You are on page 1of 6

Kesan Rumah Hijau

Kesan rumah hijau merupakan satu fenomena yang berlaku kerana pencemaran udara. Kesan rumah hijau berlaku kerana pemerangkapan haba oleh gas-gas rumah hijau. Antara beberapa jenis gas rumah hijau yang biasa didapati ialah karbon dioksida, sulfur dioksida dan oksida nitrogen. Sejarah kesan rumah hijau bermula pada zaman Revolusi Perindustrian. Pada zaman inilah manusia mula menggunakan bahan api fosil secara meluas. Ini menyebabkan kandungan karbon dioksida bertambah. Gas-gas ini akan bertindak seperti selimut yang membenarkan haba masuk kemudian akan memerangkap haba ini. Haba yang terperangkap inilah yang akan meningkatkan suhu pada permukaan bumi. Kesan rumah hijau mengakibatkan :

a) Kenaikan paras laut


-Misalnya kenaikan paras laut di Artik dan Antartika yang disebabkan oleh pencairan ketulan-ketulan ais menyebabkan kejadian banjir di kejadian banjir di kawasan persisiran pantai seperti yang berlaku di bandar-bandar persisiran Bangladesh. -Pelimpahan masuk air laut ke kawasan pertanian dan meninggikan saliniti (kemasinan) tanah. Ini menjadikannya kurang sesuai untik pertanian.

b) Perubahan iklim
-Perubahan arah angin dan arus menyebabkan bencana alam seperti ribut dan taufan. -Kejadian iklim ekstrim di mana kemarau dan banjir berlaku dengan tidak diduga seperti di Africa. Ini mengurangkan penghasilan hutan dan pertanian.

-Perubahan taburan hujan dan sumber air yang menyukarkan kebolehdapatan air tawar. Ini membawa masalah kepada pertanian dan penghutanan.

c) Kesihatan manusia terganggu -Perubahan suhu boleh menyebabkan 'heatwave' di beberapa tempat dan penduduk kawasan terutamanya penduduk tua boleh mengalami 'heatstroke'. -Kekurangan air tawar dan kejadian banjir boleh menyebabkan air yang digunakan tercemar dan seterusnya mengakibatkan penyakit seperti cirit-birit.

d) Kegiatan harian manusia dan penempatan manusia terganggu -Pemindahan zon-zon iklim dan gerakan air laut serta kejadian banjir boleh menjejaskan kegiatan menangkap ikan dan haiwan akuatik lain.

-Bencana alam seperti ribut dan kemarau juga mengakibatkan gangguan bekalan elektrik. -Penduduk yang tinggal di kawasan tanah di pinggir laut kadang kala perlu ditempatkan di kawasan lain kerana banjir.

Kesan Rumah Hijau


Menyebab berlakunya pemanasan global Kawasan yang mengalami pencemaran yang teruk akan lebih mengalami suhu yang lebih panas Pemanasan global akibat kesan rumah hijau akan menganggu iklim dunia akibat suhu yang tidak menentu.Flora dan fauna juga turut diganggu aturan atau kitaran hidupnya seperti bunga di kawasan sejuk berbunga lebih cepat dari kebiasaan dan sebagainya Kenaikan suhu dunia akan mencairkan ais terutamanya di Artik.Walaupun mengambil masa,kesannya pastilah buruk kerana pencairan ais ini akan menyebabkan kenaikan paras air laut yang mampu menenggelamkan kawasan rendah termasuklah pulaupulau kecil di seluruh dunia.Dijangka ais di Artik akan cair kesemuanya pada tahun 2099(wikipedia)

You might also like