You are on page 1of 14

CTU551 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

ESEI: FAKTOR-FAKTOR KECEMERLANGAN SESEBUAH TAMADUN

AZRIN SUHAILA BINTI JAAFAR


NURUL AMANI BINTI JOHARI
HASLIANA BINTI YUSOP

AD 244 2C
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan tamadun itu boleh wujud dan berkembang pesat di
setiap tempat ialah membawa kepada kecemerlangan sesebuah tamadun adalah berdasarkan aspek-
aspek kebudayaan yang merangkumi aspek politik yang stabil, ekonomi yang turut
dihubungkaitkan dengan kebendaan dan tidak ditinggalkan juga aspek sosial. Ketiga-tiga aspek
tersebut sebenarnya mempunyai perkaitan antara satu sama lain.

Kelahiran tamadun-tamadun didunia banyak bergantung kepada sektor pertanian kerana sektor ini
memainkan peranan yang penting dalam menuju kepada proses perkembangan tamadun. Melalui
pertanian yang juga bergantung kepada iklim dan juga bantuan sungai yang sedia ada, maka
manusia mendapat bekalan makana untuk meneruskan hidup. Disinilah bermulanya era
perkembangan bandar yang membawa kepada pengukuhan politik, ekonomi dan sosial sesenuah
tamadun.

Politik yang kukuh merupakan faktor utama dalam menentukan jangka hayat sesuatu tamadun.
Politik yang baik dan stabil adalah tulang belakang bagi perkembangan tamadun. Sekiranya politik
sesuatu tamadun runtuh maka runtuhlah keseluruhan tamadun tersebut. Contohnya, Tamadun
Mesopotamia yang terletak di Sungai Tigris dengan Sungai Euphrates telah wujud sejak zaman
Neolitik dan berkembang sekitar tahun 3500 S.M. Mesopotamia merupakan satu tamadun yang
mempunyai politik yang teratur selepas penerimaan perubahan demi perubahan seperti kenyataan
Farmer bahawa the transition from village agriculture to urban civilization in Mesopotamia
accured within the single millenium from 3500 to 2334 B.C, which the early dynasty period also
representing a traditional period from temple-centered communities to politically organised
kingdom.

Sebagai sebuah negara yang bertamadun, Mesopotamia mempunyai sistem pentadbiran yang
tersusun dan sistematik. Ia mempunyai 3 buah kerajaan yang utama, Sumeria(sekitar 2800-2400
S.M), Akkadia(2400-2000 S.M) dan Babylonia(selepas 2000 S.M). Kerajaan-Kerajaan ini pula
dibentuk oleh beberapa negara kota yang berkuasa autonomi, iaitu Lagash, Ur,Umma dan Uruk.
Setiap negara kota ini pula diketuai oleh seorang ketua agama(patesi) yang menggunakan nama
tuhan mereka.

Dari segi pemerintahan, mereka telah memperkenalkan sistem pemerintahan beraja dan
kebanyakan pemerintah mengamalkan sistem dasar perluasan berkuasa. Selepas Sumeria jatuh ke
tangan Semitik Akkadia, pemerintahnya, Sargon (2334-2239 S.M) berjaya memperluaskan
kuasanya dari utara ke barat yang meliputi Lebanon hingga ke Teluk Parsi. Pemerintah-pemerintah
selepasnya, Gudea dan Utthuhengal yang turut mengamalkan dasar perluasan kuasa dan
meluaskan empayarnya.
Kemajuan yang besar dalam bidang politik Mesopotamia yang membawa pengukuhan
tamadunnya iaitu sistem undang-undang bertulis yang pertama dunia, iaitu Code of Laws atau
Kanun Undang-undang Hamurabbi (1792-50 S.M). kanun yang tlah dibuat oleh Hammurabbi,
iaitu Raja Babylonia pada kurun ke-6. Kanun tersebut kemudianya di Susa, Iraq sekitar 1901-1902
dan merupakan undang-undang yang merangkumi hal-hal keluarga, perkahwinan, penjagaan anak
dan sebagainya undang-undang dibahagikan kepada 2 bahagian, iaitu undang-undang awam dan
undang-undang agama. Setiap satunya diketuai oleh hakim khas dan ketua agama. Dalam undang-
undang tersebut setiap individu harus bertanggunjawab atas kesalahan melanggar kanun tersebut.
Hukaman berat akan dikenakan ke atas setiap pesalah. Contohnya, sekiranya seseorang menuduh
orang lain melakukan pembunuhan tanpa bukti yang jelas maka si penuduh tadi akan dikenankan
hukuman bunuh. Kanun yang mengandungi 250 artikel dalam 46 bahagian menunjukkan bahawa
masyarakat Mesopotamia telah berada dalam satu budaya kehidupan yang sistematik dan
mencapai satu peradaban yang tinggi.

Tamadun Mesir Kuno, dipercayai diasaskan oleh satu kaum yan dikenali sebagai Hamitik yang
berasal dari Timur Aden. Ciri-ciri kaum tersebut, pendek berbadan kurus, berkulit hitam dan
merekalah masyarakat yang mula-mula menduduki lembah ini. Mereka telah berjaya membentuk
2 buah kerajaan yang berasingan di utara dan selatan. Kedua-dua kerajaan ini telah disatukan oleh
Menes yang telah mendirikan ibu negara di Memphis.

Masih dianggap bertamadun kerana mereka telah menyusun masyarakatnya mengikut hierarki.
Menes telah menjadi pemerintah Mesir dengan meggunakan gelaran Firaun yang(beerti rumah
besar). Hakikatnya Firaun mempunyai kuasa mutlak dan mempuyai darjat yang tinggi dan
dianggap sebagai anak tuhan. Dibawah golongan raja terdapat pemerintah tertinggi seperti
bangsawan, khatib, pekerja mahir, petani dan hamba. Ini membuktikan bahawa mereka sudah
mempunyai golongan pemerintah dan golongan yang diperintah.

Mesir merupakan sebuah negara yang tertutup kerana dikelilingi oleh padang pasir, gunung ganang
dan laut merah dibahagian timur. Dibahagian utara pula, Mesir dikelilingi oleh laut Mediterranean,
manakala di bahagian barat pula terdiri daripada Gurun Sahara. Di bahagian selatan pula, iaitu di
hulu dan sepanjang Sungai Nil terdapat jurang-jurang yang luas seperti curam. Keadaan ini
menyebabkan mesir sukar terdedah kepada ancaman musuh. Disebabkan kekurangan berlakunya
peperangan mahupon serangan musuh, keadaan ini menguatkan empayar dan menggalakkan
perkembangan Tamadun kerana negara yang sering mengalami pergolakan politik, bencana dan
huru-hara akan melemahkan serta membantukkan proses ketemadunannya.

Tamadun Indus atau dikenali sebagai Kebudayaan Harappa oleh-oleh ahli arkeologi, politik juga
memainkan peranan penting kepada pengukuhan dan perkembangan tamadun. Tamadun bermula
di Lembah Indus tahun 2350 S.M sehingga 1750 S.M yang merujuk kepada salah sebuah bandar
yang terkenal di Lembah Indus. Tamadun yang unggul di benua benua asia di ambil dari nama
darei tapak penting yang di jumpai di sungai Ravi, Punjab, iaitu Harappa dan Mohenjo-
Daro.Harappa dan Mohenjo-Daro mempunyai tanah yang subur dan mempunyai ciri-ciri
perbandaran.

Dalam Tamadun Melayu, bermula di Sungai Melaka yang didiami oleh kira-kira 20-30 buah
keluarga orang laut termasuk Parameswara yang berasal dari Palembang sekitar 1400 Masihi.
Mereka menjalankan aktiviti pertanian dan menangkap ikan. Parameswara telah menjadi ketua
Orang Laut seterusnya mengadakan sekatan keatas pedagang- pedagang yang singgah ke selat
Melaka dengan mengenakan cukai. Melaka menjadi tempat pelabuhan yang sibuk dan masyur di
Nusantara. Politik Melaka teguh dan stabil dibawah satu susunan politik tradisional yang teratur.
Kerajaan Melaka telah meluaskan tanah jajahan mereka dengan menakluki negara-negara jiran
mereka di Semenanjung Malaysia dan kawasan timue sumatera. Tamadun Melaka berkembang
luas sehingga ke daerah Dinding, Selangor, Muar, Singapura, Bentan dan Pahang.

Hukum Kanun Melaka atau undang-undang Melaka dan Undang-undang Laut Melaka digunakan
dalam pentadbiran Kerajaan Melaka. Dalam Hukum Kanun, menerangkan tentang hierarkie atau
susun lapis masyarakat, tugas masing-masing dan lain-lain. Undang-undang laut terdapat
peraturan-peraturan semasa di laut, pantang larang, keselamatan, hukum berdagang dan
sebagainya. Kebanyakan undan-undang tersebut merujuk kepada Syariah Islam.

Tamadun China bermula di Lembah Sungai Kuning sekitar tahun 2000 S.M dan berkembang maju
serta tinggi pada tahun 1500 S.M kira-kira seribu tahun lebih lambat daripada kegemilangan
tamadun Indus. India telah diduduki oleh sekumpolan orang Mongolia yang telah melalui zaman
Neolitik dan zaman Gangsa.

Hampir kesemua tamadun awal didunia bermula disekitar kawasan Lembah Sungai.
Tamadun-tamadun ini telah dihidupkan oleh golongan-golongan tertentu yang mendiami suatu
kawasan tersebut dengan memanfaatkan sumber air dari sungai yang amat berperanan sekali dalam
hidupan seharian.

Ekonomi Tamadun Mesopotamia banyak bergantung kepada sektor pertanian. Sungai dijadikan
sumber untuk pertanian. Sungai Tigris dan Sungai Euphrates mempunyai peranan sebagai
pengangkutan masyarakat di kawasan Lembah Sungai. Ia juga penting sebagai sumber harian.

Tanah pertanian di Mesopotamia, ia agak rata dan tidak berbatu dan memudahkan aktiviti
pembajakan. Terdapat lumpur yang dibawaa oleh sungai tersebut hingga membentuk dataran lanar
yang subur serta mudah dikerjakan dikenali sebagai Dataran Shinar. Banjir yang kerap terjadi
antara bulan April hingga Mei dan surut pada bulan Jun akan menghasilkan suatu mendakan yang
subur untuk pertanian.

Para peneroka mempelajari cara-cara menyalur air dari sungai-sungai berdekatan untuk mengairi
kawasan tanaman mereka. Inilah yang mendorong orang sumaria yang mendiami kawasan tersebut
menjalankan aktiviti kehidupan mereka dengan menanam barli, kurma, gandum, sekoi dan
bawang. Pertanian merupakan salah satu daripada ciri-ciri utama tamadun sememangnya
memainkan perana penting. Aktiviti perikanan turut dijalankan di Sungai Tigris dan Euphrates
yang menggunakan peralatan tombak,kail dan jala. Melalui pertanian, maka akan lahir jumlah
penduduk yg tinggi dan tinggal di sesuatu kawasan. Apabila sesebuah kawasan pertanian
bertambah maju, maka semakin bertambah luas kawasan pertanian dan tenaga buruh yang
digunakan. Aktiviti yang telah dijalankan oleh penduduk sumeria ini telah mengubah cara hidup nomad
kepada penempatan tetap. Penambahan penduduk secara tidak langsung telah mewujudkan bandar-
bandar kecil di sepanjang tebing sungai tigris dan euphrates. Apabila sesuatu kawasan sudah maju,
pedagang dari dalam dan luar negara tertarik untuk berdagang bagi memasarkan barangan
dagangan merekaMelalui kepakaran yang ada di kalangan mereka, maka terciptalah keperluan
pengangkutan seperti perahu dan kapal-kapal besar.

Sungai tigris dan euphrates berperanan sebagai jalan penghubungan dan pengangkutan antara
negara2 di kawasan utara dan barat seperti india, mesir, china, syria dan lain2 bagi aktiviti
perdagangan. Aktiviti perdagangan mesopotamia yang berasaskan sistem barter (pertukaran
barang dengan negara jiran) semakin berkembang. Ciri-ciri hidup yang bertamadun berkembang
luas kesan peninggalan social yang besar dari pedangang yang keluar masuk ke Mesopotamia.

Penduduk Mesopotamia mengusahakan Tembikar, pertukangan kayu, buatan patung membuat


alat-alat perhiasan, kapal dan pakaian.

Tamadun Mesir Kuno adalah salah satu tamadun yang dibentuk disekitar Lembah Sungai Nil.
Lembah Sungai Nil memberikan satu sumbangan yang besar dan diandaikan sebagai satu rahmat
kepadan pembinaan tamadun ini. Sungai Nil yang subur, maka orang Mesir tidak akan datang
berhijrah ke kawasan tersebut dan sekiranya tiada penhijarahan, maka pertempatan kekal
membawa kepada kewujudan tamadun tidak akan muncul.

Pertanian merupakan asas kegiatan ekonomi bagi tamadun mesir. Lembah sungai nil adalah antara
kawasan yg paling subur didunia kerana mempunyai matahari terik. Lembah nil mendapat hujan
tahunan dari bulan jun hingga oktober yg menyebabkan banjir. Banjir yg melimpah membentuk
system saliran semula jadi. Masyarakat mesir yang mendiami kawasan pertanian akan
menjalankan aktiviti pertanian secara besar-besaran seperti menanam kurma, jagung, fleks,
gandum, barli,dan sayur-sayuran. Gandum digunakan untuk membuat roti manakala barli dibuat
sebagai minuman keras. Melalui aktiviti pertanian, mereka dapat mendirikan petempatan kekal yg
membawa kepada pembinaan dan perkembangan tamadun mesir kuno.

Aktiviti penternakan dijalankan bagi menampung sumber ekonomi penduduk mesir kuno.
Kambing biri-biri, lembu, angsa dan lain dipelihara untuk mendapatkan daging, susu, dan kulitnya.
Keldai dan lembu dipelihara bertujuan membajak dan menangkut barang-barang.

Sungai Nil menjadi jalan laut bg kapal2 dagang dari luar Negara yang memasuki mesir
menyebabkan perdagangan berkembang pesat. Lembah Sungai Nil menjadi tumpuan kerana kaya
dengan sumber alam seperti pelbagai jenis batu permata, emas, tembaga, dan bahan logam lain.
Selain itu, kemahiran yg tinggi dalam mereka cipta, membina kapal dan sampan telah
menggalakkan aktiviti perdagangan. Pedagang dari Greek, Syam dan Babylon berlayar ke Mesir
untuk bertukar-tukar barang dagangan.Orang mesir dihantar berdagang ke Syria, Palestin, Pulau
Crete dan daerah-daerah di Mesopotamia. Perdagangaan yg berkembang pesat ini telah
menyebabkan system cukai diwujudkan oleh firaun ke atas barang dagangan. Barang2 seperti
gandum, kayu-kayan, fleks dan lain-lain dijadikan cukai kerana belum ada system wang pada masa
itu.

Tamadun di Lembah Indus adalah sati tamadun yang maju sehingga dapat menandingi Tamadun
Mesopotamia, Mesir dan China yang wujud pada zaman silam. Penduduk harappa dan mohenjo-
daro menjalankan kegiatan pertanian yang agak luas kerana kedudukan kedua-dua tempat terletak
di tebing sungai indus. Aktiviti pertanian mereka maju kerana adanya system pengairan yang
dibina menggunakan teknologi bawah tanah. Mereka membina terus-terusan seperti sungai indus,
ravi, satlej dan bhogaroa. Tanaman yg ditanam termasuklah kapas, gandum, barli, kacang, dan
bijan. Penternakan juga dijalankan seperti lembu, kambing biri-biri, seladang, dan lain-lain untuk
menjaga dan mengawal hasil tanaman dan menjadi sumber makanan harian

Bandar mohenjo-daro merupakan pusat perdagangan terpenting dan ramai pedagang kaya
mengeksport bijiran dan kapas ke sumeria. Mereka membawa emas, perak, barangan perhiasan
menggunakan sampan untuk menjalankan aktiviti mereka. Barang-barang dagangan seperti duit
syiling yg diperbuat dari emas, perak dan tembaga telah dijumpai oleh ahli arkeologi yang
membuktikan bahawa perdagangan dijalankan antara masyarakat lembah indus dengan pedagang
dari india, afghanistan, china dan lain-lain dengan terjumpanya barang-barang dangangan yang
diimport termasuk duit syiling yang diperbuat daripada emas perak dan tembaga.
Interaksi antara Tamadun Indus dengan tamadun-tamadun lain berlaku semasa perdagangan
dilakukan. Maka wujudlah asimilisasi budaya, agama dan adat resam dan sebagainya dalam
Tamadun Indus yang mempercepatkan lagi perkembangan tamadun mereka.

Tamadun Melayu, pelabuhan Melaka yang terlindung daripada ombak dan angin kencang yang
berbahaya telah menjadikan pelabuhan tersebut masyur dan agung sekitar abad ke 15. Disebabkan
oleh perdagangan, maka ia digelar sebagai Serambi Mekah oleh Sultan Mahmud Shah yang
memerintah Melaka pada waktu itu.

Pada waktu itu, ikan merupakan sumber protein khusus bagi orang melayu. Sultan iskandar syah
serta pengikutnya pernah menjadi nelayan semasa berada di muar bagi menampung keperluan
seharian. Kegiatan menangkap ikan dan memungut hasil laut juga dilakukan oleh orang laut.
Kebanyakan orang melaka bergantung hidup dgn aktiviti penangkapan ikan.

Masyarakat Melaka juga menjalankan aktiviti berburu untuk menampung kehidupan seharian.
Kegiatan memburu merupakan aktiviti yg diwarisi. Memburu juga merupakan aktiviti Raja-Raja
Melayu Melaka. Aktiviti berburu ini dijalankan sebagai aktiviti sampingan untuk menambah
pendapatan.

Aktiviti penternakan binatang secara kecil-kecilan merupakan sebahagian drpd kegiatan ekonomi
sara diri penduduk di Melaka. Antara binatang ternakan ialah kambing, kerbau, lembu, ayam, itik
dan lain-lain. Aktiviti memungut hasil hutan merupakan aktiviti ekonomi sara diri yg dilakukan
oleh penduduk Melaka. Antara hasil hutan yang dikutip ialah rotan, damar, dan getah jelutong.
Aktiviti ini dijalankan kerana mereka banyak bergantung hidup dengan persekitaran seperti sungai,
hutan, dan tanah pertanian. Hasil pertanian ini mendapat permintaan yg baik dari pedagang luar.
Aspek sosial penting dalam mempengaruhi sesuatu.

Di Mesopotamia, Masyarakatnya dikenali sebagai Masyarakat Candi. Mempercayai kepada


tuhan yang banyak. Yang utama Tuhan Anu (Tuhan Syurga), Tuhan Enlil (Tuhan Tanah), Tuhan
Enki (Tuhan Air). Mereka mempercayai tuhan mereka memberi kesenangan dan malapetaka.
Membuat perayaan menjamu tuhan agar tidak ditimpa bencana atau musibah seperti banjir besar
atau kemarau berpanjangan. Sami berpengaruh dan berpengalaman dalam hal ehwal agama dan
menjalankan upacara. Ziggurat bermaksud Rumah Berhala berbentuk menara dibina sebagai
tempat menyembah dan menyimpan berhala. Is dibina di kawasan yang tinggi di setiap negara kota
sebagai pusat pendidikan kerana biasanya tempat ibadat merupakan tumpuan bagi aktiviti politik,
ekonomi, dan sosial.
Dianggap sebagai hutang yang paling besar bagi dunia terhadap Sumeria. Ini merupakan satu
pengiktirafan yang besar kepada orang Sumeria. Karya yang terkenal ialah Gilgamesh dan
Lagenda Etana Adapa.

Pada peringkat awal,huruf matematik di buat di atas kepingan tanah liat yang keras berlubang.
Menggunakan bahan dari tanah liat kerana sukar dimusnahkan. Tanah liat tersebut mengandungi
token kecildengan ukuran yang berbeza. Bahagian luar dicap bagi menunjukkan siapa pemiliknya
atau pihak kontrak atau pegawai penguasa.

Merupakan tamadun yang awal menggunakan ukuran masa. Mahir dan mempolopori kiraan masa
dan hari. Dari segi kiraan masa, mereka telah membahagikan satu jam kepada 60 minit, dan satu
minit kepada 60 saat. Dari segi kiraan hari, mereka mencipta sistem 7 hari dalam seminggu dan
membahagikan 4 minggu satu bulan.

Pada zaman Babylon mereka telah pandai meramu tumbuhan dan akar kayu untuk dijadikan ubat.
550 jenis ubat yang digunakan oleh masyarakat Mesopotamia. Mengetahui cara-cara pembedahan
mata walaupun kepercayaan terhadap ahli sihir masih menebal.

Pada awalnya masyarakat kuno mengamalkan kepercayaan animisme. Segala yang memeberikan
kebaikan adalah tuhan. Penyembahan berhala menjadi popular dan banyak kuil berhala di bina di
Lembah Nil. Upacara dan keramaian diadakan bagi memuja dewa dewi. Re dianggap sebagai
dewa matahari. Tuhan-tuhan yang popular ialah Atum, Osivis dan Isis. Dewa-dewa dalam
bentuk kepala binatang menjadi element penyembahan dan pemujaan.

Di Tanah Arab, agama mereka diwarisi daripada nenek moyang penyembahan berhala yang
diukir sendiri. Islam ialah agama (din) yang datang dari wahyu yang diterima oleh Nabi
Muhammad melalui perantaraan Malaikat Jibril setelah diutuskan oleh Allah swt ketika baginda
bertahannuth di Gua Hira. Terbentuknya tamadun baru di bumi Arab melalui agama Islam yang
diturunkan oleh Allah(SWT) kepada Nabi Muhammad (SAW) untuk umatnya. Perkara dan nilai-
nilai penting dibina Rasullullah dalam membina tamadun Islam ialah akidah dan akhlak yang
mulia

Dalam pemerintahan Islam, konsep ummah dibentuk oleh Nabi Muhammad di bawah
Perlembagaan Madinah. Masyarakat disatukan untuk membentuk perpaduan yang kukuh.
Masyarakat bukan Islam seperti Yahudi Banu Awf, mendapat hak mereka walupun duduk di
bawah pemerintahan Islam. Mereka bebas beragama dan bebas membina pusat ibadat selagi
tidak mengganggu umat Islam. Mendapat tempat dalam pentadbiran selagi setia dan patuh
kepada undang-undang Islam sehingga dianggap sebagai ummah maal muslimin (ummah
bersama-sama orang Islam).

Rasulullah menjadi model yang baik kerana baginda sentiasa mencerminkan akhlak yang mulia.
Baginda mahu mengikis semangat asabiyyah jahiliah. Ilmu yang dibekalkan oleh baginda asa
keadilan, semangat kejiranan, toleransi dan kebebasan beragama.

Muncul beberapa kerajaan yang kukuh setelah kewafatan Rasulullah iaitu Khalifah Al-Mamun
di Baghdad, Khalifah Al-Hakam di Sepanyol dan Sultan Sulaiman Al-Qanuni di Istanbul.
Mempunyai ciri tamadun yang tinggi iaitu sistem kepercayaan, pentadbiran politik, ekonomi dan
sosial.

Masyarakat Mesir sudah pandai dalam bidang seperti penulisan, geometri, sains, perubatan,
matematikdan astronomi. Masyarakat Mesir sudah pandai menggunakan simbol atau reka bentuk
gambar untuk melambangkan huruf-huruf dan idea. Berjaya membuat pengiraan dari segi hari,
bulan tahun mengikut pergerakan matahari. Banjir kilat yang berlaku menyebabkan orang mesir
terpaksa mengukur luas sempadan sawah mereka setiap tahun. Pengukuran tanah yang dilakukan
oleh masyarakat mesir, dikatakan sebagai bangsa yang memulakan asas geometri.

Orang Sumeria merupakan pelopor utama dalam tulisan. Menggunakan tulisan berbentuk baji
(cuneiform). Pada permulaan, tulisan mereka lebih berbentuk lambang atau gambar yang
bertanda dengan suku kata yang berbeza. Kemudian berubah kepada bentuk simbol mewakili
suku kata tertentu. Pada tahun 3000-2700 s.m, sebanyak 24 tanda debentuk mewakili huruf
konsonan. Sistem simbol digunakan dan berkembang hingga membentuk asas-asas huruf.

Pada zaman Tamadun Melayu, golongan bangsawan yang menganuti agama Hindu dan Buddha
yang membesarkan keagunnan dewa-dewi. Mereka dikatakan tidak betul-betul memahami ajaran
tersebut kerana masyarakat Melayu-Indonesia lebih cenderung kepada kesenian berbanding sifat
falsafah agama Hindu. Melaka bukan sekadar perlabuhan perdagangan antarabangsa, dianggap
sebagai pusat pembinaan Tamadun Melayu-Islam. Pada abad ke-15, agama Islam berkembang
pesat di seluruh rantau Alam Melayu. Perkembangan Islam dibawa oleh ulamak-ulamak dan
mubaligh-mubaligh Islam. Sekitar abad ke 11- ke 15, ramai penduduk memeluk Islam kerana
ketaatan mereka kepada pemerintah iaitu Perlak, Sumatera Utara, Semenanjung Melayu, Acheh
dan Kalimantan. Islam semakin bercambah dan banyak masjid-masjid dibina. Masjid menjadi
tmpat beribadat, perpustakaan, tempat berhimpun dan tempat menyampaikan ilmu pengetahuan.
Setelah Melaka di datangi oleh ulamak dari Arab, India dan China, ia menjadi pusat penyebaran
ilmu pengetahuan dan pusat peningkatan intelektualan di Nusantara. Pusat pengajian Islam yang
berkembang telah diilhamkan sendiri oleh Raja-raja Melayu. llmu fardhu ain dan fardhu kifayah
dipelajari oleh masyarakat dan jugak pemimpin. Ilmu falsafah dan metafizik dipelajari oleh
golongan yang minat kepada ilmu yang lebih tinggi. Kesusasteraan dan dahasa melayu
berkembang akibat kesedaran intelektual. Karya sastera berbahasa Melayu-Jawi dihasilkan oleh
tokoh-tokoh besar iaitu Hamzah Fansuri, Abdul Rauf Singkel, Shamsuddin Pasai, Amir Hamzah
dan Raja Ali Haji. Bahasa jawa dan Sanskrit menjadi bahasa penting dalam kepulauan Melayu-
Indonesia bagi agama Hindu-Buddha. Selepas kedatangan Islam, Bahasa Melayu berperanan
sebagai lingua-franca. Ia digunakan dalam segala aspek dan perkembangan sehingga mampu
melahirkan karya-karya agama, undang-undang, kesusasteraan dan falsafah. Penterjemahan Al-
Quran dilakukan pertama kalinya dalam Bahasa Melayu disertai dengan syarahannya yang
berdasarkan al-Baydawi.

Sejak zaman Greek, masyarakat percaya kepada dewa-dewi Olympia. Ahli falsafahnya,
Herodotus percaya semua yang berlaku disebabkan takdir tuhan. Tuhan mengambil bahagian
dalam hal ehwal manusia seperti menghukum orang yang berdosa dan menggulingkan raja yang
sombong dan zalim. Sebelum malapetaka menimpa sesebuah negara, tuhan akan memeberi
alamat agar manusia berwaspada. Setelah agama Kristian tersebar luas di Eropah pada
Petengahan,masyarakat berpegang teguh kepada prinsip agama Kristian. Gereja berperanan
dalam pemerintahan kerajaan sehingga masyarakat terpaksa tunduk kepada ajaran gereja. Paderi-
paderi berpegang kuat kepada ajaran kitab Bible. Paderi yang terkenal St. Augustine
memaparkan idea teologi sejarah dan karya the City Of God dan Confessions sehingga
mempengaruhi masyarakat Eropah dan lebih berasakan kepada sejarah manusia yang tercatat
dalam kitab Bible. Baginya kebenaran hakiki bukan melalui pancaindera, pandangan semata-
mata tetapi melalui wahyu dan hidayah oleh tuhan melalui agama Kristian.

Pada Zaman Pemulihan Semula (Renaisance), golongan Humanis cuba mengutamakan


permikiran yang rasional dan saintifik daripada percaya kepada tuhan dan kerohanian semata-
mata. Zaman Kesedaran (Enlightenment), pandangan diteruskan oleh golongan falsafah yang
menggelar diri mereka philosophes. Ahli falsafah tersebut Voltaire, Montesquieu, Condorcet
dan Turgot. Mereka menentang idea skolastik yang dibawa oleh pihak gereja dan dianggap kolot,
ketinggalan zaman dan tidak membawa pembaharuan kepada masyarakat. Cuba memisahkan
masyarakat dari agama yang dianuti sebelum ini. Berdasarkan fahaman rasionalisme dan
saintifik, idea kemajuan (Idea of Progress) diperkenalkan. Berkembang hebat hingga kini di
seluruh negara barat, negara-negara Islam dan Asia. Tamadun Kristian kian merosot akibat
mengejar kebendaan dan kemewahan.
LAMPIRAN

KOD UNDANG-UNDANG HAMMURABBI SARGON(PEMERINTAH HAMMURABBI


AKKADIA

KAUM HAMITIK FIRAUN MENES

HARAPPA LOTHAL
MAHARAJA SHIH HUANG TI

LAKARAN TAMADUN MESPOTAMIA

MESIR KUNO TERLETAK DI PERTANIAN MERUPAKAN ASAS KEGIATAN


SEPANJANG SUNGAI NIL EKONOMI BAGI TAMADUN MESIR
TAMADUN MELAYU DI PELABUHAN MELAKA

PERUSAHAAN MASYARAKAT MESOPOTAMIA

firaun

Pembesar, bangsawan,rahib,
jurutulis, tuan tanah

Rakyat bebas
(petani,pedagang, artisan)

hamba

HIERARKI TAMADUN MESIR


TAMADUN DI LEMBAH INDUS GILGAMES LAGENDA ETANA
H ADAPA

ZIGGURAT (RUMAH BERHALA)

TUHAN ENLIL (TUHAN TANAH) TUHAN ENKI (TUHAN AIR)

TUHAN ANU (TUHAN SYURGA)

You might also like