You are on page 1of 14

PENGENALAN

Masyarakat majmuk bererti masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum,


bertutur dalam pelbagai jenis bahasa, menyambut pelbagai perayaan, menganut pelbagai
jenis agama dan mempunyai pelbagai pantang larang dalam adat masing-masing.

Suku kaum baba dan nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik
kedudukannya dalam kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah
Melayu, khususnya di Melaka. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau
"Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina,
mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu.

SEJARAH BABA NYONYA

Menurut West, Barbara A. (2009), baba dan nyonya yang juga dikenali sebagai
kaum Peranakan adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di
kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu (kini
sebahagian Malaysia), khususnya di negeri Melaka. Masyarakat Baba dan Nyonya
dikatakan berasal dari Tanah Besar China yang berhijrah ke Melaka sejak 600 tahun
dahulu. Pada mulanya, masyarakat ini hanya terdapat di Melaka sahaja. Namun begitu,
setelah Pulau Pinang dan Singapura mula berkembang, masyarakat ini mula berhijrah ke
kedua-dua negeri ini.

Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah


orang Cina tetapi sebaliknya mendakwa bahawa mereka adalah rakyat British dan amat
berbangga dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengeji pendatang-pendatang
Cina yang baru. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan"
kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai
unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Penyesuaian dan resapan budaya mereka
terhadap suasana sosiobudaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui
perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca
utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba". Dari

1
segi anutan, kebanyakannya masih mengekalkan agama tradisional Cina dan Budda,
namun pada zaman sekarang telah ramai yang memeluk agama lain seperti Kristian.

Kebanyakan anak-anak Baba dibesarkan mengikut cara hidup dan upacara-


upacara agama orang Cina yang diubah oleh unsur-unsur kemelayuan serta unsur-unsur
tempatan yang lain. Walau bagaimanapun, unsur-unsur barat mula masuk dan budaya asal
telah diubahsuai. Upacara ini semakin berkurangan namun masih terus diamalkan.

Pada kurun ke-15, wilayah-wilayah kepulauan Melayu selalunya memberi


penghormatan kepada pelbagai kerajaan seperti Negara Cina dan Siam. Hubungan
diplomatik yang erat telah dibina sejak kurun ke-15, semasa pemerintahan Parameswara,
apabila Laksamana Cheng Ho, seorang Cina Muslim melawat Melaka. Menurut
penerangan traditional, pada 1459, Raja Cina telah menghantar puteri, Hang Li Po,
kepada Sultan Melaka sebagai satu tanda penghargaan kepada penghormatannya.
Pengikut-pengikut puteri tinggal di Bukit Cina pada mulanya dan akhirnya lahirnya kaum
Peranakan. Peranakan mengekalkan kebanyakan budaya dan kepercayaan nenek moyang
mereka, tetapi bahasa dan budaya Melayu telah diasimilasi. Mereka membina budaya
pemakanan yang unik. Banyak sumber memberi tuntutan bahawa Peranakan adalah
kahwin campur dengan orang Melayu tempatan.

Walau bagaimanapun, terdapat juga penerangan bahawa pengikut-pengikut Puteri


Hang Li Po yang tinggal di Bukit Cina telah mengembara ke Melaka bersama Laksamana
Yunan, seorang berbangsa Cina Muslim. Namun, kekurangan peringatan yang fizikal
secara keseluruhan telah menyebabkan ramai pakar sukar percaya terhadap asal-usul
etnik Peranakan Cina.

Sejak beberapa kurun, kaum Baba dan Nyonya telah mewujudkan satu budaya
yang unik dengan mengekalkan banyak tradisi Cina, seperti meraikan perayaan Tahun
Baru Cina, perayaan Tanglung, dengan mengikut budaya tempatan dan juga penjajah.
Terdapat juga tanda-tanda Portugis, Belanda, British, Melayu, dan Indonesia pengaruh
dalam budaya Baba dan Nyonya.

2
Pada pertengahan abad ke-20, kebanyakan kaum Baba dan Nyonya dididik oleh
Inggeris, akibat daripada penjajahan British atas Tanah Melayu. Kaum Baba dan Nyonya
merupakan kaum yang cenderung menerima budaya baru. Disebabkan kaum Baba dan
Nyonya mudah menerap budaya Inggeris dan berpendidikan, kebanyakan jawatan
perkhidmatan dipenuhi oleh mereka. Interaksi antara British dengan mereka
menyebabkan mereka memeluk agama Kristian. Hal ini menyebabkan masyarakat baba
dan nyonya menjadi berpengaruh di Melaka dan Singapura serta mereka lebih dikenali
sebagai Kings Chinese (Cina Raja) kerana mereka lebih taat kepada Mahkota British.

Disebabkan interaksi daripada pelbagai budaya dan bahasa, kebanyakan kaum


Baba dan Nyonya bertutur tiga bahasa; bahasa cina, melayu dan english. Biasanya
mereka bekerja sebagai pedagang, dan perantaraan antara Cina, Melayu dan Barat;
terutamanya British.

KEBUDAYAAN BABA DAN NYONYA


PAKAIAN TRADISIONAL

Pakaian pengantin kaum baba dan nyonya

Adat perkahwinan dipengaruhi kebudayaan Cina dan Melayu

Upacara perkahwinan kebanyakan berdasarkan tradisi Cina

Merupakan antara upacara perkahwinan yang paling menarik di Malaysia dan


Singapura

Baju Panjang
Bagi peringkat wanita yang berusia

Diadaptasi dari pakaian wanita Melayu

Berlengan panjang, panjang lutut, nipis blaus telus

Dipakai bersama dengan kain batik

3
Kebaya Encim

Bagi golongan yang lebih muda.

Berasal dari nama encim atau Enci yang merujuk kepada seorang wanita Cina
yang berkahwin

Diperbadankan simbol dan motif dari China, seperti naga, phoenix, Peony dan
teratai

Kasut Manik

Memerlukan kemahiran dan kesabaran yang tinggi untuk menghasilkan jalinan


manik-manik kaca yang bersegi-segi halus pada kain terpal

Asalnya manik-manik yang digunakan untuk menghiasi Kasut Manek diimport


sepenuhnya dari Eropah namun lama-kelamaan diperolehi dari Jepun kerana lebih
berkualiti dan lebih oriental.

Corak dan motif pada Kasut Manik baba dan nyonya Melaka kebanyakannya
terdiri daripada flora dan fauna seperti bunga teluki, mawar, alamanda, burung
cenderawasih (phoenix), naga, singa, ayam dan sebagainya. Padanan warna yang
digunakan pada manik dan pakaian wanita nyonya mestilah sepadan dan banyak
dipengaruhi oleh kebudayaan mereka.

Baju Lok Chuan atau Mandarin Jacket


Pakaian tradisional Cina yang dipakai oleh Baba. Jaket lengan panjang sutera,
biasanya dipakai dengan sepasang padanan seluar longgar

Pakaian kaum Baba lebih kepada pakaian pengaruh dari barat dan kaum Cina
sendiri

Golongan berusia Baba atau lelaki pula berpakain lebih ringkas pada hari-hari biasa
namun masih mengenakan samfoo, kot mahupun baju pagoda dengan berseluar dan
berkasut sulam serta topi.

4
PERKAHWINAN MASYARAKAT BABA DAN NYONYA

Perkahwinan tradisional baba nyonya merupakan satu majlis yang memenatkan


dan akan berlangsung selama 12 hari. Segala urusan mencari jodoh bagi anak perempuan
akan diuruskan oleh ibu bapa mereka, mereka tidak boleh membantah keputusan orang
ibu bapa. Jika seseorang perempuan itu belum berkahwin sebelum usia 20 tahun mereka
akan dianggap sebagai anak dara tua, mereka juga akan mengalami kesukaran dalam soal
mencari jodoh. Bagi pihak lelaki pula, kebiasaannya mereka akan berkahwin dalam usia
20 tahun.

Peringkat Awal
Permulaan majlis perkahwinan baba nyonya apabila pihak pengantin perempuan
menerima rombongan peminangan daripada pihak pengantin lelaki. Orang tua pasangan
pengantin akan menguruskan tarikh melangsungkan perkahwinan, setelah mereka
memilih satu hari yang baik (bertuah) dengan menggunakan kalendar cina. Jemputan
akan dikeluarkan kepada mereka yang terlibat, jemputan ini dipanggil antah sireh.
Masyarakat baba nyonya tidak menggunakan kad jemputan sebaliknya mereka
menghantar wang yang mengandungi kacang , limau, dan daun sirih (sekapur sirih)
sebagai ganti. Seorang nyonya tua akan diberi tugas iaitu pergi ke rumah-rumah tertentu
untuk menghantar jemputan yang unik ini, walaupun setiap keluarga menerima sehelai
daun sirih tetapi ia bermaksud untuk menjemput seluruh keluarga ke majlis perkahwinan
itu.

5
Persiapan

Langsir , cadar baru yang kaya diletakkan dengan sulaman berwarna-warni,


bunga-bungaan dan bilik tersebut di harumkan dengan 'Stangee' iaitu wangian daripada
kulit pokok, gula tebu dan gula. Begitu juga dengan 'potpouri' yang dipenuhi dengan
wangian dari daun pandan, bunga dan ia lebih dikenali sebagai bunga rampai di kalangan
orang Melayu. Ketua upacara tersebut akan berpakaian gaun cina yang labuh dan jaket
pendek dan memulakannya dengan memberi 'kueh ih' yang terletak elok di dalam bakul
nyonya iaitu bakul Siah.Hari 'kueh ih' ia juga di panggil 'sang ih' yang bermaksud untuk
memperkenalkan. 'Ih 'pula adalah simbol bagi benda yang baik untuk perkahwinan.
Selain dari 'sang ih', tanglung, kain merah atau 'chye kee' akan diletakkan di pintu utama.

Hari Khuih Thiah

Hari 'Khuih Thiah' iaitu hari pembukaan untuk perayaan. Ia juga adalah hari
kupas bawang. Hari tersebut juga adalah di buka kepada saudara mara dan kawan-kawan
untuk datang menyiapkan pelbagai persiapan. Ini disusuli oleh Hari Menyambal'.
Kebiasaannya mereka membuat sambal sebanyak 20 jenis antaranya ialah sambal
serunding. Sambal ini akan dimakan bersama dengan 'nasi lemak' pada hari kedua belas
upacara perkahwinan.

Dua Hari Sebelum

Hari 'tumbuk tepung' dan 'Sang Jit' di uruskan dahulu. Tepung ini akan di gunakan
untuk membuat kuih tat, kuih genggang, pisang goreng dari pisang raja, apam berkuah
dan onde-onde. Makanan terakhir yang perlu di sediakan ialah putu tekan yang berwarna
biru dan putih dan ditekankan dalam bekas kayu. 'Sang Jit' ialah hari bertukar hadiah di
antara keluarga pengantin lelaki dan wanita. Antara barangan yang sering di tukar ialah
seperti itik, khinzir, cincin berlian dan lain-lain.

6
CHIA LANG KHEK
Chia lang khek merupakan jamuan makan malam di rumah pengantin perempuan.
Sepanjang malam tersebut terdapat kumpulan 'serunee' atau serunai akan menghiburkan
hadirin yang hadir. Pengantin perempuan akan di hias dan di andam oleh 'Sang Kheh
Umm' atau mak andam. Peranan mak andam ini adalah mengajar pengantin perempuan
berjalan, berlutut dan sebagainya. Manakala pengantin lelaki pula akan di bantu oleh 'Pak
Chindek' iaitu orang yang terlibat di dalam penghantaran kad jemputan perkahwinan.

CHIU THAU

Chiu Thau merupakan pemberian yang dianggap suci dan di persembahkan di


tempat pemujaan. Tempat pemujaan khasnya di panggil 'Sam Kai' atau 'Sang kuan tai
Tay' yang mewakili syurga, bumi dan manusia. Pada hari ini, pengantin lelaki yang akan
memulakan adat terlebih dahulu. Walau bagaimanapun kedua-dua pengantin tidak boleh
bertemu selagi tidak menjalani adat atau upacara 'Chim Pang'.

CHIM PANG

Chim Pang merupakan pertemuan pertama antara pengantin lelaki dan pengantin
perempuan di dalam hidup mereka. Ia bermula dengan upacara memasang lilin oleh
kedua-dua ibu bapa pengantin lelaki dan perempuan. Selepas kedua-dua pengantin di
ketemukan, mereka akan duduk di kerusi yang di sediakan yang berhadapan di antara
satu sama lain.

CHOON TOK
Upacara 'Choon Tok' ialah upacara untuk pasangan pengantin makan bersama
sebagai suami isteri. Pada hari 'sah jit' (perayaan tiga hari) merupakan hari pengantin
memberi sembah hormat kepada ahli keluarga dan juga tuhan mereka.

7
CHIA N SIA

Upacara ini ialah acara jemputan untuk adat resam dan ia lebih kepada pihak
pengantin lelaki. Pada hari ini pengantin perempuan akan memakai baju kurung dan kain
sarung yang diperbuat daripada kain broked dan di tenun dengan benang perak dan emas.
Pada hari ini lah juga nyanyian 'Dondang Sayang' akan dinyanyikan dan diselang-selikan
dengan lawak jenaka, pujian dan rangsangan.

Dua Belas Hari

Hari ini merupakan hari yang mana tetamu akan di hidangkan dengan nasi lemak
yang diperbuat dengan begitu teliti supaya mengandungi banyak lemak. Nasi ini di kukus
dengan kukusan kayu ditutupi dengan daun pisang. Orang yang pakar dalam memasak
nasi lemak di panggil 'Bibi Nasi Lemak'. Pada hari ini juga rundingan dibuat sambil
menikmati hidangan tepak sirih atau tempah sirih.

CHIAN N CHING KAY,CHE UMM

Ia merupakan jemputan makan malam untuk ahli keluarga si mertua pengantin


perempuan. Tujuannya ialah untuk mengeratkan hubungan persaudaraan di antara kedua-
dua belah pihak. Sesungguhnya di dalam upacara sebeginilah hubungan kekeluargaan
dapat dieratkan lagi. Setiap perkahwinan semestinya terdapat pantang larang tertentu bagi
mengelakkan sesuatu perkara terjadi. Dalam masyarakat baba nyonya, mereka percaya
pemilihan tarikh yang sesuai dapat mengelakkan dari terjadinya sesuatu yang tidak baik.

8
PANTANG LARANG

Percaya kepada pawang dan bomoh

Masyarakat Baba dan Nyonya masih percaya kepada pawang dan bomoh.
Kebiasaannya mereka pergi berjumpa bomoh apabila seseorang bayi sentiasa menangis
dengan tidak henti-henti. Mereka percaya bahawa anak mereka telah disampuk dengan
hantu. Tujuan mereka pergi berjumpa dengan pawang tersebut untuk meminta tolong
menghalau atau membuang hantu tersebut daripada mengganggu anak mereka.

Wanita hamil

Ibu yang hamil tidak boleh keluar rumah pada waktu senja. Pada waktu tersebut
dikatakan syaitan, iblis, dan hantu mula berkeliaran. Mereka percaya bahawa darah ibu
yang mengandung anak sulung sangat disukai oleh pontianak dan langsuir. Sekiranya
terpaksa juga keluar, ibu tersebut dikehendaki membawa barangan yang diperbuat
daripada besi, antaranya pisau untuk menakutkan hantu.

Wanita hamil dilarang untuk menyentuh barang-barang (hadiah, barang-barang,


katil perkahwinan dan sebagainya) atau menyertai dalam persiapan untuk majlis
perkahwinan. Mereka juga amat dilarang daripada memasuki kebuk perkahwinan.

Pakaian serba hitam atau putih

Ia adalah satu kesalahan yang besar untuk keluarga peranakan semasa zaman
dahulu jika tetamu memakai pakaian keseluruhan hitam atau pakaian putih semasa
menyertai majlis perkahwinan kerana pakaian ini dianggap untuk "majlis kesedihan" atau
pakaian pengebumian.

Selain itu juga, masyarakat Baba dan Nyonya juga mempercayai perubatan
tradisional dalam perubatan penyakit. Contohnya dalam penyakit demam campak atau
Chicken Pox, masyarakat Baba dan Nyonya akan berjumpa dengan bomoh untuk
mendapatkan air penawar untuk diminum dan dijadikan air untuk mandi.

9
MAKANAN TRADISIONAL BABA NYONYA
Masyarakat Baba dan Nyonya sememangnya terkenal di Melaka. Masyarakat ini
juga terkenal dengan makanan tradisinya turun temurun dari nenek moyang mereka.
Menurut Tan Chee Beng (1993), memang tidak dapat kita nafikan bahawa makanan
Nyonya merupakan identiti bagi Malaysia dan juga Singapura. Biasanya makanan kaum
Baba berasal dari masakan Cina tetapi disesuaikan dengan selera kaum Baba yang
gemarkan masakan pedas kaum Melayu. Namun demikian, amalan ini hanya dilakukan di
rumah sahaja.

Kaum Baba dan Nyonya ini juga terkenal dengan pelbagai masakan asam pedas
dan kuih tradisional yang begitu sedap dan menarik di mana resipinya ada persamaan
dengan masakan masyarakat Melayu seperti ondeh-ondeh, kuih apom balik, cendol dan
tapai pulut. Walau bagaimanapun, masakan Baba adalah campuran masyarakat Cina dan
Melayu tetapi masih beridentitikan masakan Baba.

Masakan Nyonya pula lebih kepada sayur-sayuran dan daging. Masakan Nyonya
biasanya pedas dan menggunakan banyak cili. Bagi masyarakat Baba penggunaan cili
yang banyak di dalam masakan merupakan satu identiti yang membezakan antara
masyarakat Baba dan Cina. Antaranya ayam pongteh, ayam kunyit cili, masak lemak dan
ayam kunyit cili.

Di antara masakan Nyonya yang menerima pengaruh Melayu adalah seperti


penggunaan belacan, buah keras, lengkuas dan serai. Manakala, masakan Nyonya yang
mengekalkan tradisi masakan Cina ialah itik tem (daging itik dimasak dengan sayur
masin). Selain itu, kuih cang Abu juga merupakan masakan istimewa bagi masyarakat
Baba. Makanan dan masakan tradisi masyarakat Baba ini biasanya disajikan pada hari
perayaan seperti sambutan Tahun Baru Cina, hari lahir atau majlis perkahwinan. Di
sinilah dihidangkan masakan dan kuih-muih tradisional mereka.

10
JENIS-JENIS MAKANAN TRADISIONAL

AYAM PONGTEH

Salah satu makanan tradisi peranakan ialah ayam pongteh, resipi ayam ala peranakan di
Malaysia. Ayam pongteh ada dua versi. Versi kehitaman berasal dari Melaka. Sedangkan
yang putih itu versi Pulau Pinang. Warna hitam disebabkan penggunaan kicap manis dan
gula Melaka. Penggunaan cili hijau adalah pengaruh daripada Melayu sedangkan bahan
asal masakan ini sendiri adalah masakan Cina.

Untuk masakan ayam pongteh, ayam yang digunakan biasanya ayam yang dipotong ke
lapan atau sepuluh bahagian.

Kentang yang digunakan sebaiknya menggunakan kentang jenis Yukon atau Red
dibandingkan dengan jenis Russet.

Ada sesetengah daripada mereka memasak ayam/babi pongteh dengan menggunakan


cendawan kering Cina/Jepang. Penggunaan cendawan segar sebaiknya dihindari karena
rasanya akan berbeza. Ada juga yang menggunakan kedua-duanya dengan
mencampurkan rebung dan cendawan.

Cili hijau yang digunakan biasanya dimasak terlebih dahulu setelah dipotong. Namun,
ada juga yang makan cili hijau tersebut dengan makanan tergoreng.

11
SAMBAL BELACAN

Seperti masyarakat Melayu, kaum Baba dan Nyonya juga turut tidak ketinggalan apabila
menu sambal belacan turut menjadi salah satu menu masakan mereka. Sambal belacan
merupakan hidangan sampingan yang biasanya dimakan bersama ikan ataupun ulam.
Sambal belacan pada amnya merupakan cili yang ditumbuk bersama belacan, garam dan
sedikit gula.

Sambal belacan boleh juga dicampurkan dengan tempoyak bagi menyedapkannya. Bagi
mereka yang meminati sambal belacan pedas, cili padi atau juga dikenali sebagai cili api,
akan digunakan bagi menggantikan lada besar.
Juga boleh ditambah dengan limau kasturi sebagai penyedap rasa. Cara membuatnya
adalah sangat senang dan mudah. Tumbukkan cili padi dan belacan. Kemudian,
masukkan cili besar dan tumbuk sederhana atau pecah. Selepas itu, masukkan tomato
dan lenyekkan. Air perahan asam jawa dicampurkan dengan sambal tadi dan campurkan
garam dan gula secukup rasa.

ASAM PEDAS

Masakan Baba Nyonya juga terkenal dengan masakan asam pedas . Masakan mereka
sedikit sebanyak telah dipengaruhi oleh masakan masyarakat Melayu. Resipi untuk
membuatnya tidaklah terlalu rumit dan tidak pula terlalu mudah. Kebiasaannya bahan-
bahannya terdiri daripada ikan (kebiasaannya ikan parang, ikan tenggiri, ikan merah dan
ikan terubuk ), cili kering, bawang merah, bawang putih, belacan, halia, lengkuas, kunyit
hidup, serai, daun kesum, bunga kantan, asam jawa, asam gelugur atau daun limau purut.
Cara untuk membuatnya cili kering, bawang merah dan putih, halia dan belacan dikisar
atau ditumbuk lumat. Serai dan lengkuas diketuk dan bunga kantan dibelah empat.
Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar dan lengkuas tadi ke dalam periuk sehingga
naik baunya dan garing. Selepas itu, masukkan air asam jawa mengikut sukatan. Ikan
yang telah dibersihkan dimasukkan sehinggalah mendidih. Akhir sekali masukkan serai,
daun kesum, bunga kantan, asam gelugur atau daun limau purut.

12
Kebiasaan masakan asam pedas bukan sahaja dihidangkan untuk keluarga di rumah
malah masakan ini juga terdapat di kedai-kedai makan, restoran, juga di hotel-hotel
terkenal.

KUIH KU

Kuih ku merupakan salah satu kuih tradisional kaum Baba dan Nyonya. Kuih ku
berbentuk bulat kecil atau bujur dan di sekelilingnya terdapat tepung beras yang melekit
serta bahagian yang manis di tengahnya. Kulitnya di bahagian luar menyerupai kulit
kura-kura dan diletakkan di atas sekeping daun pisang. Seperti namanya, kuih ku atau
kuih kura-kura merah tradisional berwarna merah dan mempunyai tekstur kenyal dan
melekit apabila dimakan.

Kuih ku berbentuk berbentuk seperti cengkerung kura-kura kerana orang China percaya
secara tradisional bahawa memakan kura-kura akan memanjangkan umur kepada sesiapa
yang memakannya dan boleh membawa nasib yang baik serta kemakmuran. Kuih ku
dianggap sebagai makanan yang bertuah kerana ia disediakan semasa perayaan penting
seperti Tahun Baru Cina.

Kuih ku juga disediakan semasa majlis-majlis penting seperti majlis bayi baru lahir yang
genap sebulan dan hari lahir warga tua. Tujuannya supaya kanak-kanak tersebut
dirahmati dan warga tua dipanjangkan umur. Pada zaman moden sekarang ini, kuih ini
telah menjadi satu barangan yang penting semasa perayaan Cina seperti di Negara
Singapura, Malaysia, Indonesia, China dan banyak lagi. Kuih ini juga boleh didapati di
kedai-kedai pastri dan kedai roti.

13
TOKOH-TOKOH BABA

TUN DATO SRI SIR TAN CHENG LOCK

Tun Dato Sir Tan Cheng Lock ialah seorang pemimpin politik Cina di Tanah Melayu
yang merupakan presiden pertama Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) pada tahun
1949. Dalam tempoh hampir 40 tahun, Tan memberikan pimpinan dan berjuang untuk
politik, pendidikan, dan kebajikan masyarakat orang-orang Cina di Tanah Melayu. Dalam
perjuangannya, beliau mempergunakan arena-arena politik dan ekonomi. Selain daripada
menggunakan perdebatan, ucapan, kritikan dan ulasan, beliau juga mempergunakan
memorandum dan petisyen dalam pengemukaan persoalan-persoalan. Seorang peranakan
yang, berbeza dengan pendatang-pendatang Cina di Tanah Melayu, merupakan rakyat
British, ini adalah asas untuk kebangkitan pengaruh beliau di bawah pemerintahan
British.

TAN SIEW SIN

Tun Tan Siew Sin (21 Mei 1916 - 18 Mac 1988) ialah Presiden Ketiga MCA selepas Tun
Tan Cheng Lock, ayahnya, dan Lim Chong Eu. Beliau juga merupakan bekas Menteri
Kewangan Malaysia dari tahun 1959-1974. Sebagai menghargai sumbangan beliau
kepada negara, setu jalan di Kuala Lumpur, Jalan Tun Tan Siew Sin (sebelum ini dikenali
sebagai Jalan Silang) telah diabadikan sempena nama beliau pada tahun 2003.

14

You might also like