You are on page 1of 3

PENGENALAN

Perancangan bandar di negara ini sedang berdepan dengan alaf ketiga yang mempunyai
beberapa cabaran yang perlu ditempuhi iaitu cabaran untuk mewujudkan pembangunan
mampan, bandar bestari, bandar sejahtera, bersih dan indah serta untuk melaksanakan sistem
kerajaan elektronik yang mampu bersaing dengan hubungan dunia luar dan mewujudkan
persekitaran yang perlu berada di tahap yang mempunyai daya saing yang tinggi. Pembukaan
dan pembangunan sesuatu kawasan seperti bandar-bandar baru dan kawasan kawasan
penempatan memerlukan perancangan, susun atur serta pelan yang sistematik. Perancangan
ini adalah bertujuan untuk mengelakkan sesebuah kawasan yang dibangunkan itu
mendatangkan masalah kepada masyarakat serta alam sekitar sama ada dalam jangka masa
panjang atau singkat seperti masalah kesesakan lalu lintas, pencemaran serta pembangunan
persekitaran yang tidak teratur. Terdapat beberapa jenis bandar yang boleh dibangunkan dan
diwujudkan di sesebuah kawasan contohnya seperti bandar taman.
Perancangan bandar taman adalah satu kaedah perancangan bandar yang telah
dimulakan pada tahun 1898 oleh Sir Ebenezer Howard di United Kingdom. Bandar taman
diwujudkan adalah bertujuan untuk menjadikan sesebuah bandar menjadi sebuah bandar yang
terancang, mesra alam, mempunyai persekitaran kawasan hijau yang meliputi kawasan
kediaman, kawasan industri dan kawasan pertanian. Konsep bandar taman diperkenalkan
adalah untuk mewujudkan dan bandar bandar yang mempunyai ciri ciri seperti di desa.
Dalam membangunkan sesebuah bandar taman, pihak perancang bandar perlu mewujudkan
kawasan hijau dan kemudahan rekreasi kepada para penghuni untuk memberikan keselesaan
kepada para penghuni. Hal ini kerana, bandar taman yang dibina adalah untuk memberikan
keselesaan dan memberikan sebuah kawasan kediaman yang bersih, indah dan sejahtera serta
bebas dari sebarang masalah seperti pencemaran, pulau haba, kesesakan dan sebagainya.
Oleh itu, kebanyakan bandar taman dibangunkan di kawasan pinggir bandar besar, namun
bandar ini masih lagi pergantungan dengan bandar besar tersebut seperti kemudaha
pengangkutan dan seabgainya. Konsep bandar taman diperkenalkan dengan cara
menggalakkan penanaman pokok di dalam kawasan bandar abgi membolehkan penduduk di
sesebuah kawasan bandar dapat menikmati kawasan persekitaran hijau dan sihat.
Selain itu, konsep bandar taman juga diperkenalkan adalah untuk menyelesaikan
masalah masalah yang berlaku di kawasan bandar dan luar bandar. Sebagai contoh, di
Malaysia pelbagai masalah berlaku terutamanya di kawasan bandar seperti pencemaran,
bencana alam, masalah sosial dan sebagainya kesan daripada tumpuan penduduk di bandar
tersebut. Oleh itu, bandar taman diperkenalkan dengan tujuan bahawa masalah masalah
yang sering berlaku di negara ini dapat diatasi dan diselesaikan. Bandar taman juga
merupakan satu model yang berkekalan bagi melahirkan sebuah kawasan perbandaran yang
lestari, sejahtera, indah dan mesra alam serta mempunyai nilai berdayahuni yang tinggi.
Terdapat beberapa prinsip teras yang digunakan dalam melaksanakan dan membangunkan
konsep bandar taman di sesebuah negara. Antaranya ialah melahirkan masyarakat yang kuat
dan kukuh, melindungi dan memelihara alam sekitar serta menekankan pembangunan yang
lestari. Bandar taman diwujudkan adalah berdasarkan beberapa rasional dan keperluan iaitu
untuk menggalakkan pertumbuhan bandar di samping untuk mengurangkan dan
meminimumkan kerosakan terhadap alam sekitar. Ia juga diwujudkan kerana masyarakat telah
mulai sedar akan kepentingan untuk memiliki sebuah kehidupan yang mewah, lebih baik dan
berkualiti. Bandar taman juga dibina atas dasar untuk membawa dan mengaplikasikan konsep
taman dan kehijauan di tempat kediaman dan tempat kerja.
Konsep bandar taman juga turut memberikan penekanan kepada pengukuhan bentuk
hubungan antara manusia dengan alam sekitar. Proses pembangunan dan perancangan bandar
taman perlu menitikberatkan prinsip perancangan yang mementingkan kebersihan dan
keindahan demi untuk menyediakan persekitaran bandar yang sejahtera sama ada dari segi
fizikal dan sosial. Elemen fizikal yang sejahtera dan sihat adalah meliputi kebersihan dan
bebas dari pencemaran sama ada pencemaran udara, air, persekitaran dan bunyi. Dalam
mewujudkan sesebuah bandar taman, terdapat kriteria yang perlu dipenuhi iaitu dengan
mengekalkan persekitaran yang mampu memelihara alam sekeliling dari sebarang kesan
negatif dan mewujudkan ruang ruang taman di dalam kawasan bandar sebagai agen
pengindah di kawasan bandar. Sesebuah bandar boleh diklasifikasikan sebagai sebuah bandar
taman apabila reka bentuk bandar tersebut dapat memelihara kehijauan serta kualiti alam
sekitar dan kebiasaannya di bandar tersebut terdapat kawasan rekreasi, tasik, ruang pejalan
kaki, kawasan kediaman, kemudahan asas seperti sekolah, klinik, Balai Polis dan sebagainya.




OBJEKTIF KAJIAN
Terdapat beberapa tujuan dan objektif kajian ini dijalankan. Antaranya adalah untuk :
i. Mengkaji dan mengenalpasti sejauh manakah konsep bandar taman digunapakai dan
diaplikasikan di dalam proses perancangan dan pembangunan Bandar Proton City.
ii. Melihat kemudahan kelengkapan yang ada di Proton City dalam menggambarkan
ianya sebagai sebuah bandar taman.
iii. Mengenalpasti kelemahan kelemahan yang wujud dalam mengaplikasikan konsep
bandar taman di Bandar Proton City.
iv. Memberikan dan membuat cadangan bagi melakukan penambahbaikan terhadap
konsep bandar taman yang ada di Proton City.
v. Membuat jangkaan berkaitan proses pembangunan dan pengembangan bandar Proton
City sebagai sebuah bandar taman untuk jangka masa yang akan datang.

You might also like