You are on page 1of 8

1.

Tenaga
1.1 Konsep Tenaga
1
2
3

Tenaga bermaksud keupayaan untuk melakukan sesuatu kerja atau menghasilkan


sesuatu proses.
Tenaga boleh terdapat dalam bentuk haba, cahaya, pergerakan, bunyi dan arus elektrik.
Tenaga boleh dipindahkan daripada satu jasad atau jsim kepada jisim yang lain mengikut
fungsi sesuatu jasad atau jisim. Misalnya tenaga haba matahari boleh dipindahkan
kepada tumbuhan semasa berlakunya proses fotosintesis. Tenaga elektrik dalam bateri
boleh dipindah kepada mentol lampu untuk menghasilkan cahaya.
Tenaga boleh membawa perubahan bentuk, sifat atau proses pada sesuatu jasad atau
jisim. Misalnya, tenaga angin boleh menghakis permukaan batu menjadikan batu tersebut
terhakis dan berubah bentuk.

1.2 Punca dan Jenis Tenaga


Tenaga dalam sistem bumi berpunca daripada dua sumber iaitu tenaga endogenik dan
tenaga eksogenik.
1.2.1 Tenaga Endogenik
1
2
3

Tenaga endogenik ialah tenaga yang datang dari dalam bumi yang terdiri daripada
tenaga magnetik bumi, tenaga graviti dan tenaga pergerakan plat.
Tenaga magnetik bumi terhasil apabila haba panas dalam bumi mencairkan pelbagai
mineral logam lalu menghasilkan kesan dinamo hidromagnetik. Tenaga ini dikeluarkan
dari bumi melalui bahangan magma, aktiviti gunung berapi dan tenaga geoterma.
Pergerakan plat bumi akibat pembawaan arus perolakan di dalam mantel akan
menghasilkan tenaga graviti seperti tenaga regangan dan tenaga mampatan. Pergerakan
plat bumi secara bertembung akan menghasilkan tenaga mampatan dan pergerakan plat
bumi secara bercapah akan menghasilkan tenaga regangan.

1.2.3 Tenaga Eksogenik


1

3
4
5

Tenaga eksogenik ialah tenaga yang berpunca dari luar bumi iaitu tenaga matahari (haba
dan cahaya) sebagai punca tenaga utama yang menghasilkan tenaga aliran air ( ombak
dan sungai ), tenaga tiupan angin dan tenaga pergerakan glasier. Semua tenaga ini
berbentuk tenaga kinetik.
Tenaga matahari terdapat dalam bentuk haba dan cahaya yang dipancarkan melalui
gelombang elektromagnetik. Matahari yang mempunyai suhu kira-kira 6 000C telah
memancarkan tenaganya ke bumi melalui gelombang elektromagnetik. Walau
bagaimanapun, hanya 100 000 kal/cm 3 /min-1 iaitu kira-kira 172 billion megawatt haba
yang sampai ke atmosfera bumi. Haba matahari yang tiba ke atmosfera dan bumi
kemudiannya ditukarkan kepada bentuk tenaga kimia, kinetik dan potensi yang
digunakan oleh hidupan serta menggerakkan proses-proses geomorfologi di bumi.
Tenaga matahari ditukarkan kepada tenaga kimia apabila digunakan oleh tumbuhan
semasa membuat makanan melalui proses fotosintesis.
Tenaga matahari yang menggerakkan angin, air (sungai dan ombak) dan glasier akan
menghasilkan tenaga kinetik.
Tenaga matahari yang tersimpan dalam jisim bumi, awan, angin dan udara menjadi
tenaga potensi atau tenaga keupayaan.

1.3 Bentuk-bentuk Tenaga


1
2

Tenaga haba dihasilkan melalui pemanasan jasad sesuatu objek. Misalnya haba dalam
enjin kenderaan, pembakaran bahan api dan geoterma.
Tenaga elektrik dihasilkan melalui gabungan cas negatif dan positif. Misalnya dalam
bateri, arus elektrik dan pembentukan petir dan kilat.

4
5
6

2.

Tenaga kimia terhasil melalui tindakbalas kimia. Percampuran antara bahan-bahan


kimia tertentu dengan pengantaraan air serta gas dalam udara akan menghasilkan
tenaga kimia. Misalnya dalam proses fotosintesis dan tenaga dalam badan manusia atau
haiwan.
Tenaga keupayaan (potensi) tenaga yang tersimpan dalam sesuatu jasad atau jisim.
Tenaga kinetik tenaga yang dihasilkan melalui pergerakan sesuatu objek atau jisim
seperti aliran air sungai, pergerakan ombak, tiupan angin, pergerakan jentolak atau
pergerakan manusia.
Tenaga bahangan terhasil melalui pancaran haba dan cahaya matahari dalam bentuk
gelombang pendek yang dinamakan bahangan suria. Bahangan suria membekalkan kirakira 99.97% tenaga di dalam atmosfera. Haba matahari yang diserap oleh bumi pula
akan dibalikkan kembali ke atmosfera dalam bentuk gelombang panjang yang dinamakan
bahangan bumi atau bahangan terestrial.

Peranan Tenaga Suria


2.1 Pengaruh Tenaga Suria terhadap Tumbuhan
1

2
3

Menyebabkan berlaku proses transpirasi atau perpeluhan. Proses perpeluhan merujuk


kepada kehilangan air daripada tumbuhan melalui liang stoma daunnya. Haba matahari
akan menyejat air peluh tumbuhan yang keluar melalui liang stoma daun dan diserap
masuk ke dalam udara.
Membolehkan tumbuhan melakukan proses fotosintesis. Tenaga suria diserap oleh
klorofil dalam daun kemudiannya ditukarkan menjadi tenaga kimia untuk mensintesis
karbohidrat dalam air dan gas karbon dioksida serta membebaskan oksigen.
Membolehkan tumbuhan berbunga dan berbuah pokok akan berbunga apabila
mendapat pendedahan kepada jumlah tenaga (haba) matahari yang mencukupi. Haba
matahari yang mencukupi diterima pada waktu siang akan membolehkan penghasilan
bunga dan biji. Oleh itu, faktor fotokala (panjang hari siang atau malam) sangat
mempengaruhi pengeluaran bunga pokok.
Menentukan jenis hutan. Penerimaan tenaga suria yang berbeza antara kawasan di
dunia menyebabkan tumbuhnya jenis-jenis hutan yang berlainan. Di kawasan
Khatulistiwa yang menerima tenaga suria yang banyak sepanjang tahun telah
menumbuhkan hutan hujan tropika atau hutan khatulistiwa. Kawasan garis lintang
sederhana dunia pula yang menerima tenaga matahari yang lebih rendah menumbuhkan
hutan konifer atau hutan daun luruh. Di kawasan garis lintang tinggi atau hampir kutub
pula ditumbuhi hutan tundra.
Menentukan sifat edafik pokok. Sifat-sifat edafik pokok seperti bentuk daun, batang,
ketinggian, berbunga atau berbuah dipengaruhi oleh keadaan suhu (tenaga matahari)
yang diterima di sesuatu tempat. Suhu bahagian-bahagian tumbuhan lazimnya
menyamai suhu persekitarannya. Contohnya, suhu akar pokok akan sama dengan suhu
tanih. Jumlah tenaga matahari yang diterima akan menentukan suhu tanah yang sesuai
bagi tumbuhan menjalankan proses metaboliknya. Oleh itu, keadaan haba matahari yang
diterima di hutan khatulistiwa menyebabkan pokok-pokoknya berdaun lebar, menghijau
sepanjang tahun, berakar banir dan berkayu keras. Terdapat pelbagai spesis pokok
dalam hutan ini. Hutan konifer pula mempunyai daun berbentuk jejarum, batang yang
lembut dan ketinggian yang seragam. Sifat ini sesuai dengan suhu yang sejuk serta
keadaan musim salji. Daun yang berbentuk jejarum itu tidak boleh memerangkap salji
serta mengurangkan kadar sejat-peluhan.

Hutan Khatulistiwa

Hutan Gurun

Hutan konifer ( tirus )

2.2 Pengaruh Tenaga Matahari terhadap Haiwan


1

Mempengaruhi sifat-sifat fizikal haiwan. Di kawasan yang menerima tenaga suria yang
banyak, badan haiwan mempunyai bulu yang nipis. Misalnya harimau, singa dan zirafah. Di
kawasan yang beriklim sejuk atau yang kurang menerima haba matahari mempunyai kulit
dan bulu yang lebih tebal. Keadaan semula jadi ini adalah disebabkan oleh haiwan tersebut
perlu menyesuaiakan diri dengan cuaca yang sejuk dan musim sejuk yang panjang, iaitu
antara tiga hingga empat bulan setahun. Contohnya rusa, mink, karibu, otter, cerpelai dan
rubah.

Otter
2

Mink

Serigala

Mempengaruhi warna kulit atau bulu binatang. Di kawasan yang bersalji seperti di kutub, bulu
binatang kebanyakannya berwana putih kerana disesuaikan dengan permukaan salji yang
putih. Di kawasan khatulistwa yang panas dan lembab, warna kulit dan bulu binatang hampir
menyerupai kehijauan daun serta kulit pokok yang kecoklatan. Di kawasan haba matahari
tinggi seperti di gurun panas pula kulit dan bulu binatang berwarna kehitaman atau
keperangan mengikut warna tanah.

Beruang kutub

Harimau khatulistiwa

Singa di Savana

Mempengaruhi proses respirasi (pernafasan) - Tenaga suria diperlukan oleh tubuh badan
haiwan untuk menjalani proses respirasi bagi mengimbangi suhu badan haiwan dengan
cuaca di sekeliling.

Menyebabkan kepelbagaian jenis haiwan mengikut kawasan iklim tenaga matahari akan
mempengaruhi suhu persekitaran yang akan menjadi habitat yang sesuai bagi jenis-jenis
haiwan tertentu. Misalnya, beruang panda hanya boleh hidup di kawasan beriklim sederhana
sejuk jenis China dengan suhu antara 2030C . Kanggaru hanya terdapat di negara
Australia yang menerima suhu tahunan 1326C. Beruang kutub hanya dapat hidup di
kawasan kutub dengan suhu di bawah 0C.
2.3 Pengaruh Tenaga Suria terhadap Manusia

Mempengaruhi warna kulit kajian genetik menunjukkan warna kulit manusia ditentukan oleh
faktor genetik dan faktor persekitaran iaitu jumlah tenaga haba matahari yang diterima di
sesuatu kawasan. Tenaga matahari akan mempengaruhi pigmen melanin pada kulit
manusia. Semakin banyak tenaga atau haba matahari yang diterima, penghasilan pigmen
melanin akan semakin bertambah. Semakin banyak pigmen melanin, warna kulit akan
semakin gelap. Oleh itu di kawasan yang menerima sedikit sahaja bahangan suria seperti di
kawasan kutub dan sederhana dunia kulit manusia lebih berwarna keputihan. Sementara di

kawasan yang terlalu banyak menerima bahangan suria pula kulit penduduknya berwarna
lebih gelap atau kehitaman.
2

Mempengaruhi aktiviti ekonomi. Kegiatan ekonomi manusia seperti pertanian, penternakan,


pembalakan, perikanan, perindustrian, pelancongan dan perlombongan sangat dipengaruhi
oleh tenaga matahari .
(a) Pertanian - perbezaan iklim kesan daripada perbezaan penerimaan haba matahari
menyebabkan pelbagai jenis tanaman boleh ditanam di pelbagai tempat di dunia. Di
kawasan beriklim tropika lembap, dengan penerimaan bahang suria yang banyak
sepanjang tahun membolehkan kegiatan pertanian dijalankan sepanjang tahun. Tanaman
getah, kelapa sawit, padi, koko dan buah-buahan tropika sangat sesuai dengan ciri iklim
tersebut. Di kawasan sederhana dunia, dengan haba matahari antara 1020C serta
kewujudan empat musim, masa untuk kegiatan pertanian hanya antara 90 hingga 120
hari sahaja. Oleh itu, tanaman hawa sederhana seperti gandum, barli, buah-buahan
sitrus sesuai ditanam. Di kawasan beriklim kering pula seperti di gurun yang menerima
haba matahari melebihi 30C, tanaman seperti kurma sesuai ditanam.
(b) Penternakan di kawasan empat musim atau sederhana dunia, kegiatan penternakan
dipengaruhi oleh musim. Dalam musim dingin dan musim luruh, ternakan lembu atau
kambing biri-biri akan dikurung dan diberi makan di dalam kandang bagi mengelakkan
terdedah kepada cuaca sejuk. Dalam musim panas pula, ternakan dilepaskan untuk
meragut rumput di kawasan padang ragut.
(c) Pembalakan kegiatan penebangan dan pengangkutan kayu balak boleh dijalankan
sepanjang tahun di kawasan khatulistiwa dan tropika kerana cuaca yang panas. Tetapi di
kawasan sederhana dunia, kegiatan penebangan balak dijalankan dalam musim dingin
kerana daun pokok gugur dan getahnya membeku bagi memudahkan aktiviti
penebangan. Kayu balak juga mudah ditarik ke sungai di atas permukaan bersalji yang
licin. Dalam musim panas, apabila sungai cair, kayu balak akan dihanyutkan melalui
sungai ke kilang-kilang papan yang terdapat di sepanjang sungai.
(d) Perikanan kegiatan menangkap ikan di kawasan khatulistiwa dan tropika boleh
dijalankan sepanjang tahun kerana cuaca yang sentiasa panas. Tetapi di kawasan
sederhana dunia dan kawasan beriklim sejuk, kurangnya penerimaan tenaga matahari
menyebabkan kegiatan perikanan tidak dapat dijalankan dalam musim dingin kerana laut
membeku.
(e) Perindustrian kegiatan industri juga dipengaruhi oleh tenaga haba matahari. Industri
berasaskan pengeringan seperti dobi, makanan tradisional, membuat ikan kering,
mencanting kain batik dan pembinaan memerlukan bahang matahari yang banyak untuk
mengeringkan pengeluaran.
(f) Pelancongan cuaca yang panas sepanjang tahun menjadi tarikan kepada pelancongpelancong dari negara sejuk ke kawasan tropika. Pelancong-pelancong gemar berjemur
di pantai kawasan tropika. Sebaliknya, cuaca yang sederhana sejuk dan sejuk pula
menarik minat pelancong dari kawasan yang beriklim panas. Contoh aktivti sukan musim
sejuk, seperti permainan ski menggalakkan kemasukan pelancong.
(g) Perlombongan kegiatan perlombongan di kawasan yang mendapat bahang matahari
yang banyak dan sepanjang tahun boleh dijalankan sepanjang tahun. Sementara di
kawasan bermusim, kegiatan perlombongan terhenti dalam musim dingin kerana litupan
salji yang tebal menyukarkan kerja melombong.
(h) Tenaga elektrik suria manusia dengan teknologi tinggi telah mengubahsuai tenaga
matahari menjadi tenaga elektrik. Tenaga elektrik suria kini digunakan dengan meluas di
rumah, jalan raya, kenderaan dan bekalan elektrik kawasan terpencil di pedalaman.
2.4 Pengaruh Tenaga Suria terhadap Proses Fizikal
Tenaga suria yang didatangkan dalam bentuk haba atau bahangan dan cahaya mempunyai
pengaruh yang besar terhadap proses-proses fizikal seperti kitaran hidrologi, proses
geomorfologi atau proses pembentukan rupa bumi dan proses-proses fizikal dalam
atmosfera.
2.4.1 Pengaruh terhadap Kitaran Hidrologi

1
2

Kitaran hidrologi bermaksud peredaran air dari bumi ke atmosfera dan kembali semula ke
bumi.
Peredaran air ini bermula dengan haba matahari menyebabkan proses sejatan wap air
dari permukaan bumi, sejat-peluhan air dari daun tumbuhan diikuti dengan proses
pemeluwapan, kerpasan, pintasan silara, aliran permukaan dan susupan.

Rajah 2.1 Kitaran hidrologi


2.4.2 Pengaruh terhadap Proses-proses Geomorfologi
1

Tenaga matahari boleh melakukan proses pembentukan rupa bumi iaitu proses
luluhawa, gerakan jisim, hakisan permukaan oleh glasier , pengangkutan sungai dan
glasier.

Dalam proses luluhawa mekanika, haba matahari waktu siang akan memanaskan batuan
menyebabkan batuan tersebut mengembang. Apabila waktu malam, kehilangan haba
matahari menyebabkan batuan tersebut mengecut. Proses pengembangan dan
pengecutan batuan yang berterusan lama-kelamaan akan menyebabkan batuan itu retak
dan pecah.

Proses kelupasan
batuan (luluhawa)
3

Dalam proses luluhawa mekanika oleh ibun pula, haba matahari waktu siang akan
mencairkan ibun (ais) yang membeku dalam rekahan batuan. Pada waktu malam,
kehilangan haba matahari akan menyebabkan cairan ibun tadi membeku semula.
Pembekuan ibun akan menyebabkan pengembangan hablur ais yang akan memberi
tekanan kepada rekahan batuan lalu memecahkannya.

Pergerakan jisim di cerun juga berlaku disebabkan oleh pengaruh tenaga matahari. Di
kawasan tropika lembap, tenaga haba matahari akan menyejat air dalam tanah
menjadikan tanah di cerun kering dan poros. Keadaan ini menyebabkan air mudah
meresap masuk ke dalam tanah dan melonggarkan struktur tanah. Akibatnya tanah cerun
mudah runtuh atau menggelongsor menuruni cerun. Proses ini dinamakan gelongsoran
tanih. Di cerun-cerun kawasan sederhana dunia pula, ibun atau ais terbentuk di dalam
rongga tanah dalam musim dingin. Apabila tiba musim panas, ibun tersebut akan cair dan

menyebabkan perekatan puin tanah menjadi longgar. Akhirnya, cerun tersebut runtuh
melalui proses gelongsoran tanih.
5

Proses hakisan permukaan oleh pergerakan glasier juga dipengaruhi oleh haba
matahari. Dalam musim panas, glasier di kawasan pergunungan akan cair akibat haba
panas matahari. Pencairan ais menuruni cerun secara besar-besaran ini akan
menyebabkan proses hakisan glasier yang giat.

Pencairan glasier akibat haba matahari yang meningkatkan proses


hakisan permukaan bumi
6

Pencairan air sungai yang membeku dalam musim panas juga meningkatkan proses
hakisan sungai di kawasan sederhana dunia. Air sungai akan mengalir deras apabila cair
dalam musim panas kerana pertambahan isi padu sungai daripada pencairan ais tanah
tinggi. Ini akan meningkatkan proses hakisan.

Pergerakan air sungai dan glasier ini juga mempengaruhi proses pengangkutan bahanbahan hakisan. Tenaga sungai menjadi lebih kuat dalam musim panas akibat pencairan
salji dan menyebabkan proses pengangkutan bahan hakisan lebih efektif.

2.4.3 Pengaruh Tenaga Matahari terhadap Atmosfera


1
2

Tenaga matahari mempengaruhi atmosfera dalam aspek iklim, suhu, kejadian kerpasan,
pergerakan angin, kelembapan udara dan jumlah bahangan suria yang diterima di
sesuatu kawasan.
Jumlah tenaga haba matahari yang diterima di sesuatu kawasan dunia akan menentukan
jenis iklim di kawasan tersebut. Kawasan di antara latitud 0 10U/S menerima lebih
banyak haba matahari sepanjang tahun. Keadaan ini menjadikan kawasan tersebut
mengalami iklim Khatulistiwa. Kawasan latitud 65 90U/S pula sangat kurang
menerima haba matahari dan menyebabkan kawasan tersebut mengalami iklim tundra.

Peta 2.1 Iklim dunia

Suhu sesuatu kawasan juga ditentukan oleh jumlah haba matahari yang diterima.
Banyaknya haba matahari yang sampai ke sesuatu kawasan akan menentukan suhu
kawasan tersebut. Di kawasan latitut 0 10 U/S misalnya, min suhu tahunannya antara
27 30C kerana sentiasa menerima haba matahari yang banyak sepanjang tahun. Di
kawasan latitut sederhana, iaitu antara 30 65U/S min suhu tahunan antara 15 25C
kerana haba matahari diterima sangat sedikit pada masa-masa tertentu. Di Hemisfera
Utara, suhu sangat rendah sehingga di bawah takat beku antara bulan November hingga
Januari kerana matahari berada di Hemisfera Selatan. Di Hemisfera Selatan pula antara
November-Januari min suhunya antara 16 25C kerana matahari berada di Hemisfera
Selatan.

4
3

2
1

+30C

19-30C

8-19C

3-8C

Kurang dari
3C

Peta dunia menunjukkan min suhu tahunan


4

Haba matahari juga mempengaruhi kejadian kerpasan. Haba matahari membolehkan


sejatan dan sejat-peluhan berlaku. Wap air akan terkumpul di atmosfera di Zon Takat
Embun dan seterusnya dipeluwapkan menjadi awan. Dari awan ini akan turun kerpasan
berbentuk hujan atau hujan salji.
(masukkan sisipan: graf hujan ikut g;l)

Pergerakan angin dalam atmosfera adalah dipengaruhi oleh tenaga haba matahari. Haba
matahari akan menentukan jumlah suhu di sesuatu kawasan. Perbezaan suhu antara
kawasan akan menyebabkan perbezaan tekanan udara. Suhu udara yang rendah akan
membentuk kawasan tekanan udara tinggi (TUT), sementara suhu udara yang tinggi
membentuk kawasan tekanan udara rendah (TUR). Udara akan bergerak dari kawasan
TUT ke kawasan TUR membentuk angin. Sistem angin dunia terbentuk mengikut
pewujudan zon TUT dan TUR dunia.

Tekanan udara dan sistem angin dunia


6

Kelembapan udara juga dipengaruhi oleh tenaga haba matahari di sesuatu kawasan.
Kelembapan udara merujuk kepada jumlah wap air yang ada dalam udara pada suhu
tertentu. Banyak atau sedikit jumlah wap air dalam udara akan ditentukan oleh proses
sejatan atau sejat-peluhan yang berkaitan langsung dengan keadaan suhu sesuatu
tempat.
Perbezaan suhu dan perbezaan jenis iklim di dunia adalah disebabkan oleh perbezaan
jumlah haba bahangan matahari yang diterima di sesuatu kawasan. Dalam hal ini, faktor
panjang masa siang dan malam serta faktor musim akan mempengaruhi jumlah sinaran
matahari yang diterima di sesuatu kawasan. Di kawasan garis lintang rendah antara 0
30U/S jumlah sinaran matahari bagi setiap hari lebih panjang iaitu antara 10 12 jam
sehari. Tetapi di kawasan latitut sederhana dunia, jumlah sinaran matahari setiap hari
adalah antara 8 10 jam sehari. Di kutub utara dan selatan, pada masa tertentu
menerima sinaran matahari kurang dari satu jam sehari.
Jumlah jam waktu siang pada latitud yang berbeza
Bulan
Januari
Mac
Jun
September
Disember

Lat. 0
12.07
12.07
12.07
12.07
12.07

Jumlah Jam Waktu Siang.


Lat.40
Lat.70
9.37
0.00
11.53
11.28
15.00
24.00
12.31
13.34
9.20
0.00

Lat.90
0.00
0.00
24.00
24.00
0.00

You might also like