You are on page 1of 4

Pendahuluan

1. (salam). (pemgenalan diri). Kami daripada sekolah….. ingin


menerangkan model bandar kami.
2. Bandar ini dinamakan sebagai Catalonia.
3. Bandar ini berkonsepkan teknologi hijau. Teknologi hijau  adalah
penggunaan sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam
sekitar semula jadi dan mengawal kesan negatif kepada aktiviti seharian
untuk spesies bangsa keturunan manusia.
4. Bandar ini juga berkonsepkan minimalis iaitu sebuah bandar yang
ringkas dan sederhana tetapi dalam masa yang sama dapat
memaksimumkan penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui
seperti tenaga angin, ombak dan cahaya matahari untuk kesejahteran
alam sekitar.
5. bandar ini direka bentuk bertujuan untuk menangani isu alam sekitar
yang melibatkan perubahan iklim dan isu penggunaan tenaga melalui
aplikasi dan pembangunan teknologi hijau di samping mempertingkatkan
kemapanan alam sekitar.
isi
6. Terdapat pelbagai sektor yang memberi keselesaan kepada
masyarakat setempat. Antaranya ialah sektor pengurusan sisa dan air
buangan. Terdapat pusat rawatan air yang digunakan untuk membuat
air lebih diterima untuk kegunaan penduduk seperti air minuman, proses
industri perubatan dan sebagainya. . Tujuan semua proses rawatan air
ialah untuk mengalihkan pencemaran yang ada pada air, atau
menurunkan kepekatan sebarang pencemaran.
7.Seterusnya, bandar catalonia juga mempunyai pusat kitar semula
yang bertujuan mengurangkan sekurang-kurangnya 5% daripada keseluruhan
sampah di samping mengelakkan berlaku kejadian sampah longgok . dalam
masa yang sama, masyarakat juga dapat mempelajari tentang kepentingan kitar
semula.

8. sektor yang berikutnya ialah sektor tenaga. Bandar ini menggunakan


tenaga yang boleh diperbaharui. Antara tenaga yang boleh diperbaharui
ialah cahaya matahari. Tenaga ini dijana oleh panel solar yang terdapat
pada bangunan pusat pentadbiran. Tenaga angin pula dijana oleh kincir
angin yang berada di tengah laut. Punca kincir angin dibina di tengah
laut kerana kadar angin yang mencukupi untuk mengalirkan tenaga
elektrik ke seluruh bandar. Akhir sekali, elektrik dapat dihasilkan
daripada ombak menggunakan penjanaan tenaga ombak. Ombak yang
kuat dpt menghasilkan elektrik yang lebih banyak. Tenaga – tenaga ini
tidak akan hilang dan boleh diperbaharui pada setiap masa.

9. selain daripada sektor sektor yang dinyatakan, bandar ini juga


mempunyai sektor pengangkutan iaitu jalan raya. Jalan raya boleh
digunakan oleh masyarakat setempat. Selain itu, jalan raya dapat
memudahkan masyarakat untuk pergi ke suatu tempat . Pada masa
yang sama, pemandu juga semakin yakin dan selesa semasa membuat
pemanduan. Kemudahan jalan raya yang baik juga secara tidak
langsung membantu kepada pengurangan kos ekonomi pengguna, ini
kerana masalah kerosakan kenderaan dapat dikurangkan .
10. Di samping itu, terdapat sektor bangunan di Catalonia ini. Antaranya
dewan yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja. Dewan ini dapat
memudahkan masyarakat untuk mengadakan pelbagai acara dan
aktiviti. Seterusnya, pangsapuri telah dibina sebagai tempat kediaman
bagi penduduk catalonia. Penduduk tidak perlu risau akan keselamatan
kediaman mereka kerana pangsapuri tersebut memiliki tahap
keselamatan yang tinggi. Bangunan yang seterusnya ialah sekolah.
merupakan sebuah bangunan atau tempat yang berfungsi untuk
memberikan pendidikan kepada pelajar, yang merujuk sesiapa yang
belajar di situ. Sekolah tersebut telah dibina berdekatan dengan
pangsapuri kerana memudahkan ibu bapa menghantar anak mereka ke
sekolah. Berikutnya, hotel telah dibina di bandar catalonia. hotel
merupakan sebuah institusi yang menawarkan tempat
penginapan berbayar untuk para pelancong tidur apabila mereka tidak
berada di rumah, biasanya untuk jangka pendek. Seterusnya, bangunan
yang terdapat di bandar teknologi ini ialah klinik. Klinik  suatu
kemudahan kesihatan awam kecil yang ditubuhkan untuk memberikan
rawatan kepada pesakit luar. Balai polis pula telah dibina berdekatan
dengan tempat kediaman agar keselamatan penduduk terjamin.
Kemudian pusat pentadbiran dibangun bagi merancang ekonomi negara
dan memastikan negara dalam keadaan yang stabil.Terdapat juga pusat
beli belah iaitu sebuah bangunan yang membentuk sebuah
kompleks kedai perniagaan, laluan pejalan kaki bersambungan yang
memudahkan perjalanan pengunjung dari satu unit ke satu unit, di
samping tempat parkir kereta .

11. sektor yang berikutnya ialah sektor perkhidmatan. Antara


perkhidmatan yang digunakan oleh penduduk catalonia ialah kereta
hybrid dan kenderaan elektrik. Kenderaan- kenderaan ini dapat
mengurangkan penggunaan bahan api fosil. Selain itu, pengguna
kenderaan ini tidak perlu mengeluarkan duit untuk mengisi minyak serta
mengurangkan penghasilan asap toksik.
12. Akhir sekali ialah sektor pertanian. Contoh bangunan yang terlibat
dengan sektor pertanian ialah green house. Green house digunakan
dalam industri seni taman dan juga penyelidikan. Pada masa yang
sama, green house juga boleh dijadikan kawasan tanaman bagi
tumbuhan yang hampir pupus agar generasi yang akan datang dapat
melihat dan mengenali tumbuhan tersebut. Selain itu, green house ini
noleh dijadikan sebagai pusat pelancongan bagi masyarakat dan
pelancong asing agar mereka dapat mempelajari da mengetahui
pelbagai jenis tumbuhan yang unik dan menarik.

You might also like