You are on page 1of 2

Latar Belakang Ketamadunan Tayangan Filem “Mohenjo-Daro” ialah Tamadun Indus yang

terletak di Lembah Indus dan dinama oleh Sungai Indus. Tamadun Indus juga dikenali
sebagai Tamadun Harappa bersempena dengan bandar utamanya. Tamadun Indus terletak di
bahagian barat laut India. Tamadun Indus muncul pada tahun 2500S dan merosot bersama
dua kota besarnya, Mohenjo daro dan Harappa pada 1800S. Mohenjo-daro merupakan kota
yang paling terbangun dan maju di Asia Selatan.

Tamadun Indus dibentukkan dengan kewujudan penduduk yang mengamalkan kehidupan


petempatan kekal di sepanjang Sungai Indus. Hal ini kerana Sungai Indus menyediakan
bekalan air dan tanah yang subur sesuai untuk pertanian. Peningkatan hasil pertanian seperti
gandum, barli, padi dan kapas berjaya menambah jumlah penduduk dan mengembangkan
kepada bandar. Sumber ekonomi lain Tamadun Indus ialah penternakan dan perdagangan.

Faktor keruntuhan Tamadun Indus adalah serangan orang Aryan, tetapi segelintir sejarawan
percaya bencana alam dan kemerosotan perdagangan merupakan faktornya. Kedatangan
orang Aryan membawa budaya baru kepada masyarakat Indus. Zaman ini muncul keagamaan
dan agama Hindu dilahirkan.
Nilai yang terdapat dalam Mohenjo Daro filem termasuklah nilai keberanian. Sarman
merupakan seorang yang berani dan sikap ini ditunjukkan pada permulaan filem iaitu semasa
dia dapat membunuh buaya yang menakutkan penduduk desa Amri, tempat tinggalnya. Oleh
itu, tindakan keberaniannya selalu dipuji oleh penduduk sebagai pahlawan.

Nilai yang kedua terdapat dalam filem ini ialah nilai kasih saying terhadap keluarga.
Walaupun Sarman berasa kesusahan dia masih berterus menjadi seorang petani untuk
menentang pajak supaya keluarganya tidak mati dalam kelaparan. Sikap ini merupakan
Sarman seorang yang kasih sayang terhadap keluarganya kerana dia dapat menjaga ibu
bapanya semasa mereka berumur tua.

Nilai yang terakhir terdapat dalam filem ini ialah nilai bertanggungjawab. Contohnya,
Sarman berjaya menewaskan lawannya dan menyelamat bapa Chaani. Semasa Mohenjo-Daro
ditimpa banjir Sarman menggabungkan rakyat untuk membina kapal supaya rakyat dapat
diselamatkan. Sebagai seorang pemimipin Sarman dapat bertanggungjaawab menjaga
rakyatnya dengan baik.

You might also like