You are on page 1of 2

Pemanasan Global

Pemanasan global telah menyebabkan keadaan suhu bumi meningkat. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan hal ini berlaku. Kesan pemanasan global
pula dapat dirasai dengan ketara sehingga ke hari ini. Oleh itu langkah yang wajar perlu dilakukan untuk membendung masalah kesan pemanasan global ini
daripada terus berleluasa.

9.1 Maksud Pemanasan Global

1. Pemanasan global ialah suhu atmosfera bumi secara berterusan meningkat berbanding suhu biasa.

2. Pertambahan gas seperti karbon dioksida, karbon monoksida, nitrus oksida, klorofluorokarbon dan bahan pencemar yang lain menyebabkan suhu meningkat.

9.2 Faktor-faktor Pemanasan Global

Terdapat dua faktor yang menyebabkan berlakunya pemanasan global iaitu:

1. Faktor manusia
Pembakaran terbuka.
Penjanaan tenaga elektrik.
Asap dari kenderaan bermotor.
Pembakaran hasil buangan pertanian dan penternakan.
Asap dari sektor perindustrian.

2. Faktor semula jadi

Letusan gunung berapi.


Pembakaran hutan secara semula jadi.
Penerimaan cahaya matahari yang banyak.

9.3 Kesan-kesan Pemanasan Global

1. Peningkatan aras laut

Hal ini berpunca daripada pencairan ais di kutub dan peningkatan suhu di laut yang akan menyebabkan berlakunya banjir di daratan,
pencairan ais di kutub, kemusnahan harta benda dan bekalan sumber manusia terjejas.

2. Masalah cuaca

Cuaca terganggu kerana udara kering dan hujan yang tidak menentu. Kesannya akan menyebabkan berlakunya banjir, ribut dan
ombak besar. Hal ini juga boleh menyebabkan kemusnahan flora dan fauna.

3. Bekalan sumber makanan merosot

Tanih menjadi tandus dan tidak subur untuk pertanian, banjir pula memusnahkan kawasan pertanian dan air laut yang panas akan
mengganggu ekosistem marin. Kesannya akan menyebabkan bekalan sumber makanan dunia terganggu.

4. Masalah kesihatan

Pelbagai jenis penyakit tersebar seperti kanser kulit, katarak, keadaan panas yang berpanjangan pula akan menyebabkan berlakunya
strok haba dan dehidrasi. Keadaan ini akan membahayakan kesihatan manusia dan boleh membawa kepada kehilangan nyawa.

Mengurangkan pencemaran udara.


Perubahan landskap yang menarik.

9.4 Langkah-langkah Mengurangkan Kesan Pemanasan Global

1. Terdapat beberapa langkah bagi mengurangkan kesan pemanasan global antaranya ialah:

Menggunakan tenaga mesra alam.


Mengamalkan amalam 5R.
Mengadakan kerjasama antarabangsa.
Memberikan pendidikan alam sekitar.
Penguatkuasaan undang-undang.

2. Terdapat beberapa tip untuk mengurangkan masalah pemanasan global antaranya ialah:

Penggunaan barangan elektrik yang jimat tenaga


Amalan 5R
Pokok ditanam di sekitar rumah
Menanggalkan plug apabila tidak digunakan
Mengurangkan penggunaan penyaman udara
Menggunakan pengangkutan awam

© 2023 Pandai.org All Rights Reserved Made with  in Malaysia

You might also like