You are on page 1of 2

TUGASAN 2

2. a) Bincangkan perubahan suhu bandar akibat aktiviti manusia. [13]

i. Aktiviti pengangkutan – penggunaan bahan api fosil sebagai pengerak kenderaan


menyebabkan berlakunya pelepasan asap yang mengandungi gas rumah hijau
seperti karbon monoksida menyebabkan suhu bandar tinggi/meningkat.
ii. Aktiviti perindustrian – asap kilang mengandungi bahan gas tercemar seperti
karbon dioksida yang boleh bertindak sebagai penyerap bahangan matahari dan
menyebabkan suhu bandar semakin meningkat.
iii. Aktiviti pembinaan – terutama bangunan tinggi dan rapat2 menyebabkan
pergerakan udara bandar terganggu sehingga berlakunya peningkatan suhu.
iv. Pembinaan petempatan – banyak pokok ditebang menyebabkan sejatpeluhan
tidak berlaku, suhu meningkat.
v. Aktiviti penanaman pokok – meningkatkan sejatpeluhan seterusnya
menyederhanakan suhu bandar.
vi. Pembinaan tasik buatan di tengah bandar – air tasik meningkatkan proses sejatan
dan menghasilkan wap air seterusnya menyederhanakan suhu di bandar.

b) Huraikan kesan peningkatan suhu bandar terhadap alam sekitar manusia. [12]
i. Penurunan kualiti hidup – penduduk tidak selesa dengan suhu yg panas
ii. kadar penyakit meningkat – akibat cuaca panas penyakit seperti demam, sakit
kepala meningkat.
iii. Aktiviti riadah terhad – terganggu sekiranya cuaca panas, penduduk tidak dapat
bersenam.
iv. Aktiviti sekolah terjejas – kokum tidak dapat dijalankan, boleh menjejaskan
perancangan aktiviti sekolah.
v. Berlakunya dehidrasi – di kalangan warga tua dan kanak-kanak disebabkan suhu
yang tinggi.
vi. Meningkatkan pendapatan peniaga kecil – jualan minuman dan jualan
kipas/aircon.

3. a) Bincangkan ciri kemarau yang berpunca daripada fenomena El-nino. [13]

- Persekitaran yang panas (suhu tinggi) iaitu keadaan suhu yang sangat tinggi
menyebabkan kadar sejatan tinggi menghasilkan udara yang kering dan panas.

- Kelembapan udara yang sangat rendah akibat wap air di udara yang sedikit
menghasilkan udara kering.

- Tekanan udara kawasan yang mengalami kemarau ada rendah ekoran suhu yang tinggi.

- Litupan awan semasa kemarau yang berpunca el-nino adalah berkurangan dan tipis
kerana ketiadaan wap air yang mencukupi untuk menghasilkan awan melalui pemeluwapan.

- Kerpasan atau hujan semasa kemarau adalah sangat sedikit untuk jangka masa yang
panjang akibat kekurangan awan kumulonimbus kerana kekurangan wap air du udara untuk
membentuk awan tersebut.
- Bahangan matahari yang diterima bumi ketika kemarau ini adalah tinggi kerana
kekurangan awan untuk menjalankan proses menyerap, memantul dan menyerakkan
bahangan tersebut.

- Tiupan angin kuat kerana suhu yg tinggi menyebabkan kawasan bertekanan udara rendah.

b) Huraikan kesan fenomena El-nino terhadap kehidupan manusia. [12]

- Kesihatan manusia – El nino menyebabkan kemarau berpanjangan dan keadaan suhu

yang tinggi dengan persekitaran yang berdebu dan berjerebu. Ini mengakibatkan

manusia mengalami sindrom haba (warga tua), strok haba dan keadaan yang kering

menyebabkan peningkatan penyakit berkaitan pernafasan.

- Menjejaskan aktiviti pertanian – bekalan air berkurangan dalam jangka masa

panjang boleh mengeringkan tanaman menjadi layu dan mati sehingga produktiviti

pertanian merosot.

- Menjejaskan aktiviti akuakultur – kolam ternakan ikan menjadi kering menyebabkan

ikan mati sehingga menjejaskan sumber protein.

- Mengehadkan aktiviti perkilangan – pengeluaran produk menghasilkan bahan

makanan dan minuman terpaksa dihentikan akibat berkurangnya bekalan air bersih

yang digunakan semasa proses pengeluaran produk.

- Menjejaskan aktiviti pelancongan – terutama pelancongan berasaskan air yang

banyak seperti taman tema air, bekalan air bersih untuk kegunaan hotel, chalet dan

homestay.

- Menjejaskan bekalan air domestik – bekalan air bersih untuk minuman, membasuh

dan lain-lain kegunaan domestik berkurangan akibat dicatu kerana simpanan air di

takungan berkurangan.

You might also like