You are on page 1of 3

Pemanasan global

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pemanasan global atau pemanasan sejagat ialah peningkatan suhu atmosfera bumi secara
berterusan akibat daripada kesan rumah hijau yang melibatkan pertambahan gas karbon dioksida ,
klorofluorokarbon dan bahan pencemar yang lain, yang menyebabkan peningkatan suhu dunia.
Suhu bumi telah meningkat 1.2 °C darjah dan kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan
tertentu. Kajian mendapati kawasan Artik lebih pantas menjadi panas berbanding kawasan lain.
Perubahan iklim biasanya berlaku dalam tempoh 10,000 tahun tetapi kini perubahan iklim berubah
dalam tempoh 100 tahun sahaja, jarak hanya 2 generasi sahaja.
Suhu bumi meningkat sejak tahun-tahun 90an. Kajian mendapati iklim panas melampau di
Perancis, iklim lebih panas di rantau Siberia dan pencairan "permafrost" (lapisan tanah yang kekal
beku di rantau paling sejuk) terutamanya di rantau Artik. Ahli sains meramalkan keseluruhan ais
laut di Artik akan cair pada musim panas 2060. Litupan ais Greenland dan Antartika Barat akan
mencair . Paras laut akan meningkat.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Pemanasan_global

Aktiviti Manusia yang Menyebabkan


Pemanasan Global
1. Perindustrian

Aktiviti perindustrian merupakan punca utama kepada fenomena


pemanasan global. Pembakaran bahan api fosil seperti gas dan
arang batu bagi menggerakkan mesin dan jentera telah
mengeluarkan banyak gas rumah hijau, terutamanya gas karbon
dioksida. Contoh industri yang banyak membakar bahan api fosil
ialah industri pengeluaran simen, pengeluaran besi, pengeluaran
kain, pengeluaran makanan, pengeluaran bahan-bahan elektrik dan
elektronik serta industri pengeluaran bahan- bahan binaan.
Semakin banyak gas karbon dioksida dihasilkan, semakin banyak
haba yang terperangkap oleh lapisan gas lalu meningkatkan suhu
udara secara global.

2. PENJANAAN TENAGA
ELEKTRIK

Penghasilan tenaga elektrik di pusat


penjanaan tenaga elektrik yang
menggunakan bahan api fosil juga telah
menyebabkan pelepasan gas karbon
dioksida yang mendadak. Kebanyakan negara di dunia termasuk Malaysia menggunakan bahan
api fosil untuk penjanaan tenaga elektrik. Contohnya, hampir 80% penjanaan tenaga elektrik di
Malaysia adalah melalui pembakaran bahan api fosil dan 20% melalui penjanaan hidroelektrik.

3. PENGANGKUTAN

4. Kenderaan bermotor kini merupakan pengangkutan utama bagi manusia memudahkan


pergerakan mereka di bumi ini. Penggunaan kenderaan yang menggunakan minyak sebagai
bahan bakar utama bagi menggerakkan enjin kenderaan, khususnya minyak tanpa plumbum
telah banyak membebaskan gas karbon dioksida dan gas karbon monoksida. Kereta api stim
yang menggunakan batu arang sebagai bahan bakar turut membebaskan gas pencemar ke
atmosfera.

5. PEMBAKARAN HUTAN
Kegiatan pembakaran hutan secara besar-besaran dan berleluasa untuk membersihkan
kawasan hutan bagi menjalankan aktiviti
pertanian, petempatan atau jaringan
pengangkutan dan perhubungan telah
menyumbang kepada pemanasan global.
Pembakaran hutan telah menyebabkan
imbangan kandungan oksigen dengan karbon
dioksida tidak seimbang. Lebihan karbon
dioksida terjadi dan berlakulah pemanasan
global. Asap yang terbebas ke angkasa daripada
pembakaran hutan juga mengandungi banyak
gas karbon dioksida. Contohnya,
pembakaran hutan di Sumatera Selatan
dan Riau, Indonesia.

6. PERTANIAN DAN
PENTERNAKAN

Aktiviti pertanian menggunakan racun


serangga dan baja kimia secara berlebihan.
Penggunaan racun serangga dan baja kimia
secara berlebihan ini telah mengeluarkan
banyak gas rumah hijau, terutamanya gas
metana. Kegiatan perternakan juga menyebabkan berlakunya pemanasan global. Hasil
buangan najis haiwan ternakan seperti kambing dan lembu telah menghasilkan dan
membebaskan banyak gas metana ke angkasa. Contohnya, penternakan lembu di India dan
Brazil (penternak utama dan kedua di dunia) telah menghasilkan banyak gas metana.

Faktor Semula Jadi yang Menyebabkan


Pemanasan Global
1. LETUSAN GUNUNG BERAPI

Letupan gunung berapi banyak mengeluarkan


asap dan debu yang mengandungi banyak gas
rumah hijau. Contohnya, gas karbon dioksida,
gas karbon monoksida, gas sulfur dioksida dan
sebagainya telah menyumbang kepada
berlakunya pemanasan global. Contoh gunung
berapi yang pernah meletus ialah Gunung
Tambore di Sumbawa dan Gunung Krakatoa di
Selat Sunda.

(Sumber: http://earthcaremalaysia.blogspot.my/)

Sumber laman web : http://bukutekskssm.my/Geografi/Nota32.html

You might also like