You are on page 1of 3

PENGURUSAN DAN PELUPUSAN SISA ELEKTRONIK. BINCANGKAN.

Buangan elektrik dan elektronik atau lebih dikenali dengan e-waste adalah masalah sisa yang paling cepat berkembang

di dunia. Barangan elektrik dan elektronik seperti komputer persendirian, televisyen, telefion bimbit menjadi cepat luput dalam

tempoh yang singkat sebaik sahaja model baru diperkenalkan di pasaran

Pembuangan e-waste secara tidak terkawal atau jika ia tidak diurus dengan baik boleh memudaratkan kesihatan manusia

dan alam sekitar. Ini ialah kerana e-waste mengandungi bahan toksik dan logam berat yang sangat berbahaya seperti plumbum,

raksa, arsenik, kadmium, selenium, kromium heksavalen, penebat api (fire retardant) dan sebagainya yang boleh mengeluarkan

dioksin apabila terbakar. Pada masa yang sama, sisa ini merupakan satu sumber yang berharga dan negara akan rugi jika ia tidak

dimanfaatkan dengan baik. Jika buangan ini diurus dengan baik, ianya juga dapat memberi peluang perniagaan yang memberi

pulangan yang lumayan, kerana di dalam e-waste terdapat juga bahan-bahan bernilai seperti emas, perak dan lain-lain.

Sememangnya pengurusan buangan sisa pepejal di Malaysia pada ketika ini amat mencabar dan seringkali menjadi isu

nasional. Kebanyakan tapak pelupusan sampah di Malaysia kini mempunyai hayat tampungan yang semakin berkurangan. Ini

disebabkan oleh jumlah penjanaan bahan sisa pepejal dan pertambahan penduduk yang semakin meningkat. Antara isu yang

sering timbul mengenai pengurusan tapak pelupusan sisa pepejal adalah aspek penempatan dan rekabentuknya yang tidak

menepati spesifikasi kejuruteraan dan tidak menerapkan konsep mesra alam. Hal ini mengundang pelbagai kesan buruk terhadap

persekitaran seperti bau busuk dan pelepasan air larut resap daripada tapak pelupusan sehingga menjejaskan kualiti air sungai di

kawasan berhampiran.

Dalam konteks buangan elektronik pula, ia memerlukan suatu sistem pengurusan yang agak kompleks dan berbeza

dengan pengurusan sisa pepejal harian. Terdapat beberapa sebab utama buangan elektronik perlu di urus secara sistematik.

Antaranya adalah kerana sisa elektronik mengandungi bahan kimia berbahaya yang boleh memudaratkan kesihatan manusia dan

alam sekitar. Terdapat lebih kurang seribu jenis bahan kimia dalam sisa elektronik. Ini termasuklah beberapa jenis logam berat yang

boleh membawa kesan toksik kepada manusia seperti plumbum, raksa dan kadmium. Sisa elektronik juga mengandungi

Polychlorinated Biphenyls (PCBs) yang boleh membawa kesan karsinogenik kepada manusia.

Sebab kedua kenapa sisa elektronik perlu diuruskan secara sistematik adalah kerana peningkatan drastik jumlah bahan

sisa elektronik. Jumlah tapak pelupusan yang sedia ada kini amat terhad dan tidak sesuai untuk pelupusan sisa elektronik.

Pelupusan sisa elektronik kebiasannya memerlukan proses yang agak kompleks. Kaedah pelupusan bahan sisa elektronik juga

perlu mematuhi perundangan alam sekitar yang ditetapkan. Sehubungan itu, Kerajaan Malaysia memang serius dalam memastikan

e-waste diuruskan secara selamat dan berkesan di negara kita supaya tidak memberi kesan negatif kepada alam sekitar dan

kesihatan rakyat, di samping memperolehi manfaat ekonomi. Pendekatan yang diambil merangkumi penguatkuasaan undang-

undang dan peraturan termasuk mengawal pengimportan E-Waste secara haram, penggalakan aktiviti pemerolehan kembali

buangan tersebut dan meningkatkan kesedaran masyarakat.

Buangan elektronik kini dijadikan sumber bahan mentah untuk industri kitar semula bagi mendapatkan bahan-bahan

kimia yang bernilai untuk kegunaan lain. Selain itu, buangan elektronik seperti komputer boleh diguna semula dengan kaedah

membaik pulih komputer lama. Konsep 3R (reuse, reduce, recycle) telah diterapkan dalam usaha untuk mengelakkan bahan

buanagan elektronik terus dilupus dan mencemarkan alam. Bagaimanapun, kaedah pelupusan buangan elektronik perlu mematuhi
PENGURUSAN DAN PELUPUSAN SISA ELEKTRONIK. BINCANGKAN.

prosedur perundangan yang ketat. Di Malaysia, buangan elektronik perlu mematuhi perundangan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974

yang ditadbir oleh Jabatan Alam Sekitar. Buangan elektronik dikategorikan sebagai Buangan Terjadual di bawah Kod SW110.

Pelupusan buangan eletronik perlu mengikuti pertauran-peraturan yang ditetapkan. Konsep buaian hingga ke liang

lahad diamalkan bagi memastikan tiada sebarang ketirisan 泄 露 dalam pelupusan bahan buangan ini. Mengurus buangan

elektronik daripada ia terhasil sehingga ianya dilupuskan di tapak pelupusan selamat yang dilesenkan oleh kerajaan. Dalam konteks

antarabangsa, buangan elektronik telah disenaraikan di bawah Perjanjian Basel. Perjanjian Basel ini bermatlamat untuk

menggerakkan masyarakat antarabangsa mengenai usaha manjaga kesihatan manusia dan alam sekitar daripada kesan bahan

buangan berbahaya serta berusaha untuk mengurangkan penghasilan dan mengawal pergerakkan buangan berbahaya rentas

benua. Malaysia merupakan datu daripada 116 buah negara yang telah menandatangani Perjanjian Basel pada tahun 1989.

Pengurusan buangan elektronik di Malysia perlu dilihat sebagai suatu cabaran besar. Ianya mampu dilaksanakan dengan

kesedaran dan kerjasama antara semua pihak termasuk individu, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan. Selain daripada polisi

dan perundangan amalan mesra alam perlu diterapkan di semua peringkat untuk memastikan risiko buangan elektronik ini dapat

dikawal pada tahap minimum. Antara amalan yang boleh dilakukan adalah dengan mengembalikan setiap barangan elektronik yang

lusuh kepada penjual. Amalan yang kedua pula adalah dengan menukar barangan elektronik yang lama apabila membeli barangan

yang baru. Amalan ketiga pula adalah menghantar barangan elektronik yang lama ke pusat-pusat kitar semula. Amalan yang

keempat pula adalah penggunaan komputer di sektor awam umpamanya perlu diservis secara berkala bagi memanjangkan hayat

penggunaan barangan elektronik.

Di samping itu, pada 30 Ogos 2007 Kerajaan telah menggubal undang di mana pihak yang didapati bersalah melupuskan

e-waste secara haram boleh dikenakan penjara mandatori 强 制 tidak melebihi 5 tahun penjara dan denda tidak melebihi RM

500,000. Kebanyakan e-waste berkenaan terdiri daripada alat-alat komputer dan CRT (cathode ray tube). Selain itu, tindakan

mahkamah telah diambil ke atas satu kes pengimportan e-waste secara haram ke negara ini pada tahun 2009. Pengarah Syarikat

berkenaan telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM180,000.00 serta penjara mandatori selama satu hari.

Di samping penguatkuasaan undang-undangan dan penggalakan aktiviti pemerolehan kembali, Kementerian dan pihak

JAS dengan kerjasama semua pihak juga mengadakan pelbagai program kesedaran seperti Program Rakan Alam Sekitar dan

Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar termasuk isu pengurusan sisa E-waste.

Dalam Sambutan Minggu Alam Malaysia, pengurusan E-waste telah diberi tumpuan dengan penyertaan aktif oleh syarikat-syarikat

pemerolehan kembali ewaste, pihak kutipan e-waste dan juga syarikat telefon bimbit.

Untuk mencapai keberkesanan pengurusan E-Waste secara menyeluruh, Jabatan Alam Sekitar juga telah mengadakan

beberapa kempen kesedaran orang ramai mengenai kitar semula dan pelupusan E-Waste. Kempen ini bertujuan dan memastikan

E-Waste yang terhasil akan dikutip, dikumpulkan dan tidak dibuang di tapak pelupusan sampah . Ini dilakukan untuk mengelakkan

kesan pencemaran jangka panjang akibat daripada kandungan logam-logam berat seperti raksa, nikel dan plumbum.

Selain itu, kempen kesedaran mengenai pengumpulan buangan bateri dan telefon bimbit telah dijalankan oleh pihak JAS.

Kempen ini adalah untuk menggalakkan orang ramai meletakkan bateri dan telefon bimbit luput di dalam tong kitar semula untuk

untuk tujuan pemerolehan kembali atau pelupusan secara teratur.


PENGURUSAN DAN PELUPUSAN SISA ELEKTRONIK. BINCANGKAN.

Untuk mempertingkatkan lagi keberkesanan pengurusan E-Waste, Jabatan Alam Sekitar sedang mengkaji menggubal

peraturan atau “take back policy” khusus untuk menggalakkan semua pengeluar atau pengimport barangan elektrik dan elektronik

mengambil balik barangan elektrik dan elektronik yang telah luput untuk dikitar semula atau dilupuskan secara selamat.

You might also like