You are on page 1of 130

BUMIPUTERA DI SABAH

Penduduk Sabah adalah terdiri dari berbagai-bagai kaum dengan latar belakang
dan kebudayaan masing-masing. Penduduk aslinya atau lebih dikenali sebagai
bumiputera, terdiri daripada sekurang-kurangnya 31 kumpulan dengan
menggunakan lebih dari 50 bahasa dan tidak kurang dari 90 dialek. Antara berikut
adalah sebahagian daripada kumpulan penduduk asli di Sabah:

Sungai Rungus

Bajau Kadazandusun

Melayu Brunei Murut

Iranun Bonggi

Kwijau Paitan

Lun Bawang Lundayeh

Kedayan Suluk

Iban (Iban Merotai) Binadan

Bisaya Kokos

Rumanau Lotud

Minokok Tidung

Rungusĺ Kagayan

Tatana Tagaas

Ubian Kimaragang

Bajau Laut
I) ORANG SUNGAI
Orang Sungai merupakan salah satu dari suku kaum asli di Sabah. Mereka kini
digolongkan ke dalam kelompok suku kaum Kadazan-Dusun disebabkan mereka
berkongsi adat resam dan bahasa yang hampir serupa. Orang Sungai
kebanyakannya menetap di daerah Kinabatangan, Beluran, dan Kota Marudu, iaitu
di kawasan Sukau, Bukit Garam, Tongod, Pinangah, Telupid, Sapi-Nangoh,
Pamol, Paitan, dan Pitas. Selain itu, orang Sungai juga terdapat di Ranau, Lahad
Datu, dan Sandakan. Terdapat pelbagai pecahan suku bagi bangsa Sungai itu
sendiri, di mana bahasa-bahasanya juga berbeza mengikut daerah masing-masing.
Kebanyakan Orang Sungai menganut agama Islam, tetapi terdapat sebahagian
daripada mereka yang beragama Kristian dan animisme (tiada agama), khususnya
di Tongod, Pinangah, Lahad Datu, dan Paitan.

Menurut banci yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri Sabah pada tahun 2000
(Banci Penduduk dan Perumahan Tahun 2000), jumlah penduduk di Kinabatangan
adalah seramai 86,783 orang (50,394 lelaki dan 36,389 wanita). Suku kaum yang
terbesar di daerah ini ialah suku kaum Sungai (satu istilah yang diberikan kepada
penduduk yang tinggal berhampiran sungai Kinabatangan yang terdiri daripada
kelompok Idahan, Minokok, Mangkaak, Makiang, Rumanau, Sinabu dan Pingas).
Selain itu, terdapat juga suku kaum lain seperti Tidong, Suluk, Kagayan dan Bugis
(suku kaum yang berasal dari negara jiran seperti Indonesia dan Filipina).

Suku kaum Orang Sungai ini merupakan Pribumi Sabah yang ramai terdapat di
Pantai Timur Sabah. Tetapi banyak orang tidak mengetahuinya kerana kurangnya
pendedahan di media cetak/internet. Orang Sungai ini merupakan satu suku/etnik
yang paling banyak didapati di kawasan Sandakan, Beluran, Paitan, Kinabatangan
(Bukit Garam, Sukau, Suan Lamba, Bilit, hingga ke Paris Satu), Kuamut, Segaliud,
Ranau (Sugut), Labuk (Telupid), Segama & Sepagaya (Lahad Datu), Madai,
Tongod dan juga terdapat di Pitas dan Beaufort (banyak di Kg. Bambangan).

ETNIK/ BAHASA

Suku kaum Orang Sungai ini terbahagi kepada beberapa sub-etnik iaitu dinilai
melalui penggunaan bahasa sukuan/linguistik.
1) Orang-Orang Sungai di kawasan Beluran,Ranau (Sugut), Paitan, Labuk
(Telupid), Pitas dan Beaufort mempunyai bahasa sukuan yang SAMA kerana
menggunakan dialek Paitanik.

- Ombo kiat mu yuk ? ( Kamu dari mana yuk )

ii) Manakala Suku Orang Sungai di kawasan Bukit Garam, Kuamut, Segama dan
bahagian Tongod mempunyai bahasa sukuan atau dialek yg cuma sedikit berbeza
dengan bahasa Suku Orang Sungai yg saya sebutkan di atas (no.i). Orang Sungai di
kawasan ini mempunyai pengaruh bahasa Dusun yg ketara.

- Tokouw tu tulun Sungai (Kita ini Orang Sungai ) - lihat " tulun" yg juga
bermaksud Orang dlm bahasa Dusun, tapi dlm dialek Paitanik Orang diucap
sebagai "lobu".

iii) Suku Orang Sungai di kawasan Segaliud dan Sukau pula mempunyai
pengaruh dialek "Idahan" seperti Orang Sungai di kg2 persekitaran Gua Madai
dan Kg. Sepagaya di Lahad Datu. cth ayat :

- Mbah suruu kau (Pergi mana kau ).

SOSIAL

Dari segi sosial, Orang-orang Sungai juga mempunyai perkembangan sosial yg


boleh dibanggakan. Tarian Orang Sungai seperti Titikas, Berunsai dan Tarian
Gabang juga sering di persembahkan di majlis-majlis rasmi di Sabah. Hubungan
Orang Sungai dengan kaum-kaum pribumi Sabah yg lain juga adalah amat baik
sejak zaman berzaman.

Begitu juga dari segi ekonomi. Jika kita lihat pada masa sekarang ramai Orang-
orang Sungai yang sudah mempunyai tahap ekonomi yang baik, walaupun ada
sebilangannya yang masih di paras kemiskinan seperti di Paitan, Sugut dan
Kuamut. Sejak zaman British lagi suda banyak Orang-orang Sungai yang aktif
dalam kegiatan ekonomi contohnya seperti Almarhum Pangiran Galpam yang
terkenal sebagai antara peniaga sarang burung terkemuka Sabah di Gua
Gomantong. Orang Sungai juga masih mewarisi perniagaan sarang burung di Gua
Madai. Sekarang , masih terdapat ramai Orang Sungai yang mempunyai ladang
sawit/perladangan yang berdaya maju dan tidak kurang yang menjadi konglomerat
perniagaan Sabah.

Kawasan Daerah Tongod terdiri daripada etnik Makiang, Sinabu, Milian, Saguon,
Rumanau, Pinangah dan ada beberapa lagi etnik.Setiap etnik mempunyai dialek
yang berbeza. contohnya etnik;

1. Rumanau, Sinabu, "ulun" (orang)

2. Makiang, saguon, Pinagah, Milian "labu" (orang)

Namun etnik-etnik dikawsan Daerah Tongod sudah biasa mendengar perkataan


tersebut dan sudah memahaminya. Bila orang bertutur dengan dialeknya kita dapat
membezakan orang tersebut, "oh ini dari etnik sekian".

Etnik-etnik yang disebutkan tadi adalah etnik yang berada dikawasan Daerah
Tongod, dan Majoriti di daerah ini beragama Kristian
II) RUNGUS
Rungus merupakan salah satu dari suku kaum di Sabah dan juga merupakan salah
satu penduduk asli kepulauan Borneo. Rungus biasanya dikenali sebagai Dayak
Dusun Rungus,Momogun, Momogun Rungus, Momogun Laut, Dusun Laut
atau Rungus. "Rungus" berasal dari perkataan Rungsud iaitu nenek moyang suku
kaum Rungus yang berhijrah dari kawasan Nunuk Ragang ke pesisiran pantai di
Semenanjung Kudat, Teluk Marudu, Pitas, Beluran dan Telupid. [1]

SOSIAL

Aki Rungsud merupakan seorang tokoh Momogun Laut yang membuka kawasan
Kudat-Bandau pada zaman dahulu. Istilah penggunaan nama [Momogun] adalah
merujuk kepada nama bangsa suku kaum Rungus sendiri. Menurut legenda
Momogun Rungus, Aki Rungsud adalah tokoh yang membuka kawasan Bandau-
Kudat sebagai kawasan perdagangan barter yang terbesar di rantau Semenanjung
Berungus dan Teluk Bandau Borneo pada zaman dahulu. Teluk Bandau merupakan
sebuah pusat perdagangan Momogun Rungus Kuno. Barangan yang didagangkan
di teluk Bandau ialah ubi kayu, pisang, jagung, labu, hasil-hasil hutan, kain
tenunan Rungus dan sebagainya. Sumber lisan pula menyebutkan bahawa istilah
RUNGUS bagi etnik Rungus di Kudat berasal daripada perkataan Bahasa Bajau
dan Bahasa Suluk iaitu dari kata "UNGUS" yang ertinya dalam bahasa Malaysia
adalah PASIR.

Pada hari ini,secara politiknya semua suku-suku Momogun di Sabah dihimpunkan


dalam kategori Kaum Kadazandusun-Murut (KDM). Rungus merupakan salah satu
sub kumpulan yang tergolong dalam kelompok kaum Kaum Kadazan-
Dusun.Rungus juga mempunyai bahasa yang hampir sama dengan bahasa Dusun di
sabah dan bahasa tagalog yang ada filipina. Berdasarkan penelitian seni arkitektur
dan bahasa suku kaum Momogun Rungus, ia dengan jelas menunjukkan bahawa
masyarakat Momogun Rungus mempunyai kesamaan dengan sistem kebudayaan
Dayak . Dayak adalah istilah khusus bagi penduduk Asli dan orang asal di
Kepulauan Borneo.

Masyarakat Momogun Rungus berdagang dengan pihak luar seperti Sulu dan
Brunei untuk mendapatkan barangan logam, barangan tembaga cina, tembikar
cina, kain cina dan sebagainya. Momogun Rungus mempunyai adat berdagang
sendiri yang mana para pedagang dari luar tidak dibenarkan menggali tanah lebih
dari "Duvo Lzangod" iaitu dua kaki. Para pedagang luar tidak boleh sama sekali
menebang hutan atau membuka sesebuah kawasan sama ada untuk penternakan
atau pun membuka ladang. Ini kerana perbuatan ini melanggar hukum-hakam
agama [Labus][3] (disebut Lzabvus) bangsa Momogun Rungus. Sistem kesukuan
Momogun Rungus ini merupakan satu sistem yang berdaulat pada zaman itu. Hal
ini kerana secara tradisinya Semenanjung Kudat dan Teluk Bandau telah berkurun
lamanya dipertahankan oleh suku kaum Momogun Rungus.

Dengan meninjau nama-nama pesisir pantai di sekeliling Semenanjung Berungus


ini, dapat dibuktikan bahawa ia mempunyai sejarah tersendiri bagaimana sesuatu
perkampungan pesisir pantai itu mendapat nama. Nama-nama pesisir pantai sekitar
Kudat seperti Andarason, Vingolzon, Torongkungan, Bvadarag, Andab, Sampang
Mangazou, Golzom, Milzobong, Pantai dan lain-lain lagi adalah merujuk kepada
sejarah-sejarah ketika zaman perang di mana komuniti Momogun Rungus
mempertahankan perkampungan mereka pada ketika itu.

Momogun Rungus yang mendiami kawasan Kudat, Kota Marudu dan Pitas adalah
terdiri daripada beberapa sub suku iaitu:

 Rungus Kirangavan
 Rungus Pilzapazan
 Rungus Gandahon
 Rungus Gonsomon
 Rungus Nulzuw
 Rungus Tupak atau Rungus Melobong
III) Bajau
BAJAU adalah terbahagi kepada dua kumpulan yang telah menetap di Pantai Barat
dan Timur Sabah sejak beberapa ratus tahun yang lama dan diiktiraf sebagai
penduduk asli dan antara bumiputera terbesar di negeri Ѕabah dan sekitarnya.
Manakala disebelah Pantai Barat mereka dikenali sebagai Bajau Samah. Mereka
bekerja sebagai petani dan nelayan di persisiran pantai barat di samping
menunggang kuda dan Bajau di Pantai Timur Ѕabah sebagai nelayan dan penyelam
yang mahir.

Orang Bajau Samah Pantai Barat terkenal dengan penunggang kuda, pembuatan
parang dan menjadi pesawah serta penternak.Pada masa yang sama
juga,masyarakat Bajau Pantai Timur Sabah khasnya dari daerah Semporna juga
mendapat gelaran istimewa dan unik seperti “sea gypsies,Panglima Dilaut,Pelaut
dan Pelayar Terunggul.”

Orang Bajau boleh dibahagikan kepada Orang Bajau Samah Pantai Barat yang
menetap di sekitar Putatan, Tuaran,Kota Marudu Kota Belud dan Papar. Manakala
Orang Bajau Pantai Τimur pula menetap di sekitar Κudat, Ѕandakan, Lahad Datu,
Κunak, Semporna dan Tawau.

Bajau Samah yang berasal daripada daerah Kota Belud dan Tuaran pula amat di
kenali di seluruh dunia sebagai 'cowboy of the east' kerana kemahiran dan
kecekapan mereka dalam menunggang kuda yang tiada tolok tandingnya. Selain
mereka pakar dalam pembuatan pedang Samurai yang dipercayai di perturunkan
oleh tentera Jepun suatu ketika dahulu kepada kaum Bajau Samah dan Irranun di
Kota Belud. Pedang Samurai daripada Kota Belud amat tinggi kualitinya dan
senang di perolehi sehinggakan menjadi tarikan dan cenderamata yang harus di
beli oleh para pelancong dari luar negara mahupun dalam negeri yang singgah ke
Kota Belud.

Orang Bajau Samah Pantai Вarat adalah berbeza dengan Orang Bajau Рantai Timur
khususnya daerah Lahad Datu dan Semporna. Dari segi pertuturan, pakaian
tradisi,pemakanan adat resam dan budaya hidup adalah sangat-sangat berbeza.
Masyarakat Bajau Samah Pantai Barat banyak yang terlibat dengan pertanian
sawah padi manakala masyarakat Bajau Semporna terkenal dengan kegiatan
penangkapan hasil laut.

Makanan tradisional
Kima

Kima adalah nama sejenis kerang laut dan terdapat dalam beberapa spesis,
antaranya lapiran, kima bohe' dan sollot-sollot (bersaiz kecil dan menyelit di celah-
celah permukaan batu). Kima dijadikan lauk dalam makanan tradisi Orang Bajau.
Kima ini boleh dimakan mentah-mentah (inta') setelah dihiris atau dipotong kecil-
kecil dan dicampur dengan air limau dan lada serta rempah-ratus yang lain
mengikut selera orang yang hendak makan. Ia juga boleh dimasak bersama sayur.
Ada juga kima yang dikeringkan di bawah sinar matahari dan biasanya ia dimasak
bersama sayur.

Sagol/Ѕenagol

Sagol/Ѕenagol(Kata Kerja) bermaksud mencampuradukkan. Sagol/Ѕenagol juga


mempunyai makna Kata Nama iaitu 'benda yang dicampuradukkan'. Secara khusus
ia merujuk kepada sejenis masakan tradisional yang menggunakan isi ikan
(biasanya ikan pari, ikan yu dan ikan buntal, secara umumnya ikan yang
mempunyai hati yang besar) yang dicincang-cincang dan dimasak dengan kunyit.
Untuk membuat sagol, ikan yu, pari atau buntal dicelur dahulu sehingga mudah
membersihkan 'langnges' iaitu lapisan kasar pada kulit yu dan pari, atau 'iting' iaitu
'duri' pada ikan buntal. Mencelur (masak separuh masak) ini juga dilakukan untuk
memudahkan isi ikan dihancurkan dan dicampur dengan kunyit yang telah dipipis.

Ada dua jenis masakan sagol/Ѕenagol iaitu sagol/Ѕenagol kering (tiada kuah) dan
sagol/Ѕenagol basah (berkuah). Untuk mendapatkan rasa sebenar sagol/senagol,
biasanya tidak menggunakan minyak makan tetapi menggunakan minyak hati ikan
yang disagol itu, iaitu sama ada minyak hati ikan pari, atau minyak hati ikan yu
atau minyak hati ikan buntal.

Putu

Makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya lalu dimasak
secara stim. Lazimnya, Putu dimakan bersama Sagol, Kima, Tehek-tehek,Тayum
dan beberapa makanan Tradisional Bajau yang lain (Selalunya makanan
laut).Ianya kenyal dan sedikit melekit. Rasanya seperti ubi yang dicampur tepung.
Tompek (Тinompeh)

Makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya. Ia
kemudiannya digoreng tanpa minyak di dalam kuali, sehingga berwarna kekuning-
kuningan.

Secara umumnya, makanan tradisional masyarakat Bajau adalah makanan laut dan
makanan ubi-ubian dan tanaman huma yang lain. Makanan tradisi orang Bajau
boleh dibahagikan kepada dua jenis utama iaitu makanan yang dimasak dan
makanan yang dimakan mentah (inta'an). Makanan yang dimasak sama ada
direbus, digoreng, dibakar dan dipanggang. Lazimnya, intaan (makanan mentah)
terdiri daripada makanan laut seperti 'ballog-ballog', 'bantunan', tehe'-tehe', tayum,
kilau, baat atau timun laut, lato', kima,tehe-tehe kabboggan atau nasi putih direbus
dengan isi tehe tehe dalam cangkerang tehe-tehe dan sebagainya.

Tarian Tradisional

Tarian Igal Igal Βajau dan Dalling-Dalling Вajau


Tarian ini sangat dipelihara oleh masyarakat Bajau di Selatan Filipina. Kesedaran
kepada kepentingan memelihara budaya bangsa untuk menjamin kelangsungan
budaya bangsa berkenaan telah mendorong masyarakat Bajau di Borneo Utara
(Sabah) khususnya di Semporna bangkit dan mengembangkan seni tarian dalling-
dalling di kalangan generasi muda. Ini dilakukan dengan membawa dalling-dalling
dan Іgal Іgal ke majlis formal khususnya Regatta Lepa Semporna. Pada tahun
1998, Badan Galak Pusaka telah bekerjasama dengan Majlis Perbandaran
Sandakan untuk menganjurkan Pertandingan Dalling-dalling Sempena Sambutan
Hari Jadi Tuan Yang Terutama, Yang Dipertuan Negeri Sabah, yang pada masa itu
disandang oleh Tun Sakaran Dandai. Semenjak itu, tarian dalling-dalling turut
mula dikenali di daerah Sandakan dan Ѕemporna.[1]

Perkataan dalling-dalling adalah kata terbitan ganda "dalling" menjadi "dalling-


dalling", daripada perkataan Sinamah (bahasa Bajau) yang bermaksud gerakan
seluruh badan mengikut rentak tertentu. Ini adalah tarian hiburan di majlis
keramaian khususnya majlis perkahwinan. Tarian dalling-dalling diiringi oleh
"sangbai" iaitu pantun memuji yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi atau dua
penyanyi. Secara tradisionalnya penyanyi yang menyampaikan nyanyian (disebut
kalangan dalam Sinamah) adalah pemuzik. Alat muzik yang digunakan pula
dipanggil gabbang. Kadang-kadang pemuzik dibantu oleh seorang penyanyi lain
yang lazimnya wanita, terutama apabila aturcara majlis dijangka mengambil masa
yang lama yang kadang-kadang mencecah semalaman.

Kajian awal oleh Badan Galak Pusaka mendapati, tarian dalling-dalling akan
semakin rancak dan menghiburkan apabila ia ditarikan oleh penari secara
berpasangan dan kedua-dua penyanyi dalam keadaan 'magbono' kalangan atau
berbalas pantun. Dalam keadaan sedemikian, semua watak (penyanyi, pemuzik dan
penari) akan menunjukkan kepakaran masing-masing untuk diiktiraf sebagai yang
terbaik oleh hadirin.
Tarian Limbai & Runsai (Bajau Samah Kota Belud)

Tarian Limbai merupakan satu tarian traditional suku kaum Bajau Samah KOTA
BELUD. Tarian Limbai biasanya ditarikan ketika majlis perkahwinan semasa
menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan.

Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai, perarakan dihentikan sementara, lalu


tarian Limbai dipersembahkan di hadapan pengantin. Ia merupakan upacara khas
sebagai isyarat menjemput pengantin lelaki naik ke rumah untuk melakukan
istiadat ijab qabul yakni pernikahan.

Tarian limbai di iringi oleh irama kulintangan.Kumpulan muzik ini mengandungi


enam orang pemain yang diketuai oleh seorang wanita yang memainkan
kulintangan, dua orang pemukul gendang, dua orang pemain gong dan seorang
pemain bebandil.Tarian ini mengiringi anggota-anggota rombongan pengantin
lelaki naik ke rumah. Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka
sebagai lambang mengundang dan mengucapkan selamat datang.

Selain tarian Limbai,Runsai juga merupakan tarian traditional suku kaum Bajau
Samah di Kota Belud.Runsai selalu di tarikan di majlis perkhawinan pada sebelah
malam.Tarian ini memerlukan antara enam hingga lapan orang penari termasuk
dua orang wanita. Tarian ini menjadi bertambah meriah apabila diserikan dengan
kalang iaitu pantun dua kerat yang dijual dan dibeli oleh penari lelaki dan
perempuan.
Pakaian Tradisional

Pakaian Tradisinal Suku Kaum Bajau Kota Belud dikenali sebagai "Badu Sipak".
Nama jenis pakaian tradisional bagi Ѕuku Кaum Вajau di Рantai Тimur Ѕemporna
dikenali dengan "Alal Bimbang"

Kosa kata Bahasa-bahasa Bajau


Bajau semporna
BAHASA MALAYSIA BAHASA BAJAU SEMPORNA
Aku saying pada mu. Alasah aku ma ka’ah
Aku suka padamu Bilahi aku ma ka'ah
Siapa namamu? Sai on nu?
Nama saya Dayang On ku Dayang
Apa khabar Ai/ I habbal?
di mana? maingga?
embal niak tak ada
Mengantuk Lingantuh
Makan Amangan
lama atoggol
cepat palakkas
amolek pulang
dengan maka
BAHASA BAJAU SEMPORNA BAHASA MALAYSIA
suka bilahi
padanya ma'iya
siapa sai
nama on
Bapa ammak
Ibu Inak
Nenek ombok
Kakak indek
adik beradik yang lebih tua sihaka
Adik sihali
makcik babu'
pakcik bapa/pak
Sepupu Kaki
Kaki Tapek
ikan raing/daing
lembu sapi'
gula-gula gulak-gulak
nasi/beras buas
telur entollo
ayam manuk
assa Satu
duwa Dua
tullu Tiga
uput Empat
lima Lima
unnum Enam
pituk Tujuh
waluk Lapan
siyam Sembilan
sangpuh Sepuluh
rahatus/dahatus Seratus
bajjuk baju
Ung hidung
Lepa perahu /biduk
Suruk sudu
Maskid masjid
Angai Kenapa
Dangai/rangai Berapa
Sambahyang Solat
To’a tua
Bang Azan
Sukup Cukup
Katas Kertas
Ahap Bagus/baik
utuk otak
Lawing Pintu
Bangkuk’ Bangku
Bittis Betis
Langit Langit
Napas Nafas
Lumak Rumah
Aa Orang
mingga Dari mana
pantalun Seluar
Sigah Rokok
Tb Tv
Alam Tiada
Langan Jalan-jalan
amandi Mandi

Iskul Sekolah
Tahik Air Laut
rilaut Lautan
Palauk Lauk
karitak Kereta
Tangan Tangan
longon Lengan
bowak Mulut
Talinga Telinga
Kayu Kayu
sipak Sepak
Sampak Pukul
Timbak Tembak
Lakkas Lekas
anginum Minum
amangan Mak
Alahi Lari
Sukup Cukup
Potek Putih
Bilu Biru
Bianing Kuning
Gaddung Hijau
Ettom Hitam
oren Jingga
Taluk Unggu
Ata’u Pandai
Kukku Kuku
Matai Mati
Atai Hati
Hatus Ratus
Ngibu Ribu

Bajau Samah Kota Belud/Tuaran


BAHASA BAJAU SAMAH BAHASA MALAYSIA
Ngelantu Lapar
Limping Baring
Lumaan tanak Jalan kaki
Mapi Masak
kiti Kita
Benad betis Kebas kaki
Somo Sama
Mangan Makan
Yan abar Apa khabar
Turi tidur
Saging Pisang
Dendo Perempuan
dala lelaki
Laruk tapai
Jomo Orang
Kambul Selimut
Segai Mereka
Payau Rusa
Baie Basi
Yangto’o Nenek
Mato’o Datuk
tarum Terung
Ngeluteh Lesu
Eyang emak
ema Bapa
kilik Cerek
iram Hitam
Peberinut Beransur balik
Sian Siapa
Luma’an Berjalan
parak Hancur
sikot Dekat
Nguta Muntah
Limbo Lemas
Tio Jauh
seruan bertunang
Limpas Lalu
Lulaai Lari
Sekelat Selimut
tegega Terkejut
odon tangga
Ingin Suka
gali geli
beluang Pintu
Pendawaan Tingkap
Tito”o Ketawa
Sesapu Penyapu
Pinggo Pergi ke mana?
temang Lidi
mingo Mana
Kuri - kurii Main-main
Songom Malam
Kaleh Dengar
Skul Sekolah
Iyan Apa
Kinum- kinum senyum
Delak lidah
Mandi badak Malam berinai
Urung Hidung
Sabuk cebok
moto mata
Siyen Siapa
suang Sungai
Situn Tempayan
telingo Telinga
regisin Tali air
ungkab Buka
Isak Satu
duo Dua
Telu Tiga
Empat Empat
Limo Lima
Enom Eman
Piyuk Tujuh
Wauk Lapan
Siam Sembilan
Sepu’ sepuluh
Rapa sayur
Di’eng ikan
ratas redah
Gu’uk Parang
Tegol lam
Nongot Berpeluh

Bajau kudat / Pendekar Tausug

Bajau Kudat adalah kumpulan beberapa sub-etnik bajau yang bergabung dan
menuturkan bahasa yang sama serta mengongsi budaya dan adat resam yang sama.
Bajau Kudat yang asli adalah gabungan daripada sub etnik bajau iaitu etnik suku
Banadan,Danauan serta Κagayan dengan etnik suku orang Suluk . Oleh itu Bajau
Kudat yang asli menuturkan kedua-dua bahasa iaitu Bahasa Bajau Banadan dan
Bahasa Suluk sebagai bahasa harian mereka dan mereka juga dikenali sebagai
Bajau Suluk. Dalam lagenda juga dikenali sebagai Bajau Gunung seperti cerita
Puteri Gunung Ledang, Puteri Santobong, Puteri Saadong dan puteri-puteri lain di
tanah melayu, Pahlawan-pahlawan hebat dan bijaksana pada masa itu akan
membina penempatan di kawasan gunung dan berkahwin dengan puteri-puteri
kayangan menjaga gunung.

Mat Salleh "Wira Pahlawan Sabah" adalah merupakan salah seorang dari
keturunan Bajau Suluk dan Menetap di Kawasan Pergunungan Sabah sebelum
mula berhijrah. Bajau Kudat kadang kala dikenali juga dengan panggilan Bannaran
atau Dannawan atau Samah atau Bajau di kalangan kelompok-kelompok Bajau
yang lain.Manakala suku bangsa lain di daerah Kudat seperti Suku Brunei, Suku
Bajau Samah, Suku Orang Sungai, Suku Rungus dan Suku Tambanuo yang
mendiami kawasan Kudat memanggil orang-orang Bajau Kudat sebagai Bajau
Suluk. Oleh itu, orang-orang Bajau Kudat agak unik kerana mengongsi
bangsa,bahasa,budaya dan adat resam suku kaum Bajau dan Suluk dan dari etnik
Bajau yang lain.

Keadaan ini disebabkan adanya asimilasi antara dua suku bangsa ini yang
akhirnya menghasilkan Bajau Kudat / Bajau Suluk. Walau bagaimanapun, Bajau
Suluk merupakan sub suku yang paling sedikit dalam etnik bajau dan
menyebabkan mereka kurang dikenali ramai. Namun darah pahlawan mereka
seperti mat salleh dan Raja Islam Sulu menyebabkan mereka menjadi rujukan
untuk menyelesaikan masalah. Kini keturunan suku Bajau Suluk masih dikenali
dengan kelebihan seperti bijak, pandai, cantik berbading sub-ethik bajau lain
biarpun hidup bersama Bajau Kota Belud/Tuaran

Petempatan utama Bajau dan Suluk Kudat ini ialah di Kampung Limau-Limauan (
pada masa sebelum penjajahan British Limau-Limauan adalah ibu negeri dan Pusat
Pentadbiran Kerajaan Bajau Kudat dibawah pemerintahan Maharajah Untung
Haji Abdul Rahimmoyang kepada Tun Datu Mustapha Bin Datu Harun dan juga
Tuan Guru kepada Datu Paduka Mat Salleh), Kampung Talaga ( Pusat Kekuasaan
Bajau Kudat sebelum bertukar ke Limau-Limauan ), Kampung Parapat Laut (
Pecahan daripada Kampung Limau-LImauan ), Kampung Landung Ayang Laut,
Kampung Tanjung Kapor, Kampung Membatu Laut, Kampung Liwatan, Kampung
Milau, Kampung Tampakan, Kampung Batu Putih dan beberapa perkampungan
lain.

Bajau Kudat adalah Suku Bajau yang agak unik. Mereka menggunakan seratus
peratus (100%) istilah dan bahasa Banarran-Ѕuluk dalam kebudayaan, adat resam
dan persuratan mereka. Dokumen lama ditulis dalam tulisan bajau dan Suluk.
Semua sebutan, huruf, istilah, tulisan,gaya lagu bacaan dan kaedah pengajian al
Quran adalah menggunakan bahasa Аrab dan jawi Вajau-Suluk kuno. Semua
istilah Nikah Kahwin dan pertunangan adalah menggunakan bahasa Βajau dan
Suluk Kuno dan bercampur dengan bahasa Melayu lama.
Istilah-istilah seperti "Turul Taimah"( Istilah yang seerti dengan "JAWAPAN
PENERIMAAN LAMARAN" ) dan "Muka Laung"( BUKA MULUT dalam
bahasa Melayu Sabah ) adalah contoh istilah Bahasa Suluk Kuno yang digunakan
dalam majlis dan adat pertunangan. Manakala istilah "Mahanda" adalah dari
bahasa Bajau yang bererti "Meminang". Istilah "Tampan Maru" pula adalah istilah
bahasa Bajau yang digunakan oleh kaum Bajau Kudat yang bererti "Denda akibat
pelanggaran satu-satu adat pertunangan atau perkahwinan.Istilah seperti Akat
Nika, Mas Kawin dan Tunang adalah berasal dari Bahasa Melayu.Pasangan
pengantin Bajau-Suluk atau Bajau Kudat ini selalunya akan diarak menggunakan
USUNGAN seperti seorang raja dan permaisuri.Keberangkatan dan ketibaan
pengantin selalunya diiringi dengan irama TITIK PALANG NGAN dan irama
TITIK SAMBUTAN.Keberangkatan dan ketibaan pengantin atau pasangan
pengantin juga akan diiringi dengan bunyi tembakan senapang selalunya tujuh das
atau sembilan das bergantung kepada status-quo keluarga
pengantin.Keberangkatan pengantin yang diarak akan dialu-alukan dengan syair
tradisi dalam bahasa Suluk yang dikenali sebagai KALANGAN dan panji-panji
berwarna Merah yang dikenali sebagai PANJI dan SAMBULAYANG dengan
kumpulan muzik tradisional akan turut sama menyertai rombongan pengantin.

Orang-orang lama Bajau Kudat hampir keseluruhannya mengakui dan mendakwa


bahawa nenek moyang meraka adalah berasal daripada keturunan manusia yang
lahir dari ruas bambu atau dikenali sebagai bambu "Kayawan".Berdasarkan kajian,
satu-satunya manusia di Kepulauan Borneo dan Sulu yang diakui dalam Tarsila
Kesultanan Sulu sebagai keluar dari ruas bambu ialah TUAN MASAIK iaitu Raja
Islam Sulu yang pertama ( memerintah dan mengasaskan Kerajaan Sulu Islam
pada tahun 1280 Masehi sebelum Sultan Syariful Hashim menyatukan dan
mendirikan Kesultanan Sulu pada tahun 1450 Masehi ) yang berasal dari Tanah
Besar Borneo Utara ( Sabah ) yang telah berkahwin dengan PUTERI RAJA
SIPAD dari Suku Kaum Dayak Buranun ( nenek moyang suku kaum Tausug atau
Suk).

Antara tokoh-tokoh ternama di Sabah yang pancar keturunannya dari Bajau Kudat
ialah Datu Paduka Mat Salleh ( anak-anaknya seperti Halipan @ Ungkung dari
isterinya Dayang Bandang dan anak-anaknya dari isteri kedua Dayang Shariffah
masih terdapat keturunannya di kampung Parapat Laut, Kampung Landung Ayang
dan Kampung Talaga Kudat),Tun Datu Mustapha Datu Harun, Datu Aliuddin Datu
Harun, Datu Salam Datu Harun, Maharajah Panglima Untung Haji Abdul Rahim,
Shariff Osman Wira Marudu, Shariff Ligaddung ( Digadung ), Datu Khalil Jamalul
dan ramai lagi.

Satu lagi ciri unik Bajau Kudat ialah rata-rata golongan tua dari suku kaum ini
mampu menuturkan lebih dari dua bahasa persukuan di Sabah. Mereka mampu
bercakap dengan fasih dan lancar bahasa suku-suku sub etnik Bajau seperti bahasa
Banadan, bahasa Kagayan, bahasa Bajau Samah ( Bajau Kota Belud ) dan bahasa-
bahasa etnik suku Suluk, Sungai dan Rungus.

Pekerjaan utama golongan tua dari suku kaum ini ialah sebagai nelayan dan petani
padi bukit. Walau bagaimana pun, generasi Bajau Kudat pada hari ini majoritinya
bekerja di sektor kerajaan dan swasta.

ADAT

Pada masa sekarang Bajau Kudat masih lagi mengekalkan beberapa adat dan
budaya lama yang telah diamalkan turun-temurun seperti adat MAG GUNTING
atau bergunting beramai-ramai di masjid dan adat MAG DUAAH iaitu kenduri
arwah beramai-ramai satu kampung di masjid pada masa Hari Raya Aidl Fitri dan
Aidil Adha. Budaya MAG GUNTING agak unik kerana setiap anak Bajau-Suluk
yang baru lahir akan diadakan upacara bergunting rambut di masjid setiap kali
masa hari raya atau dua kali setahun sahaja. Kanak-kanak lelaki yang akan
digunting rambutnya akan diarak ke masjid bersama-sama dengan sebuah
REPLIKA JONG atau Kapal Layar yang dihias manakala anak perempuan pula
akan diarak disertai dengan sebuah REPLIKA MAHLIGAI.Kedua-dua replika ini
iaitu JONG dan MAHLIGAI adalah melambangkan seorang Putera Raja dan
seorang Puteri Raja. JONG adalah kenderaan Putera Raja manakala Mahligai
tempat tinggal seorang Puteri Raja.

Senjata tradisi Bajau Kudat ialah BARUNG dan BAKUKU serta KALIS.
Barung,Bakuku dan Kalis adalah senjata tempur dan selalunya ia menjadi senjata
pusaka keturunan. Barung menjadi senjata kebanggan bagi orang-orang Bajau
Kudat.

Bajau Kudat telah mendiami perairan Teluk Marudu (Kudat) sekurang-kurangnya


seawal abad ke-13 lagi.Sarjana Barat mengakui bahawa kedatangan agaama islam
ke Palawan dan Balabak( sekarang ini Filipina) adalah dari Teluk Marudu ( Kudat
) dan Teluk Darvel ( Segama-Lahad Datu).

Ahli Pelayaran Belanda Van N Hort yang telah memetakaan daerah MARUDO
dalam peta dunia pelayarannnya pada tahun 1595 mengakui adanya petempatan
dan pelabuhan di Teluk Marudu. Perkataan Marudu adalah berasal dari Bahasa
Bajau Kudat iaitu kata MA ILU DU ATAU MARU DU yang bererti "DI SITU-
SITU JUGA".Daerah Marudu adalah daerah tertua di Sabah yang dipetakan oleh
sarjana Barat selain daerah Kinabatangan.Dalam Peta Belanda Melaka 1602 pula,
nama wilayah Marudo dan Api-Api ( Kota Kinabalu pada masa ini )telahpun
dipetakan sebagai dua kawasan yang didiami oleh dua sub etnik orang Bajo atau
Bajau.

ALAT MUZIK

Alat muzik tradisoinal Bajau Kudat adalah Kulintangan, gong, tambul ( Tambur),
gabbang (dibuat daripada bambu) dan biola. Uniknya, Bajau Kudat ini mempunyai
beberapa jenis irama lagu tradisional yang dimainkan menggunakan kulintangan,
gong dan tambul. Antara irama atau dikenali sebagai JINIS TITIK yang selalu
dimainkan ialah TITIK SAMAH, TITIK MANGKABUNG, TITIK
KAGAYAN, TITIK SUK (Irama peperangan atau Silat), TITIK TA ( KITA
),TADDOH HABAH (irama percintaan),TITIK KABLITAN (irama muzik
yang diiringi tarian IGAL) dan TITIK PALANGNGAN ( irama pengantin
berangkat dan tiba).
Kaum perempuan Bajau Kudat terkenal dengan tenunan kain PIS iaitu kain dastar
ikat kepala. Kain Pis yang ditenun selalunya akan dijual kepada suku kaum Rungus
yang selalunya bertaraf sekurang-kurangnya Ketua Kaum. Ini disebabkan kain PIS
ini harganya mahal dan pada masa dahulu ianya dijual secara tukaran barang sama
ada ditukar dengan barangan tembaga seperti gong dan gadur ataupun dengan
kerbau.Kadang kala ditukar dengan padi. Sehelai kain Pis boleh mencecah harga
tukaran 2 biji gong atau 2 ekor kerbau atau 10 karung padi bergantung kepada
motif tenunan. Terdapat beberapa jenis motif tenunan antaranya ialah corak naga
(paling mahal), burung merak dan awan larat yang mana ada nama-namanya
tersendiri di kalangan ahli tenun Bajau Κudat.
IV) KADAZAN DUSUN
Sesungguhnya, kaum Kadazandusun ini memiliki banyak budaya yang boleh
diwarisi contohnya dari segi asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum
Kadazandusun, bahasa, pakaian tradisional, muzik berunsurkan tradisional, corak
kehidupan masyarakatnya, tarian tradisional dan kemuncak bagi pemartabatan
warisan budaya Kadazandusun ialah Perayaan Pesta Kaamatan yang diadakan pada
setiap tahun.

Dalam aspek asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun


menjelaskan tentang kelahiran kaum Kadazandusun dan lagenda kelahiran kaum
ini bermula dari "Nunuk Ragang" sehinggalah kepada perkembangan dan
penyebaran sukukaum ini ke seluruh pelusuk negeri Sabah yang telah banyak
mempengaruhi sosio budaya mereka mengikut tempat yang baru, contohnya dari
aspek bahasa dan corak kehidupan mereka. Mengikut statistik, terdapat lebih
kurang 40 etnik yang terdapat dalam suku kaum Kadazandusun.

Dari aspek bahasa, perbezaan loghat, sebutan dan ejaan banyak dipengaruhi
mengikut etnik tertentu. Contohnya, sebutan dan ejaan sukukaum Kadazandusun
dari satu daerah dengan daerah lain di negeri sabah adalah berlainan tetapi masih
membawa erti dan makna yang sama.

Pakaian tradisi ini pula berbeza mengikut kawasan dan sosio budaya sukukaum
Kadazandusun. Dalam aspek ini, tumpuan diberikan kepada corak pakaian dalam
perayaan tertentu. Setiap etnik dalam Kadazandusun mempunyai pakaian
tradisinya sendiri.

Muzik tradisi yang ditonjolkan dalam kaum ini amat menarik dan unik. Alat-alat
dan bunyi-bunyian tradisional ini banyak terdapat dalam suku kaum Kadazandusun
dan ianya berpotensi untuk diwarisi oleh generasi muda kini. Antara lain alat-alat
muzik tradisi yang popular ialah gong, sompoton, kulintangan, togunggu atau
togunggak, bungkau, pumpuak, sundatang, suling, turali, tongkungon dan lain-lain
lagi.

Disebabkan masyarakat Kadazandusun ini memiliki pelbagai budaya yang unik


mengikut etnik tertentu maka corak hidup mereka juga berbeza mengikut tempat
tertentu. Kebanyakan corak kehidupan mereka ini dipengaruhi oleh adat resam
penduduk setempat. Adat resam inilah yang mempengaruhi corak kehidupan
masyarakat Kadazandusun sesuatu kawasan.

Dalam setiap upacara rasmi ataupun perayaan tertentu, tarian tradisional suku
kaum Kadazandusun sering menjadi daya tarikan dan kemeriahan majlis tersebut.
Setiap etnik dalam Kadazandusun mempunyai tarian tradisinya sendiri. Corak
tarian tradisional ini dipengaruhi oleh sosio budaya kawasan tertentu.

Kemuncak bagi pemartabatan warisan budaya sukukaum Kadazandusun dan


kesenian serta keunikannya ialah menerusi Perayaan Pesta Kaamatan yang diraikan
pada setiap 30 dan 31 Mei setiap tahun. Dalam perayaan ini,berbagai acara
menarik dan juga budaya kaum Kadazandusun yang ditonjolkan dan dipamerkan.
Antara lain acara yang biasanya menjadi tarikan dalam Perayaan Pesta Kaamatan
ialah "Unduk Ngadau" Kaamatan yang mempamerkan pakaian tradisi mengikut
etnik.

Konklusi, masyarakat Kadazandusun memang memiliki warisan budaya yang


sungguh unik, asli dan menarik. Justeru itu, melalui laman web ini sedikit
sebanyak memberi penerangan dan penjelasan kepada para pembaca yang melayari
laman web "Warisan Budaya Kaum Kadazandusun" supaya warisan budaya
masyarakat Kadazandusun ini tetap dipelihara dan dikekalkan untuk tatapan dan
penyelidikan generasi masa akan datang.

Menurut Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA), Kadazandusun


merujuk kepada empat puluh satu etnik seperti berikut; ·

Bisaya, Kuijau, Murut, Sungai, Bonggi, Lingkabau, Nabai, Tatana, Bundu, Liwan,
Paitan, Tangara, Dumpas, Lobu, Pingas, Tidong, Gana, Lotud, Rumanau, Tindal,
Garo, Lundayo, Rungus, Tobilung, Idaan, Makiang, Sinobu, Tolinting, Kadayan,
Malapi, Sinorupu, Tombonuo, Kimaragang, Mangkaak, Sonsogon, Tuhawon,
Kolobuan Minokok, Sukang, Tutung.

Kita akui bahawa kesemua etnik di atas berasal dari Nunuk R agang, iaitu satu
petempatan awal Kadazandusun yang terletak di "Tompios" dalam daerah Ranau
pada hari ini.
LAGENDA NUNUK RAGANG

Catatan yang lengkap mengenai Nunuk Ragang sudah lama hilang namun apa yang
masih tinggal hanyalah teori-teori para ahli Sains Sosial dan cerita legenda.

TEORI SAINS SOSIAL

Terdapat sekurang-kurangnya empat teori mengenai asal-usul kaum kadazandusun.

Teori Pertama: Kaum Kadazandusun berasal dari keturunan "Mongoloid" (Ivor


H.N. Evans:1923 dan T.R. Williams: 1965);

Teori Kedua : Kaum Kadazandusun berketurunan "Indo-Malayan" (T.R. Williams:


1965).

Teori Ketiga : Kaum Kadazandusun adalah kacukan kaum China (Ivor H.N.
Evans:1923 dan Owen Rutter:19220

Teori Keempat : Kaum Kadazandusun adalah keturunan orang purba Gua Madai.

Sejarah lisan atau Cerita Legenda yang popular menunjukkan bahawa


Kadazandusun berasal dari tempat ini - "NUNUK RAGANG". Tempat ini terletak
di sebuah kawasan di sekitar muara pertemuan dua batang sungai iaitu sungai
Kogibangan (dari arah kiri) dan Sungai Kawananan (dari arah kanan) yang telah
bercantuman menjadi sungai yang lebih besar, yang dinamakan Sungai Liwogu
(Dalam dan Tenang). Kerana diliputi dengan "lembaga hidup yang kelihatan
kemerahan-merahan" masing-masing dengan telatah dan perangainya.

Di bawah pohon, di tebing sungai dan di atas sepanjang juntaian akar Nunuk -
penuh dengan lembaga itu. Pantulan warna ke "kemerahan" semakin menyerlah
apabila cahaya matahari terpancar ke arah tubuh lembaga-lembaga itu. Oleh yang
demikian, Nunuk itu kelihatan seolah-olah "merah" lalu ia dipanggil Nunuk
Ragang. (Aragang/Ragang(Bahasa Kadazandusun)=Merah.
Tanggapan bahawa Nunuk itu Merah atau Nunuk Ragang adalah kiasan bagi
menggambarkan betapa ramainya manusia (lembaga merah) yang bersenda ria di
sekitar kawasan Nunuk ini. Sebenarnya, manusia yang ramai dikiaskan sebagai
"warna merah" apabila dilihat dari jarak jauh dan bukanlah pokok Nunuk itu yang
berwarna merah.

Sejak itu, nama NUNUK RAGANG ini menjadi "identity" rakyat Sabah yang
mempercayai bahawa "asal-usul" mereka adalah dari kawasan ini. Tempat ini
dikenali sebagai Pomogunan Nunuk Ragang, nama yang diambil bersempena
dengan kewujudan pokok Nunuk, yang pada suatu ketika dahulu "merah" satu
perlambangan menunjukkan betapa ramai manusia di tempat ini.

Di kawasan muara percantuman dua batang sungai ini, terdapat sepohon pokok
Kayu Ara (Nunuk). Saiz pokok Nunuk itu sangat besar dan sebahagian daripada
akar serta dahan-dahannya condong ke arah sungai Liwogu. Dahan-dahan dan akar
terjuntai ke sungai, sangat sesuai sebagai tempat rekreasi seperti memanjat,
bergayut, berteduh dan sebagainya.

Penduduk di sini sangat ramai, ketika cuaca baik dan cahaya matahari memancar di
ufuk barat dari jam 1.00 petang hingga 4.00 petang, ketika itulah ramai penduduk
(tidak kira tua, muda, gadis, pemuda dan anak-anak dsb..) turun bermandi-manda
di sungai Liwogu, sementara yang lain memanjat, bergayutan serta ramai yang
berjemur di atas dahan-dahan rending Nunuk tersebut.

Suasana demikian berlaku hampir pada setiap hari dan pada masa yang hampir
sama, kecuali cuaca tidak baik atau sungai Liwogu ini banjir. Maka apabila
seseorang melihat pokok Nunuk dalam suasana seperti itu dari jarak jauh, sama ada
dari puncak bukit mahupun dari sebarang sungai Liwogu, pemandangannya sangat
menakjubkan. Pokok Nunuk kelihatan seolah-olah "aragang".

KEHIDUPAN MASYARAKAT NUNUK RAGANG

Masyarakat terawal Kadazandusun dikatakan telah menghuni tempat ini dalam


keadaan bebas, menikmati berbagai-bagai jenis bekalan makanan yang mencukupi,
baik makanan daripada hutan mahupun daripada sungai serta hasil daripada usaha
pertanian. Keperluan hidup yang lain juga mudah diperolehi di sekeliling
perkampungan Nunuk Ragang ini.
Kehidupan mereka aman dan damai, bersatu padu, mogitabang-tabang, mogiuhup-
uhup, otoluod, obinsianan, orulan, ohinomod, aparu, onimot, obingupus, okupi,
obintinong, obingkanggau, obintumbayaan, obinronok, obiniangasan, otuyu,
obingopi, mamantang, otorini, opori, oining, obintudau, osuau, opohawang, obulun
om onitinginawo.

Hidup yang tenang dan tenteram itu telah membolehkan mereka berfikir sambil
menerokai "teknologi baru" bagi menambah kecekapan, menamnbah dan
memudahkan urusan serta meningkatkan kesejahteraan hidup seharian. Bidang
bidang yang diterokai antara lain ialah peralatan pakaian (seperti sinombiaka,
tokuluk (sirung, linumbagai, golong, sinandang, limpogot, dll), peralatan pertanian
(seperti ragus, basung, dangol, gagamas, kakali, guyudan, kisaran, tosung,
rilibu/raya dll).

Peralatan perikanan (seperti tundalo, siud, bangkala, tambong, bubu sawak dll),
peralatan penternakan(lukug, gading dll ), peralatan memburu (sopuk, tuwil, gaba,
sungul, balatik, paliw, tandus, ramok, rungkasip, tabpai, sodik, tungkakub, pimpig,
tawos dll), peralatan muzik dan bunyi-bunyian (seperti tagung, sompoton, turali,
bungkau, suling pumpuak, dll), peralatan dan produk-produk ekonomi(seperti
Bohungon, Basung, kakanan, luping, sigup, sada toosin, bilis, tipun, paha, tusi dll).

Adat Resam kaum Kadazandusun

Asal usul makanan

Lazimnya, menurut kepercayaan suku kaum Kadazandusun, padi berasal daripada


isi manusia yang bernama Huminodun. Huminodun ialah seorang gadis jelita anak
kepada Kinoingan. Kinoringan ialah nama Tuhan bagi nenek moyang suka kaum
Kadazandusun.

Kinoringan telah mengorbankan anaknya Huminodun demi mengatasi masalah


kebuluran di dunia. Menurut kepercayaan suku kaum ini, segala jenis bahan
makanan yang utama berasal dari pelbagai bahagian badan Huminodun. Beras dari
isinya yang putih melepak; darahnya yang merah telah bertukar menjadi lada; halia
pula adalah jari jemari Huminodun; bawang 'tagaas' berasal dari rambut
Huminodun; giginya bertukar menjadi jagung; kepalanya pula menjadi kelapa dan
sebagainya.

Oleh itu demi menghormati dan mensyukuri pengorbanan Kinoringan dan


Huminodun, nenek moyang suku kaum ini mengadakan upacara-upacara adat
seperti Momohizan dan Humabot.

Upacara Momohizan

Upacara Momohizan ini diadakan pada bulan Ogos atau bulan September apabila
padi selesai dituai. Upacara momohizan diadakan untuk memuja semangat padi
dan memberi makan kepada penjaga semangat padi supaya membantu untuk
menyuburkan padi dan melindungi padi dari sebarang penyakit atau bencana alam.
Upacara momohizan biasanya berlangsung dirumah keluarga suku kaum
Kadazandusun golongan berada. Sementara itu golongan yang kurang berada akan
meminta untuk didoakan bersama ataupun dalam bahasa Kadazandusun
'mikiompit'.

Dua minggu sebelum upacara ini diadakan tuan rumah akan meminta para
penduduk kampung untuk menolongnya menyediakan 'tapai' iaitu sejenis minuman
keras tradisi Kadazandusun. Upacara Momohizan dimulakan pada sebelah malam
iaitu setelah semua jemputan hadir. Beberapa orang Bobohizan (bomoh suku kaum
Kadazandusun) yang berpakaian serba hitam akan berkumpul dan memulakan
upacara ini dengan memanggil 'miontong pomumuon' (penjaga rumah/semangat
padi) Apabila selesai membaca mantera pemanggilan dalam kata lain apabila
semua miontong dan 'tasab' (malaikat padi) sudah dihimpunkan maka Bobohizan
akan menaburkan serbuk ragi (manasad) di atas nasi yang telah dihidangkan di atas
nyiru dan diletakkan di ruang tengah rumah.
Adalah dipercayai bahawa perbuatan manasad dilakukan bersama-sama dengan
miontong. Setelah selesai manasad, nasi yang ditabur dengan ragi itu kemudian
diisi ke dalam sukat (saging) dan diatas nasi itu diletakkan arang (popou),
kemudian mulut sukat ini akan ditutup dengan daud simpur (daingin). Kemudian
Bobohizan akan mengisi beras ke dalam nyiru yang berbentuk segitiga (hihibuh),
ketua Bobohizan akan memungut sedikit beras dari nyiru dan meletakkannya ke
atas gendang.

Sambil membaca mantera, Bobohizan akan mengetuk gendang dan kemudiannya


memakan beras itu, tujuannya ialah untuk menjemput miontong sama-sama
memakan beras tersebut. Selepas itu beberapa orang pelatih Bobohizan yang terdiri
daripada sumandak (gadis-gadis sunti) akan berkumpul dan memukul gendang
sambil menyanyi dan membaca mantera 'tumingak' dan diikuti dengan mantera
'sumava'. Seiringan dengan itu Bobohizan akan membungkus nasi dengan daun
simpur. Nasi yang dibungkus ini kemudiannya dipungut sedikit-sedikit lalu diisi ke
dalam tempayan kecil. Tempayan ini kemudiannya diletakkan di atas batang
bambu yang tingginya kira-kira tiga kaki dan hujung bambu itu diletak untuk
tempayan itu diletakkan. Batang bambu ini diikat pada tiang rumah dengan
menggunakan tali kyang diperbuat daripada kelapa (hisad).

Setelah itu Bobohizan akan menjemput 'miontong' untuk minum tapai (moginum)
bersama-sama. Setelah itu bobohizan akan bersedia untuk menjemput dewata dari
kayangan untuk turut serta makan minum dan memohon kepada mereka untuk
menjaga dan melindungi padi serta keluarga suku kaum Kadazandusun.

Pelatih Bobohizan akan membaca mentara'mingau' dan diikuti dengan mentera


'kumodong sakazan' ini ialah untuk memanggil semangat kenderaan yang menurut
mereka berbentuk perahu dan akan belayar terapung-rapung di udara. Para
Bobohizan akan menutup muka mereka dengan kain sambil membaca mantera
'modsuut/soikung' iaitu memanggil roh-roh kayangan. Para Bobohizan ini akan
menentukan arah tujuan masing-masing, biasanya dua orang Bobohizan akan
belayar ke kayangan (minsavat).

Acara 'modsuut' ini diiringi dengan paluan gong tanpa henti dan Bobohizan pula
membaca mantera dan mengoncang-goncangkan alat bunyian mereka yang
diperbuat serpihan-serpihan besi disangkutkan pada serpihan tulang rusuk manusia
yang dipercayai diturunkan oleh nenek moyang mereka yang merupakan pahlawan
peperangan (misasangod). Alat bunyian ini dipanggil 'sindayang'.

Antara bahan makanan yang dihidang di tengah rumah sebagai jamuan 'mintong'
ialah nasi, tapai, jeruk ikan (nosom) yang digaul dengan halia dan padi (santadang
paai). 'Modsuut' memakan masa yang agak lama iaitu lebih kurang dari jam 1.00
tengah malam hingga jam 5.00 subuh. Apabila roh Bobohizan itu sudah turun ke
bumi dengan roh-roh kayangan, maka Bobohizan akan berehat sebentar, samada
mereka akan tidur atau makan.

Semasa Bobohizan berehat, para jemputan akan menarikan tarian tradisional


Kadazandusun iaitu sumazau. Di sebelah pagi pula iaitu lebih kurang jam 6.00 pagi
Bobohizan akan memalu gendang sambil membaca mantera 'mihung', 'painsan',
'monduvazan dan Bobohizan akan menyanyikan mantera 'momosik' tompuvan'
(mengejutkan pari-pari yang menjaga rumah).

Seterusnya Bobohizan akan menarik sehelai bulu dari seekor ayam yang telah
disediakan sebagai korban. Korban biasanya ialah seekor ayam dengan seekor
babi. Jantina korban mestilah bertentangan misalannya ayam jantan dengan babi
betina dan sebaliknya. Sehelai bulu ayam tadi akan diikat pada hisad dan ianya
akan dikuis pada tuan rumah dan para tetamu.

Ini ialah untuk melindungi mereka daripada serangan penyakit agar mereka akan
sentiasa sihat dalam mengerjakan sawah padi masing-masing. Setelah itu tetamu
akan dijamu dengan makanan yang telah disediakan seperti nasi, tapai, daging
ayam, daging babi dan sebagainya. Setelah Bobohizan menjamu selera, mereka
akan turun ke bawah rumah dan membawa korban itu bersama-sama mereka.
Bobohizan akan membaca mantera sambil memegang ayam korban dan sumazau.

Selepas membaca mantera, ayam akan disembelih dengan menusuk kepala ayam
itu dengan benda tajam, kadangkala Bobohizan akan menggunakan klip rambut
yang besar(titimbok). Setelah ayam itu mati, bulunya akan dibakar sehingga
terhidu baunya. Ertinya ayam itu kini telahpun dikorbankan kepada miontong.
Seterusnya Bobohizan akan memanggil 'miontong' untuk minum tapai iaitu dengan
menuangkan sedikit tapai ke tanah.

Setelah itu Bobohizan akan memotong, rumput dengqn parang dan membaca
mantera 'manau' untuk meminta dewata pulang ke kayangan. Kemudiannya
korban-korban itu akan dibawa naik semula ke rumah. Semasa para Bobohizan
naik ke rumah, salah seorang tuan rumah akan merenjiskan air kepada Bobohizan
sebagai membersihkan Bobohizan yang telah turun ke tanah. Bobohizan pula akan
menyanyikan mantera 'sumamboi'.

Bobohizan akan berehat seketika, kemudian acara 'magampah' akan diadakan


dimana tetamu dan ahli keluarga tuan rumah terutamanya kanak-kanak akan duduk
berkumpulan pada suatu tempat (lazimnya ditengah ruang tamu) lalu ditutup
dengan kain yang besar sambil Bobohizan menari-nari mengelilingi mereka
dengan membaca mantera dan memukul dua bilah parang (tandus atau ilang) di
atas kain yang menutuoi kumpulan itu untuk menghalau penyakit.

Bobohizan yang lainnya juga akan menari-nari mengelilingi kumpulan ini dengan
menguis kain penutup dengan batang Lengkuas (tumbu) dan ohok (bunga).
Apabila mantera selesai dibaca, Bobohizan akan mengangkat kain penutup dan
mereka yang ditutup oleh kain itu akan bertempiaran lari kononya untuk
meninggalkan penyakit ditempat mereka berekumpul tadi.

Setelah itu Bobohizan dan para tetamu akan para tetamu akan sumazau. Selepas
jamuan tengah hari, Bobohizan akan membaca mantera 'papasazau miontong' ini
ialah untuk menjemput roh-roh penjaga rumah/padi berpesta menari sumazau
bersama-sama. Sambil sumazau, Bobohizan akan memotong batang bambu
(binabat) yang telah disediakan, kemudian disangkut pada dinding rumah.

Hisad juga akan dihiris-hiris oleh Bobohizan. Hisad yang jatuh ke lantai
akandipungut dan ditabur diatas padi yang dipersembahkan sebagai korban kepada
'miontong'. Selepas itu Bobohizan akan berehat dan pada waktu inilah korban-
korban seperti daging babi dan ayam dibersihkan dan dibahagi-bahagikan.
Bahagian usus korban ini akan dibawa oleh Bobohizan ke sungai untuk
dibersihkan. Upacara ini dinamakan 'humanau', ini juga bertujuan untuk memberi
makan kepada miontong .

Setelah itu kesemua Bobohizan akan mandi, membersihkan diri mereka. Semasa
perjalanan kembali ke rumah tempat momohizan itu diadakan, Bobohizan dilarang
untuk menoleh ke belakang atau tersadung kaki semasa berjalan. Upacara
momohizan ini diadakan selama dua malam dan setengah hari. Malam keduanya
Bobohizan akan membaca mantera 'modsuut' lagi tapi dengan roh penjaga
rumah/padi saja.

Di sebelah pagi hari kedua, bahan korban akan dibahagi-bahagikan kepada para
Bobohizan sebagai sogit dan selepas itu mereka akan dijamu dengan makanan dan
minuman tapai, ketika inilah para tetamu dan Bobohizan akan berbalas pantun
(kizat) atau syair (hius) dan acara ini sememangnya merupakan acara untuk
berhibur yang di selangi dengan gelak ketawa dan usik mengusik. Setelah selesai
makan, Bobohizan akan pulang ke rumah masing-masing dengan berbekalkan
sogit (huus).

Humabot

Upacara Humabot ialah adat suku kaum Kadazandusun yang diamalkan oleh nenek
moyang suku kaum ini apabila mendirikan rumah baru. Sebuah keluarga suku
kaum ini yang akan mendirikan rumah akan meminta Bobohizan untuk menjampi
tanah tapak rumah itu didirikan.

Bobohizan memasukkan benda-benda seperti garam, butang baju dan kayu sapad
ke liang tanah tempat tiang dipacakkan. Selepas itu Bobohizan akan merenjis air
disekitar kawasan tapak rumah sambil membaca mantera, ini bertujuan untuk
menghalau roh-roh jahat yang berkeliaran di tapak rumah tersebut yang dipercayai
akan mendatangkan malapetaka ataupun dalam bahasa kadazandusun 'kopizo'
Tiang akan dipacakkan jika tuan rumah termimpi baik, tetapi jika sebaliknya, maka
tapak tiang akan dialihkan sedikit dari tapak asal.

Apabila rumah sudah didirikan, Bobohizan akan dipanggil lagi dan kali ini upacara
'momodu' atau memandikan rumah akan dijalankan. Bobohizan akan membaca
mantera sambil kaum lelaki akan menyalakan apai pada bambu yang hujungnya
dibungkus dengan getah (sikalap) dan membawa obor ini mengililingi rangka-
rangka atap rumah sambil bertempik sorak atau 'memangkis'. Ini bertujuan untuk
menghalau roh-roh jahat pembawa malapetaka.

Upacara ini biasanya disambut dengan keramaian dan para jemputan akan
dihidangkan dengan jamuan. Tuan rumah juga akan memjemput ketua keluarga
yang mempunyai ramai anak yang semua masih 'hidup', ke rumahnya dan meminta
ketua keluarga itu baring sebentar pada alas tidur tuan rumah. Ini dipercayai
bertujuan untuk menjemput rezeki yang berpanjangan kepada keluarga tuan rumah
itu.

Sebulan selepas tuan rumah tinggal di rumah itu maka upacara 'momohontog sisit'
iaitu upacara menghormati tiang rumah akan diadakan ianya merupakan acara
keramaian seperti magagung, sumazau dan makan besar. Setahun selepas tuan
rumah tinggal di rumah baru itu, upacara magavau akan diadakan untuk memuja
semangat rumah.

Seminggu selepas magavau diadakan upacara Humabot pula menyusul, upacara ini
juga adalah upacara menghormati rumah dan ianya disambut dengan meriah sekali.
Tapai akan disediakan untuk menjamu jemputan yang datang.

Dalam upacara itu Bobohizan akan menjampi nasi untuk membuat tapai kemudian
meletakkanya diatas daun simpur. Air perahan nasi tapai itu akan diminum dan
nasinya pula dilontarkan ke dalam ketawai besar (bekas menyimpan padi), ini
adalah untuk memberi makan kepada semangat padi 'bambazon' makan. Kaum
lelaki juga akan melontarkan nasi tapai pada daun simpur itu ke dalam ketawai
sambil bertempik sorak (memangkis) .

Acara ini berterusan sehingga kesemua nas tapai yang diletakkan atas daun simpur
itu habis. Upacara Humabot diadakan setiap selang satu tahun selepas ia diadakan
dan lima tahun selepas rumah itu dihumi. Upacara ini juga merupakan upacara
keramaian iaitu makan besar dimana seekor kerbau akan ditumbangkan sebagai
sogit (korban).

Nenek moyang suku kaum ini mempercayai bahawa sekiranya upacara-upacara


menghormati rumah baru ini tidak dilakukan maka malapetaka pasti akan menimpa
keluarga yang tinggal dirumah baru itu, penyakit akan berleluasa, perkara-perkara
ganjil dan mengerikan akan terjadi dirumah itu seperti beratus-ratus ekor tabuan
(potizukon) akan mengelilingi rumah atau biawak akan tiba-tiba muncul dirumah
baru itu

Bahasa

Bahasa merupakan pengenalan dan asas perpaduan bagi semua kaum. Demikian
juga dengan kaum Kadazandusun yang mempunyai bahasanya sendiri iaitu Bahasa
Kadazandusun. Bahasa ini adalah identiti bagi sukukaum Kadazandusun.
Sekiranya lenyap bahasa maka sesuatu kaum itu juga akan pupus. Oleh itu, Bahasa
Kadazandusun ini haruslah dikembangkan dan dipelihara supaya tidak lenyap.

Bagi mengembangkan dan memelihara bahasa ibunda kaum Kadazandusun ini


lenyap maka beberapa usaha telah diambil contohnya Bahasa Kadazandusun ini
telah mula diajar di beberapa buah sekolah rendah terpilih untuk projek perintis
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun.

Kurikulum Bersepadu Bahasa Kadazandusun Sekolah Rendah adalah untuk


memboleh murid menguasai kemahiran asas berkomunikasi dan memperolehi ilmu
serta menghayati dan membanggai bahasa itu.

Pendidikan di negeri Sabah berkembang dengan adanya satu lagi Bahasa diajar
dengan rasminya dalam sistem tertentu persekolahan sekolah rendah.

Selain Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, beberapa badan dan pertubuhan lain juga
memainkan peranan penting dalam usaha pengembangan dan pemeliharaan Bahasa
Kadazandusun contohnya Kadazandusun Language Foundation ( KLF ), Koisaan
Cultural Development Institute ( KDI ), Persatuan Kebudayaan Kadazandusun
Sabah ( KDCA ), Perpustakaan Negeri Sabah ( PNS ).
Kadazandusun merupakan suku kaum yang terbesar di negeri Sabah. Mereka
menuturkan banyak dialek dalam bahasa Kadazandusun. Walaupun terdapat
perbezaan ini namun ianya masih dalam rumpun suku kaum Kadazandusun.

Dengan adanya pendidikan Bahasa Kadazandusun di sekolah rendah kini, maka


bahasa Kadazandusun ini akan dapat di mertabatkan dan dikekalkan serta dapat
dipelihara daripada pupus.

Makanan Tradisi

Makanan bagi sesuatu kaum merupakan identiti dan pengenalan bagi sesuatu
kaum. Terdapat banyak jenis makanan dalam masyarakat Kadazandusun.

Biasanya kita dapat melihat pelbagai jenis hidangan ini di musim perayaan seperti
Pesta Kaamatan yang dirayakan setiap tahun iaitu 30 dan 31 Mei.

Selain perayaan, biasanya suku kaum Kadazandusun yang tinggal di kampung,


masih mengamalkan cara masakan atau hidangan secara tradisional ini.

Kita juga dapat melihat dan merasa hidangan seumpama ini pada masa upacara
seperti perkahwinan dan majlis lain di adakan oleh suku kaum Kadazandusun.

Sesungguhnya makanan tradisional bagi kaum Kadazandusun ini amat berbeza dari
kaum yang lain terdapat di negeri Sabah. Selain makanan ini lazat, sudah tentu
ianya juga mempunyai keunikannya yang tersendiri.

Makanan Tradisi Kaum Kadazandusun

Masyarakat Sabah telah dianugerahkan dengan pelbagai jenis makanan. Ini adalah
kerana keadaan semulajadi bentuk muka buminya banyak membekalkan sumber
pencarian makanan.

Contohnya, laut dan sungai yang dibekalkan dengan pelbagai jenis ikan, udang dan
sebagainya, hutan rimba yang ditumbuhi dengan pelbagai jenis tumbuhan liar,
herba, buah-buahan dan didiami pelbagai jenis hidupan liar. Masyarakat tempatan
Sabah telah memperkenalkan pelbagai jenis makanan tradisi.
Kebiasaan ini diamalkan oleh lebih dari tiga puluh golongan etnik yang mana lebih
dipengaruhi dengan cara hidup dan keadaan persekitaran tempat tinggal etnik
tertentu.

Masyarakat kaum Kadazandusun di Sabah telah mengamalkan cara pemakanan


Tradisi sejak turun-temurun dan masih diamalkan sehingga hari ini.

Antara makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum Kadazandusun ialah


Hinava, Noonsom, Pinaasakan dan Sup Manuk Lihing. Makanan-makanan ini
dapat disediakan dengan pelbagai cara mengikut kebiasaan amalan tradisi Kaum
Kadazandusun.

HINAVA

Hinava merupakan makanan yang paling popular di kalangan kaum


Kadazandusun. Bahan yang diperlukan untuk penyediaan makanan ini ialah Isi
ikan ( Ikan Tenggiri ) dihiris halus, biji buah bambangan yang telah diparut, cili
merah, halia, bawang merah , limau kapas dan garam.

NOONSOM

Noonsom lebih dikenali sebagai jeruk dalam Bahasa Melayu. Terdapat beberapa
jenis Noonsom yang telah diperkenalkan oleh Kaum Kadazandusun.

Antara yang paling popular ialah Noonsom Sada (Ikan), Noonsom Bambangan dan
Noonsom Tuhau.

Noonsom Sada - Ikan yang digunakan ialah jenis ikan air tawar, dibersihkan dan
dijeruk menggunakan isi buah Pangi (ditumbuk ), nasi dan garam.

Campurkan kesemua bahan dan diisi ke dalam bekas botol/tajau kecil dan biarkan
selama sepuluh atau dua belas hari sehingga boleh dimakan.

Noonsom Bambangan - Isi Buah Bambangan dihiris dan dicampur dengan biji
buah bambangan yang telah diparut dan sedikit garam.

Apabila kesemua bahan dicampurkan, isikan ke dalam bekas botol atau tajau kecil
dan biarkan selama seminggu sebelum dimakan.
Noonsom Tuhau - Isi Tuhau dihiris halus dan dijeruk dengan cuka, garam dan cili
merah.

Apabila kesemua bahan telah dicampurkan, isikan ke dalam bekas botol dan
biarkan beberapa minit sebelum dihidangkan.

PINAASAKAN

Bahan yang diperlukan untuk penyediaan makanan ini ialah ikan ( ikan air
tawar/ikan air laut ) , dibersihkan dan dicampur dengan sedikit biji kunyit dan halia
yang telah ditumbuk, sedikit biji asam jawa atau buah asam 'takob-bakob' , garam,
serbuk perasa dan sedikit air. Biarkan ia mendidih sehingga air hampir kering.

SUP MANUK LIHING

Masakan ini lebih dikenali sebagai 'Sup Ayam Lihing' dalam Bahasa Melayu.
Bahan yang diperlukan ialah seekor ayam kampung , sejenis minuman keras yang
lebih dikenali 'Lihing' di kalangan kaum Kadazandusun dan hirisan halia.

Cara menyediakan, rebus daging ayam yang telah dipotong dengan setengah cawan
lihing , hirisan halia, garam dan serbuk perasa. Biarkan ia mendidih sehingga
daging ayam betul-betul lembut sebelum dihidangkan.

Mengikut tradisi kaum Kadazandusun, makanan ini sangat sesuai untuk wanita
yang baru lepas bersalin. Kebanyakan makanan tradisi kaum Kadazandusun hari
ini boleh didapati di beberapa restoran tertentu yang biasa menyediakan makanan
tradisi penduduk tempatan.

Selain dari itu, beberapa hotel terkemuka juga memilih untuk menghidangkan
'Hinava' sebagai hidangan khas untuk para pengunjungnya. Keunikan dan
kepelbagaian makanan tradisi yang diperkenalkan oleh masyarakat tempatan Sabah
hari ini merupakan salah satu lagi keistimewaan yang terdapat di negeri di bawah
bayu ini.
Muzik Tradisional

JENIS ALAT MUZIK TRADISIONAL

Kebanyakaan alat-alat muzik di Sabah dibuat daripada bahan-bahan asli. Sebagai


contoh, tongkungon, turali, suling (atau seruling), sompoton dan togunggak
diperbuat daripada buluh.

Alat lain seperti gambus, kompang dan gendang diperbuat daripada kulit kambing.
Gong dan kulintangan dibuat daripada kayu lembut dan menyerupai gitar panjang
bertali tiga yang dibuat daripada giman, sejenis gentian pokok palma. Alat-alat
muzik di Sabah, dikelaskan kepada ;

Kordofon - (tongkungon, gambus,sundatang atau gagayan)

Erofon - (suling, turali atau tuahi, bungkau dan sompoton)


Idofon - (togunggak, gong,kulintangan) dan membranofon (kompang,gendang
atau tontog).

GONG

Gong merupakan tulang belakang dalam kebanyakan arena permainan muzik dan
ianya digunakan dalam hampir kesemua upacara sosial.

Bilangan gong yang dimainkan bersama berbeza-beza mengikut keperluan


masyarakat setempat. Satu atau dua buah gendang juga sering dipalu bersama
untuk menseragamkan iramanya.

Gong boleh didapati di seluruh negeri Sabah dan mempunyai nilai yang tinggi. Ia
juga digunakan sebagai hantaran berian, upacara kepercayaan animistic, isyarat
dan perayaan pesta-pesta menuai Sejak akhir-akhir ini suku kaum Rungus di Kudat
ada membuat gong yang dibentuk dari kepingan besi galvanic yang dibeli di sini.

Gong yang lebih popular mempunyai dinding yang tebal, bibir yang dalam serta
tombol yang besar, ditempah dari Filipina, Indonesia atau Berunei.

BUNGKAU

Kecapi mulut dibuat daripada kulit sejenis pokok palma yang dikenali sebagai
polod oleh suku kaun Kadazandusun. Untuk mengukir bentuknya, ianya
memerlukan tangan yang halus dan mahir. Alat ini lazimnya ditemui di kawasan-
kawasan suku-kaum Dusun.

Kepingan berkayu yang nipis di tengah alat ini digetarkan dengan memukulnya
dengan ibu jari. Getaran kepingan kayu ini menghasilkan bunyi yang kecil tetapi
dengan meletakkannya di hadapan mulut sipemain boleh membesarkan bunyinya
melalui salun (bunyi yang berbalik).

Berjenis-jenis frekuensi boleh dihasilkan dengan mengubah mulut serta kedudukan


lidah. Apabila tidak dipakai, alat ini selalunya disimpan dalam bekas tiub buluh
kecil agar ianya tidak rosak dan sentiasa dalam keadaan bersih.
SOMPOTON (Erofon)

Organ mulut merupakan alat yang sangat menarik di antara alat-alat musik
tempatan di Sabah. Ianya dibuat daripada sebiji buah labu yang kering dengan
lapan batang paip buluh yang disusun dalam dua lapisan.

Salah satu daripada paip ini tidak mempunyai bunyi dan berfungsi untuk
memperseimbangkan kedudukan bentuk alat tersebut. Dengan meniup atau
menyedut mulut labu, sipemain boleh menghasilkan satu bunyian harmoni yang
merdu.

Beberapa kepingan kecil polod(seperti dalam Bungkau) diletakkan pada dasar tiap-
tiap tepian paip yang berbunyi. Paip tersebut dimasukkan ke dalam lubang pada
sisi labu kemudian ditampal dengan lilin lebah.

Kepingan kecil polod diletakkan di dalam labu dan menambah salun alat yang baru
disiapkan.

Paip-paip buluhnya diikatkan bersama dengan rotan yang telah diraut nipis.
Semada memainkan sompoton, seseorang pemain menutup dan membuka tiga
daripada empat paip terpendek pada hujungnya dengan tiga jari tangan kanan dan
tiga lubang kecil pada dasar paip terpendek serta hadapan dan belakang paip yang
lebih panjang dengan jari tangan kiri.

Sompoton ini boleh dimainkan secara perseorangan untuk hiburan persendirian


atau dalam kumpulan untuk mengiringi tarian. Ianya popular di kalangan
sukukaum Kadazandusun.

TOGUNGGAK (idiofon)

Dikenali sebagai tagunggak di kalangan suku kaum Murut, Togunggak di kalangan


suku kaum Dusun/Kadazan atau 'Togunggu' di Penampang., idiofon bambu paluan
ini dimainkan dalam kumpulan untuk mengiring tarian atau perarakan di pesta-
pesta.

Satu set alat-alat muzik ini merangkumi enam (togunggu') hingga tiga puluh
(tagunggak) buah, bergantung kepada suku kaum. Muzik yang dikeluarkan
menyerupai satu set gong sesuatu kumpulan, dengan setiap idiofon diselaraskan
bunyinya mengikut gong sebenar yang dimainkan.

KULINTANGAN (Idiofon)

Pada mulanya alat ini diperkenalkan di barat Sabah oleh suku kaum Brunei tetapi
secara tradisional ianya juga digunakan oleh suku kaum Bajau dan beberapa suku
Dusun/Kadazan.

Selalunya, ia dimainkan dalam majlis-majlis dan perayaan seperti majlis


perkahwinan dan upacara keagamaan, di mana ianya diiringi oleh gong-gong
tradisional.

Alat ini merangkumi lapan ataupun 9 buah gong-gong cerek yang kecil. Setiap
daripadanya mengeluarkan bunyi-bunyian yang berbeza-beza apabila dipukul.

Gong-gong cerek ini diletakkan tersusun dalam satu barisan di atas sebuah rangka
kayu rendah. Biasanya sipemain duduk di atas lantai berhadapan dengan barisan
gong sambil memukulnya dengan dua pemukul kayu kecil.
Pakaian Tradisi
Pakaian tradisi suku kaum Kadazandusun kaya dengan keunikannya. Ini adalah
kerana, ianya berlainan diantara satu tempat dengan tempat yang lain. Setiap etnik
dalam kaum Kadazandusun ini mempunyai perbezaan dari segi pakaian tredisinya.

Contohnya pakaian tradisi bagi etnik Dusun Bundu di Ranau dan Liwan di
Tambunan adalah berbeza dengan pakaian tradisi bagi etnik Lotud di Tuaran dan
juga Kimaragang di Kota Marudu. Setiap etnik dalam kaum Kadazandusun ini
mempunyai keunikannya yang tersendiri.

Biasanya pakaian tradisi ini dipakai pada musim perayaan seperti Pesta Kaamatan
dan juga upacara khas seperti perkahwinan. Selalunya para gadis dari kaum
Kadazandusun ini akan memperagakan jenis pakaian tradisi ini apabila adanya
Pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan di Peringkat Negeri Sabah.

PAKAIAN TRADISI PERHIASAN SERTA BARANGAN KEMAS


SUKU KAUM KADAZANDUSUN NEGERI SABAH.
Pengenalan

Dengan mempunyai sebanyak 32 etnik suku kaum asli di negeri Sabah, maka
dijangkakan, kita dapat melihat pelbagai jenis pakaian tradisi mengikut suku kaum.

Kebanyakan daripada mereka telah mengekalkan corak dan warna pakaian tradisi
yang asli. Warna yang amat popular ialah warna hitam.

Warna ini banyak digunakan kerana pada masa dahulu, penduduk asli negeri Sabah
hanya bergantung kepada beberapa jenis tanaman dan sayuran untuk dijadikan
cecair pencelup kain.

Mereka hanya perlu menambahkan manik-manik berbagai jenis warna seperti


merah, oren, putih serta hijau sebagai perhiasan tambahan.

Pakaian tradisi juga termasuklah manuk-manik antik yang dijadikan kalung, tali
pinggang, barangan antik berukiran berwarna perak dan tali pinggang yang
diperbuat daripada wang syiling dolar berwarna perak. Kesemuanya ini merupakan
khazanah turun-temurun yang sangat berharga serta tinggi nilainya.
Berikut adalah beberapa keterangan tentang pakaian tradisi suku kaum
kadazansusun yang amat popular di negeri Sabah.

1. SUKU KAUM KADAZANDUSUN PENAMPANG

Ciri-ciri pakaian tradisi.

a) Blaus tidak berlengan,berwarna hitam baldu untuk wanita(Sinuangga).

b) Blaus berlengan pendek, berwarna hitam(baldu) untuk wanita petengahan umur.


(Sinompukung)

c) Blaus berlengan panjang untuk wanita golongan tua terutamanya


'bobohizan'(kinoingan).

d) Kemeja berwarna hitam baldu, atau panjang untuk golongan lelaki.

e) Sarong (tapi) panjang berenda 'siling', berwarna hitam

f) Siga - pelbagai corak dan motif pada tenunan

Perhiasan pakaian.

a) renda 'siling' utama keemasan pelbagai corak.

Barangan kemas

a) Himpogot - wang syling berwarna perak.

b) Tinggot - Tali pinggang berwarna perakdiperbuat daripada wang syling dolar


abad awal 20-han.

c)Tangkong - Diperbuat daripada leburan logam tembaga bercorakkan gong dan


berbentuk cincin (husau) yang disarungkan dalam lingkaran rotan yang halus.

d) gelang (gohong)

e) rantai leher (hamai)

f )anting-anting (simbong)
g )cincin (sinsing)

h) kerongsang berwarna keemasan.

2. RUNGUS DI KUDAT

Ciri-ciri Pakaian Tradisi

a) Blaus berwarna hitam bercorak yang dipakai aras dada ke pinggang dipanggil
'Banat Tondu'.

b)Sarong(Tapi Rinugading) hingga ke paras lutut sahaja.

c) Kain hitam berukuran lebar 28-30 sm. Ia disarungkan ke leher lalu diletakkan di
bahu dan berjuntai ke lengan berbentuk pakaian berlengan.

d) Baju Kemeja hitam berlengan pendek atau panjang untuk golongan lelaki.

e) Siga

Perhiasan Pakaian

a) Kain bercorak, tenunan halus pelbagai corak.


b)Cincin tembaga serta manik-manik antik disarungkan dalam 'togung ' menjadi
tali pinggang berwarna-warni yang dipanggil 'orot'.

c)Manik-manik dipanggil " lobokon " digantung di pinggang.

d)Sepasang selendang (pinakol) berukuran 6-8 sm lebar. Ia diperbuat daripada


manik-manik berunsurkan corak purbakala.

Barangan Kemas

a) Rantai leher (sandang) diperbuat daripada kulit kerang (Kimia) berwarna putih
berkilauan dan tulang haiwan.

b) Sanggul (titimbok)

c) 'Burambun' dan 'Giring' barangan antik yang diperbuat daripada logam emas
berbentuk loceng.

d) 'Sisingal' - manik-manik serta kulit kerang diikat bersama membentuk rantai


yang diikat di bahagian dahi.

e) Cebisan kain dijahit membentuk tocang (rampai) berwarna-warni, diikat di


tengkuk.

3. KADAZANDUSUN PAPAR

Ciri-ciri Pakaian Tradisi

a) Blaus baldu hitam berlengan panjang (siya)

b) Blaus putih (baju dalam)


c) Sarong (gonob) baldu hitam hingga paras lutut.

d) Siga (lelaki)

e) Baju kemeja baldu hitam berlengan panjang.

f) Siung (wanita)

i)berbulu binatang (burung) berwarna apa sahaja untuk wanita bujang.

ii)berbunga-bunga untuk golongan wanita sudah berkahwin.

iii)tiada perhiasan di siung .

Perhiasan Pakaian

a) butang berwarna keemasan (kubamban) sebanyak 8 pasang di dada.

b) Renda keemasan (siling) dan labuci (dijahit disekeliling lipatan tangan dan
leher)

c) 8 pasang butang berwarna keemasan dijahit di lengan blaus.

d) Tenunan 'rinangkit ' bercorak cetusan bintang dijahit secara menegak dan
melintang pada sarong (gonop).

Barangan Kemas

a) 3 bentuk kerongsan antik keemasan berbentuk duit syiling.

b. gelang (belilit) perak.

c)Tali pinggang berwarna perak (rupiah) berbentuk duit syiling.

Cara Pemakaian.

a) 3 pasang untuk wanita bujang.

b) 2 pasang untuk wanita berkahwin.

c) 1 pasang untuk wanita berstatus balu atau golongan berumur.


d) Tali pinggang kecil berwarna perak untuk menunjukkan si pemakai dari
golongan berada.

4) (a) LOTUD TUARAN

" Lorud "(Blaus berlengan panjang)

a) Dipakai oleh Lotud Tantagas semasa upacara rasmi.

Ciri-ciri Pakaian Tradisi

a) Blaus hitam berlengan panjang (sukub kopio), bercorak warna merah sebagai
warna utama. Tinobugi berwarna merah, kuning keemasan dijahit pada
pergelangan tangan, tepian blaus dan di dada.Corak bermotif bambu
(Ukob)berwarna merah,oren, biru dan hijau dijahit tangan di atas jahitan warna
keemasan di pergelangan tangan.

b) " Gonob " pula bercorak warna merah dijahit ditepi kiri (bangkit) serta tinobugi
dijahit melintang diparas betis. Ukuran gonob adalah dibawah paras lutut.

c) Sandai. Ia sejenis kain skaf panjang yang dipakaikan disekeliling bahu.

Perhiasan Pakaian
a)Kain putih (haboi) sebagai tali pinggang .

b)Tali pinggang (loti) putih dan perak. Ditambah dengan 2 kelepak ikatan hitam
untuk wanita sudah berkahwin.

c) Rambut disanggul seperti 'Sinulug' (atas) 'Sinungkok' (bawah) "Ginuli" pula


dililitkan di sekeliling sanggul 'sinulug'.

d) Sigar dan siwot.

i) Sigar - Ia diperbuat daripada daun nipah serta mempunyai daun emas. Brunei
yang diukir tangan. Tepian sigar dihias dengan rotan yang dicelup dengan warna
merah.

ii. Siwot - Ia terdiri daripada ikatan 4 helai bulu ayam putih diikat dengan kain
merah . Setiap bulu dilekatkan pada cebisan bambu nipis. Beberapa helai bulu
hitam disertakan juga. Helaian 1 dan 4 mesti mempunyai rantai manik emas dan
biru berhiaskan cebisan kain merah.

Barangan Kemas

a)Himpogot wang syling berwarna perak.

b) Tinggot - Tali pinggang berwarna perakdiperbuat daripada wang syling dolar


abad awal 20-han.

c.Tangkong - Diperbuat daripada leburan logam tembaga bercorakkan gong dan


berbentuk cincin (husau) yang disarungkan dalam lingkaran rotan yang halus.

d. Gelang (gohong)

e. Rantai leher (hamai)

f. Anting-anting (simbong)

g. Cincin (sinsing)

h. Kerongsang berwarna keemasan.


4(b) LOTUD TUARAN

CIRI-CIRI PAKAIAN TRADIS

a)Blaus ini (sukub) dihias sederhana berbanding blaus (sukub kopio). Ia berwarna
hitam serta berenda kuning keemasan, mempunyai labuci di lengan kolar dan di
depan baju.

b) Gonob (sarong) hingga ke paras lutut. Linangkit bercorak bunga (kembang suri
). Warna merah merupakan warna utama namun ditambah juga warna keemasan,
putih, oren dan biru.

Perhiasan Pakaian

a) Kuluwali (Selindang), Linangkit (corak) bermotif kembang suri.

Barangan Kemas

a) Lilimbo (tali pinggang rotan) yang tidak mempunyai kancing pembuka.

b) Gelang perak (simpai)

c) Gelang kaki perak (lansung)

5. DUSUN TINDAL TEMPASUK KOTA BELUD

Ciri-ciri Pakaian Tradisi

a) Blaus berlengan panjang (sinipak ) berwarna hitam.

b) Gonob (sarong) paras lutut.


Perhiasan Pakaian

a)Renda bercorak dijahit tangan pada lengan blaus.

b) Lengan blaus di atas siku ke bawah pula dibelah dan dijahit tangan dengan
berbagai corakl kain berenda.

c) Kain hitam berlapis-lapis dengan renda kuning keemasan (sunduk do sunalatan)


disandang di tangan sebelah kanan.

d) 2 pasang selendang merah.

e) Kain dastar sebagai kolar baju.(selindang lolopot)

f) Gonob ditenun sendiri oleh suku kaum Dusun Tindal menggunakan kain tenunan
dari hasil pemprosesan pisang larut (textil musa)

Barangan Kemas

a. Manik-manik antikb)Tali pinggang yang lebar (Kinokogis)a) Sinipogot - 4


gelang sinipogot yang diperbuat daripada wang syiling dolar perak.

b) Gelang Perak ( Saring Perak ).

c) Anting-anting Perak.

d) Beg kecil berwarna perak (pouch) diukir tangan beserta rantai leher (kiupu). Ia
dipakai sebagai rantai leher.

6. MURUT TAGAL DARI DAERAH KENINGAU

Ciri-ciri Pakaian Tradisi.

a) Blaus tidak berlengan ( sampayau pinongkoh ).

b) Sarung ( tapi ) berwarna hitam paras bawah lutut. Keunikan Tenunan manik-
manik berwarna-warni dan bercorak secara melintang dan menegak di seluruh
bahagian depan dan belakang blaus serta sarung.

Perhiasan Pakaian

Manik-manik bercorak serta berwarna-warni seperti warna merah, putih, oren dan
hijau.
Barangan Kemas

a) Tali pinggang ( tirol ringgit ) yang diperbuat daripada wang syiling antik dolar
warna perak.

b) Tali pinggang ( sukayan ) diperbuat daripada manik kristal berwarna merah /


coklat ( sapulu ).

c) Manik-manik warna biru ( botina ) dipakai ( berjuntai ) pada pinggang.

d) Tali pinggang ( bungkas ) diperbuat daripada manik-manik yang berlapis-lapis


berwarna putih yang sukar didapati sekarang. Bungkas merupakan warisan turun
temurun ahli keluarga dan bernilai RM 10 000. 00.

e) Rantai leher berwarna putih biru dan merah yang diperbuat daripada manik dan
ukiran kayu.

f) Gelang tangan yang diperbuat daripada manik dipakai di atas paras siku.

Tarian Tradisional
Tarian Sabah mempunyai tiga puluh dua jenis etnik, lima puluh lima jenis bahasa
dan kira-kira seratus dialek. Setiap etnik mempunyai kebudayaan, tradisi dan adat
resamnya yang tersendiri. Mereka menunjukkan cara hidup mereka melalui muzik
dan tarian. Antara jenis tarian suku kaum Kadazandusun di Sabah adalah sepeti
berikut;
Liliput

Liliput merupakan tarian bagi etnik Bisaya di daerah Beaufort. Liliput ditarikan
secara berpusing-pusing. Tarian ini biasanya ditarikan semasa upacara menghalau
roh jahat daripada badan seseorang dan mengembalikan semangatnya. Upacara ini
hanya akan ditamatkan setelah semangat orang itu kembali ke badannya.

Menangkuk

Tarian ini dipersembahkan oleh kaum Kadazandusun Kota Marudu di utara negeri
Sabah. Ia biasanya ditarikan semasa perkahwinan dan upacara-upacara lain. Penari
akan mempersembahkan tarian ini dengan menggunakan piring yang diletakkan di
atas telapak tangan.

Tarian ini ditarikan dengan melenggangkan punggung tanpa menjatuhkan piring.


Sekiranya piring itu jatuh, ianya menunjukkan petanda yang buruk, terutamanya
semasa tarian ini dipersembahkan semasa hari perkahwinan. Kadang-kadang lilin
yang dinyalakan akan letakkan diatas piring tersebut untuk membuatkan tarian itu
lebih menarik.

Mogunatip

Mogunatip adalah tarian yang dipersembahkan oleh kaum asli dari pedalaman
Sabah termasuk kaum Kadazandusun dari Tambunan, Kwijau Dusun dari
Keningau dan beberapa kumpulan daripada suku kaum Murut. Mogunatip diambil
daripada perkataan "atip" yang bermaksud menekan antara dua permukaan. Penari
mogunatip memerlukan kemahiran dan ketangkasan yang baik untuk menari
melintasi buluh yang dipukul serentak untuk menghasilkan bunyi dan irama tarian
tersebut. Tarian ini merupakan tarian yang dipersembahkan semasa upacara-
upacara yang tertentu untuk menghormati tetamu.

Mongigol Sumundai

Mongigol Sumundai adalah tarian daripada daerah kudat dan Pitas yang
dipersembahkan oleh suku kaum Rungus . Kedua-duanya dipersembahkan oleh
suku kaum Rungus. Kedua-duanya dipersembahkan sekaligus semasa perayaan
dan upacara pemujaan semangat. Tarian ini ditarikan oleh 3 hingga 8 orang penari
perempuan dan diketuai oleh penari lelaki. Penari perempuan akan merapatkan
bahu antara satu sama lain dan menggerakan pergelangan tangan dengan langkah-
langkah yang perlahan dan lembut. Pakian yang digunakan oleh penari perempuan
adalah pakaian tradisional suku kaum Rungus. Tarian ini diiringi dengan 4 gong
dan gendang yang dinamakan ' Tontog'.

Paina

Paina merupakan tarian suku kaum Kadazandusun dari daerah Membakut. Ianya
dipersembahkan semasa upacara kesyukuran terhadap semangat padi.

Ia biasanya dipersembahkan oleh sekumpulan lelaki dan perempuan. Pakaian yang


dipakai oleh penari perempuan adalah serba hitam dengan dihiasi butang yang
terang dan menyerlah manakala penari lelaki pula memakai ' sigar ' di kepala dan '
sandai ' yang tergantung dari leher.

Sumayau ( Mongigol Tuaran )

Tarian ini merupakan tarian pemujaan semangat oleh suku kaum Dusun Lotud di
daerah Tuaran. Ia biasanya dipersembahkan semasa Upacara ' Rumaha ' ( Upacara
memuja tengkorak kepala ), ' Magahau ' ( Upacara pemujaan semangat Tajau ).

Sumayau dipersembahkan lebih daripada 8 orang pasangan yang berpakaian serba


hitam dengan lengan panjang dan selendang yang panjang mengelilingi leher.
Penari perempuan pula memakai bulu burung di bahagian kepala yang
digabungjalinkan sementara penari lelaki memakai ' sigar '.

Penari perempuan menggerakkan tapak kaki mereka dengan perlahan , sementara


penari lelaki berdiri dan menggoncangkan ' giring ' atau loceng kecil ang
dilekatkan pada pakaian mereka.

Sumazau Papar

Tarian ini berasal dari daerah Papar, Sabah. Ianya biasa ditarikan oleh gabungan
penari lelaki dan perempuan.

Keunikan pergerakan tapak kaki penari perempuan, tumit bertemu tumit, ibu jari
bertemu ibu jari. Ini membuatkan tarian ini lebih unik dan serta menarik. Penari
perempuan memakai pakaian tradisi suku kaum Kadazandusun dari daerah Papar,
dengan ' seraung' yang diletakkan atas kepala dan bulu berwarna-warni atas '
seraung ' yang dipanggil ' senaundung '. Penari lelaki pula memakai ' siga ' pada
kepala mereka dan juga skaf / selendang yang dikenali sebagai ' sandai '.

Sumazau Penampang
Sumazau Penampang adalah tarian tradisional suku kaum Kadazandusun. Tarian
ini biasanya dipersembahkan semasa perayaan dan juga upacara pemujaan
semangat padi ( Bambaazon ).

Penari mempersembahkan tarian mereka secara berpasangan. Kedua-dua penari


lelaki dan perempuan mula menari dengan irama yang lembut dan perlahan
mengikut paluan gong. Dengan ' pangkis ' dari penari lelaki biasanya, ini
menandakan pertukaran corak tarian akan dilakukan. ' Pangkis ' dari penari lelaki
ini akan lebih memeriahkan lagi suasana tarian ini.

Pakaian yang dipakai oleh penari ini ialah pakaian serba hitam dengan jalur kuning
emas. Penari perempuan memakai ' tangkong ', ' tinggot ', dan ' Himpogot '. Penari
lelaki pula memakai ' sigar ' di kepala. Tarian ini biasanya diiringi oleh paluan
gong atau pun ' togunggu '.

Titikas

Titikas adalah tarian tradisional suku orang sungai di kawasan Kinabatangan,


Sandakan. Tarian ini biasanya ditarikan untuk menyambut ketibaan tetamu
kehormat dan juga semasa perayaan.

Pergerakan tangan semasa menari ialah sama seperti permainan ' Ingki-ingki '. Alar
muzik yang digunakan untuk mengiringi tarian ini dikenalai sebagai ' titikas ', '
gabang ', ' kantung ' , dan juga gong.
Lagenda Pesta Kaamatan
Pesta Kaamatan atau di dalam bahasa kadazan "Magavau" ini merupakan upacara
perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini
adalah amalan secara tradisi kaum kadazandusun sejak zaman berzaman. Perayaan
"Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan
yang kita rayakan dewasa ini telajh diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan
Koloni sebagai Cuti Umum sejak tahun 1960 lagi. Beliau yang bertanggungjawab
untuk mengusulkan agar Pesta Kaamatan ini diisytiharkan sebagai Cuti Umum
ialah Allahyaraham YAB Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, SMN, PSM. SPDK,
PNBS, bekas Ketua Menteri Sabah yang pertama.

Asal Usul Magavau


Terdapat banyak sebutan perkataan Magavau ini mengikut dialek dan lokasi suku
kaum Kadazandusun. Walau bagaimanapun ianya tetap membawa maksud yang
sama.

Menurut cerita lisan, Kinoingan ( Tuhan ) dan isterinya Suminundu mempunyai


seorang anak perempuan yang bernama Huminodun. Untuk menyelamatkan orang-
orang Kadazandusun daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang
mencukupi, maka Kinoingan terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka
Huminodun. Huminodun dibunuh dan mayatnya dikubur menurut adat istiadat
selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun itu telah mengeluarkan berjenis-jenis
benih tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada kita sekarang. Salah satu
benih tumbuhan itu ialah padi. Oleh kerana sebahagian dari mayat Huminodun itu
mengeluarkan benih p adi, maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu
mempunyai semangat yang diberi nama "Bambazon".

Bermula dari kejadian inilah orang-orang Kadazandusun memulakan upacara Pesta


Kaamatan ( Pesta Menuai ) seperti yang kita rayakan dewasa ini. Perayaan
seumpama ini mengharapkan agar rezeki yang akan datang bertambah baik dan
lumayan. Upacara penghormatan terhadap semangat padi yakni padi-padi yang
selesai dituai dan telah selamat dimasukkan ke dalam ketawai ( Tangkob ) iaitu
bekas tempat menyimpan padi. Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan ini juga
mengingatkan kita akan rasa penghargaan dan penghormatan masyarakat Kaum
Kadazandusun akan Penciptanya ( Kinoingan ) yang sanggup mengorbankan anak
kesayangannya Huminodun untuk menyelamatkan orang-orangnya supaya tidak
mati kebuluran.
V)MELAYU BRUNEI
Orang Melayu Brunei adalah kumpulan etnik asli yang menetap di seluruh negara
Brunei dan di kawasan pantai barat selatan negeri Sabah dan sebelah utara negeri
Sarawak.

Hampir separuh daripada penduduk kaum Melayu di Malaysia Timur (kawasan


pantai barat selatan negeri Sabah dan sebelah utara negeri Sarawak) adalah etnik
atau berketurunan Melayu Brunei dan hampir seluruh penduduk Melayu di selatan
negeri Sabah seperti daerah Sipitang, daerah Kuala Penyu, daerah Beaufort dan
daerah Papar serta Wilayah Persekutuan Labuan termasuk penduduk Melayu yang
menetap di kawasan sebelah utara negeri Sarawak seperti daerah Limbang, daerah
kecil Lawas dan bandar raya Miri adalah berketurunan Brunei.

Hubungan dengan Kedayan


Hubungan Orang Melayu Brunei dan Kedayan sentiasa erat. Kedua-dua kumpulan
etnik tersebut seperti adik beradik. Ini diperkukuhkan lagi dengan perkahwinan
campur di antara Orang Melayu Brunei dan etnik Kedayan.
VI) KEDAYAN
Walaupun pengaruh Melayu-Brunei begitu sinonim dalam kehidupan masyarakat
Kedayan namun begitu Kedayan ini juga mempunyai warisan pakaian tradisi
mereka iaitu Baju Butang Tipai bagi kaum lelaki dan juga Baju Bersuja
Berkubamban untuk perempuan.

Bahasa

Etnik di Sabah menggunakan lebih daripada 50 bahasa, yang dituturkan sekurang-


kurang lebih daripada 80 dialek1Bahasa Kedayan merupakan satu-satunya bahasa
yang berbeza dari rumpun bangsa Melayu . Perbezaan yang ketara yang terdapat
pada bahasa Kedayan dengan bahasa Melayu ini ialah dari segi bilangan huruf
abjad. Abjad bahasa Kedayan hanya terdiri daripada 18 huruf, iaitu terdapat hanya
3 huruf vokal iaitu a, i, dan u; manakala hanya 15 huruf konsonan, iaitu b, c, d, g,
h, j, k, l, m, n, p, s, t, w, dan y.

Bahasa ibunda yang menjadi tradisi kaum ini, vokal o dan e hampir tidak wujud
dalam perbendaharaan kata bahasa Kedayan. Umpamanya:

· besar = basaa
· otak = utak
· kota = kuta.

Vokal o hanya wujud sebagai gandingan kepada konsonan r, umpamanya taloo


untuk 'telur', dengan o berfungsi sebagai konsonan gantian. Konsonan bahasa
Melayu yang tidak digunakan dalam bahasa Kedayan ialah f, q, r, v, z ( x tidak
wujud dalam abjad bahasa Melayu). Bagaimanapun, ketinggalan konsonan r
merupakan satu huruf paling nyata. Bergantung kepada bunyi dan gandingan
huruf, perkataan bahasa Kedayan akan berbunyi seperti berikut:

· r = aa; umpamanya besar = basaa


· r = ii; pandir = pandii
· r = oo atau r = uu; telur = taloo atau taluu
· r = ing
· air = aing.
Kecuali ketika mengikut dasar sistem ejaan bahasa Melayu yang menetapkan
bahawa semua perkataan pinjaman perlu sedapat-dapatnya mengekalkan bunyinya,
bahasa Kedayan hanya dapat menggunakan 18 huruf yang tersebut.

Dialek Melayu Kedayan pula dianggap sebagai salah satu dialek atau bahasa
minoriti di negara ini. Hal ini berlaku kerana masyarakat Kedayan akan
menggunakan bahasa Melayu Brunei ketika berkomunikasi. Ini diperkuatkan lagi
apabila puak ini bertembung dengan etnik-etnik atau puak-puak yang lain yang
terdapat di negara ini, Dialek Kedayan dalam penggunaan kata sapaannya untuk
berkomunikasi ataupun berinteraksi, dalam setiap bahasa sememangnya telah
menentukan norma dan juga sistem atau aturan sosial mereka.

Penggunaan sistem sapaan ini merupakan salah satu cara bagi menghormati
seseorang di samping bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan sebagai
menghormati orang ydang disapa Salah satu contoh adalah kata ‘biskita’ atau ‘kita’
(awak) digunakan apabila bertemu dengan seseorang yang lebih tua daripada
penutur. Sapaan ‘kawu” (kau) pula biasanya digunakan kepada rakan penutur yang
seusia atau yang lebih muda daripada penutur.

Keistimewaan dan keunikan Kedayan

Keistimewaan yang lazim tertonjol dalam aspek kebudayaan itu dapat dikesan
menerusi seni budaya rakyat atau folklore. Menurut James Danandjaya (1984:21)
pengertian folklor agak luas, merangkumi folkor lisan, sebahagian lisan dan folklor
bukan lisan. Dengan demikian, kepelbagaian folklor Sabah banyak dipengaruhi
oleh petempatan penduduk disebabkan landskap geografi Sabah yang bergunung
ganang dan dikelilingi laut mewujudkan masyarakat yang heterogen, bervariasi
bukan sahaja daripada aspek fizikal malah turut diperlihatkan perbezaan daripada
aspek pancaran sosiobudayanya.

Sistem sosial masyarakat Kedayan merupakan antara keisitimewaan kaum ini


dengan wujudnya sikap saling batulong-tulongan (bekerjasama) atau mamucang
(bekerjasama melakukan suatu perkara). Perkara-perkara yang dialkukan secara
mamucang ialah membina rumah, membina masjid atau surau, balai raya, sekolah
dan membersihkan kawasan kampung.
Apabila mengadakan kenduri, masyarakat ini biasanya mengamalkan budaya
kekitaan dengan menjemput jiran dan saudara mara untuk sama-sama
memeriahkan majlis tersebut. Begitu juga apabila berlaku sebarang
kesusahansaudara dan jiran tetangga akan dapat untuk memberi pertolongan.

Keunikan kaum Kedayan ini juga bersifat pemurah dan suka bersedekah.

‘Kedayan baaniaga macamani. Bajual tia pakis, kana bali sainggit, disadakahinya
saikat labih. Dangan mbali buah di kabunnya, disuuhnya makan puas puas, mbali
sepalastik nganya. Babuu tia ka hutan, luih payau dibahigii nya jan oang
kampong’Orang Kedayan ini berniaga dengan cara begini. Menjual sayur pakis
seikat seringgit. apabila dibeli dia memberi pula sedekah seikat kepada pembeli.
Apabila ada orang membeli buah-buahan di dusunnya, pembeli itu disuruhnya
makan puas-puas, walhal pembeli hanya membeli seplastik buah. Begitu juga
apabila dia pergi ke hutan mendapat seekor rusa, seluruh masyarakat kampung
tersebut akan diberi dan merasa daging rusa tersebut).

PERMAINAN TRADISIONAL

Keistimewaan lain yang menjadi tradisi masyarakat ini juga ialah dalam permainan
gasing. Bagi masyarakat Kedayan di Sabah, gasing merupakan permainan tradisi
yang diwarisi sejak zaman dahulu.

”Gasing satu permainan rakyat cukup sinonim dengan Daerah Sipitang.


Persatuan Gasing Sipitang adalah persatuan terawal ditubuhkan di Sabah dan
satu-satunya persatuan berdaftar yang wujud di negeri ini sehingga kini. Ahli
Persatuan Gasing Sipitang telah memenangi beberapa kejohanan gasing jemputan
dan peringkat kebangsaan.”

Permainan tradisi gasing kedayan adalah terbahagi kepada dua, iaitu peringkat
baatas (baaja - individu) dan baumbuk (berpasukan, bergu). Gasing dimainkan dan
tergolong sebagai permainan set; tetapi tidak melibatkan ‘body

contact’ antara pasukan pemain.Suatu pasukan di dalam permainan gasing tradisi


Kedayan dipanggil ‘umbuk’. Tiada had tertentu untuk setiap umbuk. Adakalanya
saumbuk kumpulan ngayau dan bertahan (tetamu dan tuan rumah) mengandungi
10 orang setiap satunya. Namun, biasanya setiap pasukan adalah mengandungi
antara 5 & ndash; 6 orang pemain.

Permainan ini dimulakan dengan proses guau (legai uri). Guau merupakan proses
bertanding gasing siapa yang paling lama, paling tahan berpusing – paling
tahan kadaa. Guau Ia merupakan pertandingan madami. Pertama, gasing akan
dipusing menggunakan tali, kemudian disiut dan disimpan di atas cermin demi
menjamin pusingan yang lancar dan bertahan lama – tahan kadaa.
Permainan ini memerlukan kemahiran yang tinggi. Pemain akan nanai (menatang)
cermin dan mempastikan pusingan gasing akan berterusan sehingga ke peringkat ia
elintuk akibat daya pusingan semakin habis. Bagi pemain yang mahir, proses ini
dipanggil liuk. Liuk boleh berpanjangan dan membentuk masa tambahan dari 1
– 10 minit sebelum gasing langsung berhenti bergerak sepenuhnya.

AMALAN

Selain itu amalan pengubatan berturun telah diwarisi sejak turun temurun oleh
kalangan masyarakat Kedayan adalah berbeza dengan kaum yang lain. Namun
demikian amalan berturun ini tidak lagi digunakan kerana bercanggah dengan
hukum Islam .

Suatu ketika dahulu amalan berturun dijadikan salah satu cara pengubatan untuk
menghalau pelbagai jenis penyakit . Untuk memulakan amalan berturun ini
seorang bomoh akan menggunakan mayang buah kelapa sebagai peralatan wajib
semasa berturun . sementara itu asap kemenyan akan dibakar dan permainan muzik
tradisional akan dimulakan dengan irama gambus rebana dan gulingtangan .
seorang dari anggota penurunan akan menyanyikan senikata lagu seperti berikut;

ANDING DIDA.... KUDIDA ANDING .....


ANDING DIDA... , MALAI, MALAIKU... SAYANG
MINTA MAAF BISKITA SEMUA....
ANDING DIDA TUMPANG BERMAIAN

Seterusnya Bomoh tersebut akan terus menghempas -hempaskan secara perlahan


mayang kelapa ke badan pesakit. Ternampak pada aksi Pak Bomoh berada dalam
haus dan dahaga yang akhirnya akan meminum dan malahap makanan dangan
penuh rakus dan kelaparan .

Selain daripada terkenal dengan tarian Anding dan permainan muzik kayu
Sadaman, Kaum Kedayan ini juga sangat cekap menangkap burung. Kecekapan
menangkap burung ini dalam bahasa orang Kedayan disebut dalam dialek mereka
sendiri ialah 'melagau' bermaksud 'memanggil'.
.
Seorang penangkap burung, Shunie Adi, 50 yang berasal dari kampung Sungai
Bubus, kira-kira 6.5 km dari pekan Sipitang, menjelaskan untuk 'melagau' burung
dia perlu membina sebuah rumah kecil yang dinamakan 'bumbun'.

Bumbun ini diperbuat daripada anak-anak kayu sebanyak tujuh batang yang lurus
dan ditutup dengan daun-daun. Bumbun ini boleh menempatkan satu atau dua
orang di dalam dan jika dilihat dari luar, burung yang di 'lagau' (dipanggil) tidak
akan sedar ada sesiapa di dalam 'bumbun' itu. Di depan, lubang kecil 'bumbun' ini
dibuat satu tapak seperti padang kecil tempat burung-burung punai hinggap. Tapak
mini jaraknya tujuh tapak kaki dari 'bumbun' dan tujuh tapak kaki lebar orang
dewasa yang dibersihkan. Semasa memanggil burung, tapah ini ditabur makanan
seperti padi atau jagung.
.
Satu alat khas yang dipanggil 'dukut' diperbuat daripada bambu nipis yang ukur lilit
bulatannya 4 sm dan 98 sm panjang dan hujungnya disambung dengan buluh nipis
berbentuk seperti alat muzik. Alat ini ditiup dari dalam bumbun yang
mengeluarkan bunyi seperti burung punai tanah iaitu 'poo'. Ia ditiup tujuh kali
berselang seli. Bunyi dukut itu akan menjadi tarikan burung yang ada di
sekitarnya.

Sebelum 'melagau' dilakukan, terlebih dahulu 'mantera' dibaca dan beberapa petua
dilakukan sebanyak tujuh kali, mengambil tujuh helai daun kayu yang tumbuh dari
arah depan bumbun bertujuan memanggil semangat burung itu dan tapak di mana
burung itu turun juga ditanam 'benda' yang boleh menarik perhatian burung supaya
datang ke tempat tersebut.Mentera juga digunakan untuk menarik perhatian burung
yang hendak dipikat.
.
Beberapa 'gerakan' seperti memusing-musing dukut sebanyak tujuh kali akan
dilakukan oleh si pemanggil di depan bumbun sebelum ‘melagau’. Begitupun jika
silap melagau lain yang akan datang. 'Orang halus' yang menyerupai binatang atau
perempuan yang akan dating.
.
Dalam pada itu, burung-burung yang mendengar bunyi dukut itu akan menjadi
jinak seperti 'dipukau'.Burung itu kemudiannya juga akan ditangkap dengan
menggunakan tangan.

VII) MURUT
Kaum Murut menetap di pedalaman dan kawasan tenggara Sabah serta wilayah
perbatasan antara Kalimantan dan Sarawak. Suku kaum Murut adalah suku kaum
ketiga terbesar di Sabah.
Tempat tinggal mereka termasuk Tenom, Kemabong, Pensiangan dan Keningau.
Dahulu mereka tinggal di dalam rumah panjang dan hidup harmoni dalam keluarga
besar. Kebanyakan mereka adalah petani berpindah, pemburu dan penangkap ikan
sungai. Mereka juga mejalankan pemungutan hasil hutan(damar, rotan dan madu
lebah).Pada masa kini kaum murut sudah ada yang berkhidmat dalam sektor awam
dalam bidang pendidikan, kesihatan dan pertahanan.
Perkataan ‘Murut’ merujuk kepada kumpulan penduduk yang tinggal di lereng
bukit atau tanah tinggi di Pedalaman Sabah. Murut terdapat di beberapa kawasan
seperti Keningau, Tenom, Pensiangan, Sipitang, Kalabakan dan Kinabatangan.
Kaum Murut terbahagi kepada Murut Tahol atau Tagal, Tidung, Timugon,
Sembakung, Paluan, Bookan, Kalabakan, Murut Serundung dan Murut
Lundayeh/Lun Bawang. Dimana kaum Murut mewakili sebanyak 2.9% daripada
penduduk di Sabah iaitu lebih kurang 50,000 orang. Suku kaum Murut juga
terdapat di Brunei, Sarawak dan sempadan Kalimantan. Kaum Murut mempunyai
bahasa tersendiri yang berbeza dengan suku kaum Murut yang lain seperti Lun
Bawang/Lun Dayeh. Ini disebabkan faktor geografi sebagai penghalang dalam
komunikasi bahasa mereka.
Secara uniknya, kaum Murut tinggal di rumah panjang yang berhampiran dengan
kawasan sungai atau membuat penempatan sepanjang sungai. Mereka tinggal di
dalam rumah panjang yang menempatkan 10 hingga 20 keluarga. Tetapi terdapat
juga kaum Murut yang tinggal dan membina penempatan secara individu di
sepanjang sungai. Suku kaum Murut pakar dalam membuat perahu dan
menurunkan kepakaran mereka kepada generasi seterusnya. Selain itu kaum Murut
pakar dalam berburu dan masih mengamalkan tradisi bertatu seperti kaum Iban di
Sarawak tetapi tradisi ini semakin kurang di lakukan oleh generasi muda suku
kaum ini.
Kaum Murut juga menyambut perayaan seperti Hari Raya, Hari Krismas, Tahun
Baru, Majlis harijadi, pengembumian dan Pesta Kalimaran dan lain-lain. Pesta
Kalimaran ialah pesta sama seperti kaum kadazan-Dusun yang menyambut pesta
Kaamatan. Ia di sambut selepas mereka menuai padi. Kaum Murut masa kini, telah
mengalami proses kemodenan dan ramai yang berkerja sebagai kakitangan
kerajaan dan bukan kerajaan. Mereka juga tinggal di bandar-bandar besar dan
mempunyai pekerjaan profsional. Namun demikian, Kaum Murut ini masih lagi
mengamalkan adat istiadat yang diamalkan oleh nenek moyang mereka sebagai
adat turun temurun yang mempunyai nilai estetika tinggi dalam kehidupan.

Adat istiadat
Terdapat adat istiadat kaum Murut yang masih kekal sehingga kini iaitu adat
istiadat semasa upacara perkahwinan. Upacara perkahwinan orang Murut
terutamanya Murut Tahol atau Tagal adalah sangat unik kerana upacara
perkahwinan yang diamalkan penuh dengan adat dan berlangsung di rumah
panjang dalam masa yang lama. Adat seperti tina’uh atau Bului dan ‘barian sampai
mati’ masih diamalkan hingga kini. Adat ‘tina’uh’ adalah adat yang paling
tertinggi dalam adat istiadat perkahwinan kaum Murut Tahol atau Tagal. Adat
tina’uh adalah adat hantaran mas kahwin atau barangan perkahwinan yang terakhir
oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan. Adat Tina’uh ini boleh
dilakukan selepas 20 atau 30 tahun selepas perkahwinan mereka. Adat ini boleh
juga dilakukan semasa perkahwinan berlangsung dan mengikut kemahuan serta
kemampuan pihak pengantin lelaki. Semasa membuat adat tina’uh terdapat
beberapa upacara yang perlu dilakukan. Adat ‘barian sampai mati’ juga adalah adat
kaum Murut yang sangat unik dan menjadi adat turun-temurun dalam
perkahwinan.Hanya murut dari etnik Tahol saja pernah mengamalkan barian
sampai mati, tetapi pada masa ini adat tersebut sudah tidak diamalkan oleh kerana
arus pemodenan yang berlaku kepada kaum Murut. aidy murut
aidy murut semboi :). cap naga di perut sebelah kiri. BOROI

Tarian tradisional
 Tarian Magunatip merupakan tarian tradisi suku kaum Murut Timugon dari
daerah Tenom. Magunatip berasal dari perkataan ‘apit’ yang bermakna jepit
(ketika menari kaki penari terjepit atau terapit oleh 2 buluh jikalau tidak
cekap mengelakkannya).
Magunatip ditarikan dalam majlis Hari Magavau yang memuja semangat padi.
Biasanya tarian ini tidak memerlukan iringan muzik kerana bunyi buluh yang
dilagakan akan berbunyi kuat serta rentak dan irama menarik. Ini ditarikan oleh
sepasang penari yang berpakaian tradisi. Dua orang akan melagakan alu dan dua
orang lagi memegang pangkal alu supaya tidak berganjak dari kedudukannya.
Tarian Magunatip bertujuan untuk memeriahkan sesuatu upacara yang diadakan.[5]

Pakaian tradisional
 Pakaian wanita
Pinongkolo
Pakaian tradisi bagi wanita yang terdiri daripada baju dan gaun yang panjang
berwarna hitam, dan dihiasi dengan manik-manik. Baju yang dihiasi itu dipanggil
babaru linantian dan gaun tersebut pula tapi’ linantian.
Pipirot - Tali pinggang yang berbentuk syiling perak iaitu pipirot linggit dihiasi
dengan pelbagai manik-manik yang terkenal seperti aki-aki, nampalur, kotos,
bungkas, aki’ dan olod.
Salupai - Hiasan kepala yang dihiasi dengan manik-manik.
Sinikot - Tiga set pin rambut yang dihiasi dengan sinikot tataun di bahagian tengah
dan dua sinikot surai di kedua-dua bahagian sanggul. Sinikot tataun mempunyai
tali yang panjang dan dihiasi dengan manik-manik.
Rarangkol - Rantai yang terdiri daripada beberapa jenis manik seperti bungkas,
kotos, aki’ pangungupu’, bulul, olod dan sebagainya.
Holong - Beberapa pasang gelang yang diperbuat daripada kulit kerang yang besar
dipanggil holong sulou.
 Pakaian lelaki
Babaru puputul - Kulit kayu. Kulit kayu tersebut didapati daripada pokok puputul
(Artocarpus Kunstleri). Ia dipotong mengikut kepanjangan yang sesuai dengan
fesyen jaket tanpa lengan dan cawat. Sabut daripada daun nenas juga digunakan
dan dihiasi dengan motif manik-manik buatan tangan yang sederhana.
Aba puputul- Cawat sekurang-kurangnya sepanjang dua meter yang dibuat
daripada isi kulit kayu dari pokok puputul. Kain yang melepasi antara kedua-dua
kaki dan dililit di sekeliling pinggang.
Tupi'sinulatan - Perhiasan kepala yang diperbuat daripada kulit pokok kayu yang
dihiasi dengan bulu-bulu sebaik-baiknya daripada tuwou (Argus Pheasant) atau
sepasang sinikot.
 Motif
Sebahagian daripada bentuk motif yang terdapat pada pakaian tradisional Murut:
 Sinusu'
Bulu burung merak.
 Inimburu
Corak berbentuk lintah.
 Inakaang
Daun daripada pokok puputul yang disusun bersilang-silang dalam satu barisan.
 Sinuli
Beberapa bilah buluh yang disusun secara bertingkat.
 Kalayam manuk
Corak berbentuk kaki ayam.
 Sinusulou
Corak berbentuk sulou (sulou= kerang yang besar).
 Mato nu orou
Corak berbentuk matahari.
VIII) IRANUN
Iranun atau Illanun ialah nama satu suku kaum yang dikategorikan sebagai
penduduk bumiputera Sabah. Iranun bermaksud berkasih-kasihan. Berkasih-
kasihan ini bermaksud wujudnya sistem hubungan sosial yang amat erat, yang
terikat oleh tali persaudaraan yang amat intim, yang berlandaskan sistem kerjasama
dan gotong-royong.Walaupun begitu,suku irranun ini mempnyai sifat yang amat
penyabar tetapi apabila kesabaran mereka sampai ke tahap maksimum,suku irranun
juga boleh menjadi pemarah.Menurut kajian,sifat pemarah ini hanya keluar jika
mereka di cabar atau suku mereka di perkecilkan.Selain itu suku irranun ini adalah
suku yang amat terkenal dengan kebolehan mereka di lautan,menurut cerita suku
irranun ini pernah menjadi musuh utama syarikat borneo utara yang pernah
menjajah negeri sabah kerana kebanyakan kapal pedagang yang singgah di sabah
akan dirompak oleh suku irranun,sehinggakan mereka kebanyakan nya di gelar
'datu' atas keberanian mereka itu dan mereka mampu menumpaskan kapal-kapal
dagang yang lengkap bersenjata meriam dan senapang sedangkan mereka hanya
bersenjatakan parang dan ilmu yang penuh di dada.Rompakan ini bukanlah untuk
rompakan semata-mata,tetapi adalah untuk merampas kembali hak mereka yang
telah di rampas oleh orang-orang barat.Suku irranun ini juga amat terkenal dengan
ilmu-ilmu yang amat hebat dalam mempertahankan diri dan memperthankan hak
mereka.Ilmu balan-balan juga di percayai berasal dari suku kaum yang berasal dari
mindanau ini.
Disebabkan mereka merupakan pelayar yang cekap, tempat tinggal masyarakat
Iranun banyak tertumpu di kawasan tepi pantai. Namun ada juga yang terletak di
bahagian dalam daerah. Masyarakat Iranun ini banyak menetap di daerah Kota
Belud, seperti di kampung Pantai Emas, Kaguraan, Kota Peladok, Tamau,Marabau,
Payas-Payas, Marampayan, Kota Bongan, dan lain-lain. Selain itu, masyarakat
Iranun juga tinggal di kampung-kampung di Lahad Datu, Kudat, Likas dan Kota
Kinabalu. Jumlah mereka pada 2006 dianggarkan seramai 25,000-30,000 orang. Di
luar Malaysia, masyarakat Iranun juga boleh ditemui di Kepulauan Sulu dan
Mindanao, Filipina.

BAHASA
Masyarakat Iranun mempunyai dialek atau bahasa yang tersendiri dikenali sebagai
basa Iranun. Bahasa Iranun ini digolongkan dalam kumpulan bahasa
Hesperonesia, iaitu salah satu kumpulan keluarga bahasa Austronesia
(Encyclopedia of World Culture, 1993: 101). Sesuatu yang menarik tentang bahasa
ini ialah wujudnya kelainan di antara satu kawasan dengan kawasan yang lain.
Contohnya dialek Kaguraan dan dialek Marampayan yang memperlihatkan
beberapa perbezaan. Perkara yang serupa dikesan pada dialek Iranun yang
dituturkan di Tungku, Lahad Datu di pantai timur Sabah dengan dialek Iranun di
pantai barat Sabah (Datu Bandira Datu Alang, 1992: 73-4). Walaupun terdapat
perbezaan di antara dialek tersebut, tetapi faktor ini bukanlah penghalang untuk
mereka berinteraksi. Dalam hal lain, tahap saling memahami di antara dialek
tersebut masih tinggi. Hal ini membolehkan mereka berinteraksi dengan baik.
Bahasa Iranun Marampayan dianggap sebagai bahasa Iranun baku dan digunakan
oleh kebanyakan penutur bahasa Iranun di Sabah. Kebanyakan penutur bahasa
Iranun juga menguasai bahasa sukuan yang lain dan juga bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan. Namun demikian, tidak dinafikan bahawa terdapat juga
golongan Iranun yang tidak tahu bertutur dalam bahasa Melayu, tetapi bilangan
golongan ini cuma sedikit sahaja.
Di Sabah, bahasa Melayu merupakan bahasa komunikasi antara kaum. Bahasa
Iranun pula merupakan bahasa ibunda bagi masyarakat Iranun. Dalam kehidupan
seharian masyarakat Iranun pada masa kini secara khususnya, kedua-dua bahasa ini
mempunyai hubungan dari segi pengaruh. Perhubungan antara bahasa Melayu
dengan bahasa Iranun di Sabah ini memperlihatkan pengaruh yang kuat daripada
bahasa yang dominan kepada bahasa yang bukan dominan, yakni bahasa sukuan.
Hal ini bermakna bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan
Malaysia sudah pasti mempunyai pengaruh yang kuat terhadap bahasa-bahasa
sukuan lain yang bukan dominan termasuklah bahasa Iranun.
Perkataan lanun dianggap berasal dari nama suku kaum ini.
IX)SULUK
Kaum Suluk atau Tausūg berasal daripada Kepulauan Sulu dan Borneo (Sabah)
sejak zaman Kesultanan Sulu lagi. Kaum Suluk ini menggunakan Bahasa Tausug
atau dengan nama lain lebih tepat lagi Bahasa Sūg sebagai bahasa pertuturan.
Agama rasmi yang dianuti adalah agama Islam. Kaum Suluk ini juga mempunyai
budaya yang unik dan tersendiri. Antara contoh yang popular adalah pakaian
tradisionalnya iaitu kuput (kupot), sablay, samrah dan batawi.

Masyarakat Malaysia kurang mengenali siapa sebenarnya suku kaum Suluk yang
terdapat di Sabah itu. Orang Suluk tidak memanggil diri mereka Suluk melainkan
menggelar diri mereka Tausug yang secara 'harfiahnya' membawa maksud "Orang
dari Sulu". Suluk di Negeri Sabah tertumpu di kawasan Sandakan, Tawau, Lahad
Datu, Semporna, Kunak, Kudat dan Kota Kinabalu. Perkampungan awal orang
Suluk yang masih boleh dilihat sehingga hari ini ialah Pulau Tambisan yang mana
masyarakat Suluk di sana dominan mengamalkan cara hidup orang Melayu.
Namun bahasa seharian mereka menggunakan Bahasa Suluk yang bukan sahaja
dituturkan oleh penduduk kampung keturunan Suluk malah turut dituturkan dengan
fasih oleh suku etnik yang lain seperti Brunei, Kagayan, Bugis, Jawa, Cina dan
Arab. Pulau Tambisan telah melahirkan ramai pemimpin yang berkaliber di Negeri
Sabah antaranya Yang Dipertua Negeri Sabah ke-10 Tuan Yang Terutama Tun
Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin, YB. Senator Datuk Hajjah
Armani Haji Mahiruddin, Mantan Timbalan Speaker Dewan Negara Malaysia dan
Allahyarham Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan (Tawau). Menurut cerita
lisan, Almarhum Sultan Jalaluddin Pablo adalah antara tokoh yang membuka
perkampungan di Pulau Tambisan bersama-sama dengan ulamak Arab.

Kaum Suluk atau Tausūg adalah majoriti di Kepulauan Sulu dan bahasanya Bahasa
Sūg adalah bahasa perantara atau lingua franca sebelum era kesultanannya lagi
hingga kini. Kaum Suluk atau Tausug berasal dari rumpun Melayu-Austronesian
(Polenesian) sebagai mana masyarakat Nusantara di sekitarnya. Bahasa Sug yang
mereka tutur adalah mirip bahasa Melayu lama bercampur bahasa Arab dan bahasa
etnik lain di sekitar Mindanao. Mengikut sejarah, bahasa asal Suluk sebenarnya
adalah dari bahasa asal Orang Tagimaha (Taguima dari Basilan).

Mengikut sumber dari Salsilah Sulu yang dicatat oleh pencatat sejarah Najeeb
Saleeby dalam bukunya The History Of Sulu (Manila: 1908), suku kaum Tausug
ini dan bahasanya berasal dari beberapa etnik yang bergabung iaitu Buranun,
Tagimaha, Baklaya, Orang Dampuan dan Orang Banjar. Suku kaum Buranun atau
Bud Anun yang bererti orang bukit adalah salah satu sub etnik ORANG DAYAK
yang mendiami Kepulauan Sulu. Suku kaum Buranun telah diIslamkan oleh
Sharifful Hashim dan orang-orang Bajau yang mengiringi Shariful Hashim dari
Johor dan orang-orang Taguimaha ( nenek moyang orang-orang Bajau Yakan yang
mengiringi Raja Baguinda dari Pulau Basilan. Mereka berhijrah ke Kepuluan Sulu
sehingga terbentuk satu masyarakat yang dikenali sebagai masyarakat Tausug.

Demografi
Orang Buranun dipercayai adalah yang terawal menduduki kawasan pergunungan
di Sulu dan penempatan terkenal mereka ialah di Maimbung.

Orang Tagimaha pula bermaksud kumpulan pelindung yang datang dari Pulau
Basilan yang mana asal sebenar mereka adalah dari pulau besar Mindanao juga dan
penempatan terkenal mereka ialah di Buansa atau sekarang dikenali sebagai Jolo
(disebut Holo).

Orang Baklaya bermaksud orang yang menduduki persisiran pantai adalah


dipercayai datang dari Sulawesi Indonesia dan penempatan mereka ialah di Patikul.
Orang Baklaya adalah merupakan nenek moyang kepada bangsa Bajo atau Bajau
dari Daerah Wajo di Sulawesi.

Orang Banjar pula berasal dari suku kaum Dayak yang apabila telah diIslamkan
dikenali sebagai Banjar merujuk kepada daerah Banjarmasin di Kalimantan,
Borneo Indonesia. Tempatnya di Kalimantan ialah di Banjar Masin.Justeru itu
bahasa orang-orang Banjar adalah menyamai 80% bahasa Dayak Kalimantan.

Orang Dampuan pula berasal dari Champa iaitu salah satu tempat bersejarah di
IndoChina yang sekarang dikenali sebagai Vietnam dan kaum-kaum inilah seperti
yang disebut di atas yang telah mewarnai wajah, bahasa dan rupa paras orang
Tausug itu sendiri.[1]

Suku kaum Tausug juga mempunyai beberapa dialek atau slanga mengikut
kawasan atau daerah di antaranya ialah slanga Tausug Tapul, Tausug Basilan,
Lugus, Gimbahanun dan lain-lain. Unsur-unsur bahasa Jawa juga yang ada
terdapat dalam Bahasa Sug ini tidaklah menghairankan kerana rumpun Melayu di
rantau Nusantara ini antara satu sama lain ada similaritinya. Ini disebabkan
kekuasaan kerajaan Srivijaya dan Majapahit di tanah Jawa pernah mempengaruhi
daerah-daerah sekitar wilayah Kepulauan Sulu sebagaimana sebelum kemunculan
kerajaan awal Melayu Melaka. Maka setelah kedatangan Islam muncullah
Kesultanan Sulu sekitar tahun 1457 M dan pemerintahan Sultan-sultan Sulu
berlangsung begitu lama yang mana ia telah menyumbang kepada Bahasa Sug
terus bertahan hingga hari ini.
Asal-usul istilah
 Tausūg

Tausug berasal dari dua suku kata "Tau" (disebut Ta'u) bermaksud "orang" dan
"Sūg" bermaksud "Arus". "Orang Arus" maka bolehlah diertikan sebagai orang
yang menongkah arus atau orang yang pekerjaannya ada kaitan dengan pasang
surut air laut. Kita mengetahui Kepulauan Sulu terdiri dari ratusan pulau yang
mana pekerjaan penduduknya adalah nelayan dan memungut hasil laut seperti
mutiara, agar-agar laut, gamat serta menjalankan perniagaan secara Barter antara
Borneo Utara (Sabah) dan Zamboanga dan lain-lain kawasan di Nusantara. Maka
jelaslah asal gelaran "Orang Arus" itu sesuai dengan kehidupan harian masyarakat
Tausug yang menjadikan lautan sebagai sumber kehidupan mereka.

Kata "Sulog" atau Sulug pula berasal dari bahasa Bajau yang bererti arus.Justeru
itu sebutan Sulog/Suluk sebenarnya dari kosa kata orang-orang Bajau yang
menggelar suku bangsa gabungan beberapa sub-etnik ini sebagai orang Sulog
ataupun orang arus.Orang-orang Bajau yang mengiringi Raja-raja Minangkabau-
Johor seperi Raja Baguinda (Sulu), Sharriful Hashim (Sulu ), Sharif Alawi, Sharif
Kabungsuan (Mindanao) dan Sharif Ali (Brunei)atau dikenali sebagai SHARIFF
PITUH atau Wali Tujuh telah bergabung dan sama-sama mengharungi arus lautan
yang akhirnya bertemu di Pulau Sulog yang ertinya Pulau Arus. Oleh itu, orang-
orang yang mendiami Pulau ini dikenali sebagai Tau-Sug atau orang arus dan
Pulau yang mereka diami dikenali sebagai Pulau Sulog atau Pulau Arus.

Satu lagi tafsiran dari perkataan Tausug ialah "Tau Maisug". "Maisug" bermaksud
pemberani iaitu "Orang Yang Berani". Sebagaimana Spanyol mengakuinya begitu
juga tentera Amerika Syarikat malah Ferdinand Marcos sendiri bermatian
memerangi kaum ini dengan mengisytiharkan undang-undang tentera di Mindanao
dan Sulu. Sebab itu gelaran "Juramentado" (Berani Mati) adalah gelaran Spanyol
kepada Tausug. Salah satu dari bukti keberanian orang Suluk ini ialah seperti yang
dinyatakan oleh Prof. Cesar.

"Perwira-perwira Islam yang setelah menjalani upacara "keagamaan" dan


menunaikan sembahyang semalaman dengan pendeta (Guru Agama - pent.) pada
esok harinya akan menyerbu dan menyerang pelanggar-pelanggar Kristian
dengan keazaman membunuh seberapa ramai musuh dan mereka ini tidak
dijangkakan akan pulang dengan selamat. Harapan yang tinggi bagi perwira-
perwira yang sanggup berkorban ini untuk mendapatkan balasan syurga"

 Suluk
Masyarakat Melayu Borneo Utara (Sabah) dan Kalimantan termasuk juga Brunei
menggelar kaum Tausug sebagai orang Suluk. Penulis berkeyakinan bahawa
panggilan “Orang Suluk” terhadap kaum Tausug ini oleh masyarakat Melayu itu
berdasarkan dua sebab.

Pertama: Perkataan 'Suluk' terhasil dari dua perkataan Sulu dan Sug. Oleh kerana
masyarakat Melayu sendiri sukar menyebut “Sug” itu dengan sebutan yang betul
maka lidah pelat orang Melayu tentu menyebut “Sug” itu dengan sebutan “Suk”,
maka hasilnya kita akan lihat kemudian tergabungnya perkataan Sulu + Suk, yang
membawa pengertian orang Sug di Sulu atau Suluk. Orang Melayu Brunei adalah
yang terkenal menggelar Orang Tausug ini sebagai Suluk seperti yang terdapat
dalam buku Tarsilah Brunei. Kesukaran orang Melayu menyebut perkataan
‘Tausug’ itu diganti dengan sebutan yang sesuai pada lidah mereka iaitu Suluk.

Kedua: Perkataan 'Suluk' itu juga adalah berasal dari bahasa Orang Bajau iaitu dari
kata Sulog (disebut Sul-og)yang bererti ARUS.Orang-orang pelaut dari Johor
(Bajau/Orang Laut/Orang Bajo/Orang Selat),orang Dampuan ( dari Champa ),
orang Bakhlayas ( orang Wajo/Bajo dari Sulawesi ), orang Taguimaha ( Orang
Dayak ( Bajau Yakan ) dari Basilan ), orang Banjar ( orang Dayak dari Kalimantan
)dan Orang Buranun/Bud Anun ( orang-orang suku Dayak Bukit di Kepulauan
Sulu dan Borneo ) yang kebanyakannya adalah pelaut/pelayar yang belayar jauh
menongkah arus yang semuanya berasal dari Sul-Log (ARUS).Suku bangsa
gabungan ini akhirnya dikenali sebagai SULOG atau orang arus dan dikenali juga
dengan sebutan TAU-SUG ( dari perkatan bahasa Suluk yang ertinya ORANG
ARUS).Perkataan SULOG akhirnya perlahan-lahan berubah kepada sebutan
SULUK akibat perbezaan sebutan loghat suku bangsa gabungan ini. Istilah
SULOG juga akhirnya bertukar ke istilah SULUK apabila perkataan Sulog itu
diMelayukan akibat Kegemilangan Bahasa Melayu yang menjadi Lingua-Franca
Serantau di Nusantara terutamanya di Zaman Keagungan Kesultanan Brunei yang
menggunakan bahasa Melayu Brunei. Justeru itulah semua suku bangsa yang
menuturkan Bahasa Melayu di Nusantara menyebut istilah dan perkataan
SULUK/SULOK untuk merujuk orang Suluk atau orang arus atau orang dari
Kepulauan Sulu.Perkataan SUG pula disebut SUK oleh orang-orang Bajau. Orang-
orang Suluk dikenali sebagai Bangsa SUK. Kata SUK berasal dari kata SUD dalam
istilah orang-orang Bajau dan Suluk yang bererti MASUK. SUK pula berasal dari
perkatan MASUK dari bahasa Melayu. Oleh itu kata SUK itu digunakan untuk
merujuk suku bangsa-suku bangsa 'ORANG ARUS yang MASUK BERGABUNG
MENJADI SATU di Kepulauan ARUS atau Kepulauan SULOG/SULOK/SULUK.

Ketiga: Perkataan 'Suluk' berasal dari istilah ilmu Tasawwuf. Tasawwuf adalah
sebahagian dari ilmu Islam yang sangat mendapat perhatian terutamanya di sekitar
Nusantara. Di dalam Islam ia juga dikenali sebagai ilmu Ihsan. Bersuluk
bermaksud orang yang menyibukkan dirinya dengan zikrullah (mengingat dengan
menyebut nama Allah swt sebanyak-banyaknya) di satu tempat tertentu. Manakala
dari kata jamaknya ‘Salik’ iaitu seseorang yang menempuh jalan bersuluk
mendekatkan diri kepada Allah swt mengikut kaedah Tasawwuf, membersih atau
memurnikan rohaninya dengan menjadikan Allah swt sahaja sebagai tujuan hidup
dan matinya

Seorang Salik yang telah mengenal Rabbnya maka tiada yang wujud dalam
pandangannya melainkan kewujudan Allah SWT al-khalik pendek kata hatinya
dipenuhi oleh kebesaran Allah SWT. Sebab itu orang Suluk ini ketika sampai di
kemuncak kerohaniannya akan terjun ke medan perang setelah panggilan jihad
kedengaran kerana tujuannya hanyalah Allah swt semata.

Ilmu Suluk ini semestinya dipimpin oleh para Syeikh yang arif billah. Para Syeikh
atau guru inilah yang mencetak para mujahid kearah jihad fisabilillah yang
digeruni pihak musuh. Prof. Cesar Adib Majul berkata:

“..tetapi kepada mereka atau para pendeta (Guru Agama - pent) yang
mempersiapkan mereka untuk menjalankan tugas tersebut, mempertahankan dar
ul-Islam adalah suatu tanggungjawab yang agung. Bagaimanapun, kepada orang-
orang Islam Sulu patriotisme dan Islam sangatlah erat hubungannya”.[5]

Maka dapatlah disimpulkan perkataan Suluk itu secara harfiahnya bermaksud


orang Islam Sulu yang berpegang kuat dengan ajaran Islam dan sanggup berkorban
nyawa demi agama, maruah bangsa dan tanah air tercinta.

Kebudayaan
Pakaian tradisi orang Tausug adalah dengan parang Sulu (Barong) di pinggang
dan kain ridah disangkut di bahu.Orang Suluk atau Tausug merupakan pelayar
cekap dan dikenali dengan kapal berwarna-warni mereka, vinta. Mereka juga
pahlawan handal dan mahir bertukang. Selain itu, mereka juga terkenal dengan
tarian Pangalay (juga dikenali sebagai Daling-Daling di Sabah). Selain itu, tarian
yang jarang-jarang dipertontonkan ialah tarian "mengiluk" yang ditarikan oleh
orang Suluk di Sabah khususnya di Sandakan.
X) IBAN
Iban Merotai atau Iban Sabah ialah satu daripada etnik kaum Iban yang terdapat
di Borneo. Dari segi budaya, bahasa dan agama, Iban Merotai adalah sama
dengan kaum Iban di tempat lain seperti di Sarawak, Brunei, Kalimantan Barat
ataupun di Johor. Iban Merotai majoritinya menetap di daerah kecil Merotai, dalam
daerah Tawau, bahagian Tawau, Sabah.

Sejarah Penghijrahan Kaum Iban Ke Brunei, Limbang Dan Sabah


Sejarah penghijrahan kaum Iban dari Sarawak ke utara Borneo bermula pada awal
tahun 1900 atas faktor ekonomi dan pekerjaan serta sifat semulajadi kaum Iban
yang suka merantau. Maksud perkataan Iban itu sendiri dalam Bahasa Iban ialah
Orang atau Manusia atau kata ganti nama yang merujuk kepada Orang yang tidak
dikenali atau perantau yang tidak dikenali atau dalam bahasa Iban ialah Temuai.
Pada permulaanya, faktor ekonomi telah menarik kaum Iban dari Bahagian Miri,
Bintulu, Sibu, Mukah, Kapit, Sarikei, Betong dan Sri Aman berhijrah hingga ke
utara Borneo iaitu Brunei dan seterusnya ke Sabah. Permulaanya, kaum Iban dari
Miri, tengah dan selatan Sarawak telah berhijrah dari tempat asal mereka ke utara
Sarawak, kerana adanya faktor tarikan ekonomi dan peluang pekerjaan yang besar
terutamanya apabila Negara Brunei membuka peluang pekerjaan kepada orang
bukan warganegara Brunei di sektor carigali minyak dan sektor pembinaan di
Brunei, kaum Iban yang merantau dengan cepat mengambil peluang tersebut.
Kaum Iban telah berhijrah melalui Miri ke Brunei dan Limbang. Separuh daripada
penghijrah kaum Iban terus menetap di Brunei manakala separuh lagi meneruskan
penghijrahan ke utara Borneo iaitu Limbang dan Sabah.

Penghijrahan besar kaum Iban dari Miri, tengah dan selatan Sarawak ke Brunei dan
Limbang telah mengubah urbanisasi di utara Sarawak sehingga menjadikan kaum
Iban menjadi kaum majoriti yang menguasai pelbagai sektor di Bahagian Miri dan
Limbang.

Hasil dari penghijrahan kaum Iban ke Brunei dapat dilihat dengan jelas hari ini
apabila kaum Iban Brunei membentuk 10% atau 40,000 daripada 400,000
penduduk Brunei (bancian 2007). Sekarang, kaum Iban menjadi kaum ketiga
terbesar di Negara Brunei dan Bahagian Limbang selepas kaum Melayu Brunei-
Kedayan dan Kadazan Dusun-Bisaya.

Manakala di Sabah, kaum Iban dapat dilihat dengan jelas terutamanya di Daerah
Merotai, Bahagian Tawau. Penghijrahan kaum Iban ke Sabah dapat dibahagikan
kepada 2 peringkat, iaitu peringkat pertama dimana kaum Iban berhijrah 100 tahun
dahulu sebelum kemerdekaan dan membuka penempatan tetap di Tawau, manakala
peringkat kedua pula kaum Iban berhijrah selepas kemerdekaan hingga sekarang.
Identiti, bahasa dan budaya kumpulan penghijrah pertama kaum Iban ini dapat
dilihat dengan jelas apabila kita berkunjung ke Tawau, kerana mereka mempunyai
daerah majoriti, kawasan penguasaan tanah dan kampung halaman dalam
kelompok tersendiri. Manakala kumpulan penghijrah kedua kaum Iban ini pula
agak sukar dikenali kerana mereka telah bercampur dengan penduduk tempatan
Sabah dan hidup menetap di tengah-tengah penduduk tempatan Sabah dan tiada
identiti tersendiri untuk mengenali asal usul mereka.

Sejarah Penghijrahan Pertama Kaum Iban Membuka Penempatan


Di Merotai, Tawau
Menurut sejarah, dikatakan etnik Iban yang pertama melakukan penghijrahan ke
Tawau adalah dipimpin oleh Andawi berserta 7 lagi anak Iban. Dinyatakan juga
bahawa mereka ini adalah anak Iban Sarawak yang berkhidmat sebagai Polis
Sarawak Constabulary telah dihantar bertugas di North Borneo bagi membantu
meredakan pemberontakan Mat Salleh antara tahun 1896-1900. Selesai sahaja
melakukan tugas masing-masing mereka telah mengambil keputusan untuk terus
bermastautin di North Borneo pada ketika itu. Atas jasa mereka, maka pihak
kerajaan telah memberikan mereka pencen berserta 5 ekar tanah setiap seorang di
kawasan Merotai. Akhirnya mereka berkahwin dengan perempuan kaum tempatan
di Tawau seperti Dusun dan sebagainya. Dan disinilah bermulanya kelompok etnik
Iban Merotai yang sebenarnya telahpun diperkembangkan dengan perkahwinan
campur yang diamalkan berabad lamanya. Dan ini berlaku di ketika kedua-dua
wilayah iaitu Kingdom of Sarawak dan North Borneo dibawah pemerintahan Rajah
Brooke dan Syarikat British pada masa itu.

Selain itu adat bejalai ini juga terjadi di kala North Borneo pada waktu itu telah
membuka perladangan secara besar-besaran sehingga menarik perhatian lelaki
kaum Iban Sarawak untuk berhijrah dan bekerja di North Borneo. Disini ada
dinyatakan bahawa etnik Iban terawal yang menjadikan Merotai sebagai tempat
tinggal tetap mereka adalah Bunsu Anak Abak, seorang anak Iban kelahiran
Sungai Assan, Sibu. Dikatakan bahawa Bunsu Anak Abak bersama-sama dengan
26 lagi kaum lelaki Iban telah berhijrah ke Sandakan sebagai pembalak pada tahun
1930an. Dari Sandakan, Bunsu Anak Abak telah berpindah ke Malinau,
Kalimantan Utara dan tinggal bersama-sama dengan masyarakat Lun Dayeh dari
Dataran Tanah Tinggi Kelabit (bahagian sebelah Kalimantan Utara). Di Malinau,
mereka bersama-sama membuka ladang untuk bercucuk tanam dan juga mencari
hasil hutan untuk dijual. Di Malinau inilah dikatakan, Bunsu Anak Abak
berkahwin dengan seorang wanita dari etnik Murut dari Tenom yang bernama
Lunai Mukat yang mana keluarganya telah melarikan diri ke Malinau ketika
pemberontakan Mat Salleh. Selepas sahaja tamat Perang Dunia Kedua, Bunsu dan
seluruh keluarganya termasuk keluarga mertuanya telah berhijrah kembali ke
Sabah. Keluarga Bunsu sendiri menetap di Tawau manakala keluarga mertuanya
kembali ke kampung halaman mereka di Tenom. Ketika itulah Bunsu bersama-
sama dengan Merusin (anak Iban dari Katibas), Bagung (anak Iban dari Batang
Rejang), Ajun (Anak Iban dari Batang Ai) dan Nanang telah memulakan
penempatan Iban di Rian Suar berdekatan dengan Sungai Merotai Besar tidak jauh
dari jalan Tawau-Kalabakan sekarang. Di sini mereka telah memulakan
penanaman padi dan juga mencari hasil-hasil hutan untuk sumber pendapatan
tambahan. Apabila daerah Merotai dibuka untuk penanaman kelapa sawit, Bunsu
dan anak-anak Iban yang lain telah diberikan dengan 15 ekar tanah ladang oleh
kerajaan untuk diusahakan secara berkelompok. Bunsu Anak Abak adalah
merupakan anak Iban Merotai yang mendapat pengiktirafan sebagai Ketua
Kampung Merotai yang pertama oleh Kerajaan Koloni British Borneo pada masa
itu.

Selepas itu ada lagi nama-nama besar anak Iban yang turut melakukan adat bejalai
ke Merotai iaitu Tujit Anak Timu. Tujit merupakan anak Iban dari Lemunyan,
Pakan, Sarawak. Beliau memulakan adat bejalai ke North Borneo pada tahun 1948
diketika usianya 17 tahun. Tujit bersama-sama dengan Utam (anak Iban dari Poi,
Kanowit) telah bersama-sama membuka kawasan penanaman padi dan seterusnya
mereka juga turut sama menyertai skim penanaman ladang kelapa sawit di
Merotai. Beliau juga telah mengahwini wanita tempatan di Tawau iaitu dari Kaum
Murut, namun perkahwinannya gagal. Kemudian beliau berkahwin sekali lagi
dengan anak Iban Merotai, sehingga melahirkan legasi Iban Merotai sekarang.
Tujit sehingga ke akhir hayatnya tidak pernah pulang ke komunitinya di Pakan,
Sarawak.

Selepas itu memang ramai lagi anak Iban dari Sarawak yang telah berhijrah ke
Merotai dan tidak pernah pulang ke negeri asal mereka seperti Lulut Anak Junggai,
anak Iban dari Nanga Entuat, Katibas dan lain-lain lagi. Ini adalah hanya
sebahagian dari sejarah penghijrahan lelaki kaum Iban yang tidak pernah terhenti
selagi kaki mereka dapat melangkah.

Sejarah Penghijrahan Kedua Kaum Iban Ke Pedalaman, Sandakan


Dan Tawau
Apabila kerajaan Sabah mempergiatkan pembalakan di pendalaman Sabah dan
membuka ladang kelapa sawit berskala besar awal tahun 1970, kaum Iban
terutamanya pemuda lelaki kaum Iban yang menetap di Limbang dan Brunei cepat
mengambil peluang tersebut dengan berhijrah melalui bahagian Pedalaman Sabah
melalui jalan pembalakan dan jalan air ke Sipitang dan kemudian ke Tenom dan
kemudian ke Keningau dan kemudian ke Nabawan sebelum sampai ke Hulu
Sungai Kinabatangan. Pada awalnya, penghijrah kaum Iban bekerja di kem-kem
pembalakan di sekitar pendalaman Kinabatangan. Setelah pembalakan di
Kinabatangan semakin berkurangan, mereka telah berhijrah Hilir Sungai
Kinabatangan sebelum sampai ke Sandakan dan menetap sementara di Sandakan.

Pada awal tahun 1970 itu juga kerajaan Sabah telah membuka perladangan kelapa
sawit berskala besar di Lahad Datu, penghijrah kaum Iban yang berkelana di
sekitar Sandakan cepat mengambil peluang tersebut. Mereka kemudian berhijrah
ke bahagian Tawau terutama di daerah Lahad Datu. Memandangkan kaum Iban
yang berhijrah ke Sabah tersebut majoritinya masih bujang seawal umur 20an ke
30an, semasa bekerja di ladang-ladang kelapa sawit di Lahad Datu, lelaki kaum
Iban telah berkahwin dengan perempuan-perempuan tempatan kaum Dusun Idahan
dan yang terdapat di Lahad Datu. Kaum Iban yang telah berkahwin dengan
perempuan-perempuan tempatan kaum Dusun Idahan tersebut, telah berhijrah dari
Lahad Datu ke daerah Tawau untuk mencari penghidupan baru. Semasa di Tawau
pula, lelaki kaum Iban telah berkahwin dengan perempuan-perempuan tempatan
kaum Dusun Dumpas dan Murut. Hasil perkahwinan campur lelaki kaum Iban
dengan perempuan-perempuan penduduk tempatan di Tawau dapat dilihat dengan
jelas hari ini apabila kebanyakan kaum-kaum penduduk tempatan di Tawau
mempunyai pertalian persaudaraan dengan kaum Iban Merotai.

Kaum Iban yang terkenal dengan cara kehidupan berdekatan dengan alam
semulajadi, telah pergi ke Merotai. Pada masa tersebut, kawasan Merotai masih
lagi belum diterokai, dan kaum Iban telah menerokai kawasan Merotai tersebut.
Sesuai dengan citarasa semulajadi kaum Iban, pada masa itu, kawasan tersebut
masih lagi banyak ikan-ikan di sungai dan haiwan-haiwan di hutan yang boleh
diburu dan dijadikan santapan lauk, dan tanah juga yang masih lagi terbentang luas
tempat bercucuk tanam sayur dan padi. Hal ini telah menarik perhatian penghijrah
kaum Iban terus menetap di Merotai hingga ke sekarang. [1] [2]

Iban Merotai Sekarang


Dianggarkan sekarang, jumlah penduduk kaum Iban di daerah Merotai sahaja lebih
kurang 4,000 (bancian 2010). Sekarang ini juga kaum Iban Merotai mula tersebar
luas di daerah Kalabakan, Balung dan Kunak. Kebanyakan kaum Iban Merotai
menguasai sektor perladangan kelapa sawit dan koko di Tawau.

Sekarang, kebanyakan dari mereka mempunyai darah perkahwinan campuran


dengan Dusun Idahan, Dusun Dumpas, Cina, Murut dan Tidong, ini kerana asal-
usul kaum Iban Merotai sendiri adalah hasil campuran lelaki kaum Iban dengan
perempuan kaum tempatan di timur Sabah, namun mereka masih lagi kuat
berpegang kepada adat resam Iban seperti di Sarawak serta masih lagi
mengamalkan kebudayaan tradisional Iban [3]. Walaupun mempunyai darah
campuran perkahwinan, kaum Iban Merotai masih lagi menggunakan bahasa Iban
yang asli dalam pertuturan seharian. Dari segi kepercayaan juga, 90% daripada
kaum Iban Merotai beragama Kristian dan 10% lagi beragama Islam.

Walaupun kaum Iban Merotai tidak diklasifikasikan secara khas di Sabah dan
masih lagi diklasifikasikan sebagai kaum Iban namun telah mendapat pengiktirafan
sebagai penduduk Bumiputera Sabah. Kadang-kadang pengklasikasian kaum Iban
Merotai kedalam kaum Iban, telah menyebabkan kekeliruan pelbagai pihak yang
mengkatogorikan mereka sebagai Bumiputera Sarawak sedangkan mereka
sebenarnya Bumiputera Sabah yang berasal dari Sabah. Dari segi hak-hak pribumi
Sabah juga, sering timbul kekeliruan apabila mereka dikategorikan sebagai kaum
Iban yang lebih sinonim di Sarawak, sedangkan mereka berstatus Bumiputera
Sabah. Adalah perlu mengklasifikasikan kaum Iban Merotai yang sinonim dengan
Bumiputera Sabah, agar dapat dibezakan dengan kaum induknya iaitu kaum Iban
yang sinonim dengan Bumiputera Sarawak. [4]

Kampung-Kampung Iban Merotai


 Kampung Iban Merotai Besar, Merotai, Tawau
 Kampung Iban Merotai Kecil, Merotai, Tawau
 Kampung Pekan Merotai, Merotai, Tawau
 Kampung Iban Landau Hulu, Hulu Merotai, Tawau (telah berpindah ke
Kampung Iban Merotai Besar)
 Kampung Iban Landau Hilir, Hulu Merotai, Tawau (telah berpindah ke
Kampung Iban Merotai Besar)
 Kampung Iban Kuala Nansang, Apas Balung, Tawau
 Kampung Iban Muslim Kampung Selamat, Kunak, Tawau

Iban Sabah
Iban Sabah juga dikenali sebagai Iban Merotai. Merotai diambil nama daripada
penempatan awal kaum Iban yang berhijrah ke Sabah awal tahun 1900. Sekarang,
Kaum Iban Sabah kebanyakannya menetap di daerah Tawau, Labuan, Sipitang,
Keningau, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan, Ranau, Kota Belud dan Kota
Kinabalu.
XI) BISAYA
Bisaya adalah kaum pribumi yang berasal dari barat laut dan sepanjang pantai
Borneo, Malaysia dan tertumpu di sekitar daerah Beaufort, Sungai Padas, Sungai
Klias, Pulau Gaya di Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sungai Limbang di
timur Sarawak. Bangsa Bisaya dikenali sebagai Melayu atau Islam oleh suku kaum
Lun Bawang/Lun Dayeh , Dusun, dan Murut

Bisaya dikatakan di antara yang pertama menerima Islam pada awal kurun ke-13.
Ketua Bisaya yang pertama adalah Awang Alak Betatar ataupun Sultan
Mohammad Shah. Peringkat awal kemasukan kaum Bisaya ke dalam Islam adalah
melalui hubungan dagang dengan pedagang dari tanah Arab. Jika dilihat daripada
segi kehidupan sosial, sedikit sebanyak pengaruh Arab memainkan peranan dalam
urusan mereka sehari-harian. Bangsa Bisaya memiliki minat dalam bidang
pertanian dan ia juga merupakan sumber utama pendapatan mereka. Suku kaum ini
walaupun dikatakan berkait dengan suku Bisaya di Filipina namun suku kaum
Bisaya ini hanya terdapat di Borneo iaitu Sabah dan Sarawak,Malaysia sahaja.
Bisaya yang terdapat di Filipina dikatakan berasal dari Borneo dan penghijrahan
beramai-ramai mereka ke sana adalah disebabkan oleh faktor politik yang tidak
menentu.

Pemerintahan di pulau Borneo atau Pulau Peraca ini telah wujud seawal tahun 977
Masihi dan ini memungkinkan berlakunya penindasan yang melampau lalu
mendorong kepada penghijrahan bangsa Bisaya ke tempat lain secara kekal. Jika
diteliti bahasa Bisaya, mereka menunjukkan persamaan lebih dekat dengan bahasa
Melayu berbanding bahasa suku Bisaya di Filipina.

Sejarah bangsa Bisaya


Mengikut legenda, nenek moyang Bisaya berasal dari satu keluarga berhijrah dan
menetap di utara Pulau Borneo. Keluarga ini mempunyai 7 orang anak di mana 6
darinya lelaki iaitu Peti Berambai atau Pati Berabai, Si Garamba, Peti Garamba,
Peti Runa atau Pati Bagunak, Semaun atau Si Maun dan Alak Betatar atau Urak
Betatar atau Lok Batata atau Awang Alah Bertabar; dan seorang perempuan (Siti
Duyah atau Duri atau Bunga Sunting).

Satu pertandingan lumba perahu diadakan untuk menentukan siapakah yang layak
menjadi Raja Barunai. Perlumbaan ini dimenangi oleh Alak Betatar yang paling
bongsu. Dia kemudiannya dilantik menjadi Raja Brunei yang pertama, dan
kemudiannya memeluk agama islam dengan menggunakan nama Sultan
Mohammad Shah, Sultan Brunei yang pertama.

Catatan Sejarah dari China


Menurut catatan Pemerintah misi dari China, Chang Ching Tze telah diutus ke
Barunai (P’o-ni) pada 1370 (Tahun Ke-3, Bulan 9 menurut kalendar Hung-wa).
Beliau telah mendapati Ibu Kota Barunai dalam keadaan terbakar seolah-olah telah
berlaku peperangan yang besar. Maharaja pada masa itu Sultan Mohammad Shah
(Ma-ho-mo-sha [Maha Mokhsa]) dikelilingi oleh pengikutnya seramai lebih
kurang 1000 orang. Baginda berkirim salam kepada maharaja China pada masa itu
sebagai seorang Muslim.

Catatan Sejarah Tempatan


Peti Berambai iaitu yang sulung menjadi ‘Raja Pulau Jawa’. Si Garampa pula
menetap di kawasan Limbang dan menjadi nenek moyang kepada masyarakat
Bisaya. Peti Geramba menetap di kawasan Tutong (Brunei), Peti Runa pula di
kawasan Sungai Kinabatangan (Sabah) dan Semaun di Sungai Birau ( Selatan
Tutong). Siti Duyah pula berkahwin dengan seorang berketurunan cina yang
bernama Ong Sum Ping (Awang Sunting) dan menetap di kawasan Gunung
Kinabalu, Sabah.[1]

Asal usul perkataan Bisaya


Menurut kepercayaan tempatan, perkataan Bisaya berasal daripada sebutan “Bisai
Iya” yang bermakna seseorang lelaki atau wanita nampak tampan dan gagah serta
cantik molek. Dan setengah pendapat mengatakan ia berasal daripada perkataan
"Ma Bisa" iaitu bermaksud bisa yang dikaitankan dengan ilmu sihir atau perubatan
yang biasanya diamalkan oleh suku kaum ini pada ketika itu.Sebutan kemudian
bertukar kepada Bisaya sehingga pada hari ini.Sama ada perkataan Bisaya itu
berasal dari perkataan "Bisai Iya","Ma Bisa" dan "Bisa Iya" tiada kesahihan secara
bertulis.

Sementara itu, Beyer H.O pada tahun 1926, Hester E.D pada tahun 1954 dan
Harrison pada tahun 1956 menyatakan bahawa perkataan Bisaya kemungkinan
berasal dari Empayar Srivijaya (Sonza, 1972). Pada tahun 1960, John Carol
menyatakan bahawa perkataan Bisaya berasal dari Pahlawan Bangsa yang bernama
Śrīvijaya. Derek Headly (1950) menyatakan legenda Bisaya Borneo apabila Sultan
Brunei semasa kunjungannya untuk meninjau kawasan penduduk Bisaya dan
baginda memberitahu “Bisai-Yah!” yang bermaksud betapa cantiknya.
Semua kenyataan diatas adalah teori dan andaian dan mungkin kita tidak pernah
tahu mengenai asal perkataan Bisaya yang sebenarnya.

Fakta Bisaya
Bangsa Bisaya adalah suku kaum asli yang telah tinggal dan menetap di Borneo
Sabah sejak beribu tahun yang lalu. Bangsa Bisaya pada zaman dahulu merupakan
suatu bangsa yang digeruni, disegani, disayangi, disenangi, ditakuti, dan dihormati
oleh suku kaum asli yang lain di negeri ini.

Kemahiran suku kaum Bisaya di atas muka bumi Borneo Sabah ini dalam bidang
pertanian seperti menanam padi, menanam halia, menanam pokok rumbia,
menanam kunyit, menanam ubi, menanam pisang, menanam keladi, menanam
lada, menanam kelapa, menanam pokok buah-buahan dan sebagainya. Mereka juga
mahir memburu binatang liar di hutan untuk dimakan. Mereka juga menternak
ayam, itik, angsa, kambing, kerbau, lembu dan lain-lain binatang sebagai makanan.

Kaum Bisaya juga mahir dalam seni kraftangan dan sebahagian besar peralatan
kraftangan digunakan dalam kehidupan seharian mereka. Kemahiran di sungai
suku kaum Bisaya ialah mereka mahir menangkap ikan dengan menggunakan
selambau dan di laut pula dengan menggunakan pukat dan bagang. Pada suatu
ketika pelayar Bisaya bernama Awang Semaun bersama rombongannya telah
mengelilingi kepulauan Borneo ini bermula dari Sungai Klias dan mereka
memasangkan kain putih peraca di hadapan sampan mereka sewaktu dalam
pelayaran. Apabila rombongan Awang Semaun kembali di Sungai Klias, mereka
medapati peraca berkenaan telah koyak-rabak. Mereka menggelar pulau ini sebagai
Pulau Peraca dalam bahasa Bisaya dan dalam bahasa Melayu bermakna Pulau
Saputangan. Kerajaan yang paling tua wujud ialah kerajaan Bisaya dan setelah
kewujudan kerajaan Barunah, maka pemerintahan kerajaan Bisaya berpindah ke
Barunah dan kemudian berubah menjadi Barunai semasa pemerintahan Sultan
Ahmad Shah.

Sultan Awang Koyoh

Sejarah menceritakan apabila Sultan Mohammad Shah berpindah ke negara


Barunah, maka Sultan Awang Koyoh dilantik sebagai pemerintah kerajaan
Barunah atau Borneo yang berpusat di Kota Klias pada tahun 1370. Sepanjang
pemerintahan baginda, Borneo berkeadaan aman dan makmur serta subur.
Kelebihan Sultan Awang Koyoh ialah dengan izin Allah Subhanahu wa ta'ala
tanah-tanih yang di usahakan baginda akan menjadi tinggi dan subur. Hasil
tanaman utamanya ialah halia seperti apa yang telah diusahakan oleh ayahanda
baginda dahulu Sultan Mohammad Shah. Selain itu pohon rumbia juga turut
ditanam bagi membekalkan makanan kepada rakyat baginda disamping
pengeluaran padi yang berterusan atau meranau.

Baginda Sultan Awang Koyoh tidak memiliki ramai anak dan setiap anak baginda
dilatih dengan ilmu perang dan mahir menggunakan pelbagai jenis senjata. Anak-
anak baginda yang amat terkenal ialah Panglima OKK Setia Pahlawan Awang
Kassim dan Panglima Awang Alapu atau Lapu-Lapu. Kisah penculikan Sultan
Awang Koyoh melalui tipu muslihat Sultan Sulu telah mengakibatkan isteri
baginda dibawa lari ke Sulu manakala baginda sempat menyelamatkan diri dengan
terjun ke dalam laut tetapi telah mendapat kecederaan.

Kemarahan anak-anak baginda amat meluap-luap, dengan izin kekandanya Sultan


Panglima OKK Setia Pahlawan Awang Kassim, maka Panglima Awang Alapu
mengepalai rombongan perang menuju ke Sulu bagi menjatuhkan kerajaan Sulu.
Setelah sampai ke perairan Sulu, tanpa berlengah Panglima Awang Alapu
memerintahkan bala tenteranya menyerang kerajaan Sulu tanpa belas-kasihan dan
menghancurkannya sehancur-hancurnya kerana selama ini serangan bersifat lanun
oleh pihak Sulu telah ditepis dengan hanya menghalau lanun-lanun tersebut.
Kesabaran Panglima Awang Alapu tidak terbendung lagi kerana ini melibatkan
maruah kaum Bisaya kerana cubaan Sulu menculik ayahandanya dan beliau
berazam untuk menghancurkan angkatan lanun yang berpusat di Sulu. Maka
sebuah pulau telah dijadikan pangkalan tentera beliau dan sehingga kini pulau
tersebut dikenali sebagai pulau Bisaya sempena pahlawan-pahlawan Bisaya yang
sanggup mati disana bagi menghalang kemasukan lanun ke perairan Borneo.
Setelah penjajah barat menguasai Sulu maka perkataan Bisaya bertukar menjadi
Visaya. Kejadian tersebut dirakamkan sekitar 1500 masihi dan sehingga kini,
kenangan pahlawan Bisaya yang diketuai Panglima Awang Alapu kekal dalam
ingatan sanubari keturunan Sultan Awang Koyoh bin Sultan Awang Alak Betatar.
Berita terakhir yang diterima ialah apabila kejayaan Panglima Awang Alapu
menumpaskan angkatan tentera Sepanyol yang diketuai oleh Ferdinand Magellan
pada 1521 masihi.

Ketua Kaum Bisaya

Lebih kurang pada abad ke-13, kaum Bisaya mempunyai ketua yang digelar
sebagai Sultan Awang Alak Betatar bin Bonian Mas Kayangan. Baginda dikatakan
telah memeluk agama Islam dan menukarkan namanya dengan gelaran sebagai
Sultan Mohammad Shah pada tahun 1363 Masihi.

Pada tahun 1370 Masihi, baginda Sultan Mohammad Shah telah melantik anak
lelaki baginda yang bernama Sultan Awang Koyoh bin Sultan Awang Alak Betatar
menjadi pemerintah negeri Borneo ketika itu manakala baginda Sultan Mohammad
Shah telah berhijrah ke negeri Brunei dan menjadi pemerintah selaku Sultan
Brunei beragama Islam yang pertama memerintah negeri Brunei pada tahun 1370
Masihi.

Pemerintahan Sultan Awang Koyoh berpusat di Sungai Klias yang digelar sebagai
Kota Klias pada ketika itu dan nama tersebut kekal sehingga ke hari ini. Setelah
baginda mangkat iaitu lebih kurang pada tahun 1621 Masihi, pemerintahan baginda
telah diwarisi oleh anak baginda yang bergelar Sultan Panglima Orang Kaya Kaya
Setia Pahlawan Awang Kassim pada ketika itu dan mangkat lebih kurang pada
tahun 1855 Masihi. Tempat baginda telah diwarisi oleh anak lelaki baginda yang
bernama Sultan Tunku Laxamana Awang Ishak Ismail Jalil. Baginda mangkat pada
tahun 1961 Masihi.

Peninggalan Senjata Lama

Sejarah perjalanan Awang Alak Betatar sebenarnya telah menempuh pelbagai onak
dan duri yang bertali arus. Secebis kisah yang tidak diuar-uarkan ialah perjalanan
pertama baginda ke gunung Kinabalu yang mana telah membawa penemuan besi
tahi bintang atau Karusani. Setelah berjaya menumbangkan tembadau bertanduk
emas yang selama ini merosakkan tanaman halianya, tanpa disedari pemburuan
tersebut membawa baginda ke gunung Kinabalu. Besi tahi bintang yang diperolehi
baginda telah ditempa menjadi dua bilah pedang yang panjang dan berwarna
hitam. Menurut maklumat yang diperolehi, semasa Awang Alak Betatar menguasai
kerajaan Barunah, bersama-sama baginda tersisip sebilah pedang dipinggang
baginda sebagai senjata dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah Azza wa
jalla. Sebilah pedang lagi baginda titipkan kepada anakanda baginda Sultan Awang
Koyoh. Oleh itu, senjata yang menjadi tanda keturunan baginda telah hilang dan
menjadi misteri sehingga kini.

Menurut cerita, seorang nelayan berbangsa Bisaya dari Labuan telah menemui
sebilah keris dalam perut seekor ikan dan beliau pernah diberitahu sebelum
kemangkatan Sultan Awang Kuyoh, baginda memegang sebilah keris kebesaran
kerajaannya. Keris tersebut juga mempunyai pertalian dengan kesultanan Borneo
suatu ketika dahulu.

Salah satu senjata yang sehingga kini masih menjadi misteri ialah keris emas yang
merupakan senjata sulit Sultan Awang Koyoh bin Sultan Muhammad Shah. Selain
itu, andiban emas juga merupakan senjata penting bagi mempertahankan diri
daripada musuh. Ini merupakan fakta yang menjelaskan tentang tradisi bangsa
Bisaya yang memiliki andiban sebagai senjata warisan keluarga.

Adat dan kebudayaan


Kaum asli Bisaya mempunyai adat yang diwarisi daripada nenek moyang mereka
sejak turun-temurun. Contohnya, orang muda kaum asli Bisaya mesti menghormati
orang dewasa kaum asli Bisaya. Anak gadis kaum Asli Bisaya mesti pandai
menjaga kesopanan dan kesusilaan. Kebudayaan Kaum Asli Bisaya adalah seperti:

 Tarian Liliput Bisaya


 Tarian Jipin (Zapin) Bisaya
 Tarian Sayau bagarus (Tarian menggarus batang rumbia)
 Tarian Mengalawat (Tarian memijak hempas batang rumbia)
 Tarian Minsayau (untuk meraikan kejayaan mengalahkan lanun)
 Alat tradisional kulintangan Bisaya yang mempunyai 27 lagu dan 3 lagu
berkaitan acara berasik
 Pencak silat Bisaya dengan muzik bamboo
 Tarik tali
 Bermain gasing
 Bermain layang-layang
 Ugang Bamboo
 Badaup terutama semasa menuai padi
 Mibulang iaitu penggunaan binatang Kerbau
 Tarian Bubu Mangalai dengan menggunakan jampi serapah

‘Ya Bamban Ya Lukah,

Ya Bamban Eh Basari,

Main Kita Si Ipar Muda,

SiLukah Pandai Menari’

 Berambit/Bahambit
 menimbang anak kecil yang lahir pada bulan Safar
 Lastik/Melastik
 Panah/Memanah
 Andiban/Alat membujak binatang liar
 Perubatan tradisional Bisaya
 Pakaian Tradisional Bisaya
 Kuih-muih tradisional Bisaya seperti kalopis, kuih cincin, kuih tapai, kuih
sapit, dll.

Kemahiran Kraftangan
Seperti juga dengan kaum-kaum lain di sabah, kaum bisaya mempunyai kraftangan
mereka sendiri. Kraftangan mereka adalah berkaitan dengan kegunaan harian
seperti menanam padi, mengangkat bahan-bahan harian, membuat sagu dan
menangkap ikan. Antara yang terdapat di sini ialah kalambigas, lasok dan salihid.

Tuntutan Sultan Sulu ke atas Sabah


Pada tahun 1930, mengikut penjelasan daripada Sultan Tunku Laxamana Awang
Ishak Ismail Jalil, kesultanan Sulu telah membuat tuntutan ke atas Borneo (Sabah)
akan tetapi, telah ditolak oleh pihak Mahkamah Tinggi Jesselton pada ketika itu.
Tuntutan kedua pada tahun 1942, manakala tuntutan ketiga pada tahun 1962 dan
kesemuanya telah ditolak oleh pihak mahkamah. Perkara ini jelas pada waktu itu
walaupun Borneo (Sabah) adalah di bawah jajahan British akan tetapi, pihak
British memang telah mengakui bahawa kesultanan Borneo (Sabah) memang
wujud. Makanya, tuntutan Sultan Sulu ke atas Borneo (Sabah) telah ditolak
disebabkan Sultan Tunku Laxamana Awang Ishak Ismail Jalil Bin Sultan OKK
Setia Pahlawan Awang Kassim Bin Sultan Awang Koyoh Bin Sultan Awang Alak
Betatar telah membuat penjelasan dengan panjang lebarnya kepada pihak pegawai-
pegawai British pada waktu itu serta telah dapat meyakinkan pihak berkenaan.
XII) TIDONG
Suku kaum Tidung adalah suku kaum rumpun Melayu yang banyak terdapat di
bahagian tenggara Sabah iaitu sekitar daerah Tawau dan Sebatik. Antara suku
kaum Melayu Tidung begitu dikenali di Tawau ialah Tidung Apas, Tidung
Indrasabah, Tidung Membalua, Tidung Kalumpang, Tidung Pasir Putih, Tidung
Merotai dan Tidung Kalabakan. Terdapat juga ramai suku kaum Tidung di
beberapa kawasan di Sandakan seperti di Beluran dan Labuk.

Selain itu, suku kaum Tidung juga boleh di dapati di beberapa tempat di Indonesia.
Masyarakat suku kaum Tidung di Indonesia yang agak dikenali ialah Tidung
Tarakan, Tidung Nunukan, Tidung Sembakung , Tidung Sesayap dan Tidung
Malinau. Jika dilihat secara geografinya, masyarakat Tidung ini menduduki
kawasan memanjang bermula di Beluran Sandakan hingga ke Tawau ( Apas ,
Merotai dan Kalabakan ) dan seterusnya di Tarakan , Sesayap , Sembakung dan
Malinau di Indonesia.

Asalnya Tanah Tidung yang dimaksudkan adalah mencakupi kawasan dari daerah
Beluran di Sandakan seterusnya di kawasan Batu Tinagat di sebelah timur Tawau (
bersama masyarakat Suluk ) hingga ke Apas dan ke sebelah barat Tawau di
Merotai dan Kalabakan dan bersambung hingga ke Kalimantan timur termasuklah
Nunukan, Tarakan, Tanjung Selor ( bersama masyarakat Bulungan ), Sesayap,
Sembakung sehinggalah sejauh ke daerah pedalaman di Melinau. Namun setelah
zaman penjajahan, Tanah Tidung ini terpisah oleh pembahagian kawasan dan
pentadbiran yang dilakukan Inggeris dan Belanda yang kemudiannya merdeka
menjadi dua buah negara yang berasingan iaitu Malaysia dan Indonesia.

( Nota : Masyarakat Tidung di Sabah ( khususnya di Kalabakan, Merotai, Sebatik,


Apas dan juga Beluran ) adalah masyarakat peribumi dan kedudukan ini
diwartakan dalam Perlembagaan Negeri Sabah serta dilengkapkan dengan bukti
kesahihan di Pameran Galeri Masyarakat Peribumi Sabah di Muzium Negeri Sabah
. Mereka adalah penduduk asal di Sabah yang mendiami persisiran pantai timur
dan tenggara Sabah dan Kalimantan Timur ( Borneo ) bersama masyarakat Sungai,
Idahan, Bajau dan Suluk )

( Walaupun terdapat masyarakat Tidung serumpun di sebelah sempadan Indonesia


yang juga berada tanah besar yang sama ( Borneo ) namun masyarakat Tidung di
Indonesia ( Tanjung Selor, Melinau, Tarakan dan Nunukan namun masyarakat
Tidung serumpun di Indonesia tidak suka berhijrah kerana mereka lebih selesa di
kampung halaman dan di tanah kelahiran sendiri yang juga turut berkembang maju
taraf ekonominya sama seperti di Malaysia. Seperti juga masyarakat Tidung yang
terpisah kerana sempadan negara, masyarakat Brunei Malaysia di Papar, Kawang
dan Bongawan juga terpisah dengan masyarakat Brunei serumpun di negara Brunei
Darussalam. )

( Masyarakat Suluk di tanah besar Sabah ( Borneo ) juga dipisahkan dengan


masyarakat Tausuq di Filipina ( Kepulauan Sulu, Tawi-Tawi dan Basilan ) oleh
sempadan negara walaupun jaraknya yang sangat dekat. Ini membuktikan
masyarakat Tidung , masyarakat Brunei dan masyarakat Suluk di Sabah adalah
masyarakat peribumi ( natives ) walaupun masyarakat ini terdapat di negara jiran
kerana mereka semua berada di tanah yang sama namun dipisahkan oleh sempadan
negara yang ditentukan ketika mencapai kemerdekaan daripada penjajah. )

Sejarah Masyarakat Tidung


Mengikut sejarah, masyarakat Tidung wujud ini kawasan ini sejak zaman dahulu
lagi. Mereka adalah etnik Muslim dan menggunakan bahasa Melayu untuk
berkomunikasi dengan entiti masyarakat lain di sekitarnya seperti masyarakat
Sungai ( Beluran dan Labuk ), masyarakat Suluk ( Lahad Datu dan Tungku ),
masyarakat Idahan ( Silam dan Madai ), masyarakat Bajau ( Semporna dan
Omadil ), masyarakat Bulungan ( Tanjung Selor), masyarakat Banjar (
Banjarmasin ), masyarakat Kutai dan masyarakat Berau yang merupakan
penghuni asal di daerah Borneo Timur. Dalam catatan sejarah, sekitar tahun
1800an, terdapat beberapa buah kerajaan Kesultanan Melayu Islam yang wujud di
Kalimantan Timur seperti Kesultanan Bulungan ( Sultan Kaharuddin I ) di Tanjung
Palas, Kerajaan Tidung Tengara ( Amiril Pengiran Tadjuddin ) di Tarakan,
Kesultanan Kutai, Kesultanan Berau, Kesultanan Paser (Sultan Sulaiman
Alamsyah) di Balik Papan dan Kesultanan Banjar ( Sultan Tamjidullah II ).
Menurut pembahagian suku kaum dayak di Kalimantan, Indonesia, Suku Tidung
adalah suku Dayak Murut atau dikenali sebagai "Lun Pagun" iaitu Lun=Orang dan
Pagun=Pagan yang pada mulanya tiada agama atau Pagan cuma menyembah nenek
moyang yang akhirnya menerima islam. Ini jelas dilihat yang mana hampir 80%
bahasa tidung sama dengan bahasa murut.

Masyarakat Tidung dahulu kala tinggal di sepanjang sungai-sungai di pertengahan


Borneo Timur hingga sejauh ke utara di Batu Tinagat berdekatan Tawau. ( Henry
Roth : 1896 ). Bukti jelas kewujudan bangsa Tidung adalah yang terawal di
kawasan daerah Tawau ialah nama tempat yang dinamakan menggunakan
panggilan dalam bahasa Tidung seperti nama Tinagat yang bermaksud 'tebang'
dan Membalua yang bermaksud 'hantu'. Batu Tinagat atau Batu Payung berasal
daripada cerita masyarakat Tidung Tawau iaitu pada zaman dahulu kala ada
seorang pemuda yang ternampak puteri-puteri kayangan yang turun ke bumi untuk
mandi di kawasan batu berbentuk payung lalu menyembunyikan salah satu pakaian
puteri tersebut sehingga puteri tersebut tidak dapat kembali ke kayangan. Pemuda
dan puteri tersebut berkahwin dan apabila puteri tersebut menyedari pakaiannya
yang disembunyikan, beliau membuat helah tidak boleh menari di suatu majlis
keramaian sekiranya tidak memakai baju kayangan miliknya. Pemuda tersebut
tanpa mengesyaki isterinya terus mengembalikan pakaian tersebut dan apabila
isterinya memakai pakaian tersebut, puteri itu terapung-apung di atas batu payung
itu. Pemuda itu menebang batu payung tersebut tetapi sia-sia kerana isteri atau
puteri terus terbang ke langit dan tidak kembali lagi. Sebab itu kita tidak melihat
lagi bentuk batu payung yang sebenar kerana telah ditebang. Cerita ini juga telah
dijadikan salah satu lagu dan tarian klasik suku kaum tidung berirama zapin diberi
nama Seludon Batu Tinagat. Kampung Membalua pula dulunya dianggap kawasan
berhantu. Tawau sendiri dipercayai dinamakan menggunakan panggilan dalam
bahasa tidung yang bermaksud "pancing" atau "nawau". Ini berlaku apabila
seorang orang putih bertanyakan nama tempat dia berada kepada seorang orang
tidung yang sedang memancing yang kemudian dijawab "nawau" oleh orang
tidung itu kerana ti dak faham bahasa inggeris. Disangkanya orang putih tersebut
bertanya apa yang dia sedang lakukan. Kemudian orang putih itu terus berjalan dan
sampai di suatu tempat pula dia bertanya lagi nama tempat yang dia berada kepada
seorang orang tidung yang ditemuinya dan sekali lagi disalah anggap yang
disambut dengan jawapan "Murut Tai" yang bermaksud tahi orang Murut kerana
tempat mereka berdiri itu penuh dengan tahi manusia yang dipercayai oleh orang
tidung tersebut ia adalah tahi orang murut. Maka tempat itu dinamakan Merotai.
Apas pula berasal dari perkataan "apos" atau "ampus" atau sesak nafas.

Tercatat dalam sejarah yang mengatakan pernah wujud sebuah kerajaan Melayu
Islam Tidung di Tarakan pada kurun ke 16 yang juga dikenali sebagai Kerajaan
Tengara. Di dalam fakta sejarah Borneo, kerajaan Tidung di Tarakan bermula
pada tahun 1557 dan lokasinya di kawasan Pamusian DI wilayah Tarakan Timur.
Pemerintahnya yang pertama ialah Amir Rasyid ( Dato Raja Laut (1557-1571).
Dinyatakan juga dalam fakta sejarah Borneo bahawa Sultan Tarakan yang ke 10
iaitu Amir Pengiran Jamalul Kiram ( 1844-1867 ) yang tiada waris lelaki, telah
mengahwinkan puterinya, Putri Intan Dura dengan anak Sultan Bulungan Sultan
Kaharudin II ( 1875-1889 ), Datu Maulana. Dan berikutan dari peristiwa itu, Datu
Maulana telah menjadi Sultan Tarakan pada tahun 1867. Dan seterusnya putera
mereka, Datu Adil ( 1896-1916 )adalah pemerintah Kerajaan Tidung Tarakan
yang terakhir. Selain itu, terdapat juga bukti kewujudan penempatan masyarakat
Tidung tertua di kawasan Pulau Kalumpang dan di sekitar Kuala Sungai
Kalumpang berdekatan Semporna. Penempatan ini dikatakan dimulakan oleh
seorang bangsawan bernama Pengiran Anum sekitar tahun 1800an. Kini di sana,
masih wujud tapak perkuburan dan makam lama serta keturunan generasi ke 7 dan
8 kepada Pengeran Anum yang menjadi bukti kewujudan pemerintahan Pengiran
Anum ini suatu masa dulu.

Masyarakat Tidung Tawau


Masyarakat suku kaum Melayu Tidung di Tawau adalah penduduk asal di Tawau.
Penempatan asal ialah di kawasan yang kini dikenali sebagai Tawau lama iaitu di
sekitar Kuala Sungai Tawau. Nama Tawau sendiri adalah mendapat nama dari
bahasa Tidung asli iaitu 'Tawai' yang bermaksud 'mata pancing'. Ini adalah kerana
rata-rata penduduk asal tempatan di kawasan yang dikenali Tawau Lama ini adalah
golongan nelayan. Ramai di kalangan masyarakat Melayu Tidung memiliki
perahu yang dipanggil perahu Kajang. Selain itu, mereka juga mengusaha
tanaman padi bukit sebagai sumber makanan harian mereka.

Walaupun masyarakat Melayu Tidung pernah menghuni di kawasan yang dikenali


sebagai Tawau Lama ( Old Tawau ) ini namun setelah kawasan ini dimajukan oleh
pihak British pada tahun 1896 , kebanyakan mereka telah berhijrah ke kawasan
lain seperti di Apas ( di sebelah timur Tawau ) dan Merotai ( di sebelah utara
Tawau ). Sehingga kini, mereka masih lagi menjadi penduduk asal dan pemilik
tanah di sana. Manakala tidak lama selepas itu, Tawau Lama juga telah
ditinggalkan dan Pekan Tawau yang baru telah diwujudkan di sebuah kawasan lain
yang dikenali sebagai 'Tanjung'. Lokasi bandar Tawau ini kekal hingga ke hari ini
dan kawasan ini juga dikenali sebagai Dewan Undangan Sri Tanjung.

Hari ini, masyarakat Tidung di kawasan sekitar bandar Tawau telah wujud sebagai
Masyarakat Melayu kerana berlakunya perkahwinan hampir semua ahli
masyarakat ini dengan masyarakat Melayu lain seperti Jawa, Suluk, Banjar, Arab,
Iban Muslim dan sebagainya sejak sekian lama. Mereka mengamalkan budaya
Melayu dan hanya bertutur dalam bahasa Melayu. Namun sebaliknya di kawasan
lain seperti Kalabakan dan Sebatik ( termasuk juga Inderasabah dan Membalua ),
masih ramai lagi masyarakat Tidung yang kekal wujud sebagai bangsa Tidung
kerana masyarakat di daerah ini agak kurang mengamalkan perkahwinan campur
dengan masyarakat lain. Ini berlaku mungkin kerana faktor kedudukannya yang
agak terpisah dengan masyarakat Melayu lain. Mereka kekal mengamalkan adat
dan budaya Tidung asli hingga ke hari ini.

Penempatan Masyarakat Tidung


Mengikut sejarahnya dahulu, kawasan penempatan Tidung di Tawau adalah di
bawah kekuasaan Kesultanan Melayu Sulu. Sebelum itu, telah lama wujud
penempatan terawal masyarakat Melayu Tidung di Kalabakan, kampung tertua di
Tawau yang terletak di bawah naungan Kesultanan Bolongan-Tarakan. Juga
terdapat bukti sejarah kewujudan penempatan Melayu Tidung di Serudong (
berdekatan Kalabakan ) sewaktu ketika dahulu di bawah pimpinan Datu Alun
yang pernah menjalinkan hubungan dengan Kesultanan Bolongan.
Namun,penempatan itu tinggal sejarah setelah Datu Alun bersama para
pengikutnya kembali ke Tanjung Selor, Bolongan kerana telah lanjut usia dan
mahu mangkat di sana.

Manakala di kawasan-kawasan lain pula termasuk Tawau , Silam, Lahad Datu dan
Sandakan pula adalah yang terletak di bawah naungan pemerintahan kesultanan
Melayu Sulu. Dengan adanya pengaruh dan naungan Kesultanan Sulu inilah yang
membawa kepada penyebaran agama Islam di kalangan masyarakat Melayu
Tidung dimana penyampaian dakwah Islamiah ini disampaikan oleh pendakwah
dan ulamak dari negara Arab yang berhijrah ke Kepulauan Sulu. Buktinya kini
pengaruh Arab begitu kuat dalam adat resam dan kebudayaan masyarakat Melayu
Tidung.

Budaya Masyarakat Melayu Tidung


Dalam budaya masyarakat Melayu Tidung, tarian zapin atau zipin serta alat
muzik seperti gambus dan kompang yang berasal dari budaya Arab sudah lama
digunakan sejak turun temurun. Di Tawau ini juga terdapat masyarakat Melayu
keturunan Arab dan Habib yang merupakan golongan pendakwah Islam terdahulu
yang telah menetap di sini dan berkahwin dengan masyarakat tempatan.

Dari segi cara hidup dan adat tradisi masyarakat Melayu Tidung di Tawau ialah
sama seperti masyarakat Melayu yang lain. Mereka berpakaian baju Melayu atau
lebih dikenali 'Baju Selangur' dan wanitanya memakai baju kurung. Mereka juga
lebih biasa bertutur dalam bahasa Melayu lebih lebih lagi kerana mereka telah pun
berkahwin campur dengan masyarakat suku kaum yang lain seperti Melayu Suluk,
Melayu Bolongan, Melayu Banjar dan Melayu Arab. Oleh itu, tidak hairanlah
makanan dan pakaian mereka juga adalah makanan dan pakaian orang-orang
Melayu.

Pemimpin Masyarakat Melayu Tidung di Tawau


Pemimpin pertama masyarakat Tidung yang diiktiraf di Kalabakan ialah Imam
Salleh. Imam Salleh telah dilantik secara rasmi sebagai ketua masyarakat Melayu
Islam Peribumi ( Native Chief ) di Kalabakan menggantikan abangnya Bujong
Seripa yang meninggal dunia. Bujong Seripa sebelum itu telah lama menjadi
pemimpin masyarakat di Kalabakan. Perlantikan Imam Salleh ini diiktirafkan
Kerajaan British Borneo pada tahun 1923. Beliau memegang jawatan tersebut
hingga tahun 1958 iaitu sehingga akhir hayat beliau ketika berumur 123 tahun.

Manakala di Tawau pula imam pertama yang dilantik adalah dari keturunan
Melayu Tidung ialah Imam Sabah. Ramai lagi pemimpin Melayu yang
berketurunan Tidung seperti Haji Imam Awang, Imam daerah sekitar tahun 1950an
dan 1960an dan juga Imam Galundang , seorang pemimpin masyarakat di
Kampung Tanjung Batu sekitar tahun 1950an hingga 1960an. Imam Mustapa iaitu
imam dan pemimpin yang dilantik oleh Kerajaan British sebagai Ketua Masyarakat
( native chief ) di Tawau pada tahun 1925 ( sewaktu zaman penjajahan dahulu )
adalah dari keturunan Melayu Tidung. Begitu juga Penghulu dan Ketua Anak
Negeri di Tawau sekitar tahun 1990an iaitu OKK Salleh Ajak juga adalah berasal
dari keturunan Melayu Tidung.
XIII) KAGAYAN
Etnik Kagayan atau Jama Mapun adalah sub-etnik dari suku besar keluarga Bajau.
Etnik Kagayan juga dikenali dengan nama Bajau Kagayan, Sama Kagayan atau
Cagayan. Dari segi linguistik dan kebudayaan, orang-orang Kagayan lebih dekat
dengan dengan saudara Bajau-nya dari suku Bajau Tempasok (Sama Kota Belud).
Etnik Kagayan banyak di temui di beberapa daerah di Sabah seperti Kota
Kinabalu, Sandakan, Kudat, Tawau, Semporna, dan banyak lagi. Selain itu etnik
Kagayan ini juga menghuni beberapa kepulauan di perairan Utara Sabah dan
Pantai Timur Sabah sehingga sehingga ke Pulau Mapun (Tawi-Tawi) di bawah
kekuasaan negara Filipina. Walaubagaimanapun, oleh kerana orang-orang
Kagayan sudah terbisa menetap dan berulang alik dari satu pulau ke pulau yang
lainnya termasuk pulau besar Borneo, sempadan yang digariskan oleh penjajah dan
politik antarabangsa, adalah seolah-olah tidak terpakai untuk mereka kerana
kawasan perairan Borneo Utara (Banggi, Kudat, Sandakan) dan Selatan Filipina
(Pulau Mapun, Pulau Palawan, Pulau Taganak) merupakan tanah dan air mereka.
Pemilikan mereka bukan hanya terhad kepada kehidupan di atas tanah, malah juga
kehidupan di air, sesuai dengan sebutan dalam sebutan bahasa Melayu, Tanahair.
Orang-orang dari etnik Kagayan lazimnya menghuni di sepanjang persisiran pantai
atau kawasan yang berdekatan dengan laut kerana kebanyakan kaum ini memilih
untuk berkerja sebagai nelayan. Sehingga pada hari ini ramai suku kaum ini telah
menjadi nelayan moden berbanding pada kehidupan mereka pada masa dahulu
yang hanya menggunakan peralatan tradisional, contohnya pukat (pukut), sampan
(bagung), kapal (lanca) buatan sendiri dan banyak lagi. Sehingga ke hari ini suku
kaum ini sinonim dengan kehidupan sebagai seorang pelaut. Orang-orang Kagayan
juga mengalami perkahwinan campur dari bangsa-bangsa lain yang datang dari
luar kepulauan nusantara sejak dari dulu lagi seperti bangsa Arab, dan Cina.
Jatidiri anak-anak dari etnik Kagayan semakin hilang kerana proses asimilasi yang
telah berlaku sekian lama. Ramai anak-anak dari etnik ini tidak lagi mampun
bertutur dalam bahasa asal mereka sebaliknya lebih selesa berkomunikasi dalam
bahasa Melayu. Ramai juga tidak mengaku sebagai etnik Kagayan kerana etnik
minoriti ini telah disterotaipkan sebagai pendatang tanpa mengetahui hak mereka
seperti termaktub dalam Perlembagan Borneo Utara dan Persekutuan Malaysia.
Di bawah Perlembagaan Borneo Utara (Sabah) 1952, Pindaan 1958, Seksyen
2(1)(c), Etnik Kagayan adalah tergolong dalam suku pribumi Sabah yang
diiktiraf.
2(1)(c). Any person who is ordinarily resident in Sabah, is a member of the Suluk,
Kagayan, Simonol, Sibutu or Ubian people or of a people indigenous to the State
of Sarawak or the State of Brunei, has lived as and been a member of a native
community for a continuous period of three years preceding the date of his claim to
be a native, has borne a good character throughout that period and whose stay in
Sabah is not limited under any of the provisions of the Immigration Act, 1959/63
[Act 155.]: Provided that if one of such person's parents is or was a member of any
such people and either lives or if deceased is buried or reputed to be buried in
Sabah, then the qualifying period shall be reduced to two years;
2(1)(c). Seseorang yang menetap di Sabah terdiri dari kalangan orang Suluk,
Kagayan, Simonol, Sibutu atau Ubian atau penduduk asli Negeri Sarawak atau
Negeri Brunei yang telah tinggal berterusan selama tiga(3) tahun sebelum dari
tarikh beliau mengisytiharkan dirinya sebagai anak negeri, mempunya kelakuan
yang baik semasa tinggal di Sabah dan tidak tertakluk oleh Immigration Act:
Kecuali salah seorang ibu atau bapanya terdiri dari kalangan anak negeri yang
tinggal dan diketahui dikebumikan di Sabah, masa kelayakan mesti dikurangkan
kepada dua (2) tahun.
Suku etnik Kagayan dan bajau lainnya telah berjuang bersama-sama Tun
Mustapha(yang juga merupakan suku Kagayan campuran Suluk) untuk
memerdekakan Sabah daripada tangan penjajah.
Kaum Kagayan mementingkan maruah bangsa dan agama, semua keturunan
Kagayan adalah muslim dan mereka sangat mengutamakan agama Islam. Budaya
suku kaum Kagayan mempunyai tarian yang unik seperti tarian berunsai (Lunsai),
tagungguk (upacara paluan muzik menggunakan gong, kulintangan/titik) dimana ia
dipersembahkan ketika majlis perkahwinan dan malam berinai (sangom macca).
Dari segi kraftangan pula, suku kaum Kagayan terkenal dengan anyaman tikar
(tipo), dan membuat layang-layang. Selain itu, suku kaum Kagayan terkenal
dengan makanan ubi-ubian seperti ubi kayu atau bestilak kayu untuk dijadikan
putu, dan kinuha, makanan laut seperti agar-agar (aga-aga), latok, sendulai,
hanga-hanga, sikad-sikad, tayum, tehek-tehek, dan sebagainya . Tradisi atau adat
resam suku kaum Kagayan juga dapat dilihat melalui perkahwinan, bagi suku
kaum kagayan adat perkahwinan mestilah didahului dengan rombongan lelaki ke
rumah pihak keluarga perempuan untuk tujun merisik.
Dibawah ini, disenarai beberapa bahasa etnik Kagayan. Bahasa asli etnik Kagayan
adalah tidak kaya, dan banyak meminjam bahasa-bahasa dari luar nusantara seperti
Inggeris dan Arab serta bahasa dari suku kaum Suluk. Walaubagaimanapun,
dibawah disenaraikan beberapa bahasa asli etnik Kagayan yang diketahui.
Kagayan Bahasa Malaysia
Abu / kelabu bilu Biru
Eket Hijau
Itom Jingga
Kalas Merah jambu
Kunit Kuning
Pote’ Putih
Tauk Ungu
Abu Kelabu
Aka-aka Khabar berita
Alis Kening
Atai Hati
aupan Depan
Badik Parang
Bagai Kawan
Baha Bahu
Bajju’ Baju
bapak Bapa saudara
Baran Badan
Behe Bibir
Belawan Gila
bihing Sebelah
Bitcala Cakap
Bohas Beras
Bohe Air
bu buluh
Bujjak Sejenis senjata yang diperbuat daripada
buluh/bamboo/rotan yang panjang
Bukud Belakang
Busai Mendayung
Dada’ Emak saudara
Daing Ikan
Dangki Dengki
Dela Lidah
Denda Perempuan
dikat Kain pelekat
Dupang Bodoh
Ebbo’/ ebboh Nenek/ datuk
ellau siang
Emma’ Bapa
Empon Umpan
Enjaom Di dalam
Enneh Emak
Garung Hijau
Hemilan Bila
Huma Bertani
Impon Gigi
Indo Monyet
Iyak Malu
Iyabod Lipan
Jama Orang
Jembangan Pokokbunga
Ka-e Dengar
Kalang Nyani
Kam Kamu
Katas kertas
Kato Gatal
Kelanduh Sangat
Kelangan Lagu
Kesagan Tegur
Ko Awak
Kubu Kubur
Lahat Tempat
Lanji Miang
Laom Dalam
Laun Lambat
Lella Lelaki
Lemis Benci
leppohan Dapur
Lessa Rasa
lessom Masam
Lindom Gelap
Lonsey Berlayar
Lua Muka
lumangi Berenang
Maase’ Saying
matca Berinai/ baca
Ayad Bagus
mamis Manis
Mangan Makan
manuk Ayam
Manuk-manuk Burung
Matai Mati
Mitcala Cakap
Kinawin Kahwin
Ngeddo’ Ambil
Ngenda Lihat
ngendaag Panjat
Nenggey Berdiri
Ngiluk Menari
Nginta’ Makan lauk tanpa nasi
Ngita Melihat
Ngitom Rindu
Ngupi Mimpi
Nguta’ Muntah
Ni Di
Ningga-i Dimana
Ningkok Duduk
Bumiputra di Sarawak
Sarawak mempunyai bilangan penduduk pelbagai etnis yang banyak sekali antara
negeri-negeri di Malaysia, iaitu seramai 2.07 juta orang. Sebagai ibu negeri,
Kuching merupakan rumah kepada 458,300 orang. Ini menyebabkan ia menjadi
bandar yang mempunyai penduduk yang terbanyak di Sarawak dan mendapat
kedudukan yang ketujuh di Malaysia.

Sarawak mempunyai 27 etnik besar, setakat ini yang dikemukakan Kesemua


kumpulan etnik ini mempunyai bahasa, kebudayaan, dan cara kehidupan yang
tersendiri. Etnik di Sarawak terbahagi mengikut kawasan penempatan seperti
persisiran pantai, lembah sungai, daerah pendalaman, dan kawasan tanah tinggi.
Kawasan yang paling padat dengan penduduk ialah di dataran pantai, lembah
sungai di bahagian barat Kuching, dan kawasan antara Sungai Kayan dengan
Sungai Mukah.

Corak penempatan dan taburan penduduk yang berselerak di Sarawak


menyebabkan mereka tidak banyak berhubung dengan orang luar. Keadaan ini
mendorong setiap kelompok etnik membentuk identiti kebudayaan masing-masing
mengikut persekitarannya.

Senarai kumpulan etnik di Sarawak

 Iban Cina
 Melayu Bidayuh
 Melanau Kayan
 Kenyah Lun Bawang
 Penan Kelabit
 Kedayan Bisaya
 Berawan Lahanan
 Sekapan Kejaman
 Punan Baketan
 Ukit Sihan
 Tagal Tabun
 Lisum Longkiput
 Kadazandusun Murut

I)IBAN
Iban atau Dayak Iban (dalam Bahasa Iban Iban bermaksud orang atau manusia),
adalah salah satu rumpun Dayak yang terdapat di Sarawak, Kalimantan Barat,
Brunei, Sabah dan Johor. Mengikut sejarah lisan, pembentukan dan perkembangan
budaya sosial kaum Iban khasnya atau bangsa Dayak amnya terjadi semasa zaman
kegemilangan Kerajaan Dayak di Tampun Juah, sebelum kaum Iban dan bangsa
Dayak berpecah kepada beberapa subsuku-subsuku yang ada sekarang. Semasa
zaman kolonial Inggeris di Sarawak dan Belanda di Kalimantan Barat, kaum Iban
sebelumnya dikenal sebagai Dayak Laut dalam pengertian Bahasa Iban Laut
bermaksud Melayu (merujuk kepada kaum Melayu). Jika diistilah secara betul
Dayak Laut dalam Bahasa Iban bermaksud Dayak Melayu. Fakta ini juga
disokong kerana ada satu lagi rumpun bangsa Dayak Laut iaitu Dayak Malayik
atau Dayak Melayu yang tinggal di Kalimantan Barat dan Kalimantan Tengah.
Fakta ini disokong kerana bahasa Iban adalah bahasa yang paling dekat dengan
Bahasa Melayu dan bahasa Iban sendiri berasal dari rumpun Malayic dan berparas
rupa serta fizikal dari ras Malayoloid. Kekadang asal-usul maksud Dayak Laut
ditafsirkan dalam bahasa Melayu dan diterjemah kepada Bahasa Inggeris
bermaksud Sea Dayak sebagai menggenapi maksud Land Dayak yang digunapakai
oleh kaum Bidayuh kerana dalam bangsa Dayak dibahagikan kepada 4 subbangsa
iaitu Dayak Laut, Dayak Darat, Dayak Orang Ulu dan Dayak Barito.

Sekarang (bancian 2010) kaum Iban dengan jumlah sebanyak 2,745,400 iaitu 60%
daripada jumlah penduduk Sarawak. Kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang
terbesar di Sarawak dan kaum ketiga terbesar di Malaysia selepas kaum Melayu,
dan Cina. Mereka mendiami setiap daerah, kabupaten dan bahagian di Sarawak,
Brunei, Kalimantan Barat serta 6 daerah di Johor (Kota Tinggi, Johor Bahru, Kulai
Jaya, Pontian, Kluang dan Batu Pahat) dan 2 bahagian di Sabah (Pedalaman dan
Tawau), tetapi kepadatan kependudukan Iban tertumpu di 4 kabupaten iaitu
Sanggau, Sekadau, Sintang dan Kapuas Hulu di Kalimantan Barat serta 9 bahagian
iaitu Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu dan Miri
di Sarawak. Sekarang, kaum Iban telah tersebar besar hingga ke Brunei dan Sabah
di utara Borneo serta Johor dan Selangor di Semenanjung Malaysia. Kebanyakan
kaum Iban tinggal berkampung di rumah panjang yang kebiasaanya terletak di
tebingan sungai dan di tepi jalan raya ini adalah bagi mempermudahkan aktiviti
kerja, berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain. Amalan cara hidup
yang diamalkan adalah berlandaskan hukum adat, pantang-larang, tolak-ansur
(tolenransi), dan berteraskan perhubungan persaudaraan yang erat antara satu sama
lain. Kebanyakan masyarakat Iban pada hari ini menerima agama Kristian sebagai
pegangan hidup, tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan nilai adat resam
dan ciri-ciri kebudayaan yang menjadi lambang tradisi masyarakat Iban.

Ethnologi

Dialek-dialek yang tergolong dalam Bahasa Iban ialah:

1. Dialek Iban Standard di Sarawak, Kalimantan Barat, Brunei, Sabah & Johor
(kod bahasa : IBA)
2. Dialek Iban Merotai di Sabah (kod bahasa : IBA)
3. Dialek Iban Bugau di Sarawak dan Kalimantan Barat (kod bahasa : IBA)
4. Dialek Iban Dau di Sarawak (kod bahasa : IBA)
5. Dialek Iban Lemanak di Sarawak (kod bahasa : IBA)
6. Dialek Iban Skrang di Sarawak (kod bahasa : IBA)
7. Dialek Iban Ulu Ai di Sarawak (kod bahasa : IBA)
8. Dialek Iban Undup di Sarawak (kod bahasa : IBA)
9. Dialek Iban Batang Lupar di Sarawak (kod bahasa : IBA)
10.Dialek Balau di Sarawak (kod bahasa : BLG)
11.Dialek Mualang Ili di Kalimantan Barat (kod bahasa : MTD)
12.Dialek Mualang Ulu di Kalimantan Barat (kod bahasa : MTD)
13.Dialek Remun di Sarawak (kod bahasa : IKG)
14.Dialek Seberuang di Kalimantan Barat (kod bahasa : SBX)
15.Dialek Sebuyau di Sarawak (kod bahasa : SNB)
16.Dialek Seberuang Desa di Kalimantan Barat (kod bahasa : SBX)
17.Dialek Tanjong di Sarawak (kod bahasa : UNKNOW (Iban mixed Melanau
& Orang Ulu language)
18.Dialek Selako di Sarawak (kod bahasa : UNKNOW (Iban mixed Kendayan
& Bidayuh language)
Suku-suku yang tergolong dalam Kaum Iban ialah:

1. Suku Iban di Sarawak, Kalimantan Barat, Brunei & Johor (kod bahasa :
IBA)
2. Suku Iban Merotai di Sabah (kod bahasa : IBA)
3. Suku Balau di Sarawak (kod bahasa : BLG)
4. Suku Mualang di Kalimantan Barat (kod bahasa : MTD)
5. Suku Remun di Sarawak (kod bahasa : IKG)
6. Suku Seberuang di Kalimantan Barat (kod bahasa : SBX)
7. Suku Sebuyau di Sarawak (kod bahasa : SNB)
8. Suku Iban Peranakan (Perkahwinan campur antara Kaum Iban dengan
kaum-kaum lain) di Sarawak, Kalimantan Barat, Brunei, Sabah & Johor
(kod bahasa :UNKNOW (most Iban language)
9. Suku Tanjong di Sarawak (kod bahasa : UNKNOW (Iban mixed Melanau &
Orang Ulu language)

Kaum-kaum yang tergolong dalam Bangsa Dayak Laut (Malayic-Ibanic)


ialah:

1. Kaum Iban di Sarawak, Kalimantan Barat, Brunei, Sabah & Johor (kod
bahasa : IBA)
2. Kaum Kendayan di Kalimantan Barat dan Kalimantan Tengah (kod bahasa :
KNX)
3. Kaum Keninjal di Kalimantan Barat dan Kalimantan Tengah (kod bahasa :
KNL)
4. Kaum Dayak Malayik di Kalimantan Barat dan Kalimantan Tengah (kod
bahasa : XDY)
5. Kaum Urak Lawoi (Thai Chao Ley Malayu) di Selatan Thailand, Selatan
Myanmar dan Utara Semenanjung Malaysia (kod bahasa : URK)
6. Kaum Orang Laut (Orang Asli Proto Malay) di Selatan Semenanjung
Malaysia, Singapura dan Kepulaun Sumatera

Penempatan

Orang Iban biasanya menduduki di lembah Sungai Lupar, Sungai Saribas, Sungai
Kalaka, Sungai Rajang, Sungai Sadong, Sungai Sarawak, Sungai Balingian, Sungai
Kemena, Sungai Baram, Sungai Limbang dan Sungai Lawas. Kaum Iban adalah
kaum yang mengamalkan banyak budaya yang menarik. Mereka hidup
bermasyarakat dan mendiami rumah-rumah panjang. Diketuai oleh ketua kampung
yang dipanggil Tuai Rumah. Kebanyakkan masyarakat Iban sekarang telah
menetap di bandar-bandar besar di sekitar Negeri Sarawak. Namun
demikian,ciri=ciri asal tradisi mereka tetap dikekalkan

Tradisi

Tradisi orang Iban adalah adat, budaya dan kepercayaan asal mereka, tanah pusaka
dan kehidupan di rumah panjang. Banyak adat-adat asal yang masih diamalkan dan
digunapakai dalam komuniti di rumah-rumah panjang untuk menjaga ketenteraman
dan keamanan masyarakat. Budaya menyimpan pasu, gong, dan tempayan yang
dipanggil tajau masih diamalkan hingga sekarang walaupun berkurangan. Ia
diwarisi secara turun-temurun, bernilai, dianggap suci, dan dihomati. Tajau
berfungsi sebagai harta simpanan dan diperoleh secara tukar barang. Sebilangan
kecil masyarakat bumiputera Iban masih mengamalkan kepercayaan nenek
moyang.

Adat asal dan hukumannya

Orang Iban mempunyai banyak adat-adat asal yang diikuti dalam kehidupan harian
dan untuk menyelesaikan isu atau konflik dalam kehidupan mereka. Contoh-
contoh adat ini termasuklah:

 Adat membina rumah


 Adat kahwin, cerai dan zina
 Adat beranak
 Adat bertani dan mengguna tanah
 Adat ngayau
 Adat ngayap
 Adat memburu, menangkap ikan, mengumul buah dan mendapatkan madu
 Adat meninggal, berkabung, berpisah bunga dan tebalu janda duda
 Adat begawai dan berupacara
 Adat hidup di rumah panjang
 Adat bertenun dan mainan masa lapang
 Adat menari ngajat dan betaboh
 Adat berburong, bermimpi dan becenaga hati babi
 Adat pergi atau mengembara

Kebanyakan adat-adat ini masih boleh digunapakai sehingga ke hari ini sama ada
di rumah panjang atau di bandar-bandar. Ketua rumah adalah penjaga utama adat
sala orang Iban untuk memastikan kelancaran pelaksanaan adat dan dendanya demi
ketenteraman dan keamanan. Tanggungjawab ketua rumah adalah menjaga hal-
ehwal para pengikut beliau dan dia mestilah mengetahui setiap jenis adat. Jika
sesuatu pertingkaian atau kes tirujuk kepada tuai rumah, beliau akan cuba
membicara dan menyelesaikannya secepat mungkin bersama dengan ketua bertani,
ketua burung, ketua-ketua keluarga dalam rumah panjang tersebut dan anggota-
anggota masyarakat yang lain.

Mengikut buku yangditulis oleh Bendict Sandin, perlanggaran adat-adat ini akan
dihukum mengikuti sistem tunggu dengan nilainya yang dipanggil mungkul iaitu
satu mungkul sama dengan satu dollar ($1.00). Jadi, lebih berat atau besar
kesalahan seseorang itu, maka lebih tinggilah jumlah mungkul yang akan
diputuskan oleh ketua rumah atau penghulu.

Untuk kes-kes kesalahan kecil, ketua rumah boleh mendenda pesalah dengan telur
ayam, paku besi, mangkok, pinggan dan mangkuk. Denda sebegini dipanggil sa-
uta iring yam dan biasanya dibayar oleh sahabat handai dan kaum kerabat mereka
yang terlibat.

Untuk kes-kes kesalahan besar, hukuman boleh diisi dengan tajau pada mahkamah
ketua rumah atau padi pada mahkamah penghulu seperti berikutnya:

Nama tunggu dengan tajau = Nilainya:

 Satu uta = $0.25


 Satu menukol = $0.50
 Satu jabir = $1.00
 Satu panding = $2.00
 Satu alas = $4.00
 Satu alas ngerang = $5.00
 Satu alas barejang = $6.00
 Satu alas betandok = $7.00
 Satu rusa = $8.00
 Satu menaga = $16.00
 Satu ningka = $32.00

Nama tunggu dengan berat padi (kati) = Nilai dollar dahulu = Nilai dollar pada
1980an dan sekarang:

 5 kati = $3.60 = $5.00


 10 kati = $7.20 = $10.00
 20 kati = $14.40 = $20.00
 30 kati = $21.60 = $30.00
 1 pikul = $28.80 = $100.00

Di kawasan-kawasan pedalaman, hukuman bagi kes-kes kecil masih dibayar


dengan lima puluh sen ($0.50) untuk satu jabir yang biasanya bernilai satu dollar
($1.00). Sistem denda ini bersala daripada decree riegim Brunei sebelum
kedatangan Brooke dalam tahun 1840. Orang Iban panggil sistem denda ini
sebagai "jabir Iban" yang berbeza dengan "jabir perintah" seperti jadual berat padi
dan nilai tajau di atas.

Bayaran denda biasanyan dipunyai oleh ketua rumah atau ketua rumah akan
membahagikan denda itu kepada ketua-ketua keluarga yang hadir dalam mesyuarat
(betugong) menyelesaikan kes-kes itu.

Selain membayar tunai, jika sesuatu kesalahan itu adalah sungguh besar yang
boleh menyebabkan alam "kudi" (buruk), kemarahan dewa dan roh, para pesalah
adalah dikehendaki menyemebelih babi dewasa dengan darahnya digunakan untuk
menyucikan tanah dan air darpada dosa yang telah dilakukan. Di samping itu, para
pesalah juga diminta untuk memberikan sebilah parang dan kapak beliong untuk
orang yang menyembelih babi itu dan tajau kecil (kebok untuk ketua rumah.

Pada masa dahulu kala, jika seseorang telah membunuh orang lain secara tidak
sengaja, dia akan diminta membayar "pati nyawa" dua biji tajau kepada keluarga si
mati. Jika gagal membayar, dia dan keturunannya akan menjadi hamba kepada
keluarga si mati sehinggalah mereka melangsaikan gantirugi atau dibebaskan oleh
tuan punya mereka.
Jika seseorang pelawan membunuh rakan seperjuangannya semasa "ngayau"
(serangan atau perang), pembunuh mestilah membayar pati nyawa dua biji tajau
kepada keluarga si mati. Kalau gagal menunaikan ini, dia mestilah menyerah diri
sebagai hamba kepada keluarga si mati.

Apabila ketua rumah mengetahui satu keslahan besar seperti zina telah berlaku, dia
akan menyembelih seekor ayam dengan segera. Ini menandakan kepada umum
bahawa kesalahan itu adalah dalam proses perbicaraan dan penyelesaian untuk
mengelakan pertumbahan darah di mana ketua rumah boleh didenda jika dia gagal
membendung kejadian itu daripada berlaku. Mengikut tradisi dahulu, si suami atau
isteri boleh membalas dendam serta merta sebagai ganti rugi dalam kes zina jika
pasangan itu didapati sedang melakukan zina.

Mesyuarat dan Bicara

Jika ada hal yang tidak boleh diselesaikan sesama sendiri secara peribadi, salah
seorang atau kedua-duanya sekali boleh merujuk kes mereka kepada tuai rumah
untuk dibicarakan. Pertma sekali, tuai rumah akan cuba menolong menyelesaikan
kes itu melalui mesyuarat kecil (baum mit atau berandau) yang bersifat peribadi
antara kedua-dua pihak yang bertelegah untuk mencapai persetujuan (konsensus)
dan perdamaian semula (rekonsiliasi) sebelum memanggil mesyuarat besar
(becara) yang besifat rasmi dan terbuka.

Semua ketua rumah atau masyarakat akan cuba menyelesaikan kes-kes hal-ehwal
para pengikut mereka dengan bepegang teguh kepada prinsip berikut:

 "Utai besai, asoh mit. Utai mit, asoh nadai" yang bermaksud Hal besar,
jadikan kecil. Hal kecil, jadikan tiada.

Kedua-dua pihak yang bertikai adalah dinasihatkan untuk bersetuju menyelesaikan


hal mereka dan berdamai secara peribadi kerana ada pepatah orang Iban yang
terkenal dan selalu disebut-sebut oleh ketua rumah atau masyarakat seperti berikut:

 Undang-undang adalah seperti ular tedung. Ia adalah tidak merbahaya jika


tidak diganggu tetapi jika dilangkahi, ia boleh mematuk. Maksudnya ialah
seseorang yang beia-ia mahu berbicara menghadapi risiko didapati bersalah
dan dihukum. iaitu "dipatuk oleh undang-undang".
Jika mereka masih bertelagah, tuai rumah akan menentukan suatu tarikh
perbicaraan dengan memanggil semua ketua keluarga dan anggota rumah panjang
ke suatu mesyurat besar. Selepas makan malam, tuai rumah akan membentang tikai
dan memanggil semua orang untuk datang duduk di ruai ketua rumah. Kedua-dua
pihak yang bertelagah akan dipanggil duduk berdepan dan bersemuka antara satu
sama lain. Pihak pendakwa akan diminta bercakap dahulu dan diikuti oleh pihak
tertuduh. Selepas itu, semua saksi akan dibenarkan bercakap satu demi satu.
Seterusnya sesi pertanyaan, jawapan dan perbincangan berlaku sehingga isu-isu
pertikaian atau pertelagahan telah dikenalpasti dan kedua-dua pihak telah diberi
peluang secukupnya untuk bersuara. Kemudian, ketua rumah akan meninta para
anggota tertua dan setiap ketua keluarga untuk memberikan pandangan terhadap
kes yang dibicarakan. Akhir sekali, ketua rumah memutuskan pihak mana yang
bersalah berdasarkan adat mana yang berhubungkait dengan kes yang dibicarakan
dan menyatakan hukumannya.

Jika pihak yang bersalah masih tidak puas hati, dia boleh merayu kepada penghulu.
Kalau penghulu bersetuju untuk membicarakan sesuatu kes, beliau akan
menetapkan satu tarikh kepada kedua-dua belah pihak yang terlibat dan termasuk
ketua-ketua rumah. Prosedur bicara seperti diadakan oleh ketua rumah akan diikuti
oleh penghulu. Selepas mendengar ucapan dari kedua belah pihak dan ketua-ketua
rumah, penghulu akan memutuskan pihak mana yang bersalah dan menyatakan
hukumannya sekali.

Kalau pihak bersalah mahu merayu lagi, dia boleh membuat rayuan kepada
mahkamah pribumi atau daerah dalam masa seminggu. Jika tidak, kes tersebut
dikira selesai dengan sendirinya sperti yang diputuskan.

Biasanya, kedua-dua pihka akan menyelesaikan hal mereka secara peribadi tanpa
bicara untuk menjaga air muka diri sendiri dan keluarga dan mengelak jumlah
hukuman yang semakin meningkat daripada ketua rumah ke atas. Ada pepatah
masyhur yang : "Jika berjalan menggunakan tungkat adat, seseorang akan kekal
pada jalan yang betul." Jadi, adat mestilah diamalkan dengan akal fikiran untuk
menjaga keharmonian hubungan masyarakat. Maka "Bila tidur, ingatan menjadi
bantal. Bila berjalan, adat dijadikan tungkat."
Keengganan untuk menghadiri mahkamah ketua rumah atau penghulu akan
dihukum satu jabir dan lima kati masing-masing. Sesipa yang tidak menghormati
mahkamah juga akan dihukum sebelum mahkamah boleh bersambung.

Kegunaan tajau

Tajau iaitu tempayan-tempayan seramik adalah singguh dihargai oleh


masyakarakat Iban sebagai harta pusaka keluarga masing-masing. Pada masa
dahulu sewaktu mata wang atau duit tunai susah diperolehi, segala hukuman ke
atas perlanggaran adat boleh dibayar dengan tempayan. Amalan ini dipanggil adat
mata tajau. Jika hukuman tidak dapat diisi atau hutang tidak dapat dilangsaikan
misalnya membayar dengan tajau jika tiada duit, seseorang itu akan menjadi jaum
atau hamba kepada orang yang telah disalahi atau memberi hutang. Tajau juga
digunakan semasa upacara suci dan perayaan gawai kepercayaan asal. Kadang-kala
sesetengah tajau dianggap mempunyai kuasa ghaib.

Pada masa sekaramg, harga-harga tajau ini dijangka telah melambung berlimpat
kali ganda kerana tajau-tajau ini telah dianggap ahrat pusaka yang klasik dan unik
dan tidak dibuatkan lagi, jadi tiada bekalan lagi.

Perayaan Gawai

Perayaan Gawai merupakan pesta utama bagi suku kaum Iban sebagai upacara
keagamaan dan kepercayaan asal untuk menyembah para dewa. Jenis-jenis Hari
Gawai adalah seperti Gawai Dayak (Pesta Kehasilan Menuai), Gawai Burung
dengan sembilan peringkat yang berturut-turut untuk memyembah Sengalang
Burong dan keluarganya sebagai dewa perang atau pengubatan secara ajaib, Gawai
Kenyalang (untuk menandakan kejayaan seseorang dalam kehidupannya), Gawai
Umai seperti upacara manggul semasa mencari tapak umai, Gawai Batu untuk
mengasah tajam peralatang besi sebelum menebas dan menebang, Gawai Ngalihka
Tanah untuk memajak tanah yang tidak subur lagi, Gawai Benih untuk menimang
benih padi supaya sihat, subur dan berhasil, Gawai Ngemali Umai untuk
mengubati padi huma yang sakit, upacara Matah untuk memulakan penuaian padi,
Gawai Bersimpan Padi selepas menuai, Gawai Pangkong Tiang apabila pindah ke
rumah baru, Gawai Tuah untuk mencari dan memasukan nasib baik ke bilih
keluarga, Gawai Lelabi (Melah Pinang / Majlis Nikah), Gawai Sakit untuk
mengubati pesakit selain begama (bersentuh), belian (berubat oelh manang), besugi
sakit dan berenong sakit, Gawai Antu untuk menghormati orang yang telah
meninggal, Gawai Bertambah Bulu untuk menjahit sehelai baju kesihatan dan
Gawai Nangga Langit untuk memohon pengampunan daripada dewa. Antaranya
sambutan Hari Gawai Dayak yang dijalankan antara hari pertama mulanya pada 1
May dan hari kedua pada bulan 1 Jun adalah terpenting. Biasanya, [Tarian Ngajat]]
ditarikan dalam sambutan Hari Gawai sebagai tanda kesyukuran dalam kehasilan
menuai padi sepanjang tahun ini. Tuai rumah merupakan orang yang
bertanggungjawab untuk menguruskan sambutan yang penting ini. Perayaan Gawai
juga tidak akan lengkap, sekiranya Tuak tidak dihidangkan. Minuman yang
diperbuat daripada ragi dan beras ini boleh didapati di rumah panjang.

Sistem Bahasa dan Tulisan

Kaum Iban dikenali dengan "Master of Language" oleh dunia. Prof Derek Freeman
adalah salah seorang di kalangan pengkaji Bahasa Iban yang menyatakan bahawa
orang Iban sememangnya master of language. Prof Derek Freeman turut
menyatakan bahawa Orang Iban pandai dalam menggunakan bahasa, di setiap baris
ayat, mencipta serta membina puisi dengan cantik, bijak dalam memilih dan
menyusun ayat sereta mempunyai banyak jenis puisi yang menggunakan
penyusunan ayat yang sesuai dengan bunyi, seperti yang digunakan dalam puisi
dan prosa dalam Bahasa Inggeris.

Puisi rakyat (leka main) Iban boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan utama
berdasarkan bentuk dan fungsi mereke masing-masing iaitu untuk acara hiburan,
upacara invokasyen dan acara rasmi. Puisi untuk acara hiburan sosial termasuklah
bejara, pantun, ganu, ramban, jawang, sugi, renong semain, ensera (epik atau saga),
entelah, pelandai karung, dan pelandai ara. Manakala puisi untuk acara keramaian
rasmi merangkum renong adat, tanya indu, pantun meri ngirup, dungai ngerasukka
tinchin, ai ansah dan geliga. Puisi untuk upacara invokasyen terdiri darpada sampi
(doa), biau, timang, pengap (zikir), pelian, sugi sakit, renong sakit dan sabak
bebuah.

Orang Iban yang mempunyai bahasanya yang tersendiri, iaitu Bahasa Iban, bahasa
Iban adalah tidak jauh berbeza di setiap tempat (kecuali dari segi intonasinya)
bukan sahaja di Sarawak tetapi di Kalimatan, Sabah, Malaya dan seluruh dunia.
Bahasa Iban merupakan bahasa yang seragam (homogenous). Masyarakat Dayak-
Iban merupakan satu-satunya bangsa pribumi di Malaysia yang mempunyai sistem
tulisan bergambar yang disebut 'papan turai' untuk membantu proses ingatan
kepada puisi rakyat (leka main) seperti tusut, pengap dan sabak yang sungguh
panjang dan mengambil masa semalaman untuk dilafazkan pada upacara dan
gawai tertentu. Sistem papan turai ini berkesan apabila orang Iban dapat merujuk
keturunan sehingga berpuluhan generasi yang terdahulu dengan darjah ketepatan
yang mengagumkan dan juga merekodkan peristiwa-peristiwa penting dengan
bukti-bukti fizikal dan kewujudan adat-adat dan budaya asal sehingga ke hari ini.

Kemudiannya sistem abjad Dunging telah dicipta oleh seorang Iban sendiri yang
bernama Dunging. Sistem tulisan Dunging mempunyai tidak kurang daripada 59
abjad yang mewakili bunyi sebutan seperti tulisan rumi. Sistem ini sedang diselidik
sekrang ini supaya boleh ditaip daripada komputer sperti tulisan Cina, Jawi dan
Roman.

Contoh bahasa Iban

IBAN BAHASA MALAYSIA


Selamat datai Selamat dating
Nama berita? Apa khabar?
Sapa nama? Siapa nama?
Udahmakai? Sudah makan?
Udah ngirup? Sudah minum?
Nyibur temuai Menghibur pelawat
Ai tiki Air naik
Ai aus Air haus
Ai basuh Air basuh
Ai untung Air untung
Ai basa Air hormat
Ai tusut Air turun-temurun
Makai Makan
Bejalai Berjalan
Pulai Balik
Tama Masuk
Pansut Keluar
Din Sana
Ditu Sini
enti Kalua
Ulih Boleh
Aku Saya
Nuan Kamu
Legi Nanti
Gagai Kejar
Enggai Taknak
Tinduk Tidur
Jalai Jalan
Terbia Terabai
Sengpa Sebarang
Meda Melihat
Myabak Menangis
Sayau Sayang
Aku sayau ke nuan/ dik Saya sayang kamu
Tussah ati Susah hati
Anang tussah atu Jangan susah hati
Nuan ka kini? Kamu hendah ke mana?
Ulih minta tulung? Boleh minta tolong?
Dini endur tok? Dimana tempat ini?

Antara kebudayaan Iban lain yang menarik adalah:

 Ngajat
 Ngayau
 Ngayap
 Bekuntau/Bepencak
 Betaboh
 Betenun
 Bepantun
 Main Utik

Kepercayaan

Dalam kepercayaan Iban, mereka berpegang kepada adat yang diwarisi turun
temurun dan beasr kemungkinan ditulis di dalam 'Papan Turai' oleh 'Tuai Raban
Bansa' atau "Paramount Chief" dengan berpandukan nasihat 'Manang' dan
'Lemambang'.

Orang Iban percaya kepada kwujudan seorang Tuhan yang agung (Bunsu Petara)
yang mencipta dunia ini dan alam semesta. Di bawah Tuhan agung ini, orang Iban
percaya ada tujuh orang dewa yang sentiasa dihitung sebeum memulakan biau dan
sampi dengan nama=nama berikutnya:

 Sengalang Burong sebagai dewa Peperangan


 Biku Imam Bunsu Petara sebagai dewa keagamaan
 Menjaya sebagai dewa perubatan
 Selempandai/Selempetoh/Selempeta sebagai dewa pembuatan
 Sempulang Gana/Semerugah sebagai dewa pertanian dan tanah
 Ini Inee/Andan sebagai pemyembuh semulajadi dan dewa keadilan
 Anda Mara/Gangga Ganggong sebagai dewa kekayaan.

Orang Iban percaya bahawa semua binatang yang hidup, tumbuhan dan barangan
fizikal seperti bukit, gunung, sungai, air, ribut dan sebagainya mempunyai
semengat atau roh masing-masing. Mereka juga percaya kepada orang Panggau
Libau dan Gelong sperti Keling dan Laja, dan Kumang dan Lulong. Juga disembah
oleh orang Iban adalah roh-roh nenek moyang yang telah meninggal untuk
meminta pertolongan semasa Gawai Antu.

Ilmu firasat lama orang Iban bergantung kepada beberapa cara seperti berikut:

 Mimpi yang baik atau buruk


 Binatang bisa
 Burung bisa yang sengaja dicari atau dijumpai tidak sengaja
 Hati babi yang dibaca baik buruk maksudnya.

Contohnya apabila hendak membuka penempatan dan mendirikan rumah, kawasan


tanah yang hendak didirikan rumah tersebut hendaklah disemak terlebih dahulu.
Mereka juga percaya pada petanda-petanda lain seperti bunyi burung ketupung dan
burung beragai. Bunyi yang dikeluarkan oleh binatang-binatang ini adalah
petunjuk dan alamat untuk menentukan kesesuaian tapak. Semua petanda akan
ditafsirkan oleh 'Beliau' dan 'Manang' bagi mematuhi adat supaya tidak
mendatangkan malapetaka.
Mimpi merupakan salah satu sumber alamat tentang sesuatu yang bakal terjadi di
masa akan datang dan diterjemah oleh Beliau dan Manang. Bagi menghidar alamat
yang boleh mendatangkan malapetaka, biasanya upacara 'Ngintu Burung' dan
'belian' akan dijalankan mengikut 'Adat' yang dirujuk kepada Tuai Raban Bansa.

Kegiatan ekonomi

Sebahagian besar masyarakat Iban masih tinggal di rumah-rumah panjang di mana


pola pertempatan bagi rumah panjang ini adalah beselerak di lembah-lembah
sungai di seluruh Negeri Sarawak, segolongan besar orang Iban masih melibatkan
diri di dalam kegiatan pertanian iaitu menanam padi bukit atau padi huma. Orang
Iban pada zaman dahulu merupakan peneroka terulung dalam membuka hutan
rimba (berimba) atau (berumpang kampong) bagi tujuan penanaman padi bukit.
Aktiviti penerokaan ini dilakukan dengan seluas yang termampu dengan matlamat
untuk mendapatkan hasil tuaian tanaman padi yang lebih banyak. Bagi masyarakat
Iban sesiapa yang dapat tuaian padi yang banyak maka dia merupakan seorang
yang boleh dianggap kaya dan dipandang tinggi, pintar dan rajin. Justeru itu
masyarakat Iban pernah dianggap sebagai salah satu masyarakat yang terkenal
dengan penanaman padi bukit (Sultive,1978:3). Selain itu orang Iban yang tinggal
di rumah panjang masih menjalankan aktiviti memburu dan mendapat sumber-
sumber hutan untuk mendapatkan bekalan makanan dan perubatan. Pendek kata,
penghijrahan orang Iban ke kawasan-kawasan baru adalah bertujuan untuk mencari
tanah bagi tujuan bercucuk tanam dan mencari sumber makanan daripada hutang
serta sekaligus mewarisi tanah-tanah ini sebagai tanah pusaka mereka dari turun-
temurun.

Selain menanam padi, ornag Iban juga menanam getah, kopi, lada, koko dan
sekarang ini kelapa sawit. Apabila harga hasil tanaman ini melambung tinggi,
orang akan mendapat sumber pendapatan yang lumayan tetapi apabila harga
menurun sehingga ke paras terendah, ekonomi mereka mula terjejas kerana kos
penanaman tidak dapat lagi ditanggung walaupun tanah dipunyai sendiri dan tidak
perlu disewa.
II)Melanau
Orang Melanau ialah salah satu kaum utama di negeri Sarawak. Dahulunya, sama
seperti kaum Iban, kaum Melanau juga tinggal di dalam rumah panjang (yang
dibina dengan tinggi). Namun, masyarakat Melanau pada masa kini telah
mengubah cara kehidupan mereka dengan tinggal di dalam rumah kampung yang
mengikut corak orang Melayu.Kebanyakannya dibina di tepi sungai dan
berdekatan dengan pantai. Masyarakat Melanau merupakan suku yang beragama
Islam dan Kristian namun terdapat juga yang mempercayai makhluk ghaib yang
dipanggil Ipok. ini merupakan rentetan cerita lisan masyarakat ini sendiri yang
dikatakan satu kepercayaan berasaskan adat masyarakat.

Suku etnik Melanau berkumpul di persisiran pantai seperti kawasan lembah utara
Sungai Rajang, Igan, Mukah, Dalat, Oya, dan Bintulu. Masyarakat yang terawal di
Sarawak menetap di Mukah.

Kegiatan ekonomi

Kegiatan ekonomi utama mereka adalah menangkap hasil laut dan menjadi petani
padi sawah bagi sebahagian kecil daripada mereka yang tinggl di kawasan
pendalaman. Selain itu, perusahaan sagu juga diusahakan oleh kaum ini. Pokok
sagu tumbuh di kawasan yang berpaya. Pokok Sagu hanya boleh ditebang selepas
sepuluh tahun. Tepung sagu atau lemantak diperoleh daripada isi pokok sagu yang
dipanggil ripo. Ripo dijemur sehingga kering dan diproses sebelum dijadikan
lemantak, iaitu tepung sagu. Teknik pembuatan sagu juga diselitkan di dalam tarian
Melanau seperti Mengarang. Sarawak merupakan pengeksport sagu yang terbesar
di Malaysia.

Loghat/Jenis Melanau Mengikut Kawasan

Kaum Melanau terbahagi mengikut bahagian di kawasan Sarawak;


 Melanau Mukah
 Melanau Dalat - Dalat Town Sharing Channel
 Melanau Oya
 Melanau Igan
 Melanau Matu-Daro
 Melanau Belawai-Rajang
 Melanau Ba'ie (Bintulu)
 Melanau Balingian ,dan
 Melanau Miri.

Budaya

Perayaan Kaul disambut oleh orang Melanau dengan meriah pada bulan Mac/April
setiap tahun dalam bulan Pengejin mengikut kalender Melanau. Perayaan ini
diadakan untuk menjamu ipok yang mengawal laut. Tujuannya untuk memperoleh
tangkapan yang memuaskan dan selamat semasa berada di laut serta mengelakkan
pelbagai wabak dan penyakit. Perayaan ini melambangkan berakhirnya musim
hujan dan kedatangan atau permulaan musim menangkap ikan. Dalam hari ini,
serahang akan disediakan untuk menjamu ipok. Serahang adalah diperbuat
daripada daun buluh dan daun nipah dengan memasukkan bertih, telur ayam, pulut
kuning, kirai atau rokok daun, dan sirih ke dalamnya. Walau bagaimanapun,
perayaan ini datang dengan keghairahan dan kegembiraan.

Selain Pesta Kaul yang disambut meriah setiap tahun, terdapat budaya yang masih
utuh diamalkan oleh masyarakat Melanau khususnya yang melibatkan peristiwa
kematian ahli keluarga. Walau bagaimanapun, amalan tersebut berbeza-beza
mengikut daerah dan kampung. Bagi masyarakat Melanau yang mendiami daerah
Matu, amalan yang berkaitan dengan kematian sudah banyak dipengaruhi oleh
agama Islam. Selepas selesai majlis pengebumian, ahli keluarga akan bersedia
untuk mengadakan upacara "sare" iaitu seperti rumah terbuka selama 7 malam
berturut-turut. Rumah keluarga si mati akan dikunjungi oleh sanak saudara dan
masyarakat setempat. Akan tetapi ia sudah dipengaruhi oleh agama Islam secara
dengan majlis tahlil, bacaan yassin, sembahyang berjemaah, dan kenduri arwah.
Adalah fenomena biasa bagi satu keluarga Melanau yang orang tuanya menganuti
agama tradisional, dan anak-anak menganuti agama Islam dan Kristian.

Bahasa
Seperti bahasa lain di Sarawak, Bahasa Melanau merupakan cabang dari keluarga
Bahasa Austronesia. Bahasa Melanau mempunyai tatabahasanya yang tersendiri
dan tidak begitu sukar untuk dipelajari. Sebagai satu bahasa yang mempunyai
banyak dialek, bahasa melanau berkongsi tatabahasa yang serupa. Oleh itu apa
yang perlu ditumpukan ialah kosa kata yang unik untuk dialek itu sahaja. Di alam
maya laman untuk mempelajari bahasa melanau telah diusahakan oleh orang-orang
melanau dan bukan melanau untuk memastikan kemandirian bahasa ini di zaman
moden. Antaranya ialah Learn Melanau yang memfokuskan bahasa melanau
mukah serta budaya melanau merentasi dialek-dialek.

Contoh perkataan Melanau

 pagi = Song, ,suab


 Makan = Keman
 Minum = Tuteng
 Air = Nya'am, Anum
 Siapa = Sai, Yai
 Awak = Mo,Ka'au, Nou, Kan
 Nama = Ngadan,Radan
 Rumah = Lebok, Kubou,Lebuk, lamin
 Apa = Inou, Nau
 Khabar = Dengah
 Bagus = Da'au,Dao, diak
 Bila = Pidan ,Paya
 Siapa = Yai, sai
 Kenapa = Inauhal,Wakno, minew
 kamu = mo, kan ,ka'au
 tidur = tudui,Tudoy,Tudoi
 kentut = petut,pangai
 jalan = sibal,Makau

Perkataan Melanau (Loghat Matu-Daro)

 Bangun = Pitah
 Hantar = Tuloi
 Makan = Keman
 Minum = Tuteng
 Air = Anum
 Siapa = Sai
 Awak = Mo
 Nama = Ngadan,Radan
 Rumah = Lebuk
 Apa = Waknou,wakno
 Khabar = Britah
 Jalan = Makau
 Mandi = Temuk
 Duduk = Munguk
 berdiri = Tiger
 baring = Beleg
 kencing = Besinik
 berak = Betae
 tandas = Jamben/Jelatong/Jungah
 Bodoh = Badik
 tak tahu = Mey Tao
 tahu = Tao
 tidak = Mey
 tunggu = Lo
 menuggu = Lulo
 besok = Song nah
 hari = law
 itu = idun,idu
 buku = bub
 main = pelik,plik
 kahwin = nikah
 tumbuk = bukut
 miang = keranau
 tua = lakey,lakei
 awan = aub
 rindu = beraie/pawah
 buah pisang = balaq
 buah nanas = pisang
 sepupu = jipo
 mati = matai
 hantu = pengamo, to
 perkakas = kereben
 gaduh = pedalo
III)KENYAH

Kaum Kenyah ialah salah satu kaum besar orang asli (Bumiputera) yang
mendiami di kawasan pedalaman daerah Baram dan Belaga di Sarawak, Malaysia
serta di Kalimantan, Indonesia. Kini kaum Kenyah terdiri daripada sub-kaum kecil
seperti Kenyah Jamok, Kenyah Badeng, Kayan, , Lepo' Tau, Lepo' Maut, Uma'
Bakah, Lepo' Kulit, Kenyah Sambob, Penan dan sebagainya. Kaum Kayan dan
Penan pada asalnya merupakan sub-kaum Kenyah berdasarkan sejarah nenek
moyang iaitu Lenjau Suuh + Bawe'. Berikut adalah Nenek Moyang Kaum Kenyah.

Asal Usul

Asal usul Masyarakat Kenyah adalah di Dataran Tinggi Usun Apau sejak sekitar
1400 -1700 masehi. Kaum kenyah mula berpecah kepada sub-kenyah kecil sekitar
1400-1600 masehi iaitu bangsa Kenyah Jamok,Kenyah Badeng, Kayan, , Lepo'
Tau, Lepo' Maut, Uma' Bakah, Lepo' Kulit, Kenyah Sambob, Penan dan
sebagainya. Di antara sub-kaum Kenyah yang ketara sekali berubah dari segi
bahasanya ialah Kayan dan Penan. Namunpun begitu, terdapat sedikit
persamaannya yang boleh difahami dan tidak jauh perbezaannya.

Semasa pemerintahan Raja Brooke, Masyarakat Kenyah telah berpecah kerana


menentang penguasaan Rajah Brooke ke bahagian Pedalaman Sarawak iaitu di
Dataran Tinggi Usun Apau. Sebahagian Kenyah telah tinggal didaerah Baram dan
berdamai dengan pemerintahan Rajah Brooke pada ketika itu. Sementara
sebahagian lagi tidak mahu dijajah/diperintah oleh Rajah Brooke. Oleh itu, mereka
telah diserang oleh Rajah Brooke di Tanah Tinggi Usun Apau. Penentangan
mereka terhadap Rajah Brooke tidak mendapat sokongan kaum lain kerana Rajah
Brooke menggunakan orang tempatan untuk menyerang Kaum Kenyah Usun
Apau. Namunpun begitu, Kaum Kenyah dapat mempertahankan tanah air mereka
dan dapat berdamai dengan wakil pemerintah Rajah Brooke di Marudi. Walaupun
mereka telah berdamai dengan kerajaan pada masa itu, mereka telah diarahkan
supaya berpindah lebih dekat dengan pusat bandar Marudi. Oleh kerana mereka
tidak mahu diperintah oleh kerajaan pada masa itu, maka sebahagian daripada
mereka berpakat untuk berpindah ke sempadan Sarawak-Kalimantan(Alo Kayan).
Dari sempadan sekitar selepas konfrantasi Malaysia-Indonesia, mereka telah
berpindah balik ke Malaysia iaitu di kawasan Belaga, Bintulu dan Baram. Kini
kaum Kenyah tinggal di Sepanjang Ulu Sungai Baram,Daerah Belaga, Bintulu dan
kalimantan. Kebudayaan masyarakat Kenyah adalah lebih kurang sama pada
keseluruhannya. Penempatan mereka adalah di lembah sungai sepanjang hulu
batang Baram, Usun Apau, Balui, kawasan Tinjar, dan ulu batang Rajang.

Pada lewat abad ke-20, bilangan kaum Kenyah dilaporkan terdiri daripada 23,000
orang. Mereka tinggal dekat kuala sungai dipangil Long dan mempunyai
perhubungan yang rapat dengan kaum Kayan. Oleh itu, kaum Kenyah mempunyai
budaya yang amat serupa dengan kaum Kayan, walaupun bahasa-bahasa mereka
berbeza kerana mereka adalah bangsa Kenyah pada asalnya. Ekonomi tradisi
Kenyah berdasarkan penanaman padi bukit di lereng/cerang hutan. Pokok-pokok
hutan ditebang dan dibakar, dan padi ditanam antara abu-abunya.

Tradisi

Pada masa lampau masyarakat asli Kenyah sering di diserang oleh


penjajah(Pemerinyahan Brooke) kerana mereka tidak mahu diperintah oleh orang
lain. Mereka juga sering menyerang orang orang luar, seperti orang orang Iban dan
sebaliknya, ataupun orang Kenyah sendiri dari daerah lain. Masyarakat asli
Kenyah & Masyarakat asli Iban mempunyai ciri peperangan yang agak serupa, di
mana masyarakat asli kenyah juga memotong kepala musuhnya dan membawa
kepala musuhnya ke kampung dijadikan sebagai cenderamata keperwiraannya.
Sekiranya seseorang itu mendapat kepala yang banyak maka orang itu merupakan
orang yang disegani di kampung itu dan ramai wanita suka dengannya kerana dia
adalah wira kampungnya. Selain itu, kepala yang telah diambil itu juga akan
dijadikan bahan upacara 'Ule' Ayau" ketika upacara keramaian Penyembahan
dalam adat tradisi.

Tempat menetap

Pada kebiasaannya masyarakat asli Kenyah membina rumah panjang mereka


berdekatan dengan sungai, dimana sungai ini merupakan jalan untuk menghubung
mereka dengan tempat lain mengunakan perahu, melain kan tempat untuk mencari
rezeki sambilan, seperti menjala ikan, memasang bubu,memancing dan
sebagainya.

Masyarakat asli Kenyah merupakan satu lagi masyarakat yang tinggal di dalam
rumah panjang. Rumah panjang ini berfungsi seperti sebuah perkampungan.
Biasanya, rumah panjang masyarakat asli Kenyah hanya terdapat satu di tempat
yang sama dan segala-galanya diuruskan oleh seorang ketua rumah atau penghulu
rumah panjang.

Rumah panjang masyarakat asli Kenyah merupakan sebuah rumah panjang


berukuran sehingga 1,200 kaki yang didirikan di atas tiang-tiang kayu keras seperti
Kayu Belian. Corak rumah panjang ini mengandungi satu deretan bilik-bilik
keluarga di bahagian belakang dan sebuah serambi terlindung yang lebar di depan
untuk bertindak sebagai ruang kerja yang umum serta sebagai lorong kampung.

Tetapi, kini dengan era moden yang kian mengembang pesat. Masyarakat moden
Kenyah lebih cenderung menetap di bandar besar sebab adanya kemudahan awam
seperti sekolah, hospital dan mata pencarian mereka tidak lagi bergantung kepada
hasil tanaman dan hasil hutan seperti nenek-moyangnya. Hidup bandar sedikit
sebanyak telah mengubah prinsip generasi baru Kenyah yang sudah melupakan
asal usul mereka adalah di kawasan pedalaman. Hidup harmoni dengan alam.

Kepercayaan

Pada tradisinya masyarakat Kenyah merupakan masyarakat yang percaya kepada


kepercayaan animisme(ADAT APAU LAGAN DAN BUNGAN) di mana mereka
percaya bahawa semua yang ada disisi mereka mempunyai roh yang sendiri.
Masyarakat asli Kenyah amat percaya kepada tanda-tanda alam, di mana setiap
keanehan alam akan memberi makna atau maksud. Kehidupan harian masyarakat
asli Kenyah secara amnya di tentukan oleh kepercayaan tersebut.

Tetapi sejak datangnya mubalih-mubalih Kristian dan menyebar agama Kristian


pada mereka, kepercayaan ini tidak lagi di pegang kerana ianya amat susah diikuti,
banyak pantang larang berbanding agama Kristen. Pada masa sekarang majoriti
masyarakat moden Kenyah kebanyakkan beragama Kristian.

Kegiatan ekonomi
Kegiatan Ekonomi masyarakat Kenyah meyara hidup dengan menanam padi huma
di sekitar rumah mereka. Penanaman padi huma tidak memerlukan system saliran
dan boleh ditanam di kawasan yang berbukit-bukau. Kawasan di sekeliling rumah
panjang mereka dikhaskan untuk menanam padi huma. Kawasan ini dibahagikan
antara keluarga yang tinggal di rumah panjang.

Kegiatan berburu dan memungut hasil hutan juga dijalankan oleh orang Kenyah
yang menduduki kawasan pendalaman. Hasil-hasil hutan adalah seperti jelutung,
dammar, dan rotan. Mereka akan menukar hasil hutan ini dengan barang keperluan
harian termasuk beras dan garam antara suku etnik yang lain. Orang Kenyah yang
banyak melibatkan diri dalam kegiatan pertanian ini juga giat menanam jagung,
ubi kayu dan tembakau. Sekitar tahun 70-80an masyarakat Kenyah sering terlibat
dalam rusuhan terhadap projek balak yang memusnahkan hutan mereka.
Penentangan itu menandakan adanya kesedaran yang tinggi dalam kalangan bangsa
peribumi di Sarawak. Namun penentangan mereka tidak mendapat perhatian
masyarakat luar, malah selalau disalahtafsirkan sebagai pengganggu rancangan ke
arah kemajuan. Padahal masyarakat Kenyah dan beberapa bangsa peribumi lain di
Sarawak pada waktu itu menentang kerana mereka ingin memelihara hutan yang
sekian lama menjadi tempat dan sumber kehidupan mereka.

ADAT

 Perkahwinan

Kebiasaannya adat resam perkahwinan kaum Kenyah pada zaman dahulu adalah
dimulai oleh pihak lelaki iaitu pergi "peteng" (meminang pihak wanita). Lelaki
yang berkenan tersebut akan pergi bersama ibubapanya akan pergi ke rumah
wanita untuk mendapatkan persetujuan daripada ibubapa wanita tersebut.
Selalunya dasar perkahwinan adalah lebih mementingkan pangkat dan kemampuan
antara kedua-dua belah pihak. Sebagai contoh, pihak lelaki tersebut hendaklah dari
keluarga “paren” (yang memiliki kedudukan yang tinggi dalam rumah panjang
atau kawasan) atau tidak memperoleh sekurang-kurangnya satu kepala musuh
maka pinangan selalunya akan ditolak. Sekiranya lelaki tersebut memperoleh satu
kepala musuh, ini menunjukkan dia adalah seorang yang berani dan dapat
melindungi bakal keluarga daripada apa-apa cabaran. Sekiranya perkara tersebut
tidak dimiliki oleh pihak lelaki, lamaran atau pinangan akan ditolak kerana pihak
ibubapa wanita akan merasa malu bermenantukan lelaki tersebut dan boleh berlaku
penceraian setelah berkahwin. Pada zaman sekarang, adat resam adalah tidak
berdasarkan kepada harta atau kedudukan tetapi berdasarkan kepada pekerjaan
yang boleh menyara kehidupan kedua-dua pengantin. Berkenaan dengan hantaran
pula, antaranya seperti “keluma” (kain sarung untuk perempuan dari wakil
pengantin perempuan), “baing puk” (parang hulunya berhiaskan bulu), “tawek”
(gong di mana kedua-dua pengantin akan duduk di atasnya), dan barang-barang
lain yang ditetapkan oleh wakil pihak perempuan. Pondok kecil akan dibina seperti
pelamin dinamakan “uma’ jakok” atau rumah rokok tradisional orang Kenyah.
Pakaian pengantin pula ialah pakaian tradisional iaitu “ta’a” dan “avet”. Segala
upacara perkahwinan pula berlangsung di rumah pengantin. Menurut adat resam
dahulu, wakil pengantin perempuan akan menjaga pintu utama semasa pengantin
lelaki serta wakilnya sampai dan akan membenarkan mereka masuk sekiranya
semua permintaan hantaran adalah mencukupi untuk “penjaga pintu utama” itu. Ini
adalah untuk menguji sama ada pengantin lelaki benar-benar mahu mengahwini
pengantin perempuan. Upacara ini disambut dengan meriah dan seluruh kampung
akan dijemput untuk bermain alat musik serta “ne’nak’ (seperti syair atau pantun)
oleh kedua-dua pihak yang menunjukkan mereka rasa gembira atas perkahwinan
tersebut.

 Penceraian

Antara punca penceraian seperti, setelah berkahwin pihak lelaki akan tinggal
bersama dengan keluarga si isteri selama 1 atau 2 tahun atas dasar untuk membalas
jasa serta budi ibubapa pengantin perempuan. Punca penceraian adalah mungkin
kerana ibubapa si isteri atau si suami tidak sukakan tabiat atau sikap menantu
mereka setelah tinggal bersama.Sekiranya ini berlaku, maka hukuman atau denda
yang dikenakan dinamakan ‘seri kasih’ yang mana hukuman tersebut dijatuhkan ke
atas kedua-dua ibubapa dengan bayaran sebanyak RM5 dan kalau dahulu,
hukumannya adalah seekor babi atau barang-barang yang berharga. Penceraian ini
hanyalah boleh disahkan oleh ketua kampung atau yang berkedudukan tinggi
dengan perbicaraan yang adil.

 Kematian

Pada ketika dahulu, kebiasaannya si mati akan dimandikan oleh keluarganya dan
dibaringkan dalam ‘lungun’ iaitu keranda yang diperbuat daripada batang yang
ditebuk pada tengah-tengah batang tersebut yang mencukupi badan si mati dan
ditutup lalu diikat menggunakan rotan dengan ketat. Keranda ini akan diukir
dengan ukiran yang dinamakan sebagai “kalung udo’”. Hari perkabungan pula
sekurang-kurangnya 2 atau 3 hari dan seluruh penduduk kampung akan turut serta
berkabung. Kebiasaannya pada ketika dahulu, hari berkabung bagi golongan
“paren” iaitu golongan yang berpangkat tinggi adalah lebih lama sehingga
seminggu berbanding golongan “panyen” iaitu golongan orang biasa. Pada hari
terakhir pengkebumian, sebelum si mati dihantar ke kubur; sanak saudaranya akan
memotong sedikit rambut dan dibuang ke lantai lalu disapu hingga ke luar rumah
oleh orang yang lebih tua atau yang pandai membaca jampi. Menurut kepercayaan
orang dahulu, ini adalah untuk membuang sial dan menghalau roh-roh dari kubur
yang datang mengambil nyawa si mati. Selain itu, seluruh penduduk kampung si
mati tidak boleh pergi ke kebun atau sawah kerana jika ada penduduk yang tidak
menurut adat ini; maka tidak hairanlah akan ditimpa kemalangan atau tidak
mendapat hasil yang baik. Zaman sekarang, adat resam ini tidak begitu diamalkan
lagi kerana tidak berpegang kepada kepercayaan lama.

 Pindah rumah

Adat berpindah rumah sama dari rumah panjang atau rumah persendirian adalah
sama iaitu tuan rumah yang berpindah tidak boleh merobohkan rumahnya
sekiranya rumah tersebut berada di tengah rumah panjang atau ada rumah yang
bersambung dengannya di sebelah kiri atau kanan rumah. Sekiranya tuan rumah
didapati melanggar adat resam ini, maka tindakan hukuman akan dikenakan iaitu
bayaran atau mendirikan semula rumah tersebut.

 Perayaan

Kebiasaannya perayaan kaum Kenyah adalah lebih kepada “tau nugan” (hari
menanam padi dan “tau majau” (hari menuai). Perayaan ini disambut besar-besaran
dengan seluruh kampung merayakannya bagi memuja “ bali pa’dei” (roh padi) agar
memberikan hasil yang baik kepada setiap keluarga. Pelbagai aktiviti dan upacara
dibuat sempena perayaan ini seperti persembahan “”, lawak jenaka, minum
“burak” serta “payuh” iaitu menguji kekuatan mempertahankan diri. Pada pagi
keesokan selepas perayaan ini, seluruh ahli keluarga hingga ke anak cucu akan
pergi ke sawah untuk menanam padi bagi mendapatkan rahmat serta rezeki yang
baik agar tetap berkekalan.
BUDAYA

 Tarian

Kebudayaan tradisional kaum Kenyah dapat dikenali melalui tarian tradisional


iaitu “ngajat”. Tarian ini terbahagi kepada “ngajat leto” iaitu tarian wanita dan
“ngajat laki”iaitu tarian lelaki. Ngajat ini sebenarnya salah satu pergerakan untuk
mempertahankan diri bagi tarian lelaki dan menunjukkan kelembutan serta
keikhlasan bagi tarian wanita.

 Pakaian tradisional

Kaum lelaki: Pakaian tradisional bagi lelaki bagi kaum Kenyah adalah seperti
“abet” iaitu cawat dan “tapung puk” atau juga “terega” iaitu topi yang
dihiaskan dengan bulu binatang atau bulu burung kenyalang serta “besunung” yang
diperbuat daripada kulit rusa ataupun beruang. Lelaki juga menggunakan gelang
iaitu “gelam bete” untuk gelang dipakaikan pada betis dan “gelam lengen” untuk
gelang dipakaikan pada lengan.

Kaum wanita; Pakaian tradisional bagi kaum wanita adalah seperti “ta’a” iaitu baju
dan skirt panjang disulam dengan ukiran menggunakan manik. Kaum wanita
juga menggunakan “lavung” sebagai hiasan kepala. Anting-anting yang digunakan
oleh kebanyakan kaum wanita dahulu dinamakan sebagai “belaong” yang khas
untuk wanita yang bertelinga panjang.

PANTANG LARANG

 Berhuma/bersawah padi

Berhuma atau bersawah padi adalah kewajiban bagi kaum Kenyah dari zaman
dahulu dan masih diamalkan hingga ke hari ini. Berhuma atau bersawah padi
mempunyai pantang larang yang amat kuat dalam masyarakat kaum Kenyah.
Contohnya, jika tuan sawah pergi ke sawah dan dalam perjalanan ada terdengar
atau terserempak dengan burung pipit yang terbang melintasi jalan dengan bunyi
yang kuat; maka itu adalah petanda yang sangat tidak baik. Oleh itu, tuan sawah
terpaksa balik semula ke rumah dan tidak boleh pergi ke sawah pada hari
berkenaan. Sekiranya tuan sawah pergi juga ke sawah, maka kecelakaan atau
kemalangan akan menimpanya seperti pokok jatuh ke atasnya ataupun diserang
binatang liar dan buas tanpa disedarinya. Selain itu juga, sekiranya tuan sawah
meminta kerjasama orang kampungnya untuk menanam padi atau menuai; maka
pekerjanya tidak lebih awal berada di sawah daripada tuannya. Seandainya perkara
ini berlaku, maka hukuman akan dikenakan ke atasnya menurut kepada peraturan
ketua kampung atau penghulu.

 Hutan

Pantang larang ke hutan selalunya diamalkan oleh pemburu atau pemungut hasil
hutan. Selalunya, sebelum pergi memburu; pemburu tidak boleh bercakap besar
atau cakap sombong kerana padahnya ialah tidak mendapat seekor pun binatang
buruan. Selain itu, pemburu juga tidak boleh pergi memburu dengan berlapar dan
harus makan dahulu dengan betul dan tidak tergopoh-gapah. Ini adalah
mengelakkan pemburu berlapar ketika tersesat. Ada juga yang membawa bekalan
untuk pergi memburu pada jangka masa yang lama atau jauh bagi mengelakkan
lapar. Seterusnya ialah ketika dalam hutan iaitu tidak boleh menjerit atau
memanggil menggunakan nama sebenar. Ini mengelakkan “bali” iaitu roh hutan
mengetahui nama sebenar dan akan mengikuti balik ke rumah. Semasa di hutan
juga, tidak boleh buang air kecil atau besar sesuka hati tanpa mendapat kebenaran
daripada “bali kayu” iaitu roh pokok dan juga tidak boleh mengatakan sesuatu
yang tidak baik.

 Perempuan

Perempuan yang mengandung tidak boleh pergi ke sawah atau ke sungai. Ini
kerana akan ditimpa kemalangan kepadanya. Selain itu, perempuan juga tidak
boleh mandi lewat malam kerana tidak baik untuk tubuh badan.
IV) PENAN
Penan ialah suku pribumi di Sarawak, Malaysia Timur. Mereka banyak tinggal di
hutan berhampiran dengan Limbang , Bintulu dalam kawasan Ulu Baram. Etnik
Penan adalah salah satu daripada etnik minority di Sarawak Bumi Kenyalang.
Etnik Penan merupakan salah satu daripada sub etnik yang membentuk Kaum
Orang Ulu yang mempunyai lebih kurang 27 etnik bernaung dibawah sebagai sub-
etnik. Seperti sejarah penghijrahan kebanyakan Kaum Orang Ulu Sarawak, etnik
Penan juga berasal dari satu kawasan legenda yang dinamakan Dataran Usun
Apau.

Seperti apa yang digambarkan di dalam media bahawa kesemua yang


dikategorikan sebagai etnik Penan adalah etnik yang masih mendiami hutan
belantara dan mengamalkan sistem nomad di dalam penghidupan mereka, itu
adalah tidak benar kerana sekarang ramai etnik Penan yang sudah mendiami
perkampungan kekal yang dikhaskan untuk mereka. Namun begitu tidak dinafikan
masih ada juga sebilangan etnik Penan yang masih mengamalkan cara hidup
nomad dan mereka hidup dengan memburu dan mencari hasil hutan untuk
pendapatan mereka. Dan sejak dari dahulu lagi tiada sesiapa yang boleh
menandingi etnik Penan di dalam kemahiran untuk memburu di hutan.

Majoriti daripada etnik Penan ramai mendiami di kawasan Baram dan Limbang
seperti di timur Sungai Baram contohnya di Tutoh, Patah, Apoh, Upper Akah,
Selaan, Selungo. Mereka juga boleh didapati di Balui, Sungai Silat, Long Belina,
Long Tikan, Long Jekitan dan Long Beku. Kesemua kawasan-kawasan ini adalah
di Baram dan Limbang yang masih lagi kaya dengan hutan belantara yang
merupakan punca pendapatan bagi etnik Penan berkurun lamanya.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa etnik Penan sendiri terbahagi
kepada 2 yang dikenali sebagai Penan Timur dan Penan Barat. Kedua-duanya
mempunyai budaya dan sumber warisan yang sama namun yang membezakannya
adalah bahasa. Namun begitu bahasa Penan walau terbahagi kepada 2 ianya tetap
dikategorikan di bawah satu rumpun yang dikenali sebagai rumpun bahasa
Austronesian: Malayo-Polynesian, North Borneo, North Sarawakan, Kayan-
Kenyah Penan.

Cara hidup

Kaum Penan hidup dalam keadaan berpindah randah atau sebahagian menetap di
rumah-rumah panjang. Mereka amat bergantung hidup dengan mencari makanan,
minuman, ubat-ubatan dan pakaian dari dalam hutan. Haiwan fauna dan flora
menjadi sumber rezeki mereka setiap hari.

 Rumah mereka hanya pondok yang tidak mempunyai lantai simen atau
papan – mereka hanya berlantaikan kayu bulat, buluh, malah tanah sahaja
dan banyak yang tidak mempunyai tandas dan sebagainya. Tidak kurang
juga antara rumah yang dibina di kawasan yang tidak sesuai dan terlalu
panas.

Pencemaran air dan hakisan tebing sungai berlaku akibat aktiviti pembalakan.
Bunyi bising daripada pembalakan menyebabkan binatang dan burung serta ikan
semakin hilang dan pupus. Penyakit baru muncul dan tidak dapat diubati. Jarak ke
klinik dan hospital terlalu jauh, mahal dan asing kepada mereka.

BAHASA

Bahasa Penan Timur pula mempunyai satu dialek iaitu Penan Apoh yang mana
bahasanya tidak difahami langsung oleh Penan Barat. Bagi Penan Barat pula dialek
mereka terbahagi kepada beberapa dialek iaitu Bok Penan (Bok), Jelalong Penan,
Nibong, Penan Apo, Penan Gang, Penan Lanyin, Penan Lusong, Penan Silat,
Sipeng. Kesemua dialek-dialek ini tidak difahami langsung oleh Penan Timur.
Inilah yang menjadikan etnik Penan ini begitu unik dan istimewa kerana walaupun
di dalam satu etnik namun dialek-dialek yang mereka gunakan tidak semestinya
difahami oleh sub etnik Penan yang lain.

Etnik Penan dengan hutan belantara berpisah tiada. Itulah perumpamaan kepada
satu etnik di Sarawak ini kerana mereka sebenarnya sejak dari azali lagi
sememangnya menghormati hutan belantara. Di sinilah mereka hidup dan mencari
sesuap nasi untuk meneruskan penghidupan dan kerana itulah tidak menghairankan
mengapa mereka sering membuat bantahan sekiranya ada kawasan hutan warisan
mereka dimusnahkan untuk pembangunan. Sejak dari dahulu lagi etnik Penan
percaya bahawa setiap binatang, pohon, sungai dan batu di dalam hutan
mempunyai semangat mereka sendiri dan setiap manusia harus menghormati
semangat-semangat ini.

Sesuatu yang wajar diketahui bahawa etnik Penan ini amat menghormati orang
yang telah mati kerana mereka percaya, mereka yang telah tiada telah bersatu
dengan alam untuk menyambung penghidupan mereka yang hidup. Dan kerana
itulah dikatakan bahawa bagi etnik Penan yang masih mengamalkan cara hidup
nomad, setiap kali ada di kalangan mereka yang sudah meninggal dunia maka
mereka akan berpindah mencari tempat yang lain. Dan barangsiapa yang sudah
meninggal dunia, mereka tidak akan menyebut namanya baik sewaktu perbualan
seharian sebaliknya hanya memperkatakan dimana si mati itu dikebumikan. Inilah
antara bentuk penghormatan yang telah dipraktiskan mereka sejak dahulu lagi.

Jika suatu masa dahulu rata-rata etnik Penan mengamalkan agama pagan atau
animisme namun begitu sejak kedatangan agama di pendalaman Sarawak, etnik
Penan juga telah ramai yang memeluk agama Kristian samada sebagai penganut
Roman Katolik ataupun Sidang Injil Borneo (SIB). Kerana itulah ramai antara
mereka telah meninggalkan beberapa ritual yang bertentangan dengan agama
Kristian tetapi tetap meneruskan beberapa ritual yang tidak menjadi larangan di
dalam agama mereka.

Pernah satu ketika dahulu, ramai masyarakat Sarawak yang bangun membela etnik
Penan di Sarawak apabila satu akhbar perdana Gagasan Malaysia telah menghina
etnik Penan dengan pelbagai tohmahan contohnya si bapa dibenarkan untuk
berkahwin dengan anak perempuannya dan sebaliknya. Itu adalah SATU
TANGGAPAN YANG SALAH sama sekali kerana ketahuilah bahawa etnik Penan
adalah antara etnik yang lemah lembut serta berbudi bahasa dan juga amat
berpegang teguh pada adat resam mereka.

Sebenarnya etnik Penan adalah antara etnik yang sederhana di dalam penghidupan
mereka. Tiada protokol-protokol rasmi di dalam adat perkahwinan mereka cuma
cukuplah sekiranya sepasang dara dan uda sudah sepakat untuk mendirikan
rumahtangga. Apa yang perlu dilakukan adalah pasangan uda dan dara ini harus
memohon restu daripada kedua-dua keluarga untuk berkahwin dan sudah tentu
perkahwinan sesame adik beradik ADALAH DILARANG SAMA SEKALI di
dalam penghidupan mereka sejak dari dahulu lagi hingga sekarang.

Setelah kata sepakat diambil maka mereka akan mengadakan majlis perkahwinan
yang sederhana mengikut kemampuan keluarga. Hantaran atau mas kahwin
bukanlah satu yang wajib dilakukan dan sekiranya mampu si uda bolehlah
memberikan si dara dengan sebilah parang lengkap dengan sarung dan sebentuk
cincin emas sebagai hadiah. Yang menjadi keutamaan di dalam etnik Penan
bukanlah bermegah-megah dengan hantaran sewaktu perkahwinan sebaliknya
adalah bagaimana pasangan uda dan dara ini akan melayari bahtera penghidupan
sebagai suami isteri kelak.

BUDAYA

Seperti etnik-etnik yang lain di bumi Sarawak, etnik Penan juga mempunyai
warisan budaya yang tersendiri yang wajar untuk semua masyarakat
mengetahuinya. Mereka juga mempunyai seni sastera mereka yang tersendiri
seperti instrument muzik mereka yang dinamakan Atui, Oreng dan Keringut. Di
katakan instrument muzik mereka juga diperbuat daripada pohon-pohon di hutan
yang terbaik contohnya Atui yang diperbuat daripada damar-damar di hutan yang
terbaik sekali. Sebenarnya Atui ini adalah alat muzik yang paling dihormati di
dalam penghidupan etnik Penan sejak dahulu lagi kerana suatu waktu dahulu
dikatakan sekiranya ada pemburu dari etnik Penan yang dapat membunuh harimau
dahan maka Atui akan dipukulkan agar ianya memberi petunjuk kepada etnik
Penan daripada penempatan yang lain bahawa ada seorang perwira Penan yang
mampu menumbangkan seekor binatang yang gagah di hutan ini.

KRAFTANGAN
Jika etnik lelaki sebop terkenal dengan hasil ukiran kayu berkelas dunia maka apa
kurangnya etnik Penan. Etnik Penan amat mahir di dalam pembuatan kraftangan
tradisional dan juga besi. Banyak hasil-hasil kerjatangan mereka mendapat
permintaan yang tinggi di bandar-bandar besar di Sarawak malah juga di luar
negeri. Hanya yang menjadi halangan adalah etnik Penan harus dibantu untuk
mampu memasarkan produk-produk hasil seni mereka ini ke mata dunia.

Inilah sekelumit informasi di dalam kita cuba mengenal satu lagi etnik minoriti di
Sarawak iaitu Etnik Penan. Ramai yang mempunyai pandangan yang skeptikal
terhadap etnik ini sedangkan hakikatnya etnik ini adalah etnik yang paling lemah
lembut orangnya cuma mereka juga seperti mana-mana manusia yang akan
memperjuangkan apa yang menjadi hak mereka sekiranya ianya menganggu
penghidupan mereka. Kenalilah etnik Penan ini dan fahamilah apa yang mereka
inginkan dan hormatilah ia kerana mereka juga anak Sarawak, Bangsa Sarawak .

KOLEJ KEJURUTERAAN
KAMPUS PUTRAJAYA

HUBUNGAN ETNIK (HESB 113)


SEMESTER 2 2016/2017

TUGASAN 2

NAMA NO.ID

NAMA PENSYARAH: EN.MOHD NORIZAN BIN HASHIM

TAJUK: ETNIK DI SABAH DAN SARAWAK

SEKSYEN: 03
KALAIVANEEY A/P KALAICHELVAN EP096583
KARTIGA A/P GANESH MORTHY EE098225
THENESSHVARAN A/L GOBALAKRISHNAN EE098634
YOGENTHIRAPRASAD A/L KARNAN EE098224

You might also like