You are on page 1of 10

Pengenalan

Elemen- elemen Tamadun Mesir Purba selalu dilihat dalam pelbagai filem antarabangsa. Sebagai
contoh filem, . namun adakah setiap elemen yang dipaparkan itu adalah mengikut rentetan
sejarah tamadun Mesir Purba yang betul. Oleh itu, objektif utama folio ini adalah untuk
mengumpul serta menerangkan dengan lebih lanjut tentang sejarah tamadun Mesir Purba.
Tamadun ini di anggap sebagai tamadun yang misteri dan memerlukan lebih banyak kajian
dibuat agar dapat mengupas sejarah sebenar tamadun Mesir Purba.














Kedudukan Geografi Tamadun Mesir Purba

Kedudukan Geogarfi Kerajaan Mesir

Sebagaimana tamadun-tamadaun lain, tamdun mesir purba juga berpusat di lembah
sungai. Dalam tamadun mesir purba, sungai yang menjadi pusat pekembangan tamadun ini ialah
Lembah Sungai Nil. Selaain itu kebanyakan geografi mesir terletak di Afrika Utara.
Melalui kedudukan geografi ini lahirlah dua kerajan yang berbeza berdasarkan
kedudukan mereka. Kerajaan tamadun Mesir Purba dibahagikan kepada kerajaan yang dikenai
sebagai Mesir Hulu(Upper Egypt) dan Hilir(Lower Egypt). Kerajaan ini dinamakan bersempena
aliran sungai Nil, yang mengalir menghala ke utara dari titik selatan ke Mediterranean. Sunagi
Nil mejadi tumpuan penduduk tempatan. Sungai Nil juga dianggap sebagai faktor penting dalam
kebudayaan, cara hidup dan ekonomi Tamadun Mesir Purba.
Impak daripada dua kerajaan, telah membentuk Kemek (tanah hitam), yang bermaksud
tanah hita yang dimendak air banjir sungai Nil. Manakala di kawasan gurun dikenali sebagai
Deshret (tanah merah). Ali ini dapat dipastikan melalui kata-kata yang dipetik daripada
Herodutus:
"Mesir merupakan negara tanah hitam.... Kita ketahui bahawa Libya
mempunyai tanah lebih merah." (Histories, 2:12)
Malah Herodutus juga mengatakan tentang rupa fizikal penduduk di dua kerajaan tersebut
berdasarkan kata-katanya:
"Colchians adalah penduduk Mesir...berdasarkan fakta bahawa mereka berkulit hitam dan
mempunyai rambut kerinting." (Histories Book 2:104)

Champollion yang lebih muda (yang mendikripsi Batu Rosetta) dalam Expressions et Termes
Particuliers (Pernyataan
dan Syarat Khusus)
Hal ini telah mewujudkan satu fahaman bahawa Kemek itu tidak bermaksud tanah hitam tetapi
merujuk khusus kepada penduduknya yang berkulit hitam dalam ertikata Negara Hitam













Kerangka Masa Tamadun Mesir Purba
Kerangka masa tamadun Mesir Purba dimulakan dengan:
1. Early Dynasty Period
2. Old Kingdom
3. 1
st
Intermediate Period
4. Middle Kingdom
5. 2
nd
Intermediate Period
6. New Kingdom
7. Late Dynasty Period
8. Greek-Roman Period.




















Sejarah
Penduduk Mesir purba sendiri menjejak asal keturunan mereka kepada tanah yang mereka kenali
sebagai Punt, atau "Ta Nteru" ("Tanah Dewa-dewa"). Suatu suatu masa dahulu, ia biasanya
diagak sebagai terletak di apa yang sekarang ini dikenali sebagai persisiran Somalia, Punt
sekarang ini dipercayai sebagai terletak samaada di selatan Sudan atau Eritrea. Sejarah Mesir
purba sebenar bermula dengan Mesir sebagai negara bersatu, yang berlaku pada satu ketika
sekitar 3000 SM, walaupun bukti arkeologi menunjukkan bahawa masyarakat Mesir maju
mungkin telah wujud untuk tempoh yang lebih lama. Sepanjang Sungai Nil, pada milenium ke-
10 SM, kebudayaan mengisar bijirin yang menggunakan jenis mata sabit terawal telah digantikan
dengan kebudayaan penduduk pemburu, pengail, dan pengumpul-pemburu yang menggunakan
peralatan batu. Bukti turut menunjukkan kehadiran manusia di barat daya Mesir, berhampiran
sempadan Sudan, sebelum 8000 SM. Pertukaran cuaca dan/atau terlebih ragut sekitar 8000 SM
mula mengeringkan padang ragut di Mesir, yang akhirnya mendorong kepada pembentukan
Sahara (2500 SM), dan puak-puak awal dengan sendirinya terdorong untuk berpindah ke sungai
Nil di mana mereka memajukan ekonomi pertanian setempat dan masyarakat yang lebih berpusat.
Terdapat bukti ternakan dan penanaman bijirin di Timur Sahara pada alaf ke-7 SM. Sehingga
6000 SM penduduk Mesir purba di sudut baratdaya Mesir telahpun mengembala lembu dan
membina bangunan besar. Mortar dalam pembinaan bangunan telah digunakan menjelang 4000
SM. Tempoh Pradinasti Mesir berterusan sepanjanng tempoh masa ini, sebelumnya dipegang
pelbagai oleh kebudayaan Naqada. Sesetengah pakar bagaimanapun memulakan Predinasti Mesir
lebih awal, di Paleolithik Bawah (lihat Pradinasti Mesir). Mesir bersatu sebagai satu Negara
sekitar 3000 SM. Kronologi Mesir termasuk menetapkan permulaan dan pengakhiran sesuatu
dinasti sekitar tempoh masa ini. Kronologi Mesir biasa adalah yang diterima pakai semasa abad
ke 20, tetapi tidak termasuk cadangan rombakan besar yang turut diajukan ketika itu. Malah
dalam hasil kerja yang sama, seringkali pakar kaji purba menawarkan beberapa tarikh yang
mungkin atau beberapa khronologi lain sebagai mungkin. Disebabkan itu, kemungkinannya
terdapat beberapa perbezaan antara tarikah ditunjukkan di sini dan dalam rencana
pemerintah tertentu. Seringkali juga terdapat beberapa variasi ejaan nama.
Senarai firaun -- Firaun telah wujud semenjak sebelum 3000 SM sehingga sekitar 30 SM

Agama Dan Kepercayaan
Pada awalnya Mesir menerima agama Kristian melalui pengikut Nabi Isa yang bernama Peter.
Apabila Islam mula berkembang di Madinah Al-Munawwarah, Islam turut tersebar di Mesir iaitu
pada zaman pemerintahan Umar Al-Khattab
Orang Mesir Purba berpegang kepada konsep kepercyaan Politeisme iaitu percaya atau memuja
banyak tuhan seperti dewa dan juga dewi. Tuhan-tuhan ini dipuja di kuil mereka. Tuhan orang
Mesir Purba selalu dikaitkan dengan unsur alam . Contohnya:
Amun Re (Tuhan Matahari)
Ra Atum (Tuhan Langit)
Amun (Tuhan Angin)
Isis (Tuhan Bulan)
Osiris (Tuhan Sungai Nil)
Shu (Tuhan Udara)
Tuhan yang paling penting dan sering diagung-agungkan ialah Amun Re dan juga Osiris.
Menurut kepercayaan mereka, Seth ialah tuhan jahat yang selalu menyebabkan tanaman rosak.
Firaun Amhotep IV pernah cuba memperkenalkan idea satu tuhan tetapi ditentang oleh para sami.
Oleh itu, beliau terpaksa juga membenarkan pemujaan ramai tuhan.
Penduduk Mesir Purba turut percaya tentang kehidupan selepas mati. Oleh itu, mereka
memastikan mayat disimpan dengan baik dan dijaga dengan teliti. Mereka akan mengawet mayat
untuk menghalangnya daripada reput. Mereka percaya bahawa tuhan Osiris akan memberikan
kehidupan selepas mati.Makam mayat akan dipenuhi dengan peralatan dan juga keperluan
kehidupan selepas mati. Contohnya, makanan, pakaian, perkakas rumah dan barang kemas
supaya mayat ini hidup bahagia di akhirat. Solekan mayat, alat kebesaran, dan jumlah barang
yang dikebumikan di dalam makam melambangkan kedudukan ataupun status mayat tersebut.
Mayat ini diberi gelaran mumia ataupun dalam Bahasa inggeris, mummy. Piramid dibina untuk
menyimpan harta Firaun yang telah mati dan mayat yang telah dimumiakan. Piramid yang
terkenal ialah pyramid raja Khufu (Cheops) yang dibina oleh Giza.
Bahasa dan Penulisan Tamadun Mesir
Penduduk zaman mesir purba bertutur dalam Bahasa Afro-Asiatik berkait dengan Bahasa Chadic,
Berber dan juga Semitik.Sekitar 3200 Sebelum Masihi, bahasa mesir silam telah direkodkan.
Berikut ialah kronologi Bahasa Mesir Silam:

Pada zaman Mesir Purba, sistem penulisan yang digunakan ialah Hieroglif. Hieroglif dan juga
skrip baji Mesopotamia adalah antara sistem penulisan tertua di dunia. Skrip hieroglif terbahagi
kepada dua iaitu silabik dan juga ideografik.
Bentuk hieroglif Mesir bersambung yang pertama digunakan semasa Dinasti Pertama (kk 2925
SM-kk 2775 SM) dikenali sebagai Hieratik.
Maksud Demotik dari sudut istilah Mesir ialah asal. Dari sudut pandangan Hellenistik pula
berubah menjadi kepada kedua-dua skrip dan Bahasa selepas tahap Mesir Silam Akhir kepada
Nubian dinasti ke-25 sehingga ia dipinggirkan oleh Yunani Koine pada awal abad. Selepas Umar
bin al-Khattab menakluk Mesir, Bahasa koptik kekal sehingga Zaman Pertengahan sebagai
Bahasa keagamaan oleh sebilangan kecil Kristian.
Sekitar abad ke-4 skrip Hieroplif tidak lagi digunakan tetapi kembali dijumpai pada abad ke-15.
Abjad terawal juga dicipta di Mesir Purba, sebagai hasil daripada silibus hieroglif.
Mesir Silam
(Sebelum 2600 SM)
Mesir Lama
(2600-2000 SM)
Mesir Tengah
(2000-1300 SM)
Mesir Akhir
(1300-700 SM)
Mesir Demotik
(abad ke-7 SM-ke-4 )
Bahasa Koptik
(abad ke-3-abad ke-12)
Sumbangan Tamadun Mesir Purba
Seni Bina
Sumbangan utama tamadun Mesir Purba kepada ketemadunan manusia dalm seni bina
ialah piramid.
Imhotep iaitu seorang saintis, ahli fizik, arkitek dan juga seorang penasihat penting
kepada Firaun Djoser merupakan pencetus pembinaan piramid.
Teknik pembinaan menggunakan batu bata telah diperkenalkan oleh Imhotep.
Beliau juga adalah pengamal ilmu perubatan , pengarang buku sains dan sastera.
Pembinaan piramid menggambarkan kreativiti masyarakat Mesir Purba dalam bidang
pembinaan.
Pendidikan
Hasil kepandaian orang Mesir Purba mencipta kertas daripada pokok papyrus yang
banyak hidup di Lembah Nil.
Penciptaan kertas banyak memudahkan kerja penyimpanan dan meninggalkan
kebergantungan di kepingan batu bata untuk menyimpan segala khazanah bangsa MESIR
Purba pada ketika itu.
Peninggalan tamadun Mesir Purba kepada dunia kini adaah dalam bentuk rekod yang
tertulis dan terpahat dalam sistem tulisannya iaitu tulisan hieroglif.
Keagungan tamadun Mesir Puurba dapat dilihat melalui tulisan yang terpahat dengan
begitu cantik, halus dan penuh seni pada makam dan batu.
Kerajaan Mesir Purba turut menyediakan sistem pendidikan buat kanak-kanak daripada
keluarga atasan. Mereka memberi pendidikan kepada kanak-kanak tersebut ketika mereka
masih kecil.
Institusi pendidikan ini diurus oleh rumah ibadat dan diletakkan di bawah pentadbiran
kerajaan.
Penekanan terhadap pendidikan bertujuan untuk melahirkan para pegawai kerajaan
terutamanya jurutulis yang sempurna dan juga terlatih.
Ilmu geometri, matematik, dan juga sains diajar bagi melahirkan golongan bijak pandai
yang terlatih yang boleh menguruskan hal ehwal pertanian, pengawalan air Sungai Nil
serta pembinaan bangunan serta piramid.
Perubatan.
Tamadun Mesir Purba sangat maju dalam bidang ilmu perubatannya dan telah
melahirkan ramai pengamal perubatan. Mereka mendapat status yang tinggi
dalam masyarakat Mesir Purba dan berkhidmat untuk firaun dan juga pada
masyarakat Mesir Purba.
Kemajuan bidang perubatan tamadun Mesir Purba terutamanya dalam bidang
memumiakan mayat berkait rapat dengan kepercayaan penduduk Mesir Purba.
Tahap keilmuan dan kemahiran terutamanya dalam bodang fizik, kimia,
perubatan dan juga pembedahan memberikan sumbangan besar kepada
perkembangan ilmu perubatan sehingga ke hari ini.
Pengawalan Aliran Air Sungai Nil.
Keagungan Tamadun Mesir Purba banyak bergantung kepada aliran air Sungai Nil yang
menjadi nadi kepada kerajaan Mesir Purba.
Perkembangan ilmu matematik seperti algebra, geometri dan juga astronomi telah
digunakan sepenuhnya dalam usaha penduduk Mesir Purba mengawal banjir di Sungai
Nil yang berlaku sekali dalam setahun.
Pemerintah Mesir Purba telah berjaya mencipta sistem pengairan yang telah menukarkan
kawasan padang pasir menjadi kawasan tanah pertanian.
Semasa pemrintahan Firaun Senuusret III beliau telah membina tembok pengairan
sepanjang 123 kilometer bagi menebus guna kawasan padang pasir dan membina terusan
untuk mengairkan tanah seluas 10 000 hektar.
Pengetahuan dalam bidang astronomi dan matematik ini membolehkan orang Mesir
Purba memperkenalkan sistem calendar 365 hari bedasarkan 12 bulan dalam setahun.


Penutup

You might also like