You are on page 1of 10

OBJEKTIF KAJIAN

Projek ini bertujuan untuk mengenali dan mendalami pengetahuan saya


mengenai adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Cina di negara kita.
Melalui kerja kursus ini, saya juga dapat mengetahui dengan lebih mendalam dan
dekat tentang pelbagai jenis adat perkahwinan dan bagaimana ianya diadakan
serta langkah-langkah yang perlu diambil sebelum, semasa dan selepas sesuatu
perkahwinan.
Saya juga dapat mengetahui dengan lebih terperinci tentang upacara adat,
tujuan serta peralatan semasa perkahwinan kaum Cina diadakan. Dari bahan-bahan
yang saya peroleh, saya dapat mengenal pasti pantang-larang yang terdapat
semasa perkahwinan ini.

KAEDAH KAJIAN
Saya telah menggunakan beberapa keadah untuk mengumpul dan memperoleh maklumat yang
diperlukan dalam kajian ini. Keadah yang digunakan dalam menjalankan kajian ini ialah
pemerhatian. Keadah ini digunakan untuk mengenal pasti adat perkahwinan masyarakat Cina.
Selain itu, pemerhatian dijalankan untuk melihat upacara perkahwinan masyarakat Cina.
Temu bual dijalankan untuk mendapat maklumat tentang adat perkahwinan Cina. Melalui
keadah ini, kita boleh mendapat maklumat sebenar tentang adat perkahwinan masyarakat Cina.
Akhir sekali, saya juga merujuk kepada buku-buku, surat khabar lama, internet dan
sebagainya. Keadah ini boleh dilakukan untuk mendapat fahaman tentang latar belakang adat
perkahwinan masyarakat Cina.
HASIL KAJIAN
ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT CINA
LATAR BELAKANG ADAT PERKAHWINAN
Perkahwinan dalam masyarakat Cina merupakan satu titik tolak yang membawa perubahan besar
dalam kehidupan mereka. Perkahwinan penting untuk mengekalkan institusi keluarga dan
melaluinya keturunan nenek moyang dapat diteruskan daripada satu generasi kepada generasi
yang lain. Dalam masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan itu dirancang dan diatur sebaik-baiknya.
Mengikut kepercayaan mereka juga, pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat
dianggap tidak sah. Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan oleh mereka iaitu eksplisit
iaitu perkahwinan yang diatur sama ada oleh ibu bapa atau orang tengah (mei-ngin) dan implicit
iaitu perkahwinan di mana kedua-dua lelaki dan perempuan diberi kebebasan untuk memilih
pasangan masing-masing. Pada asanya adat resam perkahwinan masyarakat Cina merangkumi
peningkatan merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan.

UPACARA AWAL PERKAHWINAN


Perkahwinan Cina menjadi satu adat resam antara tahun 40a-a21SM. Sebelum zaman moden,
perempuan tidak dibenarkan memilih pasangan untuk berkahwin. Sebaliknya, keluarga pengantin
perempuan memilih bakal suaminya. Perkahwinan dipilih berdasarkan keperluan untuk
pembiakan dan nama baik keluarga serta keperluan bapa dan suaminya.
Adat Merisik
Mengikut kebudayaan Cina, perkahwinan merupakan penyatuan antara dua buah keluarga.
Setelah bakal pengantin lelaki perempuan mengambil keputusan untuk melangsungkan
perkahwinan, kedua-dua keluarga akan menyertainya. Keluarga lelaki akan melamar gadis
pilihan anak mereka untuk dijadikan menantu. Sebelum pihak keluarga lelaki melamar gadis
tersebut, anak mereka perlu menjemput bakal anak menantu mereka mengadap kedua-dua ibu
bapa mereka untuk mendapat restu dari keluarga sebelum meneruskan perkahwinan.
Adat Meminang
Setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar belakang keluarga masing-masing adat
meminang akan dijalankan. Seorang wakil dipilih untuk berkunjung ke rumah si gadis bagi
membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan. Ibu pengantin pengantin perempuan
pula akan berbincang dengan wakil tersebut berkenaan jumlah mas kahwin, peruntukan meja
dalam jamuan makan dan memilih hari yang paling sesuai. Pihak lelaki tidak akan tawar
menawar kerana bimbang akan menjatuhkan
maruah. Segala ketetapan yang telah dipersetujui, diberitahu kepada kedua ibu bapa pihak lelaki.
Ibu bapa pihak lelaki akan berbincang dengan anaknya untuk menyediakan segala permintaan
daripada pihak perempuan.. Setelah kedua-dua pihak sudah saling mengenal dan bersetuju untuk
berkahwin, barulah adat bertunang dijalankan.
Adat Pertunangan
Pada hari pertunangan, keluarga pihak lelaki akan memberikan Hadiah Besar kepada pihak
keluarga perempuan. Ini adalah upacara formal bagi kedua-dua keluarga untuk mengiktiraf
secara rasmi dan memberikan tanda persetujuan mereka terhadap perkahwinan yang bakal
berlangsung. Hadiah Besar yang diberikan ketika lamaran ini kebiasaanya merupakan duit
penanda yang dibalut dengan sampul berwarna merah dan beberapa barangan lain termasuk teh,
kek menambah kebahagian, sepasang binatang ternakan, manisan dan gula, arak serta
tembakau.
Duit penanda yang diberikan kebiasaannya berjumlah RM99.00 atau RM 999.00 kerana nombor
sembilan pada masyarakat Cina memberi erti berpanjangan. Teh merupakan hadiah paling
penting kerana kedua-dua keluarga mendoakan pasangan terbabit mendapat keturunan yang
ramai sebagaimana daun teh yang diberikan. Keseluruhan hadiah yang diberikan mestilah
mempunyai nilai yang sama.
Keluarga pengantin perempuan akan mengagihkan kek menambah kebahagian kepada saudara
mara dan kawan-kawan mereka sebagai satu bentuk pengumuman.

Namun, pada hari ini kedua-dua keluarga akan mengagihkan kek terbabit bersama-sama
jemputan perkahwinan. Selain itu, kedua-dua keluarga akan menumpukan kepada majlis
perkahwinan yang bakal berlangsung. Beberapa hari sebelum hari perkahwinan, keluarga
pengantin perempuan akan menghantar hantaran kepada pengantin lelaki atau rumah baru
pasangan terbabit. Hantaran mestilah berbentuk keperluan harian untuk rumah baru pengantin
seperti peralatan tempat tidur, kain linen dan set meja makan dan sebagainya.
Ini merupakan peluang kepada keluarga pengantin perempuan untuk menunjukkan kasih sayang
dan kekayaan mereka kepada anak mereka. Keluarga pengantin lelaki akan menjemput saudara
mara terdekat atau kawan untuk ke set katil pengantin di rumah baru tersebut. Di sebahagian
tempat di China pada masa dahulu, budak lelaki yang belum berkahwin akan dijemput untuk
tidur di atas katil pengantin pada malam sebelum hari perkahwinan bagi membawa kesuburan
kepada pasangan yang baru berkahwin
Pantang Larang Sebelum Perkahwinan
Pada pertemuan semasa pertunangan, keluarga keluarga pengantin lelaki akan
mempersembahkan seekor angsa hidup kepada keluarga pengantin perempuan. Walau
bagaimanapun, keluarga pengantin perempuan tidak boleh membunuh angsa tersebut kerana ia
mewakili pengantin perempuan berkenaan.
Jika angsa tersebut tidak mengeluarkan bunyi bising ketika diserahkan kepada keluarga
pengantin perempuan, ia menunjukkan bahawa pengantin lelaki mempunyai
personaliti yang baik dan menarik. Jika sebaliknya, ia menunjukkan pengantin berkenaan mudah
marah. Keluarga perempuan akan membiarkan angsa tersebut di kawasan tasik atau kolam di
mana ia akan membesar dengan sendirinya.
Istiadat Pemasangan Kain Merah Pada Pintu Besar
Orang ramai akan diberitahu dahulu sehari sebelum majlis perkahwinan dilangsungkan. Caranya
ialah memasang sehelai kain merahdi luar pintu besar rumah kedua-dua pengantin. Kain tersebut
mestilah berukuran 270cm panjang. Nombor sembilan dipilih sebagai tanda perkahwinan akan
berkekalan dan panjang umur. Justeru itu, kain yang dipasang adalah berbentuk angka sembilan
Istiadat Song-Tiu
Istiadat terakhir yang dilakukan sebelum majlis perkahwinan ialah istiadat Song-Tiu. Adat ini
mesti dijalankan jika majlis perkahwinan berkenaan ingin diteruskan. Unsur-unsur penting yang
terkandung dalam istiadat ini adalah pemujaan nenek moyang dan penyisiran rambut.
Adat ini dilakukan oleh kedua-dua bakal pengantin di rumah masing-masing. Mula-mula,
mereka diarahkan supaya mandi. Air mandi akan dicampurkan dengan daun-daun delima.
Selepas itu, mereka dihendaki dipakai sehingga pagi esok dan selepas ditanggalkan, baju tersebut
tidak boleh dipakai sepanjang hidup lagi.
Ketika bakal pengantin sedang mandi, ahli keluarga mereka akan menyediakan
meja pemujaan untuk upacara sembahyang. Di hadapan meja itu terdapat sebuah
meja yang berbentuk segi empat yang ditutup dengan sekeping kertas merah yang
besar. Di atas meja tersebut pula diletakkan seekor ayam rebus, sepiring limau

manis, sepiring jambu apael, tiga cawan kecil teh Cina, tiga cawan kecil wain beras,
sebuah tong besi yang mengandungi padi atau pasir, tiga batang kemenyan besar
dan tiga mangkuk sup manis (tong-yuen) serta dua batang lilin besar.
Sembilan biji pulut merah akan diletakkan di dalam setiap mangkuk sup. Tujuan
meletakkan sembilan biji pulut merah di dalam mangkuk sup adalah untuk
menjemput tuhan-tuhan dan nenek moyang mereka agar datang majlis
perkahwinan yang akan dilangsungkan. Selain barang-barang tersebut, sebilah
gunting, sebatang pembaris, segulung benang merah, sebuah cermin dan sebatang
sikat juga disediakan. Barang-barang tersebut akan diletakkan di dalam tong besi
yang berisi padi atau pasir.
Selepas itu, pengantin akan bersembahyang dengan berdiri menghadap meja
pejaan. Beberapa batang kemenyan akan dipengang, lalu digerak-gerakkan tangan
sebanyak tiga kali menghala ke atas dan ke bawah supaya tuhan dan nenek
moyang mereka datang untuk istiadat menyisir rambut pasangan pengantin.
Setelah bersembahyang, bakal pengantin akan duduk di atas kerusi atau berdiri di
hadapan meja. Hal ini dipercayai membolehkan nenek moyang sedang duduk di
meja menyaksikan upacara tersebut. Seorang perempuan (bagi pengantin
perempun) atau lelaki (bagi pengantin

lelaki) yang telah berkahwin dan mempunyai anak yang ramai akan dipanggil untuk menjalankan
istiadat tersebut.
Mereka akan berdiri di belakang pengantin dengan memegang sikat yang telah disediakan untuk
upacara tersebut. Tugas menyisir dimulakan dari atas kepala sehingga ke kaki sebanyak tiga kali.
Setiap gerakan akan dibaca ayat-ayat yang membawa maksud tertentu agar pasangan pengantin
panjang umur, memperoleh perkahwinan yang bahagia dan berkemampuan melahirkan anak.
Selepas upacara menyisir selesai, bakal pengantin akan memakan tiga biji pulut daripada setiap
mangkuk yang disediakan. Bagi pengantin perempuan, sikat berkenaan akan disimpan bersama
pembaris dan segulung benang merah dalam sebuah bakul kecil. Kemudian, barang-barang
tersebut akan dibawa ke rumah pengantin lelaki.
Istiadat ini mesti dilakui oleh mereka yang hendak berkahwin. Bagi mereka yang belum atau
tidak pernah mengalami perkahwinan akan dianggap belum dewasa walaupun telah berusia.
UPACARA SEMASA PERKAHWINAN
Adat Perkahwinan
Pada hari perkahwinan, pengantin lelaki akan pergi menjemput pengantin perempuan terlebih
dahulu bersama dengan rombongan pihak lelaki. Rombongan ini kebiasaannya diiringi kereta
yang berhias. Setelah sampai di rumah pengantin perempuan pengantin lelaki hendaklah
menempuh segala halangan sebelum menjemput pengantin perempuan ke rumahnya. Halangan
yang biasanya ditempuh adalah seperti dikenakan bayaran atau diminta melakukan apa sahaja
oleh pihak pengantin perempuan.
Hantaran yang biasa diberikan seperti tebu yang memberi erti kepada agar dipanjangkan umur.
Manakala, hantaran lain yang biasa diberikan ialah brang-barang manis seperti buah-buahan,

manisan, kek dan sebagainya. Mengikut kepercayaan mereka, dengan memberi hantaran
sedemikian, mereka akan memperoleh kehidupan yang baik dan sempurna pada masa akan
datang.
Ibu bapa pengantin perempuan akn menyerahkan anak gadis mereka kepada pengantin lelaki
setelah pengantin lelaki berjaya masuk ke dalam rumah setelah berjaya menempuh halanganhalangan yang diberikan oleh pihak pengantin perempuan. Upacara yang pertama sekali yang
dilakukan setelah pengantin lelaki dibenarkan masuk ke dalam rumah pengantin perempuan ialah
mereka akan melakukan upacara sembahyang.
Upacara ini dilakukan bertujuan memberikan penghormatan atau mendapatkan restu daripada
nenek moyang mereka yang telah lama meninggal dunia. Upacara ini sebaliknya juga berlaku di
rumah pengantin lelaki. Mereka berkahwin dengan mendaftar di Jabatan Pendaftaran Negara
untuk mengesahkan status mereka sebagai suami dan isteri yang sah. Selepas upacara
sembahyang itu selesai, mereka mengadakan jamuan besar-besaran bagi menjamu tetamu-tetamu
yang hadir semasa majlis perkahwinan mereka.

Upacara Minum Teh


Upacara minum teh ini diadakan pada hari perkahwinan sahaja karana ia mempunyai tujuantujuannya yang tersendiri. Antara tujuan ialah:1.
Untuk merapatkan hubungan di antara kedua pasangan pengantin.
2.
Untuk memperkenalkan saudara mara kepada kedua-dua pengantin sama ada dari pihak
pengantin lelaki mahupun dari pihak pengantin perempuan.
Upacara minum teh ini biasanya akan diberi tanda penghormatan kepada mereka yang lebih tua,
iaitu dari peringkat yang lebih tua kepada yang lebih muda. Biasanya, keluarga sebelah bapa
yang akan didahulukan. Setelah semuanya selesai, barulah diberikan kepada kanak-kanak.
Satu perkara yang dianggap penting juga ialah bagi mereka yang diberikan teh untuk diminum
oleh pengantin terlebih orang itu terlebih dahulu perlu membuat permintaan atau mendoakan
perkara baik kepada pasangan pengantin. Antara permintaan yang biasa dibuat ialah semoga
pengantin mendapat cahaya mata terutamanya anak lelaki
dengan segera dan semoga pengantin hidup bahagia sehingga akhir hayat. Setelah
selesai upacara minum teh, orang itu akan memberikan angpau kepada pasangan
pengantin sebagai tanda permulaan kehidupan yang baru.
Pantang Larang Semasa Perkahwinan
Ketika pengantin lelaki datang untuk menjemput pengantin perempuan, kawankawan pengantin perempuan akan cuba menghalang pihak lelaki daripada
memasuki bilik pengantin pada pagi hari perkahwinan tersebut. Ia merupakan satu
permainan yang dikenali sebagai Permainan Pintu Perkahwinan. Walau
bagaimanapun pihak pengantin perempuan perlu memperuntukkan masa tertentu
kerana upacara di rumah pengantin lelaki harus berjalan seperti yang telah
dijadualkan.

Apabila pengantin perempuan meninggalkan rumahnya dan menuju ke kenderaan


pihak lelaki, dia harus memakai kasut yang biasa dipakainya kerana ia
menggambarkan bahawa pengantin perempuan berkenaan tidak membawa sesuatu
bersamanya walaupun nasib baik ibu bapanya.
Apabila pengantin perempuan memasuki rumah pengantin lelaki, mentua dan
kakak iparnya tidak seharusnya mangadap pintu memerhatikan pengantin
perempuan masuk. Ini menurut kepercayaan masyarakat Cina bagi menghalang
sebarang pertelingkahan pada masa akan datang.
Selain itu, wanita yang mengandung dan orang yang baru kematian saudara mara
tidak boleh melibat dengan majlis perkahwinan atau menyentuh pakaian pasangan
pengantin dan sebagainya di rumah baru pasangan tersebut. Ini untuk
mengelakkan sebarang perkara buruk daripada berlaku.
Kelengkapan Perkahwinan

Baju Pengantin
Kebiasaannya warna merah dipilih bagi menggambarkan nasib yang baik.
Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, warna yang terang boleh menghalau rohroh jahat daripada mendekati mereka. Pakaian tradisional pengantin di Utara China
kebiasaanya berbentuk jubah yang dikenali Qi Pao. Pakaian ini akan disulam dengan
benang emas dan perak. Pakaian pengantin perempuan di Selatan China pula
memakai pakaian dua bahagian yang dikenali Qun Gua, Kwa atau Cheongsam yang
juga disulam dengan jahitan berbentuk naga dan burung Pheonix. Pada masa
dahulu, tudung berwarna merah akan dipakai oleh pengantin perempuan untuk
menutupi mukanya sepanjang majlis perkahwinan berlangsung. Pengantin baru ini
hanya akan melihat satu sama lain untuk kali pertama pada malam perkahwinan
tersebut.

Lilin Naga dan Pheonix


Lilin berwarna merah yang diukir menyerupai naga dan burung Pheonix
digunakan pada hari perkahwinan adalah untuk melambangkan penyatuan
terhadap keluarga baru. Menurut kepercayaan masyarakat Cina, lilin ini akan
digunakan pada malam perkahwinan bagi menghalau roh-roh jahat dengan

ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN KAUM CINA


Pengenalan
Perkahwinan dalam masyarakat Cina merupakan satu titik tolak yang
membawa perubahan besar dalam kehidupan mereka. Perkahwinan penting
untuk mengekalkan institusi keluarga dan melaluinya keturunan nenek
moyang dapat diteruskan daripada satu generasi kepada generasi yang lain.
Dalam masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan itu dirancang dan diatur
sebaik-baiknya. Mengikut kepercayaan mereka juga, pasangan yang
berkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggap tidak sah. Terdapat dua

bentuk perkahwinan yang diamalkan oleh mereka iaitu eksplisit iaitu


perkahwinan yang diatur samada oleh ibu bapa atau orang tengah (moingin) dan implisit iaitu perkahwinan di mana kedua-dua lelaki dan
perempuan diberi kebebasan untuk memilih pasangan masing-masing. Pada
asasnya adat resam perkahwiwan masyarakat Cina merangkumi peringkat
merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan.
Merisik
Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang
dihajati. Masyarakat Cina terlalu mengambil berat tentang nama ,
keturunan, peribadi, watak dan tingkah laku si gadis. Ciri-ciri ini penting
untuk mewujudkan perkahwinan yang berkekalan. Cara merisik terpulang
kepada ibu bapa kerana pada lazimnya ibu bapa pihak lelaki akan
menanyakan kenalan dan rakan taulan yang kenal dengan keluarga si gadis.
Sebahagian masyarakat Cina lebih gemar mengadakan perbincangan
tersebut di restoran-restoran dengan disertai saudara mara lain. Tradisi
makan bersama ini amat penting dalam masyarakat Cina kerana ia dapat
mengeratkan perhubungan di antara kedua belah keluarga. Perbincangan
ketika merisik adalah berkenaan perkara-perkara umum terutama tentang
latar belakang keluarga dan asal keturunan.
Meminang
Setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar belakang keluarga
masing-masing adat meminang akan dijalankan. Seorang wakil dipilih untuk
berkunjung ke rumah si gadis bagi membincangkan perkara-perkara
berkaitan perkahwinan. Ibu pengantin pengantin perempuan pula akan
berbincang dengan wakil tersebut berkenaan jumlah mas kahwin,
peruntukan meja dalam jamuan makan dan memilih hari yang paling sesuai.
Pihak lelaki tidak akan tawar menawar kerana bimbang akan menjatuhkan
maruah. Segala ketetapan yang telah dipersetujui, diberitahu kepada kedua
ibu bapa pihak lelaki. Ibu bapa pihak lelaki akan berbincang dengan anaknya
untuk menyediakan segala permintaan daripada pihak perempuan.. Setelah
kedua-dua pihak sudah saling mengenal dan bersetuju untuk berkahwin,
barulah adat bertunang dijalankan.
Bertunang
Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar Cina dan ia hendaklah
bersesuaian dengan bintang kelahiran kedua pasangan tersebut. Khidmat
tukang tilik digunakan untuk penetapan tarikh tersebut berpandukan kepada
sebuah buku iaitu Toong-Su. Ini penting kerana jika dilakukan pada waktu
yang tidak sesuai dipercayai akan ditimpa bencana dan perkahwinan akan
menghalami kegagalan. Pada masa inilah bakal pengantin lelaki berkunjung

ke rumah perempuan untuk menunaikan permintaan. Upacara bertukar


cincin dilakukan mengikut masa yang ditetapkan . cincin disarung di jari
manis kiri oleh kedua-dua bakal pengantin sehingga hari perkahwinan. Bagi
membukitkan persetujuan, gadis berkenaan akan menyerahkan sekeping
kertas merah atau nyen-sang yang tertulis nama gadis, umur dan tarikh
lahirnya yang didapati daripada tukang tilik. Setelah nyen-sang diterima,
pihak lelaki akan mengadakan persediaan. Nyen-sang kepunyaan si gadis
pula akan diberi kepada tukang tilik bersama-sama maklumat yang sama
tentang dirinya. Tukang tilik akan menghitung hari dan masa yang sesuai
berdasarkan kedua-dua nyen-sang dan dicatat pada sehelai kertas merah
yang dinamakan nyik-kor. Ketika menentukan hari yang sesuai, tukang tilik
membuat ramalan berdasarkan tahun kelahiran kedua pasangan. Setelah
mendapat tarikh dan masa yang sesuai, tukang tilik akan menyediakan dua
keping nyik-kor dan diberikan kepada lelaki dan perempuan yang hendak
berkahwin. Nyik-kor tersebut mengandungi peraturan-peraturan dan adatadat yang perlu diikuti oleh kedua bakal pengantin merangkumi adat-adat
tertentu.
Hantaran dan mas kahwin lazimnya diberi semasa upacara bertukar cincin
perkahwinan atau pada hari lain seperti hari istiadat perkahwinan yang
diadakan di Pejabat Pendaftaran Perkahwinan. Di antara hantarannya ialah
sebentuk cincin emas, sepersalinan pakaian, kain dan wang tunai. Sekiranya
pihak lelaki tidak menyediakan barang hantaran yang cukup kepada
pengantin perempuan, sejumlah besar wang tunai akan diberi. Beserta
dengan penghantaran mas kahwin, keluarga pengantin perempuan
diberitahu tarikh perkahwinan dan rundingan akan dibuat dengan pengantin
perempuan. Dalam masyarkat Cina, semakin besar mas kahwin yang
diberikan, semakin tinggi martabat dan kedudukan pihak lelaki.
Majlis Perkahwinan
Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau
mengikut tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Sebelum tiba
hari perkahwinan sekiranya terdapat kematian di kalangan ahli keluarga
bakal pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan
ataupun selama seratus hari. Adalah tidak manis mengadakan perkahwinan
sewaktu orang lain sedang berkabung kesedihan. Pada hari perkahwinan
tersebut pengantin perempuan dan lelaki dihias indah. Masyarakat Cina pada
masa dahulu memakai pakaian pengantin yang diperbuat daripada kain
sutera dan disulam benang emas. Kemudian setiap pakaian dihias dengan
pelbagai aksesori. Baju pengantin sebaik-baiknya bewarna putih, merah atau
kuning. Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana
dipercayai warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.

Perkahwinan
Masyarakat Cina

Seterusnya pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin


perempuan dan pada masa itulah pengantin lelaki dan perempuan akan
duduk bersama buat kali pertama. Mereka akan diiringi oleh pengiring
masing-masing. Seterusnya pasangan pengantin akan didudukkan di atas
pelamin yang telah disediakan di ruang tamu. Selepas acara bersanding,
pasangan pengantin akan dibawa bertemu ahli keluarga masing-masing.
Pengantin lelaki akan memperkenalkan keluarga dan sauadara maranya
kepada isterinya dan ini begitulah sebaliknya di samping itu juga kedua
pengantin akan meminta restu daripada keluarga mertua masing-masing.
Dalam masyarakat Cina juga, upacara meminum teh sangat penting dan
masih diamalkan. Ia merupakan tradisi masyarakat Cina yang mempunyai
maksud yang tersendiri. Adat ini melambangkan penerimaan pasangan
pengantin terutamanya si isteri dalam keluarga si suami di samping
bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dalam upacara ini
pasangan pengantin akan memberi teh yang disediakan kepada saudara
mara pihak lelaki. Walau bagaimanapun adat bersanding dan upacara
minum teh ini sudah kurang diamalkan oleh masyarakat Cina hari ini.
Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah malam
iaitu jamuan makan. Jamuan makan ini diadakan secara besar-besaran
samada di rumah, dewan, atau restoran. Tetamu-tetamu yang datang akan
membawa ang-pau sebagai hadiah kepada pasangan pengantin. Pada masa
yang sama kedua pengantin akan cuba mengenali dan beramah mesra
dengan ahli keluarga kedua belah pihak. Akhir sekali, sebagai bukti
perkahwinan, pasangan pengantin akan menandatangani dua pucuk surat
perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa orang saksi.
Pada hari ini masyarakat Cina kurang mengamalkan adat perkahwinan
secara tradisi sebaliknya menjalankan perkahwinan secara sivil iaitu dengan
mendaftarkan perkahwinan di gereja, terutamanya di kalangan mereka yang
beragama Kristian.

You might also like