You are on page 1of 5

MASYARAKAT ORANG ASLI

PAKAIAN

Kaum ibu sedang membuat perhiasan kepala untuk dipakai semasa persembahan Tarian Sewang.

Pakaian yang dipakai semasa pertunjukan ini menunjukkan keunikan masyarakat Kensiu menghasilkan pakaian sendiri.

Pakaian tradisional yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan yang dikeringkan. Dipakai semasa persembahan Tarian Sewang.

Nasi dibalut dengan menggunakan daun lereh.

Ubi kayu, ubi gadung dan ubi jaga dibalut dengan menggunakan daun lereh.

Makanan Tradisional

Makanan yang telah dibalut dengan menggunakan daun lereh akan dimasukkan ke dalam buluh dan dibakar antara 30 hingga 45 minit sehingga masak.

Ayam atau ikan digaul bersama bahan-bahan seperti cili, garam dan campuran lain dibalut dengan menggunakan daun lereh.

Jarang membuat jemputan secara rasmi ke majlis-majlis perkahwinan (Tetamu biasanya hadir tanpa jemputan secara rasmi).

Perkahwinan orang asli (Puak Mahmeri) mempunyai banyak persamaan dengan perkahwinan masyarakat Melayu seperti adat merisik, menghantar tanda dan meminang.

PERKAHWINAN

Kedua-dua pengantin terpaksa mendengar nasihat-nasihat yang diberikan oleh golongan tua mengenai tanggungjawab.

SEMASA MAJLIS PERKAHWINAN a) Istiadat menjulang pengantin. b) Istiadat pertarungan pencak silat. c) Istiadat mengelilingi busut. d) Istiadat membasuh kaki. e) Istiadat nasi dalam sirih perancang. f) Istiadat mandi bunga gomba.

SEHARI SEBELUM BERKAHWIN a) Istiadat menepung tawar atau menghalau hantu syaitan. b) Istiadat mengasah gigi atau mengandam. c) Istiadat membuang sial. d) Istiadat menggantung kelambu dan berinai.

Ketika kandungan berusia tujuh bulan, bidan akan melakukan upacara melenggang perut untuk mengusir semangat jahat.

Beberapa pantang larang perlu dipatuhi oleh ibu mengandung sehingga melahirkan anak dan seterusnya berpantang. Pantang larang juga dikenakan kepada si suami.

Seorang suami akan terus memberitahu jiran tetangga apabila isterinya hendak bersalin.

KELAHIRAN

Kaum wanita akan mengunjungi wanita yang ingin bersalin untuk memberikan pertolongan setakat yang mampu.

Orang Asli tidak suka jika pelawat yang datang berkunjung memuji-muji kecantikan tubuh badan atau wajah si anak yang baru lahir (dikhuatiri makhluk halus mengambil bayi tersebut).

Genggong. MUZIK TRADISIONAL

Rebak (alat muzik bertali) diperbuat daripada kulit ikan buntal.

Pengantin dilarang keluar rumah selama seminggu untuk menghindar daripada gangguan makhluk halus kerana masing-masing berdarah manis.

Suami tidak boleh memegang alat menangkap ikan kerana dikhuatiri bayi yang dilahirkan terlekat uri. Memotong buluh atau tebu mesti mengikut ruas bagi mengelakkan bayi dalam kandungan songsang.

Tidak boleh memancing ikan kerana dipercayai bayi akan putus semasa bersalin.

Tidak boleh makan kijang, ayam hutan dan ikan yang mempunyai sengat kerana ditakuti bayi terkena kenan dan menghidap sakit saban (sawan).

Tidak boleh makan haiwan buruan yang ditembak kerana dipercayai kandungan akan gugur. PANTANG LARANG Nama bayi yang tidak sesuai dengannya akan menyebabkan bayi tersebut jatuh sakit.

Wanita mengandung tidak boleh mentertawakan binatang seperti monyet dikhuatiri muka dan perlakuan bayi menyamai haiwan tersebut.

Tidak boleh mengetuk paku pada kayu pada sebelah petang dikhuatiri bayi atau ibu akan sakit atau mati.

Tali pusat bayi perlu dibungkus dengan kain putih bersama-sama sebiji atau tiga biji lada hitam kemudian digantung di atas api untuk memelihara kesihatan bayi.

Adalah dipercayai sekiranya seseorang bayi dipuji seperti amboi, comelnya bayi ini, maka hantu-hantu yang berdekatan akan mendengar dan mengambil bayi itu.

You might also like