You are on page 1of 6

FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN (KEPUJIAN)

EKONOMI PERNIAGAAN

BA250

KERTAS CADANGAN

TAJUK : BANDINGKAN KEDUDUKAN WANITA


DARIPADA PERSPEKTIF TAMADUN INDIA DAN
ISLAM.

DISEDIAKAN OLEH :

1. DG AZIEMAH IZZATI BINTI AISA (2019424014) - KETUA

2. NADIA BINTI DONALD (2019805378)

3. CALISTA ANAK GINDON (2019868114)

4. LINA BATRISYA BINTI SAFRUDDIN (2019831636)

5. KHAIRUNNISA MARIAH BINTI KAMARON (2019468544)

Kertas Cadangan Dihantar kepada Miss Sharifah Sari binti Datu Asal dalam
Memenuhi Sebahagian Keperluan untuk

CTU 551 (TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA)

SEMESTER 1

SESI 2019/202

1
1.0 PENGENALAN

Sebelum kedatangan agama islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW

kedudukan wanita berbeza dengan selepas kedatangan agama islam di Semenanjung

Tanah Arab. Pada zaman Arab Jahiliah kedudukan wanita ketika itu amat rendah dan

dipandang hina oleh golongan lelaki Arab Jahiliah Hal ini dikatakan demikian kerana,

pada zaman jahiliah golongan jahiliah ini lebih mementingkan kekuasaan seseorang

lelaki dan menganggap kaum lelaki sahaja yang berhak untuk memerintah kabilah .

Manakala pandangan terhadap kedudukan wanita di antara sesebuah tamadun

adalah berbeza terutama pada tamadun Islam dan tamadun India. Kedua dua tamadun

ini mempunyai tanggapan yang berbeza terhadap kedudukan seseorang wanita.

2
2.0 PERMASALAHAN KAJIAN

Kajian ini meneliti bagaimana kedudukan wanita yang berbeza di

tamadun Islam dan tamadun India mempengaruhi sesebuah tamadun.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

i. Mengenal pasti sejarah awal kewujudan kepentingan kedudukan wanita dalam

sesebuah tamadun

ii. Mengkaji perbandingan kedudukan wanita diantara tamadun islam dan tamadun

india.

iii. meneliti perkembangan kedudukan wanita di tamadun islam dan tamadun india

3
4.0 METODOLOGI KAJIAN

kajian ini dijalankan dengan menggunakan beberapa kedah kajian yang secara

khususnya digunakan semasa menjalankan kajian bagi mendapatkan maklumat

berkaitan kajian yang hendak dijalankan. Kaedah ini digunakan bagi memudahkan

pengkaji untuk memperoleh maklumat berkaitan dengan kajian yang telah dijalankan

oleh pengkaji dimana maklumat yang di dapat adalah maklumat yang sahih dan tepat

bagi mengelakan sebarang kegagalan dalam melaksanakan kajian ini. Oleh itu,

kaedah yang digunapakai oleh pengkaji adalah :

4.0.1 Kaedah pengumpulan data

a. Data Sekunder

Penggunaan laman web sebagai sumber untuk mendapatkan maklumat berkaitan

kajian adalah tidak asing lagi semasa menjalankan kajian. Hal ini kerana, internet

merupakan sumber rujukan yang luas ekoran jaringan yang tanpa sempadan dan

meluas bagi melakukan proses mencari maklumat berkaitan kajian yang hendak dikaji

dan mengambil data tersebut sebagai rujukan bagi melaksanakan kajian.

Secara khususnya rujukan buku-buku ilmiah juga merupakan rujukan yang sangat

membantu selain rujukan melalui internet bagi mendapatkan maklumat dan fakta yang

tepat dan dipercayai bagi membuat kajian ini. Justeru itu, pengkaji telah memilih

beberapa buku ilmiah untuk dijadikan bahan rujukan bagi mendapat sedikit sebanyak

maklumat untuk menyelesaikan kajian ini. Ianya juga termasuk :

b. Kaedah Keperpustakaan

Melalui kaedah ini, terdapat pelbagai jenis bahan-bahan rujukan seperti buku

dan jurnal-jurnal boleh didapati. Antara perpustakaan yang dirujuk adalah

Perpustakaan Tunku Abdul Rahman UiTM Kota Kinabalu.

4
c. Kaedah Sumbang Saran

Melalui kaedah ini, banyak pengetahuan yang dapat dikumpul melalui

perkongsian ilmu daripada ahli-ahli kumpulan yang lain

4.0.2. Kaedah menganalisi data

Analisis kuantitatif merupakan kaedah analisis yang dijalankan oleh pengkaji untuk

menganalisi data kajian dengan menggunakan konsep penjadualan, pengiraan dan

juga graf yang sesuai dengan data kajian yang telah diperoleh daripada sumber

sumber sekunder. Dengan ini, dengan menggunakan rumus-rumus yang dirujuk

daripada sumber sekunder pengkaji dapat menggunakannya dalam pengiraan data

kajian. Selain itu, bagi memudahkan pengkaji, pengkaji telah menggunakan konsep

penjadualan data bagi memudahkan pengasingan data agar tidak bercampur dimana

ianya akan menyebabkan keralatan semasa proses menganalisis data. Oleh itu, dengan

menggunakan jadual, ianya dapat memudahkan pengkaji. Selepas itu, barulah kaedah

membuat graf yang sesuai dilakukan oleh pengkaji bagi data yang telah dikumpul dan

dijadualkan.

5
5.0 SOROTAN KAJIAN LEPAS

Hasil daripada penyelidikan yang pengkaji telah lakukan ,tiada penyelidik yang

lain yang melakukan kajian berkaitan kedudukan wanita diantara tamadun Melayu

dan tamadun India. Namun begitu, terdapat kajian tentang kedudukan wanita daripada

perspektif Islam dan Budhha serta terdapat juga kajian mengenai perkembangan

tamadun Islam dan tamadun India.

6.0 BIBLIOGRAFI/RUJUKAN

Ninie Amira, kedudukan wanita daripada perspektif Islam dan Buddha,Universiti

Kebangsaan Malaya,Selangor,

Ung Yi, kelahiran dan perkembangan tamadun, Universiti Malaysia Terengganu.

Terengganu,2001.

You might also like