You are on page 1of 16

UNIVERSITI MALAYA

JABATAN SEJARAH

FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL


UNIVERSITI MALAYA
SEMESTER 1
SESI 2019/2020

SEJARAH TAMADUN ASIA AWAL


(AIL 1003)

Soalan 1(B): HURAIKAN SUMBANGAN KERAJAAN BABYLON


TERHADAP PERKEMBANGAN TAMADUN MESOPOTAMIA
KETIKA PEMERINTAHAN HAMMURABI (1792-1750 SM) DAN
NEBUCHADNEZZAR II (604-562 SM).

NAMA:NURUL HAFIZATUL NAJIHAH BINTI YUSOH

NO.MATRIK: AIL190047 ATAU 17203690/1

MASA TUTORIAL: 2.00 P.M - 3.00 P.M

NAMA PENSYARAH: DR.AZHARUDIN MOHAMED DALI


PENGENALAN

Secara umumnya, pengertian tamadun membawa makna yang cukup kompleks dan

variasi oleh kebanyakan para sarjana terkemuka dunia. Tamadun merujuk kepada pencapaian

dan pembangunan dalam setiap pemikiran, perlakuan, kemajuan dan pembuatan seperti

kesenian, kesusasteraan, sains dan teknologi, ekonomi ke arah membentuk sebuah masyarakat

atau negara bangsa. Dalam konteks yang lebih spesifik, perkataan tamadun itu berasal daripada

bahasa Arab yang telah diterima pakai dalam bahasa Melayu iaitu perkataan madana yang

merujuk kepada perbuatan membuka bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budi

pekerti.1 Masyarakat bertamadun mempunyai ciri-ciri seperti kewujudan revolusi pertanian,

penempatan kekal, sistem pentadbiran, perbandaran, organisasi sosial masyarakat, agama,

kemajuan teknologi, dan sistem tulisan.2

Setelah merujuk kepada konsep tamadun, kita mampu melihat sejauhmana

perkembangan yang dicapai oleh sesebuah tamadun itu. Dalam hal ini, tamadun Mesopotamia

dilihat antara tamadun yang wajar untuk dikaji oleh sejarawan memandangkan tamadun

Mesopotamia merupakan tamadun yang terawal di dunia. Perkataan Mesopotamia berasal

daripada perkataan Greek yang bermaksud ’tanah di antara dua sungai’. Oleh itu, hal ini

merujuk kepada kawasan kelahiran Tamadun Mesopotamia dimana terletak antara dua sungai

iaitu Sungai Tigris dan Euphrates. Terdapat juga kajian yang mengatakan kawasan tersebut

sebagai “ daerah subur bulan sabit ” di timur.3

Tamadun Mesopotamia berkembang sekitar tahun 3500 S.M yang diasaskan oleh

orang-orang Sumeria yang mendiami bahagian selatan Lembah Sungai Tigris-Euphratus iaitu
1
Osman Bakar, Azizan Baharuddin, Zaid Ahmad, Tamadun Islam Dan Tamadun Asia, Kuala Lumpur :
University Malaya, 2009, hlm 6.
2
Edward L. Farmer, Comparative History Of Civilization In Asia, Addison-Wesly Publication Company Inc.,
London, 1977, hlm 57
3
J.N. Postgate, Early Mesopotamia : Society and Economy at The Dawn of History, New York : Routledge, 1992,
hlm 3.
dari Nippur hingga ke Teluk Parsi. Tamadum Mesopotamia bertahan selama 3000 tahun dan

sering menghadapi pergolakan politik namun masih mengekalkan keunggulannya sehingga awal

abad masihi yang pertama.4 Babylon adalah negara-kota bagi tamadun Mesopotamia , dan

tinggalannya kini ditemui di Al Hillah, Wilayah Babil, Iraq, lebih kurang 85 kilometer selatan

Baghdad. Mesopotamia dianggap secara meluas sebagai tempat bermulanya tamadun “cradle of

civilization” oleh dunia Barat. Dinasti babylon pertama telah wujud sekitar tahun 1800-1600SM

iaitu semasa tahap pemerintahan kelapan.5 Oleh itu, perbincangan ini akan memfokuskan

terhadap sumbangan kerajaan Babylon terhadap perkembangan Tamadun Mesopotamia ketika

pemerintahan Hammurabi (1792-1750 SM) iaitu merupakan raja keenam dalam kerajaan

Babylon dan Nebuchadnezzar II (604-562 SM) iaitu cucu kepada Hamurabbi. Sumbangan

tamadun ini boleh dilihat dari pelbagai aspek yang akan mewarnai fokus perbincangan kajian

ilmiah ini.

SUMBANGAN KERAJAAN BABYLON TERHADAP PERKEMBANGAN TAMADUN

MESOPOTAMIA KETIKA PEMERINTAHAN HAMMURABI (1792-1750 SM) DAN

NEBUCHADNEZZAR II (604-562 SM).

KETIKA PEMERINTAHAN HAMMURABI (1792-1750 SM)

PERUNDANGAN

Kecekapan bidang politik menjadi semakin utuh dengan adanya pemerintahan yang dipegang

oleh Raja Hammurabbi. Raja ini sangat terkenal kerana kebijaksanaan serta kecekapan dalam

menjalankan pemerintahannya. Beliau telah memberikan sumbangan yang besar dalam bidang

politik iaitu dengan memperkenalkan kod undang-undang Hammurabbi. Kod undang-undang ini

telah digunakan dengan sepenuhnya dalam pelaksanaan sistem pemerintahan dan undang-

4
Sivachandralingam Sundara Raja & Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia, ed. 2, Shah Alam: Penerbit Fajar
Bakti Sdn Bhd, 2001.hlm 27.
5
Wooley , C.L, Mesopotamia and the Middle East, London : Methuen, 1961, hlm 78.
undang dalam kerajaan Babylon. Hampir 300 kod undang- undang ditulis untuk memberikan

pendedahan kepada masyarakat 6 Sesetengah salinan kod yang digubal oleh Hamurabbi wujud
7
pada stele batu bersaiz manusia dan berbagai-bagai tablet tanah liat. Stele yang berukuran 8

kaki tinggi berbentuk kon dan mengandungi ukiran, menunjukkan Hammurabi dalam keadaan

menyembah Tuhan Marduk atau Shamash. Salah satu daripada stele tersebut telah ditemui di

Susa iaitu pada tahun 1901.8 Kod Undang-Undang Hammurabi mengandungi 282 fasal

berhubung dengan pelbagai kesalahan dalam perkahwinan, keluarga dan harta, perdagangan,

masalah perundangan berhubung dengan kegiatan pertanian, kadar bayaran sewa dan urusan

membeli dan menjual hamba. Pada bahagian penutup, kod tersebut juga menyebut bahawa

hukuman berat akan dikenakan terhadap mereka yang bertindak untuk mengubah undang-

undang Hammurabi.9 Dalam beberapa petikan seperti kaedah-kaedah pampasan (kod 196), kita

dapat melihat bahawa peruntukan tersebut adalah berdasarkan kepada analogi. 10 Jika seseorang

itu mengorek mata orang lain, maka mata si tersangka juga harus dikorekkan. 11 Apabila

seseorang mematahkan tangan orang lain, maka tangan si tersangka juga harus dipatahkan.

Walau bagaimanapun, jika seseorang mengorek mata atau mematahkan tangan muskenum

(rakyat miskin), si tersangka hanya perlu membayar satu mina perak. Jika dia mengorek mata

atau mematahkan tulang hamba orang lain, maka dia hanya perlu membayar separuh daripada

harga tersebut.12 Oleh itu, penghasilan kod undang-undang Hamurabbi jelas sekali memberi

sumbangan yang besar terhadap kerajaan babylon dalam tamadun mesopotamia.

SISTEM SUSUN LAPIS MASYARAKAT

6
Jason A. Ur, Cycles of Civilization in Northern Mesopotamia, 4400—2000 BC, Journal of Archaeological
Research, 18(4), 2010, hlm. 391.
7
Samuel Noah Kramer, Cradle of Civilization, USA : Time Inc., 1968, hlm. 82.
8
George Roux, Ancient Iraq, Great Britain : The World Publishing Company, 1964, hlm. 169.
9
Sivachandralingam Sundra Raja dan Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia, hlm. 506.
10
Ibid. , hlm.508
11
J.N. Postgate, Early Mesopotamia: Society and Economy at the Dawn of History, hlm. 289.
12
Ibid, hlm.290.
Di samping itu, sumbangan Hamurabbi dapat dilihat dari aspek susun lapis

masyarakatnya yang lebih tersusun. Susun lapis masyarakat merujuk kepada pembahagian

anggota-anggota masyarakat kepada beberapa lapisan sosial yang mempunyai perbezaan dari

segi kuasa, kekayaan, gaya hidup, pekerjaan dan sebagainya. Faktor kemajuan dan

perkembangan di bandar menyebabkan penduduk bandar terbahagi kepada beberapa lapisan

sosial. Lapisan sosial tamadun Mesopotamia terbahagi kepada tiga golongan iaitu golongan

atasan terdiri daripada raja dan golongan bangsawan, golongan pertengahan pula terdiri daripada

golongan professional dan golongan rendah merupakan rakyat biasa dan hamba. Raja amat

penting dalam bidang pentadbiran dan pemerintahan, ketenteraan serta keagamaan. Raja

dianggap sebagai wakil Tuhan untuk menguruskan sesebuah bandar kerana mereka dikatakan

mendapat mandat dari Tuhan untuk memerintah dan mempunyai kuasa kedaulatan dalam

mendapat penghormatan daripada rakyatnya.13

Dalam menjalankan struktur pemerintahan, raja dibantu oleh golongan bangsawan yang

dikenali sebagai marbanuti. Tugas utama golongan ini ialah memilih calon pengganti takhta

kerajaan selepas kemangkatan raja. Raja akan memaklumkan calon pilihan raya kepada

golongan bangsawan. Mereka berkuasa dalam menolak atau menerima calon-calon yang

diperkenankan oleh raja. Golongan bangsawan ini terdiri dari kalangan panglima tentera, ketua

paderi dan gabenor-gabenor provinsi.14 Mereka juga mendapat keistimewaan tinggal di rumah

mewah dan memiliki hamba yang tersendiri. Kesetiaan bangsawan akan bergantung kepada

perpaduan empayar dan sistem yang dijalankan oleh pemerintah. Tamadun Mesopotamia tidak

mempunyai jawatan Menteri seperti dunia moden, tetapi mempunyai 4 hingga 5 orang pegawai

tertinggi dikenali sebagai turtanu (panglima besar), rab shaqe (pelayan minuman di meja

diraja), nagir ekalli (penguasa istana), abarakku dan shaknu. Mereka akan dilantik selama 30

13
Joannes, F., The Age of Empires: Mesopotamia in the First Millenium BC, Edinburg, Edinburg University
Press, 2004, hlm 78.
14
Jacquetta Hawkes, The First Great Civilizations : Life in Mesopotamia, The Indus Valley and Egypt, London :
Hutchinson, 1973, hlm 165.
tahun bersamaan seumur hidup pada zaman tersebut. Golongan bangsawan akan menerima

wilayah yang amat luas daripada raja.15

Di bawah golongan bangsawan ini merupakan golongan ummane merujuk kepada rakyat

yang memiliki kepakaran dalam profesion tertentu. Golongan ini terdiri daripada pemilik atau

penguasa bank, pedagang, doktor, jurutulis istana, dan golongan artisan. Golongan ini

berperanan penting dalam mengukuhkan kedudukan ekonomi sesebuah kerajaan. Golongan

artisan bebas dalam mencipta barang-barang baru dalam kehidupan. Terdapat sebilangan artisan

yang akan dikumpulkan dibawah perlindungan satu pentadbiran tunggal untuk mengeluarkan

barangan mewah. Terdapat jabatan yang dipisahkan iaitu pekerja yang terlibat dalam

perusahaan kayu dan gading, tukang emas dan perak, pekerja batu halus, tukang kayu, tukang

gangsa, pekerja kulit binatang dan pembuat tali. Golongan ini dikenali sebagai tukang

( craftsmen ) dan diketuai oleh seorang pegawai pentadbiran.16

Berdasarkan kod Undang-Undang Hammurabbi, rakyat Mesopotamia dibahagikan

kepada 3 golongan iaitu awelu ( rakyat merdeka ), Mushkenu ( rakyat miskin ) dan Wardu

(hamba). Mereka bekerja sebagai petani ataupun askar dan hamba yang terdiri daripada

tawanan perang serta orang-orang berhutang. Golongan hamba ini terdiri daripada orang

tawanan perang, orang yang telah dijadikan hamba abdi sejak kanak-kanak lagi dan orang

tempatan yang dijual beli.17 Hamba abdi boleh berkahwin dengan orang biasa dan apabila ibu

bapa mereka meninggal, anaknya akan dibebaskan. Mereka diberi keistimewaan tertentu dan

boleh membuat rayuan kepada pihak yang berkuasa tetapi mereka tidak diberi peluang dalam

pentadbiran. Hamba pada zaman Mesopotamia boleh dijual beli dan dibenarkan memiliki harta.

Mereka mendapat layanan baik dan bolah mempelajari pekerjaan tertentu 18. Oleh yang

15
George Roux, Acient Iraq, Great Britain : The World Publishing Company, 1964, hlm.39.
16
L. Delaporte, Mesopotamia : The Babylon And The Assyrian Civilization, New York : Kegan Paul, Trench,
Trubner & Co., 1925, hlm. 77.
17
Woolley, Leonard C., The Sumerians, London : W.W. Norton & Company, 1965, hlm 95.
18
Seton Lloyd, The Archaelogy Of Mesopotamia : From the Old Stone Age to the Persian Conquest, London :
Thames and Hudson, 1978, hlm. 211.
demikian, jelaslah bahawa sistem susun lapis masyarakat yang tersusun menyumbang kepada

kerajaan Babylon yang maju ketika pemerintahan Hamurabbi.

KETENTERAAN, KETAHANAN DAN PERTAHANAN

Seterusnya, sumbangan kerajaan Babylon ketika pemerintahan Hamurabbi dalam

tamadun Mesopotamia dapat dilihat dalam bidang ketenteraan, ketahanan dan pertahanan.

Terdapat empat perkara asas yang digunakan semua negara untuk mempertahankan negara

mereka. Pertamanya ialah strategi iaitu kaedah seni merancang dan mengatur untuk

memperdaya pihak musuh. Kedua adalah taktik iaitu tindakan susulan di medan perang sebagai

cara atau kaedah untuk melaksanakan sesuatu. Perkara yang ketiga ialah teknologi peperangan

yang merujuk kepada senjata, kelengkapan dan kenderaan yang digunakan. Logistik pula

merupakan pentadbiran tentera pada tahap yang keempat. Terdapat beberapa tujuan barisan

ketenteraan dan ketahanan wujud di Mesopotamia. Peperangan dalam Mesopotamia untuk

menyelamatkan negaranya daripada serangan orang gasar di sempadan. Faktor lain ialah,

Mesopotamia telah berjaya meluaskan tanah jajahan kerana mereka mempunyai pasukan tentera

infantri dan tentera kuda yang cekap serta berdisiplin.19

Contohnya, angkatan tentera Babylon mempunyai struktur organisasi yang sistematik dimana

terdapatnya rekod-rekod pendaftaran yang lengkap untuk disimpan dalam buku pendaftaran

Negara. Berdasarkan kepada kod undang-undang hammurabbi, bahagian-bahagian yang

berhubung kait dengan soal ketenteraan dapat diperhatikan bahawa hak-hak keistimewaan yang

diberikan kepada anggota tentera. Anggota tentera mendapat keistimewaan dengan dikurniakan

binatang ternakan dan tanah yang tidak boleh dipindah hak milik. Malahan semasa

pemerintahan Hammurabi juga taktik peperangan diperbaharui dengan perkembangan

19
Edward L. Farmer , Comparitive History of Civization in Asia, hlm 262.
penggunaan kereta kuda secara meluas.20 Oleh itu, jelas dilihat hamurabbi memberi sumbangan

besr terhadap bidang ketenteraan, ketahanan dan pertahanan dalam kerajaan Babylon.

PERKEMBANGAN SISTEM TULISAN

Selain itu, sumbangan yang dapat dilihat pada zaman pemerintahan Raja Hamurabbi

ialah perkembangan sistem tulisan iaitu pengenalan sistem angka. Sistem penulisan wujud di

Mesopotamia kerana berlakunya peningkatan dalam aktiviti ekonomi iaitu perkembangan

bidang perdagangan. Pada satu ketika separuh kedua milenium keempat sebelum mashihi,

Mesopotamia mula menggariskan tanda-tanda di tanah liat basah yang boleh ditafsirkan sebagai

sistem tulisan yang pertama di dunia.21 Sistem tulisan ini juga wujud kerana hasil pengeluaran

pertanian yang semakin bertambah. Tambahan pula, berlaku kemajuan dalam membuktikan

serta mengendalikan stok ladang yang diuruskan oleh petani kepada tuan tanah. Pada peringkat

awalnya, masyarakat Sumeria menggunakan tulisan yang berbentuk gambar untuk merekodkan

urusan perdagangan dan pentadbiran. Kemudiannya, tulisan ini dipermudah dan

diperkembangkan lagi ke dalam bentuk simbol. Simbol-simbol ini ditulis diatas tanah liat yang

diambil dari sungai. Seterusnya masyarakat terus mengembangkan sistem tulisannya iaitu

dengan membentuk sistem penulisan dengan menggunakan tulisan cuneiform. Dengan

menggunakan tulisan cuneiform inilah orang Sumeria telah membuat rekod-rekod di atas tanah

liat dimana seterusnya tulisan ini menjadi sumber sejarah tamadun Sumeria.

Dokumen cuneiform terkenal yang paling awal ditemui ialah di kawasan kuil suci Eana,

bandar negeri Uruk yang terletak di selatan Babylonia, iaitu Iraq pada hari ini. 22 Sistem tulisan

juga penting digunakan dalam upacara keagamaan, majlis, catuan makanan, kod undang-undang

20
Jacquetta Hawkes, The First Great Civilizations : Life in Mesopotamia, The Indus Valley and Egypt, London :
Hutchinson, 1973, hlm 165.
21
Christopher Woods, Geoff Emberling, Emily Teeter (eds.), Visible Languague : Inventions of Writing in
the Ancient Middle East and Beyond, Chicago : The Oriental Institute of the University of Chicago, 2010, hlm 33.
22
Ibid., hlm 34.
dan dokumen rasmi. Perkembangan dalam sistem tulisan dan pengetahuan telah menyebabkan

lahirnya sarjana-sarjana dalam bidang sains dan teknologi, botanikal, zoologikal dan bidang

linguistik.23 Tulisan digunakan oleh ahli sosiologi sebagai kriteria kajian bagi mudah untuk

membezakan tamadun dari barbarism.24 Setelah itu, sistem angka wujud dan diperkenalkan pada

zaman pemerintahan Hammurabi. Mereka menggunakan sistem baji, iaitu (V=1) manakala

(<=10). Sistem ini tidak mempunyai angka sifar. Manakala angka 1 ditulis mengikut sistem

perpuluhan biasa. Sebagai contoh, angka 42 ditulis: (<<<<VV). Oleh yang demikian, jelaslah

bahawa pengenalan sistem angka oleh Hamurabbi memberi sumbangan yang besar terhadap

kerajaan Babylon dalam tamadun Mesopotamia.

SAINS DAN TEKNOLOGI

Sementara itu, dari segi aspek sains dan teknologi, sumbangan Raja Hamurabbi semasa

memerintah kerajaan Babylon dalam tamadun Mesopotamia dapat dilihat melalui perkembangan

dalam penciptaan dan dalam bidang-bidang keilmuan. Dalam matematik, orang Sumeria

merupakan yang pertama sekali membangunkan sistem aritmetik. Sistem orang Sumeria telah

disesuaikan dan diperbaiki oleh orang Babylon. Kaedah tambah, tolak dan darab merupakan

kemahiran yang penting dalam mengira barangan seperti bijirin ataupun jumlah kambing dan

lembu. Sistem nombor yang digunakan secara meluas adalah berdasarkan kepada pengiraan

dalam unit 60 dan ia dipanggil “ sexagesimal system ” terdapat juga kaedah yang berdasarkan

kepada pengiraan dalam unit sepuluh, seratus dan seribu yang dipanggil sebagai decimal

system.25 Dalam bidang astronomi pula, kalendar telah dicipta. Orang Mesopotamia

menggunakan kalendar yang berasaskan bulan yang dikenali sebagai kalendar lunar. Setahun

dibahagikan kepada 12 bulan di mana terdapat 29 atau 30 hari setiap bulan tersebut. Orang-

orang Mesopotamia juga telah menambah jumlah bulan di dalam setahun iaitu setiap 3 tahun
23
Wooley , C.L, Mesopotamia and the Middle East, London : Methuen, 1961, hlm 78.
24
V. Gordon childe, New Light On The Most Ancient East, London : Routledge & Kegan Paul Ltd, 1969,
hlm 128.
25
Christopher Woods, Geoff Emberling, Emily Teeter (eds.), Visible Languague : Inventions of Writing in the
Ancient Middle East and Beyond, Chicago : The Oriental Institute of the University of Chicago, 2010, hlm 83.
bagi memastikan kalendar lunar mereka berlaku serentak dengan kalendar solar yang berasaskan

kepada matahari.26

Selain itu, peta juga turut dicipta dan dilukis di atas kepingan batu. Terdapat peta-peta

dunia yang dihasilkan oleh orang Babylon dan merupakan peta tertua di dunia. Peta ini

menggambarkan lokasi di negeri-negeri jiran. Roda pula berkemungkinan telah dicipta sebelum

3200 S.M. Roda-roda diperbuat daripada dua atau tiga papan kayu dan penggunaannya telah

memudahkan pengangkutan barang-barang pada masa itu. Kemajuan Mesopotamia juga dilihat

dari segi perubatan. Perubatan di Mesopotamia berunsurkan magik, preskripsi dan pembedahan.

Mereka percaya penyakit disebabkan oleh kuasa-kuasa jahat yang berada dalam badan manusia.

Terdapat dua kaedah perubatan iaitu dengan menggunakan ashipu dan asu. Ashipu mampu

mendiagnosis penyakit dengan menggunakan magik dan mengenal pasti kuasa jahat yang

menyebabkan penyakit. Asu pula merawat pesakit seperti luka yang dirawat menggunakan krim

daripada herba-herba dan tumbuhan. Doktor diberi penghormatan dalam masyarakat dan doktor

yang mempunyai kepakaran yang tinggi dilantik sebagai doktor di istana. Berlaku juga

pertukaran doktor-doktor. Misalyan doktor dari Babylon yang dihantar ke istana Raja Hittite 27.

Oleh yang demikian, jelaslah bahawa sumbangan hamurabbi terserlah dalam sains dan teknologi

terhadap kerajaan Babylon dalam tamadun Mesopotamia.

KETIKA PEMERINTAHAN NEBUCHADNEZZAR II (604-562 SM).

SISTEM PERBANDARAN YANG CEKAP

Sumbangan seterusnya yang dicapai dalam tamandun Mesopotamia ketika

pemerintahan Raja Nebuchadnezzar II dalam kerajaan Babylon ialah kewujudan sistem

perbandaran yang cekap. Terdapat tiga faktor yang mendorong kemunculan bandar ialah

keadaan ekologinya yang sesuai, kemajuan dalam bidang teknologi dan organisasi sosial yang

kompleks. Namun faktor penting menyebabkan kemunculan bandar di Mesopotamia ialah


26
Ibid, hlm 85.
27
M.E.L Mallowan, Early Mesopotamia And Iran, London : Thames And Hudson, 1965,hlm 71.
berlaku peningkatan ekonomi akibat daripada keluaran hasil pertanian yang berpunca

perkembangan dalam sistem perairan.28 Bandar-bandar di Mesopotamia mempunyai keluasan

yang berbeza, misalnya Lagash (1800 ekar persegi), Babylon (2500 ekar persegi), Uruk ( 1100

ekar persegi), Hattusa (450 ekar persegi) dan Assur (150 ekar persegi). Antara ciri utama

perbandaran yang memperlihatkan kemajuan bandar tamadun Mesopotamia ialah dari segi

pembinaan kubu pertahanannya. Tradisi membina kubu pertahanan dalam bandar bermula

menjelang tahun 3000 S.M. 29

Di bandar Babylon terdapat pembinaan jalan suci yang bertujuan untuk perarakan semasa

perayaan tahun baru. Kebiasaanya lebar jalan suci ini ialah 63 kaki dan di kedua-dua belah jalan

suci ini dihiasi dengan pelbagai monumen yang indah dan menarik.30 Bandar-bandar di

Mesopotamia juga mempunyai pintu gerbang yang melambangkan kekayaan sesebuah bandar.

Terdapat satu perhimpunan diadakan di suatu tempat berhampiran dengan pintu gerbang. Dalam

perhimpunan tersebut, datuk bandar akan membuat keputusan tentang dasar dan permasalahan

yang dihadapi oleh rakyat.31 Pintu Ishtar merupakan pintu gerbang utama di antara lapan pintu

gerbang di Babylon yang dinamakan sempena Tuhan mereka dan merupakan antara binaan yang

unik. Buktinya, pintu gerbang yang yang dibina ini dapat menuju ke Kota Babylon. Ianya

ditutup dengan batu bata berkaca biru dan kuning yang bergantian dengan menggambarkan

lembu dewa Adad dan naga yang digambarkan dewa Marduk. Batu bata berkaca menghiasi

dinding dengan gambar singa yang menjadi simbol kepada dewi Ishtar. Inskripsi mengatakan

tentang keistimewaan Ishtar Gate. Melalui nama pintu gerbang tersebut, maka dapatlah

diketahui golongan masyarakat yang mendiami bahagian bandar tersebut dan pekerjaan mereka.

Misalnya, Gate of Metalwork di Assur dan Gate of Sheep and Goats di Assur dan

28
Robert M.Adams, The Origin Of Cities Of Hunters, Farmers and Civilizations : Old World Arcaeology,
California W.H. Freeman and Co., 1979, hlm 173.
29
Samuel Noah Kramer, Cradle Of Civilization, , hlm.79.
30
Leonard W.King, A History of Babylon, New york: Books on Demand, 2008, hlm. 48.
31
Leick, G, The Babylonians: An Introduction, New York, Routledge, 2003, hlm. 71.
Jerusalem.32Juga bandar yang menakjubkan iaitu ibukota Assyria Calah dan Dur-Sharrukin dan

Babylon yang dibina semula oleh Nebuchadnezzar II menunjukkan keajaiban yang

menggemparkan dunia. Kebanyakan bandar berkembang daripada kampung-kampung dan

bandar-bandar prasejarah yang tidak mengalami perancangan bandar yang bersistematik. Walau

bagaimanapun, selepas berabad-abad imej fizikal bandar Mesopotamia telah menjalani

perubahan dan penambahbaikan untuk merapatkan jurang tersebut. Corak sosial, politik, agama

dan ekonomi yang timbul dalam masyarakat pertama dunia, iaitu bandar orang-orang Sumeria,

sebahagian besarnya dijadikan satu model untuk semua bandar-bandar.33 Oleh itu, jelaslah

sistem pembandaran yang cekap seperti pembinaan gate Ishtar serta bandar yang menakjubkan

iaitu ibukota Assyria Calah, Dur-Sharrukin dan Babylon yang dibina semula oleh

Nebuchadnezzar II menunjukkan sumbangan yang begitu besar serta keajaiban yang

menggemparkan dunia.

KESENIAN

Seterusnya, dari aspek kesenian, Nebuchadnezzar II telah membina sebuah taman dengan

begitu indah sehingga kawasan sekitar istananya dikenali sebagai “Taman Tergantung

Babylon”. Dalam taman ini terdapat pelbagai jenis pokok serta pokok bunga yang ditanam

pada binaan bertingkat di bukit berteres. Hal ini menampakkan seolah-olah taman ini

bergantung. Taman Tergantung Babylon ini juga dikenali sebagai salah satu salah satu

keajaiban dunia kuno. Sejak zaman awal lagi pihak istana telah memberi naungan kepada

perkembangan seni muzik. Hal ini jelas ternyata daripada sejumlah besar peralatan musik yang

ditemui di Ur dan penemuan alat-alat muzik dalam makam-makam diraja. 34 Terdapat pelbagai

jenis peralatan muzik direka pada zaman Sumeria. Conthnya, Timbrel digunakan sebagai alat
32
Jacquetta Hawkes, The First Great Civilizations : Life in Mesopotamia, The Indus Valley and Egypt, London :
Hutchinson, 1973, hlm 88.
33
Ibid., hlm. 94
34
Seton Lloyd, The Archaeology of Mesopotamia: from the Old Stone Age to the Persian Conquest, hlm. 119.
muzik di rumah berhala untuk mengiringi lagu-lagu suci. Seruling yang diperbuat daripada

reed dibunyikan semasa upacara keagamaan. Antara alat-alat muzik yang digunakan oleh

orang-orang Sumer, yang paling popular ialah harp dan lyre. Selain itu, pada zaman Babylon,

tradisi menyanyi lagu- lagu suci dengan iringan muzik masih popular. Pada zaman ini,

penyanyi-penyanyi wanita juga terlibat dalam upacara-upacara nyanyian keagamaan.35

EKONOMI

Sumbangan kerajaan Babylon terhadap perkembangan tamadun Mesopotamia ketika

pemerintahan Nebuchadnezzar II dapat dilihat dari segi ekonomi. Ekonomi yang diamalkan oleh

adalah berasaskan pertanian dan kemudian berkembang kepada ekonomi perdagangan.

Sebahagian besar Sumeria sebenarnya adalah petani dan golongan inilah yang menghasilkan

kekayaan yang memungkinkan tamadun ini. Manual pertanian tertua di dunia adalah dokumen

Sumeria yang memberitahu cara untuk mengembangkan barli yang merupakan makanan ruji di

Mesopotamia. Penggembala menternakkan khinzir, kambing dan keledai, serta lembu dan biri-

biri. Lembu telah digunakan sebagai draf haiwan (draught animal) iaitu haiwan ternakan yang

digunakan dalam mengangkat barangan yang berat. Kulit mereka pula akan disamak. Biri-biri

yang menyediakan bulu untuk industri tekstil yang maju. 36 Aktiviti ekonomi di kawasan ini telah

mendapat manfaat daripada banjir yang berlaku di Sungai Tigris dan Euphrates yang

membolehkan dua kali tuaian hasil bijirin yang banyak setiap tahun dan menyediakan keadaan

yang sesuai untuk penternakan lembu.37 Harta yang diperoleh daripada hasil pertanian mampu

mengembangkan perdagangan dalam kalangan bandar-bandar Sumer dan jiran-jiran mereka.

Peniaga membawa sarat kafilah dengan barli dan tekstil ke Asia Minor dan Iran. Mereka akan

kembali dengan kayu, batu dan logam. Tukang Sumeria menggunakan bahan-bahan mentah

yang diimport untuk mencipta alat-alatan, senjata dan barang kemas yang menambah lagi

35
Sivachandralingam Sundra Raja dan Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia, hlm. 603.
36
Samuel Noah Kramer, Cradle of Civilization, hlm. 42.
37
Salvador Carmona dan Mahmoud Ezzamel, “Accounting and Accountability in Ancient Civilizations:
Mesopotamia and ancient Egypt,” Accounting, Auditing & Accountability Journal 2007, 20(2), hlm. 182.
38
senarai barangan untuk dieksport ke luar kawasan Mesopotamia. Salah satu daripada

perkembangan utama dalam bidang ekonomi ialah kemunculan sistem mata wang dan

perkembangan sistem perbankan di Meopotamia.39 Mata wang perak digunakan sebagai medium

pertukaran dan juga dalam urusan pembayaran. Sementara itu, sistem perbanakan persendirian

mula berkembang pada akhir abad ke-6 Sebelum Masihi. Perkembangan ini telah menyebabkan

lahir beberapa dynasties of bankers seperti keluarga Egibi di Babylon. Mereka memberi
40
pinjaman dengan kaedah faedah sebanyak 20% hingga 30%. Dengan demikian golongan yang

mengendalikan sistem perbankan persendirian menjadi lebih kaya.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, terdapat pelbagai bukti yang menunjukkan sumbangan yang dicapai

oleh kerajaan Babylon dalam tamadun Mesopotamia ketika pemerntahan hamurabbi dan

Nebuchadnezzar II yang membolehkan mereka diiktiraf sebagai masyarakat terawal yang telah

membina masyarakat bertamadun. Sumbangan ini jelas dapat dilihat melalui pelbagai aspek

perkembangan iaitu dari segi perundangan, organisasi sosial, perbandaran, , ketenteraan,

kemajuan sistem tulisan, seni bina serta sains dan teknologi. Aspek kemajuan ini telah

membolehkan tamadun tersebut berkembang dan muncul sebagai tamadun yang terawal di

dunia. Malahan telah terbukti bahawa tamadun ini merupakan antara tamadun yang terunggul di

dunia. Ditambah pula kerana dengan adanya kewujudan dua sungai iaitu Sungai Tigris dan

Euphratus telah membantu meningkatkan lagi serta mendorong kepada kemajuan tamadun

Mesopotamia yang memudahkan kerja-kerja pembangunan dalam pelbagai bidang dilakukan.

Sesungguhnya, tamadun Mesopotamia telah berjaya meninggalkan banyak perubahan dalam

pelbagai bidang baik kepada masyarakat yang terdahulu dan akan datang.

38
Samuel Noah Kramer, Cradle of Civilization, hlm. 45.
39
Sivachandralingam Sundra Raja dan Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia, hlm. 346.
40
Sivachandralingam Sundra Raja dan Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia, hlm.347
BIBLIOGRAFI

1. Christopher Woods, Geoff Emberling, Emily Teeter (eds.), Visible Languague : Inventions of
Writing in the Ancient Middle East and Beyond, Chicago : The Oriental Institute of the University of
Chicago, 2010.

2. Edward L. Farmer, Comparative History Of Civilization In Asia, Addison-Wesly Publication


Company Inc., London, 1977, hlm. 57.

3. George Roux, Acient Iraq, Great Britain : The World Publishing Company, 1964

4. J.N. Postgate, Early Mesopotamia : Society and Economy at The Dawn of History, New York:
Routledge, 1992.

5. Jacquetta Hawkes, The First Great Civilizations : Life in Mesopotamia, The Indus Valley and
Egypt, London : Hutchinson, 1973.

6. Jason A. Ur, Cycles of Civilization in Northern Mesopotamia, 4400—2000 BC, Journal of


Archaeological Research, 18(4), 2010.

7. Joannes, F., The Age of Empires: Mesopotamia in the First Millenium BC, Edinburg, Edinburg
University Press, 2004.

8. L. Delaporte, Mesopotamia : The Babylon And The Assyrian Civilization, New York : Kegan
Paul, Trench, Trubner & Co., 1925.

9. Leick, G, The Babylonians: An Introduction, New York, Routledge, 2003.

10. Leonard W.King, A History of Babylon, New york: Books on Demand, 2008.

11. M.E.L Mallowan, Early Mesopotamia And Iran, London : Thames And Hudson, 1965.

12. Osman Bakar, Azizan Baharuddin, Zaid Ahmad, Tamadun Islam Dan Tamadun Asia, Kuala
Lumpur : University Malaya, 2009.

13. Robert M.Adams, The Origin Of Cities Of Hunters, Farmers and Civilizations : Old World
Arcaeology, California W.H. Freeman and Co., 1979.

14. Salvador Carmona dan Mahmoud Ezzamel, Accounting and Accountability in Ancient
Civilizations: Mesopotamia and ancient Egypt, Accounting, Auditing & Accountability Journal,
20(2), 2007, hlm. 177 – 209.

15. Samuel Noah Kramer, Cradle Of Civilization, USA : Time Inc., 1968.

16. Seton Lloyd, The Archaelogy Of Mesopotamia : From the Old Stone Age to the Persian
Conquest, London : Thames and Hudson, 1978.

17. Sivachandralingam Sundara Raja & Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia, ed. 2, Shah Alam:
Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd, 2001.

18. Woolley, Leonard C., The Sumerians, London : W.W. Norton & Company, 1965.

19. V. Gordon childe, New Light On The Most Ancient East, London : Routledge & Kegan Paul
Ltd, 1969.
20. Wooley , C.L, Mesopotamia and the Middle East, London : Methuen, 1961.

You might also like