You are on page 1of 4

FAKULTI KEMANUSIAN SENI DAN WARISAN

HA24 SEJARAH

AJ 20703 SEJARAH AMERIKA SYARIKAT SEBELUM REVOLUSI


AMERIKA

NAMA PENSYARAH : PROF MADYA DR BILCHER BALA

BIL
1
2
3

NAMA
DENIE MAXWELL ANAK SEKEP
NURUL SYAKILLA NABILA BINTI MAD KASAWA
JASMI MHD NASIER

NO MATRIK
BA13110074
BA13110395
BA13110135

SOALAN 7 : "And so Georgia was made. TO English, and Scot, and German, in
time were added the Virginian and the New Englander, and from them all have
sprung a race as brave and self-relaint as ever stood in the line of battle or
conquered in the fierce struggles of peace." [W.G. Charlton, 1900, The Making of
Georgia, hlm. 27]
Berdasarkan pernyataan tersebut, perihalkan sejarah perkembangan koloni Georgia
sehingga tahun 1752.

PENGENALAN.
Koloni Georgia merupakan koloni terakhir (ke-13) yang dibentuk di Amerika Utara.
James Oglethorpe mendapat paigam daripada King George II pada 9 Jun 1732 untuk
menubuhkan sebuah koloni iaitu Georgia. Oleh sebab itu, Georgia dinamakan
sempena dengan nama King George II.
Penubuhan koloni ini amat unik kerana ia berbeza dengan matlamat awal penubuhan
koloni lain kerana pada amnya ia bertujuan untuk membantu rakyat miskin yang
dibelenggu hutang selain untuk tujuan pertahanan. Namun realitinya, ramai
penduduk awal Georgia bukan terdiri daripada penghutang.
SEJARAH AWAL KOLONI GEORGIA.
Sejak tahun 1670, Sepanyol merupakan kuasa asing yang menjadi pesaing kepada
kuasa British dalam mendirikan koloni mereka di Amerika Utara berikutan faktor
geografi. Sepanyol sentiasa ingin merebut Georgia daripada kuasa British.
Konflik berlaku apabila Sepanyol menubuhkan pangkalan di kawasan sekitar pantai
Georgia dan Florida manakala British menubuhkan koloni Carolina di South Carolina
dimana kawasan mereka berhampiran.
Pada 1701, berlaku peperangan di Eropah antara England dan Sepanyol, perang
turut melibatkan kedua-dua pihak di benua Amerika Utara.
Namun begitu, walaupun selepas perang antara England dan Sepanyol tamat pada
1713, permusuhan antara kedua-dua pihak terus berlaku di benua Amerika untuk
menjaga kepentingan masing-masing.
Oglethrope kemudiannya menyedari akan kepentingan berkenaan perlunya
mewujudkan satu tempat pertahanan khususnya di sekitar South Carolina di mana
sebuah kubu pertahanan Frederica atau Fort Frederica pada tahun 1736 yang
dinamakan sempena Putera Wales, Frederick Louis (1702-1754).
Kesannya, Georgia ditubuhkan untuk tujuan pertahanan bagi melindungi kepentingan
mereka di Amerika dan menghalang perluasan kuasa Sepanyol di Amerika.

KRONOLOGI PEMBENTUKAN KOLONI GEORGIA.


TAHUN
1732

1733

1734
1735

PERISITIWA
King George II telah menganugerahkan piagam kepada James Onglethorpe
pada 9 Jun 1732 untuk menubuhkan sebuah koloni iaitu Georgia. Piagam ini
memberikan hak ke atas kawasan antara Sungai Savannah dan Sungai
Altamaha. Kapal The Queen Anne bersama 114 penumpang diketuai oleh
General James Onglethorpe telah berlayar dari England.
Pada 12 Februari 1733, Queen Anne telah mendarat di Savannah bersama
penumpangnnya yang mana akan membentuk Georgia. Mereka mula menduduki
Savannah. Oglethorpe akhirnya berjaya membina sebuah pangkalan di muara
Sungai Savannah.
Pada bulan Mac, pengikut-pengikut Oglethorpe telah membina 91 log house
untuk mengharungi Sungai Savannah.
Trustees Georgia gubal 3 undang-undang. Diterima oleh Common Council dan
menerima kelulusan diraja pada 9 Januari 1735.
i) Statut larangan mengimport minuman beralkohol (Rum, Brandy)
ii) Undang-undang mengekalkan keamanan dengan masyarakat peribumi Indiandi
2

1736

1737

1739
1740

1741

1742
1744
1747

1749
1750
1751
1752

Selat Georgia.
iii) Akta melarang pembelian/ penjualan/ penggunaan hamba.
Kubu pertahanan Frederica dibina di Pulau St. Simons. Oglethorpe telah
membawa lebih banyak penduduk dari England ke Georgia. Bersama beliau ialah
John dan Charles Wesley. Beliau datang ke Georgia sebagai seorang Paderi
Gereja England. Merupakan orang yang memulakan the worlds first protestant
Sunday School.
John Wesley kurang senang dengan keberadaannya di Georgia walaupun pada
akhirnya dia mengalami spiritual rebirth dan menubuhkan gerakan Methodist.
Selepas meninggalkan Georgia, beliau digantikan oleh George Whitefield (orang
yang menubuhkan rumah anak yatim Betheseda dan orang yang menubuhkan
sekolah English pertama). Whitefield walau bagaimanapun hanya akan mula
bertugas secara rasmi pada tahun berikutnya.
Tomochichi, ketua peribumi Indian suku Mico yang telah membantu untuk
mendapatkan koloni Georgia meninggal pada usia 97 tahun.
James Oglethorpe mengetuai serangan yang dibentuk daripada penduduk
Georgia dan South Carolina serta beberapa orang penduduk peribumi Indian
untuk menewaskan tentera Sepanyol, St. Augustine. Kemudian Oglethorpe dan
pasukannya diserang di Fort Mose dimana mereka kehilangan banyak nyawa.
Mereka kemudian berundur ke St. Simons Island. George Whitefield
menubuhkan Rumah Anak Yatim Bethesda di Savannah.
Georgia Trustees kemudiannya membahagikan Georgia kepada dua bahagian
(counties) Savannah yang meliputi kawasan utara Sungai Ogeechee ke
Sungai Savannah dan, Frederica yang meliputi kawasan selepas Savannah ke
selatan.
Pihak British telah mengalahkan Sepanyol dalam peperangan Bloody Marsh.
Sepanyol menuntut Georgia sebagai sebahagian daripada wilayahnya.
Koloni Georgia mengalami masalah ekonomi.
Mary Musgrove dan suami keduanya, Thomas Bosomworth telah menuntut hak
mereka ke atas Savannah berikutan khidmat menterjemah Mary dan suami
pertamanya John. Oleh itu, mereka diberikan hak ke atas Ossabaw, St.
Catherines, dan Sapelo Islands oleh masyarakat tempatan Creek Indians yang
kemudiannya akan diserahkan semula kepada Georgia melalui perjanjian 1757.
Perhambaan mula dituntut oleh sebahagian penduduk di Georgia.
Undang-undang berkenaan perhambaan dimansuhkan walaupun ia hanya
berkuat kuasa pada 1 Januari 1751.
Perhambaan secara rasminya dibenarkan. Henry Parker menubuhkan tentera
Georgia yang pertama.
Piagam Koloni Georgia diserahkan semula kepada kerajaan British walaupun
piagam tersebut hanya akan mencapai tamat tempoh sah pada tahun 1753.
Koloni Georgia menjadi Crown Colony dan diikuti dengan lebih banyak undangundang bercorak liberal.

RUMUSAN.
Secara tuntasnya, walaupun James Oglethorpe mengasaskan koloni Georgia ditubuhkan
dengan tujuan untuk memberi memberi peluang kepada penghutang selain bertindak
sebagai zon pertahanan bagi kuasa British, namun pada realitinya hal ini tidak dapat
direalisasikan berikutan tiada seorang pun penduduk awal Georgia terdiri daripada golongan
berhutang. Bahkan hanya sebilangan penduduk sahaja yang mempunyai hutang sepanjang
perjalanan koloni ini daripada penubuhannya sehingga tahun 1752. Koloni ini kemudiannya
3

dapat dimajukan seiring dengan perkembangan koloni-koloni lain setelah diuruskan oleh
kerajaan British di bawah system Crown Colony.
RUJUKAN
BUKU
A. M. De Quesada, 2011, A History of Georgia Forts: Georgia's Lonely Outposts, United
States: The History Press.
David Lee Russel, 2006, Oglethorpe and Colonial Georgia: A History, 1733-1783. North
Carolina: McFarland
Jerome R. Reic , 1998, Colonial America , Fourth Edition, New Jersey : Prentice Hall
International.
Tamara L. Britton, 2010, The Georgia Colon, United States: ABDO Publishing Company.
DISERTASI
Andrew C. Lannen (2002). Liberty and Authority in Colonial Georgia: 1717-1776. Published
Thesis. Lousiana State University: Agricultural and Mechanical College.
LAMAN SESAWANG
Georgia Info: Georgia as an English Colony 1732-1775. Laman web:
http://georgiainfo.galileo.usg.edu/topics/history/article/georgia-as-an-english-colony-17321775/timeline-georgia-as-an-english-colony. Diakses pada 26 November 2014 pada jam 4.06
p.m.

You might also like