You are on page 1of 6

OBJEKTIF KAJIAN

Projek ini bertujuan untuk mengenali dan mendalami pengetahuan saya mengenai adat
perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Cina di negara kita. Melalui kerja kursus ini, saya
juga dapat mengetahui dengan lebih mendalam dan dekat tentang pelbagai jenis adat
perkahwinan dan bagaimana ianya diadakan serta langkah-langkah yang perlu diambil sebelum,
semasa dan selepas sesuatu perkahwinan.
Saya juga dapat mengetahui dengan lebih terperinci tentang upacara adat, tujuan serta
peralatan semasa perkahwinan kaum Cina diadakan. Dari bahan-bahan yang saya peroleh, saya
dapat mengenal pasti pantang-larang yang terdapat semasa perkahwinan ini.

KAEDAH KAJIAN
Saya telah menggunakan beberapa keadah untuk mengumpul dan memperoleh maklumat yang
diperlukan dalam kajian ini. Keadah yang digunakan dalam menjalankan kajian ini ialah
pemerhatian. Keadah ini digunakan untuk mengenal pasti adat perkahwinan masyarakat Cina.
Selain itu, pemerhatian dijalankan untuk melihat upacara perkahwinan masyarakat Cina.
Temu bual dijalankan untuk mendapat maklumat tentang adat perkahwinan Cina. Melalui
keadah ini, kita boleh mendapat maklumat sebenar tentang adat perkahwinan masyarakat Cina.
Akhir sekali, saya juga merujuk kepada buku-buku, surat khabar lama, internet dan
sebagainya. Keadah ini boleh dilakukan untuk mendapat fahaman tentang latar belakang adat
perkahwinan masyarakat Cina.
HASIL KAJIAN

ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT CINA


LATAR BELAKANG ADAT PERKAHWINAN
Perkahwinan dalam masyarakat Cina merupakan satu titik tolak yang membawa perubahan besar
dalam kehidupan mereka. Perkahwinan penting untuk mengekalkan institusi keluarga dan
melaluinya keturunan nenek moyang dapat diteruskan daripada satu generasi kepada generasi
yang lain. Dalam masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan itu dirancang dan diatur sebaik-baiknya.
Mengikut kepercayaan mereka juga, pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat
dianggap tidak sah. Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan oleh mereka iaitu
eksplisit iaitu perkahwinan yang diatur sama ada oleh ibu bapa atau orang tengah (mei-ngin) dan
implicit iaitu perkahwinan di mana kedua-dua lelaki dan perempuan diberi kebebasan untuk
memilih pasangan masing-masing. Pada asanya adat resam perkahwinan masyarakat Cina
merangkumi peningkatan merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan.

UPACARA AWAL PERKAHWINAN


Perkahwinan Cina menjadi satu adat resam antara tahun 40a-a21SM. Sebelum zaman moden,
perempuan tidak dibenarkan memilih pasangan untuk berkahwin. Sebaliknya, keluarga
pengantin perempuan memilih bakal suaminya. Perkahwinan dipilih berdasarkan keperluan
untuk pembiakan dan nama baik keluarga serta keperluan bapa dan suaminya.
Adat Merisik
Mengikut kebudayaan Cina, perkahwinan merupakan penyatuan antara dua buah keluarga.
Setelah bakal pengantin lelaki perempuan mengambil keputusan untuk melangsungkan
perkahwinan, kedua-dua keluarga akan menyertainya. Keluarga lelaki akan melamar gadis
pilihan anak mereka untuk dijadikan menantu. Sebelum pihak keluarga lelaki melamar gadis
tersebut, anak mereka perlu menjemput bakal anak menantu mereka mengadap kedua-dua ibu
bapa mereka untuk mendapat restu dari keluarga sebelum meneruskan perkahwinan.
Adat Meminang
Setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar belakang keluarga masing-masing adat
meminang akan dijalankan. Seorang wakil dipilih untuk berkunjung ke rumah si gadis bagi
membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan. Ibu pengantin pengantin perempuan
pula akan berbincang dengan wakil tersebut berkenaan jumlah mas kahwin, peruntukan meja
dalam jamuan makan dan memilih hari yang paling sesuai. Pihak lelaki tidak akan tawar
menawar kerana bimbang akan menjatuhkan maruah. Segala ketetapan yang telah dipersetujui,
diberitahu kepada kedua ibu bapa pihak lelaki. Ibu bapa pihak lelaki akan berbincang dengan
anaknya untuk menyediakan segala permintaan daripada pihak perempuan.. Setelah kedua-dua
pihak sudah saling mengenal dan bersetuju untuk berkahwin, barulah adat bertunang dijalankan.
Adat Pertunangan
Pada hari pertunangan, keluarga pihak lelaki akan memberikan Hadiah Besar kepada pihak
keluarga perempuan. Ini adalah upacara formal bagi kedua-dua keluarga untuk mengiktiraf
secara rasmi dan memberikan tanda persetujuan mereka terhadap perkahwinan yang bakal
berlangsung. Hadiah Besar yang diberikan ketika lamaran ini kebiasaanya merupakan duit
penanda yang dibalut dengan sampul berwarna merah dan beberapa barangan lain termasuk teh,
kek menambah kebahagian, sepasang binatang ternakan, manisan dan gula, arak serta
tembakau.
Duit penanda yang diberikan kebiasaannya berjumlah RM99.00 atau RM 999.00 kerana nombor
sembilan pada masyarakat Cina memberi erti berpanjangan. Teh merupakan hadiah paling
penting kerana kedua-dua keluarga mendoakan pasangan terbabit mendapat keturunan yang
ramai sebagaimana daun teh yang diberikan. Keseluruhan hadiah yang diberikan mestilah
mempunyai nilai yang sama.

Keluarga pengantin perempuan akan mengagihkan kek menambah kebahagian kepada saudara
mara dan kawan-kawan mereka sebagai satu bentuk pengumuman.
Namun, pada hari ini kedua-dua keluarga akan mengagihkan kek terbabit bersama-sama
jemputan perkahwinan. Selain itu, kedua-dua keluarga akan menumpukan kepada majlis
perkahwinan yang bakal berlangsung. Beberapa hari sebelum hari perkahwinan, keluarga
pengantin perempuan akan menghantar hantaran kepada pengantin lelaki atau rumah baru
pasangan terbabit. Hantaran mestilah berbentuk keperluan harian untuk rumah baru pengantin
seperti peralatan tempat tidur, kain linen dan set meja makan dan sebagainya.
Ini merupakan peluang kepada keluarga pengantin perempuan untuk menunjukkan kasih sayang
dan kekayaan mereka kepada anak mereka. Keluarga pengantin lelaki akan menjemput saudara
mara terdekat atau kawan untuk ke set katil pengantin di rumah baru tersebut. Di sebahagian
tempat di China pada masa dahulu, budak lelaki yang belum berkahwin akan dijemput untuk
tidur di atas katil pengantin pada malam sebelum hari perkahwinan bagi membawa kesuburan
kepada pasangan yang baru berkahwin
Pantang Larang Sebelum Perkahwinan
Pada pertemuan semasa pertunangan, keluarga keluarga pengantin lelaki akan
mempersembahkan seekor angsa hidup kepada keluarga pengantin perempuan. Walau
bagaimanapun, keluarga pengantin perempuan tidak boleh membunuh angsa tersebut kerana ia
mewakili pengantin perempuan berkenaan.
Jika angsa tersebut tidak mengeluarkan bunyi bising ketika diserahkan kepada keluarga
pengantin perempuan, ia menunjukkan bahawa pengantin lelaki mempunyai
personaliti yang baik dan menarik. Jika sebaliknya, ia menunjukkan pengantin berkenaan mudah
marah. Keluarga perempuan akan membiarkan angsa tersebut di kawasan tasik atau kolam di
mana ia akan membesar dengan sendirinya.
Istiadat Pemasangan Kain Merah Pada Pintu Besar
Orang ramai akan diberitahu dahulu sehari sebelum majlis perkahwinan dilangsungkan. Caranya
ialah memasang sehelai kain merahdi luar pintu besar rumah kedua-dua pengantin. Kain tersebut
mestilah berukuran 270cm panjang. Nombor sembilan dipilih sebagai tanda perkahwinan akan
berkekalan dan panjang umur. Justeru itu, kain yang dipasang adalah berbentuk angka sembilan
Istiadat Song-Tiu
Istiadat terakhir yang dilakukan sebelum majlis perkahwinan ialah istiadat Song-Tiu. Adat ini
mesti dijalankan jika majlis perkahwinan berkenaan ingin diteruskan. Unsur-unsur penting yang
terkandung dalam istiadat ini adalah pemujaan nenek moyang dan penyisiran rambut.
Adat ini dilakukan oleh kedua-dua bakal pengantin di rumah masing-masing. Mula-mula,
mereka diarahkan supaya mandi. Air mandi akan dicampurkan dengan daun-daun delima.
Selepas itu, mereka dihendaki dipakai sehingga pagi esok dan selepas ditanggalkan, baju tersebut
tidak boleh dipakai sepanjang hidup lagi.
Ketika bakal pengantin sedang mandi, ahli keluarga mereka akan menyediakan meja pemujaan
untuk upacara sembahyang. Di hadapan meja itu terdapat sebuah meja yang berbentuk segi
empat yang ditutup dengan sekeping kertas merah yang besar. Di atas meja tersebut pula

diletakkan seekor ayam rebus, sepiring limau manis, sepiring jambu apael, tiga cawan kecil teh
Cina, tiga cawan kecil wain beras, sebuah tong besi yang mengandungi padi atau pasir, tiga
batang kemenyan besar dan tiga mangkuk sup manis (tong-yuen) serta dua batang lilin besar.
Sembilan biji pulut merah akan diletakkan di dalam setiap mangkuk sup. Tujuan meletakkan
sembilan biji pulut merah di dalam mangkuk sup adalah untuk menjemput tuhan-tuhan dan
nenek moyang mereka agar datang majlis perkahwinan yang akan dilangsungkan. Selain barangbarang tersebut, sebilah gunting, sebatang pembaris, segulung benang merah, sebuah cermin dan
sebatang sikat juga disediakan. Barang-barang tersebut akan diletakkan di dalam tong besi yang
berisi padi atau pasir.
Selepas itu, pengantin akan bersembahyang dengan berdiri menghadap meja pejaan. Beberapa
batang kemenyan akan dipengang, lalu digerak-gerakkan tangan sebanyak tiga kali menghala ke
atas dan ke bawah supaya tuhan dan nenek moyang mereka datang untuk istiadat menyisir
rambut pasangan pengantin. Setelah bersembahyang, bakal pengantin akan duduk di atas kerusi
atau berdiri di hadapan meja. Hal ini dipercayai membolehkan nenek moyang sedang duduk di
meja menyaksikan upacara tersebut. Seorang perempuan (bagi pengantin perempun) atau lelaki
(bagi pengantinlelaki) yang telah berkahwin dan mempunyai anak yang ramai akan dipanggil
untuk menjalankan istiadat tersebut.
Mereka akan berdiri di belakang pengantin dengan memegang sikat yang telah disediakan untuk
upacara tersebut. Tugas menyisir dimulakan dari atas kepala sehingga ke kaki sebanyak tiga kali.
Setiap gerakan akan dibaca ayat-ayat yang membawa maksud tertentu agar pasangan pengantin
panjang umur, memperoleh perkahwinan yang bahagia dan berkemampuan melahirkan anak.
Selepas upacara menyisir selesai, bakal pengantin akan memakan tiga biji pulut daripada setiap
mangkuk yang disediakan. Bagi pengantin perempuan, sikat berkenaan akan disimpan bersama
pembaris dan segulung benang merah dalam sebuah bakul kecil. Kemudian, barang-barang
tersebut akan dibawa ke rumah pengantin lelaki.
Istiadat ini mesti dilakui oleh mereka yang hendak berkahwin. Bagi mereka yang belum atau
tidak pernah mengalami perkahwinan akan dianggap belum dewasa walaupun telah berusia.

UPACARA SEMASA PERKAHWINAN


Adat Perkahwinan
Pada hari perkahwinan, pengantin lelaki akan pergi menjemput pengantin perempuan terlebih
dahulu bersama dengan rombongan pihak lelaki. Rombongan ini kebiasaannya diiringi kereta
yang berhias. Setelah sampai di rumah pengantin perempuan pengantin lelaki hendaklah

menempuh segala halangan sebelum menjemput pengantin perempuan ke rumahnya. Halangan


yang biasanya ditempuh adalah seperti dikenakan bayaran atau diminta melakukan apa sahaja
oleh pihak pengantin perempuan.
Hantaran yang biasa diberikan seperti tebu yang memberi erti kepada agar dipanjangkan umur.
Manakala, hantaran lain yang biasa diberikan ialah brang-barang manis seperti buah-buahan,
manisan, kek dan sebagainya. Mengikut kepercayaan mereka, dengan memberi hantaran
sedemikian, mereka akan memperoleh kehidupan yang baik dan sempurna pada masa akan
datang.
Ibu bapa pengantin perempuan akn menyerahkan anak gadis mereka kepada pengantin lelaki
setelah pengantin lelaki berjaya masuk ke dalam rumah setelah berjaya menempuh halanganhalangan yang diberikan oleh pihak pengantin perempuan. Upacara yang pertama sekali yang
dilakukan setelah pengantin lelaki dibenarkan masuk ke dalam rumah pengantin perempuan ialah
mereka akan melakukan upacara sembahyang.
Upacara ini dilakukan bertujuan memberikan penghormatan atau mendapatkan restu daripada
nenek moyang mereka yang telah lama meninggal dunia. Upacara ini sebaliknya juga berlaku di
rumah pengantin lelaki. Mereka berkahwin dengan mendaftar di Jabatan Pendaftaran Negara
untuk mengesahkan status mereka sebagai suami dan isteri yang sah. Selepas upacara
sembahyang itu selesai, mereka mengadakan jamuan besar-besaran bagi menjamu tetamu-tetamu
yang hadir semasa majlis perkahwinan mereka.
Upacara Minum Teh
Upacara minum teh ini diadakan pada hari perkahwinan sahaja karana ia mempunyai tujuantujuannya yang tersendiri. Antara tujuan ialah:1.
Untuk merapatkan hubungan di antara kedua pasangan pengantin.
2.
Untuk memperkenalkan saudara mara kepada kedua-dua pengantin sama ada dari pihak
pengantin lelaki mahupun dari pihak pengantin perempuan.
Upacara minum teh ini biasanya akan diberi tanda penghormatan kepada mereka yang lebih tua,
iaitu dari peringkat yang lebih tua kepada yang lebih muda. Biasanya, keluarga sebelah bapa
yang akan didahulukan. Setelah semuanya selesai, barulah diberikan kepada kanak-kanak.
Satu perkara yang dianggap penting juga ialah bagi mereka yang diberikan teh untuk diminum
oleh pengantin terlebih orang itu terlebih dahulu perlu membuat permintaan atau mendoakan
perkara baik kepada pasangan pengantin. Antara permintaan yang biasa dibuat ialah semoga
pengantin mendapat cahaya mata terutamanya anak lelaki

dengan segera dan semoga pengantin hidup bahagia sehingga akhir hayat. Setelah selesai
upacara minum teh, orang itu akan memberikan angpau kepada pasangan pengantin sebagai

tanda permulaan kehidupan yang baru.


Pantang Larang Semasa Perkahwinan
Ketika pengantin lelaki datang untuk menjemput pengantin perempuan, kawan-kawan pengantin
perempuan akan cuba menghalang pihak lelaki daripada memasuki bilik pengantin pada pagi
hari perkahwinan tersebut. Ia merupakan satu permainan yang dikenali sebagai Permainan Pintu
Perkahwinan. Walau bagaimanapun pihak pengantin perempuan perlu memperuntukkan masa
tertentu kerana upacara di rumah pengantin lelaki harus berjalan seperti yang telah dijadualkan.
Apabila pengantin perempuan meninggalkan rumahnya dan menuju ke kenderaan pihak lelaki,
dia harus memakai kasut yang biasa dipakainya kerana ia menggambarkan bahawa pengantin
perempuan berkenaan tidak membawa sesuatu bersamanya walaupun nasib baik ibu bapanya.
Apabila pengantin perempuan memasuki rumah pengantin lelaki, mentua dan kakak iparnya
tidak seharusnya mangadap pintu memerhatikan pengantin perempuan masuk. Ini menurut
kepercayaan masyarakat Cina bagi menghalang sebarang pertelingkahan pada masa akan datang.
Selain itu, wanita yang mengandung dan orang yang baru kematian saudara mara tidak boleh
melibat dengan majlis perkahwinan atau menyentuh pakaian pasangan pengantin dan sebagainya
di rumah baru pasangan tersebut. Ini untuk mengelakkan sebarang perkara buruk daripada
berlaku.
Kelengkapan Perkahwinan

Baju Pengantin
Kebiasaannya warna merah dipilih bagi menggambarkan nasib yang baik. Mengikut
kepercayaan masyarakat Cina, warna yang terang boleh menghalau roh-roh jahat daripada
mendekati mereka. Pakaian tradisional pengantin di Utara China kebiasaanya berbentuk jubah
yang dikenali Qi Pao. Pakaian ini akan disulam dengan benang emas dan perak. Pakaian
pengantin perempuan di Selatan China pula memakai pakaian dua bahagian yang dikenali Qun
Gua, Kwa atau Cheongsam yang juga disulam dengan jahitan berbentuk naga dan burung
Pheonix. Pada masa dahulu, tudung berwarna merah akan dipakai oleh pengantin perempuan
untuk menutupi mukanya sepanjang majlis perkahwinan berlangsung. Pengantin baru ini hanya
akan melihat satu sama lain untuk kali pertama pada malam perkahwinan tersebut.

Lilin Naga dan Pheonix


Lilin berwarna merah yang diukir menyerupai naga dan burung Pheonix digunakan pada
hari perkahwinan adalah untuk melambangkan penyatuan terhadap keluarga baru. Menurut
kepercayaan masyarakat Cina, lilin ini akan digunakan pada malam perkahwinan bagi
menghalau roh-roh jahat.

You might also like