You are on page 1of 5

BANDAR PINTAR “LESTARI BEE PEACE VALLEY”

Definisi dan Komponen Bandar Pintar

Dalam konteks Malaysia, bandar pintar ditakrifkan sebagai ‘bandar yang


menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta kemajuan teknologi
dan inovasi dalam menangani isu-isu perbandaran bagi meningkatkan kualiti hidup
dan pertumbuhan ekonomi, mewujudkan alam sekitar yang mampan dan selamat
serta menggalakkan pengurusan bandar yang lebih cekap’. Matlamat bandar pintar
Malaysia adalah untuk menyelesaikan isu dan cabaran perbandaran ke arah
mencapai kestabilan 3 tonggak utama iaitu ekonomi yang berdaya saing, alam
sekitar yang mampan dan meningkatkan kualiti hidup rakyat

7 Komponen Utama Pembangunan Bandar Pintar

Demi pengurusan bandar yang selamat dan efisien, tersenarai 7 komponen penting
yang perlu anda ambil tahu:

Pertama

 Smart Governance

Memperbaiki perkhidmatan kerajaan (awam dan sosial) kepada orang ramai

Di bandar pintar kami, bangunan pusat pentadbiran disediakan merangkumi semua


aspek termasuklah pengurusan pentadbiran kerajaan, pengurusan keselamatan
seperti bomba, polis dan tentera, pengurusan perbankan serta banyak lagi. Kesemua
perkhidmatan dikumpulkan di sini bagi memudahan pengguna berurusan dengan cekap
dalam satu kawasan sahaja. Kesemua data disimpan disini dengan menggunakan
system artificial intelligence (AI) bagi memudahkan pengguna mengakses data dengan
pantas.
Kedua

 Smart People

Pintu gerbang dibina dengan mempunyai akses kawalan keselamatan yang dikawal
secara AI. Setiap penduduk yang ingin keluar atau masuk ke bandar pintar ini perlu
mengimbas muka. Sistem ini sangat membantu dari aspek keselamatan.

Ketiga

 Smart Digital Infrastructure

Semua penduduk di bandar pintar ini cekap menggunakan kemudahan internet kerana
di bandar ini segala maklumat dan data dihujung jari. Tiada penggunakan kertas dan ini
secara tidak langsung mengurangkan pencemaran bahan buangan.

Di bandar ini juga, hospital dibina dengan kelengkapan smart digital. Antaranya ialah
smart parking, temujanji secara atas talian dan mengambil ubat secara pandu lalu.

Keempat

 Smart Economy

Mewujudkan daya saing serta peluang ekonomi yang pelbagai dan inovatif

Di sini juga disediakan pusat peniagaan menggunakan bahan terbiodegradasi untuk


menggantikan plastik.Contoh bahan terbiodegradasi adalah seperti beg kertas yang
boleh dilupuskan dan tidak memberi kesan kepada alam sekitar.

Bahan mentah seperti sayur-sayuran yang dijual di sini adalah hasil daripada
sumber kegiatan pertanian yang dijalankan seperti kegiatan akuaponik. Semua
tanaman disini menggunakan baja kompos.

Secara tidak langsung juga dapat menjana ekonomi penduduk setempat


Kelima

 Smart Mobility

Menambah kebolehcapaian melalui kecekapan pengangkutan awam dan pengurusan


lalu lintas

setiap parkir disediakan pengecas kenderaan elektrik.perubahan tenaga yang


berlaku adalah tenaga kinetik kepada tenaga.elektrik. Kenderaan di bandar pintar ini
juga tidak menggunakan bahan api fosil seperti disel atau petrol. Ini secara tidak
langsung akan mengurangkan pencemaran alam sekitar kerana pengurangan
karbon dibebaskan di udara.

Di bandar ini juga telah dibina satu terminar perngangungtan awam yang mana
disinila terdapat perngangutan seperti Lrt dan mineral yang hanya mengunnakan
tenaga elekrtik daripada sumber tenaga solar.

Keenam

 Smart Living

Mewujudkan tempat kediaman yang mempunyai pelbagai kemudahan. Antaranya


disediakan tempat asuhan kanak-kanak dan warga emas.

Kami juga membina kediaman yang berhampiran dengan pusat pendidikan bagi
mencapai matlamat tersebut.

Masjid juga dibina di kawasan ini bagi memudahkan penduduk memenuhi pengisian
rohani. Masjid ini menggunakan system AI bagi pengoperasiannya.

Pokok-pokok ditanama di sekitar bandar pintar kami bagi membekalkan oksigen


kepada alam sekitar.

Bahan-bahan buangan di sini menggunakan system 3 R iaitu Recycle, Reuse and


Reduce bagi mengekalkan kelestarian alam.
Ketujuh

 Smart Environment

Kami berusaha untuk mewujudkan persekitaran yang bersih dan selamat. Rentetan itu,
beberapa kincir angin dan panel solar telah dibina di kawasan bandar pintar kami.
Untuk menjanakan elektrik dan penjimatan tenaga, kedua-dua sumber ini boleh
dijana apabila berlaku kehabisan tenaga. Untuk membolehkan kincir angin
berfungsi kami letaknya di kawasan yang berangin untuk memutarkan bilah kipas.

Di bandar ini juga tidak terdapat kenderaan yang menggunakan bahan api fosil seperti
petroleum dan desil.

Kolam takungan air juga dibina di kawasan riadah. Selain fungsinya sebagai landskap,
kolam tersebut juga berperanan untuk membekalkan air keseluruh bandar dengan
menggunakan sistem kitar air semula jadi.

Penutup

Berdasarkan intipati yang dihuraikan tadi, tidak mustahil untuk Malaysia


mengaplikasikan ciri tersebut di bandar-bandar seluruh negara. Bandar pintar
merupakan satu tahap yang akan menjadi kezaliman pada masa akan datang.

Justeru, setiap pihak harus bekerjasama memainkan peranan penting masing- masing
agar generasi akan datang mampu hidup dengan selesa dan harmoni dengan
masyarakat global.

You might also like