 2007-02-15 12:31:12
Resource Centre Online Digital Library © 2003 Chemical Engineering Pilot Plant © webmaster@cepp.utm.my

Pemanasan global jejas kesihatan.


 

            Aktiviti pemanasan global meningkatkan suhu bumi hingga boleh menjejaskan
kesihatan manusia. Menurut kajian yang dilakukakn oleh Persatuan Kesihatan Sedunia
(WHO), perubahan iklim yang telah terjadi sejak tahun 1970-an telah menyebabkan 150
ribu kematian setahun akibat peningkatan kejadian penyakit.

 
            Jangkitan virus, bakteria dan kuman pembawa penyakit dikatakan akan semakin
berleluasa. Jika dahulu, penyakit influenza hanya akan menyerang ketika di musim
dingin (di negara empat musim) atau di musim hujan ( di Negara iklim tropika), tetapi
kini sudah mula menyerang tidak mengira musim lagi.

            Oleh itu, berwaspadalah dan pelihara kesihatan anda setiap waktu. Berhati-hati
dengan penyakit-penyakit akibat bakteria dan kuman. Ikuti beberapa panduan di bawah:

1. Cirit birit.

Perubahan iklim yang berkaitan dengan pola hujan mempengaruhi penyebaran


berbagai mikro organisma penyebar penyakit. Hujan mencemari air dengan cara
memindahkan kotoran manusia dan haiwan ke air tanah. Antara organisma yang
dikaitkan dengna penyakit cirit-birit adalah Kriptosporodium, Giardia dan E.Coli.
Walaupun begitu, penularan penyakit ini bukan hanya disebabkan olah
organisma-organisma yang disebutkan sahaja. Ia juga boleh berlaku akibat
kontaminasi air dan sebagainya.

2. Demam Denggi Berdarah dan Malaria

Udara lembap dan hangat menjadi habitat yang paling digemari nyamuk, terutama
nyamuk jenis Anopheles dan Aedes Aegypti. Nyamuk jenis ini merupakan
penyebar parasit malaria dan virus denggi. Jika dulu nyamuk ini kerap muncul
ketika transisi musim hujan dan kemarau, tetapi kini serangannya boleh dikatakan
berlaku hamper di kesemua musim sepanjang tahun. Suhu lebih panas ternyata
memendekkan kitaran hidup nyamuk-nyamuk ini sekaligus mengurangkan
tempoh matang kuman yang terdapat di dalam badan nyamuk. Akibatnya,
populasi nyamuk tersebut meningkat dan penularannya semakin cepat. Apa yang
boleh lakukan untuk mencegah gigitan nyamuk:

·      Tidur dalam kelambu

·      Sapukan krim pencegah gigitan nyamuk.

·     Sembur ruangan kediaman anda dengan semburan nyamuk satu jam
sebelum masuk tidur.

Untuk membanteras sarang nyamuk:

·     Bersihkan bekas-bekas yang memudahkan air bertakung

·     Bersihkan semak belukar di sekitar rumah.


·     Pelihara ikan untuk membunuh larva nyamuk.

·    Taburkan ubat khas yang mampu membunuh larva nyamuk di dalam bekas
seperti pasu bunga, kolam ikan, kolam air dan sebagainya.

·     Pastikan tiada kain yang bergantungan di rumah.

Apa yang boleh anda lakukan:

 Biasakan mencuci tangan dan kaki setiap kali anda pulang ke rumah. Ini kerana
anda berkemungkinan terkena kotoran atau kuman sepanjang anda berada di luar
rumah.
 Tempatkan alas kaki di pintu depan atau bahagian dapur rumah bagi mencegah
penyebaran kotoran atau parasit yang boleh masuk melalui kulit.
 Elakkan tabiat membeli makanan di tempat yang kotor atau diketahui tahap
kebersihan yang rendah.

3. Kanser kulit.

Gas rumah kaca yang terkumpul di atmosfera bumi menyumbangkan


peningkatan pemanasan global dan seterusnya merosakkan lapisan ozon. Jika
dalam keadaan normal, atmosfera bumi boleh menahan 95 peratus radiasi ultra
lembayung matahari dan hanya lima peratus daripada sinaran tersebut yang masuk
ke bumi, tetapi kini lapisan tersebut sudah tidak mampu untuk menahannya,
terutama di sekitar kawasan kutub selatan.

            Keadaan ini seterusnya menyebabkan penduduk di kawasan itu terdedah


kepada penyakit kanser kulit. Walaupun begitu, ia tidak bermaksud bahawa kita
di sini bebas untuk terdedah di bawah sinaran matahari tanpa sebarang pelindung.
Yang boleh kita lakukan:Pastikan anda sapukan krim atau losyen pelindung
matahari 20 minit sebelum anda keluar dari rumah. Sebaik-baiknya yang
mempunyai SPF 15 atau lebih.Sebaik-baiknya, sapukan juga krim tersebut pada
kedua telinga dan kaki anda. Jika anda rasakan anda akan berada di bawah sinaran
matahari untuk tempoh waktu yang panjang, pilihlah losyen yang mempunyai
SPF 30 atau lebih. Ia lebih berkesan menahan sinaran matahari yang berbahaya
kepada kulit anda.

4. Penyakit Paru Obstruktif Kronik.

Rata-rata kenaikan suhu udara global ‘hanya’ 0.8o Celcius. Namun di beberapa
tempat, suhu udara naik cukup tinggi, termasuklah suhu air laut hingga ada ketikanya
membuatkan sesetengah tempat bertekanan rendah. Angin kencnag mudah terbentuk
ketika ini. Tiupan angin kencang yang bercampur dengan udara kering boleh
membentuk percikan api sehingga akhirnya mengakibatkan kebakaran hutan.
Akibatnya, timbul asap tebal yang memenuhi ruangn udara. Debu halus dan pelbagai
oksida karbon itu menyebabkan gangguan pernafasan seperti asma dan lebih teruk
lagi boleh menyebabkan penyakit paru obstruktif kronik. Selain itu, asap tersebut juga
membawa racun dioksin yang boleh menimbulkan kanser paru-paru dan gangguan
kehamilan. Sebaliknya bahan kayu yang terbakar di hutan pula menghasilkan jutaan
gas-gas rumah kaca yang akhirnya pemanasan global.

Apa yang boleh anda lakukan:

Jika sudah mengalami penyakit paru obstruktif kronik, elakkan daripada anda
mengidap influenza atau pneumonia, yang boleh memburukkan lagi keadaan
kesihatan anda. Sebaiknya lakukan vaksinasi influenza setiap tahun dan vaksinasi
pneumokokus setiap enam tahun atau lebih.

Info Sihat (Sumber Majalah Mingguan Wanita, 20 – 26 Julai 2008)Oleh : Khairun Nisa Ishak

 
12 月 15th, 2008Pemanasan Global: Menangani
"Amarah Alam"
Posted by Save Sandakan in Educate, News, Press, Save Sandakan

Oleh Melati Mohd Ariff

 
KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) — "Kita akan mewariskan dunia yang amat
panas kepada anak, cucu dan cicit kita."
Ini adalah antara intipati perbualan Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah, ketua Jabatan
Geografi, Universiti Malaya dengan Bernama di sini baru-baru ini.
Dalam wawancara tersebut, Prof Azizan membincangkan sambutan Hari Alam Sekitar
Sedunia tahun ini yang bertemakan "Perubahan Iklim."
Sebagai profesor meteorologi dan mengajar bidang alam sekitar, bicara Prof Azizan
dibayangi rasa penuh kebimbangan.
Namun, berapa ramaikah rakyat Malaysia akan berasa cemas dengan kenyataan yang
dibuatnya serta laporan semasa mengenai pemanasan global atau peningkatan suhu bumi?

Jawapannya "tak ramai" jika mengambil kira pandangan Prof Azizan bahawa, atas skala
10, kesedaran rakyat Malaysia mengenai pemanasan global hanya sekitar tiga atau empat
— satu penunjuk nyata bahawa rakyat Malaysia rata-rata tidak memberi perhatian berat
kepada isu-isu alam sekitar.

BUMI SEMAKIN PANAS


Di peringkat global, suhu bumi telah meningkat sebanyak kira-kira dua darjah dan
kenaikan ini berbeza dari satu rantau ke satu rantau yang lain. Kawasan Artik
umpamanya semakin menjadi panas pada kadar yang lebih pantas berbanding bahagian
lain dunia.
Bagaimanapun, rekod serta pengawasan saintifik menunjukkan bahawa bukan sahaja
bumi semakin panas tetapi hakikatnya perubahan tersebut berpunca daripada perbuatan
manusia sendiri.
"Ahli sains kini pasti dan amat yakin bahawa 98 peratus pemanasan global yang kita
alami sekarang berpunca daripada pelepasan karbon dioksida akibat pembakaran bahan
bakar fosil yang telah dilakukan sejak abad ke-18.

"Sekarang kita ada dua masalah. Apabila tahap karbon dioksida meningkat, kesan rumah
hijau menjadi lebih kuat dan ini akan meningkatkan suhu.
"Apabila suhu meningkat, bumi akan bertindak kepada peningkatan suhu yang akan
membawa kepada perubahan iklim," jelas Prof Azizan yang membuat ulasan berdasarkan
Laporan Penilaian Keempat (Perubahan Iklim 2007) Panel Antara Kerajaan Perubahan
Iklim (IPCC).
IPCC merupakan badan peneraju penilaian perubahan iklim, ditubuhkan oleh Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memberi pandangan yang lebih jelas dan seimbang
mengenai keadaan pemahaman perubahan iklim dewasa ini.
Ditubuhkan pada 1988 oleh Pertubuhan Meteorologi Dunia serta Program Alam Sekitar
PBB, kegiatan terasnya adalah menyemak dan menilai maklumat saintifik, teknikal dan
sosio-ekonomi yang terkini.
Laporan 1 (1990) dan 2 (1995) IPCC menggambarkan banyak ketidakpastian dan
kebanyakannya adalah negatif, maknanya menjejaskan manusia atau tamadunnya.
Laporan ketiga (2001) berkisar kepada "Menangani Perubahan Iklim."

KETAGIHAN BAHAN BAKAR FOSIL


"Iklim tidak statik tetapi perubahan yang kita alami sekarang berlaku pada kadar yang
amat pantas. Kitaran bumi untuk perbezaan iklim yang paling pendek ialah 10,000 tahun
tetapi sekarang yang dibincangkan ialah kira-kira 100 tahun, jarak hanya 2 generasi
sahaja.
"Persoalannya sekarang ialah sama ada kita masih berpegang kepada ketagihan bahan
bakar fosil. Sejak abad ke-18 apabila kita bertukar kepada bahan bakar fosil daripada
sumber asas air atau kayu, dunia semakin ketagih kepada bahan bakar fosil. Seperti
ketagihan lain, kita perlu keluar daripada ketagihan ini," ujar Prof Azizan.
Beliau beranggapan masyarakat negara ini secara umumnya tidak prihatin kepada isu
karbon dioksida kerana mereka tidak dapat melihat impak gas tersebut memandangkan
ianya tidak berbau dan bukan toksik.
Menurut Prof Azizan, konsentrasi karbon dioksida di atmosfera telah meningkat daripada
kira-kira 280 bahagian sejuta (ppm) dicatat di kurun ke-18 (sebelum era revolusi
perindustrian) kepada 379 ppm pada tahun 2005.
"Kita mungkin berhadapan dengan 700 ppm menjelang tahun 2099 sekiranya kita
meneruskan cara hidup kita sekarang. Jika kita perhatikan planet lain seperti Marikh,
suhunya kira-kira 400 darjah celcius dan 90 peratus daripada atmosferanya adalah karbon
dioksida. Hampir tiada kehidupan di sana.
"Kita taklah seperti Marikh tetapi dijangkakan jika kita meneruskan apa yang kita
lakukan sekarang dan tidak menangani tahap pelepasan karbon dioksida dengan
mengurangkan pembakaran bahan bakar fosil, kita akan memberikan dunia yang amat
panas untuk anak, cucu dan cicit kita," kata Prof Azizan dengan nada bimbang.
Beliau menambah IPCC telah mencadangkan supaya tahap karbon dioksida di atmosfera
distabilkan kepada "paras yang boleh diuruskan iaitu 450 ppm".

KEBIMBANGAN ABAD KE-21


Menurut Prof Azizan, bumi mengalami suhu yang meningkat sejak tahun-tahun 90an.
Beliau memberikan contoh iklim panas melampau di Perancis, iklim lebih panas di rantau
Siberia dan pencairan "permafrost (lapisan tanah yang kekal beku di rantau paling sejuk)
terutamanya di rantau Artik.
"Tetapi apa yang paling serius, pada pandangan saya, ialah apa yang akan berlaku pada
abad ke-21. Ahli sains meramalkan keseluruhan ais laut di Artik akan cair pada musim
panas 2099.
"Litupan ais Greenland mungkin juga akan mencair. Satu lagi yang dijangka mengalami
nasib yang sama tetapi buat masa ini tidak ada banyak bukti ialah litupan ais Antartika
Barat. Jika itu pun cair, paras laut akan meningkat kira-kira 7 meter," kata Prof Azizan,
nadanya bimbang.
Apakah langkah mengurangkan pembakaran bahan bakar fosil jawapan kepada
menghentikan impak pemanasan global?
"Kalau pun kita mengurangkan penggunaan bahan bakar fosil, tak banyak yang dapat kita
lakukan untuk menukarkan keadaan. Untuk menghapuskan konsentrasi karbon dioksida
di dalam atmosfera, ianya mengambil masa antara 200 atau 300 tahun," jelasnya, dengan
menambah tentangan kepada langkah mengurangkan pembakaran bahan bakar fosil
mungkin datang dari negara-negara yang sedang pesat membangun seperti China dan
India.
Di samping bahan bakar fosil, perubahan penggunaan tanah, katanya menyumbang
kepada kira-kira 30 peratus pelepasan karbon dioksida.

IMPAK SELURUH DUNIA


Di negara ini, meskipun Malaysia bukan penyumbang utama pelepasan karbon dioksida,
kita juga perlu mula memikirkan apa yang sedang berlaku di sekeliling kita. Ini adalah
kerana kita tidak akan terlepas daripada bahana yang menimpa negara-negara lain!
Sebagai sebuah negara dan untuk kesinambungan hidup kita, wajar sekali kita
melengkapkan ilmu dan peka dengan pesekitaran kita.
Seperti kata Prof Azizan, "Kita tidak boleh tinggal di dalam tempurung. Pemanasan
global adalah ancaman global!"
Dengan ramalan peningkatan 7.0 meter paras laut, kawasan rendah seperti Kuala Muda
(Kedah) dan Kelantan akan menerima impak teruk.
"Sebahagian besar kawasan-kawasan tersebut akan lenyap. Malahan monsun kita juga
akan terjejas. Kita akan menerima lebih banyak hujan sewaktu monsun timur laut, yang
bermakna lebih banyak kejadian banjir," jelasnya.
Prof Azizan mengakui masalah utama ialah bagaimana untuk mendapatkan perhatian
masyarakat di negara ini.
Bagaimanapun, katanya masyarakat Malaysia perlu dididik bahawa apa yang berlaku di
tempat lain akan mempunyai impak langsung ke atas negara ini.
"Tsunami 2004. Itu adalah pengajaran terbaik untuk kita. Banjir besar di Johor. Apa yang
berlaku menunjukkan apa yang boleh dibuat oleh alam dan apabila alam tidak bertindak
seperti yang kita fikir sepatutnya dilakukan kerana alam mempunyai mindanya sendiri,"
kata Prof Azizan, dengan menambah bahawa pendekatan yang betul perlu untuk
mendidik masyarakat.
"Mendidik bukanlah untuk membuat mereka cemas," tambah beliau.

EKOSISTEM SEMAKIN TERTEKAN


Mengenai keadaan ekosistem dunia, Prof Azizan meluahkan keluhan dengan menyatakan
sumber ekosistem yang ada telah digunakan ke paras maksimum dengan penangkapan
ikan berlebihan dan pemupusan kawasan besar hutan.
"Persoalannya ialah pada kedudukan tamadun manusia dengan penduduk dunia kira-kira
enam bilion, banyak sumber asli bumi sedang digunakan. Tak cukup dengan itu, kita
cetuskan pula pemanasan global. Berapa banyak lagi tekanan yang boleh diterima oleh
bumi?" soalnya.
Menurut Prof Azizan, satu perkara yang sedang hangat dibincangkan ialah kemungkinan
pemupusan manusia.
"Ada pihak berkata bumi, jika suhunya dinaikkan ke tahap yang tertentu, ia dapat
menyesuaikan dirinya tetapi apakah manusia dapat menyesuaikan diri kepada ekosistem
yang berubah?
"Apakah manusia akan pupus? Ini boleh berlaku. Lihat apa yang terjadi kepada
dinosaur," jelasnya lagi.
Di sebalik impak negatif pemanasan global, Prof Azizan berpendapat terdapat juga
perkara yang positif termasuk lebih banyak peluang untuk tenaga alternatif.
Beliau memberi contoh tenaga nuklear dan solar sebagai alternatif yang berdaya maju.
"Malaysia perlu meneroka tenaga nuklear. Ini kita perlu pelajari sendiri. Korea telah
melakukannya. Satu lagi pilihan ialah kuasa solar. Kita juga menerima banyak cahaya
matahari, kira-kira 300 hingga 400 watt satu meter persegi.
"Walau apa pun, kita memerlukan iltizam yang kuat. Ini perlu dituntut oleh orang ramai.
Sudah tentunya mereka boleh membuat tuntutan sekiranya mereka tahu isu dan
bagaimana isu itu mendatangkan impak kepada mereka," tegas Prof Azizan.

– BERNAMA

Related posts:
 

You might also like