You are on page 1of 17

PERMAINAN TRADISONAL KAUM

DI MALAYSIA

NAMA AHLI : NURUL AIDA BT ERROL OMAR STEENSON


: RAJA SHAZWINA BT RAJA MOHD
SHARIFUDDIN
: NUR SABRINA BATRISYIA BT RIZAL
: IFFAH FATIHAH BT SHAHRUL AZHAR

KELAS : 2 KRK

GURU
PENTAKSIR : PN . NURULHUDA BT HASSAN

~ISI KANDUNGAN~
~PENGENALAN~
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan merupakan mata pelajaran yang memainkan peranan penting dalam
kurikulum kebangsaan sekolah rendah bagi melahirkan murid yang dapat menunjukkan perasaan bangga dan cinta akan
negara. Mata pelajaran ini memberi tumpuan kepada perkembangan diri, hubungan dengan orang lain dan interaksi
dengan persekitaran. Mata pelajaran ini juga adalah wahana bagi mewujudkan semangat perpaduan dan apresiasi
pelbagai budaya masyarakat negara ini. Kandungan mata pelajaran ini membolehkan murid memperoleh pengetahuan,
kemahiran dan nilai sivik bagi
menghadapi cabaran masa depan.
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan menekankan empat prinsip pendidikan yang penting iaitu belajar untuk
mengetahui , belajar untuk bertindak , belajar untuk hidup bersama dan belajar untuk membentuk peribadi. Belajar
untuk mengetahui membolehkan murid menguasai ilmu bagi membina perasaan dan tingkah laku sivik. Belajar untuk
bertindak merujuk kepada aplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian murid yang dikembangkan
menerusi aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah. Belajar untuk membentuk
peribadi membolehkan murid berkembang secara menyeluruh dari segi rohani, intelek, fizikal, emosi dan sosial. Prinsip
belajar untuk hidup bersama merupakanasas dalam mewujudkan keamanan dan keharmonian dalam masyarakat
berbilang kaum di Malaysia. Melalui prinsip ini, perpaduan dalam keluarga komuniti dan masyarakat pelbagai kaum dapat
dipupuk.
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ialah mata pelajaran teras untuk semua murid sekolah rendah Tahap II. Selaras
dengan ini, pihak sekolah bertanggungjawab membina sahsiah dan potensi murid dengan pengetahuan, kemahiran dan
nilai yang perlu bagi murid untuk melaksanakan hak dan tanggungjawab sivik. Murid juga perlu dipupuk dengan
pemikiran kritis dan kreatif serta kesedaran sivik untuk melahirkan individu yang dapat memainkan peranan yang
berkesan dalam keluarga dan masyarakat.
Matlamat Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bertujuan memberi kesedaran kepada murid tentang peranan, hak dan
tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara untuk melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang
bersatu padu, patriotik dan boleh menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia.

~OBJEKTIF~
*Mengenal permainan tradisional dan latar belakangnya dengan lebih dekat.

*Menanamkan sikap menghormati permainan kaum lain di negara ini.

*Membangkitkan semangat patriotik di kalangan pelajar.

~KAEDAH FOLIO~
*Mengkaji bahan-bahan rujukan seperti buku teks, majalah dan laman-laman tertentu.

*Membuat perbincangan atau temu bual dengan rakan-rakan dan keluarga yang mempunyai
pengetahuan tentang budaya di Malaysia.

*Mencatat,menulis dan menaip bahan-bahan yang diperoleh dengan lengkap.

~CONGKAK~
ASAL USUL

Congkak yang dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab, bergantung kepada teori
mana yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba
yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang
mempunyai dua liang selari.

Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui
pedagang-pedagang Arab. Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka
memandangkan negeri ini merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu. Kanak-kanak
di Kepulauan Carribean juga bermain congkak. Congkak dipercayai sampai ke sana melalui
perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali sebagai warri atau awari. Di Indonesia,
congkak dikenali dengan nama Congklak, dan di Filipina ialah Sungka.

Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak
yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan
mengorek lubang di dalam tanah.

Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia. Congkak begitu popular dan diminati
sehingga peminat-peminatnya mencipta pelbagai lelaman web di internet. Dalam lelaman-
lelaman web ini disenaraikan pelbagai maklumat tentang congkak dalam budaya dan bangsa
di seluruh dunia. Terdapat juga permainan congkak dalam telefon bimbit hari ini.

CARA DAN SYARAT BERMAIN:


Congkak hanya boleh dimainkan oleh 2 dua orang sahaja pada sepanjang masa. Kedua-dua
mereka akan berhadapan dengan satu sama lain, dengan papan congkak tersebut diletakkan
di tengah. Mulanya, kedua dua pemain akan mencapai semua biji yang terdapat di salah satu
lubang yang berderetan di depan masing-masing. Setiap lubang mempunyai 7 biji pada
waktu permulaannya, tetapi akan berbeza setelah permainan tersebut mula.

Kemudian, genggaman biji itu dilepaskan satu demi satu pada setiap lubang, mengikut
daerah ke kiri. Lubang besar yang terdapat di dua-dua hujung papan congkak itu dipanggil
rumah. Setiap pemain akan memilih rumah mereka sebelum mula bermain. Sedang
mereka melepaskan satu demi satu biji itu, mereka juga akan letakkan satu di rumah masing-
masing.

Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam lubang
kosong di kawasan sendiri atau pesaing dan pemain hendaklah berhenti, Pemain itu boleh
menembak lubang lawan yang setentang dengan lubangnya iaitu mengaut kesemua biji (jika
ada) di dalam kampung tersebut dan meletakkannya di rumah mereka.

Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga kesemua bijinya sudah habis
diletakkan. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan
permainan dengan mengambil biji yang masih ada di mana-mana deret sendiri. Sekiranya
biji yang terakhir itu jatuh di lubang kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ
sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.
Kadangkalanya, apabila salah satu daripada pemain sudah pun kalah, yang pemenang itu
mengambil kesemua biji-biji yang masih berada di semua lubang dan ia akan dimasukkan ke
dalam rumahnya. Pemenangnya adalah dia yang telah mendapat lebih biji.

PERALATAN:
Peralatan yang digunakan untuk bermain congkak biasanya diperbuat daripada batang pokok
kayu besar yang diukir seperti perahu. Di sebelah hujungnya diukir bentuk kepala pelbagai
haiwan seperti burung manakala di bahagian badan papan diukir dengan pelbagai ukiran
Melayu. Lubang sebesar 9sm. garis pusat dan 7 sentimeter. dalam ditebuk atas permukaan
papan tersebut. Sekiranya permainan congkak di tanah, lubang digali dan kemudian diletak
tempurung kelapa supaya tangan tidak kotor terkena tanah.

Lubang-lubang congkak dibuat dalam dua barisan selari antara satu sama lain yang disebut
kampung. Pada penghujung kampung terdapat sebuah lubang besar dan dalam dinamakan
rumah. Jumlah kampung yang biasa terdapat pada papan congkak ialah lima, tujuh atau
sembilan sebaris. Kampung-kampung ini diisikan dengan buah congkak sama banyak.

~MAHJONG~
ASAL USUL

Mahjong atau mahjung (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: , pinyin: Mjing;


Kantonis:

Kantonis: Mhjeung; merupakan permainan untuk empat orang yang berasal dari China.
Juga dikenali sebagai Bahasa Cina: ; pinyin: Mqu; Kantonis: Mhjeuk; Jepun: Mjan.

Mahjong memerlukan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib.
Bergantung kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh menjadi isu remeh atau faktor utama
kejayaan. Di Asia, mahjong juga popular sebagai perjudian juga sebagai permain

Salah satu mitos asal-usul mahjong menyatakan bahawa Confucius, ahli falsafah China
teragung telah membangunkan permainan ini pada 500SM. Dakwaan ini mungkin adalah
cerita yang diragui kebenarannya.

Mahjong yang berasal dari China adalah sejenis permainan yang sangat populer. Permainan
itu menggunakan potongan kartu atau plastik tebal yang berbentuk segi empat bujur. Setiap
set mahjong memiliki 136 biji buah mahjong yang terdiri dari empat jenis pola.

Dibandingkan dengan permainan potongan tulang atau bambu (yang rupanya seperti
domino) yang lain, metode permainan mahjong dapat dikatakan paling rumit dan menarik.
Dasarnya permainan mahjong sangat mudah dipelajari.

Ada banyak cerita tentang asal usul mahjong. Diantaranya yang paling dapat dipercaya
adalah buah mahjong berasal dari potongan bambu yang digunakan sebagai tanda bukti
untuk menghargai mereka yang melindungi bahan makanan di kota Taicang, provinsi
Jiangsu

Satu cerita lagi tentang asal usul mahjong berhubungan dengan pelayaran Laksamana Cheng
Ho ke negara-negara Asia dan Afrika. Menurut catatan tersebut, tidak ada fasilitas rekreasi
tersedia dalam pelayaran itu. Banyak prajurit merasa bosan dan selalu rindu

Walau cerita tentang asal usul mahjong, permainan ini telah menjadi semacam acara reakrasi
yang populer di dunia. Di beberapa negara, buah mahjong juga diukir huruh Arab dan
Inggeris untuk memudahkan penggemar asing.

CARA BERMAIN:

Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib.
Bergantung kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh menjadi isu remeh atau faktor utama
kejayaan. Di Asia, mahjong juga popular sebagai perjudian juga sebagai permainan
komputer.
Objek permainan adalah membina set lengkap - atau gabungan - biasanya bertiga, dari sama
ada 13 atau 16 keping. Orang pertama mendapatkannya adalah dikira pemenang. Kepingan
yang memberi kemenangan melengkapkan set pemain sama ada 14 atau 17 keping.

PERALATAN:

Meja Permainan

Poker Mahjong memiliki 4 jenisp Meja Permainan:

1. Normal Table : Permainan dengan kecepatan standar


2. Fast Table : Kecepatan permainan lebih cepat dari modus normal
3. Tournament : 3 jenis Turnamen

Set permainan Mahyong

Penopang batu (pilihan)

Buku peraturan (pilihan)

SYARAT PERMAINAN:

Tujuan dari MahJong adalah mengosongkan papan dengan menyingkirkan semua


batu dari tata letak awal dan menyusunnya menjadi empat set dan masing-masing satu
pasang ("Mahyong").

Empat set tersebut dinamakan set Pung, Sheung atau Kong.


Pung adalah satu dari tiga batu identik dari set apa pun
Sheung adalah baris tiga batu dari sebuah set - misalnya, Anda bisa memegang bambu
4, 5, dan 6.
Kong adalah empat batu identik dari set apa pun.
Ngan adalah sepasang batu yang sama dan juga diperlukan untuk mencapai Mahyong.

Mahyong menggunakan 136 batu. Batu-batu ini terdiri dari 36 karakter, 36 bambu, 36
lingkaran, 16 batu angin, dan 12 batu naga. Kelompok 36 batu masing-masing dibagi
menjadi 4 set dari nomor 1-9.

~KHO KHO~
ASAL USUL

Kho-Kho merupakan satu permainan tradisional yang popular di kalangan kaum India.
Permainan yang berasal dari Maharashtra ini pada mulanya dimainkan menggunakan kereta
kuda. Kebanyakan ahli sejarah India mengatakan bahawa Kho-Kho merupakan hasil
pengubahsuaian daripada satu permainan 'Lari dan kejar' di mana seorang pemain akan
berlari dan mengejar serta menyentuh pemain lain. Permainan kho-kho ini memerlukan
kecergasan fizikal pemain serta pergerakan yang fleksibel untuk megelak peserta-peserta
lain.Permainan Kho-Kho membangunkan sifat-sifat seperti ketaatan, disiplin, kesukanan, dan
kesetiaan antara ahli pasukan.

Peraturan permainan telah dirangka pada awal abad ke-20,di Gymkhana Poona.Satu
jawatankuasa telah ditubuhkan pada tahun 1914,membentuk peraturan. Peraturan pertama
pada Kho-Kho telah diterbitkan dari Gymkhana Baroda, pada tahun 1924. Pada 1959-60,
negara pertama kejohanan Kho Kho telah dianjurkan di Vijayawada (Andhra Pradesh).Pihak
kerajaan telah memulakan pemberian anugerah permainan Kho kho dan Arjuna Award,
Anugerah Eklavya untuk lelaki, Rani Laxmi Bai mendapat anugerah wanita,Veer
Abhimanyu untuk kanak-kanak lelaki di bawah umur 18 tahun, dan anugerah Janaki untuk
kanak-kanak perempuan bawah 16 tahun.

CARA BERMAIN:

Bagi permain kho-kho, setiap kumpulan boleh mempunyai 12 pemain. Namun,hanya 9


daripadanya akan bermain bagi satu perlawanan. Terdapat 2 giliran dalam permainan kho-
kho ini. Setiap giliran diperuntukkan selama 7 minit untuk acara lari dan kejar. Bagi
kumpulan pengejar (chaser), 8 pemain akan berada di tengah setiap 8 kotak yang terdapat di
padang permainan. Setiap 8 peserta ini akan duduk dalam kedudukan yang bertentangan
secara berselang-selang. Manakala, pemain yang kesembilan akan bertindak sebagai
pengejar. Sasaran bagi setiap pengejar ialah menyentuh pemain lawan dengan menggunakan
tapak tangan. Pemain lawan akan tersingkir apabila pengejar menyentuhnya dengan tapak
tangan tanpa melakukan "foul", pemain lawan telah melebihi had garisan dengan sendirinya
ataupun lambat sampai ke had garisan. Pengejar boleh menukar giliran mengejar dengan
menyentuh ahli pasukannya yang lain sambil berkata "Kho Kho". Pemain yang disentuh
kemudiannya akan menjadi pengejar dan begitulah seterusnya. Bagi setiap 2 giliran terdapat
5 minit masa rehat diberikan. Bagi permainan Kho-Kho ini, keluasan petak padang yang
diperlukan ialah 27mX15m.

Kho-Kho boleh dimainkan oleh lelaki, wanita, dan kanak-kanak dari semua peringkat umur.
Permainan ini dimainkan di kawasan yang lapang dan peralatan yang diperlukan adalah dua
tiang. Permainan berlangsung tidak lebih daripada 37 minit.

SYARAT PERMAINAN:

You might also like