You are on page 1of 6

CIRI-CIRI TAMADUN AWAL DUNIA

1) PERTANIAN & PERDAGANGAN


 Kehidupan masyarakat tamadun awal mulai berkembang apabila terdapat kegiatan pertanian
 Penciptaan pelbagai peralatan, pembinaan saliran, penciptaan kincir angin dan pembinaan teres
di tanah tinggi telah menggalakkan kegiatan pertanian dalam kalangan masyrakat
 Perkembangan ini seterusnya telah mewujudkan kegiatan perdagangan
 Pertama, perdagangan tempatan dan kedua perdagangan jarak jauh

2) SISTEM PEMERINTAHAN
 Kerajaan telah dibentuk untuk menguruskan pemerintahan kota yang berkembang pesat
kesan daripada pembentukan bandar
 Pada peringkat awal, pemerintah negara-kota diketuai oleh pendeta tetapi kemudiannya raja
mengambil alih peranan sebagai pemerintah
 Raja telah dibantu oleh pegawai daripada golongan bangsawan dan pendeta memerintah
negara-kota. Selain itu, bagi melincinkan urusan pentadbiran negara, undang-undang telah
dibentuk.
3) PEMBENTUKAN BANDAR

 Perkembangan dalam bidang pertanian menyebabkan manusiamula membina petempatan


kekal
 Kewujudan petempatan kekal di sesebuah kawasan bermula dengan kampung. Apabila
berlaku pertambahan penduduk, kawasan kampung berkembang dandisatukan
membentuk bandar
 Bandar mempunyai jumlah penduduk yang lebih ramai dan mempuyai pelbagai latar
belakang
 Pada peringkat awal, bandar menjadi pusat kegiatan politik, ekonomi dan kebudayaan
bagi kawasan sekitarnya
 Kemudian, bandar berkembang menjadi institusi sosial dan ekonomi yang tersusun, yang
menjadi asas kepada kelahiran tamadun awal dunia
5) TEKNOLOGI
 Kemahiran dalam bidang teknologi oleh masyarakat tamadun awal telah menghasilkan
penciptaan barangan dan monumen serta hasil pertukangan
 Sebagai contoh, Tamadun Mesir Purba terkenal dengan pembinaan pyramid dan sfinks,
manakala Tamadun Indus pula terkenal dengan pembinaan negara-kota Mohenjo-Daro
 Penggunaan teknologi dalam pembuatan logam tembaga, gangsa dan besi pula
menghasilkan peralatan seperti bajak untuk pertanian
 Selain itu, penciptaan roda telah membantu penggunaan kereta kuda dan kereta
lembu untuk tujuan mengangkut hasil pertanian dan perhubungan penduduk

6) ORGANISASI SOSIAL

 Dalam masyarakat Mesir Purba, kemunculan institusi dan golongan pekerja telah
mewujudkan kelas sosial.
 Kelas sosial berasaskan jenis pekerjaan, kekayaan dan pengaruh
7) AGAMA DAN KEPERCAYAAN
 Masyarakat tamadun awal mempercayai banyak tuhan. Antara tuhan yang disembah
termasuklah tuhan bulan, matahari, ibu dan sungai
 Terdapat institusi agama yang mengurus upacara keagamaan, seperti korban binatang atau
mempersembahkan makanan kepada kuasa roh
 Tempat ibadat yang besar dibina sebagai tanda menghormati tuhan
 Di Mesir misalnya, penduduk mempercayai kehidupan selepas kematian

8) TULISAN & PENYIMPANAN REKOD


 Sistem tulisan mula lahir kira-kira 5,000 tahun lalu.
 Penciptaan tulisan penting bagi membezakan kehidupan Zaman Prasejarah dan sejarah.
 Kemudian, manusia mencipta sistem tulisan yang lebih baik menggunakan abstrak simbol
bagi mewakili pelbagai bentuk idea.
 Kelahiran tulisan membolehkan manusia menyimpan rekod dan pekara penting tentang
masyarakat dan diri mereka.
 Tulisan pertama menggunakan sistem piktograf atau simbol gambar.
9) KESENIAN & KESUSASTERAAN

 Masyarakat pada zaman tamadun awal melahirkan hasil sastera dan seni bina yang
mengagumkan
 Gaya dan teknik yang digunakan oleh artis menggambarkan setiap budaya tamadun
masing-masing
 Artis menghasilkan ciptaan berupa patung dan lukisan tuhan dan dewa, pahlawan
dan pemerintah. Apabila penggunaan tembaga meluas, patung-patung dicipta
menggunakan tembaga

You might also like