You are on page 1of 8

SENI DAN BUDAYA DI MALAYSIA

Pengenalan

Berlatarbelakang zaman silam yang menarik sekaligus menjadi sebahagian


daripada laluan rempah antarabangsa ratusan tahun dahulu, menjadikan
Malaysia negara pelbagai budaya. Keunikan masyarakat serta seni binanya
memaparkan warisan budaya yang pelbagai pengaruh. Untuk memahami
budaya Malaysia, anda perlu mengenali rakyatnya terlebih dahulu.
Jelajahi Dunia dengan kepelbagaian yang Menarik

Rakyat berbangsa Melayu, Cina, India dan banyak lagi kumpulan etnik lain
telah hidup bersama-sama di Malaysia secara harmoni sejak bergenerasi
lamanya. Semua budaya ini telah mempengaruhi antara satu sama lain,
menghasilkan suatu budaya Malaysia yang unik.

Kumpulan etnik terbesar di Malaysia adalah Melayu, Cina dan India. Di Sabah
dan Sarawak, terdapat pelbagai kumpulan etnik bumiputera dengan budaya
dan warisan unik mereka tersendiri.

Melayu
Hari ini, masyarakat Melayu, kumpulan etnik terbesar Malaysia, merupakan
lebih daripada 50% jumlah penduduk. Di Malaysia, nama Melayu merujuk
kepada orang yang mengamalkan Islam dan tradisi Melayu, berbahasa Melayu
dan mempunyai keturunan Melayu. Pengislaman mereka daripada agama
Hindu dan Buddha Theravada bermula pada 1400-an, kebanyakannya
dipengaruhi pengaruh kerabat diraja Melaka. Masyakarat Melayu dikenali
kerana sifat lemah-lembutnya dan warisan seni.

Cina
Kumpulan etnik kedua terbesar, masyarkat Cina Malaysia, membentuk kira-
kira 25% jumlah penduduk. Kebanyakannya keturunan imigran Cina yang
datang semasa kurun ke-19. Mereka terkenal kerana ketekunan dan
kebijaksanaan dalam berniaga. Tiga sub-kumpulan yang bertutur dalam dialek
Cina yang berbeza adalah masyarakat Hokkien yang biasanya tinggal di Pulau
Pinang; Kantonis yang tinggal di Kuala Lumpur, dan kumpulan berbahasa
Mandarin yang tinggal kebanyakannya di Johor.
India
Kumpulan etnik paling kecil antara ketiga-tiganya,masyarakat India Malaysia
membentuk kira-kira 10% jumlah penduduk. Kebanyakannya adalah keturunan
imigran India Selatan berbahasa Tamil yang datang ke negara ini sewaktu
penjajahan British. Terpesona dengan peluang untuk melepaskan diri daripada
sistem kasta India, mereka datang ke Malaysia untuk membina kehidupan
lebih baik. Menganuti agama Hindu, mereka membawa bersama budaya
warna-warni mereka seperti kuil berhias, makanan berempah dan sari mewah.
Kumpulan Etnik Bumiputera

Orang Asli
Orang Asli adalah kata umum yang merujuk kepada sebarang kumpulan
bumiputera di Semenanjung Malaysia. Mereka dibahagikan kepada tiga
kumpulan puak utama: Negrito, Senoi dan Melayu Proto. Negrito biasanya
hidup di bahagian utara, Senoi di pedalaman tengah dan Melayu Proto di
selatan. Setiap kumpulan atau sub-kumpulan mempunyai bahasa dan
budayanya sendiri. Ada yang merupakan nelayan, petani, dan ada juga yang
berpindah-randah.

Sabah
Kumpulan etnik bumiputera paling besar dalam populasi Sabah adalah Kadazan
Dusun, Bajau dan Murut.

Kadazan Dusun
Kumpulan etnik kedua terbesar di Sabah, Kadazan Dusun, membentuk kira-kira
30% jumlah penduduk negeri. Sebenarnya ia terdiri daripada dua puak iaitu
Kadazan dan Dusun, tetapi dikumpulkan bersama kerana mempunyai bahasa
dan budaya yang sama. Namun begitu, Kadazan biasanya tinggal di delta
lembah tanah rendah, yang sesuai untuk menanam padi, sementara Dusun
biasanya tinggal di kawasan berbukit dan bergunung-ganang di pedalaman
Sabah.

Bajau
Kumpulan etnik kedua terbesar di Sabah, Bajau, membentuk kira-kira 15%
jumlah penduduk negeri. Mengikut sejarah, mereka adalah pelaut nomad yang
menyembah Omboh Dilaut atau Dewa Lautan, mereka kadangkala dipanggil
Gipsi Laut. Sebahagian yang meninggalkan amalan pelaut mereka menjadi
petani dan penternak lembu. Bajau darat ini dipanggil 'Koboi dari Timur'
kerana kemahiran berkuda yang mengagumkan, yang dipertontonkan kepada
umum pada perayaan Tamu Besar tahunan di Kota Belud.
Murut
Kumpulan etnik ketiga terbesar di Sabah, Murut, membentuk kira-kira 3%
jumlah penduduk negeri. Asalnya menduduki kawasan pedalaman utara
Borneo, mereka adalah kumpulan etnik di Sabah yang paling akhir dalam
menghentikan amalan pancung kepala. Kini, mereka terlibat dalam tanaman
padi huma dan ubi keledek, serta menambah sumber makanan mereka dengan
menyumpit dan memancing. Seperti kebanyakan puak bumiputera di Sabah,
pakaian tradisional mereka dihiasi manik-manik cantik.

Sarawak
Secara kolektifnya kumpulan etnik utama di Sarawak dikenali sebagai Dayak,
Iban, Bidayuh dan Orang Ulu. Dayak, yang bermaksud hulu sungai atau
kawasan pedalaman, adalah satu istilah menyeluruh yang digunakan oleh
penduduk Islam persisiran pantai kepada lebih daripada 200 kumpulan suku
kaum. Secara lazimnya, mereka tinggal di rumah panjang, rumah komuniti
tradisional yang boleh menempatkan 20 hingga 100 keluarga.

Iban
Iban merupakan kumpulan etnik terbesar di Sarawak, orang-orang Iban
membentuk 30% daripada jumlah penduduk negeri ini. Kadangkala secara
salah faham mereka dirujukkan sebagai orang Dayak Laut kerana kemahiran
mereka menggunakan bot, sedangkan mereka sebenarnya adalah suku kaum
hulu sungai daripada kawasan di tengah-tengah Kalimantan. Pada masa
dahulu, mereka merupakan pahlawan perlawanan yang digeruni dan terkenal
dengan pemburuan kepala dan pelanunan. Secara tradisi, mereka menyembah
tuhan perintahan bertiga di bawah kuasa Singalang Burung, tuhan burung bagi
peperangan. Walaupun pada masa sekarang, kebanyakan daripada mereka
telah beragama Kristian, mereka masih lagi mengamalkan kebanyakan
daripada budaya tradisi mereka.

Bidayuh
Sukakan kepada kehidupan yang mendamaikan dan suka mengambil jalan
mudah, orang Bidayuh di Sarawak terkenal dengan layanan baik dan tuak atau
wain beras mereka. mereka membina rumah mereka di kawasan pergunungan
Sarawak, mereka kebanyakannya terdiri daripada petani dan pemburu. Di
waktu pemburuan kepala pada zaman mereka dahulu, tengkorak sebagai
hadiah buruan mereka disimpankan di dalam 'baruk' rumah bulat yang berdiri
setinggi kira-kira 1.5 meter dari atas tanah. Mereka pada asalnya adalah
penganut animisme, sekarang kebanyakan dari mereka telah menganut agama
Kristian.

Orang Ulu
Juga dikenali sebagai suku kaum hulu sungai Sarawak. Mereka membentuk
kira-kira 5.5% dari penduduk Sarawak, terdapat lebih dari 100,000 suku kaum
Orang Ulu yang berbeza. Memang boleh dikatakan yang mereka adalah orang
yang paling artistik di Borneo, rumah panjang mereka yang besar dipenuhi
hiasan yang berlebihan dengan mural dan ukiran kayu yang sangat indah;
peralatan mereka dicantikkan dengan hiasan kerja manik yang rumit; dan
wanita dari golongan bangsawan menutupi badan mereka dengan lukisan tatu
yang sangat perinci dan halus.
Budaya di Sabah

Penduduk Sabah terdiri dari berbagai-bagai kaum dengan latar belakang


kebudayaan masing-masing. Penduduk aslinya terdiri daripada sekurang-
kurangnya 30 kumpulan[1] dengan menggunakan lebih dari 50 bahasa dan
tidak kurang dari 90 dialek. Di antaranya adalah Kadazandusun, Bajau, Murut,
Kedayan, Bisaya, Irranun, Rungus, Kimarang, Kwijau, Lundayeh, Ubian,
Binadan, Orang Sungai, Tatana, Tagaas, Brunei, Suluk dan lain-lain.

Pakaian
Kebanyakan suku kaum di Sabah memilih hitam sebagai warna pakaian
traditional mereka. Penggunaan warna hitam asalnya daripada kepercayaan
bahawa warna hitam adalah lambang kekuasaan atau warna ketuhanan yang
mana dapat melindungi si pemakai daripada makhluk-makhluk halus yang
jahat. Ada setengah-tengah pihak mengatakan bahawa penggunaan warna
hitam adalah disesuaikan dengan cara hidup dan keadaan semulajadi di waktu
itu.

Aksesori
Pada masa lalu, batu akik merah, manik-manik kaca berwarna, kulit
kowri,mutiara,butang putih atau cakera yang dibuat daripada cengkerang dan
tembaga digunakan untuk menghiasi pakaian lelaki dan perempuan. Pada hari
ini, kebanyakan hiasan-hiasan ini diganti dengan manik-manik plastik dan
bahan moden yang lain seperti benang emas dan perak, labuci dan benang
berwarna. Seperti dahulu, hiasan-hiasan ini masih lagi disertai dengan tali
pinggang yang dibuat daripada berbagai-bagai bahan seperti manik cengkerang
dan kaca duit syiling perak, tembaga dan logam-logam lain, lapik pinggang
yang dibuat daripada rotan berwarna untuk mengetatkan gaun, seluar atau
anak baju. Kalung dibuat daripada berbagai-bagai bahan dijadikan hiasan leher
dan dada. Gelang juga dipakai untuk menghiasi lengan, pergelangan tangan
serta kaki.

Hiasan Kepala
Tutup kepala seperti terendak atau tudung dipakai oleh kaum lelaki dan wanita
sebagai pakaian biasa sebagai pelindung dan penahan peluh. Pada majlis-majlis
upacara, terendak-terendak yang dipakai adalah lebih indah dan berwarna-
warni. Spesialis ritual memakai tutup kepala dan pakaian dengan hiasan yang
banyak yang membezakan mereka dari orang biasa apabila mereka
menjalankan sesuatu upacara tradisional. Kaum lelaki masih memakai sigah
sejak dari dahulu lagi. Sigah atau tanjak ini adalah sekeping kain segiempat
yang dipakai dalam berbagai-bagai bentuk mengikut daerah atau asal si
pemakai. Kaum wanita pula memakai manik, sisir, tudung dan terendak
bergantung pada waktu dan kegiatan yang dilakukan.

Kraftangan
Kraftangan di kalangan masyarakat asli Sabah bermula dalam usaha mereka
untuk berteduh/berlindung, menutup tubuh dan mencari makanan dengan
cara yang terbaik sekali. Mereka menghasilkan berbagai-bagai barang yang
banyak dengan menumpukan kepada fungsi bahan yang dihasilkan dan kurang
perhatian pada hiasan. Benda-benda yang dihasilkan meliputi kelengkapan
rumah, pertanian dan pemburuan di samping benda untuk kegunaan ritual dan
upacara keagamaan. Penghasilan kraftangan mereka bergantung pada sumber
alam sekitar dan keperluan dari segi budaya.

Kaum lelaki dan wanita secara tradisi membuat berbagai-bagai jenis


kraftangan. Di pedalaman Sabah, sebilangan besar kaum wanita membuat
terendak, anyaman tikar, tenunan kain, sulaman, bakul-bakul kecil, nyiru dan
benda-benda kecil untuk kegunaan seharian. Kaum lelaki pula membuat bakul
yang lebih besar, parang, alat-alat membajak dan memburu, jala dan alat
menangkap ikan yang lain dan senjata. Dikalangan masyarakat nelayan tepi
pantai, kaum lelaki membuat perahu, ukiran kayu, alat penangkap ikan dan
wanitanya menenun dan menyulam kain, mengayam tikar dan lain-lain.

Variasi
Kraf yang dihasilkan oleh penduduk dari berbagai-bagai budaya dalam
berbilang daerah mempunyai variasi yang luas. Sebagai contoh, penduduk
pesisiran pantai yang penghidupannya bergantung pada laut telah
menghasilkan alat yang berbeza dari penduduk pedalaman yang masih
mengamalkan penanaman padi huma atau padi sawah dan memburu serta
menangkap ikan sungai. Perbezaan juga wujud di antara kebudayaan
kebendaan penduduk yang mengusahakan padi sawah dan padi huma.
Perbezaan bukan sahaja terdapat pada alat-alat utilitarian tetapi juga benda-
benda ritual, alat-alat muzik dan ciri-ciri kebudayaan kebendaan yang lain.

Bahan
Keadaan tentang adanya bahan-bahan tempatan juga mempengaruhi jenis
kraftangan yang dihasilkan. Di daerah Tambunan, sebagai contoh penggunaan
buluh untuk membuat perkakas rumah, bakul, rumah (termasuk atap) dan
pagar sangat luas di kalangan masyarakat Dusun/Kadazan Tambunan. Dalam
pada itu, labu pahit yang terdapat di Tambunan telah menjadikan daerah ini
sebagai pusat pengeluaran sompoton, sejenis organ mulut yang
diperdagangkan di kalangan kumpulan Dusun, walaupun ia juga ada dibuat di
tempat-tempat lain. Rotan yang merupakan satu lagi bahan yang tahan
digunakan dengan luasnya untuk membuat terendak, bakul, hiasan dinding
dan juga pengikat kayu atau buluh. Bahan untuk membuat pakaian tradisional
juga diperolehi daripada tumbuhan tempatan, termasuklah kulit kayu, kapas
atau gentian tumbuhan daripada nanas, pisang atau kelapa.

Komersial
Benda-benda yang dibuat pada masa lalu adalah hanya untuk kegunaan rumah
sahaja dan corak asas benda-benda tersebut mencerminkan fungsi asalnya.
Hasil yang lebih kadang kala dijual di tamu untuk komoditi lain. Dengan cara
ini, barang-barang dagangan yang diimport seperti tempayan, manik, benda
tembaga, gong tembaga dan kraftangan yang dihasilkan oleh penduduk
pesisiran pantai dibawa masuk ke kawasan pedalaman pulau Borneo. Dengan
perhubungan dengan dunia luar yang semakin meningkat, bahan-bahan yang
jarang terjumpa diganti dengan benda-benda yang diimport dan lebih murah
dalam usaha menghasilkan kraftangan tradisional. Dengan itu, manik-manik
kaca yang jarang ditemui telah diganti dengan manik plastik yang murah dalam
penghasilan manik dan hiasan pakaian. Benang kapas import yang murah kini
diguna dalam sulaman dan tenunan. Kain kapas dan baldu hitam yang diimport
telah digunakan sebagai pengganti kepada kain buatan sendiri secara
tradisional dalam penghasilan pakaian.

Salah satu kraftangan yang sangat banyak dibuat di Sabah ialah bakul oleh
kerana benda ini dipakai oleh hampir semua kumpulan etnik. Bentuk dan jenis
bakul bergantung kepada fungsi dan tradisi penduduk yang membuat benda-
benda ini. Artifak berbagai-bagai macam kini telah diubah suai dan dihasilkan
untuk memenuhi selera pelancong walaupun sesetengah dari artifak ini masih
dibuat dalam bentuk yang asal.

Tarian & muzik


Muzik tempatan sering berkait rapat dengan tarian. Ia juga berfungsi sebagai
muzik latar dalam sesuatu majlis upacara. Sesetengah alat lazimnya digunakan
oleh orang perseorangan untuk hiburan diri sendiri. Antara tarian-tarian asli
yang popular dan dikenali ramai adalah tarian Sumazau, tarian Limbai, tarian
Igal Igal, tarian Magunatip,tarian busak baku irau rayeh Lundayeh Sabah[2] ,
tarian Adai-adai dan tarian Daling-daling.
Upacara
Muzik melambangkan keselarasan tradisional yang wujud di kalangan
penduduknya sejak bertahun-tahun. Ia dimain semasa majlis perkahwinan,
pertunangan, perayaan menuai, hari ulang tahun pertama kanak-kanak,
upacara-upacara keagamaan animisma dan upacara-upacara berkaitan yang
penting bagi masyarakat tempatan. Setiap kumpulan etnik mempunyai bentuk
muzik yang tersendiri walaupun banyak alat-alat muzik utama merupakan alat
yang sama digunakan. Setiap alat dibuat dengan perasan sayang dengan
memotong, membentuk dan diuji. Berbagai-bagai gabungan alat-alat muzik
mempunyai keistimewaannya sendiri dengan perbezaan dalam segi bentuk,
rentak dan nada. Terdapat juga alat-alat muzik tertentu yang hanya digunakan
oleh satu kumpulan masyarakat sahaja dan tidak dimain oleh masyarakat yang
lain.

Notasi & Alat Muzik


Muzik tradisional Sabah tidak mempunyai sistem not yang tradisional dan seni
kata lagu juga tidak bertulis. Semua muzik dan nyanyian diturunkan secara
tradisi dari generasi ke generasi. Persembahan muzik boleh dilakukan oleh
lelaki dan wanita tetapi sesetengah alat muzik secara tradisi dihasilkan khusus
sama ada untuk pemuzik lelaki atau wanita sahaja.

Kebanyakan alat-alat muzik di Sabah dibuat daripada bahan-bahan asli.


Sebagai contoh, tongkungon, turali, suling (atau seruling), sompoton, gabang
dan togunggak diperbuat daripada buluh. Alat lain seperti gambus, kompang
dan gendang diperbuat daripada kulit kambing. Gong dan kulintangan dibuat
daripada kayu lembut dan menyerupai gitar panjang bertali tiga yang dibuat
daripada giman, sejenis gentian pokok palma.

Kelas Alat Muzik


Kordofon Tongkungon, Gambus, Sundatang/Gagayan
Erofon Suling, Turali/Tuahi, Bungkau, Sompoton
Idofon Togunggak, Gong, Kulintangan
Membranofon Kompang, Gendang/Tontog
Xylophone Gabang, Salun

You might also like