You are on page 1of 2

11/12/23, 10:00 AM Membincangkan empat lokasi pembentukan tamadun awal dunia

5.1 Empat Lokasi Tamadun Awal Dunia

Tamadun awal bermula dan berkembang di kawasan lembah sungai.

Tamadun Mesopotamia

Mesopotamia

Tanah di antara dua sungai.


Sungai Tigris dan Sungai Euphrates.

5 000 SM – 700 SM – perkembangan bermula


3 500 SM – menjadi pusat tamadun awal
Kerajaan utama:
Sumeria (kerajaan pertama pada 3 500 SM)
Babylon
Akkad
Asyria
Chaldea (kerajaan terakhir pada 539 SM)

Perkembangan Kerajaan Sumer:


Membina petempatan
Menjalankan aktiviti pertanian
Membina sistem pengairan
Membina sistem perbandaran
Ciri-ciri utama Kerajaan Sumer:
Bandar maju
Pengkhususan pekerjaan
Institusi yang kompleks
Pengurusan simpan kira
Peningkatan teknologi

Perbandaran
Struktur bandar dibina daripada bata tanah liat
Tempat ibadat berbentuk zigurat
Dinding besar mengelilingi bandar
Petempatan awal bermula dari perkampungan ke bandar, seterusnya kepada beberapa negara-kota
Contoh negara-kota: Negara-Kota Ur
Terdapat pusat perdagangan dan pelabuhan di Negara-Kota Ur

Kawasan Mesopotamia pada masa kini:


Iraq
Syris
Turki
Iran
Kawasan sempadan Turki-Syria
Kawasan sempadan Iran-Iraq

Tamadun Mesir Purba

Terletak di kawasan lembah Sungai Nil


Kepentingan Sungai Nil:
membanjiri kawasan sekitarnya dan membawa lumpur berwarna hitam yang subur untuk pertanian
membekalkan sumber makanan seperti ikan
sumber perhubungan dan pengangkutan

Terdapat tiga tahap pemerintahan kerajaan:

1. Kerajaan Purba
Perkampungan petani pada 5 000 SM
Terbentuk 2 kerajaan, kerajaan utara di hilir Sungai Nil dan kerajaan selatan di hulu Sungai Nil.

www.pandai.org
Raja Mennes menyatukan kedua-dua kerajaan pada 3 100 SM.
Raja Mennes menjadikan bandar Memphis ibu kota kerajaan.
Perkembangan kerajaan mencapai kemuncak pada 2 650 SM.
2. Kerajaan Pertengahan
Bermula tahun 2 100 – 1 650 SM.
Perkembangan bidang kesusasteraan dan ukiran.
Thebes ibu kota kerajaan.
https://app.pandai.org/note/read/kssm-sj-07-05-01/kssm-f1-sj-04-01-04/empat-lokasi-tamadun-awal-dunia 2/3
11/12/23, 10:00 AM j Membincangkan empat lokasi pembentukan tamadun awal dunia

Kegiatan perdagangan berlangsung menggunakan jalan sungai.


Raja Mesir menghantar tentera untuk melindungi pedagang daripada serangan penjahat di jalan perdagangan Mesir.
Pembinaan kubu di sepanjang Sungai Nil oleh penduduk.
Penduduk mengambil alih kuasa kota Nubia.
3. Kerajaan Baru
Golongan bangsawan memerintah Mesir.
Pemerintah digelar Firaun.
Firaun membentuk pasukan tentera untuk mematahkan serangan orang luar.
Raja yang terkenal ialah Ramses.
Ramses membina banyak monumen terkenal berupa berhala.
Zaman kejatuhan bermula semasa pemerintahan Ramses II pada 1 279 – 1 213 SM.

Tamadun Indus

Terletak di Lembah Sungai Indus, iaitu di bahagian barat laut dan utara India.
Dikelilingi oleh Banjaran Makran, pergunungan Baluchistan, Punjab dan Rajasthan di bahagian timur, serta Kathiawar dan Gujerat di bahagian tenggara.
Tamadun bermula pada 2 500 SM
Melalui 2 musim yang ekstrem menyebabkan tanaman musnah:
1. Musim hujan membawa banjir
2. Musim kering membawa kemarau
Kegiatan utama termasuk:
Pertanian
Gandum
Barli
Kapas
Pembuatan barangan daripada kapas dan besi
Perdagangan
Perkembangan bandar terancang di Lembah Indus
Bandar terancang yang dibina:
Mohenjo-Daro
Harappa
Mencipta sistem paip dan pembentungan

Kejatuhan Tamadun Indus


Peristiwa gempa bumi dan banjir
Serangan orang Aryan

Tamadun Huang He

Huang He

Sungai Kuning yang menyimpan banyak lumpur kekuningan yang subur.

Terletak di antara Sungai Huang He (atau Sungai Kuning) yang terletak di kawasan utara negara China dan Sungai Yangtze di bahagian tengah China mengalir
ke timur hingga ke Laut Kuning.
Kegiatan awal:
Pertanian
Penternakan binatang
Mengumpul hasil hutan
Berburu
Terdapat 3 kerajaan awal:
Xia (2 205 – 1 766 SM)
Shang (1 766 – 1 050 SM)
Zhou (1 050 – 256 SM)
Perkembangan:
Lahir bandar seperti Anyang (pusat kerajaan Dinasti Shang)
Aktiviti utama tamadun:
Pertanian
Pembuatan tembikar
Pembinaan kapal
Penghasilan varnis, sutera, sulaman dan ukiran
Penghasilan ciptaan peralatan pertanian kayu dan logam

© 2023 Pandai.org Hakcipta Terpelihara

https://app.pandai.org/note/read/kssm-sj-07-05-01/kssm-f1-sj-04-01-04/empat-lokasi-tamadun-awal-dunia 3/3

You might also like