You are on page 1of 13

1

PERANAN AHLI KUMPULAN

1. ZARIFAH BINTI HARON CHUA (JK/12143/17) - KETUA KUMPULAN


a. Mengetuai perbincangan dan pemilihan tajuk yang menarik dan sesuai.
b. Membahagikan tugasan kerja sesama ahli kumpulan.
c. Mencari maklumat yang berkaitan dengan suku kaum Bajau.

Rumusan :
Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya dapat mengetahui keunikan
kepelbagaian budaya dan adat resam suku kaum Bajau. Hal ini dapat
meningkatkan kefahaman saya mengenai kepelbagaian kaum yang kaya di
Malaysia. Selain itu juga, tugasan ini telah membuka mata saya mengenai
kepentingan perpaduan dan kesefahaman antara kaum dan etnik agar tidak
dipengaruhi sebarang sentimen perkauman yang sempit. Saya juga dapat
meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu dan konflik yang dialami oleh
suku kaum Bajau.

2. NUR HAFFIZA BINTI ZAINOL ABIDIN (JK/12102/17)


a. Mencari maklumat berkaitan dengan suku kaum Bajau dan isu-isu yang
berkaitan dengannya.
b. Mencarri idea dan menyediakan skrip dalam menghasilkan video.

Rumusan:
Ketika menjalankan tugasan ini, saya dapat menambah ilmu pengetahuan
mengenai variasi kaum dan budaya di Malaysia. Tambahan pula,tugasan ini
telah meningkatkan perasaan inkuiri akan budaya kaum lain demi
mengeratkan hubungan sesama masyarakat sejagat. Dengan memahami suku
kaun Bajau ini, saya dapat mendekatkan diri dengan budaya dan tradisi kaum
tersebut. Sekali gus, menjadikan saya lebih berfikiran terbuka dan mampu
mengajar saya erti perpaduan yang sebenar.
2
1.0 PENDAHULUAN
“ Etnografi merupakan satu bentuk kajian yang praktikal untuk mengkaji suatu
kelompok atau kumpulan tertentu.”
Creswell (2005)
Istilah Ethnos berasal dari perkataan Greek yang bermaksud manusia, bangsa atau
budaya. Menurut Agar (1986) dalam Sabitha Marican, (2005) menyatakan “graphy”
bermaksud penjelasan mengenai sesuatu. Etnografi merupakan sejenis kajian
lapangan yang berbentuk pemerhatian yang sering digunakan dalam kajian sosiologi
dan antropologi. Pendapat inidipersetujui oleh dua sarjana iaitu Berg, (1995) dan Guy
et al. (1987) dalam Sabitha Marican,(2005). Kajian etnografi digunakan dalam
memahami dan menjelaskan budaya dan cara hidup sesuatu komuniti.

Menurut Portal Rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia (November, 2020), Sabah


merupakan negeri yang mempunyai jumlah penduduk kedua teramai di Malaysia.
Negeri di bawah bayu itu mempunyai pelbagai kumpulan etnik yang kaya dengan
dialek dan budaya yang terbesar iaitu sebanyak 32 kumpulan etnik komuniti
majoritinya ialah etnik Kadazandusun. Kumpulan lain termasuk Rungus, Bajau, Bajau
Laut, Murut, Lundayeh, Orang Sungai dan Iranun. Setiap kaum dan bangsa memiliki
ciri-ciri kebudayaan yang unik dan istimewa. Suku kaum bajau juga tidak ketinggalan
dengan kepelbagaian budayanya yang tersendiri. Namun yang demikian, penyelidikan
terhadap suku-suku kaum tersebut masih kurang dan belum meluas bagi menerokai
kepelbagaian dalam setiap budaya.

Latar Belakang
Sejarah asal usul masyarakat Bajau dapat dikaji daripada beberapa sumber iaitu
daripada penelitian penulis-penulis barat serta melalui cerita lagenda dalam
masyarakat Bajau tersebut. Terdapat beberapa teori yang menerangkan kedatangan
masyarakat Bajau ke Sabah. Pertama, ada yang mengatakan bahawa masyarakat
tersebut berasal dari Johor (Sopher 1965). Teori kedua menyatakan masyarakat Bajau
berasal dari selatan Filipina. Jenar Lamdah (1980) menegaskan teori kedua yang
3
dikemukakan berkemungkinan boleh diterima, sekiranya dikaji secara mendalam
mengenai kehidupan masyarakat Bajau laut di daerah Semporna, Sabah. Ini
disebabkan kedudukan daerah Semporna di pantai timur Sabah adalah berdekatan
dengan Kepulauan Sulu.

2.0 SOSIOBUDAYA MASYARAKAT SUKU KAUM BAJ AU


Menurut Rosfazila Abd Rahman (2019), sosiobudaya didefinisikan sebagai sebuah
amalan atau gaya hidup peradaban bagi sesuatu masyarakat yang lahir dari pegangan
dan kecenderongan diri masyarakat berkenaan dalam berbagai bidang hidup bagi
merealisasikan pembangunan hidup masyarakat itu. Bagi masyarakat suku kaum
bajau, sosiobudaya bagi kaum ini dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu
sosiobudaya kelompok Bajau Samah atau lebih dikenali sebagai Bajau Darat, dan juga
kelompok Bajau Pantai Timur ataupun Bajau Laut. Bajau Samah ataupun Bajau Darat,
merupakan kelompok etnik daripada suku kaum Bajau yang menetap di kawasan
Pantai Barat Sabah. Ramai daripada masyarakat yang juga dikenali sebagai cowboy of
the east ini mencari hasil kehidupan daripada pekerjaan seperti petani dan juga
nelayan di persisiran pantai. Selain itu juga, mereka sangat dikenali dengan kepakaran
dalam menunggang kuda serta dalam penghasilan senjata untuk para pahlawan.

Manakala bagi Bajau Pantai Timur pula, suku kaum ini lebih dikenali sebagai Bajau
Laut kerana kehidupan mereka berkisarkan laut. Mereka tinggal di atas bot yang lebih
dikenali sebagai lepa-lepa. Mereka menjalankan aktiviti nelayan dan menyelam untuk
mencari hasil laut sebagai sumber pendapatan dan makanan seharian. Dek kerana
gaya hidup mereka yang bersifat nomad serta kepakaran mereka dalam mengenali
setiap pelusuk lautan, mereka diberi gelaran sebagai sea gypsies. Menurut Ben J.
Wallace (1971), perkataan Bajau adalah singkatan sebutan dari perkataan Bajak Laut
atau Baja Laut yang bererti lanun, manakala menurut Hasan Mat Nor (1980) pula,
perkataan Bajau itu berasal dari perkataan berjauhan yang menggambarkan cara hidup
orang Bajau yang sentiasa berjauhan daripada kampung asal mereka. John Crawfurd
menerangkan bahawa nama Bajau itu diberi oleh orang Bugis dengan sebutan Waju
4
yang bermaksud men that go in troops atau orang yang bergerak.

Meskipun kedua-dua suku kaum ini berasal dari susur galur yang sama, namun
terdapat perbezaan yang ketara iaitu dari segi pakaian, bahasa, pemakanan, adat resam
dan juga budaya hidup. Terdapat enam bahasa Bajau yang sering digunakan dan
semuanya berasal daripada keluarga Sama-Bajau. Pengguna bahasa ini termasuklah
pendatang-pendatang daripada negara jiran. Bagi kaum Bajau daripada bahagian
pantai Timur Sabah, bahasa mereka dipinjam daripada Suluk iaitu bahasa
perdagangan di Laut Sulu. Kaum Bajau pantai Barat Sabah pula mengadaptasikan
bahasa mereka daripada bahasa Melayu. Kaum Bajau bahagian ini telah bekerjasama
dengan kaum Kadazan dusun dari segi aktiviti ekonomi, perdagangan, perhubungan
sosial serta kebudayaan. Orang Bajau dikatakan telah menggunakan sistem Barter
dalam aktiviti ekonomi mereka iaitu menukar ganti hasil tangkapan ikan mereka
dengan beras orang Kadazan. Bukan itu sahaja, pengaruh kebudayaan daripada
kedua-dua kaum ini juga dapat dilihat dari segi kesenian material, muzik dan juga
reka bentuk bangunan.

Per ayaan
Jika dilihat dalam konteks yang lain, masyarakat suku kaum bajau menyambut sebuah
perayaan yang bernama Perayaan Regatta Lepa Lepa yang membawa maksud perahu
atau bot. Perayaan Regatta Lepa disambut pada bulan April setiap tahun di daerah
Semporna, Sabah. Sambutan ini diraikan oleh gabungan beberapa kampung di sekitar
Semporna. Oleh yang demikian, pada tahun 2003, perayaan tersebut telah diberi
pengiktirafan dan dinaiktaraf dengan memasukkan perayaan tersebut ke dalam
kelendar 'Pesta Air Malaysia' dan kini ia merupakan salah satu acara tahunan di
Malaysia iaitu di Sabah. Terdapat pelbagai acara dan aktiviti yang menarik minat para
pelancong dan dapat menjadikan perayaan tersebut lebih dikenali terutamanya dalam
kalangan masyarakat Malaysia serta di mata dunia. Antaranya ialah acara tradisi
perayaan tersebut seperti penglibatan sebanyak 50 buah perahu akan menyertai
Pertandingan Sambulayang atau juga dikenali sebagai pertandingan layar dan perahu
5
tercantik; pertandingan Ratu Cantik Lepa, promosi makanan tradisional kaum Bajau
serta pameran hasil kraf tangan masyarakat ini. Beberapa acara sukan melibatkan
perahu juga turut diadakan seperti lumba perahu, tarik perahu secara berpasangan,
renang dan persembahan kesenian dan kebudayaan turut diadakan untuk
memeriahkan lagi perayaan ini.

Pakaian Tr adisional
Busana tradisional sesebuah masyarakat adalah satu amalan budaya dan warisan yang
menjadi kebanggaan masyarakatnya (Rita Lasimbang,1997). Masyarakat wanita
Bajau akan menggayakan busana yang diberi nama badu sipak. Pakaian tersebut
adalah blaus badu sampit serta kain sarung olos berangkit, perhiasan leher mandapun
dan perhiasan kepala serempak. Manakala, pakaian kaum lelaki pula adalah Badu dan
Butang Betawi. Ia merupakan pakaian yang dibuat daripada kain satin yang memiliki
hiasan renda serta dilengkapi dengan mandapun dan tali pinggan. Pakaian tradisional
ini sering digayakan oleh masyarakat Bajau terutamanya ketika majlis perkahwinan
serta majlis keramaian seperti meraikan lawatan para pemimpin.

Makanan Tr adisional
Terdapat pelbagai makan traditional masyarakat suku kaum bajau yang menjadi
tarikan ramai pelancong. Antaranya adalah kima, sagol, dan putu. Kima adalah nama
sejenis makanan yang berasaskan kerang laut yang dibahagikan mengikut beberapa
jenis kerang. Antaranya lapiran,kima bohe' dan sollot-sollot iaitu yang bersaiz kecil
dan menyelit di celah-celah permukaan batu. Kima dijadikan hidangan lauk dalam
makanan tradisi Orang Bajau. Kima ini boleh dimakan mentah-mentah (inta') setelah
dihiris atau dipotong kecil-kecil dan dicampur dengan air limau dan cili sebagai
penambah rasa makanan tersebut. Kadang-kala, ia juga dicampur bersama
rempah-ratus yang lain mengikut selera masing-masing Masakan ini juga disajikan
dengan masakan sayur. Terdapat juga masakan kima yang dikeringkan di bawah sinar
matahari dan biasanya ia dimasak bersama sayur.

6
3.0 SOSIOEKONOMI MASYARAKAT BAJ AU
Sektor Per ikanan
Dek kerana kehidupan masyarakat Bajau laut ini sering dikait dengan kehidupan di
laut, ekonomi mereka juga berasaskan lautan. Sumber utama mereka adalah
menangkap hasil laut seperti menangkap ikan batu untuk dijadikan ikan kering,
kerang, landak laut untuk sajian pehe-pehe serta tripang (Ismail Ali, 2011). Selain itu
juga, mereka didedahkan dengan aktiviti penanaman rumpai laut setelah berlakunya
aktiviti pengkomersilan yang giat dijalankan. Dengan pendapat daripada hasil tersebut,
mereka peroleh bukan sahaja untuk keperluan keluarga, malah ada yang dijual untuk
keperluan masyarakat kampung dan di bawa ke pelabuhan Semporna untuk dijual
kepada masyarakat yang tinggal di bahagian darat Semporna. Antara aktiviti ekonomi
berasaskan sektor ini adalah memungut hasil laut, menternak ikan dalam sangkar dan
mengusahakan rumpai laut.

Tambahan pula, terdapat keistimewaan bagi pembeli yang membeli secara langusung
dengan masyarakat Bajau. Hal ini kerana harga yang ditawarkan oleh orang Bajau
Laut kepada peniaga di kawasan pekan Semporna adalah sangat murah. Hal ini kerana
mereka hanya ingin menampung kehidupan dengan membeli keperluan asas
kehidupan mereka sahaja seperti memenuhi untuk membeli barangan seperti beras,
tepung, gula dan sebagainya. Sebagai contoh, udang yang peniaga jual kepada orang
ramai di pasar daerah Semporna dalam RM7 sekilogram. Tetapi orang Bajau yang
menangkap udang dan menjualnya kepada peniaga hanya RM3 sekilogram.

Sektor Kemahir an Per tukangan


Masyarakat Bajau sangat terkenal dengan Regatta Lepa atau lebih dikenali sebagai
Festival Air Tahunan yang merupakan acara melayarkan kapal atau bot kecil. Oleh
yang demikian, kemahiran pertukangan dalam membuat perahu, parang dan rumah
menjadi salah satu faktor socioekonomi masyarakat tersebut terutamanya Bajau
Samah. Walaupun upah dalam melakukan pertukangan ini tidak begitu lumayan di
Semporna, namun ia menjadi salah satu sumber ekonomi. Hal ini kerana faktor
7
penggunaan terhadap kemudahan ini sangatlah diperlukan. Sejak tahun 1960 an lagi,
pertukangan merupakan sumber pendapatan dalam kalangan penduduk kampung
disebabkan kepakaran bertukang semakin kurang.

Jika dilihat daripada sudut yang berbeza, kemahiran membuat rumah juga merupakan
salah satu kemahiran yang penting dalam kalangan penduduk Bajau Semporna. Hal
ini kerana pendapatan membuat rumah merupakan salah satu hasil pendapat yang
menguntungkan bagi menyara kehidupan. Oleh itu, keperluan membina rumah
dengan cara besar dan moden menjadi satu ‘trend’ di kalangan penduduk Semporna.
Justeru, kemahiran pertukangan dalam membuat rumah sangat diperlukan dan
menjadi rebutan di kalangan orang berada untuk mengupah mereka.

4.0 STRUKTUR ORGANISASI

Rajah 1 Struktur Organisasi Masyarakat Bajau di Semporna

Berdasarkan Rajah 1, masyarakat Bajau juga mempunyai struktur organisasi mereka


yang tersusun. Mereka mempunyai seorang ketua yang dipanggil sebagai Ketua
Kampung dan seterusnya barisan Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang
membantu dalam menyelesaikan segala kesulitan dan membangunkan kampung
masyarakat Bajau tersebut.

8
Dalam struktur organisasi masyarakat Bajau, ketua kampung memain peranan sebagai
pemimpin masyarakat yang perlu menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.
Selain itu, mereka juga perlu menjadi ketua dalam mencadangkan projek-projek
pembangunan untuk memajukan kampung tersebut. Aktiviti pemantauan dan melapor
segala kemajuan dan kerosakan infrastruktur di perkampungan tersebut juga menjadi
salah satu skop tugasan seorang ketua kampung. Namun yang demikian, struktur ini
lebih banyak boleh dilihat dalam masyarakat Bajau Samah yaang lebih banyak berada
di darat. Bagi masyarakat Bajau Laut, mereka selalunya berpindah randah dan hidup
di atas kapal atau bot kecil bersama keluarga mereka sendiri

5.0 ISU DAN KONFLIK


Walaupun masyarakat Bajau sangat sinonim dengan kemahsyuran daerah Semporna
yang telah menjadi salah satu tempat tarikan perlancongan utama di Malaysia,
terdapat pelbagai isu dan konflik yang masih belum dibendung. Antaranya adalah isu
status kerakyatan masyarakat Bajau terutamanya Bajau Laut, isu kediaman yang
usang serta isu pendidikan bagi anak Bajau.

Isu Status Ker akyatan


Isu ini telah lama menjadi perbualan masyarakat sama ada di dalam dan luar negara.
Hal ini sering dikaitkan dengan beberapa faktor sejarah serta pengaruh pembangunan
ekonomi. Ramai dalam kalangan masyarakat Bajau Laut; terutamanya yang tinggal di
kawasan perairan Pulau Mabul merupakan penduduk asal perairan Pulau Sitangkai
yang menjadi sempadan utaman bagi perairan antarabangsa Filipina dan Malaysia. Isu
kerakyatan menjadi persoalan apabila kedua-dua buah negara ini tidak memberi
kerakyatan pada masyarakat kaum Bajau dengan alasan mereka tidak menetap di
daratan pulau sama ada di Malaysia mahupun Filipina. Isu yang tidak pernah selesai
ini menyebabkan masyarakat Bajau diberi nama sebagai stateless people atau
komuniti manusia tanpa negara. Hal ini tidak serupa dengan isu pelarian / refugees
yang mempunyai kerakyatan namun terpaksa membawa diri dan keluarga ke negara
lain untuk mendapatkan perlindungan.
9
Salah satu langkah yang telah diambil dalam menangani masalah ini adalah kerajaan
Sabah serta Persekutuan telah mengambil inisiatif untuk menjalankan program
memberi kerakyatan kepada masyarakat Bajau Laut serta beberapa golongan yang
lain dengan pemberian kad pengenalan sementara hijau atau pun Green Mykad.
Namun yang demikian, program tersebut tidak dijalankan secara menyeluruh kerana
hanya golongan Bajau Samah serta pendatangan asing yang berada di darat sahaja
diberi keutamaan. Kesannya, ramai masyarakat Bajau Laut masih tidak didaftarkan
untuk mendapatan status kerakyatan dan telah mengakibatkan pelbagai kesan negatif
yang lain seperti keciciran kanak-kanak Bajau dalam aspek pendidikan.

Kediaman Usang
Semporna merupakan salah sebuah daerah yang mempunyai ramai masyarakat Bajau
Laut yang menjadikan Pulau Mabul sebagai tempat kediaman mereka. Keadaan
penempatan masyarakat Bajau Samah adalah jauh lebih bagus daripada masyarakat
Bajau laut. Hal ini kerana mereka yang tinggal di darat telah mendapat pelbagai
kemudahan dan infrastruktur yang mampu membantu meningkatkan keselesaan hidup.
Walaupun pada mulanya masyarakat Bajau Laut ini sering berpindah randah dan
bersifat sementara, namun amalan tersebut telah semakin pudar. Sehingga hari ini,
ramai masyarakat tersebut telah terus menetap di kawasan sekitar perairan pulau
tersebut. Namun yang demikian, keadaan saiz rumah yang dibina hanya seluas sebuah
pondok kecil sahaja dan dihuni oleh ramai anggota rumah telah menjadikan segelintir
daripada mereka terpaksa tidur dan berehat di bawah kolong. Keadaan rumah mereka
sangat usang dan kebanyakan bahan binaan yang digunakan adalah diperbuat daripada
kayu dan pelbagai bahan terpakai.

Isu penempatan ini telah lama menjadi topik yang hangat dalam kalangan masyarakat
Sabah. Terdapat keadaan rumah mereka yang menggunakan zinc sebagai dinding
rumah untuk menggantikan papan. Faktor yang mungkin menyebabkan isu ini tidak
dibendung adalah kerana status mata pencarian mereka yang hanya sebagai nelayan
dan menumpang tanah pantai di Pulau Mabul. Masyarakat Bajau Laut sering
10
dipinggirkan daripada arus pembangunan di pulau tersebut yang sebenarnya telah
membangun dalam sektor pelancongan. Selain itu juga, status kerakyatan mereka
yang bukan warganegara ataupun stateless people telah menyebabkan ramai dalam
kalangan mereka tidak mendapat sebarang bantuan kerajaan secara langsung
mahupun tidak langsung. Hal ini telah menyebabkan peningkatan status kemiskinan
dalam kalangan masyarakat Bajau laut.

Oleh yang demikian, ramai ahli NGO telah menggesa pihak berkuasa dan ahli politik
untuk mencari penyelesaian dalam membendung masalah ini. Antaranya adalah
melalui pembinaan projek perumahan rakyat Bajau yang sesuai bagi memenuhi hak
mereka sebagai manusia serta tidak meminggirkan keselesaan bagi generasi yang
akan datang. Selain itu juga dengan adanya penempatan baru ini, ia boleh
meningkatkan lagi keindahan Pulau Mabul yang tidak lagi terjejeas dengan kehadiran
pelbagai rumah penduduk Bajau Laut yang tidak teratur dan usang.

Isu Pendidikan
Oleh kerana mereka tidak mempunyai status kerakyatan yang jelas seperti tiada sijil
lahir mahupun kad pengenalan, ramai dalam kalangan Bajau Laut adalah buta huruf
dan tidak mempunyai sebarang pendidikan formal. Berdasarkan kepada dasar Jabatan
Pendidikan Sabah, hanya kanak-kanak yang mempunyai status kewarganegaraan
sahaja yang boleh mendapatkan pendidikan yang formal di sekolah. Kanak-kanak
stateless atau yang berstatus tidak mempunyai sebarang kewarganegaraan hanya
mempu melihat rakan-rakan sebaya mereka bersekolah dari atas bot. Mereka lebih
banyak menghabiskan masa sama ada dengan bermain di persisiran pantai ataupun
mengikut ketua rumah menangkap ikan dan meminta wang daripada para pelancong
yang datang ke Pulau Mabul.

Dari segi kebajikan kanak-kanak pula, mereka seharusnya tidak dibiarkan tercicir
begitu sahaja yang akan menyebabkan peningkatan dalam masalah sosial dan jenayah.
Kanak-kanak ini sepatutnya diberi peluang untuk mengikuti pendidikan bagi
11
mengurangkan kadar gagal literasi dan mampu membantu mereka daripada ditindas
oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Dengan ilmu juga, mereka berupaya untuk
meningkatkan pembangunan modal insan ketika berada atau merantau di kawasan
luar Semporna. Ilmu seperti kemahiran membaca serta mengira perlu diajar
terutamanya bagi segelintir masyarakt Bajau yang tidak fasih dalam menggunakan
Bahasa Melayu terutamanya bagi golongan kanak-kanak.

6.0 PENUTUP

Suku Kaum Bajau merupakan sebuah masyarakat yang kaya dengan kepelbagaian
budaya dari sudut seni budaya dan adat resam yang sangat unik dan menarik. Tradisi
turun temurun ini perlulah sentiasa dihormati dan dijaga agar tidak hilang dek zaman
dan juga arus kemodenan. Walaupun Pulau Mabul telah menempa nama di persada
dunia, beberapa isu yang berkaitan dengan masyarakat Bajau ini seharusnya
dititikberatkan bagi memastikan kehidupan generasi akan datang adalah lebih baik
dan selesa. Kelangsungan kehidupan bagi semua rakyat Malaysia seharusnya tidak
dipandang enteng oleh mana-mana pihak. Mereka juga layak untuk merasai segala
kemudahan dan infrastruktur yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi mendapatkan
kehidupan yang lebih selesa.

12
7.0 SENARAI RUJUKAN

Azah Aziz (2006). Rupa & Gaya Busana Melayu. Bangi, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Dirujuk pada 13 Disember 2020 daripada: https://www.malaysia.gov.my/portal/
content/30114?language=my
Dirujuk pada 13 Disember 2020 daripada: https://www.
dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=430&bul_id=YUttRnl
GZ2VXSkg0M0F2ZHZFTE9IUT09&menu_id=L0pheU43NWJwRWVSZklWdz
Q4TlhUUT09
John Crawfurd, A Descriptive Dictionary of the Indian Islands and Adjacent
Countries, 1856 dipetik oleh David E. Sopher, dalam The Sea Nomads, 1965, hlm.
158.
Mohammad Radzuan Mohd Arif, Dari Pemungutan Tripang ke Penundaan Udang:
Sejarah Perkembangan Perusahaaan Perikanan di Borneo Utara 1750-1990
(Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 2000), 96-134.
Rosfazila Abd Rahman (2019), Kesepaduan Sosiobudaya Dalam Kepelbagaian
Masyarakat Majmuk, Penerbit Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor:
Selangor. Halaman 275. ISBN: 978-967-2122-22-7.
Rita Lasimbang. (1997). An introducation to the traditional costume of Sabah. Kota
Kinabalu: Natural History Publication.
Saidatul Nornis Hj Mahali. (1999). Bahasa dan alam pemikiran masyarakat Bajau.
Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
Salbiah Kindoyop, Humin Jusilin, Noria ak Tugang. Pembudayaan Reka Bentuk
Busana Tradisional Masyarakat Dusun Tindal Di Sabah. Kota Kinabalu:
Universiti Malaysia Sabah.

13

You might also like