You are on page 1of 53

http://bukuskrapbudaya.blogspot.com/2012/03/kebudayaan-kaum-kadazan-dusun.

html
Kebudayaan Kaum Kadazan Dusun

1.0 Pengenalan

Kaum Kadazandusun merupakan sebuah etnik peribumi yang menetapkan di
pantai barat sabah dan kawasan pendalaman sekitarnya. Kaum kadazan-dusun
sebenarnya dibentuk oleh dua kaum utama Sabah iaitu Kadazan dan Dusun
namun disebabkan persamaan bahasa, budaya dan situasi politik kaum Kadazan
dengan kaum Dusun satu istilah baru telah terbentuk untuk menyatukan kedua-dua
kaum ini iaitu Kadazan-Dusun. Kaum Kadazan-Dusun membentuk etnik terbesar di
Sabah.



Terdapat pelbagai suku kaum di dalam kaum Kadazan-Dusun. Kaum
Kadazandusun merupakan kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah. Menurut
Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA), Kadazandusun merujuk
kepada empat puluh satu etnik seperti berikut;
Bisaya, Kuijau, Murut, Sungai, Bonggi, Lingkabau, Nabai, Tatana, Bundu, Liwan,
Paitan, Tangara, Dumpas, Lobu, Pingas, Tidong, Gana, Lotud, Rumanau, Tindal,
Garo, Lundayo, Rungus, Tobilung, Idaan, Makiang, Sinobu, Tolinting, Kadayan,
Malapi, Sinorupu, Tombonuo, Kimaragang, Mangkaak, Sonsogon, Tuhawon,
Kolobuan Minokok, Sukang, Tutung.

Oleh yang demikian kerana kaum Kadazan-dusun merupakan kaum yang
kaya dengan pelbagai budaya dan adat istiadat yang merupakan warisan secara
turun-turun oleh nenek moyang mereka dan melambangkan keindahan adat dan
budaya mereka sebagai kaum terbesar di Sabah. Keunikan masyarakat ini terserlah
melalui kebudayaan dan adat resam yang diamalkan. Kebanyakan daripada amalan
tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan animisme. Ini jelas terlihat melalui adat
resam dan kepercayaan yang diamalkan dalam aspek kelahiran, perkahwinan dan
kematian.Kaum Kadazandusun memiliki banyak budaya yang boleh diwarisi
contohnya dari segi asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum
Kadazandusun, bahasa, pakaian tradisional, muzik berunsurkan tradisional, corak
kehidupan masyarakatnya, tarian tradisional dan kemuncak bagi pemartabatan
warisan budaya Kadazandusun ialah Perayaan Pesta Kaamatan yang diadakan
pada setiap tahun.

http://bukuskrapbudaya.blogspot.com/2012/03/kebudayaan-kaum-kadazan-dusun.html
Dalam aspek asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum
Kadazandusun menjelaskan tentang kelahiran kaum Kadazandusun dan lagenda
kelahiran kaum ini bermula dari "Nunuk Ragang" sehinggalah kepada
perkembangan dan penyebaran sukukaum ini ke seluruh pelusuk negeri Sabah yang
telah banyak mempengaruhi sosio budaya mereka mengikut tempat yang baru,
contohnya dari aspek bahasa dan corak kehidupan mereka. Mengikut statistik,
terdapat lebih kurang 40 etnik yang terdapat dalam suku kaum Kadazandusun.



Dari aspek bahasa, perbezaan loghat, sebutan dan ejaan banyak dipengaruhi
mengikut etnik tertentu. Contohnya, sebutan dan ejaan sukukaum Kadazandusun
dari satu daerah dengan daerah lain di negeri sabah adalah berlainan tetapi masih
membawa erti dan makna yang sama.

Pakaian tradisi ini pula berbeza mengikut kawasan dan sosio budaya
sukukaum Kadazandusun. Dalam aspek ini, tumpuan diberikan kepada corak
pakaian dalam perayaan tertentu. Setiap etnik dalam Kadazandusun mempunyai
pakaian tradisinya sendiri.


Muzik tradisi yang ditonjolkan dalam kaum ini amat menarik dan unik. Alat-
alat dan bunyi-bunyian tradisional ini banyak terdapat dalam suku kaum
Kadazandusun dan ianya berpotensi untuk diwarisi oleh generasi muda kini. Antara
lain alat-alat muzik tradisi yang popular ialah gong, sompoton, kulintangan, togunggu
atau togunggak, bungkau, pumpuak, sundatang, suling, turali, tongkungon dan lain-
lain lagi.

http://bukuskrapbudaya.blogspot.com/2012/03/kebudayaan-kaum-kadazan-dusun.html
Disebabkan masyarakat Kadazandusun ini memiliki pelbagai budaya yang
unik mengikut etnik tertentu maka corak hidup mereka juga berbeza mengikut
tempat tertentu. Kebanyakan corak kehidupan mereka ini dipengaruhi oleh adat
resam penduduk setempat. Adat resam inilah yang mempengaruhi corak kehidupan
masyarakat Kadazandusun sesuatu kawasan.

Dalam setiap upacara rasmi ataupun perayaan tertentu, tarian tradisional
suku kaum Kadazandusun sering menjadi daya tarikan dan kemeriahan majlis
tersebut. Setiap etnik dalam Kadazandusun mempunyai tarian tradisinya sendiri.
Corak tarian tradisional ini dipengaruhi oleh sosio budaya kawasan tertentu.

Kemuncak bagi pemartabatan warisan budaya sukukaum Kadazandusun
dan kesenian serta keunikannya ialah menerusi Perayaan Pesta Kaamatan yang
diraikan pada setiap 30 dan 31 Mei setiap tahun. Dalam perayaan ini,berbagai acara
menarik dan juga budaya kaum Kadazandusun yang ditonjolkan dan dipamerkan.
Antara lain acara yang biasanya menjadi tarikan dalam Perayaan Pesta Kaamatan
ialah "Unduk Ngadau" Kaamatan yang mempamerkan pakaian tradisi mengikut
etnik.


Konklusi, masyarakat Kadazandusun memang memiliki warisan budaya yang
sungguh unik, asli dan menarik. Justeru, melalui buku skrap ini kami akan memberi
sedikit sebanyak penerangan dan penjelasan kepada para pembaca buku skrap ini
supaya warisan budaya masyarakat Kadazandusun ini tetap dipelihara dan
dikekalkan untuk tatapan generasi masa akan datang.








http://bukuskrapbudaya.blogspot.com/2012/03/kebudayaan-kaum-kadazan-dusun.html
2.0 Kebudayaan
2.1 Adat Resam kaum Kadazandusun
2.1.1 Perkahwinan



Dalam konteksi komunikasi, ibu bapa bertanggungjawab memilih bakal isteri
anak lelakinya. Setelah peminangan diterima oleh pihak keluarga perempuan, majlis
perkahwinan akan dilakukan pada masa yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak dan
lazimnya dilakukan pada waktu malam di rumah pengantin perempuan. Pada malam
pertama si suami harus bermalam di rumah keluarga isterinya dan kemudiannya
pasangan pengentin ini akan diarak ke rumah keluarga lelaki dan perempuan
selama tiga kali berturut-turut. Sebelum pengantin dibenarkan masuk ke dalam
rumah, pihak tuan rumah keluarga lelaki/perempuan menyanyi atau "Selakohan
Sinding" dan dibalas oleh rombongan. Selakohan sinding ini bertujuan menyambut
kedatangan rombongan pengantin baru tetapi diluahkan dalam bentuk nyanyian.



2.1.1.1 Merisik
Sebelum sesuatu upacara perkahwinan dilangsungkan, keluarga kedua-dua
pihak akan mengatur segala persiapan yang diperlukan. Dalam hal ini perkara yang
diutamakan adalah tentang pemberian sebentuk cincin. Cincin ini menjadi tanda
peminangan daripada pihak lelaki.
Sebelum peminangan dibuat, pihak lelaki melantik seorang tua yang bukan
terdiri daripada keluarga terdekat lelaki berkenaan. Segala urusan merisik dan juga
pinang-meminang ini mesti dibuat pada waktu pagi. Waktu petang dan malam tidak
dibenarkan sama sekali. Wakil pihak lelaki pergi merisik kepada ibu bapa
http://bukuskrapbudaya.blogspot.com/2012/03/kebudayaan-kaum-kadazan-dusun.html
perempuan yang hendak dipinang itu
atau pengganti ibu bapa jika ibu bapa
perempuan itu sudah tidak ada.

Risikan pertama dilakukan
untuk mengetahui sama ada
perempuan berada dalam proses
risikan orang lain atau dia sedang
dalam pertunangan. Kalau
perempuan itu dalam pertunangan, risikan ifu dihentikan serta-merta. Kalau
perempuan itu didapati sedang dalam proses risikan daripada lelaki lain, risikan itu
ditangguhkan buat sementara, sehingga keputusan muktamad diperoleh daripada
risikan terdahulu itu.

Jika risikan yang terdahulu bertukar ke arah pertunangan, maka risikan yang
kemudian itu terus dibatalkan. Tetapi jika gagal, risikan yang kemudian itu boleh
diteruskan. Risikan ini dibuat berulang kali, peringkat demi peringkat dan adakalanya
memakan masa sehingga berhari-hari, malah ada yang sampai berbulan-bulan. Ini
disebabkan banyak perkara yang mesti diketahui dengan jelas oleh ibu bapa
perempuan terhadap keluarga yang merisik anaknya. Antaranya ialah susunan
keluarga, kemampuan, pekerjaan dan seumpamanya.

2.1.1.2 Meminang

Apabila ibu bapa perempuan
mendapati risikan itu boleh
dipertimbangkan, mereka akan
menentukan hari bagi wakil pihak
lelaki datang membawa cincin
pusaka (dibuat daripada tembaga).
Cincin itu juga digelar 'cincin menanti
mimpi'. Cincin itu mesti dibawa pada
waktu pagi.
Apabila ibu bapa perempuan sudah menerima cincin itu, mereka mesti
membersihkan diri pada hari itu juga. Mereka tidak boleh makan atau minum apa
sahaja yang boleh memabukkan. Cincin itu diletakkan di bawah bantal ibu bapa
perempuan itu. Pada malam tersebut mereka mesti berada datam keadaan 'bersih',
iaitu tidak mabuk. Pada malam itu juga, salah seorang daripada suami isteri itu atau
http://bukuskrapbudaya.blogspot.com/2012/03/kebudayaan-kaum-kadazan-dusun.html
kedua-duanya sekali akan mendapat mimpi. Adakalanya mereka berlainan mimpi,
adakalanya hampir serupa dan adakalanya benar-benar serupa.

Biasanya mimpi itu mempunyai tiga keadaan. Pertama, mimpi baik, ini
bererti, risikan itu boleh diteruskan kepada proses peminangan. Kedua, mimpi buruk.
Tetapi mimpi buruk itu dapat dibaiki atau diperbetulkan. lni bererti, proses
pertunangan boleh diuruskan dengan syarat pihak lelaki harus membayar sugit
kepanasan mimpi kepada orang yang bermimpi itu.

Contoh mimpi yang dimaksudkan ialah seperti bermimpi tentang barang-
barang yang pecah seperti periuk atau pinggan-mangkuk. Kemudiannya barang-
barang yang pecah itu dibaiki oleh pihak lelaki. Ketiga, mimpi buruk. Contoh mimpi
buruk ialah bermimpi akan periuk belanga, kuali, pinggan mangkuk, tempayan atau
apa sahaja barang kegunaan hanian yang telah pecah. Ini bererti proses risikan itu
berhenti setakat itu sahaja dan perkahwinan tidak boleh dilangsungkan.

Hari berikutnya, ibu bapa perempuan tersebut memanggil semua keluarga
terdekatnya bermesyuarat untuk membincangkan mimpi mereka. Jenis dan sifat
mimpi diterangkan sejelas-jelasnya. Di dalam mesyuarat itulah mereka menganalisa
baik dan buruknya mimpi itu.



http://bukuskrapbudaya.blogspot.com/2012/03/kebudayaan-kaum-kadazan-dusun.html
2.1.1.3 Bertunang
Setelah selesai mesyuarat
keluarga, ibu bapa perempuan
memanggil wakil pihak lelaki untuk
memberitahu tentang keputusan
mimpi mereka. Ketika itu juga cincin
yang digunakan untuk menanti mimpi
tadi dipulangkan. Waktu itu, waki
lelaki diberitahu sama ada boleh
bertunang dengan membayar sugit
kepanasan mimpi kerana mimpi
buruk boleh dibaiki ataupun tidak boleh bertunang kerana mimpi buruk.

Jika mimpi baik, proses pertunangan diteruskan. Perundingan antara pihak
lelaki dengan ibu bapa pihak perempuan hanya berkisar pada syarat-syarat
hantaran perkahwinan, menentukan tarikh perkahwinan dan kadar besar atau
lamanya pesta perkahwinan itu. Pertunangan yang telah ditetapkan tidak boleh
diingkari. Jika tidak, pihak yang ingkar terpaksa membayar seluruh atau separuh
hantaran yang sudah ditentukan ketika mengikat pertunangan dahulu. Bayaran ini
dibuat di depan pengadilan adat.

Hantaran kahwin biasanya terdiri daripada pelbagai jenis makanan, alat
untuk adat istiadat dan barang untuk memperteguhkan semangat. Barang hantaran
untuk memperteguhkan semangat ini dikenali sebagai tasor. Tasor ialah tempat
pinang yang diperbuat danipada tembaga atau perak. Tasor ini dibawa sendiri oleh
pengantin pada hari penrkahwinan.

Alat untuk adat istiadat pula dinamakan tinokol iaitu terdiri daripada canang,
gong dan tajau (tempayan). Jumlahnya menurut darjat orang yang berkahwin itu.
Barangan ini juga dibawa pada hari perkahwinan. Jenis makanan pula ialah babi
atau kerbau dan jumlahnya bergantung kepada kemampuan keluarga tersebut.
Binatang tersebut diberikan kepada pihak perempuan dua atau tiga hari sebelum
berlangsungnya hari perkahwinan. lni kerana binatang itu akan disembelih dan
dimasak untuk upacara makan di rumah pengantin perempuan nanti.

Sebuah tajau berisi tapai beras yang dinamakan lihing, mesti dibawa pada
hari perkahwinan. Lihing ialah tapai yang sudah menjadi arak. Lihing diminum
beramai-ramai dalam pesta kahwin di rumah pengantin perempuan. Selain daripada
http://bukuskrapbudaya.blogspot.com/2012/03/kebudayaan-kaum-kadazan-dusun.html
empat hantaran yang menjadi asas bagi orang Kadazan, terdapat beberapa
barangan lain yang turut dibawa untuk memperlengkap dan memperindahkan majlis
hantaran itu. Ini terserah kepada janji yang dibuat semasa majlis pertunangan, juga
berdasarkan kemampuan kedua-dua belah pihak.


Serendah-rendah darjat perkahwinan itu mesti dibuat dengan upacara adat,
pemujaan agama, pesta bersukaria dan makan minum. Sesingkat-singkat pesta pula
adalah antara dua atau tiga hari di rumah pengantin perempuan. Bagi mereka yang
berkemampuan, majlis dibuat selama tujuh hingga empat belas hari. Walaupun
perkahwinan pasangan suami isteri itu sudah sah di sisi agama dan kepercayaan,
mereka masih belum boleh bersatu pada hari dan malam pertama. Paling cepat
mereka hanya boleh bersatu pada malam kedua, malah ada yang mengambil masa
selama seminggu atau dua minggu berikutnya. Kesemuanya ini bergantung kepada
besar atau lamanya majlis perkahwinan itu diadakan.

Untuk membolehkan pengantin ni bersatu, satu upacara khas dibuat.
Pasangan pengantin tersebut dikehendaki makan di dalam pinggan dan mangkuk
yang sama. Upacara ini dihadiri oleh keluarga kedua-dua pihak. Ibu bapa pengantin
lelaki tidak boleh sama sekali hadir di rumah pengantin perempuan sebelum
pasangan itu sah bersatu.









http://bukuskrapbudaya.blogspot.com/2012/03/kebudayaan-kaum-kadazan-dusun.html
2.1.1.4 Majlis Perkahwinan
Hantaran kahwin biasanya terdiri daripada pelbagai jenis makanan, alat
untuk adat istiadat dan barang untuk memperteguhkan semangat. Barang hantaran
untuk memperteguhkan semangat ini dikenali sebagai tasor. Tasor ialah tempat
pinang yang diperbuat daripada tembaga atau perak. Tasor ini dibawa sendiri oleh
pengantin pada hari perkahwinan. Alat
untuk adat istiadat pula dinamakan
'tinokol' iaitu terdiri daripada canang, gong
dan tajau (tempayan). Jumlahnya menurut
darjat orang yang berkahwin itu. Barangan
ini juga dibawa pada hari perkahwinan.

Jenis makanan pula ialah babi
atau kerbau dan jumlahnya bergantung
kepada kemampuan keluarga tersebut.
Binatang tersebut diberikan kepada pihak
perempuan dua atau tiga hari sebelum
berlangsungnya hari perkahwinan. lni
kerana binatang itu akan disembelih dan
dimasak untuk upacara makan di rumah pengantin perempuan nanti. Sebuah tajau
berisi tapai beras yang dinamakan lihing, mesti dibawa pada hari perkahwinan.
Lihing ialah tapai yang sudah menjadi arak. Lihing diminum beramai-ramai dalam
pesta kahwin di rumah pengantin perempuan.

Selain daripada empat hantaran yang menjadi asas bagi orang Kadazan,
terdapat beberapa barangan lain yang turut dibawa untuk memperlengkap dan
memperindahkan majlis hantaran itu. Ini terserah kepada janji yang dibuat semasa
majlis pertunangan, juga berdasarkan kemampuan kedua-dua belah pihak.
Serendah-rendah darjat perkahwinan itu mesti dibuat dengan upacara adat,
pemujaan agama, pesta bersukaria dan makan minum. Sesingkat-singkat pesta pula
adalah antara dua atau tiga hari di rumah pengantin perempuan. Bagi mereka yang
berkemampuan, majlis dibuat selama tujuh hingga empat belas hari.

Walaupun perkahwinan pasangan suami isteri itu sudah sah di sisi agama
dan kepercayaan, mereka masih belum boleh bersatu pada hari dan malam
pertama. Paling cepat mereka hanya boleh bersatu pada malam kedua, malah ada
yang mengambil masa selama seminggu atau dua minggu berikutnya. Kesemuanya
ini bergantung kepada besar atau lamanya majlis perkahwinan itu diadakan.
http://bukuskrapbudaya.blogspot.com/2012/03/kebudayaan-kaum-kadazan-dusun.html

Untuk membolehkan pengantin ni bersatu, satu upacara khas dibuat.
Pasangan pengantin tersebut dikehendaki makan di dalam pinggan dan mangkuk
yang sama. Upacara ini dihadiri oleh keluarga kedua-dua pihak. Ibu bapa pengantin
lelaki tidak boleh sama sekali hadir di rumah pengantin perempuan sebelum
pasangan itu sah bersatu.

Majlis perkahwinan orang Kadazan memakan masa selama tiga hari.
Perkara yang paling penting dalam upacara perkahwinan ialah miohon pinisi iaitu
upacara menukar gumpalan nasi. Untuk memulakan upacara ini, pengantin lelaki
dan perempuan duduk berhadapan di tengah-tengah bulatan gadis-gadis yang ber-
pakaian tradisional berwarna hitam.


Di hadapan mereka terletak seperiuk nasi dan kedua-dua pengantin akan
menggenggam nasi dan periuk tersebut untuk dijadikan gumpalan sebesar telur
ayam. Kemudian kedua-duanya akan bertukar-tukar
gumpalan nasi itu, lalu dimakan. Upacara miohon
pinisi merupakan nazar perkahwinan menurut cara
tradisional. Setelah upacara ini dilakukan, makanan
dan minuman pun dihidangkan kepada para tetamu
yang hadir. Gong dibunyikan semula, diikuti dengan
pertunjukan tarian sumazau.

2.1.2 Mendiri dan Masuk Rumah Baru
Mendirikan dan masuk rumah baru hendaklah dimulai dengan upacara
"Tumedek" atau menanda. Upacara ini hendaklah dilakukan pada hari-hari penting
bagi masyarakat Dusun yang dipanggil "Tadau Rampagas, Tanob, Selimpunan do
kesilau, Selimpunaan Tadau Daat, Selimpunaan Tulan Daat, Kepuposan Tulan Daat
dan Selimpunan Tulan Kelimo". Begitu juga dengan masuk rumah baru harus pada
hari-hari yang terpilih dan diiringi dengan upacara sembahyang doa atau
Megembawon / Mengendi. Upacara ini dilakukan oleh golongan tua yang mahir
http://bukuskrapbudaya.blogspot.com/2012/03/kebudayaan-kaum-kadazan-dusun.html
untuk mengendi. Lazimnya golongan perempuan yang melakukan upacara megendi
dan bukan daripada golongan leleki.


2.1.3 Adat Kelahiran
2.1.3.1 Sewaktu Mengandung
Bidan merupakan orang yang bertanggungjawab tentang kelahiran seorang
anak. Bidan terdiri daripada kaum perempuan yang lanjut usia dan mengetahui
tentang selok-belok perubatan masyarakat Kadazan secara menyeluruh. Tugas
bidan meluas iaitu sejak bayi di dalam kandungan sehinggalah selamat dilahirkan.

Sejak di dalam kandungan lagi bidan memastikan keadaan bayi berada di
dalam keadaan sihat. Kandungan akan dijaga dengan baik dan bidan memberi
beberapa pantang larang kepada ibu mengandung. Ini penting supaya kandungan
berada di dalam keadaaan sihat. Apabila sahaja bayi dilahirkan, tugas bidan lebih
berat. Bidan perlu memastikan bayi dalam keadaan sihat terutama jika seseorang itu
beranak sulung.

2.1.3.2 Bersalin
Biasanya ibu yang bersalin dikenakan pantang. Bagaimanapun bilangan hari
berpantang bergantung kepada unsur kasta. Bagi orang kebanyakan tempoh
berpantang ialah tujuh hari. Bagi orang yang berdarjat, tempoh pantangnya ialah 21
hari. Manakala bagi yang berdarjat lebih tinggi, tempohnya ialah 44 hari.

Sepanjang tempoh berpantang, si suami tidak dibenarkan berada jauh dari
rumah. Sejak hari kelahiran hingga tamat tempoh berpantang, ibu dan anak yang
baru lahir diberi kawalan secara mistik oleh bidan agar tidak diganggu oleh makhluk
halus. Biasanya jampi mantera digunakan untuk mengusir makhluk halus di sekitar
tanah. Tempat darah yang mengalir ketika ibu itu bersalin, digantung dengan daun-
daun limau.

Antara pantang yang mesti diikuti oleh ibu yang bersalin ialah dia tidak boleh
makan ikan yang bertulang keras, ikan yang berduri, nasi sejuk dan nasi bercampur
air seperti bubur. Manakala bagi bayi yang baru lahir terutamanya dari hari pertama
hingga hari ke tujuh, bayi tidak boleh dibawa ke ruang yang terdedah, umpamanya
ke halaman rumah. Ini untuk mengelakkan bayi itu daripada diganggu oleh roh jahat
yang dinamakan Rogon Gaiyah.

http://bukuskrapbudaya.blogspot.com/2012/03/kebudayaan-kaum-kadazan-dusun.html
Bidan juga akan memastikan ahli keluarga yang lain supaya pintu rumah
kediaman mereka diikat dengan sejenis daun yang dipanggil wongkong. Daun itu
menunjukkan rumah tersebut telah menerima ahli baru. Justeru itu sahabat-handai
yang tinggal di kawasan itu tidak boleh berkunjung melainkan saudara-mara yang
terdekat.

Selain mengurus tentang kelahiran anak, bidan ini juga bertanggungjawab
tentang ubat-ubatan yang terdiri daripada akar-akar kayu, herba dan sebagainya.
Pada masa yang sama beberapa urutan akan dilakukan ke atas ibu yang baru
bersalin untuk memulihkan tenaga yang hilang semasa bersalin dahulu. Bidan juga
perlu tahu meramu pelbagai jenis bahan untuk dijadikan ubat-ubatan.

Bidan yang tahu tentang kegunaan sesuatu jenis herba untuk setiap penyakit
merupakan satu kelebihan. Biasanya akar-akar kayu atau herba dibentuk menjadi
ubat yang mujarab dan boleh mengubati pelbagai penyakit. Antara herba yang
paling banyak digunakan dalam masyarakat Kadazan ialah cekur, akar kacip
fatimah, halia dan pelbagai jenis lagi. Kebanyakan tumbuhan herba ini diperoleh di
kawasan persekitaran.

Terdapat pelbagai jenis bentuk ubat yang boleh dibuat oleh bidan untuk
menyembuh sesuatu penyakit. Bidan boleh merebus sahaja tumbuhan herba itu dan
kemudian diberi minum kepada ibu-ibu yang baru bersalin. Cara ini diamalkan oleh
sebilangan besar bidan. Cara lain yang turut digunakan ialah dengan
mencampurkan minyak kelapa dan kemudian diurut pada bahagian yang sakit. Cara
ini digunakan kepada ibu-ibu yang baru bersalin untuk memulihkan semula tenaga
mereka.

Sungguhpun kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk
pesakit, tetapi bidan kampung masih lagi diperlukan. Ini adalah kerana kebanyakan
masyarakat Kadazan mendiami kawasan pedalaman yang jauh dari klinik atau
hospital. Oleh itu peranan bidan amat popular di kalangan mereka.

2.1.3.2 Selepas Lahir
Adat memberi nama anak dilakukan setelah bayi itu berumur lapan hari.
Anak itu diberi nama sebanyak dua kali, iaitu nama sementara dan nama sebenar.
Pemberian nama sementara mesti dibuat kerana kalau terlalai memberi nama
sementara seberapa segera, roh jahat iaitu Rogon Gaiyoh dipercayai akan
mendahului memberi nama dan atas sebab itu, dia berhak menuntut anak tersebut.
http://bukuskrapbudaya.blogspot.com/2012/03/kebudayaan-kaum-kadazan-dusun.html

Upacara rasmi memberi nama sebenar dibuat pada hari kelapan di beranda
rumah. Pada hari itu juga anak tersebut dibawa keluar rumah buat pertama kalinya.
Keluarga, jiran dan orang kenamaan di seluruh kampung dijemput hadir untuk
berbincang dan menentukan nama anak itu. Upacara ini disebut Madsapi atau
Modsopik, lengkap dengan mentera dan tatacaranya. Nama-nama yang
dicadangkan itu dikumpul dan dipilih. Pemilihan nama dibuat berdasarkan segala
macam peristiwa yang berlaku ketika anak itu dilahirkan. Kadangkala nama itu
diambil daripada nama salah seorang ahli keluarga mereka.

Setelah anak itu berusia kira-kira satu bulan, upacara turun tanah atau
disebut Mintuhun atau Minuhun dilakukan. Anak itu dibawa oleh ibunya sendiri.
Beberapa baranga dibawa bersama iaitu :

Sebuah berait atau bakul yang dianyam daripada rotan, bertutup dan bertali
untuk disondong. Berait ini diisi dengan pelbagai alatan.
Sebilah mamadik iaitu pisau kecil yang digunakan untuk menghalau Rogon
Gaiyoh.
Serangkai Komburongoh, iaitu jerangau sejenis rumput yang dianggap ibu
kepada segala semangat dalam upacara perubatan tradisi mereka.
Sebuah siud iaitu tangguk yang diperbuat daripada jaring.

Sebelum memijak tanah, tapak anak tersebut diconteng dengan arang kuali
dengan satu garis lurus hingga ke atas dahinya. Setelah selesai, barulah kaki anak
itu dipijakkan ke tanah. Ketika anak itu dibawa semula ke dalam rumah, ibunya akan
membawa bersama sedikit rumput-rampai dari halaman rumah yang sudah dipijak
oleh anaknya. Kemudian rumput itu dicampurkan ke dalam air mandian tersebut.











http://bukuskrapbudaya.blogspot.com/2012/03/kebudayaan-kaum-kadazan-dusun.html
2.1.4 Kematian atau "Kepataiyen"
Bagi masyarakat Kadazan, mereka mempercayai kepada alamat akan mati
yang dipanggil mogombiruoh. Perkara ini boleh diandaikan oleh dukun melalui
mimpi, di mana ramalan akan diberi oleh dukun tersebut. Kesembuhan penyakit juga
boleh diketahui melalui cara yang sama. Bila kematian berlaku dalam masyarakat
Dusun tradisi, ahli keluarga si mati akan memukul gong "Tontong sanang"yang
bertujuan memberitahu ada kematian dalam ahli keluarga dan disertai turun dari
rumah atau "menuhon" bertujuan cuba menahan roh simati atau kedwo-dwo melalui
benda-benda yang diambil dipersekitaran halaman rumah si mati untuk disapukan di
ubun-ubun kepala si mati dengan harapan si mati hidup semula.

Selain itu, satu lagi alat komunikasi digunakan untuk memberitahu
masyarakat kampung bahawa adanya kematian dalam sesebuah keluarga iaitu
menggunakan buluh untuk dibunyikan atau "Mengarasapong". Semasa si mati
dibawa ke kubur, ahli-ahli keluarga akan meraung-raung dan memukul bekas letak si
mati. Pada malam pada hari perkuburan, ahli keluarga akan mengadakan upacara
memisah dengan menutup semua lampu dalam rumah. Tujuannya ialah agar roh si
mati akan balik ke rumah untuk "megoit-megoit" atau membawa dan mengambil
barang-barang milik si mati. Pada hari ketiga (3) pula, ahli keluarga simati
mengadakan upacara pembahagian atau "Ikidan / angkiban" .

Benda yang boleh dijadikan angkiban ialah ternakan dan tanaman.
Tujuannya ialah mengadakan pembahagian harta untuk simati. Contoh narrator ialah
" Anu bin Dia, ini saja bahagian mu. Jangan lagi ganggu kami". Pembahagian ini
dilakukan dengan tangan kiri dan membelakang. Pada hari kelima atau ketujuh pula,
upacara keselamatan yang dipanggil "Memagompi" melalui upacara mengendi
dilakukan dengan bantuan sesorang yang mahir megendi.
Berikut adalah adat-adat yang sering dilakukan oleh masyarakat Kadazan
apabila berlaku sesuatu kematian.

2.1.4.1 Semasa Kematian
Terdapat beberapa adat yang dilakukan ketika berlakunya sesuatu kematian
di kalangan masyarakat Kadazan, antaranya ialah adat memberitahu, berjaga-jaga
dan moginupus.




http://bukuskrapbudaya.blogspot.com/2012/03/kebudayaan-kaum-kadazan-dusun.html
2.1.4.2 Memberi Tahu
Apabila salah seorang di kalangan masyarakat Kadazan meninggal dunia,
semua penduduk kampung akan diberitahu tentang kematian tersebut. Ini penting
kerana setiap ahli masyarakat perlu bekerjasama supaya kesedihan tidak hanya
dialami oleh keluarga si mati.
Oleh kerana masyarakat Kadazan kaya dengan pantang-larang, dalam soal
kematian juga pantang-larang itu amat dititikberatkan. Setiap anggota masyarakat
Kadazan tidak boleh melakukan apa-apa pekerjaan terutama apabila upacara
pengkebumian dilakukan. Pekerjaan menanam padi amat dilarang. Mengikut
kepercayaan masyarakat Kadazan sekiranya mereka melakukan juga pekerjaan
tersebut kerja-kerja itu hanyalah sia-sia kerana tidak mendatangkan hasil. Selain itu
kemungkinan penyakit akan menimpa mereka pula.
Namun pantang larang itu hanya dikenakan kepada mereka yang tinggal di
kawasan yang berhampiran sahaja, manakala masyarakat Kadazan yang tinggal
berjauhan masih boleh melakukan sebarang pekerjaan.

2.1.4.3 Berjaga-Jaga
Selepas dimandikan dan seluruh badan dilap, mayat tersebut akan
dipakaikan dengan pakaian yang indah-indah dan kemudian direnjiskan dengan air
wangi. Sekiranya semasa hidup si mati menghisap rokok, ahli keluarga akan
memasukkan rokok ke dalam mulut si mati supaya tidak kempunan. Begitu juga
dengan cerut yang diselitkan pada bibirnya buat seketika.

Mayat akan disimpan di rumah selama beberapa hari iaitu selama tiga, lima
atau tujuh hari sebelum dikebumikan. Semasa mayat diletakkan di ruang tamu,
mayat akan dijaga dengan baik supaya tidak ada binatang yang melangkahinya
terutama kucing hitam. Masyarakat Kadazan percaya sekiranya kucing hitam yang
melangkah, mayat akan bangun dan mengamuk sehingga boleh membunuh mereka
yang berada di situ.

Tujuan berjaga adalah untuk mengawasi iblis atau jin yang menyerupai
seekor burung besar yang digelar pendaatan. Mereka percaya burung itu hendak
menerbangkan mayat. Untuk mengelak daripada serangan burung itu, mereka
menyangkut pakaian di sekeliling mayat. Burung itu akan menyangka pakaian
tersebut adalah tubuh rnanusia.

Suasana di dalam rumah juga hendaklah sunyi. Sesiapa pun tidak
dibenarkan bercakap kasar atau marah-marah. Cuma pukulan gong dan gendang
http://bukuskrapbudaya.blogspot.com/2012/03/kebudayaan-kaum-kadazan-dusun.html
sahaja yang kedengaran, yakni dipalu perlahan-lahan. lrama gendang itu disebut
surabaya. Bunyi-bunyian itu hanya dipalu tiga kali dalam sehari iaitu semasa
matahari terbit, matahari terbenam dan waktu tengah malam.

2.1.4.4 Moginupus
Moginupus adalah bahasa Kadazan yang bermaksud simpati terhadap si
mati. Ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai akan menangis sekuat hati
sebagai menunjukkan simpati terhadap si mati. Mereka memukul harta benda
seperti gong, tajau atau apa-apa sahaja yang terdapat di sekeliling rumah sebagai
marah terhadap iblis atau jin yang telah menyebabkan kematian.

Bagi keluarga yang kaya, kerbau atau lembu akan disembelih pada hari
pengkebumian sebagai penghormatan yang terakhir. Daging kerbau yang telah
dimasak dimakan bersama oleh semua orang yang hadir pada hari itu. Tanduk
kerbau atau lembu yang telah dikorbankan akan disangkutkan pada kayu nesan
kubur si mati nanti.

2.1.4.5 Pengebumian
Pada umumnya masyarakat Kadazan akan mengusung mayat dengan
menggunakan keranda atau tajau. Oleh itu mayat terlebih dahulu dimasukkan ke
dalam kain yang dibungkus dan diikat pada sebatang kayu untuk memudahkan
orang ramai mengangkat mayat tersebut. Usungan mayat itu seringkali disertakan
dengan paluan gong, gendang, letupan mercun atau senapang. Bunyi-bunyian ini
dilakukan secara tenus menerus sehingga ke kawasan perkuburan. Adalah lebih
baik sekiranya bunyi itu berterusan untuk menakutkan hantu daripada meresap
masuk ke tubuh mayat.

Apabila tiba di kubur, mayat itu dijampi oleh seorang tua yang dikhaskan
menunggu di liang kubur. Liang itu disapu dengan daun pinang hijau untuk
mengelakkan semangat orang ramai yang mengikut ke kubur itu tinggal di liang
tersebut. Kemudian mayat diletakkan di dalam liang dan sebatang kayu beringin
dicacakkan di atas pusat mayat. Selepas itu barulah mayat dikambus dengan tanah.
Tujuan berbuat demikian untuk mengetahui adakah si mati ingat pada keluarganya
atau tidak. Kalau kayu itu bertunas bererti dia masih ingat pada keluarganya tetapi
jika tidak, si mati dianggap sudah melupai mereka yang masih hidup.

Bagi masyarakat Kadazan dari kalangan yang berada, mayat ahli keluarga
mereka akan dimasukkan ke dalam sebuah tajau yang besar dan ditutup rapat
http://bukuskrapbudaya.blogspot.com/2012/03/kebudayaan-kaum-kadazan-dusun.html
sebelum ditanam. Sebaik sahaja mayat diusung ke kawasan perkuburan sebuah
tajau yang besar dan berukiran lebih cantik akan diletakkan ke atas kubur. Ada juga
di kalangan masyarakat Kadazan yang memasukkan tajau itu ke dalam hang lahat.
Mayat yang dimasukkan ke daham tajau tidak akan dimasukkan ke dalam kubur
sebaliknya di dalam rumah beberapa hari atau diletakkan ke sebuah pondok yang
dibina. Ini adalah untuk menanti saudara-mara yang jauh memberi penghormatan
terakhir kepada mayat tersebut sebelum dikebumikan.

Setelah itu sebuah pondok kecil beratap daun atau zink dan berdinding
papan yang penuh dengan ukiran yang cantik akan didirikan di tengah-tengah
kawasan perkuburan. Di tengah-tengah pondok pula diletakkan beberapa jenis kain
dan pakaian, cekapa yang berisi dengan sirih pinang, rokok dan sebagainya
mengikut kemampuan dan kegemaran si mati semasa hidup.

Ahli keluarga si mati perlu menghantar makanan pada tiap-tiap petang
selama tujuh hari berturut-turut. Mengikut kepercayaan masyarakat Kadazan,
sebelum roh si mati berpindah ke tempat lain, roh itu masih memerlukan makanan
daripada keluarganya yang masih hidup. Bahan makanan yang disediakan untuk si
mati tidak boleh diusik oleh sesiapa. Jika diganggu juga seseorang itu akan
dikenakan sugit atau denda sebanyak RM5 atau seekor ayam.

Mengikut kepercayaan masyarakat Kadazan, sekiranya masa pengkebumian
dilakukan pada hari hujan, bermaksud si mati berada dalam kesedihan yang
diibaratkan sebagai hujan yang turun itu adalah air mata si mati. Jika panas terik
bermakna si mati mendapat kebahagiaan kelak. Bagi mereka yang menguruskan
kematian, ahli keluarga wajib menghadiahi mereka sehelai sapu tangan dan dua
lembar benang menah. Selain itu mereka juga akan diberi daging kerbau atau
lembu.

Apabila balik ke rumah masing-masing, mereka tidak boleh terus naik ke
rumah kerana dikehendaki mandi terlebih dahuhu. Semua pakaian ditanggalkan dan
direndam sehingga keesokan hari. Barangan yang dipinjam untuk menguruskan hal
si mati di rumah, apabila dikembalikan hendaklah dihadiahkan seekor ayam hitam
atau putih kepada tuan punya barang. Banang-barang atau harta benda yang ada di
dalam rumah si mati pula mestilah dikemaskan dan dicuci sehingga bersih.

2.1.4.6 Selepas Kematian
http://bukuskrapbudaya.blogspot.com/2012/03/kebudayaan-kaum-kadazan-dusun.html
Sekiranya berlaku kematian, majlis makan akan diadakan. Majlis ini
mempunyai beberapa tahap iaitu:
- Makan Tiga dan Tujuh Hari
- Makan Empat Puluh Hari
- Makan Seratus Hari
- Makan TigaTahun


2.1.4.6.1 Makan Tiga dan Tujuh Hari
Setelah genap tiga hari mayat dikebumikan, kenduri makan tiga hari akan
diadakan pada malam hari. Pada masa itu keluarga si mati akan menitikkan tiga titik
lilin ke bawah rumah melalui celah lantai. Sekiranya adat makan tujuh hari dilakukan,
titikan lilin sebanyak tujuh kali pula dilakukan.

Kenduri ini hanya diadakan secara kecih-kecilan sahaja. Hanya saudara-
mara dan sahabat-handai yang terdekat sahaja dipanggil menghadiri kenduri
tersebut. Makanan yang disediakan adalah makanan harian masyarakat Kadazan
dan tidak ada makanan istimewa yang disediakan.

2.1.4.6.2 Makan Empat Puluh Hari
Kenduri ini diadakan selepas empat puluh hari kematian si mati. Kenduri kali
ini berbeza daripada kenduri yang pertama kerana diadakan pada waktu siang dan
malam. Kenduri ini juga lebih besar dengan memanggil seluruh keluarga yang ada
pertalian dengan keluarga si mati, sahabat handai yang jauh dan dekat. Dari segi
hidangan lebih banyak, mencakupi lauk-pauk, kuih-muih dan buah-buahan yang
lazat. Nasi, daging dan buah-buahan disediakan dengan banyak sekali untuk dijamu
kepada masyarakat setempat.

Dalam kenduri itu juga seorang kanak-kanak lelaki yang biasanya anak si
mati akan pergi ke kubur bapa atau ibunya dengan tujuan menjemput si mati untuk
menyertai kenduri tersebut. Setelah kanak-kanak itu pulang dari perkuburan, barulah
mereka yang berada di rumah si mati boleh menjamu selera.

Pada malam berikutnya gong dan gendang dipalu secara serentak. Anak-
anak si mati mulai menari tarian semazau mengelilingi hidangan yang disediakan
secara bergilir-gilir mengikut usia. Kemudian diikuti cucu-cucu si matinya pula dan
akhirnya saudara-mara yang berdekatan. Selepas upacara menari Semazau selesai,
barulah hidangan boheh dimakan oleh tetamu yang berada di situ.
http://bukuskrapbudaya.blogspot.com/2012/03/kebudayaan-kaum-kadazan-dusun.html

2.1.4.6.3 Makan Seratus Hari
Kenduri akan terus diadakan setelah seratus hari kematian. Kenduri kali ini
lebih besar jika dibandingkan dengan kenduri empat puluh hari. Jika kenduri dahulu
hanya muzik dimainkan, hanya dijamukan dengan ayam, kuih-muih atau buah-
buahan, tetapi kali ini kenduri dilakukan dengan menyembelih seekor kerbau atau
lembu. Pada masa yang sama beberapa ekor ayam turut disembelih.

Tujuan kenduri seratus hari ini diadakan untuk merasmikan penukaran
pakaian putih yang selama ini dipakai sebagai pakaian berkabung keluarga si mati
dengan pakaian biasa. Kemudian rambut juga digunting mengikut adat masyarakat
Kadazan. Sebaik sahaja ditanggalkan, pakaian tersebut segera dibakar. Ahli
keluarga bebas memakai pakaian mengikut kegemaran masing-masing. Dengan ini
mereka percaya segala kekotoran atau bala yang terlekat pada tubuh mereka akan
hilang. Semangat roh si mati juga akan hilang dari tubuh badan mereka.

2.1.4.6.4 Makan Tiga Tahun
Kenduri makan tiga tahun merupakan kenduri yang paling besar dan meriah
berbanding kenduri-kenduri yang diadakan sebelum ini. Kenduri ini dinamakan
Kenduri Minum yang bermaksud makan-makan untuk kenangan.

Dalam kenduri ini pelbagai jenis makanan disediakan oleh ahli keluarga si mati
secara bergotong-royong dengan saudara-mara dan sahabat-handai. Sebanyak
tujuh ekor ikan pari, tujuh ekor ikan yu, tujuh tandan pisang, empat belas ikan lain,
satu tempayan tuak, tujuh ekor arak benas, tiga tempayan air tapai, 30 gantang kuih
kelupis dan seekor kerbau disediakan

Kenduri ini diadakan pada waktu malam dan dimulakan pada pukul lapan
malam. Sebanyak tujuh talam atau dulang hidangan khas yang mengandungi 30 biji
kelupis, seekor ikan yu, seekor ikan pari, dua sikat pisang dan sebatang lilin.
Seorang wanita yang telah lanjut usia perlu ada bersama hidangan tersebut yang
dijadikan pengurus yang lebih dikenali sebagai pengupeh di kalangan masyarakat
Kadazan.

Pengupeh akan duduk di sebelah hidangan tersebut dengan memegang
sebilah pedang. Kemudian sebatang lilin yang ada di setiap hidangan dinyalakan.
Sebaik sahaja pengupeh menghidupkan lilin, dia akan menjampi untuk memanggil
hantu yang hendak makan hidangan tersebut. Hidangan yang ada di dalam talam
http://bukuskrapbudaya.blogspot.com/2012/03/kebudayaan-kaum-kadazan-dusun.html
dimasukkan ke dalam sebuah tempurung kelapa dan tempurung itu akan diletakkan
di pangkal tangga rumah. Ini adalah untuk memberitahu hantu supaya tidak
mengacau ahli keluarga yang masih hidup di situ.

Sebaik sahaja pengupeh naik ke atas rumah, paluan gong dan gendang
akan dibunyikan mengikut nama gendang minum tapai. Ini diikuti dengan tarian
semazau yang terlebih dahulu dimulakan oleh seorang lelaki yang dianggap sebagai
ketua rumah di situ. Pengupeh akan bangkit untuk memberi minum secawan arak
dan secawan tapai kepada lelaki ketua rumah. Pengupeh juga menyorongkan
celapa yang berisi sirih pinang. Selepas itu pengupeh menarikan tarian semazau
dan menari mengeliling hidangan tersebut sambil diikuti penari yang lain.

Penari pertama perlu menghabiskan arak yang diberi oleh pengupeh dengan
sekali teguk. Pada mulanya tarian semazau ditarikan oleh ahli keluarga dan saudara
mara si mati. Selepas itu barulah terbuka kepada orang ramai yang berada di situ.
Selain menarikan tarian semazau, acara berbahas pantun juga turut dilakukan.
Acara ini dinamakan bobogoh daham bahasa Kadazan. Mereka akan
membahagikan kepada dua kumpulan yang diketuai oleh seorang lelaki yang telah
lanjut usia. Sekiranya salah seorang daripada ahli kumpulan tidak dapat menjawab
pantun, mereka dikehendaki meminum arak sekaligus.

Pada keesokan harinya, hidangan perlu diletak di ruang tamu. Talam
hidangan itu diperbuat daripada tembaga dan diisi dengan sirih pinang dan rokok
daun. Pada waktu malam pesta diadakan pula. Tarian semazau akan ditarikan
dengan rancak sekali. Pada mulanya seorang lelaki yang mahir menarikan tarian
semazau akan memulakan tarian dengan diikuti oleh tujuh penari perempuan.
Selepas itu barulah tarian semazau terbuka kepada penari lain secara bergilir-gilir.

Seperti agama lain, masyarakat Kadazan percaya tentang kejadian roh dan
jasad yang bergabung dalam diri seseorang. Setelah seseorang itu mati bermakna
perpisahan antara jasad dan roh berlaku. Dalam masyarakat Kadazan, mereka yang
belum beragama percaya apabila mereka meninggal dunia, roh meneka akan
berkunjung dan berehat di kemuncak gunung Kinabalu untuk selamanya. Oleh yang
demikian masyanakat Kadazan mempercayai gunung Kinabahu adalah tempat
terakhir bagi kehidupan masyarakat mereka.



http://bukuskrapbudaya.blogspot.com/2012/03/kebudayaan-kaum-kadazan-dusun.html
2.1.5 Hari Keluarga atau "Meginakan"

Masyarakat Dusun mempunyai upacara perpaduan keluarga yang dipanggil
meginakan. Semua ahli kelurga dijemput dan satu upacara menyembahyangkan
arak Gampian Kinomol yang diketuai oleh mereka yang mahir megendi serta
dijalankan pada waktu malam. Setelah selesai upacara tersebut, mereka mengambil
bambu atau "Telutuk" untuk dipukul "Tontongon" bagi mengeluarkan bunyi. Menurut
kepercayaan mereka memukul bambu bertujuan memperbaiki dunia. Hari keluarga
ini dihadiri semua ahli keluarga dan masyarakat kampung selama 7 hari berturut-
turut.

2.1.6 Ketian
Ketian ialah seorang lelaki yang menyebabkan seorang perempuan
mengandung tanpa sebab perkahwinan yang sah. Natijahnya lelaki dicaci dan
dikehendaki membayar denda atau sogit berupa babi atau kerbau. Tujuannya
menyejukkan panas dalam ahli keluarga dan masyarakat kampung serta
memberitahu masyarakat kampung bahawa pesalah telah dihukum setimpal dengan
kesalahannya.

2.1.7 Mencuri atau "Manakau"
Pencuri dapat dikenal pasti dengan bantuan bomoh yang mahir melalui
upacara "mengintutun". Alat-alat yang digunakan semasa mengintutun ialah telur
ayam atau cermin. Semasa mengintutun, beberapa ahli keluarga dan masyarakat
kampung datang sama-sama menyaksikan upacara mengintutun. Biasanya, bomoh
akan memberitahu siapa yang mencuri dan biasanya tuduhan bomoh dipercayai
oleh ahli keluarga dan majoriti masyarakat. Implikasinya, orang yang kena tuduh
akan mendapat cacian dan celaan masyarakat kampung untuk beberapa waktu.
Sebaliknya, pesalah yang melakukan kesalahan besar seperti mencuri kerbau boleh
dihalau keluar "elohon" dari kampungnya.
http://bukuskrapbudaya.blogspot.com/2012/03/kebudayaan-kaum-kadazan-dusun.html

2.1.8 Kahwin Bersaudara atau "Kepingaian Miadpinai"
Adalah menjadi kesalahan besar bagi masyarakat Dusun, jika seseorang
lelaki atau perempuan berkahwin dengan seseorang yang dipercayai masih ada
talian persaudaraan. Jika perkahwinan dilangsungkan juga, si lelaki dan perempuan
akan dikenakan hukuman denda iaitu "Pitas" yang terdiri daripada 7 kerbau, 7 ayam,
7 perang, 7 tajau dan 7 mangkuk. Tujuannya ialah memutuskan tali persaudaraan
untuk membolehkan mereka berkahwin. Pitas bagi lelaki hendaklah diberi kepada
pihak keluarga perempuan dan pitas perempuan pula diberikan kepada keluarga
lelaki. Pembayaran pitas ini dipanggil "Mesulak" atau sama-sama membayar denda
(bertukar-tukar barang denda).

2.1.9 Curang atau "Melapau"
Seseorang lelaki atau perempuan yang telah berkahwin tidak boleh berlaku
curang terhadap si suami atau si isteri . Jika berlaku kecurangan hendaklah
dikenakan denda berupa kerbau atau babi. Tujuannya adalah dimakan bersama ahli
keluarga yang dicuranginya iaitu isteri atau suami dan anak-anak.


2.1.9 Asal usul makanan
Lazimnya, menurut kepercayaan suku kaum Kadazandusun, padi berasal
daripada isi manusia yang bernama Huminodun. Huminodun ialah seorang gadis
jelita anak kepada Kinoingan. Kinoringan ialah nama Tuhan bagi nenek moyang
suka kaum Kadazandusun.

Kinoringan telah mengorbankan anaknya Huminodun demi mengatasi
masalah kebuluran di dunia. Menurut kepercayaan suku kaum ini, segala jenis
bahan makanan yang utama berasal dari pelbagai bahagian badan Huminodun.
Beras dari isinya yang putih melepak; darahnya yang merah telah bertukar menjadi
lada; halia pula adalah jari jemari Huminodun; bawang 'tagaas' berasal dari rambut
Huminodun; giginya bertukar menjadi jagung; kepalanya pula menjadi kelapa dan
sebagainya.

Oleh itu demi menghormati dan mensyukuri pengorbanan Kinoringan dan
Huminodun, nenek moyang suku kaum ini mengadakan upacara-upacara adat
seperti Momohizan dan Humabot.
2.1.9.1 Upacara Momohizan
http://bukuskrapbudaya.blogspot.com/2012/03/kebudayaan-kaum-kadazan-dusun.html
Upacara Momohizan ini diadakan pada bulan Ogos atau bulan September
apabila padi selesai dituai. Upacara momohizan diadakan untuk memuja semangat
padi dan memberi makan kepada penjaga semangat padi supaya membantu untuk
menyuburkan padi dan melindungi padi dari sebarang penyakit atau bencana alam.
Upacara momohizan biasanya berlangsung dirumah keluarga suku kaum
Kadazandusun golongan berada. Sementara itu golongan yang kurang berada akan
meminta untuk didoakan bersama ataupun dalam bahasa Kadazandusun
'mikiompit'.


Dua minggu sebelum upacara ini diadakan tuan rumah akan meminta para
penduduk kampung untuk menolongnya menyediakan 'tapai' iaitu sejenis minuman
keras tradisi Kadazandusun. Upacara Momohizan dimulakan pada sebelah malam
iaitu setelah semua jemputan hadir. Beberapa orang Bobohizan (bomoh suku kaum
Kadazandusun) yang berpakaian serba hitam akan berkumpul dan memulakan
upacara ini dengan memanggil 'miontong pomumuon' (penjaga rumah/semangat
padi) Apabila selesai membaca mantera pemanggilan dalam kata lain apabila
semua miontong dan 'tasab' (malaikat padi) sudah dihimpunkan maka Bobohizan
akan menaburkan serbuk ragi (manasad) di atas nasi yang telah dihidangkan di atas
nyiru dan diletakkan di ruang tengah rumah.

Adalah dipercayai bahawa perbuatan manasad
dilakukan bersama-sama dengan miontong. Setelah selesai manasad, nasi yang
http://bukuskrapbudaya.blogspot.com/2012/03/kebudayaan-kaum-kadazan-dusun.html
ditabur dengan ragi itu kemudian diisi ke dalam sukat (saging) dan diatas nasi itu
diletakkan arang (popou), kemudian mulut sukat ini akan ditutup dengan daud
simpur (daingin). Kemudian Bobohizan akan mengisi beras ke dalam nyiru yang
berbentuk segitiga (hihibuh), ketua Bobohizan akan memungut sedikit beras dari
nyiru dan meletakkannya ke atas gendang.

Sambil membaca mantera, Bobohizan akan mengetuk gendang dan
kemudiannya memakan beras itu, tujuannya ialah untuk menjemput miontong sama-
sama memakan beras tersebut. Selepas itu beberapa orang pelatih Bobohizan yang
terdiri daripada sumandak (gadis-gadis sunti) akan berkumpul dan memukul
gendang sambil menyanyi dan membaca mantera 'tumingak' dan diikuti dengan
mantera 'sumava'. Seiringan dengan itu Bobohizan akan membungkus nasi dengan
daun simpur. Nasi yang dibungkus ini kemudiannya dipungut sedikit-sedikit lalu diisi
ke dalam tempayan kecil. Tempayan ini kemudiannya diletakkan di atas batang
bambu yang tingginya kira-kira tiga kaki dan hujung bambu itu diletak untuk
tempayan itu diletakkan. Batang bambu ini diikat pada tiang rumah dengan
menggunakan tali kyang diperbuat daripada kelapa (hisad).

Setelah itu Bobohizan akan menjemput 'miontong' untuk minum tapai
(moginum) bersama-sama. Setelah itu bobohizan akan bersedia untuk menjemput
dewata dari kayangan untuk turut serta makan minum dan memohon kepada
mereka untuk menjaga dan melindungi padi serta keluarga suku kaum
Kadazandusun.

Pelatih Bobohizan akan membaca mentara'mingau' dan diikuti dengan
mentera 'kumodong sakazan' ini ialah untuk memanggil semangat kenderaan yang
menurut mereka berbentuk perahu dan akan belayar terapung-rapung di udara. Para
Bobohizan akan menutup muka mereka dengan kain sambil membaca mantera
'modsuut/soikung' iaitu memanggil roh-roh kayangan. Para Bobohizan ini akan
menentukan arah tujuan masing-masing, biasanya dua orang Bobohizan akan
belayar ke kayangan (minsavat).

Acara 'modsuut' ini diiringi dengan paluan gong tanpa henti dan Bobohizan
pula membaca mantera dan mengoncang-goncangkan alat bunyian mereka yang
diperbuat serpihan-serpihan besi disangkutkan pada serpihan tulang rusuk manusia
yang dipercayai diturunkan oleh nenek moyang mereka yang merupakan pahlawan
peperangan (misasangod). Alat bunyian ini dipanggil 'sindayang'.

http://bukuskrapbudaya.blogspot.com/2012/03/kebudayaan-kaum-kadazan-dusun.html
Antara bahan makanan yang dihidang di tengah rumah sebagai jamuan
'mintong' ialah nasi, tapai, jeruk ikan (nosom) yang digaul dengan halia dan padi
(santadang paai). 'Modsuut' memakan masa yang agak lama iaitu lebih kurang dari
jam 1.00 tengah malam hingga jam 5.00 subuh. Apabila roh Bobohizan itu sudah
turun ke bumi dengan roh-roh kayangan, maka Bobohizan akan berehat sebentar,
samada mereka akan tidur atau makan.

Semasa Bobohizan berehat, para jemputan akan menarikan tarian
tradisional Kadazandusun iaitu sumazau. Di sebelah pagi pula iaitu lebih kurang jam
6.00 pagi Bobohizan akan memalu gendang sambil membaca mantera 'mihung',
'painsan', 'monduvazan dan Bobohizan akan menyanyikan mantera 'momosik'
tompuvan' (mengejutkan pari-pari yang menjaga rumah).

Seterusnya Bobohizan akan menarik sehelai bulu dari seekor ayam yang
telah disediakan sebagai korban. Korban biasanya ialah seekor ayam dengan
seekor babi. Jantina korban mestilah bertentangan misalannya ayam jantan dengan
babi betina dan sebaliknya. Sehelai bulu ayam tadi akan diikat pada hisad dan ianya
akan dikuis pada tuan rumah dan para tetamu.

Ini ialah untuk melindungi
mereka daripada serangan penyakit agar mereka akan sentiasa sihat dalam
mengerjakan sawah padi masing-masing. Setelah itu tetamu akan dijamu dengan
makanan yang telah disediakan seperti nasi, tapai, daging ayam, daging babi dan
sebagainya. Setelah Bobohizan menjamu selera, mereka akan turun ke bawah
rumah dan membawa korban itu bersama-sama mereka. Bobohizan akan membaca
mantera sambil memegang ayam korban dan sumazau.

Selepas membaca mantera, ayam akan disembelih dengan menusuk kepala
ayam itu dengan benda tajam, kadangkala Bobohizan akan menggunakan klip
http://bukuskrapbudaya.blogspot.com/2012/03/kebudayaan-kaum-kadazan-dusun.html
rambut yang besar(titimbok). Setelah ayam itu mati, bulunya akan dibakar sehingga
terhidu baunya. Ertinya ayam itu kini telahpun dikorbankan kepada miontong.
Seterusnya Bobohizan akan memanggil 'miontong' untuk minum tapai iaitu dengan
menuangkan sedikit tapai ke tanah.

Setelah itu Bobohizan akan memotong, rumput dengqn parang dan
membaca mantera 'manau' untuk meminta dewata pulang ke kayangan.
Kemudiannya korban-korban itu akan dibawa naik semula ke rumah. Semasa para
Bobohizan naik ke rumah, salah seorang tuan rumah akan merenjiskan air kepada
Bobohizan sebagai membersihkan Bobohizan yang telah turun ke tanah. Bobohizan
pula akan menyanyikan mantera 'sumamboi'.

Bobohizan akan berehat
seketika, kemudian acara 'magampah' akan diadakan dimana tetamu dan ahli
keluarga tuan rumah terutamanya kanak-kanak akan duduk berkumpulan pada
suatu tempat (lazimnya ditengah ruang tamu) lalu ditutup dengan kain yang besar
sambil Bobohizan menari-nari mengelilingi mereka dengan membaca mantera dan
memukul dua bilah parang (tandus atau ilang) di atas kain yang menutuoi kumpulan
itu untuk menghalau penyakit.

Bobohizan yang lainnya juga akan menari-nari mengelilingi kumpulan ini
dengan menguis kain penutup dengan batang Lengkuas (tumbu) dan ohok (bunga).
Apabila mantera selesai dibaca, Bobohizan akan mengangkat kain penutup dan
mereka yang ditutup oleh kain itu akan bertempiaran lari kononya untuk
meninggalkan penyakit ditempat mereka berekumpul tadi.
Setelah itu Bobohizan dan para tetamu akan para tetamu akan sumazau.
Selepas jamuan tengah hari, Bobohizan akan membaca mantera 'papasazau
miontong' ini ialah untuk menjemput roh-roh penjaga rumah/padi berpesta menari
http://bukuskrapbudaya.blogspot.com/2012/03/kebudayaan-kaum-kadazan-dusun.html
sumazau bersama-sama. Sambil sumazau, Bobohizan akan memotong batang
bambu (binabat) yang telah disediakan, kemudian disangkut pada dinding rumah.

Hisad juga akan dihiris-hiris oleh Bobohizan. Hisad yang jatuh ke lantai
akandipungut dan ditabur diatas padi yang dipersembahkan sebagai korban kepada
'miontong'. Selepas itu Bobohizan akan berehat dan pada waktu inilah korban-
korban seperti daging babi dan ayam dibersihkan dan dibahagi-bahagikan. Bahagian
usus korban ini akan dibawa oleh Bobohizan ke sungai untuk dibersihkan. Upacara
ini dinamakan 'humanau', ini juga bertujuan untuk memberi makan kepada miontong.

Setelah itu kesemua Bobohizan akan mandi, membersihkan diri mereka.
Semasa perjalanan kembali ke rumah tempat momohizan itu diadakan, Bobohizan
dilarang untuk menoleh ke belakang atau tersadung kaki semasa berjalan. Upacara
momohizan ini diadakan selama dua malam dan setengah hari. Malam keduanya
Bobohizan akan membaca mantera 'modsuut' lagi tapi dengan roh penjaga
rumah/padi saja.

Di sebelah pagi hari kedua, bahan korban akan dibahagi-bahagikan kepada
para Bobohizan sebagai sogit dan selepas itu mereka akan dijamu dengan makanan
dan minuman tapai, ketika inilah para tetamu dan Bobohizan akan berbalas pantun
(kizat) atau syair (hius) dan acara ini sememangnya merupakan acara untuk
berhibur yang di selangi dengan gelak ketawa dan usik mengusik. Setelah selesai
makan, Bobohizan akan pulang ke rumah masing-masing dengan berbekalkan sogit
(huus).

2.1.9.2 Upacara Humabot
Upacara Humabot ialah adat suku kaum
Kadazandusun yang diamalkan oleh nenek moyang suku kaum ini apabila
mendirikan rumah baru. Sebuah keluarga suku kaum ini yang akan mendirikan
rumah akan meminta Bobohizan untuk menjampi tanah tapak rumah itu didirikan.

http://bukuskrapbudaya.blogspot.com/2012/03/kebudayaan-kaum-kadazan-dusun.html
Bobohizan memasukkan benda-benda seperti garam, butang baju dan kayu
sapad ke liang tanah tempat tiang dipacakkan. Selepas itu Bobohizan akan merenjis
air disekitar kawasan tapak rumah sambil membaca mantera, ini bertujuan untuk
menghalau roh-roh jahat yang berkeliaran di tapak rumah tersebut yang dipercayai
akan mendatangkan malapetaka ataupun dalam bahasa kadazandusun 'kopizo'
Tiang akan dipacakkan jika tuan rumah termimpi baik, tetapi jika sebaliknya, maka
tapak tiang akan dialihkan sedikit dari tapak asal.

Apabila rumah sudah didirikan, Bobohizan akan dipanggil lagi dan kali ini
upacara 'momodu' atau memandikan rumah akan dijalankan. Bobohizan akan
membaca mantera sambil kaum lelaki akan menyalakan apai pada bambu yang
hujungnya dibungkus dengan getah (sikalap) dan membawa obor ini mengililingi
rangka-rangka atap rumah sambil bertempik sorak atau 'memangkis'. Ini bertujuan
untuk menghalau roh-roh jahat pembawa malapetaka.

Upacara ini biasanya disambut dengan keramaian dan para jemputan akan
dihidangkan dengan jamuan. Tuan rumah juga akan memjemput ketua keluarga
yang mempunyai ramai anak yang semua masih 'hidup', ke rumahnya dan meminta
ketua keluarga itu baring sebentar pada alas tidur tuan rumah. Ini dipercayai
bertujuan untuk menjemput rezeki yang berpanjangan kepada keluarga tuan rumah
itu.

Sebulan selepas tuan rumah tinggal di rumah itu maka upacara
'momohontog sisit' iaitu upacara menghormati tiang rumah akan diadakan ianya
merupakan acara keramaian seperti magagung, sumazau dan makan besar.
Setahun selepas tuan rumah tinggal di rumah baru itu, upacara magavau akan
diadakan untuk memuja semangat rumah.

Seminggu selepas magavau diadakan upacara Humabot pula menyusul,
upacara ini juga adalah upacara menghormati rumah dan ianya disambut dengan
meriah sekali. Tapai akan disediakan untuk menjamu jemputan yang datang.

http://bukuskrapbudaya.blogspot.com/2012/03/kebudayaan-kaum-kadazan-dusun.html
Dalam upacara itu Bobohizan akan menjampi nasi untuk membuat tapai
kemudian meletakkanya diatas daun simpur. Air perahan nasi tapai itu akan
diminum dan nasinya pula dilontarkan ke dalam ketawai besar (bekas menyimpan
padi), ini adalah untuk memberi makan kepada semangat padi 'bambazon' makan.
Kaum lelaki juga akan melontarkan nasi tapai pada daun simpur itu ke dalam
ketawai sambil bertempik sorak (memangkis) .

Acara ini berterusan sehingga kesemua nas tapai yang diletakkan atas daun
simpur itu habis. Upacara Humabot diadakan setiap selang satu tahun selepas ia
diadakan dan lima tahun selepas rumah itu dihumi. Upacara ini juga merupakan
upacara keramaian iaitu makan besar dimana seekor kerbau akan ditumbangkan
sebagai sogit (korban).

Nenek moyang suku kaum ini mempercayai bahawa sekiranya upacara-
upacara menghormati rumah baru ini tidak dilakukan maka malapetaka pasti akan
menimpa keluarga yang tinggal dirumah baru itu, penyakit akan berleluasa, perkara-
perkara ganjil dan mengerikan akan terjadi dirumah itu seperti beratus-ratus ekor
tabuan (potizukon) akan mengelilingi rumah atau biawak akan tiba-tiba muncul
dirumah baru itu.

http://bukuskrapbudaya.blogspot.com/2012/03/kebudayaan-kaum-kadazan-dusun.html
2.2 Bahasa
Bahasa ialah satu wahana perhubungan dan komunikasi antara manusia.
Sebagai keperluan sosial, bahasa adalah alat penting untuk menyampai maksud, ia
juga sistem lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan manusia sebagai alat
untuk berhubung manakala dialek ialah satu variasi bahasa yang ditentukan
mengikut wilayah dan ditutur bergantung kepada tempat seseorang itu dilahirkan
(S.Nathesan, 1995).

Bahasa merupakan pengenalan dan asas perpaduan bagi semua kaum.
Demikian juga dengan kaum Kadazandusun yang mempunyai bahasanya sendiri
iaitu Bahasa Kadazandusun. Bahasa ini adalah identiti bagi sukukaum
Kadazandusun. Sekiranya lenyap bahasa maka sesuatu kaum itu juga akan pupus.
Oleh itu, Bahasa Kadazandusun ini haruslah dikembangkan dan dipelihara supaya
tidak lenyap. Menurut Dr. Jacqueline Pugh-Kitingan (1987) keluarga Dusun
menggunakan empat belas bahasa pertuturan. Antara bahasa Dusun ialah Liwan,
Tagas, Dusun Tambunan, Tuhauwon dan Kuruyou. Bahasa Dusun Liwan tertumpu
di daerah Ranau.

Bagi mengembangkan dan memelihara bahasa ibunda kaum Kadazandusun
ini lenyap maka beberapa usaha telah diambil contohnya Bahasa Kadazandusun ini
telah mula diajar di beberapa buah sekolah rendah terpilih untuk projek perintis
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun.

Kurikulum Bersepadu Bahasa Kadazandusun Sekolah Rendah adalah untuk
memboleh murid menguasai kemahiran asas berkomunikasi dan memperolehi ilmu
serta menghayati dan membanggai bahasa itu.

Pendidikan di negeri Sabah berkembang dengan adanya satu lagi Bahasa
diajar dengan rasminya dalam sistem tertentu persekolahan sekolah rendah. Selain
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, beberapa badan dan pertubuhan lain juga
memainkan peranan penting dalam usaha pengembangan dan pemeliharaan
Bahasa Kadazandusun contohnya Kadazandusun Language Foundation ( KLF ),
Koisaan Cultural Development Institute ( KDI ), Persatuan Kebudayaan
Kadazandusun Sabah ( KDCA ), Perpustakaan Negeri Sabah ( PNS ).
Kadazandusun merupakan suku kaum yang terbesar di negeri Sabah.
Mereka menuturkan banyak dialek dalam bahasa Kadazandusun. Walaupun
terdapat perbezaan ini namun ianya masih dalam rumpun suku kaum
Kadazandusun. Dengan adanya pendidikan Bahasa Kadazandusun di sekolah
http://bukuskrapbudaya.blogspot.com/2012/03/kebudayaan-kaum-kadazan-dusun.html
rendah kini, maka bahasa Kadazandusun ini akan dapat di mertabatkan dan
dikekalkan serta dapat dipelihara daripada pupus.


http://bukuskrapbudaya.blogspot.com/2012/03/kebudayaan-kaum-kadazan-dusun.html
2.3 Makanan Tradisi


Makanan bagi sesuatu kaum merupakan identiti dan pengenalan bagi
sesuatu kaum. Terdapat banyak jenis makanan dalam masyarakat Kadazandusun.
Biasanya kita dapat melihat pelbagai jenis hidangan ini di musim perayaan seperti
Pesta Kaamatan yang dirayakan setiap tahun iaitu 30 dan 31 Mei.

Selain perayaan, biasanya suku kaum Kadazandusun yang tinggal di
kampung, masih mengamalkan cara masakan atau hidangan secara tradisional ini.
Kita juga dapat melihat dan merasa hidangan seumpama ini pada masa upacara
seperti perkahwinan dan majlis lain di adakan oleh suku kaum Kadazandusun.
Antara makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum Kadazandusun ialah
Hinava, Noonsom, Pinaasakan, Bosou, Tuhau, Sup Kinoring Bakas (tidak halal) dan
Sup Manuk Lihing. Makanan-makanan ini dapat disediakan dengan pelbagai cara
mengikut kebiasaan amalan tradisi kaum Kadazandusun.

Sesungguhnya makanan tradisional bagi kaum Kadazandusun ini amat
berbeza dari kaum yang lain terdapat di negeri Sabah. Selain makanan ini lazat,
sudah tentu ianya juga mempunyai keunikannya yang tersendiri. Masyarakat Sabah
telah dianugerahkan dengan pelbagai jenis makanan. Ini adalah kerana keadaan
semulajadi bentuk muka buminya banyak membekalkan sumber pencarian
makanan.

Contohnya, laut dan sungai yang dibekalkan dengan pelbagai jenis ikan,
udang dan sebagainya, hutan rimba yang ditumbuhi dengan pelbagai jenis
tumbuhan liar, herba, buah-buahan dan didiami pelbagai jenis hidupan liar.
Masyarakat tempatan Sabah telah memperkenalkan pelbagai jenis makanan tradisi.
Kebiasaan ini diamalkan oleh lebih dari tiga puluh golongan etnik yang mana lebih
http://bukuskrapbudaya.blogspot.com/2012/03/kebudayaan-kaum-kadazan-dusun.html
dipengaruhi dengan cara hidup dan keadaan persekitaran tempat tinggal etnik
tertentu.

Masyarakat kaum Kadazandusun di Sabah telah mengamalkan cara
pemakanan Tradisi sejak turun-temurun dan masih diamalkan sehingga hari ini.
Antara makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum Kadazandusun ialah
Hinava, Noonsom, Pinaasakan dan Sup Manuk Lihing. Makanan-makanan ini dapat
disediakan dengan pelbagai cara mengikut kebiasaan amalan tradisi Kaum
Kadazandusun.

2.3.1 HINAVA


Hinava merupakan makanan yang paling popular di kalangan kaum
Kadazandusun. Bahan yang diperlukan untuk penyediaan makanan ini ialah Isi ikan
( Ikan Tenggiri ) dihiris halus, biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah,
halia, bawang merah , limau kapas dan garam.

2.3.2 NOONSOM


Noonsom lebih dikenali sebagai jeruk dalam Bahasa Melayu. Terdapat
beberapa jenis Noonsom yang telah diperkenalkan oleh Kaum Kadazandusun.
http://bukuskrapbudaya.blogspot.com/2012/03/kebudayaan-kaum-kadazan-dusun.html
Antara yang paling popular ialah Noonsom Sada (Ikan), Noonsom Bambangan dan
Noonsom Tuhau.

Noonsom Sada - Ikan yang digunakan ialah jenis ikan air tawar, dibersihkan
dan dijeruk menggunakan isi buah Pangi (ditumbuk ), nasi dan garam. Campurkan
kesemua bahan dan diisi ke dalam bekas botol/tajau kecil dan biarkan selama
sepuluh atau dua belas hari sehingga boleh dimakan.
Noonsom Bambangan - Isi Buah Bambangan dihiris dan dicampur dengan
biji buah bambangan yang telah diparut dan sedikit garam. Apabila kesemua bahan
dicampurkan, isikan ke dalam bekas botol atau tajau kecil dan biarkan selama
seminggu sebelum dimakan.
Noonsom Tuhau - Isi Tuhau dihiris halus dan dijeruk dengan cuka, garam
dan cili merah. Apabila kesemua bahan telah dicampurkan, isikan ke dalam bekas
botol dan biarkan beberapa minit sebelum dihidangkan.

2.3.3 PINAASAKAN
Bahan yang diperlukan untuk penyediaan makanan ini ialah ikan ( ikan air
tawar/ikan air laut ) , dibersihkan dan dicampur dengan sedikit biji kunyit dan halia
yang telah ditumbuk, sedikit biji asam jawa atau buah asam 'takob-bakob' , garam,
serbuk perasa dan sedikit air. Biarkan ia mendidih sehingga air hampir kering.

2.3.4 SUP MANUK LIHING
Masakan ini lebih dikenali sebagai 'Sup Ayam Lihing' dalam Bahasa Melayu.
Bahan yang diperlukan ialah seekor ayam kampung , sejenis minuman keras yang
lebih dikenali 'Lihing' di kalangan kaum Kadazandusun dan hirisan halia. Cara
menyediakan, rebus daging ayam yang telah dipotong dengan setengah cawan
lihing , hirisan halia, garam dan serbuk perasa. Biarkan ia mendidih sehingga daging
ayam betul-betul lembut sebelum dihidangkan.
Mengikut tradisi kaum Kadazandusun, makanan ini sangat sesuai untuk
wanita yang baru lepas bersalin. Kebanyakan makanan tradisi kaum Kadazandusun
hari ini boleh didapati di beberapa restoran tertentu yang biasa menyediakan
makanan tradisi penduduk tempatan.
Selain dari itu, beberapa hotel terkemuka juga memilih untuk menghidangkan
'Hinava' sebagai hidangan khas untuk para pengunjungnya. Keunikan dan
kepelbagaian makanan tradisi yang diperkenalkan oleh masyarakat tempatan Sabah
hari ini merupakan salah satu lagi keistimewaan yang terdapat di negeri di bawah
bayu ini.

http://bukuskrapbudaya.blogspot.com/2012/03/kebudayaan-kaum-kadazan-dusun.html
2.4 Muzik Tradisional
Kebanyakaan alat-alat muzik di Sabah dibuat daripada bahan-bahan asli.
Sebagai contoh, tongkungon, turali, suling (atau seruling), sompoton dan togunggak
diperbuat daripada buluh.
Alat lain seperti gambus,
kompang dan gendang diperbuat daripada kulit kambing. Gong dan kulintangan
dibuat daripada kayu lembut dan menyerupai gitar panjang bertali tiga yang dibuat
daripada giman, sejenis gentian pokok palma. Alat-alat muzik di Sabah, dikelaskan
kepada ;
Kordofon - (tongkungon, gambus,sundatang atau gagayan)
Erofon - (suling, turali atau tuahi, bungkau dan sompoton)
Idofon - (togunggak, gong,kulintangan) dan membranofon (kompang,gendang atau
tontog).

2.4.1 GONG
http://bukuskrapbudaya.blogspot.com/2012/03/kebudayaan-kaum-kadazan-dusun.html
Gong merupakan tulang belakang dalam
kebanyakan arena permainan muzik dan ianya digunakan dalam hampir kesemua
upacara sosial. Bilangan gong yang dimainkan bersama berbeza-beza mengikut
keperluan masyarakat setempat. Satu atau dua buah gendang juga sering dipalu
bersama untuk menseragamkan iramanya.
Gong boleh didapati di seluruh negeri Sabah dan mempunyai nilai yang
tinggi. Ia juga digunakan sebagai hantaran berian, upacara kepercayaan animistic,
isyarat dan perayaan pesta-pesta menuai Sejak akhir-akhir ini suku kaum Rungus di
Kudat ada membuat gong yang dibentuk dari kepingan besi galvanic yang dibeli di
sini. Gong yang lebih popular mempunyai dinding yang tebal, bibir yang dalam serta
tombol yang besar, ditempah dari Filipina, Indonesia atau Berunei.

2.4.2 BUNGKAU
Kecapi mulut dibuat daripada kulit sejenis pokok palma yang dikenali sebagai
polod oleh suku kaun Kadazandusun. Untuk mengukir bentuknya, ianya memerlukan
tangan yang halus dan mahir. Alat ini lazimnya ditemui di kawasan-kawasan suku-
kaum Dusun.
Kepingan berkayu yang nipis di tengah alat ini digetarkan dengan
memukulnya dengan ibu jari. Getaran kepingan kayu ini menghasilkan bunyi yang
kecil tetapi dengan meletakkannya di hadapan mulut sipemain boleh membesarkan
bunyinya melalui salun (bunyi yang berbalik).
Berjenis-jenis frekuensi boleh dihasilkan dengan mengubah mulut serta
kedudukan lidah. Apabila tidak dipakai, alat ini selalunya disimpan dalam bekas tiub
buluh kecil agar ianya tidak rosak dan sentiasa dalam keadaan bersih.

http://bukuskrapbudaya.blogspot.com/2012/03/kebudayaan-kaum-kadazan-dusun.html
2.4.3 SOMPOTON (Erofon)
Organ mulut merupakan alat yang sangat
menarik di antara alat-alat musik tempatan di Sabah. Ianya dibuat daripada sebiji
buah labu yang kering dengan lapan batang paip buluh yang disusun dalam dua
lapisan.

Salah satu daripada paip ini tidak
mempunyai bunyi dan berfungsi untuk memperseimbangkan kedudukan bentuk alat
tersebut. Dengan meniup atau menyedut mulut labu, sipemain boleh menghasilkan
satu bunyian harmoni yang merdu.

Beberapa kepingan kecil polod(seperti dalam Bungkau) diletakkan pada
dasar tiap-tiap tepian paip yang berbunyi. Paip tersebut dimasukkan ke dalam
lubang pada sisi labu kemudian ditampal dengan lilin lebah. Kepingan kecil polod
diletakkan di dalam labu dan menambah salun alat yang baru disiapkan.

http://bukuskrapbudaya.blogspot.com/2012/03/kebudayaan-kaum-kadazan-dusun.html
Paip-paip buluhnya diikatkan bersama dengan rotan yang telah diraut nipis.
Semada memainkan sompoton, seseorang pemain menutup dan membuka tiga
daripada empat paip terpendek pada hujungnya dengan tiga jari tangan kanan dan
tiga lubang kecil pada dasar paip terpendek serta hadapan dan belakang paip yang
lebih panjang dengan jari tangan kiri.

Sompoton ini boleh dimainkan secara perseorangan untuk hiburan
persendirian atau dalam kumpulan untuk mengiringi tarian. Ianya popular di
kalangan sukukaum Kadazandusun.


2.4.4 TOGUNGGAK (idiofon)
Dikenali sebagai tagunggak di kalangan suku kaum Murut, Togunggak di
kalangan suku kaum Dusun/Kadazan atau 'Togunggu' di Penampang., idiofon
bambu paluan ini dimainkan dalam kumpulan untuk mengiring tarian atau perarakan
di pesta-pesta.

Satu set alat-alat muzik ini merangkumi enam (togunggu') hingga tiga puluh
(tagunggak) buah, bergantung kepada suku kaum. Muzik yang dikeluarkan
menyerupai satu set gong sesuatu kumpulan, dengan setiap idiofon diselaraskan
bunyinya mengikut gong sebenar yang dimainkan.

2.4.5 KULINTANGAN (Idiofon)
Pada mulanya alat ini diperkenalkan di barat Sabah oleh suku kaum Brunei
tetapi secara tradisional ianya juga digunakan oleh suku kaum Bajau dan beberapa
suku Dusun/Kadazan. Selalunya, ia dimainkan dalam majlis-majlis dan perayaan
http://bukuskrapbudaya.blogspot.com/2012/03/kebudayaan-kaum-kadazan-dusun.html
seperti majlis perkahwinan dan upacara keagamaan, di mana ianya diiringi oleh
gong-gong tradisional.

Alat ini merangkumi lapan ataupun 9 buah gong-gong cerek yang kecil.
Setiap daripadanya mengeluarkan bunyi-bunyian yang berbeza-beza apabila
dipukul. Gong-gong cerek ini diletakkan tersusun dalam satu barisan di atas sebuah
rangka kayu rendah. Biasanya sipemain duduk di atas lantai berhadapan dengan
barisan gong sambil memukulnya dengan dua pemukul kayu kecil.


http://bukuskrapbudaya.blogspot.com/2012/03/kebudayaan-kaum-kadazan-dusun.html
2.5 Pakaian Tradisi


Kadazandusun terkenal dengan kaum yang mempunyai banyak sub-etnik
yang kaya dengan budaya mereka sendiri. Oleh itu, setiap kaum dalam kadazan-
dusun mempunyai perbezaannya pakaian tradisionalnya yang tersendiri. Setiap
etnik dalam kaum kadazan-dusun ini mempunyai keunikannya yang tersendiri
Contohnya pakaian tradisi bagi etnik dusun bundu di Ranau dan Liwan di Tambunan
adalah berbeza dengan pakaian tradisi bagi etnik Lotud di Tuaran dan juga
Kimaragang di Kota Marudu.

Pakaian ini biasanya dipakai dimusim perayaan seperti pesta kaamatan dan
juga upacara khas seperti perkahwinan. Kebiasaannya para gadis dari kaum
Kadazandusun akan memperagakan jenis pakaian tradisi ini apabila adanya
pertandingan unduk ngadau kaamatan di peringkat negeri Sabah. Antara perbezaan
pakaian suku kaum kadazan-dusun ialah seperti berikut: Pakaian tradisi suku kaum
Kadazandusun kaya dengan keunikannya. Ini adalah kerana, ianya berlainan
diantara satu tempat dengan tempat yang lain. Setiap etnik dalam kaum
Kadazandusun ini mempunyai perbezaan dari segi pakaian tredisinya.

Contohnya pakaian tradisi bagi etnik Dusun Bundu di Ranau dan Liwan di
Tambunan adalah berbeza dengan pakaian tradisi bagi etnik Lotud di Tuaran dan
juga Kimaragang di Kota Marudu. Setiap etnik dalam kaum Kadazandusun ini
mempunyai keunikannya yang tersendiri.

Kebanyakan daripada mereka telah mengekalkan corak dan warna pakaian
tradisi yang asli. Warna yang amat popular ialah warna hitam. Warna ini banyak
digunakan kerana pada masa dahulu, penduduk asli negeri Sabah hanya
http://bukuskrapbudaya.blogspot.com/2012/03/kebudayaan-kaum-kadazan-dusun.html
bergantung kepada beberapa jenis tanaman dan sayuran untuk dijadikan cecair
pencelup kain.

Mereka hanya perlu menambahkan manik-manik berbagai jenis warna
seperti merah, oren, putih serta hijau sebagai perhiasan tambahan. Pakaian tradisi
juga termasuklah manuk-manik antik yang dijadikan kalung, tali pinggang, barangan
antik berukiran berwarna perak dan tali pinggang yang diperbuat daripada wang
syiling dolar berwarna perak. Kesemuanya ini merupakan khazanah turun-temurun
yang sangat berharga serta tinggi nilainya.
http://bukuskrapbudaya.blogspot.com/2012/03/kebudayaan-kaum-kadazan-dusun.html

Berikut adalah beberapa keterangan tentang pakaian tradisi suku kaum
kadazansusun yang amat popular di negeri Sabah.

2.5.1 Suku Kaum Kadazandusun Penampang
i. Ciri-ciri pakaian tradisi.
Blaus tidak berlengan,berwarna hitam baldu untuk wanita(Sinuangga).
Blaus berlengan pendek, berwarna hitam(baldu) untuk wanita petengahan umur.
(Sinompukung)
Blaus berlengan panjang untuk wanita golongan tua terutamanya
'bobohizan'(kinoingan).
Kemeja berwarna hitam baldu, atau panjang untuk golongan lelaki.
Sarong (tapi) panjang berenda 'siling', berwarna hitam
Siga - pelbagai corak dan motif pada tenunan

ii. Perhiasan pakaian.
renda 'siling' utama keemasan pelbagai corak.

iii. Barangan kemas
Himpogot - wang syling berwarna perak.
Tinggot - Tali pinggang berwarna perakdiperbuat daripada wang syling dolar abad
awal 20-han.
Tangkong - Diperbuat daripada leburan logam tembaga bercorakkan gong dan
berbentuk cincin (husau) yang disarungkan dalam lingkaran rotan yang halus.
Gelang (gohong)
Rantai leher (hamai)
Anting-anting (simbong)
Cincin (sinsing)
Kerongsang berwarna keemasan


http://bukuskrapbudaya.blogspot.com/2012/03/kebudayaan-kaum-kadazan-dusun.html
2.5.2 Rungus Di Kudat
i. Ciri-ciri Pakaian Tradisi
Blaus berwarna hitam bercorak yang dipakai aras dada ke pinggang dipanggil
'Banat Tondu'.
Sarong(Tapi Rinugading) hingga ke paras lutut sahaja.
Kain hitam berukuran lebar 28-30 sm. Ia disarungkan ke leher lalu diletakkan di
bahu dan berjuntai ke lengan berbentuk pakaian berlengan.
Baju Kemeja hitam berlengan pendek atau panjang untuk golongan lelaki.
Siga

ii. Perhiasan Pakaian
Kain bercorak, tenunan halus pelbagai corak.
Cincin tembaga serta manik-manik antik disarungkan dalam 'togung ' menjadi tali
pinggang berwarna-warni yang dipanggil 'orot'.
Manik-manik dipanggil " lobokon " digantung di pinggang.
Sepasang selendang (pinakol) berukuran 6-8 sm lebar. Ia diperbuat daripada
manik-manik berunsurkan corak purbakala.

iii. Barangan Kemas
Rantai leher (sandang) diperbuat daripada kulit kerang (Kimia) berwarna putih
berkilauan dan tulang haiwan.
Sanggul (titimbok)
'Burambun' dan 'Giring' barangan antik yang diperbuat daripada logam emas
berbentuk loceng.
'Sisingal' - manik-manik serta kulit kerang diikat bersama membentuk rantai yang
diikat di bahagian dahi.
Cebisan kain dijahit membentuk tocang (rampai) berwarna-warni, diikat di tengkuk.



2.5.3 Kadazandusun Papar
i. Ciri-ciri Pakaian Tradisi
Blaus baldu hitam berlengan panjang (siya)
Blaus putih (baju dalam)
Sarong (gonob) baldu hitam hingga paras lutut.
Siga (lelaki)
Baju kemeja baldu hitam berlengan panjang.
Siung (wanita)
http://bukuskrapbudaya.blogspot.com/2012/03/kebudayaan-kaum-kadazan-dusun.html
berbulu binatang (burung) berwarna apa sahaja untuk wanita bujang.
berbunga-bunga untuk golongan wanita sudah berkahwin.
tiada perhiasan di siung .

ii. Perhiasan Pakaian
Butang berwarna keemasan (kubamban) sebanyak 8 pasang di dada.
Renda keemasan (siling) dan labuci (dijahit disekeliling lipatan tangan dan leher)
8 pasang butang berwarna keemasan dijahit di lengan blaus.
Tenunan 'rinangkit ' bercorak cetusan bintang dijahit secara menegak dan melintang
pada sarong (gonop).

iii. Barangan Kemas
3 bentuk kerongsan antik keemasan berbentuk duit syiling.
Gelang (belilit) perak.
Tali pinggang berwarna perak (rupiah) berbentuk duit syiling.

iv. Cara Pemakaian.
3 pasang untuk wanita bujang.
2 pasang untuk wanita berkahwin.
1 pasang untuk wanita berstatus balu atau golongan berumur.
Tali pinggang kecil berwarna perak untuk menunjukkan si pemakai dari golongan
berada.

2.5.4 Lotud Tuaran
" Lorud "(Blaus berlengan panjang)
a) Dipakai oleh Lotud Tantagas semasa upacara rasmi.
i. Ciri-ciri Pakaian Tradisi
Blaus hitam berlengan panjang (sukub kopio), bercorak warna merah sebagai
warna utama. Tinobugi berwarna merah, kuning keemasan dijahit pada pergelangan
tangan, tepian blaus dan di dada.Corak bermotif bambu (Ukob)berwarna
merah,oren, biru dan hijau dijahit tangan di atas jahitan warna keemasan di
pergelangan tangan.
" Gonob " pula bercorak warna merah dijahit ditepi kiri (bangkit) serta tinobugi dijahit
melintang diparas betis. Ukuran gonob adalah dibawah paras lutut.
Sandai. Ia sejenis kain skaf panjang yang dipakaikan disekeliling bahu.

ii. Perhiasan Pakaian
Kain putih (haboi) sebagai tali pinggang .
http://bukuskrapbudaya.blogspot.com/2012/03/kebudayaan-kaum-kadazan-dusun.html
Tali pinggang (loti) putih dan perak. Ditambah dengan 2 kelepak ikatan hitam untuk
wanita sudah berkahwin.
Rambut disanggul seperti 'Sinulug' (atas) 'Sinungkok' (bawah) "Ginuli" pula dililitkan
di sekeliling sanggul 'sinulug'.
Sigar dan siwot.
Sigar - Ia diperbuat daripada daun nipah serta mempunyai daun emas. Brunei yang
diukir tangan. Tepian sigar dihias dengan rotan yang dicelup dengan warna merah.

Siwot - Ia terdiri daripada ikatan 4 helai bulu ayam putih diikat dengan kain merah .
Setiap bulu dilekatkan pada cebisan bambu nipis. Beberapa helai bulu hitam
disertakan juga. Helaian 1 dan 4 mesti mempunyai rantai manik emas dan biru
berhiaskan cebisan kain merah.



iii. Barangan Kemas
Himpogot wang syling berwarna perak.
Tinggot - Tali pinggang berwarna perakdiperbuat daripada wang syling dolar abad
awal 20-han.
Tangkong - Diperbuat daripada leburan logam tembaga bercorakkan gong dan
berbentuk cincin (husau) yang disarungkan dalam lingkaran rotan yang halus.
Gelang (gohong)
Rantai leher (hamai)
Anting-anting (simbong)
Cincin (sinsing)
Kerongsang berwarna keemasan.

2.5.5 Dusun Tindal Tempasuk Kota Belud
i. Ciri-ciri Pakaian Tradisi
Blaus berlengan panjang (sinipak ) berwarna hitam.
Gonob (sarong) paras lutut.

ii. Perhiasan Pakaian
Renda bercorak dijahit tangan pada lengan blaus.
Lengan blaus di atas siku ke bawah pula dibelah dan dijahit tangan dengan
berbagai corakl kain berenda.
Kain hitam berlapis-lapis dengan renda kuning keemasan (sunduk do sunalatan)
disandang di tangan sebelah kanan.
http://bukuskrapbudaya.blogspot.com/2012/03/kebudayaan-kaum-kadazan-dusun.html
2 pasang selendang merah.
Kain dastar sebagai kolar baju.(selindang lolopot)
Gonob ditenun sendiri oleh suku kaum Dusun Tindal menggunakan kain tenunan
dari hasil pemprosesan pisang larut (textil musa)



iii. Barangan Kemas
Manik-manik antikb)Tali pinggang yang lebar (Kinokogis)a) Sinipogot - 4 gelang
sinipogot yang diperbuat daripada wang syiling dolar perak.
Gelang Perak ( Saring Perak ).
Anting-anting Perak.
Beg kecil berwarna perak (pouch) diukir tangan beserta rantai leher (kiupu). Ia
dipakai sebagai rantai leher.

2.5.6 Murut Tagal Dari Daerah Keningau
i. Ciri-ciri Pakaian Tradisi.
Blaus tidak berlengan ( sampayau pinongkoh ).
Sarung ( tapi ) berwarna hitam paras bawah lutut. Keunikan Tenunan manik-manik
berwarna-warni dan bercorak secara melintang dan menegak di seluruh bahagian
depan dan belakang blaus serta sarung.

ii. Perhiasan Pakaian
Manik-manik bercorak serta berwarna-warni seperti warna merah, putih, oren dan
hijau.

iii. Barangan Kemas
Tali pinggang ( tirol ringgit ) yang diperbuat daripada wang syiling antik dolar warna
perak.
Tali pinggang ( sukayan ) diperbuat daripada manik kristal berwarna merah / coklat (
sapulu ).
Manik-manik warna biru ( botina ) dipakai ( berjuntai ) pada pinggang.
Tali pinggang ( bungkas ) diperbuat daripada manik-manik yang berlapis-lapis
berwarna putih yang sukar didapati sekarang. Bungkas merupakan warisan turun
temurun ahli keluarga dan bernilai RM 10 000. 00.
Rantai leher berwarna putih biru dan merah yang diperbuat daripada manik dan
ukiran kayu.
Gelang tangan yang diperbuat daripada manik dipakai di atas paras siku.
http://bukuskrapbudaya.blogspot.com/2012/03/kebudayaan-kaum-kadazan-dusun.html
2.6 Tarian Tradisional

Setiap etnik menunjukkan cara hidup mereka melalui muzik dan tarian.
Tarian Sumazau merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun yang terkenal
di seluruh Malaysia. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti mengucap
kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan untuk
menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit. Juga melaluinya ibu-
bapa/keluarga dapat menonton dan memilih bakal menantu yang berpotensi.

Irama Sumazau adalah perlahan. Alat alat pengiring tarian adalah set gong
dan gendang. Pasangan penari berhadapan dan menggerak-gerakkan kaki
berlangkah kecil, sementara tumit kaki diangkat-turunkan mengikut irama. Ketika
menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang.
Biasanya Sumazau ditarikan semasa hari keramaian majlis jamuan Pesta
Kaamatan.Antara jenis tarian suku kaum Kadazandusun di Sabah adalah sepeti
berikut :

i. Liliput
Liliput merupakan tarian bagi etnik Bisaya di daerah Beaufort. Liliput ditarikan
secara berpusing-pusing. Tarian ini biasanya ditarikan semasa upacara menghalau
roh jahat daripada badan seseorang dan mengembalikan semangatnya. Upacara ini
hanya akan ditamatkan setelah semangat orang itu kembali ke badannya.

ii. Menangkuk
Tarian ini dipersembahkan oleh kaum Kadazandusun Kota Marudu di utara negeri
Sabah. Ia biasanya ditarikan semasa perkahwinan dan upacara-upacara lain. Penari
akan mempersembahkan tarian ini dengan menggunakan piring yang diletakkan di
atas telapak tangan.
Tarian ini ditarikan dengan melenggangkan punggung tanpa menjatuhkan piring.
Sekiranya piring itu jatuh, ianya menunjukkan petanda yang buruk, terutamanya
semasa tarian ini dipersembahkan semasa hari perkahwinan. Kadang-kadang lilin
yang dinyalakan akan letakkan diatas piring tersebut untuk membuatkan tarian itu
lebih menarik.

iii. Mogunatip
Mogunatip adalah tarian yang dipersembahkan oleh kaum asli dari pedalaman
Sabah termasuk kaum Kadazandusun dari Tambunan, Kwijau Dusun dari Keningau
http://bukuskrapbudaya.blogspot.com/2012/03/kebudayaan-kaum-kadazan-dusun.html
dan beberapa kumpulan daripada suku kaum Murut. Mogunatip diambil daripada
perkataan "atip" yang bermaksud menekan antara dua permukaan.
Penari mogunatip memerlukan kemahiran dan ketangkasan yang baik untuk menari
melintasi buluh yang dipukul serentak untuk menghasilkan bunyi dan irama tarian
tersebut. Tarian ini merupakan tarian yang dipersembahkan semasa upacara-
upacara yang tertentu untuk menghormati tetamu.

iv. Mongigol Sumundai
Mongigol Sumundai adalah tarian daripada daerah kudat dan Pitas yang
dipersembahkan oleh suku kaum Rungus . Kedua-duanya dipersembahkan oleh
suku kaum Rungus. Kedua-duanya dipersembahkan sekaligus semasa perayaan
dan upacara pemujaan semangat. Tarian ini ditarikan oleh 3 hingga 8 orang penari
perempuan dan diketuai oleh penari lelaki.
Penari perempuan akan merapatkan bahu antara satu sama lain dan menggerakan
pergelangan tangan dengan langkah-langkah yang perlahan dan lembut. Pakian
yang digunakan oleh penari perempuan adalah pakaian tradisional suku kaum
Rungus. Tarian ini diiringi dengan 4 gong dan gendang yang dinamakan ' Tontog'.

v. Paina
Paina merupakan tarian suku kaum Kadazandusun dari daerah Membakut. Ianya
dipersembahkan semasa upacara kesyukuran terhadap semangat padi.
Ia biasanya dipersembahkan oleh sekumpulan lelaki dan perempuan. Pakaian yang
dipakai oleh penari perempuan adalah serba hitam dengan dihiasi butang yang
terang dan menyerlah manakala penari lelaki pula memakai ' sigar ' di kepala dan '
sandai ' yang tergantung dari leher.

vi. Sumayau ( Mongigol Tuaran )
Tarian ini merupakan tarian pemujaan semangat oleh suku kaum Dusun Lotud di
daerah Tuaran. Ia biasanya dipersembahkan semasa Upacara ' Rumaha ' ( Upacara
memuja tengkorak kepala ), ' Magahau ' ( Upacara pemujaan semangat Tajau ).
Sumayau dipersembahkan lebih daripada 8 orang pasangan yang berpakaian serba
hitam dengan lengan panjang dan selendang yang panjang mengelilingi leher.
Penari perempuan pula memakai bulu burung di bahagian kepala yang
digabungjalinkan sementara penari lelaki memakai ' sigar '.
Penari perempuan menggerakkan tapak kaki mereka dengan perlahan , sementara
penari lelaki berdiri dan menggoncangkan ' giring ' atau loceng kecil ang dilekatkan
pada pakaian mereka.

http://bukuskrapbudaya.blogspot.com/2012/03/kebudayaan-kaum-kadazan-dusun.html
vii. Sumazau Papar
Tarian ini berasal dari daerah Papar, Sabah. Ianya biasa ditarikan oleh gabungan
penari lelaki dan perempuan.
Keunikan pergerakan tapak kaki penari perempuan, tumit bertemu tumit, ibu jari
bertemu ibu jari. Ini membuatkan tarian ini lebih unik dan serta menarik. Penari
perempuan memakai pakaian tradisi suku kaum Kadazandusun dari daerah Papar,
dengan ' seraung' yang diletakkan atas kepala dan bulu berwarna-warni atas '
seraung ' yang dipanggil ' senaundung '.
Penari lelaki pula memakai ' siga ' pada kepala mereka dan juga skaf / selendang
yang dikenali sebagai ' sandai '.

viii. Sumazau Penampang
Sumazau Penampang adalah tarian tradisional suku kaum Kadazandusun. Tarian
ini biasanya dipersembahkan semasa perayaan dan juga upacara pemujaan
semangat padi ( Bambaazon ).
Penari mempersembahkan tarian mereka secara berpasangan. Kedua-dua penari
lelaki dan perempuan mula menari dengan irama yang lembut dan perlahan
mengikut paluan gong. Dengan ' pangkis ' dari penari lelaki biasanya, ini
menandakan pertukaran corak tarian akan dilakukan. ' Pangkis ' dari penari lelaki ini
akan lebih memeriahkan lagi suasana tarian ini.
Pakaian yang dipakai oleh penari ini ialah pakaian serba hitam dengan jalur kuning
emas. Penari perempuan memakai ' tangkong ', ' tinggot ', dan ' Himpogot '. Penari
lelaki pula memakai ' sigar ' di kepala. Tarian ini biasanya diiringi oleh paluan gong
atau pun ' togunggu '.



ix. Titikas
Titikas adalah tarian tradisional suku orang sungai di kawasan Kinabatangan,
Sandakan. Tarian ini biasanya ditarikan untuk menyambut ketibaan tetamu kehormat
dan juga semasa perayaan.

Pergerakan tangan semasa menari ialah sama seperti permainan ' Ingki-ingki '. Alar
muzik yang digunakan untuk mengiringi tarian ini dikenalai sebagai ' titikas ', '
gabang ', ' kantung ' , dan juga gong.
http://bukuskrapbudaya.blogspot.com/2012/03/kebudayaan-kaum-kadazan-dusun.html
2.7 Perayaan

2.7.1 Pesta Kaamatan

Pesta Kaamatan (Menuai) disambut oleh Kadazandusun sebagai meraikan
tuaian baik, tetapi Pesta Kaamatan juga disambut oleh semua kaum lain Sabah.
Pesta Kaamatan disambut sepanjang bulan Mei walaupun perayaan ini hanya pada
30 dan 31 Mei. Kemuncak perayaan Kaamatan adalah peraduan ratu cantik atau
unduk ngadau, tarian tradisi, dan upucara kemuncak yang dijalankan oleh
Bobohizan "ketua pendita"
Pesta Kaamatan bagi kaum Kadazan
juga dikenali sebagai 'Tadau Ka'amatan' dalam bahasa Kadazandusun. Kadazan
percaya kepada makhluk halus dan dipercayai terdapat lima makhluk halus:
Kinoringan(Ketua makluk halus & Pencipta), Rusod(semangat semua benda hidup
kecuali manusia), Koududuwo (semangat manusia), Tombiruo (semangat orang
yang telah meninggal), dan Rogon (semangat jahat).
Menurut kepercayaan Kadazan, semangat padi merupakan Kinoingan
(Kinorohingan dalam dialek Dusun) yang dikenali sebagai Bambaazon, disembah
sebagai pencipta dan berkuasa sumber kepada kewujudan. Semangat padi
http://bukuskrapbudaya.blogspot.com/2012/03/kebudayaan-kaum-kadazan-dusun.html
Bambaazon dimuliakan pada pokok padi, beras, dan nasi. Ramai yang mempercayai
bahawa "Tanpa padi, tiada kehidupan."
Ketika pesta Kaamatan, penduduk Sabah mengenakan pakaian tradisi
mereka dan bersuka-ria. Selain menari Sumazau dengan alat muzik tradisi, tapai
(arak beras) dihidangkan sebagai minuman istimewa. Penduduk Sabah akan
menyapa sesama mereka dengan ucapan 'Kopivosian Tadau Ka'amatan' atau
'Selamat Hari Menuai'. Pesta Kaamatan atau di dalam bahasa kadazan "Magavau"
ini merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu
semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi kaum kadazandusun
sejak zaman berzaman.
Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi.
Pesta Kaamatan yang kita rayakan dewasa ini telajh diluluskan oleh Majlis
Undangan Kerajaan Koloni sebagai Cuti Umum sejak tahun 1960 lagi. Beliau yang
bertanggungjawab untuk mengusulkan agar Pesta Kaamatan ini diisytiharkan
sebagai Cuti Umum ialah Allahyaraham YAB Tun Haji Mohamad Fuad Stephens,
SMN, PSM. SPDK, PNBS, bekas Ketua Menteri Sabah yang pertama.

Asal Usul Magavau
Terdapat banyak sebutan perkataan Magavau ini mengikut dialek dan lokasi
suku kaum Kadazandusun. Walau bagaimanapun ianya tetap membawa maksud
yang sama.
Menurut cerita lisan, Kinoingan ( Tuhan ) dan isterinya Suminundu
mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Huminodun. Untuk
menyelamatkan orang-orang Kadazandusun daripada kebuluran kerana tidak
mempunyai makanan yang mencukupi, maka Kinoingan terpaksa mengorbankan
anak kesayangan mereka Huminodun. Huminodun dibunuh dan mayatnya dikubur
menurut adat istiadat selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun itu telah
mengeluarkan berjenis-jenis benih tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada
kita sekarang. Salah satu benih tumbuhan itu ialah padi.
Oleh kerana sebahagian dari mayat Huminodun itu mengeluarkan benih p
adi, maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyai semangat yang diberi
nama "Bambazon".Bermula dari kejadian inilah orang-orang Kadazandusun
memulakan upacara Pesta Kaamatan ( Pesta Menuai ) seperti yang kita rayakan
dewasa ini. Perayaan seumpama ini mengharapkan agar rezeki yang akan datang
bertambah baik dan lumayan. Upacara penghormatan terhadap semangat padi
yakni padi-padi yang selesai dituai dan telah selamat dimasukkan ke dalam ketawai
( Tangkob ) iaitu bekas tempat menyimpan padi.
http://bukuskrapbudaya.blogspot.com/2012/03/kebudayaan-kaum-kadazan-dusun.html
Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan ini juga mengingatkan kita akan rasa
penghargaan dan penghormatan masyarakat Kaum Kadazandusun akan
Penciptanya ( Kinoingan ) yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya
Huminodun untuk menyelamatkan orang-orangnya supaya tidak mati kebuluran.
Lagu - lagu Pesta Kaamatan
Kasaakazan Do Bambaazon
Toun haid tumahib
Au opiumanan
Toun vagu noikot no gontob
Tadau kalamazan

Chorus:-
Kotobian do Toun Vagu
Doid songovian
Ada tokou pogivovogu
Ondomo kovosian
Kanou no manaandak Mohoing dazanak
Tadau tagazo do Kaamatan
Kinasakazan Bambaazon

Chorus:-
Kotobian om kounsikaan
Hasa sopiampun
Miiso doid kasanangan
Ingkaa daa tikid toun

Chorus:-
Misompuru Id Koubasanan
Osodu noi koniab , Gontob tanong di aki,
Natalup no i ralan, Nantadon tulun tokou,
Upus nu om upus ku, Koubasan gulu-gulu,
Orubat au poinsurat tungkusan sinakagon

Chorus:-
Tobpinai kanou pogi,
Mi-iso id koubasanan,
Mogiampun-ampun tokou ,
tumabi toiso-iso
Misompuru id koubasanan
Tadau do kaamatan, tadau do koubasanan,
Pogirot piombolutan, tukad do ingkokoton,
Soira po wagu tokou mamasi koubasanan,
Miobpinai toiso-iso, iso rikoton tokou.

http://bukuskrapbudaya.blogspot.com/2012/03/kebudayaan-kaum-kadazan-dusun.html
Kesimpulan
Masyarakat pelbagai etnik dan kebudayaan hidup dalam keadaan yang harmoni dan
saling bantu membantu antara satu sama lain adalah merupakan keunikan bagi
negeri Sabah. Masyarakatnya hidup dalam keadaan kepelbagaian budaya dan
menarik perhatian ramai pelancong luar ke negeri ini.


http://www.opendrive.com/files/OV82MDE0NDVfbTlBYTY/jambatan%20tamparuli%20-
%20lagu%20dusun.mp3

You might also like