You are on page 1of 11

HAKISAN ANGIN

PENGENALAN AEOLION
Perkataan Aeolian berasal daripada bahasa Greek dalam bidang
mitologi Greek iaitu Aeolus yang membawa maksud pemerintah
angin
Aeolian berkait rapat dengan aktiviti angin dalam bidang geologi
khususnya mengenai kemampuan angin untuk mengubah bentuk
bumi .
Proses bentuk muka bumi daripada Aeolian melibatkan hakisan,
pengangkutan dan juga pemendapan.

PROSES AELION
Proses Aeolian ini biasanya berlaku di kawasan yang beriklim
kering. Contohnya, di kawasan padang pasir
Angin dapat mengikis, mengangkut dan memendapkan bahanbahan yang diangkut ke kawasan lain.
Terdapat dua jenis kawalan hakisan Aeolian iaitu erositiviti dan
erodibiliti.
Proses hakisan angin dapat dikelaskan kepada dua cara iaitu
deflasi dan juga lelasan

erositiviti

erodibiliti

Erositiviti ini adalah


kemampuan tenaga angin
yang tinggi di mana angin
tersebut dapat
mempengaruhi pembentukan
permukaan bumi

Erodibiliti pula ialah sifat


permukaan ataupun sudut
permukaan bumi yang
kebanyakkannya terdedah
kepada pergerakan angin.

DEFLASI
Deflasi atau Deflation merupakan proses angin yang mengeluarkan zarah
dari permukaan .
Proses deflasi juga merupakan gerakan tiupan angin yang akan membawa
partikel debu halus, pasir, partikel yang kasar atau partikel yang berat dan
angin tersebut akan membawa partikel-partikel ini ke tempat lain.
Biasanya, cenderung berlaku di kawasan yang berpasir, contohnya kawasan
gurun atau padang pasir.
Jika kawasan tersebut terdiri daripada permukaan pasir, hakisan akan
merendahkan lagi kawasan yang terlibat tersebut.

LELASAN
Proses hakisan yang berlaku akibat pelanggaran, geseran atau hempasan
partikel yang ditiup angin iaitu debu halus, pasir, partikel yang kasar atau
berat terhadap sesuatu permukaan.
Hanya terjadi di dekat permukaan tanah iaitu kawasan yang rendah

BENTUK YANG TERHASIL DARIPADA PROSES AEOLIAN


Bentuk yang pertama ialah desert pavement. Desert pavement ini
ialah permukaan yang terdiri atas batuan kerikil dan kerakal di
kawasan gurun, sebagai akibat bahan-bahan halus mengalami
deflasi.

Desert pavement

Bentuk blow out


Bentuk yang kedua ialah blow out. Bentuk ini adalah satu cengkungan di
kawasan gurun akibat daripada tindakan deflasi hasil daripada pelapukan pada
permukaan yang halus.

Bentuk ventifact
Bentuk yang ketiga pula adalah permukaan batuan yang menjadi rata
disebabkan oleh korasi terutamanya permukaan yang berukuran halus yang
terdiri daripada tanah liat dan debu yang dibawa oleh angin yang disebut
sebagai ventifact

Bentuk dreikanter
Bentuk yang keempat pula ialah dreikanter. Bentuknya adalah pyramid kerana
mengikut arah angin yang berubah-ubah daripada tiga arah.

You might also like