You are on page 1of 18

FOLIO SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH TEMA:

WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA DI MALAYSIA


NAMA GURU: PUAN JAYANTHI A/P PALANANDY AHLI KUMPULAN: FATIMAH BT. SHAHRUDIN

NUR HAFIZAH BT. MOHAMAD HANAFI NUR EREN BT. MUHAMMAD ABDUL RANI NUR 'AIN NADHIRAH BT. MOHAMAD JANI KELAS: 2 SINERGI APRIL 2012

WARISAN KESENIAN NEGARA

() ()

ISI KANDUNGAN

WARISAN KESENIAN NEGARA

() ()

TAJUK PENGHARGAAN MUKADDIMAH PENGENALAN BAHAGIAN 1 BAHAGIAN 2 PENUTUP RUJUKAN

MUKA SURAT

03 04 05 06 11 16 17

PENGHARGAAN
Pertama sekali, kami Fatimah, Nur Eren, Nur Ain Nadhirah dan Nur Hafizah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa kami yang banyak memberi sokongan dan semangat yang kukuh kepada kami untuk

WARISAN KESENIAN NEGARA

() ()

menyiapkan folio Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan saya ini yang bertemakan Warisan Kepelbagaian Budaya Di Malaysia (Warisan Kesenian Kepelbagaian Kaum ). Kami juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Puan Jayanthi A/P Palanandy selaku Guru mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan kami atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberi olehnya semasa kami membuat folio ini serta maklumat yang telah diberi semasa beliau mengajar kami. Kepada rakan-rakan kami, kami ingin mengucapkan terima kasih kerana mereka secara tidak langsung dan langsung telah memberi sedikit sebanyak idea bagi memperbaiki lagi mutu folio kami yang tidak seberapa ini. Sekian, terima kasih.

MUKADDIMAH
Khidmat Masyarakat ialah komponen amali Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang mememerlukan penglibatan pelajar secara berkumpulan dalam aktiviti sekolah dan komuniti. Penglibatan ini ialah dalam bentuk projek atau kajian yang boleh membantu dan meningkatkan imej diri, sekolah dan komuniti.

WARISAN KESENIAN NEGARA

() ()

Melalui Khidmat masyarakat ini, pelajar dapat mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan yang dipelajari di dalam bilik darjah. Dengan ini, pelajar dapat membina martabat diri yang positif dan berbangga kerana dapat memberi sumbangan kepada sekolah dan masyarakat.

OBJEKTIF UMUM
1. Mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan di luar bilik darjah.

2.

Memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.

3.

Menjadi warganegara yang petriotik, prihatin bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.

dan

PENGENALAN
Permainan tradisional juga merupakan seni dan budaya masyarakat kita tapi ianya semakin dilupakan oleh masyarakat terutama golongan remaja.

WARISAN KESENIAN NEGARA

() ()

Di bandar-bandar contohnya, permainan tradisional semakin dilupakan ada diantaranya pula tidak tahu apakah jenis permainan tradisional itu. Perkara ini amat menyedihkan kerana ia merupakan adat resam masyarakat kita. Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara telah banyak mengusahakan pelbagai aktiviti bagi mempertingkatkan lagi seni dan budaya dalam permainan tradisional. Contoh yang boleh kita lihat ialah Festival Gasing Malaysia yang akan dianjurkan setiap tahun. Di dalam Penganjuran Program Merakyatkan Seni dan Budaya juga terdapat beberapa aktiviti yang disisipkan berbentuk permainan tradisional seperti congkak, batu seremban, gasing dan sebagainya. Semoga Usaha Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan agensi di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan berjaya dalam memartabatkan seni dan budaya permainan tradisional supaya tidak pupus ditelan zaman.

CONTOH-CONTOH: Congkak, wau, batu seremban, sepak raga, gasing, dam harimau, galah panjang, sepak bulu ayam, ketuk keli, ketingting.

BAHAGIAN 1
PERMAINAN TRADISIONAL PELBAGAI KAUM DI MALAYSIA:

WARISAN KESENIAN NEGARA

() ()

1. Batu Seremban ( Permainan Tradisional Kaum

Melayu )

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering dimainkan di waktu lapang. Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih. Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji batu yang dinamakan sebagai batu satu hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan batu tujuh.

2. Go ( Permainan Tradisional Kaum Cina )

WARISAN KESENIAN NEGARA

() ()

Permainan ini dimainkan oleh dua pemain yang berselang - seli meletakkan batu hitam dan putih pada tempat yang kosong (dikenali sebagai "mata") grid 19 19 baris (baru: ia yang lebih kecil iatu 9 9 dan 13 13 papan). Objektif permainan adalah untuk menggunakan batu seseorang untuk mengelilingi sebahagian besar batu daripada pihak lawan. Sebaik sahaja diletakkan di atas papan, batu hanya boleh bergerak jika mereka ditangkap. Apabila permainan diakhiri, mata yang diprolehi (wilayah) akan dikira bersama-sama dengan batu-batu yang ditangkap untuk menentukan siapa yang mempunyai mata yang lebih. Permainan ini juga boleh hilang disebabkan oleh perletakan jawatan. Go berasal dari China purba; tarikh dibuat tidak diketahui. Oleh abad ke-3 Sebelum Masihi, ia sudah menjadi hobi yang popular.

Bukti arkeologi menunjukkan bahawa permainan ini peringkat awal telah dimainkan di atas papan permainan dengan 17 17 grid, tetapi permainan ini telah merebak ke Korea dan Jepun, kira-kira abad ke-5 hingga ke abad 7, papan dengan grid 19 19 menjadi berubah. Majoriti pemain ini daripada Asia Timur, Gabungan pesatuan Go Antarabangsa mempunyai 71 negara yang mempunyai ahli di semua benua. Jumlah pemain Go melibihi 40 juta.
WARISAN KESENIAN NEGARA 6 () ()

Go mendapat sambutan di Barat melalui Jepun, yang ia biasanya dikenali di peringkat antarabangsa dengan nama Jepun yang dipendekkan iatu Go, dan dari segi konsep Go berasal dari sebutan Jepun.

3. Kho-Kho ( Permainan Tradisional Kaum India )

WARISAN KESENIAN NEGARA

() ()

'Kho-kho' merupakan satu permainan tradisional yang popular di kalangan kaum India. Permainan yang berasal dari Maharashtra ini pada mulanya dimainkan menggunakan kereta kuda. Kebanyakan ahli sejarah India mengatakan bahawa Kho-Kho merupakan hasil pengubahsuaian daripada satu permainan 'Lari dan kejar' di mana seorang pemain akan berlari dan mengejar serta menyentuh pemain lain. Permainan kho-kho ini memerlukan kecergasan fizikal pemain serta pergerakan yang fleksibel untuk megelak peserta-peserta lain. Bagi permainan kho-kho, setiap kumpulan boleh mempunyai 12 pemain.Namun, hanya 9 daripadanya akan bermain bagi satu perlawanan. Terdapat 2 giliran dalam permainan kho-kho ini. Setiap giliran diperuntukkan selama 7 minit untuk acara lari dan kejar. Bagi kumpulan pengejar (chaser), 8 pemain akan berada di tengah setiap 8 kotak yang terdapat di padang permainan. Setiap 8 peserta ini akan duduk dalam kedudukan yang bertentangan secara berselang-selang. Manakala, pemain yang kesembilan akan bertindak sebagai pengejar. Sasaran bagi setiap pengejar ialah menyentuh pemain lawan dengan menggunakan tapak tangan. Pemain lawan akan tersingkir apabila pengejar menyentuhnya dengan tapak tangan tanpa melakukan "foul", pemain lawan telah melebihi had garisan dengan sendirinya ataupun
6 () ()

WARISAN KESENIAN NEGARA

lambat sampai ke had garisan. Pengejar boleh menukar giliran mengejar dengan menyentuh ahli pasukannya yang lain sambil berkata "Kho Kho". Pemain yang disentuh kemudiannya akan menjadi pengejar dan begitulah seteru

USAHA-USAHA YANG BOLEH DILAKUKAN UNTUK MENGEKALKAN PERMAINAN WARISAN DI MASA HADAPAN:

1. Kuat Kuasa Undang-Undang Kerajaan telah menggubal Akta Warisan Kebangsaan 2005. Melalui akta ini, beberapa bidang kesenian didaftarkan sebagai warisan negara. Oleh itu, sesuatu warisan kesenian akan dilindungi dan dipelihara melalui undangundang tersebut.

2. Pendidikan Banyak bidang kesenian daijar di institusi pengajian tempatan. Para pelajar diberi pendedahan, ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kesenian. Antara institusi tersebut ialah Akedemi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Universiti Malaya, Universiti Teknologi MARA, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Institusi Kraf Negara.

3. Mengadakan Kursus Kesenian Dengan mengadakan kursus kesenian dapat menarik minat generasi muda untuk mempelajari warisan kesenian yang terdapat di Negara ini. Dengan ini, ia dapat menyebarkan kepada orang ramai dan ia boleh mengekalkan warisan kesenian.

BAHAGIAN 2
WARISAN KESENIAN NEGARA 6 () ()

SENI REKA BENTUK TRADISIONAL DI MALAYSIA: 1.Rumah Tradisional Negeri Melaka

Rumah ini mempunyai reka bentuk ringkas dan mengandungi fungsi ruang secara asas, menunjukkan kesederhanaan pemiliknya. Reka bentuk rumah ini mengandungi serambi, rumah ibu, selang dan rumah dapur. Secara asas pelan rumah ini menyamai rumah kutai negeri Perak, perbezaannya terdapat serambi di bahagian hadapan rumah ini. Serambi adalah tempat berehat dan mengambil angin, melayan tamu dan meninjau aktiviti di hadapan rumah. Keseluruhan dinding rumah diperbuat daripada kayu, kecuali di bahagian dapur yang mempunyai dinding pelupuh. Bahagian atap rumah ini dibuka sedikit untuk membenarkan pengudaraan masuk ke
6 () ()

WARISAN KESENIAN NEGARA

dalam rumah. Bahagian selang rumah pula didinding, berbeza dengan rumah kutai Perak.

Rumah ini mempunyai tebar layar bermotif bunga dan papan pemuka yang berkerawang ringkas. Kayu jerejak di serambi juga mempunyai ukiran yang ringkas sesuai dengan konteks kesederhanaan rumah ini.
2. Rumah Tradisional Negeri Perak

Keistimewaan reka bentuknya adalah kerana ia lebih etnik dan ringkas. Reka bentuk ini juga dikenali sebagai rumah kutai. Rumah ini masih terdapat di negeri Perak dan telah berusia lebih 100 tahun. Antaranya di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar, Kampung Kota Lama Kanan dan Kampung Bota Kanan, Parit. Rumah ini menggunakan sepenuhnya bahan binaan semula jadi yang terdapat di sekeliling kampung. Struktur asas adalah kayu keras

WARISAN KESENIAN NEGARA

() ()

manakala atap dibuat dari daun rumbia dan dinding pelupuh dari anyaman buluh atau rotan.

Rumah ini mempunyai bumbung yang agak tinggi, tetapi terdapat sedikit keunikan dari segi keterbukaan rumah ini. Ia seolah-olah tidak mempunyai pengudaraan yang baik dan mencukupi. Dinding rumah mencapai ke paras rabung atap tanpa diselangi kerawang atau seumpamanya. Ini disebabkan dinding itu sendiri tembus angin, maka ianya tidak perlu hiasan kerawang dan sikap rendah diri penghuni rumah ini. Keringkasan reka bentuk menunjukkan yang rumah kutai adalah untuk orang biasa berbanding rekaan lain yang lebih moden dan canggih seperti bumbung limas dan bumbung Perak. Rumah ini menyaksikan beberapa unsur seni struktur yang agak menarik, ringkas dan mempunyai fungsinya tersendiri.
3. Rumah Tradisional Negeri Sembilan

WARISAN KESENIAN NEGARA

() ()

Negeri Sembilan mempamerkan secara keseluruhan reka bentuk bumbung panjang yang bersifat Minangkabau. Ia mempunyai sifat reka bentuk atap yang bertingkat yang dialas daun rumbia. Rumah ini mempunyai serambi hadapan dan anjung yang meneduhkan tangga utama kemasukan ke Rumah Ibu melalui Serambi. Serambi dihiasi ukiran kerawang yang bercorak silang-menyilang. Rekaan tangga adalah ringkas. Tangga diikat atau dimatikan dengan rekaan kekunci dipapan yang menarik seperti yang boleh dilihat di dalam gambar. Rumah ini dihiasi ukiran kayu yang banyak di sekeliling rumah, lebihlebih lagi di sekitar Serambi hadapan rumah. Ukiran adalah bermotifkan silang dan bunga yang agak bersifat grafik. Bahagian anjung, serambi dan rumah ibu mempunyai aras yang berbeza. Rumah ibu mempunyai ruang yang terluas dan tertinggi. Terdapat bilik di rumah ibu dan tangga menghala ke loteng. Loteng ini mengambil lebihan ketinggian dan tingkat atap yang diberi ruang oleh struktur rumah ini. Rumah ibu bersifat terbuka dan disambung ke rumah dapur melalui pintu yang menghala ke selang. Selang tidak berdinding dan merupakan pelantar kepada sebahagian fungsi dapur. Ianya berperanan sebagai ruang bersembang untuk kaum wanita. Rumah Negeri Sembilan ini memaparkan seni kraf kayu yang menyeluruh hingga
6 () ()

WARISAN KESENIAN NEGARA

sampai ke rumah dapur. Paras tingkapnya adalah sangat rendah, iaitu direka untuk paras orang duduk dan bukannya berdiri.

USAHA-USAHA YANG BOLEH DILAKUKAN UNTUK MENGEKALKAN WARISAN SENI BINA DI MASA HADAPAN:
1. Membuat

lawatan ke muzium balai seni untuk mendapatkan maklumat tentang warisan seni bina pelbagai kaum.

2. Menghormati dan menghargai warisan seni bina. 3. Melibatkan diri dalam usaha mengekalkan warisan

keseniaan seni bina di Malaysia.


4. Membaikpulih bangunan seni bina tersebut untuk

dibuka kepada orang tempatan dan juga pelancong. 5. Pendidikan dalam bidang seni bina perlu daijar di institusi pengajian tempatan. 6. Para pelajar perlu diberi pendedahan, ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang seni bina

WARISAN KESENIAN NEGARA

() ()

PENUTUP
Kesimpulanya, setiap kaum di Malaysia mempunyai permainan tradisional dan seni bina tersendiri yang melambangkan sesuatu kaum. Adalah pentingnya bagi masyarakat mengetahui mengenai permainan tradisional dan seni bina dan berusaha untuk mengekalkannya agar warisan ini dapat dikekalkan untuk generasi di masa hadapan.

Dalam menyiapkan folio ini saya mendapat kerjasama daripada rakan sekumpulan, keluarga dan guru pendidikan sivik. Rakan sekumpulan telah memberikan kerjasama yang baik dari segi berkongsi maklumat dan bertukar pendapat. Keluarga turut memberi sokongan dari segi maklumat, wang saku dan idea tentang apa yang perlu dipersembahkan. Guru memberi kebenaran untuk membuat folio sivik ini.

Anak merpati disambar helang, Terbang ke titi di dalam huma; Harimau mati meninggalkan belang, Manusia mati meninggalkan nama.

WARISAN KESENIAN NEGARA

() ()

RUJUKAN
Ibu dan Bapa serta keluarga Guru mata pelajaran Sivik Kawan-kawan yang terlibat secara tidak langsung Laman sesawang: http://www.scribd.com/doc/30765440/folio-siviktingkatan-3 http://tradisional-bib.blogspot.com/ http://permainantradisionalmalaysia.blogspot.co m/ http://www.scribd.com/doc/53956255/FolioPendidikan-Sivik-Dan-Kewarganegaraan http://twothebest.blogspot.com/2008_11_01_archi ve.html

Hendak belayar ke Teluk Betung, Sambil mencuba labuhkan pukat; Bulat air kerana pembentung, Bulat kata kerana muafakat. Pulau pandan jauh ke tengah, Gunung daik bercabang tiga; Walau badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga.
(*^ -^*)(*^ -^*)(*^ -^*)(*^ -^*)(*^ -^*)(*^ -^*)(*^ -^*)(*^ -^*)(*^ -^*)

WARISAN KESENIAN NEGARA

() ()

You might also like