You are on page 1of 16

7/5/2017

Adat kelahiran
Upacara Menawar PerutApabila si isteri
mengandung, satu upacara iaitu menawar perut
atau birayang ite akan diadakan untuk
menggalakkan anak dalam kandungannya
membesar dengan sempurna.
Hanya bidan kampung yang berpengalaman
dijemput untuk melakukan upacara ini.
Dia akan melumuri perut wanita tersebut dengan
kunyit, minyak kelapa dan merenjis beras kunyit
sambil mengoncangkan tongkat saktinya di atas
perut perempuan berkenaan sambil membaca jampi
serapah.
Adat kelahiran
Tidak boleh mencuri, kerana dikhuatiri
anak yang bakal lahir itu akan menjadi
pencuri.
Tidak boleh memakan daging rusa kerana
dikhuatiri anak yang bakal lahir itu akan
menjadi gila dan sukar untuk bersalin
Adat kelahiran
Si suami dilarang memaku, mengikat
dengan ketat atau menyumbat sebarang
lubang, takut anak akan mati semasa
dilahirkan
Si suami juga dilarang mengeringkan
kolam, perigi atau sungai kerana dikhuatiri
si isteri akan mengalami tumpah darah.
Adat kelahiran
Dilarang melipat balik tikar, lapisan lantai
dan sebagainya, kerana takut kedudukan
anak di dalam perut songsang dan ini boleh
menyulitkan kelahirannya.
Adat perkahwinan
Bagi masyarakat Bidayuh, perkahwinan ialah
satu cara untuk menjadi anggota dan menikmati
hak sebagai anggota Biik atau Ramin itu.
Masyarakat Bidayuh mengamalkan monogami
sahaja. Namun demikian, perkahwinan semula
selepas penceraian ialah satu perkara biasa.
Adat perkahwinan
Masyarakat Bidayuh juga melarang
perkahwinan antara sepupu.
Perkahwinan biasa berlaku apabila
seseorang sudah cukup dewasa dan memilih
pasangan hidup. Masyarakat Bidayuh
bersikap terbuka terhadap pilihan anak-
anak mereka kecuali perkahwinan yang
terlarang.
Adat perkahwinan
Peristiwa perkahwinan berhubung rapat
dengan menuai padi.
Lebih baik hasil yang diperoleh, lebih
banyak perkahwinan dapat
dilangsungkan.
Ini adalah kerana majlis pertunangan dan
perkahwinan melibatkan majlis kenduri
yang besar dan mewah terutama bagi anak
sulung lelaki atau anak tunggal.
Adat perkahwinan
Sekiranya mereka gagal mengadakan
kenduri pertunangan dan perkahwinan,
orang ramai akan mencemuh pengantin
lelaki
Apabila hasil padi berkurangan,
pertunangan atau perkahwinan juga akan
berkurangan.
Adat kematian
Sesuatu kematian dalam semua
masyarakat perlu disempurnakan dengan
sebaik-baiknya. Masyarakat Bidayuh juga
tidak terkecuali menguruskan upacara
kematian dengan mengikuti pantang-
larang dan adat-adat.
Adat kematian
ahli keluarga dan sahabat si mati akan
segera menziarahinya.
Mayat dimandikan dan disapukan
minyak serta dipakaikan pakaian yang
indah dan dibalut dengan kain putih yang
baru.
Adat kematian
Segala makanan yang diletakkan
berdekatan mayat tersebut akan dibuang,
ini dilakukan semasa mayat dibawake
tanah perkuburan
Tikar tempat mayat dibaringkan akan
dikemas serta lantainya dicuci untuk
menghilangkan bau mayat.
Adat kematian
Ahli keluarga si mati tidak dibenarkan
meninggalkan rumah si mati selama empat
hari.
Sementara penduduk kampungnya pula
tidak dibenarkan turun ke sawah selama
dua hari.
Pantang Larang
Seseorang yang mengunjugi rumah
panjang juga tidak dibenarkan terus naik
tanpa perlawaan daripada ketua rumah.
Semasa berada di rumah panjang pula,
perbuatanduduk menjalar kaki adalah
tidak digalakkan sebaliknya seseorang
tersebut hendaklah duduk bersela untuk
menghormati ketua rumah.
Pantang Larang
Pada masa dahulu, sekiranya tetamu dipelawa ke
rumah, tapak sirih yang mengandungi daun sirih, buah
pinang dan kapur sirih akan dihidangkan. Begitu juga
dengan rokok daun nipah dan tembakau
yangmerupakan lambang perlawaan, keramahan dan
kesopanan ketua rumah. Setelah itu, barulah hidangan
seperti minuman dan makanan ringan dihidangkan
dan diikuti denganhidangan makan malam dan ketua
rumah akan mempelawa pengunjung untuk
makan bersama.
Setelah selesai makan, pengunjung tidak
dibenarkanmembasuh pinggan sendiri dan memasuki
kawasan dapur kerana perbuatan tersebutakan
menimbulkan ketidakselesaan kepada ketua rumah.
-

You might also like