You are on page 1of 4

TAMADUN INDUS

 Tamadun Indus di Lembah Sungai Indus adalah tamadun terawal di India.


 Dikenali sebagai tamadun Harrappa bersempena dengan nama bandar utama tamadun ini.
 Terletak di bahagian barat laut India. Lembah Indus disaliri oleh Sungai Indus. Ia berpunca
dari Pergunungan Himalaya mengalir ke Laut Ara.
 Kawasan Indus dikelilingi oleh:
a) Banjaran Makran, Pergunungan Baluchistan, Punjab dan Rajasthan di bahagian timur;
b) Kathiawar dan Gujerat di bahagian tenggara.
 Tamadun ini muncul pada sekitar tahun 2500 S.M. dan mula merosot pada tahun 1800 S.M.
Sebab kehancuran tamadun Indus masih belum diketahui.
 Ada pendapat yang mengatakan bahawa tamadun ini hancur kerana serangan orang Aryan
serta bencana alam seperti banjir, kemarau dan gempa bumi.

Proses Pembentukan Tamadun Indus


 Di bahagian barat laut India sudah wujud penduduk yang mengamalkan kehidupan secara
nomad iaitu hidup secara berpindah-randah dan menyara diri dengan memburu dan
mengutip makanan.
 Kemudian , penduduk tersebut mendirikan petempatan kekal di sepanjang Sungai Indus.
 Petempatan kekal didirikan di sekitar Sungai Indus kerana:
a) Sungai menyediakan sumber air untuk pertanan, penternakan dan kegunaan harian;
b) Sungai Indus telah menyuburkan tanah.
 Hasil pertanian telah meningkat dan dapat menampung bilangan penduduk yang kian
bertambah hasil daripada kepandaian penduduk di kawasan ini menyesuaikan diri dengan
alam sekitar.
 Perkampungan telah berkembang menjadi bandar. Dua bandar di Lembah Sungai Indus
ialah Harappa dan Mohenjo-Daro.

Ciri-ciri Tamadun Indus

A. Petempatan Kekal
o Petempatan kekal di lembah sungai membawa kepada pembentukan bandar
terancang.
o Ciri-ciri bandar di Lembah Indus:
a) Bandar dibahagikan kepada dua bahagian dan dikelilingi oleh tembok.
i. bahagian utama bandar:
- Pusat pentadbiran dan keagamaan;
- Menempatkan bangunan pentadbiran, tempat mandi awam yang
digunakan untuk upacara ritual dan pembersihan, dan tempat menyimpan
hasil pertanian.
ii. bahagian kedua bandar:
- kawasan perumahan.
o Bandar-bandar dalam tamadun ini dirancang dengan teliti terutamanya dari sudut
susun aturnya yang sistematik.
o Perancangan bandaraya dibantu oleh faktor-faktor yang berikut:
a) Kemajuan ilmu geometrid dan pembinaan;
b) Sumbangan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba.
o Bandar-bandar disusun berasaskan blok-blok berbentuk segi empat dengan setiap
blok dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya yang lurus dan bersambung antara
satu sama lain.
o Tiap-tiap bandar mempunyai sistem kumbahan yang terancang.
o Bandar-bandar ini dihubungkan dengan sungai yang berfungsi sebagai perhubungan
selain jalan raya.
B. Organisasi Sosial
o Tamadun Indus tidak meninggalkan maklumat dan sumber yang jelas tentang
organisasi sosialnya.
o Jumpaan arkeologi membayangkan masyarakat di Lembah Indus terbahagi kepada dua
golongan:
a) Golongan atasan:
i. Pendeta
- Kelas atasan yang utama ialah pendeta-pendeta berkuasa dan
berpengaruh besar dalam mengawal aktiviti masyarakat khasnya yang
melibatkan kegiatan keagamaan;
- Golongan bawahan sangat taat kepada pendeta;
- Sejarawan berpendapat bahawa tampuk pemerintahan dipegang oleh
pendeta kerana tiada bukti tentang kewujudan raja di Lembah Indus.
ii. Pedagang

b) Golongan bawahan:

A. Petani
- Menjalankan aktiviti pertanian dan memberikan sebahagian daripada
hasilnya kepada pihak berkuasa.
B. Buruh
- Menjalankan kerja perburuhan seperti menjaga kebersihan bandra,
membina tembok di bentang.

Pendeta
Atasan
Pendeta
dan
pedagang

Petani

Bawahan
Buruh

Hamba

Susun lapis masyarakat tamadun Indus

C. Pengkhususan Pekerjaan
Masyaraakat menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti pertanian, perdagangan,
pertukangan dan pembuatan.
Masyarakat di Lembah Indus berdagang dengan masyarakat Mesopotamia.
Bukti wujudnya hubungan perdagangan di antara kedua-dua tamadun ialah penemuan
cap mohor buatan Lembah Indus di Mesopotamia.
Cap mohor ini dikatakan sebagai lambing pengenalan diri seseorang atau sekumpulan
pedagang.
Emas, manik, gading gajah dan hasil pertanian adalah barang dagangan yang penting.
Para petani bercucuk tanam dan menanam barli, kacang dan sebaagainya.
Ada di antara penduduk yang menjadi artisan yang terlibat dalam pembinaan dan
penghasilan barangan logam dan barangan tembikar.
D. Kepercayaan dan Agama
 Masyarakat Indus mempunyai satu amalan agama. Ini berdasarkan penemuan penting
iaitu patung Proto-Siva. Objek itu menunjukkan seseorang duduk bersila dengan
gaya yoga dan mempunyai tiga tanduk di kepalanya. Ini melambangkan Dewa
Brahman, Siva dan Vishnu.
 Masyarakat Indus percaya kepada Tuhan Ibu.
 Kepercayaan ini juga diwarisi daripada kebudayaan lebih awal kerana kepercayaan
terhadap Tuhan Ibu juga berlaku dalam masyarakat di Mesopotamia, Asia
Kecil, Syria dan Palestin
 Kepercayaan terhadap Tuhan Ibu dibuktikan dengan penemuan patung wanita.
 Tuhan Ibu disembah oleh masyarakat Lembah Indus bagi melambangkan
kesuburan.

E. Sistem Tulisan
 Sistem tulisan yang berbentuk Piktograf wujud di kalangan masyarakat tamadun
Indus.
 Tulisan tamadun Indus masih menjadi misteri dan masih belum dapat ditafsirkan
sehingga sekarang.

Sumbangan Tamadun Indus


 Keupayaan dan kebolehan mengeksploitasi kelebihan yang dimiliki
- Dengan tujuan untuk menyenangkan kehidupan mereka
- Sebagai contoh, mereka berjaya mengeksploitasi Sungai Indus untuk memajukan kehidupan
mereka.
 Pembinaan Bandar Terancang
- Tamadun Indus terkenal dengan pembinaan bandar-bandar yang terancang seperti bandar
Harappa dan Mohenjo-Daro
- Ia memerlukan gabungan kepakaran dari sudut lokasi dan pengisiannya.
- Perancangan bandar memerlukan pemahaman dalam ilmu geometri, matematik dan
kesenian.
- Bandar-bandar menjadi tersusun kerana pemahaman geometri hasil daripada
pertembungan tamadun Indus dengan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba.
- Bandar disusun berasaskan bentuk segi empat yang diikuti oleh jalan raya yang lurus
- Masyarakat Indus mempunyai kemahiran membuat batu-bata serta teknologi pembakaran
batu-bata.
- Masyarakat Indus mempunyai sifat terbuka kerana mempunyai hubungan tamadun lain.
Tamadun Mesopotamia menjalin hubungan dengan Mesir Purba.
- Hubungan ini membawa faedah dri pertukaran teknologi dan sebagainya.
- Segala pengaruh dluar disesuaikan dengan keadaan dan suasana tempatan.
- Keamanan menjadi tunjang kepada kekuatan sesebuah bangsa untuk mencapai kemajuan
dan kecemerlangan.
 Kematangan Tamadun
- Tamadun Indus ialah sebuah tamadun yang matang. Kematangan tamadun ini terbukti
melalui pencapaian yang cemerlang dalam berbagai-bagai bidang termasuklah perancangan
bandar, aktiviti ekonomi, aspek kerohanian dan kepercayaan.
- Kecemerlangan juga dapat dicapai kerana kelebihan geografi seperti adanya sungai sebagai
sumber asas kehidupan dan juga kerana kreativiti masyarakat Indus.
-
LATIHAN
Maklumat berikut merujuk kepada bandar Mohenjo-Daro dan Harappa

a) Tamadun Indus berkembnag di antara tahun 2500 – 1800 S.M. dan sumbangan utaamanya ialah
pembinaan bandar terancang.

a) Jelaskan pembentukan tamadun Indus. (KBAT)

__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
(4 markah)

b) Apakah keistimewaan andar yang terdapat dalam tamadun Indus yang boleh dicontohi? (KBAT)
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________

(6 markah)

c) Kewujudan bandar terancang membantu mensejahterakan masyarakat hari ini. Berikan ulasan anda.
(KBAT)

__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________

(4 markah)

d) Andaikan anda sebagai seorang perancang bandar, apakah idea anda untuk memodenkan sebuah
kawasan kampung menjadi bandar yang maju? Berikan penjelasan anda. (KBAT)

__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________

(6 markah)

You might also like