You are on page 1of 8

1.

0 PENDAHULUAN

Malaysia merupakan negara yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum iaitu Melayu, Cina, India, Orang Asli dan lain-lain lagi. Kepelbagaian kaum ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya dan adat istiadat yang pelbagai gabungan daripada masyarakat majmuk yang wujud di negara ini. Walaupun dengan budaya dan kaum yang pelbagai, rakyat Malaysia hidup aman dan harmoni dan menghormati budaya dan adat istiadat satu sama lain. Salah satu kaum yang terdapat di Malaysia ialah Kaum Cina. Menurut Laman Web Rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia (http://www.statistics.gov.my), kira-kira 24.6% daripada penduduk Malaysia ialah kaum Cina menjadikan kaum Cina menjadi kaum kedua teramai di Malaysia. Menurut buku Pendidikan Negara Bangsa tulisan Zulhilmi Paidi dan Rohani Abdul Ghani pada bahagian Masyarakat dan budaya China, Masyarakat Cina mempunyai bentuk dan corak kebudayaan yang unik dan tersendiri. Kebudayaan mereka berasal

daripada sebuah tamadun yang sangat tinggi. Mereka menganggap tradisi mereka adalah yang paling baik berbanding tradisi dan kebudayaan masyarakat lain di dunia ini Masyarakat Cina masih mengekalkan nilai-nilai budaya yang telah diamalkan sejak turun-temurun sebagai identity dan warisan mereka. Hal ini juga berlaku kepada masyarakat Cina di Malaysia Adat perkahwinan merupakan salah satu adat kaum Cina yang masih digunakan sehingga hari ini. Walaupun ada sedikit perubahan dari adat yang sebenar, namun ianya masih lagi mengekalkan ciri-ciri penting adat perkahwinan tersebut seperti bertandang, memberi hormat, minum teh, makan besar, dan lain-lain lagi. Dalam penulisan ini akan ditulis secara terperinci mengenai adat perkahwinan kaum Cina.

2.0 ADAT PERKAHWINAN CINA

2.1 Upacara Awal Perkahwinan

2.2 Upacara Semasa Perkahwinan

Upacara semasa perkahwinan adalah upacara yang dijalankan pada hari perkahwinan. Menurut buku Gateway to Chinese Culture, terdapat beberapa adat yang dijalankan pada hari tersebut antaranya ialah pengantin lelaki bertandang ke rumah pengantin perempuan, upacara sembahyang, upacara minum teh, makan besar dan minum arak pada malam perkahwinan. Setiap upacara ini akan diterangkan secara terperinci.

2.2.1

Upacara Pengantin Lelaki Bertandang ke Rumah Pengantin Perempuan

Pada hari perkahwinan berlangsung, pengantin lelaki bersama rombongannya yang terdiri daripada keluarga dan sahabat terdekat akan ke rumah pengantin perempuan untuk menjemput pengantin perempuan. Pengantin lelaki akan menaiki kereta yang dihias indah ke rumah pengantin perempuan. Apabila pengantin lelaki tiba di rumah pengantin perempuan, pengantin lelaki tidak dibenarkan terus masuk dan menemui pengantin perempuan tetapi pengantin lelaki terlebih dahulu perlu melalui Permainan Pintu Perkahwinan. Permainan Pintu Perkahwinan adalah berasal daripada zaman nenek moyang masyarakat Cina. Permainan ini menggambarkan bahawa pengantin perempuan merupakan wanita yang cantik dan baik sehingga keluarga serta kawan-kawannya tidak sanggup berpisah dengannya. Untuk melepasi permainan pintu ini, pihak pengantin lelaki akan melakukan apa saja yang diminta oleh pihak pengantin perempuan atau membayar pihak pengantin perempuan dengan memberikan Li Shi supaya pengantin lelaki dapat melalui pintu tersebut. Walau bagaimanapun pihak pengantin perempuan perlu memperuntukkan masa tertentu kerana upacara di rumah pengantin lelaki harus berjalan seperti yang telah dijadualkan.

Rajah 1 : Suasana ketika permainan pintu perkahwinan (sumber : flikr.com) Menurut laman web Travel China Guide

(http://www.travelchinaguide.com/intro/social_customs/marriage/custo ms.htm) Li shi ialah hadiah wang yang diletakkan di dalam sampul berwarna merah.

Rajah 2 : Li shi

Selain Li Shi, pihak lelaki juga menyediakan hantaranhantaran lain seperti tebu, barang-barang yang manis seperti buahbuahan, coklat, kek, manisan dan lain-lain. Hantaran tebu membawa maksud semoga dipanjangkan umur manakala barang-barang manis

pula bermaksud semoga pasangan pengantin akan memperoleh kehidupan yang baik dan sempurna pada masa akan datang. Setelah pengantin lelaki berjaya melepasi Permainan Pintu dan berjaya masuk ke dalam rumah, ibu bapa pengantin perempuan akan menyerahkan anak gadis mereka kepada pengantin lelaki.

2.2.2

Upacara Sembahyang

Upacara ini dijalankan setelah ibu bapa pengantin perempuan menyerahkan anak gadis mereka kepada pengantin lelaki. Upacara ini bertujuan untuk memberi penghormatan dan mendapatkan restu nenek moyang mereka yang telah meninggal dunia. Upacara ini juga dijalankan di rumah pengantin lelaki.

Rajah : Upacara sembahyang (sumber : jenkinyat.com)

2.2.3

Upacara Minum Teh

Upacara ini antara upacara yang terpenting dalam adat istiadat perkahwinan orang cina kerana ianya mempunyai signifikasi yang berkait dengan hubungan kekeluargaan. Tujuan upacara ini diadakan

adalah untuk melambangkan penerimaan pasangan pengantin terutamanya pengantin perempuan dalam keluarga pengantin lelaki dan untuk memperkenalkan saudara maka kepada kedua-dua pengantin sama ada dari pihak pengantin lelaki mahupun pengantin perempuan. Upacara ini dimulakan dengan pasangan pengantin melutut di depan ahli keluarga yang paling tua samada datuk nenek atau ibu bapa dan menghidangkan teh kepada mereka. Datuk nenek atau ibu bapa akan minum sedikit teh dan kemudian memberikan sampul merah kepada pasangan pengantin. Menurut masyarakat Cina, pemberian sampul surat merah melambangkan nasib baik.

Rajah : Upacara minum teh (sumber : bestgiftsforwedding.wordpress.com)

Menurut buku Chinese Culture keluaran Asiapac Books pte ltd pada muka surat 57, jika teh yang diberikan oleh pasangan penagantin diminum oleh orang tua ianya bermaksud mereka menerima dan mengalu-alukan kedatangan ahli baru dalam keluarga mereka. Upacara minum teh diteruskan dengan memberi teh kepada ahli keluarga yang lain bermula dari yang tua kepada yang lebih muda. Pada kebiasaannya, keluarga sebelah bapa akan lebih diutamakan kerana bapa adalah ketua keluarga.

Setiap kali pasangan pengantin memberi minum teh, mereka akan meminta orang yang diberi teh untuk mendoakan kebahagian hingga akhir hayat, kesenangan, dikurniakan cahaya mata, kesihatan dan perkara-perkara yang baik kepada mereka. Setelah selesai upacara minum teh, orang yang diberi teh akan menghadiahkan sampul surat merah kepada pasangan pengantin sebagai tanda permulaan kehidupan baru.

2.2.4

Upacara Jamuan Makan

Upacara ini merupakan kemuncak kepada majlis perkahwinan masyarakat Cina. Jamuan makan ini diadakan oleh keluarga pihak pengantin lelaki pada sebelah malam dan diadakan secara besarbesaran samada di restoren, dewan atau rumah. Pelbagai makanan seperti ikan,ayam minyak merah, udang galah, kek kebahagian dan pau dihidangkan kepada pasangan pengantin dan para tetamu. Setiap hidangan makanan ini mempunyai simboliknya yang tersendiri. Ikan membawa maksud kekayaan, ayam minyak merah bermaksud kebahagian, udang galah bermaksud keserasian dan kek

kebahagiaan dikenali sebagai kek naga dan burung phoenix. Pada majlis ini, pasangan pengantin akan menandatangani dua pucuk surat iaitu Keat Foot Ching Su di hadapan dua orang saksi. upacara tanda tangan surat ini ialah sebagai bukti pasangan ini telah berkahwin. Semasa jamuan makan, pasangan pengantin terhad untuk makan kerana mereka perlu menyapa atau berkenalan dan beramah mesra dengan tetamu-tetamu yang hadir dan keluarga dari kedua-dua belah pihak. Para tetamu yang hadir akan menyediakan Li Shi sebagai hadiah kepada pasangan pengantin. Ketika jamuan makan, akan diadakan upacara yamseng iaitu pengantin akan berjalan bersama mertua ke semua meja para jemptan untuk mengucapkan terima kasih kerana hadir. Para tetamu akan mendoakan atau mengucapkan perkara-perkara baik dan diikuti dengan perkataan yamseng dan kemudiannya meminum arak dari gelas yang diangkat keatas beramai-ramai. Contoh ucapan yang diucapkan tetamu ialah Semoga bahagian hingga anak cucu,

yamseng!, Semoga menyambut kelahiran anak tahun hadapan, yamseng! kemudian, mereka akan mengangkat cawan arak k eatas dan meminumnya.

Rajah : pengantin minum bersama para tetamu (sumber : www.elegantwoman.org)

Penggunaan

minuman

berkarbonat

juga

boleh

bagi

menggantikan arak agar perjalanan majlis lancar tanpa ada yang mabuk atau kurang sihat.

Pada akhir jamuan makan, keluarga pengantin dan pasangan pengantin akan bergerak ke pintu rumah, restoren atau dewan bagi mengucapkan terima kasih kepada tetamu yang hadir dan menyerikan majlis.

2.2.5

Upacara Minum Arak pada Malam Perkahwinan

Upacara ini dilakukan dengan menyediakan dua cawan yang diikat dengan tali yang berwarna merah. Pasangan pengantin akan meminum arak dari cawan ini dengan menyilangkan tangan mereka. Perbuatan menyilangkan tangan ini merupakan ikatan janji

perkahwinan yang biasa dilakukan ketika perkahwinan. Menurut penulisan yang bertajuk Drinking Beverage Custom on Marriage (http://eng.wanzui.com/En_con.aspx?newsid=313),

upacara minum arak pada malam perkahwinan adalah bertujuan

untuk menunjukkan rasa kasih sayang (affection) antara pasangan pengantin.

Rajah : minum arak pada malam perkahwinan (sumber : traditions.cultural.china.com/en)

You might also like