You are on page 1of 12

TAMADUN MESOPOTAMIA

Tamadun terawal di dunia lahir di wilayah yang dikenali sebagai


Mesopotamia. Perkataan Mesopotamia berasal daripada bahasa Yunani
yang bermakna tanah di antara dua sungai. Wilayah Mesopotamia ini
terletak di antara Sungai Tigris dan Sungai Euphrates yang mengalir dari
kawasan pergunungan di Turki ke tanah lembah dan pamah di Iraq
hinggalah ke Teluk Parsi. Kawasan ini dikelilingi oleh Pergunungan Zagros
di bahagian timur laut, dataran tinggi Arab di barat daya, dan Teluk Parsi
di bahagian selatan.
KERANGKA MASA TAMADUN MESOPOTAMIA
Tamadun ini telah berkembang daripada petempatan awal Zaman Neolitik
antara tahun 7000-5000 S.M.. Pada sekitar tahun 3500 S.M., wilayah
Mesopotamia ini telah berkembang menjadi pusat tamadun awal.
Terdapat banyak kerajaan yang muncul, berkembang dan akhirnya jatuh di
lembah Mesopotamia. Kerajaan terawal ialah Kerajaan Sumeria yang
bermula pada tahun 3500 S.M. dan kerajaan yang terakhir ialah Chaldea
yang jatuh pada tahun 539 S.M.. Tamadun Mesopotamia dapat
dibahagikan kepada tujuh zaman pemerintahan yang penting seperti yang
tertera di bawah.
~Kerajaan Sumeria

3500-2340 S.M.

~Kerajaan Akkad

2371-2006 S.M.

~Kerajaan Ur

2113-2006 S.M.

~Kerajaan Babylon Awal / Lama

2000-1530 S.M.

~Kerajaan Kassites

1530-1100 S.M.

~Kerajaan Assyria

1100-626 S.M.

~Kerajaan Chaldea

626-539 S.M.

Selepas kejatuhan kerajaan Chaldea, Parsi menguasai wilayah


Mesopotamia hingga membawa kepada keruntuhan kerajaan yang
diasaskan oleh orang Mesopotamia. Antara kerajaan tersebut Sumeria,
Akkad, Ur, Babylon Lama dan Assyria merupakan penyumbang penting
kepada tamadun Mesopotamia.
PROSES PEMBENTUKAN TAMADUN MESOPOTAMIA
Pembentukan tamadun Mesopotamia dapat dibahagikan kepada dua
bahagian, iaitu bahagian utaraa dan bahagian selatan bandar Baghdad.
Bahagian utara bandar Baghdad meliputi kawasan pertengahan Sungai

Tigris hingga ke utara termasuk kawasan Sungai Zab yang dikenali


sebagai Assyria. Bahagian Selatan bandar Baghdad pula meliputi
kawasan Sungai Tigris dan Sungai Euphrates yang hampir bercantum.
Kawasan ini dikenali sebagai Babylon. Babylon pula dibahagikan kepada
dua kawasan, iaitu Akkad di Utara dan Sumeria di Selatan.
Pertumbuham tamadun di Mesopotamia bermula di wilayah selatan, iaitu
Sumer. Orang Sumeria bukanlah peneroka awal kerana sebelumnya
kebudayaan Neolitik telah lama wujud dan berkembang di wilayah ini.
Orang Sumeria telah berhijrah ke wilayah ini dan membina petempatan
serta menjalankan aktiviti pertanian melalui kerja menebus guna tanah
dengan membina sistem pengairan yang membolehkan mereka mengawal
pengaliran air sungai. Aktiviti ini telah membawa kepada lebihan
penghasilan makanan yang mampu menampung keperluan penduduk yang
semakin bertambah.
Petempatan awal yang berbentuk perkampung ini kemudiannya
berkembang secara evolusi kepada bandar dan seterusnya kepada
beberapa buah negara kota seperti Kish, Nippur, Lagash, Uruk, Ur, Eridu,
Assur dan Mari. Kesemua negara kota ini terletak di sepanjang sungai dan
terusan.

SUMBANGAN TAMADUN MESOPOTAMIA


Antara sumbangan besar tamadun Mesopotamia kepada manusia sejagat
termasuklah Kod Undang-undang Hammurabi. Kod Undang-undang ini
digubal semasa Raja Hammurabi memerintah kerajaan Babylon. Undang undang ini berteraskan hak rakyat terhadap keadilan. Mengikut kod ini,
hukuman dan denda mestilah setimpal dengan kesalahan tetapi berbeza
mengikut susun lapis masyarakat. Kod ini mengandungi kira-kira 282
undang-undang yang dipahat pada tembok serta tiang besar, oleh itu
rakyat dapat membaca undang-undang tersebut. Kod un dang-undang
Hammurabi telah menjadi dasar perundangan dalam tamadun
Mesopotamia.
Undang-undang ini telah berjaya mengelakkan wujudnya permasalahan di
kalangan masyarakat pelbagai kaum dan juga di kalangan susun lapis
masyarakat itu sendiri. Undang-undang ini telah dapat mewujudkan
perpaduan dan mengukuhkan sistem organisasi dalam kehidupan
masyarakat tersebut. Seterusnya, kod ini juga telah membantu
peradaban Mesopotamia bertahan untuk jangka masa yang panjang, iaitu
dari tahun 3500 S. M. hingga tahun 539 S.M..

Kewujudan sistem tulisan telah membawa kepada sistem pendidikan yang


bertujuan untuk melahirkan jurutulis. Kehadiran jurutulis ini
membolehkan urusan pentadbiran dan perniagaan dicatat supaya dapat
direkodkan. Dalam perdagangan, kesemua urusan jual belinya desertakan
dengan resit, nota dan surat kredit.Di samping itu, sistem tulisan ini juga
telah melahirkan tradisi kesusasteraan. Antara hasil kesusasteraannya
yang terkenal termasuklah epik Gilgamesh yang merupakan hasil
kesusasteraan yang tertua di dunia. Epik ini mengandungi falsafah dan
cara hidup orang Mesopotamia.
Tamadun Mesopotamia juga menyumbang kepada perkembangan ilmu
astronomi. Pencerapan terhadap pergerakan bulan bintang dan matahari
telah membawa kepada perkembangan ilmu matematik spt sistem
menyira perpuluhan, menambah, menolak, mendarab, membahagi dan
punca ganda dua yang kemudiannya membawa kepada perkembangan
ilmu geometri. Penguasaan dalam bidang astronomi juga telah
membolehkan mereka menggunakan jalan laut dan mencipta kalendar
yang berasaskan sistem solar yang mengandungi 12 bulan dalam satu
tahun.
Perkembangan ilmu perubatan mendapat perhatian khursus semasa
pemerintahan kerajaan Assyria kerana kerajaan ini begitu mementingkan
kesihatan anggota tenteranya. Sebanyak 500 jenis ubat-ubatan termasuk
herba dan ramuan perubatan telah dikatalogkan dan disampelkan
penggunaannya. Cara mengubat penyakit dengan menggunakan ubatubatan juga telah dicatatkan sbg panduan kepada pengamal perubatan.
Salah satu kejayaan tamadun Mesopotamia adalah dalam penciptaan roda.
Roda digunakan dalam menghasilkan kereta kuda sama ada untuk tujuan
peperangan atau kegunaan pada masa aman. Penciptaan roda
membolehkan orang Mesopotamia mencipta kincir air untuk mengalirkan
air ke kawasan tandus dan meningkatan hasil pertanian di samping
mengawal banjir.
Tamadun Mesopotamia juga telah menyumbangkan ciptaan alat
pengangkutan yang terawal kpd dunia. Orang Sumeria telah
menggunakan kapal layar serta pengangkutan beroda sejak tahun 3000
S.M.. Oleh itu, mereka mampu menguasai jalan darat serta jalan laut
sehingga mereka dapat berhubung dengan wilayah di India serta wilayah
di kawasan laut Mediterranean.
Tamadun Mesopotamia memperkenalkan kepada dunia cara membuat batu
bata drpd tanah liat. Dalam seni bina, mereka telah mencipta arca dan
tiang batu. Contoh arca tersebut ialah patung raja Gudea. Arca dan tiang
batu dapat dilihat dalam seni bina Zigurat.

Kepimpinan berwibawa raja sangung telah berjaya mewujudkan kerajaan


Akkad, iaitu empayar pertama di dunia. Ini adalah kerana raja Sangung
berjaya menakluk dan menyatukan wilayah-wilayah kerajaan Sumeria di
Selatan Mesopotamia. Beliau merupakan pelintis kpd pembentukan
sebuah empayar yang kemudiaannya menjadi ikutan pemerintah
seterusnya spt Firaun Tutmose III pada zaman Mesir Purba. Mesopotamia
bukan saja menyumbang kpd pembentukan sebuah sistem pemerintahan
tetapi juga pembentukan sebuah masyarakat yang lebih berestetika.
Walaupun di Mesopotamia wujud sistem bandar, undang-undang,
tatacara jual beli dan sebagainya, namun ini tidak bererti kemajuan dan
ilmu itu hanya dikuasai oleh mereka. Sebaliknya, kemajuan tamadun ini
boleh dicapai dan dikembangkan oleh mana-mana bangsa di mana-mana
daerah sekiranya wujud usaha yang gigih serta kayakinan diri yang
tinggi.
Keagungan sesuatu tamadun itu tidak dapat dinikmati oleh generasi
sekarang sekiranya tiada pemimpin atau tokoh pada masa itu yang
menyedari tentang kepentingan memelihara warisan serta khazanah
bangsanya. Pengetahuan generasi sekarang tentang tamadun ini adalah
hasil usaha pemimpin masa lampaunya spt Ashurbanipal (668-627S.M.)
yang telah menubuhkan sebuah perpustakaan diraja di bandar Ninevah.
Tamadun Mesir Purba
Proses Pembentukan Tamadun Mesir Purba

Sejak tahun 5000 S.M. orang yang menetap di lembah Sg Nil telah mencapai
tahap kebudayaan gangsa pada Zaman Logam.

Mereka menggunakan alat gangsa untuk membina system perparitan dan


pengairan untuk pertanian

Mereka membina peralatan kawalan air dan terusan untuk meningkatkan


kesuburan tanah

Kesemua nome disatukan dan salah sebuah bandarnya menjadi pusat


pentadbiran. Misalnya bandar Memphis, Thines dan Thebes,
Ciri- ciri Tamadun Mesir Purba
Petempatan kekal

Firaun Menes Berjaya menyatukan semua nome di bawah satu kerajaan

Beliau memilih Bandar Thinis sebagai pusat pentadbiran

Kemudian, pusat pentadbiran berpindah ke bandar Memphis


Bandar menjadi tempat kediaman diraun, pusat pentadbiran, pusat
perdagangan, pusat keagamaan dan pusat tumpuan penduduk
Organisasi sosial

Dalam masyarakat mesir, firaun atau raja mesir menduduki tempat tertinggi

Firaun berkuasa mutlak dan dianggap suci

Firaun di anggap sebagai jelmaan Tuhan Horus pada zaman kerajaan lama,
tetapi pada zaman pemerintahan dinasti ketiga dan keempat, firaun dianggap
sebagai Raja Matahari kerana masyarakat Mesir percaya firaun ialah anak Tuhan
Matahari, Amon- Re

Jawatan firaun di sandang secara warisan

Tanggungjawab firaun ialah ketua pentadbit, ketua pendeta, ketua hakim,


ketua pahlawan dan pemilik tanah

Di bawah raja, terdapat satu golongan yang terdiri daripada bangsawan, rahib
tuan tanah dan jurutulis

Golongan seterusnua ialah rakyat yang bebas yang terdiri daripada petani,
pedagang dan artisan.

ini.

Golongdan hamba menduduki tempat yang paling rendah dalam masyarakat


Sistem pemerintahan

Raja Mesir atau firaun mengeruai system pemerintahan

Golongan bangsawan membantu firaun menjalankan pentadbiran, menjaga


keamaan, mengurus dan mengagihkan pengeluaran makanan di dalam Negara

Golongan bangsawan dilantil sebagai pegawai, penasihat dan gabenor yang


mentadbir wilayah yang ditakluki

Golongan rahib ditugaskan untuk mentadbir hal-hal keagaam

Para turutulis yang terdiri daripada orang awam dilantik untik mencatat segala
urusan kerajaan

Wanita juga boleh mengiktiraf sebagai pemimpin. Hal ini terbukti dengan
pelantikan seorang firaun wanita, iaitu Firaun Hatshepsut pada zaman emprayar

Antara pembaharuan yang dijalankan oleh Firaun Hatshepsut ialah membina


terusan untuk pertanian dan menukarkan padang pasit kepada tanah pertanian
yang subur


Pencapaian Firaun Hatshepsut dapat membuktikan wanita mampu memerintah
dan memiliki taraf yang tinggi.
Pengkhususan pekerjaan

Masyarakat Mesir menjalankan pengkhususan pekerjaan seperti menenun


kain, membuat barang tembikar, membuat pelbagai jenis peralatan, melombang
emas, berdagang dan nertani

Tekstil dan kertas menjadi ekspork Mesir Purba

Sg Nil menjadi sistem pengangkutan air yang terpenting

Sistem tulisan

Sistem tulisan Tamadun Mesir Purba dipanggil hieroglif

Hieroglif berasaskan kombinasi gambar dan simbol yang berdasarkan bunyi

Kepentingan system tulisan dalam tamadun ini adalah until mencatat rekod
pertanian, merekod pengutipan cukai, merekod urusan keagaamn dan merekod
amalan ritual kepercayaan.
Agama dan kepercayaan

Masyarakat mengamalkan politesme, iaitu percaya kebada bangyak tuhan

Setiap tuhan yang disembah dikaitan dengan unsure alam seperti Re( Tuhan
Matahari), Ra-Atum (Tuhan Langit) dan Amun ( Tuhan Anging)

Mereka percaya kepada kehidupan selepas mati

Sumbangan Tamadun Mesir Purba


Seni bina

Pembinaan piramid dapat melambangkan ketamadunan masyarakat Mesir


Purba

Pembinaan piramid adalah hasil ilham Umhotep, seorang penasihat kepada


fairaun adajoser

Beliau merupakan seorang saintis, ahli fizik, arkitek, pengamal ilmu perubatan
dan pengarang buku sains dan sastera
Ciptaan kertas

Masyarakat telah berjaya mencipta kertas yang diperbuat daripada pokok


papyrus


Penciptaan kertas memudahkan kerja-kerja penulisan untuk menyimpan segala
khazanah bangsa
Sistem tulisan

Sistem pendidikan diwujudkan untuk kanak- kanak daripada keluarga atasan

Pendidikan disampaikan kepada mereka sejak mereka masih kecil

Rumah ibadat yang mengurusakan institusi pendidikan diletakkan di bawah


pentadbiran kerajaan

Tujuan utama pendidikan adalah untuk melahirkan pegawai kerajaan


khususnya jurutulis yang terlatih dan sempurna.

Mereka diajar ilmu geometri, matematik dan sains agar mereka mahir dan
boleh menguruskan hal-ehwal pertanian, pengawalan air Sg Nil dan pembinaan
bangunan serta piramid
Ilmu Perubatan

Ilmu perubatan berkembang maju dalam Tamadun amaesir Purba dan Berjaya
melahirkan ramai pengamal perubatan

Kemajuan ilmu perubatan telah membawa kepada penciptaan teknik


memumiakan mayat

Matematik dan astronomi

Perkembangan dalam bidang matematik dan astronomi membolehkan orang


Mesir Purba mengawal banjir Sg Nil yang berlaku sekali dalam masa setahun

Sistem pengairan dibina oleh pemerintah Mesir Purba dan berjaya menukarkan
kawasan padang pasit menjadi kawasan pertanian

Perkembangan bidang astronomi dan matematik membolehkan orang Mesir


Purba mencipta calendar yang mempunyai 365 hari dalam satu tahun dan mereka
membahagikan satu tahun kepada 12 bulan.
Tamadun Indus

Tamadun Indus ialah Tamadun yang terawal di India.

Terletak di Lembah Indus yang disaliri oleh Sungai Indus

Juga dikenali sebagai tamadun Harappa bersempena dengan nama bandar


utama dalam tamadun ini.

Tamadun Indus terletak di bahagian barat laut India.


Kerangka Masa
-Muncul pada sekitar tahun2500S.M, dan mula merosot pada tahun 1800 S.M.
-Faktor kehancuran tamadun ini masih belum jelas sehingga ini. Antara faktor yang
dikemukakan ialah tamadun Indus diserang orang Aryan serta bancana alam seperti
banjir, kemarau, dan gempa bumi.
Proses Pembentukan
-Penduduk yang hidup secara nomad wujud di bahagian barat laut India, iaitu hidup
berpindah randah dan menyara diri dengan memburu dan mengumpul makanan.
Mereka kemudian telah membentuk petempatan kekal di sepanjang Sungai Indus
yang mempunyai tanah subur dan menyediakan sumber air.
-Kepandaian penduduk menyesuaikan diri dengan alam sekitar telah meningkatkan
penghasilan pertanian yang membawa kepada pertambahan penduduk. Faktorfaktor ini telah menyumbang kepda perkembangan bandar.
-Dua bandarutama yang terbentuk di Lembah Indus ialah Mohenjo-Daro dan
Harappa.
Lothal dan Sutkagen Dor pula merupakan bandar pelabuhan yang penting.
Ciri-ciri Tamadun Indus
1. Petempatan Kekal
a. Pembetukan bandar terancang wujud. Bandarnya terbahagi kepda 2 bahagiandan
dikelilingi oleh tembok.
b. Bahagianutama merupakan pusat pentadbiran dan keagamaan yang
menempatkan banguan pentadbiran, tempat mandi awam yang digunakan untuk
upacara ritual dan pembersihan, dan tempat penyimpanan hasil pertanian.
c. Bahagian kedua ialah kawasan perumahan.
d. Bandar dirancang dengan rapi terutama dari sudut susun atur yang sistematik.
Perancangan bandarnya dibantu oleh kemajuan ilmu geometri dan pembinaan,
serta sumbangan Mesopotamia dan Mesir Purba.

e. Bandar-bandar disusun berasaskan blok-blok berbentuk segi empat dengan


setiap blok dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya yang lurus dan bersambung
antara satu sama lain, setiap bandar juga mempunyai sistem kumbahan yang
terancang.
f. Jalan perhubungan bandar-bandar ialah jalan raya dan sungai.
2. Organisasi Sosial
a. Maklumat dan sumber temtang organisasi sosial tamadun ini adalah tidak jelas.
b. Jumpaan arkeologi membayangkan masyarakat di Lembah Indus terbahagian
kepada 2 golongan, iaitu golongan atasan dan bawahan.
c. Pendeta mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar dalam mengawal aktiviti
masyarakat terutama yang melibatkan kegiatan keagamaan. Golongan bawahan
memberikan ketaatan kepada golongan pendeta atas dasar keagamaan ini. Oleh
sebab tiada bukti tentang kewujudan raja, maka sejarawan berpendapat bahawa
tampuk pemerintahan dipegang oleh pendeta.
d. Petani menjalankan aktiviti pertanian dan menyalurkan sebahagian daripada
hasil tersebut kepada pihak berkuasa.
e. Golongan buruh menjalankan kerja perburuhan seperti menjaga kebersihan
bandar, membina tembok di benteng, dan membina terusan.
3. Pengkhususan Pekerjaan
a. Masyarakat ini menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti perdagangan,
pertukangan, dan pembuatan.
b. Aktiviti perdagangan secara khusus menbabitkan perdagangan luar termasuklah
dengan Mesopotamia. Hubungan dagang antara kedua-dua tamadun dapat
dibuktikan melalui penemuan cap mohor buatan masyarakat Lembah Indus di
Mesopotamia.
c. Penanaman seperti menanam makanan (barli, kacang dan sebagainya)
dijalankan.
d. Artisan-pembinaan dan penghasilan barangan logam dan barangan tembikar.
4. Agama
a. Bukti kewujudan amalan agama penemuan patung dan ukiran yang mempunyai
unsur keagamaan.
b. Patung proto-Siva : menunjukkan seorang duduk bersila dengan stail yoga dan
terdapat tiga tandik di kepalanya yang melambangkan Dewa Brahma, Vishnu, dan

Siva. Kewujudan objek ini menjadi sangat penting terutama dari sudut perkaitannya
dengan agama Hindu Kemudiannya.
c. Masyarakat Indus juga mempercayai Tuhan Ibu. Ia dipercayai telah diwarisi
daripada kebudayaan yang lebih awal kerana kepercayaan terhadap Tuhan Ibu turut
berlaku dalam Masyarakat yang mendiami Mesopotamia, Asia Kecil, Syria dan
Palestin.
5. Sistem Tulisan
a. Tulisan berbentuk piktograf. Namun, sehingga hari ini, tulisan tamadun Indus
masih lagi menjadi misteri dan masih belum dapat ditafsirkan.
Sumbangan Tamadun Indus
1. Antara sumbangan utama tamadun ini termasuklah dalam bentuk keupayaan
serta kebolehan masyarakat Lembah Indus mengeksploitasi kelebihan yang mereka
miliki untuk memudahkan kehidupan mereka hingga akhirnya menjadi asas kepada
perkembangan tamadun.
2. Bandar terancang seperti Mohenjo-Daro dan Harappa
- Gabungan kepakaran tentang ilinu geometri, kesenian, matematik sangat
diperlukan.
- Pemahaman geometri hasil daripada pertembungan tamadun Indus dengan
tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba telah membolehkan perancangan bandar
disusun bentuk segi empat yang diikuti oleh jalan raya yang lurus.
- Mutu bahan binaan turut ditingkatkan. Masyarakat Indus tidak hanya bergantung
pada panas matahari untuk membuat batu bata daripada tanah liat, tetapi juga
melalui pembakaran dengan suhu yang tinggi.
3. Sifat keterbukaan tamadun Indus dengan berhubung dengan lain telah
membolehkan kedua-dua belah pihak memperoleh manfaat dalam bentuk
pertukaran teknologi dan sebagainya.
4. Tamadun Indus telah menujukkan kedamaian dan keamanan ialah tunjung
kepada kekuatan sesebuah bangsa unruk mencapai kemajuan dan kecemerlangan.

Tamadun Hwang Ho
Lokasi

Sungai merupakan nadi utama bagi pembentukan tamadun Hwang Ho.


Tamadun ini muncul daripada kesuburan tanah yang terdapat di Hwang Ho
atau Sungai Kuning.

Hwang Ho merupakan sungai kedua terpanjang di China (5464 km) dan


terletak di bahagian utara negara China .

Hwang Ho mengalir dari kawasan tanah tinggi di sebelah barat ke Teluk Bo Hai
di sebelah timur.
Ciri-ciri fizikal lokasi : bergunang-ganang dan berpadang pasir .
Kerangka Masa

Kemunculan tamadun dikesan daripada jumpaaan tengkorak homo sapien ,


juga dikenali sebagai
(Jumpaan ini membuktikan adanya kehidupan Zaman Paleolitik)

Zaman Neolitik muncul pada sekitar tahun 5000 S.M.(Era ini munculnya
akitiviti pertanian dan penternakan.)

Dinasti Hsia merupakan dinasti beraja pertama di China yang bermula pada
sekitar tauhn 2205-1766 S.M..
-Pada penghujung pemerintahan Dinasti Shang ,kebangkitan hamba telah
dimunculkan kerana kezaliman pemerintahan Raja Shang.
-Ini telah mendorong suku Chou yang mendiami Lembah Sungai Wei megambil
kesempatan untuk mengyingkirkan dan menggantikan pemerintahan Shang dengan
pemerintana Dinasi Chou.
Proses Pembentukan Tamadun Hwang Ho

Kesuburan kawasan sekitar Hwang Ho telah menarik penduduk nomad untuk


tinggal menetap , membina petempatan awal.

Mereka menjalankan aktiviti pertanian ,penternakan binatang ,mengunpul hasil


hutan dan memburu.

Perkembangan petempatan awal ini


di Lembah Hwang Ho.

melahirkan beberapa buah Bandar

Anyang merupakan pusat kerajaan Dinasti Shang .

Pembentukan Dinasti Shang telah membawa kemajuan dalam usaha perluasan


wilayah dan penyebaran buadaya ke kawasan sekitar Lembah Hwang Ho.
Ciri-ciri

Negara Kota -Anyang

terletak di kawah tanah tinggi di Sungai Huan

terdapat istana , kuil dan pusat pentadbiran di Bandar.

Ketua pemerintahan(raja, golongan pembesar dan golongan agama) tinggal di


kawasan bandar.

Bandar Anyang dilengkapi dengan tembok untuk menghalang pencerobohan


musuh dan dikelilingi oleh perkampungan yang didiami oleh masyarakat petani.

You might also like