You are on page 1of 14

1.

0 ISU KEGANASAN ANTARABANGSA DAN ISU ALAM SEKITAR MEMBERI KESAN


KEPADA SUASANA POLITIK, EKONOMI DAN SOSIAL NEGARA
Isu keganasan antarabangsa menjadi isu yang sentiasa wujud. Sejak dahulu lagi isu
keganasan ini menjadi tanda tanya kepada kita. Mengapakah keganasan ini terus berlaku
ibarat tidak ada penghujungnya? Contohnya,isu keganasan di Palestin yang sehingga ke hari
ini masih lagi berlaku. Isu genanasan yang dilakukan oleh Israel terhadap Palestin telah
memberi kesan kepada suasana politik,ekonomi dan sosial negara tersebut.
1.1 LATAR BELAKANG PALESTIN
Palestin terletak di persisiran Laut Meditteranien di Asia Barat. Kawasan sempadan
utara Palestin bertemu Lubnan. Timur laut bertemu Syria,timurnya bersebelahan Jordan dan
selatan pula Mesir. Palestin mempunyai keluasan yang diiktiraf mencecah 27 ribu km persegi
dan menikmati cuaca beriklim Laut Meditteranien. Fisiografi Asia Barat memperlihatkan unsurunsur kepelbagaian seperti banjaran gunung,padang pasir dan sungai-sungai yang mana telah
mempengaruhi perkembangan sejarah di rantau ini.Dari segi tanah, Asia Barat mempunyai
pelbagai jenis tanah pertanian yang subur.(Redzuan Othman,1991).Kedudukan Palestin di
Asia Barat merupakan negara yang dianggap sebagai tanah yang suci dalam hati setiap
Muslim.Terdapat Masjid al-Aqsa sebagai kiblat pertama orang Islam.Palestin juga merupakan
tanah suci bagi orang Yahudi dan juga Nasrani. Di sini terdapat pusat-pusat keagamaan
mereka yang besar seperti al-Quds,Bait Lahm dan an Nasirah (Dr. Muhsin)
1.2 SEJARAH PENUBUHAN ISRAEL
Dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Kerajaan Turki Uthmaniah yang menguasai
sebahagian besar negara Islam termasuk Timur Tengah telah menyebelahi Jerman(Shafie
Abdul Rahman,2014).Chaim Weozmann menulis surat kepada Parlimen British supaya
mendapat persetujuan daripada Kerajaan British untuk menubuhkan sebuah negara Yahudi di
Palestin. Parlimen British menyatakan persetujuaannya terhadap pembentukan sebuah negara
Yahudi di Palestin. Akhirnya, pada tahun 1936 sebuah suruhanjaya telah mencadangkan agar
Palestin dibahagikan kepada dua bahagian iaitu satu baghagian untuk orang Yahudi dan satu
bahagian untuk orang Arab-Palestin. Akhirnya,pada tahun 1947,sebanyak 33 buah negara
menyokong orang Yahudi menerima 56% daripada bumi Palestin,13 buah negara
menentangnya dan 10 lagi negara berkecuali dalam perhimpunan Agung PBB(Shafie Abdul
Rahman,2014). Pada 15 Mei 1948,askar-askar Kerajaan British telah berundur dari Palestin
dan negara Israel tertubuh di Palestin.
1

1.3 SERANGAN ISRAEL KE ATAS PALESTIN


Negara Palestin di tadbir oleh pihak British setelah Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu(PBB) bersetuju untuk memberi mandat kepada British. Ini dipanggil Mandat British.
Ketika negara Palestin ditadbir oleh British, rakyat di sana tidak berdiam diri. Ia seakan bentuk
penjajahan yang berlaku ke atas tanah mereka seperti mana yang boleh digamabarkan
dengan apa yang telah berlaku di Tanah Melayu dahulu (Mohd Roslan,2010). Sebelum
kedatangan Israel, Yahudi telah melakukan keganasannya ke atas Palestin. Peristiwa yang
tidak boleh dilupakan ialah pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh tentera Yahudi
pada 9 April 1948 ke atas penduduk Deir Yasin(Mohd Roslan,2010). Menurut Jacques de
Reyneir (2005) iaitu Ketua Delegasi Persatuan Palang Merah Antarabangsa, beliau melihat
sendiri dan dapat menyatakan dengan jelas bahawa 300 orang telah dibunuh dengan kejam.
Mereka terdiri daripada orang tua lelaki, wanita,kanak-kanak dan bayi baru lahir. Jumlah
mangsa yang kehilangan tempat tinggal dikalangan orang Arab-Palestin tidak dapat ditentukan
jumlahnya dengan sahih kerana tiada data dan tiada bancian dibuat keatas pelarian (Henry
Cattan,1981).
Penduduk Arab di Palestin menerima kesan yang amat pedih setelah pengisytiharan
negara Israel. Ada diantara mereka dihalau keluar dari kampung halaman mereka dan
terpaksa keluar dari Palestin untuk mencari penempatan di kem-kem pelarian sementara yang
didirikan di sekitar tanah Palestin seperti Jordan dan Syria. Masih ramai yang menetap di kemkem pelarian ini sehingga hari ini(Mohd Roslan,2010).Perang 6-Hari yang berlangsung telah
dimenangi oleh Israel memebolehkan mereka menawan Jerusalem Timur pada bulan Jun
1967. Oleh itu, politik dan perundangan dikuasai oleh mereka hingga hari ini.Antara
kesannya,masyarakat Islam tidak dapat mengunjungi Masjid al-Aqsa secara bebas dan
terpaksa mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan. Masjid ini pernah diserang pada 21
Ogos 1969 oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Rakyat Palestin tidak pernah berdiam
diri untuk membebaskan mereka dari cengkaman Zionis. Mereka melakukan kebangkitan
secara besar-besaran pada tahun 1987 dan berlangsung hingga tahun 1993 kerana perjanjian
Oslo ditandatangani untuk tujuan perdamaian(Mohd Roslan,2010). Namun, kebangkitan ke-2
berlaku pada tahun 2000 apabila Perdana Menteri Israel pada ketika itu,Ariel Sharon dan 1000
orang tenteranya melawat Masjid al-Aqsa yang dianggap suci oleh masyarakat Islam Palestin.
Lebih 200 orang Islam cedera dan sekurang-kurangnya 4 orang telah maut disebabkan protes
yang berlangsung(Gelvin,2005). Israel telah melakukan keganasan secara berterusan apabila
2

mereka menyerang Gaza pada akhir 2008 hingga Januari 2009. Kesannya, sekolah, masjid
dan apa sahaja bangunan telah dibom dan dimusnahkan oleh rejim Israel. Ribuan mangsa
telah terkorban melalui serangan ini. Keganasan ini berlaku kerana Israel mahu memerangi
Hamas yang dianggap golongan teroris yang memerintah Gaza pada ketika itu.

1.4 KESAN KEGANASAN TERHADAP PALESTIN DARI SEGI POLITIK


Siri keganasan yang dilakukan Israel terhadap Palestin telah memberikan impak yang
cukup besar ke atas negara Palestin dari segi politik khususnya. Bumi Palestin telah berjaya
3

dikuasai oleh orang Yahudi sebanyak 78%. Hal ini disebabkan oleh penaklukan orang Yahudi
terhadap Palestin dan kekalahan Palestin dalam perebutan kawasan. Oleh yang demikian,
rakyat Palestin terpaksa menyerahkan tanah mereka dan hidup dalam keadaan merempat.
Seterusnya, beberapa kawasan yang didiami penduduk Arab turut menjadi kawasan yang
diletakkan dibawah pemerintahan tentera. Kerajaan Israel turut menghalang penduduk Arab
menubuhkan parti Nasiolis Arab kerana risau akan kebangkitan rakyat Arab Palestin(Lois A.
Aroian). Konflik Palestin-Israel turut menyebabkan berlakunya peperangan diantara orang Arab
Palestin dan Israel kerana pengundian bagi pembahagian Palestin yang mana orang Yahudi
menerima pengiktirafan antarabangsa penubuhan sebuah negara. Sebagai contoh, peperangan
6-hari untuk menghalang Israel daripada berleluasa di Asia Barat( William,1994). Selain itu,
penduduk Palestin juga berada dibawah penguasaaan pemerintahan tentera dan setiap
pergerakan terbatas. Sekiranya perbuatan dilihat mencurigakan, mereka akan ditangkap dan
diperiksa. Malah boleh ditahan dengan sesuka hati. Keadaan ini dapat menggambarkan
kekejaman Israel melalui pemerintahan tenteranya terhadap rakyat Palestin.
1.5 KESAN KEGANASAN TERHADAP PALESTIN DARI SEGI EKONOMI
Ekonomi utama sebagahian besar penduduk Arab ialah bergantung kepada pertanian
semata-mata. Sebelum pertapakan Israel di Palestin, mereka boleh bebas melakukan kegiatan
ekonomi mereka. Namun,setelah kedatangan Israel. Mereka telah tertakluk kepada peraturan
pertahanan darurat yang diperkenalkan oleh pihak British ke atas bumi Palestin. Mereka
diibaratkan menjadi pelarian di negara sendiri. Selain itu, penduduk Palestin juga terpaksa
membuat catuan ekonomi dengan orang Yahudi. Hal ini dikatakan demikian kerana, mereka
terpaksa menjadi pekerja yang hanya bergantung kepada ekonomi Israel. Masyarakat yang
kehilangan tanah akibat dirampas terpaksa mencari pekerjaan di Israel demi meneruskan
hidup dan menyara keluarga. Ada juga di antara rakyat Palestin yang terpaksa bekerja dengan
orang Yahudi kerana majikan yang lama tidak mampu membayar gaji mereka. Walaupun
ekonomi mereka terpaksa digabungkan dengan pihak Israel,tidak semestinya mereka
bersetuju ke atas semua perkara dan peraturan yang ditetapkan oleh Yahudi Israel. Bukan
sahaja dari segi pekerjaan, malah penduduk Palestin turut kehilangan tanah dan rumah
mereka dan ini menyukarkan lagi kehidupan mereka. Perampasan tanah dilakukan semasa
penduduk Palestin tidak berada di situ kerana kebanyakan mereka melarikan diri semasa
perang. Pihak Yahudi menggunakan alasan itu untuk merampas tanah-tanah mereka. Dalam
pada itu, peraturan baru yang diperkenalkan oleh kerajaan Israel iaitu peladang-peladang
harus membuktikan bahawa mereka telah bercucuk tanam di atas tanah mereka
4

memburukkan lagi keadaan penduduk Arab Palestin.Bukan sahaja tanah, malah harta orang
Arab Palestin turut dirampas kerajaan Israel melalui Tabung Kebangsaan Yahudi yang
menghalalkan perampasan harta disebabkan ketiadaan pemilik asalnya(Rahmani,2006).
Kesimpulannya, mereka telah kehilangan punca ekonomi dan juga tanah serta harta benda di
negara sendiri.

1.6 KESAN KEGANASAN TERHADAP PALESTIN DARI SEGI SOSIAL


Dari segi sosial pula, usaha damai antara pelbagai pihak adalah sukar untuk dicapai.
Sebagai contoh, satu mesyuarat telah diadakan di PBB kerana Syria membantah bahawa
Israel telah mencabul gencatan senjata yang telah dipersetujui. Selain itu, pelbagai pihak tidak
berpuas hati akan draf plan damai yang dibuat oleh British yang mana telah dipersetujui oleh
PBB. Ini kerana tindakan British yang mementingkan kepentingan peribadi. Maka, tidak
hairanlah usaha damai menjadi sukar. Selain usaha damai sukar dicapai, rakyat Palestin
sering dipandang hina oleh Israel dan sesetengah negara Arab yang lain. Menurut Lois A.
Aroian (terj. Redzuan Othman,1991) Turki merasakan rakyat Palestin di pandang hina oleh
sesetengah pemimpin Arab dam Israel walaupun peluang pendidikan diberi oleh United
Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees (U.N.W.R.A). mereka dilayan dengan
buruk dan pemimpin Israel sendiri pernah memberi kenyataan bahawa dia menafikan
kewujudan masyarakat Palestin. Ini amat menyedihkan kerana pada asalnya negara yang
mereka duduki merupakan negara asal Palestin. Semangat untuk berjuang tidak pernah
terpadam dari masyarakat Palestin. Ia sebagai suatu tindak balas terhadap dunia yang
melabelkan mereka sebagai pelarian. Bukan sahaja mereka dipandang hina, rakyat Palestin
turut terpaksa melalui kekejaman dan kezaliman yang dilakukan Israel. Contohnya, peristiwa
pembunuhan beramai-beramai yang dilakukan di Palestin yang begitu kejam(Henry
Cattan,1981). Pelarian-pelarian Arab Palestin yang telah ditangkap oleh tentera Israel diseksa
dengan kejam dan berterusan. Pernah tersebar satu video dimana kanak-kanak ditangkap
oleh tentera Israel semasa mereka asyik bermain bersama-sama. Ini membuktikan bahawa
kehidupan sosial di sana amat jauh berbeza dengan kehidupan kita di Malaysia ini. Mereka
tidak bebas melakukan rutin harian seperti yang kita lakukan di sini. Wanita-wanita di Palestin
terpaksa memegang senjata demi mempertahankan negara mereka. Semangat juang yang
tinggi turut ada pada kanak-kanak di Palestin.

2.0 ISU ALAM SEKITAR : KESAN TERHADAP POLITIK, EKONOMI DAN SOSIAL NEGARA
Manusia mempunyai hubungan yang rapat dengan alam semula jadi iaitu alam sekitar.
Namun pada hari ini, terdapat banyak masalah alam sekitar yang berlaku seperti keruntuhan
tanah, pencemaran air, pencemeran udara termasuk penipisan lapisan ozon. Pencemaran alam
sekitar ini berlaku disebabkan eksploitasi sumber alam,pengabaian dan sikap manusia dan juga
penghasilan ciptaan yang berbahaya (Nadzan Haron,2010).
Pengabaian dan eksploitasi sumber alam yang berlebihan oleh manusia telah membawa
kesan kepada pencemaran air,udara, bunyi dan juga hakisan tanah. Isu alam sekitar yang
menjadi focus saya ialah isu pencemaran udara yang berlaku di Malaysia yang mana telah
memberi kesan dan ancaman terhadap politik, ekonomi dan juga sosial di negara ini.
Pencemaran udara merujuk kepada kehadiran sebarang bahan asing di dalam udara selain
daripada kandungan udara tulen dan bersih yang membawa kesan buruk bukan sahaja kepada
manusia malah kepada tumbuhan dan pelbagai jenis binatang(Nadzan Haron,2010). Contoh
kesan kepada pencemaran udara yang pernah dialami di negara ini ialah kejadian jerebu di
antara Ogos dan Oktober 1997 kesan daripada kebakaran besar di hutan Indonesia. Pencemaran
ini telah menjejaskan beberapa sektor ekonomi negara seperti sektor pengangkutan,pembuatan
dan pelancongan. Laporan jabatan Alam Sekitar (JAS) menyatakan bahawa kenderaan bermotor
adalah punca utama pencemaran udara di negara ini. Jika masalah, pencemaran udara tidak
diatasi pada peringkat awal masalah kesihatan akan bertambah buruk. Hal ini dikatakan demikian
kerana oksigen sebagai bahan pernafasan manusia akan berkurang.

2.1 KESAN PENCEMARAN UDARA TERHADAP POLITIK


Menurut Connelly & Smith (1999),sebarang perbincangan mengenai politik alam sekitar
pada asasnya perlu melihat cara di mana persekitaran dan hubungan dengan manusia dan
pembangunan ditafsirkan. Pengetahuan manusia mengenai hubungan antara manusia dan alam
sekitar juga telah berkembang secara progresif. Sebagai contoh, sehingga lewat sebagai tahun
1950-an pemikiran dominan ialah bahawa pengeksploitasian alam sekitar boleh diambil mudah.
Sumber asli telah difahami sebagai tidak pernah kehabisan. Manusia bebas untuk
mengeksploitasi alam sekitar sewenang-wenangnya tanpa memikirkan akibat atau kesan negatif
hasil tindakan mereka tersebut . Pencemaran udara yang berlaku di Malaysia boleh dianggap
memuaskan atau di tahap yang tidak kritikal seperti pencemaran air. Namun begitu, aspek ini
6

tidak harus dipandang ringan atau diabaikan(Nadzan Haron,2010). Contohnya, kejadian jerebu
yang berlaku pada 1997 dan 2013 yang melibatkan beberapa buah negara iaitu Malaysia,
Indonesia, Singapura dan Brunei. Indeks Pencemaran Udara (IPU) merekodkan bacaan yang
tinggi hasil jerebu ini. Kejadian ini telah memberi kesan dari segi politik tanah air dan juga negaranegara yang tersebut. Hubungan dari segi politik antara Malaysia-Indonesia terjejas akibat
masing-masing menyalahkan negara yang menjadi penyebab jerebu ini berlaku. Contohnya,
menerusi akhbar Utusan bertarikh 8 Mac 2014, Indonesia telah menyalahkan Malaysia yang
didakwa menyebabkan kawasan Riau mengalami masalah jerebu akibat kebakaran yang berlaku
di Malaysia,dakwa Badan Nasional Pengurusan Bencana(BNPB). Oleh itu, beberapa siri
rundingan telah dibuat bagi membincangkan masalah ini. Antaranya,perbincangan antara
Malaysia, Indonesia dan termasuk Singapura bagi membincangkan cara yang lebih praktikal bagi
mengurangkan risiko jerebu yang telah menjejaskan ketiga-tiga buah negara. Rundingan tersebut
dijalankan dalam mesyurat tiga hala secara tidak rasmi yang diusahakan Malaysia yang diwakili
pleh Menteri Luar iaitu Datuk Seri Anifah Aman.(Utusan,1 Julai 2013). Dan yang terbaru,Menteri
Sumber Asli danAlam Sekitar Malaysia,Datuk Seri Dr. Wan Junaidi akan bertemu rakan
sejawatnya dari Indonesia untuk membincangkan isu jerebu rentas sempadan.
2.3 KESAN PENCEMARAN UDARA TERHADAP EKONOMI
Pencemaran udara yang berlaku turut memberi impak kepada ekonomi tanah air.
Contohnya, sekiranya jerebu yang teruk dan berlarutan, peniaga-peniaga tidak boleh berniaga
dan terpaksa memberhentikan perniagaan buat sementara waktu. Sekiranya keadaan
pencemaran udara bertambah serius,kesan keatas ekonomi boleh menjejaskan Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK) bagi tahun semasa dan kerugian boleh mencecah hingga berbilion ringgit
disebabkan ekonomi tergendala.(Dr. Mohd Nahar,2013). Selain itu, industri pelancongan akan
terjejas teruk akibat jerebu yang disebabkan oleh pencemaran udara dan restoran-restoran,
gerai-gerai dan taman-taman tema akan menerima tempiasnya. Indurstri perkilangan turut akan
terjejas. Hal ini kerana,pihak berkuasa akan mengarahkan kilang-kilang dan juga aktiviti-aktiviti
yang

melibatkan

pelepasan

asap

supaya

dikurangkan

ataupun

diberhentikan

terus.

Kesimpulannya, aktiviti ekonomi akan terjejas teruk kerana banyak kilang dan syarikat yang akan
menanggung kos kerugian yang banyak.
2.4 KESAN PENCEMARAN UDARA TERHADAP SOSIAL
Dari segi sosial pula, pencemaran udara yang berlaku di Malaysia iaitu jerebu
telah menyebabkan perselisihan faham antara penduduk Malaysia dan penduduk Indonesia
7

khususnya. Masing- masing menuding jari menyalahkan sebelah pihak sahaja. Mereka
sepatutnya mencari jalan supaya hal ini dapat dikurangkan seterunya dapat dibendung
terus. Selain itu, pencemaran udara mengakibatkan masalah kesihatan dalam kalangan
penduduk. Bagi isu jerebu,masyarakat tidak pasti apakah kesan ke atas kesihatan akibat
terdedah dengan sinaran matahari yang terbias kerana jerebu(Dr. Mohd Nahar,2013).
Selain itu, penipisan lapisan ozon dek kerana pembebasan asap-asap yang mengandungi
pelbagai bahan toksik seperti sulfur dioksida dan karbon monoksida telah menyebabkan
sinaran radioaktif ultra ungu akan masuk ke bumi. Ianya amat berbahaya kepada kesihatan
masyarakat. Penyakit seperti barah kulit, katarak. Masalah-masalah lain seperti sesak
nafas,sakit kepala,pening,tekanan,lemah akan dirasai oleh penduduk kerana kualiti udara
yang tercemar(Nadzan Haron,2010). Oleh itu, aktiviti harian masyarakat setempat akan
terjejas. Contohnya, para pekerja mesti ramai yang mengambil cuti sakit atau pihak majikan
sendiri yang akan mengambil langkah menutup syarikat semasa kejadian jerebu berlaku.
Jadi, masyarakat terpaksa berkurung di rumah sekiranya darurat dikeluarkan. Kanak-kanak
turut tidak dapat ke sekolah sekiranya sekolah terpaksa ditutup atas sebab-sebab menjaga
kesihatan para pelajar dan guru-guru.

3.0 PELUANG PENDIDIKAN DI PALESTIN


Menurut Prof. H. Mahmud Yunus,pendidikan ialah suatu usaha dengan sengaja dipilih
untuk mempengaruhi dan membantu anak bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan,
jasmani dan akhlak sehingga secara perlahan mampu mencapai cita-cita anak yang paling
tinggi agar memperoleh kehidupan yang bahagia dan apa yang dilakukannya dapat
bermanfaat kepada dirinya sendiri, masyarakat,bangsa,negara dan agamanya. Jadi,tidak
hairanlah pendidikan adalah penting untuk semua golongan manusia. Jadi, saya memilih isu
keganasan antarabangsa iaitu isu keganasan di Palestin untuk melihat ancamannya terhadap
pendidikan di Palestin. Sebut sahaja pendidikan, kita akan tertumpu kepada kanak-kanak.
Kanak-kanak di Palestin menginginkan pendidikan. Menurut duta besar Palestin di Indonesia,
Fared Mehdawi, beliau menyatakan rata-rata anak Palestin menginginkan pendidikan. Salah
satu sebab mengapa tentera Zionis menangkap dan membunuh kanak-kanak kecil adalah
kerana mereka tidak mahu Palestin melahirkan generasi yang bijak pandai kerana rata-rata
anak kecil Palestin merupakan hafiz al-Quran.

Walaupun Palestin sering diserang Israel secara fizikal dan juga mental, isu pendidikan
di sana menjadi suatu kepentingan bagi mereka.Peluang pendidikan di beri secara percuma
oleh United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees (U.N.W.R.A). Agensi ini
bertanggungjawab

dalam

menguruskan

kesihatan

penduduk,

perkhidmatan

sosial,pendidikan,penambahbaikan kem-kem pelarian. UNWRA menawarkan sebanyak 20%


pendidikan di Palestin manakala kerajaan Palestin sendiri menawarkan pendidikan sebanyak
70% kepada penduduk Palestin. Daripada 2488 sekolah di Palestin manakala baki 10%
ditawarkan oleh sektor persendirian. Perdana Menteri Palestin sendiri iaitu Rami Hamdallah
sendiri merupakan seorang tokoh pendidikan yang disegani. Beliau merupakan seorang
Profesor yang mendapat pendidikan di Britain dan merupakan dekan di Universiti Al-Najah ,di
Tebing Barat(Astro Awani,2013)
Jika kita lihat di kaca televisyen, berita-berita tempatan negara memaparkan kesankesan serangan Israel terhadap Palestin yang melihatkan sekolah, rumah dan masjid dibom
dengan sesuka hati. Contohnya, serangan Israel pada hujung tahun 2008 hingga Januari 2009
telah mengorbankan beribu nyawa dan kemusnahan rumah-rumah, sekolah, pusat
keagamaan,hospital dapat dilihat dengan jelas. Hal ini menggambarkan kepada kita semua
kesusahan yang dihadapi mereka untuk meneruskan kehidupan. Bagaimana untuk mencari
rezeki demi menyara keluarga, bagaimana untuk ke sekolah, bagaimana untuk bercucuk
tanam. Semua itu menjadi tanda tanya kepada kita semua. Oleh sebab itulah kanak-kanak di
Gaza khususnya, bangkit dan mereka mahu mendapatkan pendidikan kerana mereka sedar
akan kepentingan pendidikan yang mampu membebaskan negara mereka dengan adanya
generasi yang berpendidikan tinggi. Hal ini kerana,dengan adanya ilmu kita tidak akan mudah
untuk dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Berbeza pula dengan masyarakat
Arab di Israel. Sepanjang sejarah negara mereka, jumlah orang arab yang memasuki institusi
pengajian tinggi adalah jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan peratus penduduk yang
sepatutnya masih bersekolah. Orang Arab di Israel yang cuba mendapatkan pendidikan di luar
negara dipenjarakan atau ditangkap apabila pulang kerana kegiatan politik,yang mana mereka
mengadakan hubungan dengan kumpulan-kumpulan kebangsaan Palestin(

).

Walaupun ada di kalangan belia Arab Israel yang pulang selepas menuntut di luar
negeri,namun yang lain memutuskan untuk menyertai rakyat Palestin dalam diaspora.
Israel mempunyai pusat pengajian tinggi yang terkenal iaitu Universiti Hebrew,Universiti
Tel Aviv, Universiti Negev dan Isnstitut Sains Weizman yang membuat pengkhususan salam
penyelidikan lepasan Ijazah.sejak tahun 1950-an, Israel terus aktif dalam teknologi nuklear dan
9

mengendalikan reactor nuklear yang dibekalkan oleh Perancis. Penglibatan Israel dalam
penyelidikan dan pembangunan telah menghasilkan menemuan dalam bidang sains dan
teknologi yang mendapat pijian antarabangsa(

). Kita dapat lihat akan perbezaan

kemajuan yang dimiliki oleh Palestin dan Israel dari segi pendidikan. Israel dapat memajukan
pendidikan di negaranya kerana dia berkuasa di sana. Manakala Palestin pula terpaksa
mengikut arahan ketenteraan Israel yang mengusai mereka. Di manakah keadilan yang
ditegakkan PBB? Namun begitu, kanak-kanak,belia-belia di Palestin tidak pernah pudar
semangat mereka untuk memperjuangkan tanah air mereka di samping mendapat pendidikan
yang sama seperti kanak-kanak lain juga.

4.0 CABARAN YANG DI HADAPI PALESTIN DAN LANGKAH MENANGANINYA


Setiap negara

pasti mempunyai

cabaran-cabarannya

dalam

memajukan atau

menstablkan negara. Cuma yang membezakannya ialah bagaimana sesebuah negara itu
mengatasinya. Berbeza dalam konteks cabaran yang dihadapi negara Palestin. Di Palestin,
antara cabaran yang dihadapi mereka ialah Palestin terpaksa berada dibawah pentadbiran
British yang juga dikenali sebagai Mandat British. Disebabkan golongan penjajah ini berlembut
dengan pihak Yahudi,maka golongan ini pulaa yang masuk Palestin. Ini merupakana agenda
pihak Israel untuk menyelamatkan golongan Yahudi yang di tindas di Eropah(Mohd
Roslan,2010). Namun, umat Islam di sana tidak berdiam diri ketika negara mereke dibawah
penguasaan British. Para penduduk termasuk alim ulama seperti Haji Husaini,iaitu mufti
Palestin berjuang untuk mencari keadilan dan membebaskan negara mereka dari cengkaman
pihak luar.
Selain itu, Palestin turut menerima ancaman akan kewujudan sebuah negara untuk
orang Yahudi di Palestin. Deklarasi Balfour yang dikeluarkan menyokong penubuhan negara
untuk Bangsa Yahudi. Secara tidak langsung,Zionis telah mendapat sokongan padu bagi
menjayakan agenda utama mereka. Cabaran-cabaran lain yang terpaksa dihadapi Palestin
adalah keganasan yang dilakukan Yahudi sebelum terbentuknya negara Israel. Contohnya
pembunuhan beramai-ramai oleh tentera Yahudi ke atas penduduk Deir Yasin. Dahulunya ia
merupakan sebuah perkampungan yang aman dan sederhana. Namun setelah kehadiran
10

Yahudi, lelaki,kanak-kanak,wanita dibunuh dengan kejam sekali. Tentera mereka turut


membawa mangsa yang selamat ke atas trak untuk diarak ke bandar sebagai tanda ancaman
buat

penduduk-penduduk

yang

lain

dan

sebagai

tanda

kemenangan(Menachem

Begin,1951).Selepas kewujudan Israel, Palestin masih lagi mendapat ancaman. Bermacam


usaha yang dilakukan Israel untuk mennguasai Jerusalem Timur iaitu kawasan yang
terletakknya Masjid al-Aqsa. Penduduk palestin dihalau keluar dari kampung halaman mereka
dan terpaksa tinggal di kem-kem pelarian sementara contohnya di Jordan,Syria dan Mesir.
Sehingga hari ini masih ramai lagi yang terpaksa tinggal di kem-kem pelarian tanpa ada
pembelaaan yang sewajarnya(Mohd Roslan,2010). Seterusnya, ancaman yang terpaksa
dihadapi oleh penduduk Palestin ialah tidak dapat untuk mengunjungi Masjid al-Aqsa secara
bebas kerana dikuasai Yahudi semenjak Israel memenangi Perang 6-hari. Masjid al-Aqsa
merupakan kiblat pertama umat Islam dan menjadi tempat yang penting bagi orang Islam.
Masjid al-Aqsa pernah dibakar dan diserang pada 21 Ogos 1969 dan ini menimbulkan
kemarahan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ancaman yang dahsyat Palestin terpaksa hadapi
adalah apabila Gaza diserang oleh tentera Israel pada akhir 2008 hingga Januari 2009.
Mereka menyerang sekolah,rumah,masjid,hospital dan apa sahaja bangunan yang ada.
Jumlah kematian turut meningkat dan mangsa-mangsa kesakitan terpaksa menunggu di
hospital.
Menurut Mohd Roslan Mohd Nor, terdapat beberapa langkah yang boleh dikenalpasti
untuk mengelakkan Palestin dari ancaman yang mereka hadapi dengan kata lain untuk
membebaskan negara Palestin. Pertama, Israel mesti didesak supaya mematuhi Resolusi
PBB. PBB telah mengeluarkan banyak resolusi terhadap Israel,namun mereka tidak mahu akur
akan apa yang diputuskan di peringkat antarabangsa. Selagi mereka tidak mahu patuh,selagi
itulah umat Islam akan terus berjuang untuk menentang kezaliman yang dilakukan Israel
terhadap Palestin untuk mendapatkan kembali keamanan dan kemakmuran. Seterusnya,
kebergantungan terhadap Amerika dan Sekutu perlu dihentikan. Ini kerana, kuasa besar ini
berbuat apa sahaja untuk memerangi umat Islam. Mereka merancangkan perang ke atas
pengganas yang matlamat akhirnya adalah untuk melumpuhkan umat Islam. Kuasa besar ini
tidak mahu sesebuah negara kembali keapda corak pemerintahan Islam kerana mereka
bimbang akan menghancurkan barat itu sendiri. Contohnya, pergolakan atara Palestin-Israel
turut terkesan. Akhir sekali, pemerkasaan badan-badan setempat dan Antarabangsa perlulah
diperkuat. Terdapat banyak pertubuhan yang ditubuhkan untuk meningkatkan kesedaran
masyarakat terhadap isu Palestin. Oleh itu, kita wajarlah memperkasakan hubungan yang ada
untuk meningkatkan kesedaran pembebasan Masjid al-Aqsa dan juga keseluruhan Palestin
11

agar masyarakat Islam di sana dapat hidup dengan bebas dan mampu menikmati kehidupan
yang normal di negara sendiri.

5.0 REFLEKSI
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya dapat menyiapkan tugasan ini iaitu
tugasan Cabaran dan Isu Semasa Dunia mengikut masa yang ditetapkan walaupun saya
terpaksa menyiapkannya dalam masa yang singkat disebabkan kekangan masa dan tugas.
Tugasan ini bukanlah semudah yang disangka kerana saya terpaksa mencari maklumat bukan
sahaja pada Internet, malah dari sumber-sumber yang lain seperti buku-buku dan jurnal.
Pensyarah subjek Cabaran dan Isu Semasa Dunia iaitu Dr. Puneeta telah banyak
memberikan penerangan berkaitan tugas ini, cara pelaksanaannya dan perkara-perkara yang
perlu disertakan dalam tugasan ini. Dengan penerangannya yang berkesan, saya telah
memahami cara pelaksanaanya walaupun kadang-kadang saya terpaksa bertanyakan kepada
rakan sekelas. Kami telah mengadakan perbincangan mengenai tugasan ini supaya masingmasing dapat melaksanakannya tanpa sebarang masalah atau kesulitan.
Tugasan pertama dalam kerja kursus ini mengarahkan saya supaya memilih salah satu
isu keganasan dunia yang berlaku dan menghuraikan kesannya terhadap politik, ekonomi dan
sosial negara tersebut. Saya telah memilih isu keganasan antara Israel-Palestin yang mana
telah berlaku sejak dahulu lagi. Melalui pembacaan saya, saya dapat ketahui bahawa Israel
menyerang Palestin bukan atas dasar tidak puas hati. Israel menyerang Palestin kerana
mereka mempunyai agenda mereka yang tersendiri. Yang menjadi mangsanya ialah rakyat
marhaen yang tidak bersalah. Mereka dibunuh dengan kejam. Pembunuhan secara beramairamai di perkampungan Deir Yassin membuktikan kekejaman yang dilakukan Israel terhadap
Palestin. Apa yang saya dapat rumuskan mengenai peristiwa ini ialah kita perlu bersyukur atas
apa yang negara kita kecapi pada hari ini. Kita mestilah mengekalkan kemerdekaan negara
kita dan tidak seharusnya membiarkan penjajah kembali menjajah tanah air yang kita cintai ini.

12

Selain itu, melalui sikap kekejaman Israel, ia memberi pengajaran kepada saya supaya tidak
melakukan kekejaman kepada orang lain terutamanya golongan yang teraniaya.
Untuk isu alam sekitar pula, apa yang menarik minat saya ialah mengenai pencemaran
udara yang berlaku di Malaysia. Di sini, saya tekankan masalah jerebu yang melanda tanah air
kita. Jerebu yang melanda negara kita, Indonesia, Brunei dan juga Singapura telah memberi
ancaman kepada suasana politik bukan sahaja di negara kita, malah di negara-negara yang
terlibat juga. Suasana ekonomi dan sosial di Malaysia turut terjejas. Terdapat perselisihan
dalam isu jerebu ini kerana Indonesia menuduh negara kita yang melakukannya dan kita pula
menuduh mereka yang melakukannya. Oleh sebab itu, banyak rundingan telah dibuat melalui
pemimpin negara masing-masing. Apa yang saya peroleh daripada isu ini ialah kita seharusnya
berfikiran rasional sebelum membuat sesuatu keputusan kerana sesuatu keputusan itu akan
memberi kesan kepada kita dan juga orang lain. Selain itu, kita juga harus menjaga alam
sekitar kita supaya tidak tercemar. Selepas membuat kajian tentang isu alam sekitar iaitu
pencemaran udara di Malaysia, saya telah menukar perspektif bahawa pencemaran udara
berlaku bukan hanya disebabkan oleh kilang-kilang yang melepaskan asap,tetapi melalui
kebakaran terbuka juga. Oleh itu, saya tidak akan sesekali melakukan pembakaran secara
terbuka. Contoh yang mudah diambil ialah pembakaran sampah-sarap.
Seterusnya,saya juga memperoleh maklumat daripada ancaman yang dihadapi oleh
Palestin dan kesannya terhadap peluang pendidikan di negara tersebut. Pendidikan di Palestin
dan Israel adalah berbeza dari segi kemudahan dan penyelidikan. Walaupun negara Palestin
diserang oleh tentera Israel,namun semangat anak-anak Palestin untuk mendapat pendidikan
tidak pernah pudar. Pengajaran yang saya perolehi ialah kita tidak ada alasan untuk tidak
belajar kerana di negara kita ini, kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan dari segi
pendidikan berbeza dengan rakyat di Palestin yang serba kekurangan. Walaupun, Palestin
terpaksa menghadapi pelbagai cabaran disebabkan oleh pertapakan golongan Yahudi di
palestin, mereka masih bersatu untuk membebaskan tanah air mereka walaupun harapan
kelihatan semakin pudar dari hari ke hari. Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya
menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa di Palestin khususnya di Gaza kerana itulah
salah satu cara yang kita dapat menangani cabaran yang dihadapi mereka.
Saya amat bersyukur kerana dilahirkan di Malaysia ini kerana negara kita tidak ada lagi
isu keganasan yang berlanjutan yang mengakibatkan korban nyawa yang begitu besar. Saya
juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan, pensyarah, yang sudi memberi
bantuan kepada saya dalam proses menyiapkan tugasan ini.
13

14

You might also like