You are on page 1of 1

Terletak di Pulau Borneo yang indah, Sabah yang juga dikenali dengan nama Negeri Di Bawah Bayu merupakan

sebuah negara yang unik dan terkenal dengan kepelbagaian kebudayaan suku kaumnya. Terdapat kira-kira 2.5 juta penduduk Sabah merangkumi lebih daripada 30 suku kaum dan kira-kira 80 dialek bahasa. Penduduknya terdiri daripada kaum Kadazan atau Dusun, Bajau, Murut, Kelabit, Rungus dan lain-lain. Ciri-ciri kebudayaan negeri Sabah amat unik kerana kepelbagaian suku kaum di sini. Kaum Kadazandusun merupakan sebuah etnik peribumi yang menetapkan di pantai barat sabah dan kawasan pendalaman sekitarnya. Kaum kadazan-dusun sebenarnya dibentuk oleh dua kaum utama Sabah iaitu Kadazan dan Dusun namun disebabkan persamaan bahasa, budaya dan situasi politik kaum Kadazan dengan kaum Dusun satu istilah baru telah terbentuk untuk menyatukan kedua-dua kaum ini iaitu Kadazan-Dusun. Kaum Kadazan-Dusun membentuk etnik terbesar di Sabah. Terdapat pelbagai suku kaum di dalam kaum Kadazan-Dusun. Kaum Kadazandusun merupakan kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah. Menurut Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA), Kadazandusun merujuk kepada empat puluh satu etnik seperti berikut; Bisaya, Kuijau, Murut, Sungai, Bonggi, Lingkabau, Nabai, Tatana, Bundu, Liwan, Paitan, Tangara, Dumpas, Lobu, Pingas, Tidong, Gana, Lotud, Rumanau, Tindal, Garo, Lundayo, Rungus, Tobilung, Idaan, Makiang, Sinobu, Tolinting, Kadayan, Malapi, Sinorupu, Tombonuo, Kimaragang, Mangkaak, Sonsogon, Tuhawon, Kolobuan Minokok, Sukang, Tutung.

Oleh yang demikian kerana kaum Kadazan-dusun merupakan kaum yang kaya dengan pelbagai budaya dan adat istiadat yang merupakan warisan secara turun-turun oleh nenek moyang mereka dan melambangkan keindahan adat dan budaya mereka sebagai kaum terbesar di Sabah. Keunikan masyarakat ini terserlah melalui kebudayaan dan adat resam yang diamalkan. Kebanyakan daripada amalan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan animisme. Ini jelas terlihat melalui adat resam dan kepercayaan yang diamalkan dalam aspek kelahiran, perkahwinan dan kematian. Kaum Kadazandusun memiliki banyak budaya yang boleh diwarisi contohnya dari segi asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun, bahasa, pakaian tradisional, muzik berunsurkan tradisional, corak kehidupan masyarakatnya, tarian tradisional dan kemuncak bagi pemartabatan warisan budaya Kadazandusun ialah Perayaan Pesta Kaamatan yang diadakan pada setiap tahun.

You might also like