You are on page 1of 15

TUGASAN 1:

LAPORAN TEMUDUGA

1
Laporan Perkahwinan Kaum Siam

Pada sesi temubual yang telah saya lakukan menemukan saya dengan
seorang Ketua Sami di Wat Rajaphohong. Nama penuh beliau ialah Alkhim A/L
Emtang. Beliau lahir di Bukit Selambau, Kedah dan telah memegang jawatan Ketua
Sami selama 15 tahun. Saya menemu bual berkenaan adat istiadat perkahwinan kaum
siam. Banyak maklumat yang saya perolehi sepanjang temu bual tersebut yang
berlangsung selama 25 di sebuah dalam sebuah dewan di Wat Rajaphohong.

Berdasarkan temu bual tersebut, kaum siam mempunyai adat perkahwinan


yang sama seperti masyarakat lain di negara ini seperti adat meminang, bertunang
dan bernikah. Adat perkahwinan masyarakat siam dimulakan dengan upacara
merisikPada zaman dahulu, pasangan dipilih oleh ibu bapa mereka. Hal ini berbeza
dengan zaman sekarang yang kebanyakkannya mereka telah berkawan dan
menyatakan hasrat kepada ibu bapa untuk melansungkan perkahwinan. . Si lelaki
biasanya akan memaklumkan hajat hatinya kepada ibu saudaranya terlebih dahulu
untuk melamar gadis idaman. Kemudian ibu saudara dan ahli keluarga yang lain akan
berkunjung ke rumah si gadis untuk meminang. Ibu saudara pengantin lelaki
memainkan peranan yang penting dalam adat perkahwinan masyarakat ini.

Apabila tiba hari merisik, pihak rombongan pengantin lelaki akan membawa
hantaran seperti gubahan daun sirih dan juga sebentuk cincin. Kadangkala pihak
pengantin lelaki turut membawa beberapa barang hantaran lain seperti kain, rantai
dan sebagainya mengikut kemampuan pengantin lelaki. Pihak perempuan pula
biasanya tidak perlu membalas hantaran yang banyak, cukup sekadar sebentuk
cincin. Cincin ini sebagai tanda kepada pasangan tersebut untuk kearah perkahwinan.
Pada zaman dahulu tarikh majlis pernikahan biasanya akan ditetapkan selepas musim
menuai. Kebiasaannya ia ditetapkan oleh mereka yang mahir dengan pergerakan hari
dan waktu iaitu Tok Bomoh atau Tok Moh. Semua majlis pertunangan berlangsung,
bakal pengantin lelaki akan menyarungkan cicin ke jari manis si gadis. Kemudian
jumlah wang hantaran serta tempoh bertunang akan ditetapkan.

Sebelum hari perkahwinan, sami-sami akan pergi ke rumah pengantin untuk


sembahyang dan memberi ceramah kepada pengantin dan tetamu yang hadir.Beliau
memaklumkan bahawa pada hari pernikahan pengantik lelaki akan diiringi dengan
alunan muzik dan tarian tradisi yang dipanggil "Klongjao" semasa menuju ke rumah
pengantin perempuan. Pegantin perempuan pula akan tunggu di rumah. Dalam adat
kaum Siam, Ketua Sami merupakan individu paling penting dan cukup dihormati di
setiap Wat. Beliau ditugaskan sebagai tukang nikah.

2
Tuan Akhim berkata, mereka menyembah patung Buddha dan roh nenek
moyang kerana percaya, kehidupan seharian mereka diperhatikan roh
berkenaan. Sebagai tanda sah pernikahan, dahi pasangan pengantin akan dicalit
sebanyak 3 titik dengan tepung tawar yang membentukan segitiga. Tukang nikah akan
merinjis air tawar mengandungi bunga-bungaan dan menepung tawar ke atas tangan
pasangan pengantin dengan menggunakan sejenis daun dari keluarga lengkuas.
Selepas itu pengantin akan menyembah kedua-dua orang tua mereka sebelum
disandingkan.

Seterusnya, pengantin masing-masing akan dikalungkan sekalung bunga


melur dan seutas tali pengikat atau dipanggil 'benang hidup'. Ia akan dililitkan di atas
kepala mereka dan kemudian doa akan dibaca oleh jurunikah. Benang hidup sering
digunakan dalam upacara ritual kaum ini. Akhir sekali upacara merinjis air mawar ke
tangan pasangan pengantin dimulakan oleh Ketua Sami.

Dalam perkahwinan, saya diberitahu bahawa perkahwinan dalam kaum Siam


biasanya diadakan di rumah pengantin perempuan. Apabila upacara perkahwinan
bermula, kedua pengantin akan melakukan sembahyang di tempat khas, memohon
Lord Buddha menyaksikan perkahwinan ini serta mencucuri rahmat dan kesejahteraan
hidup kepada pasangan tersebut. Selepas itu, pasangan pangantin kemudiannya akan
duduk bersimpuh dan menundukkan badan mereka atas bantal atau bangku rendah
yang disediakan khas dan tangan mereka akan bertangkup. Ketua Sami kemudiannya
akan meletakkan kalung yang diperbuat dari benang hidup (benang sutra) atas kepala
pasangan pengantin tersebut. Kedua–dua kalung itu dihubungkan pada seutas
benang. Hubungan ini menandakan pencantuman hidup mereka itu sebagai suami
isteri.

Selepas itu, ibu bapa pasangan pengantin akan melafazkan nasihat serta
ajaran rukun rumah tangga kepada pasangan pengantin supaya dapat hidup bersama
dengan aman damai sehingga akhir hayat. Para sami yang dijemput khas upacara
perkahwinan itu kemudiannya akan membacakan doa selamat sambil merenjiskan air
doa serta menaburkan bunga–bunga ke atas pasangan tersebut.

Hasil daripada sesi temubual yang telah dijalankan, saya mendapati adat
perkahwinan kaum siam tidak banyak bezanya dengan kaum-kaum lain seperti kaum
melayu. Terdapat banyak persamaan yang saya lihat dari aspek perkahwinan
contohnya pemberian cincin semasa hari pertunangan. Saya berharap agar temu bual
yang dilakukan ini dapat menjadikan diri saya semangat untuk lebih mendalami adat
dan budaya kaum-kaum lain. Di samping itu, ia juga dapat melahirkan sikap

3
menghormati agama dan budaya kerana kita hidup dalam negara yang mempunyai
kepelbagaian kaum dan agama.

4
BIODATA TOKOH

Nama : Alkhim A/L Emtang

Jawatan : Ketua Sami Wat Rajaphohong

Tempat : Wat Rajaphohong, Teluk Wang, Jalan Ara Kuda, 14000 Bukit
Mertajam Pulau Pinang

Umur : 49 tahun

Asal : Bukit Selambau, Kedah

Pengalaman : - Menjadi sami sejak berumur 15 tahun

- Dilantik sebagai ketua sami semasa berumur 43 tahun

5
LAMPIRAN

6
7
TUGASAN 2:
ELEMEN-ELEMEN
UTAMA DAN LANGKAH-
LANGKAH
PENGURUSAN
PERSEKITARAN
FIZIKAL BILIK DARJAH
MESRA BUDAYA

8
1.0 PENGENALAN

Kepelbagaian masyarakat yang pelbagai rumpun dan etnik budaya yang pelbagai
berjaya mewujudkan sebuah negara yang dikongsi bersama. Itulah uniknya negara
kita Malaysia yang bukan sahaja menjadi contoh, malah disegani dan dihormati oleh
dunia luar. Kepelbagaian etnik dan budaya di Malaysia berjaya diterapkan dalam
kehidupan kita bersama dengan wujudnya persefahaman, toleransi serta semangat
muhibah yang tinggi dalam kalangan masyarakat.

Sejajar dengan pelbagai usaha dan langkah-langkah yang dilaksanakan oleh


pihak kerajaan dalam membina dan memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat
yang pelbagai kaum, guru-guru juga turut sama menjayakan usaha murni tersebut.
Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru tidak lagi
hanya menekankan domain kognitif serta pengetahuan tentang sesuatu pelajaran
yang dipelajari, malah pembinaan sahsiah dan jati diri diterapkan dalam pengajaran
dan pembelajaran di sekolah secara holistik dan terarah, terutamanya dalam
kurikulum baru yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan baru-baru ini (KSSR)

Dalam KSSR, pembinaan sahsiah dan jati diri menjadi antara elemen-elemen
utama dalam usaha memperkembangkan potensi dan kebolehan murid-murid serta
kemahiran insaniah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan terangkum
kesemua elemen tersebut dalam dasar pelaksanaan KSSR. Justeru itu, guru-guru
perlu bijak dan mahir dalam mengendalikan pengurusan bilik darjah dalam
mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya.

Menyentuh dari segi perspektif mesra budaya sudah semestinya menjadi suatu
cabaran kepada guru-guru di sekolah kerana murid-murid di sekolah terdiri daripada
pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia. Oleh hal yang demikian, elemen mesra
budaya dilihat sebagai suatu keperluan yang perlu diberi perhatian oleh guru-guru
kepada semua anak muridnya. Perbezaan ini perlu dicari titik persamaan oleh guru-
guru supaya mereka dapat bergaul dengan mesra antara satu sama lain.

9
2.0 ELEMEN-ELEMEN UTAMA YANG TERDAPAT DALAM PENGURUSAN BILIK
DARJAH MESRA BUDAYA

Murid-murid di sekolah terdiri daripada pelbagai kaum dengan amalam budaya


dan kepercayaan yang berbeza. Tidak dinafikan ada murid yang tidak mampu
menyesuaikan diri dengan kawan-kawan daripada kaum lain. Sehubungan itu, guru
perlu memainkan peranan dalam membina persekitaran bilik darjah yang mesra
budaya supaya murid berasa selesa untuk belajar dan dapat menerima perbezaan
antara mereka. Dengan ini, guru dapat memastikan kawalan kelas dan menjalankan
tugasnya dengan baik.

Antara elemen yang terdapat dalam pengurusan bilik darjah mesra budaya
ialah pengurusan persekitaran fizikal dan pengurusan emosi. Menurut Woolfolk
(2001), pengurusan bilik darjah adalah perlu untuk mengekalkan persekitaran
pembelajaran yang positif dan kukuh. Sikap professional guru dapat dilihat melalui
pengurusan fizikal bilik darjah. Persekitaran fizikal juga mempengaruhi murid dan
suasana pengajaran dan pembelajaran murid. Selain itu, teori pembelajaran sosial
menekankan aspek pemerhatian sebagai proses pengajaran dan pembelajaran.
Identiti sosial dan kefahaman kendiri kanak-kanak berkembang dalam dua peringkat,
iaitu kewujudan kendiri dan kategori kendiri. ( Lewis, 1995; Lewis & Books-Gunn,
1979).

Elemen seterusnya ialah pengurusan emosi. Albert Bandura (1977)


berpendapat bahawa perkembangan emosi kanak-kanak diperoleh secara peniruan.
Perkara yang perlu diberi dititikberatkan dalam pengurusan emosi ialah layanan yang
adil kepada semua murid, bilik darjah yang selamat dan amalan nilai yang diterima
oleh semua. Di samping itu, bidang sosiolinguistik ialah satu bidang ilmu yang
mengkaji ciri-ciri dan fungsi variasi bahasa serta turut mengkaji pengaruh budaya
terhadap satu bahasa yang digunakan. Di Malaysia, bahasa Melayu digunakan
sebagai bahasa pengantar untuk semua peringkat pendidikan.

Pedagogi releven budaya dan kepelbagaian kelompok adalah salah satu


elemen bilik darjah yang mesra budaya. Menurut Gay (2000), pendekatan pedagogi
releven budaya merupakan pendekatan yang menggunakan pengetahuan budaya,
pengalaman, rujukan dan gaya persembahan yang berbeza mengikut perbezaan etnik
murid dan hal ini menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna. Elemen
berikutnya ialah kelas bercantum. Kelas bercantum adalah pengajaran dan
pembelajaran yang murid-muridnya terdiri daripada beberapa tahap dan umur murid-
murid itu lebih kurang sebaya.

10
Konsep penilaian berasaskan budaya adalah salah satu elemen penting
dalam bilik darjah mesra budaya. Penilaian berasaskan budaya adalah proses untuk
memperoleh maklumat bagi sesuatu tindakan yang dimasukkan elemen budaya
sebagai bahan atau kandungan dalam sesuatu subjek. Akhir sekali, ujian dan program
pengajaran adalah satu cara menguji prestasi murid. Guru boleh memasukkan
kurikulum yang mesra budaya ketika menggubal item-item soalan dalam menilai
pengetahuan murid.

Konklusinya, bilik darjah yang mesra budaya dapat diwujudkan apabila


kesemua elemen-elemen tersebut diaplikasikan dalam pengajaran dan penbelajaran.
Justeru itu, guru-guru haruslah mengorak langkah dalam usaha mewujudkan bilik
darjah yang mesra budaya.

11
3.0 LANGKAH-LANGKAH PEMBINAAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH MESRA
BUDAYA

3.1 Susunan kerusi dan meja murid

Guru haruslah memastikan murid bercampur gaul dan belajar bersama-sama


dengan bangsa lain tanpa sebarang halangan dan rasa kurang selesa dengan
mengambil kira susunan kerusi dan meja murid. Murid-murid disusun berselang seli
dengan bangsa melayu, cina, india dan bangsa-bangsa lain. Hal ini membolehkan
mereka bekerja dalam satu kumpulan dan bercampur dengan baik semasa proses
pdp. Dalam pada itu, susunan kerusi dan meja boleh diubah mengikut kesesuaian
jenis aktiviti pelajaran.

Pemilihan tempat duduk murid sebaik-baiknya dipilih oleh guru. Sehubungan


itu, guru haruslah mengkaji dan mengetahui dengan lebih mendalam akan
perwatakkan murid-muridnya di dalam bilik darjah. Sekiranya guru sendiri yang
mengatur tempat duduk murid, kemungkinan banyak masalah dalam bilik darjah dapat
ditangani.Dapat saya simpulkan bahawa kedudukan murid di meja yang dipilih oleh
guru akan memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran serta
memastikan kawalan kelas yang terbaik. Murid-murid juga dapat belajar dengan lebih
tenang dan memberi tumpuan kepada pengajaran guru.

3.2 Hiasan Bilik Darjah

Suasana dalam bilik darjah mempengaruhi tingkah laku murid. Guru perlulah
bijak memilih hiasan yang sesuai digunakan dalam mewujukan bilik darjah yang mesra
budaya. Contohnya, guru boleh memilih hiasan kertas warna dinding menggunakan
corak-corak mewakili tiga kaum utama, Melayu, Cina dan India sebagai apresiasi
budaya kaum-kaum di Malaysia. Selain itu, penggunaan ton warna yang mengimbangi
mood yang ceria dan harmoni boleh digunakan sebagai apresiasi budaya. Contohnya,
warna hijau lembut mewakili orang Melayu sementara warna jingga lembut pula bagi
mewakili orang India.

Guru-guru juga boleh meletakkan sudut ruangan tambahan di meja murid-


murid dengan melampirkan di plastik pembalut meja mereka dengan nota-nota
berkaitan sejarah Malaysia, Gagasan Satu Malaysia, Sejarah Negara serba ringkas
berkenaan kepelbagaian kaum di Malaysia. Murid bukan sahaja mendapat
pengetahuan baharu malah dapat menanam semangat patriotik dalam diri murid.

12
3.3 Kepelbagaian Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran

Guru seharusnya memastikan aktivti berkumpulan itu dilaksanakan dengan


penglibatan semua murid daripada pelbagai kaum dalam sesuatu kumpulan.
Contohnya, dalam sesuatu kumpulan itu terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India,
Sikh, serta kaum-kaum lain. Selain itu, guru-guru juga perlu bersikap terbuka serta
membuang sifat-sifat prejudis, berperasangka buruk serta sifat rasis terhadap sesuatu
kaum dengan memberi layanan yang adil, sama rata serta tidak hanya memberatkan
sesuatu kaum tanpa mempedulikan kaum-kaum lain yang terlibat dalam sesi
pembelajaran dan pengajaran.

Di samping itu, guru-guru juga boleh memberi aktiviti gerak kerja berkumpulan
dalam subjek seni visual dengan membuat kad ucapan perayaan yang terdapat di
Malaysia. Kemudiannya, guru-guru memaparkan kad-kad ucapan tersebut di dalam
kelas dengan melekatkannya di sudut ruangan khas. Aktiviti ini sudah semestinya
mampu mewujudkan elemen mesra budaya dalam satu-satu kelas.

3.4 Bahan Pengajaran dan Pembelajaran

Bahan pengajaran dan pembelajaran adalah satu elemen penting untuk proses
pengajaran dan pembelajaran dalam membantu meningkatkan kefahaman murid.
Justeru itu, pemilihan sumber dan bahan pengajaran perlu bersesuaian dengan
perbezaan individu serta mengambil kira minat dan pengetahuan murid supaya dapat
diselaraskan penggunaannya kepada semua murid.

Selain itu, guru-guru perlu bijak mengintegrasikan bahan-bahan pengajaran


yang digunakan untuk pemupukan amalan mesra budaya dalam kalangan murid-
murid yang berbilang kaum di dalam kelas. Penggunaan bahan multimedia yang
mengandungi kesan grafik yang menarik boleh dimasukkan elemen seni budaya
sesuatu kaum dan mesra budaya. Guru-guru juga boleh menggunakan lagu-lagu
rakyat yang terdapat dalam pelbagai kaum untuk dinyanyikan di dalam kelas dengan
menggunakan lirik asal lagu tersebut.

13
4.0 KESIMPULAN

Mutu pendidikan negara dapat ditingkatkan setanding dengan negara-negara


maju lain apabila keberkesanan pengajaran dan pembelajaran mencapai objektifnya.
Antara elemen pengurusan bilik darjah yang mesra budaya adalah pengurusan
persekitaran fizikal, pengurusan emosi, pedagogi releven budaya dan kepelbagaian
kelompok, pengurusan sosial, sosiolinguistik, kelas bercantum, penilaian berasaskan
budaya dan ujian serta program pengajaran. Apabila bilik darjah mesra budaya
diwujudkan, murid akan berasa selesa untuk belajar dan guru sendiri dapat
menjalankan tugas dengan lancar.

Untuk mewujudkan suasana interaksi sosial yang baik, guru dan pelajar
perlu mengetahui peranan sebenar yang perlu dimainkan oleh setiap individu. Dalam
usaha mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya, empat aspek ini haruslah
dititikberatkan iaitu susunan kerusi dan meja murid, hiasan bilik darjah, kepelbagaian
aktiviti dan pengajaran guru serta bahan pengajaran dan pembelajaran. Langkah-
langkah ini dapat dicapai sekiranya semua guru bersikap profesional dan
bertanggungjawab dalam menjalankan tugas sebagai pengurus bilik darjah.

14
5.0 RUJUKAN

Noriati A. Rashid, Boon, Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad &
Zuraidah A. Majid (2014). Siri Pendidikan Guru: Budaya &
Pembelajaran. Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel (2009). Siri Pendidikan Guru:
Pengurusan Bilik Darjah & Tingkah Laku. Shah Alam, Selangor Darul
Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon, Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2012).
Siri Pendidikan Guru: Murid dan Alam Belajar. Shah Alam, Selangor:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Ashraff Abd Rahman (2013). Aspek Pengurusan Bilik Darjah Yang Mesra Budaya.
Dicapai pada 10 Mac 2017 daripada https://www.scribd.com/document/
54019008/ Aspek-Pengurusan-Bilik-Darjah-Yang-Mesra-Budaya

Olau Jun (2014). Persekitaran Bilik Darjah Yang Mesra Budaya. Dicapai pada 10
Mac 2017 daripada https://www.academia.edu/14875124/Persekitaran_
Bilik_Darjah _yang_Mesra_Budaya

Hazel Bug (2012). Persekitaran Bilik Darjah Yang Mesra Budaya. Dicapai pada 10
Mac 2017 daripada https://www.slideshare.net/HazelBug/bab-5-persekitaran-
bilik-darjah-yang-mesra-budaya

Hazel Bug (2012). Persekitaran Bilik Darjah Yang Mesra Budaya. Dicapai pada 10
Mac 2017 daripada https://www.slideshare.net/HazelBug/bab-5-persekitaran-
bilik-darjah-yang-mesra-budaya

15

You might also like