You are on page 1of 8

Berpandukan kaum Sabah iaitu Kadazandusun dan kaum India, terdapat perbezaan dari aspek bangsa.

Dari segi populasi, kaum sabah iaitu Kadazan dusun merupakan 10% daripada kumpulan Bumiputera, manakala kaum India tidak tergolong dalam kategori Bumiputera tetapi tergolong dalam kumpulan bukan Bumiputera. Walaubagaimanapun, kaum India adalah bangsa ketiga terbesar di Malaysia dan merupakan kumpulan etnik majoriti yang terkecil antara kaum Melayu dan Cina di bahagian Semenanjung Malaysia. Manakala, kaum Kadazandusun merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sabah. Kadazandusun melopori etnik yang lain mengatasi Murut dan Bajau. Kepelbagaian kaum seperti Kadazandusun dan India contohnya telah mempamerkan keunikan negara Malaysia serta menjadi daya tarikan pelancong. Dalam menyusuri sejarah pembentukan kaum Kadazandusun, kaum ini berasal dari Indo China dan nama asal kaum ini adalah Kadazan, namun diubah kepada Kadazandusun pada 25 September 1991, hasil gabungan daripada Kadazan dan Dusun yang mempunyai bahasa dan budaya yang serupa. Berbeza dengan kaum India yang asalnya dari Selatan India dan berhijrah ke Tanah Melayu semasa pemerintahan British di Tanah Melayu. Perbezaan ketara antara kaum Kadazandusun dan kaum India dilihat pada bilangan sub-etnik atau suku kaum. Kaum Kadazandusun terdiri daripada 40 suku kaum seperti Bisaya dan Murut, manakala kaum Tamil hanya terdiri daripada 7 suku kaum iaitu Tamil, Bengali, Gujerati, Malayali, Sinhala, Telugu dan Punjabi. Ini memperlihatkan bahawa Malaysia kaya dengan khazanah bangsa yang pelbagai. Jika disusuri setiap satu suku kaum, sudah pasti perbezaan dan keunikan yang tersendiri ditemui dan diperhatikan.

Berdasarkan

bahasa

rasmi

yang

diajarkan

di

sekolah-sekolah,

kaum

Kadazandusun menggunakan bahasa Kadazandusun sebagai bahasa komunikasi sementara itu, kaum India sudah pasti menggunakan bahasa Tamil.

Walaubagaimanapun, kaum Kadazandusun yang terdiri daripada pelbagai sub-etnik atau suku kaum juga mempunyai bahasa mereka tersendiri dalam berkomunikasi atau lebih dikenali juga dengan dialek bagi yang berada di sebelah Semenanjung Malaysia. Setiap kaum di Malaysia sudah pasti mempunyai perayaannya yang tersendiri berpandukan agama masing-masing. Bagi kaum Kadazandusun, perayaan yang sinonim dengan mereka adalah perayaan Pesta Kaamatan yang diadakan setiap tahun iaitu 30 dan 31 Mei. Walaubagaimanapun, mereka dikatakan merayakannya sepanjang bulan Mei dan kemuncak perayaan mereka adalah peraduan ratu cantik atau Unduk Ngadau. Perayaan ini juda dikenali sebagai Tadau Kaamatan dalam bahasa Kadazandusun. Bagi kaum India pula, mereka lebih terserlah dalam perayaan Deepavali atau Pesta Cahaya. Deepavali juga dikenali Diwali atau Devali dalam bahasa Hindi dan ia merupakan gabungan perkataan Depa iaitu cahaya dan Gavali iaitu barisan. Perayaan ini dikatakan disambut pada 14 bulan Apasi mengikut kalendar Tamil. Dari segi aspek agama yang dianuti, kaum Kadazandusun majoritinya menganuti agama Kristian sementara kaum India pula menganuti agama Hindu. Namun, kaum India ada juga yang beragama Sikh, Kristian, Jain (tiada agama) dan Islam. Dari segi aspek geografi pula, kaum Kadazandusun terbahagi kepada dua iaitu etnik Kadazan yang tinggal di kawasan lembah sementara itu etnik Dusun pula tinggal di kawasan pergunungan di pedalaman Sabah. Bagi kaum India, jika dahulunya mereka berada di

kawasan ladang-ladang getah kerana pemerintahan British yang memerlukan kerahan tenaga mereka dalam sektor getah, kini, kebanyakkannya sudah mula meneroka penempatan bandar dan pekan, namun masih ada yang berada di kawasan pedalaman. Ini ekoran daripada transfomasi yang dibawa oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak yang dikenali sebagai Bapa Transformasi terutamanya dalam bidang pendidikan. Beliau telah mengiktiraf program Mengubah Destinasi Anak Bangsa bagi menjamin pendidikan melibatkan pelajar Melayu dan Bumiputera. Kemudiannya, melancarkan program Mengubah Destinasi Anak Orang Asli dan kemudiannya program Mengubah Destinasi Anak India yang menempatkan mereka ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan politeknik di Malaysia. Selain itu, dari segi alat muzik tradisi, kaum Kadazandusun mempunyai gong, sompoton, kulintangan, togunggu atau togunggak, bungkau, pumpuak, sundatang, suling, turali, tongkungon dan lain-lain lagi manakala, kaum India pula adalah dholak, sitar, veena, table dan tanpura. Dari segi makanan tradisi pula, kaum Kadazandusun ialah Hinava, Noonsom, Pinaasakan, Bosou, Tuhau, Sup Kinoring Bakas (tidak halal) dan Sup Manuk Lihing manakala kaum India adalah roti canai, nasi beriani, murukku, putu mayam, nei urundai dan adhirasam. Dari segi tarian tradisional, kaum Kadazandusun adalah tarian Sumazau yang menjurus kepada keagamaan bagi tanda kesyukuran pada musim menuai dan bagi kaum India pula adalah Tarian Bhangra. Tarian tradisional kaum India yang lain adalah Tarian Bharata Natyam dan Tarian Kathak. Pakaian tradisional kaum Kadazandusun pula adalah berunsur kain hitam bersulam emas yang dipakai pada Pesta Menuai, namun setiap sub-etnik mempunyai

pakaian tradisinya yang tersendiri. Bagi kaum India, bagi perempuan adalah pakaian sari dan lelaki pula adalah dhoti. Keunikan yang dipamerkan oleh kaum Kadazandusun dan kaum India dari segenap perbezaan melibatkan populasi, sejarah pembentukan kaum, bilangan subetnik atau suku kaum, bahasa rasmi, perayaan, agama, geografi, alat muzik, makanan, tarian dan pakaian memperlihatkan kekayaan negara Malaysia yang kaya dengan budaya pelbagai. Keunikan ini menjadikan masyarakat Malaysia saling menghormati dan memahami antara satu sama lain sekaligus membina keharmonian dan perpaduan yang memacu kepada kemajuan dan pembangunan negara.

Kelas Sosial Roucek dan Warren (1979) dalam Mok Soon Sang (2009)

mengklasifikasikan masyarakat sebagai satu kumpulan manusia yang berhubung antara satu sama lain dalam menjalanakan aktiviti secara kolektif dan merasakan bahawa mereka hidup bersama. Masyarakat turut didefinisikan sebagai sekelompok manusia yang tahu satu sama lain secara akrab (Azmi Ramli, 1978). Sistem masyarakat di dunia ini tidak lari daripada mengalami pembahagian dalam aspek kelas sosial. Secara umumnya, kelas sosial terbahagi kepada 2 golongan iaitu golongan memerintah dan golongan diperintah. Pembahagian seperti ini digunapakai dalam setiap sistem pentadbiran di dunia. Sistem pentadbiran ini berbentuk piramid bucu di atas. Sebagai contoh, sistem feudal Melayu

tradisionalbermula dengan seorang sultan, diikuti dengan bendahara dan panglima, seterusnya pembesar berempat, berlapan dan berenam belas. Menurut Susan T. Fiske dan Hazel Rose Markus (2012), kewujudan perbezaan kelas sosial akan membentuk perbezaan interaksi antara kaum yang dominan dengan kaum yang bukan dominan. Contohnya, pada suatu masa dahulu apabila dasar apartheid diamalkan di Afrika Selatan, masyarakat kulit putih menganggap memberi layanan kelas kedua kepada masyarakat kulit hitam. Kelas sosial masyarakat di India bermula pada zaman kegemilangan mereja pada suatu masa dahulu iaitu pada zaman Tamadun Indus yang bermula pada 3300 sebelum masihi lagi. Masyarakat pada zaman tamadun Indus terbahagi kepada dua bahagian iaitu golongan atasan dan golongan bawahan. Hal ini dibuktikn dengan

penemuan arkeologi. Golongan atasan terdiri daripada pendeta dan peadagang. Para pendeta mempunyai kuasa beasar dalam mengawal aktiviti masyarakat terutamanya dalam kegiatan keagamaan. Para sejarawan berpendapat bahawa pendeta merupakan orang yang bertanggungjawab memerintah kerajaan pada zaman tamadun ini. Golongan bawahan pula terdiri daripada petani dan buruh. Mereka yang banyak melakukan kerja-kerja dalam tamadun ini. Golongan petani menjalankan aktiviti petanian dan membekalkan hasil tani mereka sebagai makanan. Mereka turut menyalurkan sebahagian daripada hasil tersebut kepada pihak berkuasa sebagai harta kerajaan. Golongan buruh pula menjalankan aktiviti pembinaan dan pembersihan bandar. Antara kerja-kerja yang dilakukan ialah menyapu sampah di kawasan Bandar, menjaga kebersihan, membina tembok di benteng dan membina terusan. Salah satu ciri-ciri kegemilangan tamadun indus yang dapat dikenalpasti hingga ke hari ini ialah pembinaan bandar terancang. Mereka mempunyai satu kawasan mandi yang besar ditengah-tengah bandar. Masyarakat pada waktu itu akan berkumpul dan mandi sebagai salah satu upacara keagamaan. Aktiviti ini turut menjadi aktiviti sosial mereka dimana mereka dapat berkomunikasi antara satu sama lain dalam menjalankan aktiviti ini. Antara ciri-ciri kelas sosial yang terkenal yang diamalkan oleh kaum India pada zaman dahulu ialah sistem kasta. Sistem Kasta adalah berpunca dari Bhagavad Gita yang menyatakan bahawa pekerjaan-pekerjaan kaum Brahmin, Ksatriya, Vaishya, dan Sudras adalah berbeza, harmoni dengan tiga kuasa yang berkaitan dengan kelahiran mereka. Peranan kaum Brahmin adalah keamanan, harmoni, kesucian,

kecintaan-kemaafan, berkepercayaan.

peribadi

yang

murni,

berwawasan,

berhikmah

dan

Peranan kaum Ksatriya: minda seorang perwira, berdarah panas, constancy, resourcefulness, berani dalam perang, pemurah dan seorang pemimpin yang baik. Perdagangan, pertanian dan membela kerbau ialah pekerjaan kaum Vaishya. Dan kerja kaum Shudra pula ialah untuk memberi perkhidmatan. Manakala golongan Pariah pula sebagai buruh kasar yang melakukan kerja-kerja berat pada zaman tamdun itu. Diklasifikasikan sebagai kelas sosial tertutup. Masyarakat dari kasta rendah tidak boleh berada pada kasta tinggi. Hal ini menjadikan jurang antara golongan bawahan dan golongan atasan menjadi besar dan aktiviti sosial hanya bergantung kepada kastakasta tertantu sahaja. Terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa golongan Brahmin tidak boleh memakan hasil masakan golongan bawahan. Kebanyakan kaum india memilih untuk menukarkan agama kepada Kristian dan Islam kerana agamaagama ini tidak mengamalkan sistem kasta dan pembahagian kelas sosial mengikut keturunan. Tidak banyak yang dapat dibincangkan tentang kelas sosial kaum KadazanDusun kerana kekurangan sumber maklumat. Pimpinan yang tertinggi adalah kepada individu yang diberi gelaran Huguan Siou iaitu pemimpin agung. Datuk Joseph Pairi Kitingan merupakan orang yang pertama mendapat gelaran ini daripada Timbalan Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada tahun 1966 iaitu J.P Rutherford. Sistem politik yang diamalkan oleh masyarakat Kadazan-Dusun ialah berbentuk kesukuan. Pada asalnya, etnik Kadazan-Dusun merupakan gabungan etnik-etnik kecil

di Sabah termasuklah Kadazan, Dusun, Murut dan lain-lain. Etnik-etnik ini bergabung bagi mendapatkan satu wakil sebagai suara besar untuk menyatakan pendapat mereka terhadap seuatu perkara. Penyatuan ini bertujuan untuk membela nasib etnik-etnik di Sabah. Sistem pentadbiran yang kecil diterajui oleh ketua kampong. Ketua kampung dipilih mengikut umur iaitu orang yang paling tua dipilih sebagai ketua kampong. Mereka diberi mandat kerana dipercayai mereka adalah peneroka awal dan paling lama dalam sesuatu kawasan. Ketua kampung dibantu oleh majlis kampung. Peranan majlis kampung ialah untuk memilih ketua kampung di samping menasihati, mendorng keputusan ketua kampung. Majlis kampung turut menjadi perantara kepada orangorang kampung dengan ketua kampung. Kesimpulannya, setiap etnik adalah unik dengan kelas sosialnya. Kelas sosial ini mungkin terbentuk mengikut peristiwa masing-masing dan ceritanya diturunkan mengikut keturunan. Walau bagaimanapun kita sebagai rakyat Malaysia yang hidup dalam masyarakat yang majmuk harus menghormati budaya kaum lain bagi menjamin kesejateraan dan keharmonian negara kita supaya interaksi antara kaum masih lagi berlaku dengan aman sentosa.

You might also like