You are on page 1of 53

KEUNIKAN ADAT RESAM

DI MALAYSIA
NAMA PENSYARAH: EN IBRAHIM BIN ABDULLAH
Kumpulan 3
Nama Ahli: Mohd Alif Bin Mohd Saman(14DKM19F1019)
:Fatin Aqilah Binti Abd.Halim(14DKM19F1009)
:Farhin Alyani Binti Firdaus (14DKM19F1019)
:Muhammad Amirul Bin Roslan (14DKM19F1007)
PENGENALAN
Malaysia merupakan sebuah negara berbilang bangsa dan kaum yang terdiri daripada 3 kaum utama iaitu Melayu, Cina dan
India manakala Malaysia Timur sendiri terdiri daripada beratus-ratus etnik peribumi. Kepelbagaian kaum dan sejarah yang
panjang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik dengan latar budaya yang berbeza. Perbezaan agama, budaya dan
adat resam setiap kaum dan etnik dirai dan dihormati bagi mengekalkan keharmonian dan keamanan negara. Adat budaya yang
merangkumi seluruh aspek kehidupan masyarakat telah berkembang melalui tradisi pewarisan daripada satu generasi ke generasi
dan diamalkan sejak turun temurun ini telah mempengaruhi sebahagian besar gaya hidup masyarakat Malaysia dan menjadi
identiti setiap kaum.Terdapat beberapa contoh adat resam yang mempunyai keunikan sendiri bagi setiap bangsa, contohnya:

i. Adat kelahiran
ii. Adat kematian
iii. Adat perkahwinan
iv. Adat perayaan
MAKSUD “ ADAT”
1. Budaya juga adalah suatu perkara yang
sinomin dengan adat
Adat secara umumnya didefinisikan sebagai suatu
aturan ataupun cara hidup 2. Adat diwujudkan daripada suatu pemikiran
berkenaan cara hidup dan tidak dizahirkan
1. Adat ini mencerminkan segala perbuatan yang
dilakukan setiap hari ataupun ianya
mempunyai musim tertentu yang berpandukan
bulan ataupun tahun
 Akad yang menghalalkan di antara
lelaki dengan perempuan hidup
bersama dan menetapkan tiap-tiap
PERKAHWINAN pihak daripada mereka hak-hak dan
tanggungjawab. 
 Dalam erti kata lain, suatu akad yang
menghalalkan persetubuhan dengan
sebab perkataan yang mengandungi
lafaz nikah, perkahwinan dan
sebagainya.
ADAT PERKAHWINAN
MASYARAKAT MELAYU
ADAT MERISIK
Adat ini dipanggil meninjau atau menengok.
 ADAT MEMINANG.
Wakil pihak lelaki akan diutuskan oleh ibu bapa untuk
meminang anak gadis yang telah dipilih.
 ADAT BERTUNANG.
Hantaran yang terdiri daripada tepak sireh atau sireh junjung
sebagai bingkisan utama, berupa sebentuk cincin beserta
hantaran lain seperti  bunga rampai, kuih muih, buah -
buahan , pakaian dan lain-lain yang digubah cantik untuk
diberikan kepada pihak perempuan.
 ADAT BERINAI
proses ini diadakan tiga malam sebelum hari pernikahan 
untuk saudara mara terdekat sahaja.
 AKAD NIKAH.
Pengantin lelaki akan melafazkan akad nikah.
 UPACARA PERSANDINGAN.
Pengantin akan bersanding d atas pelamin yang dihias indah
ADAT PERKAHWINAN
MASYARAKAT CINA
 ADAT MERISIK.

Dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati.


 ADAT MEMNANG.

Ibu bapa bakal pengantin lelaki menentukan bakal menantu perempuan,


mereka akan mencari tukang risik yang bertanggungjawab untuk
mengurangkan konflik serta rasa malu ketika membincangkan
kemungkinan perkahwinan antara dua buah keluarga yang biasanya tidak
rapat atau langsung dikenali.
 ADAT BERTUNANG.

Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar Cina dan ia hendaklah


bersesuaian dengan bintang kelahiran kedua pasangan. Khidmat tukang
tilik digunakan untuk penetapan tarikh tersebut berpandukan kepada
sebuah buku iaitu Toong-Su.
 MAJLIS PERKAHWINAN.

Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau


mengikut tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Sebelum tiba
hari perkahwinan sekiranya terdapat
kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan itu mesti
ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun dalam seratus hari.
ADAT PERKAHWINAN
MASYARAKAT INDIA
 ADAT MERISIK.

Status ekonomi dan status sosial merangkumi aspek seperti umur, tahap
pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras dan latar
belakang keluarga juga turut diambil kira.
 KUNJUNGAN KE RUMAH PENGANTIN.

Bakal pengantin lelaki akan mengunjungi bakal pengantin perempuan


untuk melihat sendiri paras rupa dan perawakan calon isterinya.
 IKAT JANJI ATAU NICCAYAM.

1. Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah


bilangan yang ganjil dengan membawa beberapa barangan seperti
kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan, buah-buahan, cendana dan
kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan.
2. Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi
menyatakan persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin
perempuan.
3. Seterusnya perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada orang
ramai.
 PARISAM.

Parisam adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal daripada


hari perkahwinan, manakal Udan Parisa adalah  pemberian hadiah yang
dilakukan pada hari yang sama di sebelah pagi sebelum perkahwinan
dilangsungkan.
 KAD JEMPUTAN.

1. Kad jemputan yang telah dicetak disapu dengan serbuk kunyit cair
sebagai lambang keharmonian. 
2.  Beberapa keping kad jemputan dalam bilangan ganjil akan dibawa
bersama ke kuil untuk dibawa bersembahyang (arccanai).
3. Kad diletakkan di atas dulang bersama sirih, wang ringgit, kelapa,
pinang dan sebagainya sebagai lambang kekayaan. Upacara ini
dinamakan sebagai paanam paaku.
 PENYEDIAAN THAALI.

lambang suci perkahwinan yang dikalungkan pada leher kedua-dua


pengantin.
 MUKUURTTA KAAL.

1. Dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan


pada hari yang baik mengikut firasat masyarakat India.
2. Untuk menjalankan adat tersebut sebatang pokok yang masih
muda dan lurus akan ditebang untuk dijadikan mukurtta kaal.
 UPACARA KANNGENAM DAN PERKAHWINAN.

Menanam sebatang pokok yang lurus dan disapu dengan serbuk kunyit
tiga hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Pengantin lelaki
tidak dibenarkan keluar selama tiga hari sebelum hari perkahwinan.
 SELEPAS MAJLIS PERKAHWINAN.

1. pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki


sebagai menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai
pasangan suami isteri.
2.  Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke rumah
pengantin perempuan selama tiga hari.
3. Pada hari ketiga selepas perkahwinan, Khemah lazimnya akan
dirobohkan. Sebelum khemah dirobohkan, ayam akan disembelih
sebagai tanda menunjukkan tamatnya upacara perkahwinan.
ADAT KELAHIRAN KAUM MELAYU

Pentingnya adat masyarakat Melayu jelas terlihat dalam


peribahasa yang berbunyi Biar mati anak, jangan mati
adat. Tata perlakuan dalam adat resam masyarakat
Melayu banyak dipengaruhi oleh adat yang diwarisi dari
budaya Hindu yang disesuaikan mengikut unsur-unsur
Islam.
Sewaktu Mengandung

Melenggang Perut
-Dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di utara Semenanjung Malaysia.
- Ada juga sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian.
- Upacara ini dilakukan kepada wanita yang mengandung anak sulung ketika
kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan.
- Ia dijalankan oleh seorang bidan untuk membuang geruh atau kecelakaan yang
mungkin menimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi membetulkan
kedudukan bayi di dalam perut.
- Peralatan untuk upacara ini termasuk tujuh helai kain dengan tujuh
warna berlainan, segantang/segenggam beras, sebiji kelapa,  beberapa urat benang
mentah,  damar, minyak kelapa atau minyak urut,lilin, tepak sirih yang lengkap
isinya dan pengeras sebanyak RM1.25.
Sewaktu Bersalin

• Persediaan akan diuruskan oleh keluarga berkenaan.


• kandungan ketika itu sudah cukup sembilan bulan sepuluh hari tetapi adakala
boleh mencapai sehingga sepuluh hingga dua belas bulan yang dipanggil bunting
kerbau.
• Mengikut kepercayaan, daun mengkuang berduri akan digantung di bawah rumah
dan kapur akan dipangkah pada tempat-tempat tertentu di dalam rumah wanita
yang hendak bersalin bagi mengelakkan gangguan makhluk halus.
Potong Tali Pusat

o  selepas bayi lahir, bidan akan menyambutnya dengan jampi dan serapah lalu disemburkan dengan
daun sirih.
o Selepas bayi dibersihkan, tali pusatnya akan dipotong dengan menggunakan sembilu buluh dan dialas
di atas sekeping wang perak satu ringgit.
o sesetengah tempat tali pusat dipotong menggunakan cincin emas.
o Baki tali pusat di perut bayi akan dibubuh kunyit dan kapur lalu dibungkus dengan daun sirih yang
telah dilayukan di atas bara api sehinggalah tali pusat itu tanggal sendiri.
Azan/iqamat
Kelazimannya bayi lelaki akan diazankan di kedua-dua belah telinganya
manakala bayi perempuan akan diqamatkan. Biasanya, bapa atau datuk bayi
tersebut akan melakukan upacara ini. Ia bukanlah satu adat, sebaliknya lebih
merupakan amalan berunsur keagamaan.

Membelah mulut

Adat ini mempunyai pengaruh budaya Hindu, namun demikian ia juga terdapat dalam
agama Islam yang menghukumkan sunat untuk berbuat demikian. Upacara bermula
dengan membacakan surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas. Ia diikuti dengan langkah
mencecap atau merasakan sedikit air madu atau kurma dan ada juga yang menggunakan
emas yang dicelupkan ke dalam air pinang pada mulut bayi yang baru lahir tersebut.
Sewaktu menjalankan upacara ini, jampi mentera dibacakan. Namun demikian, adat ini
sudah tidak diamalkan lagi oleh masyarakat Melayu hari ini.
Berpantang

Dalam masyarakat Melayu, wanita yang telah bersalin mesti menjalani masa berpantang
yang bermaksud larangan. Sekiranya wanita tersebut melanggar pantang, mereka akan
mengalami bentan atau sakit sampingan. Tempoh berpantang lazimnya berlangsung selama
empat puluh empat hari dikira dari hari mula bersalin dan ada juga yang berpantang
selama seratus hari.
Selepas Lahir
Tanggal pusat/Cuci lantai

Lazimnya bayi yang baru lahir akan tanggal pusatnya dalam tempoh seminggu. Pada ketika itu,
adat cuci lantai akan diadakan. Di sesetengah tempat, ia juga dipanggil adat naik buai kerana
selagi bayi itu belum tanggal pusatnya, dia tidak boleh dibuaikan dan akan tidur disamping
ibunya. Adat ini seelok-eloknya dilakukan pada hari Isnin atau Khamis.

Memberi Nama

Mengikut ajaran Islam, adalah sunat memberi nama yang mempunyai maksud yang baik kepada bayi.
Kebiasaannya jika bayi itu lelaki, nama akan diberi mengikut nama para nabi manakala untuk bayi
perempuan, nama isteri-isteri atau anak-anak nabi akan dipilih.
Cukur Rambut/ Potong Jambul

Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas dilahirkan. Ia turut dipanggil adat potong jambul. Kenduri
nasi kunyit dan doa selamat diadakan pada hari tersebut. Pada hari itu, bayi dipakaikan dengan pakaian
cantik dan diletakkan di atas talam yang dialas dengan tilam kecil atau didukung oleh bapa atau
datuknya. Si bayi akan ditepung tawar serta ditabur beras kunyit dan bertih. Para hadirin secara bergilir-
gilir akan menggunting sedikit rambut bayi tersebut dan dimasukkan ke dalam kelapa tadi. Bilangan
orang yang menggunting rambut bayi tersebut hendaklah dalam bilangan yang ganjil.Selepas upacara
menggunting daripada pihak lelaki, pihak perempuan pula akan ambil alih . Kesemua rambut yang
dicukur akan dimasukkan ke dalam kelapa. Akhirnya kelapa tersebut di tanam di sekitar halaman rumah
bersama sepohon anak kelapa atau seumpamanya sebagai memperingati masa anak itu dilahirkan.
Naik Buai
Adat ini merupakan satu-satunya majlis yang masih diamalkan dan mendapat sambutan di kalangan
masyarakat Melayu hari ini. Semasa upacara ini dijalankan bayi tersebut akan diletakkan di dalam
buaian yang menggunakan kain songket atau batik dan dihias indah dengan bunga-bungaan. Selendang
akan diikat di kiri kanan buaian dan ditarik perlahan-lahan semasa upacara berlangsung. Ketika itu
juga, nazam atau marhaban akan dialunkan oleh sekumpulan lelaki atau wanita. Seterusnya bunga
telur dan bunga rampai akan dihadiahkan kepada kumpulan ini. Pada hari ini, masyarakat Melayu
menjalankan adat ini serentak dengan adat memberi nama dan adat cukur rambut.
Bersunat / Berkhatan

Adat bersunat bagi bayi perempuan lazimnya dilakukan ketika bayi itu masih kecil iaitu
beberapa hari selepas dilahirkan. Namun demikian, kebanyakan kanak-kanak perempuan
akan menjalani upacara ini sekurang-kurangnya ketika berumur setahun atau lebih. Adat
ini akan dijalankan oleh bidan. Bagi kanak-kanak lelaki, mereka akan menjalani adat
bersunat atau juga dipanggil berkhatan ketika umur mereka dalam lingkungan 8 hingga 12
tahun. Adat berkhatan akan dijalankan oleh Tok Mudim. Di dalam ajaran Islam, bersunat
atau berkhatan adalah wajib kerana Islam menitikberatkan kesucian lahir dan batin. Di
samping itu juga,ia baik dari segi kesihatan. Majlis bersunat kanak-kanak perempuan tidak
semeriah majlis berkhatan kanak-kanak lelaki dan ada juga yang menjalankannya serentak
dengan majlis perkahwinan.
Adat Kelahiran Kaum Cina

Sewaktu Mengandung

Wanita-wanita masyarakat Cina yang mengandung sentiasa diberikan kawalan ketat di dalam setiap
tindak-tanduk dan kegiatan seharian mereka. Dalam masyarakat Cina, ibu mertua bertanggungjawab
menjaga wanita mengandung dan bukannya suami. Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak
lelaki. Ini kerana anak lelaki boleh melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan nama nenek
moyang. Anak perempuan hanya menjadi milik ibu bapa buat sementara waktu sahaja dan apabila
berkahwin, mereka dianggap menjadi milik keluarga suaminya.
Pantang Larang

- tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami
kecacatan.
-perlu mengawal tingkah laku seperti tidak mengeluarkan kata-kata kesat dan dilarang memukul binatang bertujuan
menghindari bayi dari terkena badi.
-Mereka juga digalakkan bekerja supaya mudah bersalin.
-Sebarang konflik atau perselisihan perlu dihindari supaya kandungan tidak mengalami sebarang gangguan.
-Memberi nama kepada bayi yang belum lahir semasa mengandung juga adalah antara pantang larang dalam
masyarakat Cina kerana untuk mengelakkan perasaan kecewa bila harapan tidak tercapai.
-tidak digalakkan terlalu kerap menggosok perut mereka kerana bayi yang lahir kelak akan mempunyai sifat yang
manja.
-wanita yang hamil dilarang sama sekali makan makanan yang tajam seperti nenas dan mangga serta tidak
digalakkan makan banyak kerana ditakuti bayi akan menjadi besar dan ini akan membuatkan ibu sukar untuk
bersalin.
-Untuk menentukan samada kandungan itu lelaki atau perempuan, maka masyarakat Cina melihat bentuk perut
wanita yang hamil, terutama apabila kandungan berusia empat bulan ke atas. Jika perut ibu agak bulat, bayi yang
dikandung adalah perempuan dan sebaliknya lelaki jika perut kelihatan tajam.
Selepas Lahir

Berpantang

-Wanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama empat puluh hari.
- Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk angin.
-Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada perutnya. Ini
bertujuan untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin dan untuk mengeringkan tali pusat.
-Pusat bayi yang tenggelam ke dalam adalah petanda bagi masyarakat Cina kerana anak tersebut
dipercayai akan menjalani kehidupan yang senang pada masa depan manakala pusat yang
tersembul dikaitkan dengan hidup yang kurang baik.
-Masyarakat Cina mempercayai sekiranya terdapat lebih daripada satu pusar di atas kepala, bayi
akan menjadi nakal dan tidak mendengar kata.
Kenduri

-masyarakat Cina juga turut mengadakan kenduri iaitu apabila bayi mencapai umur sebulan.
-Kuih khas yang berbentuk bulat berwarna merah dan kuning yang berintikan kacang dan tau su serta telur yang
diwarnai merah kemudiannya diberikan kepada saudara-mara yang terdekat.
-Mereka yang mendapat kuih dan telur ini akan membalasnya dengan membawa hadiah berupa pakaian bayi dan
pati ayam untuk ibu-ibu.
Mencukur Rambut

Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga mengamalkan adat mencukur rambut Mereka mencukur
rambut bayi kerana beranggapan rambut bayi yang dilahirkan adalah rambut sementara. Rambut yang tumbuh
semasa dalam kandungan perlu dicukur untuk menumbuhi rambut baru. Adat ini sebagai pengiktirafan terhadap
kelahiran orang baru ke dalam masyarakat.

Memberi Nama

Nama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama keluarga. Patah kata kedua
mewakili nama segenerasi di kalangan adik-beradik dan sanak-saudara. Nama ketiga pula merupakan
nama bagi panggilan diri sendiri. Sistem nama yang baik perlu mengambil kira makna , unsur Yin dan
Yang serta dibuat mengikut perhitungan matematik Cina. Terdapat lima aspek penting yang perlu
diberi perhatian dalam memberi nama bayi yang baru lahir.
ADAT KELAHIRAN KAUM INDIA
Sewaktu Mengandung

• Adat Valaikaappu adalah adat yang dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil


menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan.
• Wanita hamil tersebut akan dipakaikan sebentuk gelang tangan baru yang dikenali sebagai
Suulkaappu.
• Suul bermaksud `kandungan ibu dan Kaappu pula bermaksud ‘perlindungan’.
• Gelang ini dipakai bertujuan untuk melindungi bayi di dalam kandungan daripada kesukaran
semasa bersalin.
• Adat Valaikaappu diadakan pada hari dan masa yang baik menurut kalendar India. Upacara
ini akan diadakan di rumah suami atau ibu bapa dan disertai oleh kaum wanita yang telah
bersuami dan mempunyai anak yang dipanggil cumanggali.
• Gelang tangan yang dipakaikan dalam upacara ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu gelang
kaca, pancalogam dan emas mengikut kemampuan masing-masing. Setelah anak dilahirkan,
gelang tangan emas tersebut akan dileburkan untuk dibuat perhiasan bagi bayi tersebut dan
akan dipakaikan pada hari pemberian nama. 
Semasa Bersalin

Waktu kelahiran adalah penting bagi masyarakat India dimana ia akan dicatat dengan tepat bagi menentukan
bintang bayi mengikut almanak Hindu. Bintang bayi ini akan menentukan mental, fizikal dan rohani bayi
sehingga dewasa.

Membisikkan Nama Tuhan


Sebaik sahaja bayi dilahirkan, sami atau sesiapa sahaja yang berpengetahuan tinggi mengenai agama
Hindu akan membisikkan Gayatri Mantiram iaitu sejenis mantera Tuhan di telinga bayi sebelum tali
pusat dipotong. Namun begitu adat ini disesuaikan dengan hanya membisikkannya sebaik sahaja melihat
bayi tersebut kerana perubatan moden tidak membenarkan sesiapa memasuki bilik bersalin. Bisikan
nama Tuhan pada telinga bayi adalah untuk membolehkan bayi tadi mendengar nama Tuhan sebelum
mendengar apa-apa yang lain. Ia bertujuan untuk membawa rahmat kepada bayi tersebut.
Potong Tali Pusat

Tali pusat yang dipotong akan ditanam bersama uri dan tembuni di sekitar kawasan rumah bersama duit
tembaga, serbuk kunyit, garam dan pinang. Bahan-bahan ini dimasukkan bersama untuk mengelak dari dikorek
oleh binatang liar dan tidak digunakan oleh ahli sihir.

Menyapu Madu

Bayi yang baru dilahirkan juga akan disapu madu bercampur minyak sapi pada lidahnya. Di samping madu, air
gula juga boleh digunakan. Minyak savvennai yang merupakan campuran minyak bijan, minyak lenga dan
mambu juga kadangkala digunakan. Kegunaan minyak ini dipercayai boleh membawa kecantikan dan supaya
bayi tidak diserang sebarang penyakit. Madu pula dikatakan dapat melembutkan lidah bayi dan memudahkan
bayi bertutur. Setitik minyak bijan yang dicampur dengan sedikit susu ibu dan disapu ke mulut bayi akan
bertindak menjadi pelawas dalam sistem penghadaman dan membantu tumbesaran bayi tersebut.
Selepas Kelahiran

Membawa Bayi Pulang Ke Rumah

Bayi yang dilahirkan di hospital akan dibawa pulang ke rumah pada hari ganjil. Sebelum bayi
dibawa masuk ke rumah upacara aalati dilakukan.Sebelum bayi dibawa masuk ke rumah
upacara aalati dilakukan.Bagi upacara aalati ini, dulang yang mengandungi serbuk kunyit,
kapur sirih yang dicairkan, arang, sirih dan kapur barus yang dinyalakan diangkat dan diputar
tiga kali mengikut arah jam dan juga lawan jam. Dulang juga dilambai sebanyak tiga kali.
Seterusnya para cumanggali akan mencelupkan ibu jarinya ke dalam dulang tersebut dan
mencalitkan ke dahi ibu dan anak. Setelah ibu dan anak masuk ke dalam rumah, isi
dulang aalati dibuang.
Mandi Selepas Bersalin

Apabila bayi dan ibu kembali ke rumah, mereka diasingkan dari ahli keluarga yang lain di sebuah
bilik khas yang sentiasa dijaga kebersihannya. Bagi dua minggu pertama, orang luar dilarang
melawat mereka kecuali untuk tujuan perubatan. Jika proses bersalin secara pembedahan, ibu yang
baru bersalin tidak dibenarkan mandi selama dua minggu atas sebab-sebab kesihatan akibat fizikal
ibu yang lemah kerana pembedahan dan kesan kelahiran. Bagi ibu yang bersalin normal, si ibu akan
mandi selang sehari selepas bersalin. Beberapa herba dan dedaun seperti aadatoodai dididihkan
bersama air. Air tersebut digunakan untuk mandi. Rambut ibu akan dikeringkan dengan segera
dengan asap kemenyan bagi mengelakkan sakit kepala, selsema dan juga untuk menyegarkan tubuh
badan selepas bersalin. Bayi pula kebiasaanya dimandikan pada waktu petang oleh seorang wanita
yang berpengalaman. Mandian ini dilakukan dengan menyiram ke seluruh badan bayi dengan
menggunakan air suam yang kadangkala dicampur dengan bahan-bahan herba. Ia bertujuan untuk
mengelak penyakit sawan atau kuning. Susu juga digunakan sebagai bahan utama untuk
melembutkan kulit bayi.
Mendodoi Bayi

Amalan mendodoi bayi merupakan upacara yang paling penting dalam masyarakat India. Upacara mendodoi ini
juga dikenali sebagai taalaattu bermaksud penggoyangan lidah. Upacara dimulakan dengan ucapan aaraaro
aariraro atau cerita-cerita nasihat. Ia bertujuan agar bayi tersebut menjadi seorang yang berguna. Namun amalan
ini semakin berkurangan dilakukan dan hanya diamalkan oleh generasi tua sahaja.
Memberi Nama

Sebaik sahaja bayi berusia enam belas hari, upacara pemberian nama dilakukan. Ia dilakukan dengan
memasukkan bayi ke dalam buaian dan dikendalikan oleh ahli keluarga yang tertua yang arif tentang
agama dan perkara yang berkaitan dengan dewa-dewa. Upacara dimulakan dengan mengadakan
upacara sembahyang sebagai tanda kesyukuran. Terdapat juga upacara memuja Dewi Pecciyamman
dan Dewi Kaatteeri dilakukan oleh segelintir masyarakat India. Upacara pemujaan dilakukan dengan
membersihkan sekeliling rumah dan memasang lampu minyak di keliling rumah. Bahan-bahan
persembahan juga disediakan seperti kari ayam betina, telur rebus, ikan kering dan sebagainya. Bayi
kemudiannya dimasukkan ke dalam buaian dan namanya diumumkan pada orang ramai. Saudara mara
yang hadir akan memberi pelbagai hadiah dan upacara diakhiri dengan jamuan dan upacara
sembahyang bagi mendoakan kesejahteraan bayi. Nama-nama yang dipilih lazimnya berdasarkan
almanak dengan mengikut tarikh kelahiran bayi. Nama-nama tokoh sejarawan, nenek moyang serta
yang berkaitan dengan agama Hindu juga dipilih bagi bayi tersebut kerana nama yang dipilih ini akan
mempengaruhi perwatakannya kelak.
ADAT KEMATIAN
• Kematian adalah suatu perkara yang sudah pasti
akan berlaku dan dipercayai oleh setiap manusia.
• Kematian akan berlaku kepada semua manusia
tanpa mengira bangsa , agama , kaum , umur ,
pangkat dan darjat .
• Terdapat pelbagai kaum di Malaysia dengan adat
kematiannya yang tersendiri .
ADAT KEMATIAN KAUM
MELAYU
DIAWAL KEMATIAN KAUM MELAYU
 Keluarga si mati akan memberitahu kepada ahli keluarga yang lain dan masyarakat setempat.
 Tanggalkan pakaian si mati dan bersihkan dari seegala kotoran
 Mayat akan diletakkan di ruang tamu rumah beralaskan tilam dan diarahkan ke arah kiblat, agar
mudah dilihat oleh ahli keluarga yang lain dan tetamu yang menziarahi.
 Jenazah ditutup dari kepala hingga ke kaki menggunakan kain lepas atau kain selimut.
 Setelah persiapan untuk memandikan jenazah disediakan, jenazah akan dibawa ke tempat pemandian
untuk dimandikan.
 Adalah lebih baik jika memandikan mayat ialah di kalangan ahli keluarga si mati sendiri.
 Dalam masa yang sama, peralatan untuk mengkafankan jenazah perlu disediakan bagi memudahkan
urusan mengkafankan jenazah.
 Setelah selesai mengkafakan jenazah akan disembahyangkan disembahyangkan secara berjemaah
dengan disertai oleh ahli keluarga dan masyarakat setempat yang menziarahi.
 Sesudah itu jenazah akan dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.
KAIN KAFAN
o Bermaksud membalut badan jenazah dengan
aturan tertentu
o Kain kafan adalah pakaian terakhir yang
dipakaikan kepada si mati sebelum
dikebumikan.
o Kebiasaanya kain berwarna putih.
o Saiznya perlulah menutupi seluruh tubuh
jenazah. Ukuran dan helain kain yang
digunakan berbeza mengikut jantina si mati.
(lelaki 3 helai kain kafan manakala perempuan
5 helai kain kafan).
SEMASA PENGEBUMIAN
 Hanya lelaki sahaja yang dibolehkan untuk menguruskan aktiviti
pengebumian mayat di kubur, wanita hanya dibolehkan untuk melihat dan
menziarahi kubur sahaja.
 Sebelum ditimbus, sesiapa yang hadir akan turun ke dalam kubur dan
membuka papan tutup keranda itu dan mengerengkan mayat serta
membukakan ikatan di kepala.
 Kepala mayat akan disendal dengan tanah yang telah dikepal-kepal dan
selepas diazankan di telinganya, barulah keranda ditutup dan tanah
ditimbus.
 Dua batang batu nesan tertulis nama, tarikh lahir dan juga tarikh kematian
akan dicacak di atas kubur sebagai tanda.
 Seterusnya upacara membaca talkin akan dijalankan oleh tok imam.
SELEPAS PENGEBUMIAN
• Kenduri tahlil dan doa selamat akan diadakan oleh ahli
keluarga si mati selepas jenazah selamat dikebumikan.

• Kebiasaanya akan diadakan pada hari pertama, ketiga,


ketujuh, ke 40 dan ke 100.

• Tujuannya ada untuk mendoakan kesejahteraan si mati


yang berada di alam barzakh.
ADAT KEMATIAN
KAUM CINA
SEMASA KEMATIAN
 Mayat akan dibersihkan dan dimandikan.
 Selepas itu , mayat akan disolek dan disapu dengan minyak wangi
agar kelihatan cantik dan tenteram dialam akhirat.
 Si mati akan dipakaikan dengan pakaian Tradisional atau pakaian
yang cantik bagi alam selepas mati yang dipercayai oleh kaum
Cina.
 Mayat akan dimasukkan kedalam keranda kayu yang diukir
dengan bersalutkan logam (simbol kekayaan si mati semasa di
dunia).
PENGHORMATAN TERAKHIR
KEPADA SI MATI
 Setiap ahli keluarga , saudara mara , dan sahabat perlu menangis atau
meratapi permegian si mati.

 Jika mereka kekurangan ahli mereka akan mengupah lebih ramai


orang luar untuk menangis dan diselit dengan kata-kata pujian kepada
si mati .

 Mayat akan diarak dengan menggunakan kenderaan yang dihias dan


pelbagai lagu dimainkan semasa diiring ke jirat.

 Lagu : Tradisional/ Keagamaan


Tujuan – menghiburkan si mati semasa berada di alam akhirat

 Pengiring : Memakai baju berwarna hitam atau biru sahaja


Dilarang – warna merah atau memakai barang kemas kerana dia
nggap mempersendakan si mati dan keluarganya
UPACARA
PENGEBUMIAN
 Kawasan perkuburan : tinggi (berbukit)
Tujuan – Melambangkan kebahagiaan si mati.
 Struktur Jirat : berhias dan ukiran menarik
Tujuan – Melambangkan kekayaan si mati semasa hidup.
 Ahli keluarga juga akan memasukkan pelbagai jenis harta milik si
mati dalam berbentuk kertas.
ADAT KEMATIAN KAUM INDIA
SEMASA KEMATIAN
 Mayat akan diletakkan di ruang tamu .
 Kepala mayat akan dihadapkan ke arah selatan dan sebuah lampu
minyak akan dinyalakan (kaamaatci amman vilakku).
 Sebiji kelapa terbelah dua dan sirih pinang diletakkan sebelah si
mati.
 Serbuk suci disapu pada dahi sebelum disembahyang setelah itu
dibalutkan menggunakan kain.
 Mayat akan dimandikan terlebih dahulu dan dibaringkan di atas katil
di ruang tamu atau halaman rumah.
 Si mati akan dipakaikan dengan pakaian baru iaitu sari bagi mayat
perempuan dan dhoti bagi mayat lelaki.
UPACARA KEMATIAN
UPACARA
Thaali itu ialah rantai suci perkahwinan yang ditanggalkan
MENANGGALKAN oleh seorang isteri setelah suami meninggal dunia.
THAALI

Mayat yang telah dimandikan dan dihias akan dimasukkan ke


dalam keranda
UPACARA VAAIKKARISI Kapur barus dimasukkan supaya mayat tidak berbau
Makanan dimasukkan kedalam mulut sebagai pemberian terakhir

Kollic Catti adalah periuk tanah liat yang mengandungi api


Dibawa oleh ahli keluarga sama ada anak atau bapa
Anak sulung melakukan untuk bapa manakala anak bongsu
KOLLIC CATTI melakukan untuk ibu yang meninggal
Hendaklah mengelilingi mayat sebanyak tiga kali mengikut arah
jam
SELEPAS KEMATIAN

o Membersihkan rumah, mengumpul abu Mayat dan berkabung.


o Terdapat dua cara pengurusan abu mayat bagi masyarakat India, iaitu
sama Ada abu mayat ditanam atau dimasukkan ke dalam kain kuning
dan dilepaskan ke laut.
o Tempoh berkabung pula berlangsung selama lapan atau enam belas
hari.
ADAT PERAYAAN
 Tujuan adat yang terdapat dalam perayaan bagi setiap kaum yang terdapat di Malaysia

adalah ;

Mematuhi tuntutan agama bagi setiap kaum

Mengingati peristiwa penting

Mengekalkan budaya untuk diwarisi


PERAYAAN KAUM MELAYU
 Hari Raya Aidilfitri  Perayaan ini akan disambut selepas ibadat
puasa yang dilakukan pada bulan ramadhan
 Hari raya aidilfitri ini juga dipanggil sebagai iaitu umat islam diwajibkan unntuk berpuasa
hari raya puasa selama 30 hari
 Perayaan hari raya aidilfitri disambut pada  Perayaan ini disambut dengan takbir raya dan
bulan syawal dan perayaan ini disambut oleh diteruskan dengan solat hari raya aidilfitri
masyarakat yang beragama islam
 Perayaan ini juga diprbolehkan dengan  Perayaan ini juga tidak terhad kepada umat
menziarahi jiran tetangga dan keluarga untuk islam akan tetapi pelbagai kaum juga boleh
menanyakan khabar sekiranya telah lama meraikan Hari Raya Aidilfitri.
tidak bertemu
 Segelintir masyarakat memberikan “duit
raya” bagi kanak-kanak yang datang
kerumah mereka kerana telah mengunjungi .
PERAYAAN KAUM CINA
 Tahun Baru Cina  Masyarakat cina mempercayai terdapat 12
binatang yang menaungi calendar mereka. Setiap
 Ianya disambut secara besar-besaran untuk bintang ianya mempunyai maksud dan tuah yang
menandakan kemasukan tahun baharu bagi tersendiri
kalender mereka
 Masyarakat cina juga berkumpul dengan ahli
keluarga mereka untuk makan bersama. Ianya
bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara
ahli keluarga
 Jika ahli keluarga yang telah berumah-tangga  Pada hari perayaan tarian singa ditarikan dari
akan memberi ‘angpau’ kepada saudara-mara rumah ke rumah untuk keberkatan kepada
yang belum berumah-tangga masyarakat cina yang meraikannya
 Buah limau mandrin dan kuih bakul
merupakan kemestian semasa tahun baru
cina
PERAYAAN KAUM INDIA
 Hari Deepavali  Ianya bermaksud sebarisan pelita dan
masyarakat hindu mempercayai bahawa
 Perayaan ini diraikan oleh masyarakat hindu,
kecerahan mengatasi kegelapan dan kebaikan
ianya diraikan pada bulan gelap ynag mengatasi kejahatan
bernama ‘Aippasi’ pada bulan Oktober atau
November  Masyarakat hindu akan menyucikan tubuh
badan dengan memakai sedikit minyak
dikepala dan mandi
 Masyarkat hindu juga mengunjungi rumah
keluarga dan kebiasaannya isteri ataupun suri
rumah akan menyediakan sekotak manisan
untuk dijadikan sebagai buah tangan apabila
mengunjungi rumah saudara-mara
 Apabila perayaan ini tiba kebiasaanya setiap
masyarakat hindu akan membuat
kolam(Rangoli) yang diperbuat daripada
tepung beras yang berwarna-warni bertujuan
untuk menyambut tetamu dihadapan rumah
PERAYAAN TADAU
KEAMATAN
 Ianya merupakan perayaan masyarakat kadazan
dusun di negeri Sabah pada bulan mei setiap tahun
 Pada malam perayaan , upacara atau pemujaan
semangat padi sebagai tanda kegembiraan dan
setelah selesai menuai padi kesyukuran
 Masyarakat kadan dusun juga menyediakan kuih –  Para temamu yang hadir akan dihiburkan dengan
muih dan air tapai tarian sumazau sambil diberikan air tapai untuk
dinikmati
 Perayaan ini juga diadakan selama 2 malam
berturut-turut
PERAYAAN KRISMAS
 perayaan ini disambut oleh penganut Kristian sebagai mengingati kelahiran ‘Jesus Christ’
 Sambutan krismas ini juga dimeriahkan lagi dengan kehadiran pokok krismas dan lampu yang
berwarna-warni
 Kanak-kanak juga mempercayai bahawa ‘santa Klaus’ akan hadir untuk memberi hadiah
kerumah mereka .

You might also like