You are on page 1of 4

Makanan Tradisional Kaum Cina

Kaum Cina merupakan suatu kaum masyarakat yang bertutur dalam bahasa cina. Masyarakat kaum cina
mempunyai makanan tradisional sendiri yang membawa maksud dan lambang tersendiri. Makanan tradisional
ini telah diwarisi secara turun-temurun dalam masyarakat cina supaya tidak pupus. Hal ini demikian untuk
memastikan generasi yang akan datang dapat merasai makanan tradisional kaum masing-masing.

Makanan Tradisional Kaum Cina

1) Char Koay Teow (炒粿条)

Char koay teow merupakan makanan yang popular di Malaysia. Koay teow digoreng di atas api
panas dengan kicap, sos cili atau tomato, udang, kerang, telur, tauge dan kucai. Koay teow boleh
dimasak dalam dua cara iaitu koay teow goreng atau koay teow basah.

2) Kuih Bakul (年糕)

Kuih bakul ini merupakan kuih Tahun Baru Cina bagi kaum cina. Ia diperbuat daripada tepung pulut
berbentuk seperti dodol. Walaupun kuih bakul boleh dimakan pada bila-bila masa, namun secara
tradisi kuih ini paling laris dimakan semasa perayaan Tahun Baru Cina. Hal ini demikian kerana
memakan kuih ini dipercayai membawa tuah pada masa perayaan ini kerana namanya
melambangkan " setahun lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan."

3) Yee Sang(鱼生)
Yee Sang adalah hidangan mesti semasa perayaan tahun Baru Cina. Tiada perayaan Tahun Baru
Cina adalah lengkap tanpa yee sang. Makanan ini dihidangkan sepanjanng sambutan Tahun Baru
Cina lunar. Makanan ini diberikan makna seperti kita melontarkan bahan-bahan yang berwarna-warni
yang tinggi dan secara serentak yang mempunyai impian yang sama kemakmuran dan kekayaan.

4) Kuih Chang (粽子)

Kuih Chang merupakan makanan yang dimakan dan disediakan untuk meraikan Festival Dragon Boat
yang disambut pada hari ke 5 dalam bulan 5 kalender Lunar. Kuih Chang adalah dibuat daripada
beras pulut yang diisi inti seperti daging, kacang, cendawan dan sebagainya dan dibalut dengan daun
buluh serta dikukus dan digantung untuk dikeringkan. Kuih chang menurut legenda pertama kali
muncul pada zaman Dinasti Zhou berkaitan dengan simpati rakyat kepada Qu Yuan yang bunuh diri
dengan melompat ke Sungai Miluo. Pada masa itulah, kuih chang dilemparkan ke dalam sungai untuk
mengalih perhatian makhluk-makhluk dalam sungai supaya tidak makan jenazah Qu Yuan. Lama-
kelamaan, kuih chang menjadi satu simbol semasa perayaan Duan Wu.

5) Kuih Bulan (月饼)

Kuih Bulan dimakan semasa sambutan Perayaan Pertengahan Musim Luruh pada hari ke 15 dalam
bulan 8 bagi kalender lunar. Pada masa itu, orang ramai akan makan kuih bulan ini bagi sembayang
qamari dan sambil memerhati bulan. Kuih bulan ini merupakan sejenis kuih yang manis mengandungi
pelbagai jenis perasa inti seperti kacang merah, pandan, yam ataupun telur masin. Kuih ini biasanya
dimakan dalam bahagian kecil dan diiringi Teh China.

6) Limau Madarin (红柑)


Limau madarin merupakan satu buah-buahan mesti semasa perayaan Tahun Baru Cina. Makan
limau madarin semasa sambutan perayaan Tahun Baru Cina dipercayai akan membawa tuah kepada
kita.

7) Tang Yuan (汤圆)

Tang yuan ialah sejenis makanan cina yang diperbuat daripada tepung pulut. tepung pulut ini
dicampur dengan sedikit air untuk membentuk berbola, kemudian dimasak dan dihidangkan dalam air
yang mendidih. Tang yuan boleh sama ada berisi atau tanpa isi. Secara tradisi, tang yuan dimakan
ketika perayaan Yuan Xiao atau Chap Goh Mei. Bentuk bulat bola dan makan dengan mankuk
melambangkan kebersamaan keluarga.

8) Dim Sum (点心)

Dim sum merupakan sejenis masakan cina yang  merupakan hidangan ringan lingkungan luas yang
dihidang bersama teh cina. Ia juga dihidangkan pada waktu pagi hingga tengah hari di kedai makan
Cina dan di kedai makan dim sum khas di mana hidangan lazim disediakan sepanjang hari. Hidangan
dim sum disediakan dalam bahagian kecil dan termasuk daging, makanan laut, dan sayur-sayuran,
dan juga pencuci mulut serta buah-buahan. Hidangan ini biasanya dihidangkan dalam bakul
pengukus kecil atau di atas pinggan kecil. Sesetengah keluarga cina suka berkumpul untuk hidangan
dim sum pada perayaan khas seperti Hari Ibu atau Tahun Baru Cina.

9) Chang Shou Mian (长寿面)

Chang shou mian ialah makanan tradisi kaum cina dan dimakan semasa perayaan Tahun Baru Cina
atau semasa Hari Jadi. Semasa makan makanan ini, seseorang adalah digalakkan lebih baik jangan
memutuskan mee ini kerana ia melambangkan dapat hidup panjang umur. Justeru, setiap tahun
seseorang menyambut hari jadi akan makan makanan ini untuk mendoakan dapat hidup panjang
umur.
10) Dumpling (饺子)

Dumpling juga dikenali sebagai jiao zi merupakan makanan yang terdiri daripada daging kisar atau
isian sayur yang dibalut dalam kepingan doh nipis yang digulung, kemudian ditutup dengan menekan
di sisinya agar rapat dan mengeriting. Jiao zi mempunyai kulit yang tebal dan berbentuk piring
berganda yang lebih leper dan oblat. Makanan ini biasanya dimakan dengan sos celup cuka soya.

You might also like