You are on page 1of 19

1.

0 Pengenalan

Tamadun Indus merupakan tamadun terawal di India dan wujud di sekitar Sungai Indus.

Penempatan awal Tamadun Indus awal dikatakan bermula di Mehrgarh, Pakistan sekitar 6

300 SM. Lokasi geografi bagi tamadun ini ialah di Timur India hingga ke Pakistan (barat)

dan disempadani oleh negara Tajikistan dan utara China, Lautan Arabia (Selatan), Iran

(Barat) dan juga Afghanistan (Barat laut). Hasil ekskavasi mendedahkan penemuan 250-

300 buah tapak dan juga beberapa buah penempatan. Setiap tapak yang dijumpai

berkeluasan di antara 1 hingga 5 hektar. Dua kota utama yang dijumpai ialah kota Mohenjo-

Daro dan juga Harappa. Majoriti tapak yang dijumpai terletak berhampiran dengan Sungai

Indus (rujuk peta 1.1).

Peta 1.1: Kedudukan Kota Mohenjo-daro dan Harappa serta beberapa penempatan
Tamadun Indus.
(Sumber: https://kids.britannica.com/kids/assembly/view/163841)

1
Sungai Indus dipilih kerana mempunyai bekalan air yang mencukupi untuk keperluan

harian manusia serta kesuburan tanah-tanih di kawasan dataran ataupun lembah yang

membolehkan penduduk boleh bercucuk tanam. Hal ini memudahkan masyarakat Tamadun

Indus membina penempatan mereka di sepanjang sungai dan melakukan aktiviti bercucuk

tanam bagi menampung keperluan bekalan makanan. Aktiviti utama bagi masyarakat

tamadun Indus ialah penanaman barli dan juga gandum dan mereka juga mula melakukan

kegiatan penternakan. Sekitar tahun 3500 higga 2600 SM, populasi masyarakat Tamadun

Indus mula berkembang dan hal ini telah mendorong ke arah pembinaan bandar iaitu mula

wujudnya bangunan berdinding, sistem pembentungan, aktiviti berdagang serta munculnya

skrip Indus. Tempoh ini mewakili fasa terawal bagi Tamadun Lembah Indus. Kemuncak

bagi Tamadun Lembah Indus ialah wujudnya perancangan bandar yang sistematik iaitu

melalui bukti arkeologi yang ditemui, bandar Mohenjo-Daro dan juga Harappa yang

berkembang pesat.

Mohenjo- Daro terletak di daerah Shindu yang sekarang ini merupakan wilayah negara

Pakistan dan di sebelah barat Mohenjo-Daro ialah Tanah Tinggi Pakistan. Harappa terletak

di daerah Punjab iaitu berhampiran dengan sungai Ravi dan disebelah timur laut kota ini

terdapat Banjaran Gunung Himalaya. Kedudukan kedua-dua kota ini berdekatan dengan

kawasan gunung dan banjaran adalah untuk faktor keselamatan. Mereka mudah berlindung

daripada ancaman musuh. Kota Harappa dijumpai pada tahun 1826 oleh James Lewis dan

pada tahun 1921, Alexander Cunningham yang merupakan pengarah Archaeological

Survey India (ASI), bersama dengan John Marshall telah menjalankan kajian terhadap sisa-

sisa runtuhan di Harappa. Ekskavasi arkeologi di Tamadun Indus dijalankan secara intensif

sejak tahun 1920an oleh ahli arkeologi Daya Ram Sahni dan konservasi Tamadun Lembah

Indus dijalankan pada tahun 1948.

2
2.0 Ciri-ciri perbandaran kota Mohenjo-Daro dan Harappa

Mohenjo-Daro ataupun dikenali sebagai ‘Mound of the Dead’ merupakan sebuah

bandar yang terancang dan besar di Tamadun Lembah Indus. Bandar ini berkembang pesat

di antara tahun 2600 dan 1900 SM dan dijumpai pada tahun 1920-an. Mohenjo-Daro

terletak di wilayah Sindh, Pakistan. Penggalian pertama di Harappa bermula pada awal

abad ke-20 oleh Rai Bahadur Daya Ram Sahni manakala R. D. Banerji melakukan

penggalian di Mohenjo-Daro. Kedua-dua bandar ini merupakan bandar terancang yang

terawal dalam sejarah manusia. Penemuan kedua-dua kota ini mempunyai signifikasi

terpenting dalam kajian sejarah peradaban India (Mortimer Wheeler, 1953). Antara ciri-ciri

perbandaran kedua-dua kota ini ialah wujudnya penempatan tetap, perancangan bandar,

pembinaan jalan raya, aktiviti perdagangan berkembang dan sistem saliran dan

pembentungan yang sistematik.

2.1 Penempatan Tetap

Terbinanya sesebuah tamadun lazimnya bermula dengan wujudnya penempatan

awal yang tetap dan beransur-ansur berkembang menjadi pusat dan nadi penggerak

kepada perkembangan sesebuah tamadun (Afifah, 2003). Peningkatan populasi

penduduk di Lembah Sungai Indus telah menyebabkan perkembangan penempatan di

sepanjang sungai Indus di mana penduduk mula menjalankan kegiatan pertanian dan

penangkapan ikan di sepanjang sungai. Mereka kemudiannya mula hidup setempat dan

membentuk kaedah pertanian dan pengairan yang sistematik. Hal ini dilakukan untuk

memenuhi keperluan bekalan makanan penduduk, maka mereka mula menetap di suatu

kawasan penempatan. Penempatan ini akan berkembang dan menjadi kota-kota besar

yang ditadbir oleh pemerintah. Perkembangan ini berlaku di Lembah sungai Indus yang

akhirnya mewujudkan kota Mohenjo-Daro dan Harappa.

3
Pertanian merupakan salah satu kegiatan ekonomi bagi penduduk di Mohenjo-

Daro dan Harappa selain daripada perdagangan. Bakalan air yang mencukupi dan tanah

yang subur membolehkan masyarakat di Mohenjo-Daro dan Harappa menanam pelbagai

jenis tanaman seperti gandum, barli, kacang dan juga kapas. Pada mulanya, penempatan

yang dibina adalah sebuah perkampungan dan kemudiannya mengalami proses

urbanisasi iaitu corak kehidupan manusia mula berubah menjadi semakin teratur dan

mempunyai sistem organisasi. Dengan wujudnya sistem organisasi dalam masyarakat

Tamadun Indus, maka penduduk mula tinggal menetap dan tidak mengamalkan lagi

berpindah-randah. Sistem organisasi mewujudkan dua golongan dalam masyarakat

Tamadun Indus iaitu golongan atasan dan juga golongan bawahan. Penempatan kekal

turut mewujudkan pengkhususan pekerjaan dalam kalangan masyarakat Tamadun Indus

iaitu wujudnya pusat bandar seperti kawasan perindustri, perdagangan, kraf, produk

tembikar dan juga kawasan peleburan logam. Hal ini telah mewujudkan sebuah kota

yang besar yang teratur (rujuk Foto 2.1)

Foto 2.1: Kota Mohenjo-Daro


(Sumber: https://www.thoughtco.com/mohenjo-daro-indus-civilization-171843)

4
2.2 Perancangan bandar

Keunikan bagi kota Mohenjo-Daro dan Harappa ialah mempunyai perancangan

bandar sehingga dikenali sebagai ‘The First Planned City’. Struktur bandar yang dibina

adalah kemas dan terancang kedudukannya. Rumah dan bangunan yang dibina adalah

menggunakan bata dan simen. Masyarakat Tamadun Indus mahir dalam pembuatan bata

dan pembinaan bangunan kerana struktur binaan adalah kuat. Jumpaan kota Mohenjo-

Daro dan Harappa dijumpai dalam bentuk yang masih elok dan menampakkan bentuk

penempatan, telaga dan sistem saliran. Di dalam kedua-dua kota ini terdapatnya

kawasan perumahan yang disusun secara sistematik dan berpetak-petak. Terdapat jalan

yang memisahkan kawasan perumahan ini yang menampakkan susunan bandar

Mohenjo-Daro (rujuk Foto 2.2).

Foto 2.2: Gambaran udara susunan bandar Mohenjo-Daro.


(Sumber: http://indusrivercivilizationbyjoshua.yolasite.com/indus-river.php)

5
Dalam pembuatan bata juga terdapatnya buruh kanak-kanak yang dijumpai

adanya kesan tapak kaki kanak-kanak di permukaan bata. Setiap bangunan yang dibina

mempunyai struktur yang kompleks serta dibina secara bertingkat iaitu satu ataupun dua

tingkat. Namun begitu, binaan bangunan ini tidak mempunyai pintu bagi setiap bilik.

Perumahan dibina menggunakan sistem grid yang disusun mengikut blok dalam bentuk

segi empat. Hal ini juga sama dengan pembinaan kota Harappa menerusi jumpaan fitur

dalam keadaan yang dibina menggunakan blok bata dan dalam keadaan tersusun

ataupun grid (rujuk Foto 2.3).

Foto 2.3: Tinggalan Harappa yang menunjukkan perancangan bandar yang tersusun.
(Sumber: https://www.ancient.eu/article/695/harappa-an-overview-of-harappan-
architecture-and-t)

Kota Mohenjo-Daro dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Citadel yang

merupakan bahagian utama dan terletaknya pusat pentadbiran. Di sini juga terletak pusat

keagamaan di mana adanya ‘Great Bath’ yang merupakan tempat mandi awam untuk

upacara ritual dan terletaknya gudang ‘Granary’ yang menyimpan hasil pertanian.

6
Bahagian kedua dikenali sebagai Lower Town merupakan kawasan perumahan

penduduk.

Di bahagian kedua iaitu lower town terletak lebih rendah berbanding dengan

bahagian pertama. Bata yang disusun dalam bentuk blok ini tersusun rapi dan hal ini

memudahkan pengawasan dilakukan. Perumahan di Mohenjo-Daro adalah berbeza dari

segi saiz iaitu bergantung kepada status sosial pemiliknya. Golongan yang kaya

memiliki rumah yang lebih besar berbanding dengan penduduk kelas bawahan. Setiap

rumah ini mempunyai bilik mandi dan tandas yang lengkap dengan saliran

pembentungan di bawah tanah. Sungai digunakan sebagai jaringan hubungan antara

bandar ke bandar.

Sama juga dengan kota Harappa iaitu bandarnya dibahagikan kepada dua

bahagian iaitu bahagian pemerintahan dan juga bahagian administratif. Terdapat pagar

tembok tinggi yang merupakan simbol kekuasaan da kewibawaan Raja ataupun

pemimpin kota. Bahagian ini terpisah dalam jarak yang jauh dengan bahagian

administratif iaitu kawasan penempatan penduduk. Kedua-dua bandar ini menonjol

disebabkan bandar yang terancang yang mempunyai struktur perumahan yang terancang

dan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, sistem saliran dan pembentungan serta

kemudahan-kemudahan lain yang lengkap.

2.3 Pembinaan jalan raya

Pembinaan jalan raya yang sistematik merupakan salah satu ciri perbandaran

bagi kota Mohenjo-Daro dan Harappa di Tamadun Indus. Blok bangunan yang dibina

dalam kedua-dua kota ini dipisahkan oleh rangkaian jalan raya dan berhubung antara

satu sama lain. Hal ini menunjukkan bahawa wujudnya penggunaan pengangkutan di

7
kota Mohenjo-Daro dan juga Harappa. Negara kota ini dibina secara sistematik di mana

jalan-jalan raya dibina secara lurus dan jalan besar disambungkan kepada lorong yang

lebih kecil (Mortimer Wheeler, 1953).

Kota ini mempunyai lorong dan jalan raya yang lebar iaitu sebanyak 45 kaki

serta keadaan jalan yang dibina dalam bentuk yang lurus (Foto 2.4). Jalan ini merupakan

sistem jaringan pengangkutan yang utama oleh masyarakat Tamadun Indus. Keadaan

jalan yang lebar ini membolehkan kereta beroda untuk melaluinya seperti kereta yang

ditarik oleh haiwan ternakan. Orang Harappa turut membela haiwan ternakan seperti

lembu, unta, gajah dan kerbau yang digunakan sebagai pengangkutan terutamanya oleh

golongan atasan.

Foto 2.4: Jalan raya yang lebar dan lurus digunakan sebagai sistem jaringan
pengangkutan.
(Sumber:http://www.fieldstudyoftheworld.com/4500-year-old-urban-planning-at-
mohenjo -daro/)

8
Terdapat lorong-lorong kecil yang bersambung dengan jaln yang lebih lebar dan

luas. Lorong-lorong kecil adalah untuk kegunaan orang awam berjalan manakala jalan

yang lebar sesuai untuk kereta beroda melaluinya. Jalan ini dibina dalam satu garisan

yang lurus secara menegak dan mendatar dan dibina di antara rumah. Kemudiannya,

jalan ini bersambung di antara satu sama lain dalam bandar ini. Jalan raya dan lurus ini

jelas menampakkan bahawa masyarakat Tamadun Indus mempunyai pemahaman yang

jelas dan bidang geometri. Jalan raya ini dibina daripada batu bata yang sama dalam

pembuatan kolam mandi awam dan bangunan-bangunan di bandar. Sistem perparitan

yang berdekatan dengan jalan ditutup lubangnya.

2.4 Aktiviti perdagangan

Aktiviti perdagangan yang dijalankan oleh penduduk di Mohenjo-Daro dan juga

Harappa dapat dikatakan merupakan salah satu ciri perbandaran. Kegiatan perdagangan

yang dijalankan adalah hasil lebihan daripada kegiatan pertanian yang dijalankan.

Barangan utama yang diperdagangkan oleh masyarakat di Mohenjo-Daro dan juga

Harappa ialah kapas. Kereta beroda digunakan untuk memudahkan perjalanan dan

mengangkut barang dagangan (Foto2.5). Kraf kereta beroda yang ditarik oleh haiwan

ini dibuat daripada tanah liat dan dijumpai di Harappa.

Foto 2.5: Kraf ‘Bullock Carts’ yang ditarik oleh lembu/ kuda/unta
(Sumber: http://pakistanpaedia.com/landmarks/moenjodaro/moenjodaro.htm)

9
Bukti arkeologi yang menunjukkan terdapatnya kegiatan perdagangan yang

dijalankan oleh masyarakat Tamadun Lembah Indus ialah penemuan meterai ‘seal’

Indus/Harappa yang dijumpai di Mesopotamia. Melalui jumpaan cap mohor ‘Simbol

Swastika’ buatan Indus di Mesopotamia menjadi bukti hubungan perdagangan di antara

Tamadun Indus dengan Tamadun Mesopotamia. Gudang mengumpul bijirin

menunjukkan bahawa pertanian yang dijalankan oleh masyarakat Tamadun Indus

mempunyai hasil yang banyak dan hal ini mendorong kepada kegiatan perdagangan.

Gudang ini dikenali sebagai ‘Granary’ dan mempunyai 2 baris, 6 bilik, 7m lebar lorong

tengah dan saiz setiap bilik adalah 15.2m × 6.1m serta adanya sistem pengudaraan di

antara setiap dinding (rujuk Foto 2.6)

Foto 2.6: ‘Granary’ Harappa yang dijumpai di Mound F


(Sumber: https://www.harappa.com/slide/granary-harappa)

Lebihan hasil pertanian disimpan dalam ‘Granary’ dan kemudiannya

didagangkan. Sumber pertanian utama bagi masyarakat yang tinggal di bandar Harappa

ialah penanaman kapas. Antara bahan dagangan dari Mesopotamia ialah seperti barli,

buah-buahan, minyak dan juga tekstil. Penduduk Mohenjo-Daro dan Harappa turut

10
menjalankan aktiviti perdagangan dengan Afghanistan dan Selatan India berdasarkan

kepada jumpaan lapis lazuli dan juga cangkerang siput. Rakyat gemar akan bahan

perhiasan dan ini adalah hasil interpretasi berdasarkan kepada penemuan barangan

perhiasan diri yang banyak.

2.5 Sistem saliran dan pembentungan

Pertanian merupakan kegiatan ekonomi yang utama bagi masyarakat Tamadun

Indus dan mereka memerlukan sumber air bagi menjalankan kegiatan pertanian.

Masyarakat di Mohenjo-Daro dan Harappa telah berjaya menyalurkan air yang mengalir

dari Sungai Indus ke kawasan penempatan mereka serta kawasan pertanian. Masyarakat

Tamadun Lembah Indus berjaya mencipta sistem saliran air yang mampu berhubung ke

seluruh bandar. Setiap rumah mempunyai tandas dan juga longkang dan sumber air .

Bandar ini turut mempunyai sistem kumbahan di bawah tanah yang menunjukkan

kemajuan masyarakat Tamadun Lembah Indus.

Sistem perparitan kota ini adalah tertutup dan mengalir di bawah tanah selari

dengan jalan-jalan utama. Sistem saliran dan sanitasi ini dibina di dalam dan juga luar

rumah serta di bawah tanah menggunakan tanah liat serta bata. Sistem saliran bersaiz

lebar dan mempunyai kedalaman sebanyak 5m dibina (Foto 2.7). Hal ini adalah bagi

membolehkan pengaliran air yang lancar dan dapat mengelak daripada tersumbat

tambahan pula bagi manampung kadar air banyak jika berlakunya banjir. Sistem saliran

ini adalah sistem saliran yang utama dan bersambung dengan setiap rumah.

11
Foto 2.7: Sistem saliran utama Mohenjo Daro.
(Sumber: http://www.sewerhistory.org/photosgraphics/harappa-lothal-mohenjo-daro/)

Tamadun Indus merupakan tamadun yang mempunyai sistem perparitan yang

teratur dan maju berbanding dengan tamadun lain. Setiap rumah mempunyai sistem

saliran yang menegak dan juga mendatar. Sistem saliran dari dalam rumah ini

bersambung dengan sistem saliran utama melalui sistem perparitan di bawah tanah.

Masyarakat Tamadun Indus mengambil berat akan kebersihan dan teliti dalam

pembinaan saliran yang sistematik.

Ciptaan yang paling istimewa dalam kota Mohenjo-Daro ialah infrastruktur

‘Great Bath’ iaitu kolam mandi awam yang besar. Pembinaan yang menggunakan

bitumin dan juga bata. Penggunaan bitumin yang kalis air membuktikan bahawa

teknologi canggih sudah digunakan oleh masyarakat Tamadun Lembah Indus. Mereka

sudah maju dalam segi pembinaan iaitu menggunakan bahan yang kalis air bagi

memastikan kolam ini tahan lama dan tidak mudah rosak. Kolam ini digunakan sebagai

12
tempat melakukan ritual pembaptisan ataupun pensucian jiwa dan raga yang merupakan

satu tradisi agama Hindu. Melalui pembinaan kolam ini juga terdapatnya sistem paip

yang digunakan untuk mengisi dan membuang air dalam kolam untuk tujuan

pembersihan (rujuk Foto 2.8)

Foto 2.8: Sistem khas untuk mengisi dan membuang air dalam kolam
(Sumber: https://www.harappa.com/slide/bath-area-mohenjo-daro)

13
3.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, jelaslah bahawa Tamadun Indus merupakan salah satu tamadun dunia

yang mempunyai keunikannya sendiri dari segi perbandaran kotanya. Hal ini dapat dilihat

melalui penemuan dua kota utama Tamadun Indus iaitu kota Mohenjo-Daro dan juga kota

Harappa. Kedua-dua kota ini berkembang dengan pesat bermula dengan wujudnya

penempatan kekal. Perancangan bandar yang sistematik merupakan ciri penting Tamadun

Indus. Susunan kota Mohenjo-Daro dan Harappa tersusun menunjukkan bahawa

masyarakat Tamadun Indus mahir dalam pertukangan dan pembinaan penempatan. Selain

itu, wujudnya pembinaan jalanraya yang lebar serta lurus. Penduduk di Mohenjo-Daro dan

juga Harappa menjalankan kegiatan perdagangan dengan Tamadun Mesopotamia. Sistem

saliran dan pembentungan merupakan ciri lain yang terdapat di kota Mohenjo-Daro dan

juga Harappa. Pembentukan bandar Mohenjo-Daro dan Harappa jelas menunjukkan corak

kehidupan masyarakat Tamadun Indus yang berorganisasi dan kebijaksanaan penduduk

dalam proses perbandaran.

14
Rujukan

Afifah Abu Yazid. (2003). Tamadun Asia. Pahang: PTS Publications.

Corbiau, S. (1937). 185. Prehistoric Remains on Historic Sites of India and the Near

East. Man, 37, 150-152. Dicapai daripada http://www.jstor.org/stable/2789718.

Dales, G. (1984). The Journal of Asian Studies, 44(1), 220-221. doi:10.2307/2056789.

Evans, W. (1966). The Journal of Modern History, 38(1), 120-121. Dicapai daripada

http://www.jstor.org/stable/1877055.

Heine-Geldern, R. (1956). 151. The Coming of the Aryans and the End of the Harappa

Civilization. Man, 56, 136-140. doi:10.2307/2795102.

Johnson, E. (1985). The Journal of Asian Studies, 44(4), 862-864. doi:10.2307/2056494.

Nadiem, Ihsan H. (2002). Built heritage of Pakistan: a compendium of architectural legacy,

important archaeological sites, historic monuments. Lahore: Sang-e-Meel

Publications.

Neelis, J. (2011). Capillary Routes Of The Upper Indus. In Early Buddhist

Transmission and Trade Networks: Mobility and Exchange within and beyond the

Northwestern Borderlands of South Asia (pp. 257-288). Leiden; Boston: Brill.

Dicapai daripada http://www.jstor.org/stable/10.1163/j.ctt1w8h16r.11.

Southworth, Franklin C. (2004). Linguistic archaeology of South Asia. London New York:

Routledge Curzon.

Wheeler, Sir Mortimer. (1968). The Indus civilization. Cambridge University Press.

https://rws.xoba.com/indus_weights/Vats-1940-Weights-Harappa.pdf.

15
Lampiran

Lampiran 1

Foto 1: Lembah Sungai Indus

Sumber: https://pixabay.com/en/himalaya-ladakh-indus-river-739714/

16
Lampiran 2

Foto 2: Great Bath di kota Mohenjo-Daro

Sumber: https://www.flickr.com/photos/travelpakistan/5464456151

17
Lampiran 3

Foto 3: Telaga awam di Mohenjo-Daro

Sumber: http://www.fieldstudyoftheworld.com/4500-year-old-urban-planning-at-
mohenjo-daro/

18
Lampiran 4

Foto 4: ‘Granary’ Mohenjo-Daro

Sumber: https://www.harappa.com/slide/northwest-corner-granary-excavations-mohenjo-
daro-13b-138

19

You might also like